.
Kumpulan duo yang menggelarkan mereka Sleeq menyifatkan kejayaan mereka menyelit masuk dalam pencalonan Top 5 Anugerah Industri Muzik (AIM19) bagi kategori Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu Sesaat Kau Datang sebagai batu loncatan untuk dua saudara kelahiran Singapura ni terus mengukuhkan nama di persada hiburan Malaysia.
"Kami ingin berterima kasih banyak pada Kak Ramlah kerana dia kami berjaya tersenarai dalam Top 5 AIM kali ni. Kami tak pernah menjangkakan akan sampai tahap ini dalam masa terdekat. Dengan pencalonan ni buat kami lebih bersemangat.
"Lagu Sesaat Kau Datang tu adalah lagu yang dimuatkan dalam album kak Ramlah. Tapi lirik rap tu kami yang cipta. Sebenarnya masa nak buat projek kolaborasi ni, peminat yang perkenalkan kami pada Kak Ramlah dan pula bersetuju untuk kami featuring dalam lagu tu", kata salah dseorang anggota Sleeq, Syarif.
Sleeq ditemui di sidang media mengumumkan finalis Top 5 AIM19, baru-baru ini.
Ditanya mengenai tanggapan setengah pihak mengatakan Sleeq hanya mula dikenal sejak berduet dengan Ramlah Ram, Sharif menjawab, dari awal lagi mereka sudah menjangkakan akan timbul dakwaan sebegitu. Namun menegaskan mereka tidak sama sekali mahu menumpang populariti sesiapa sebaliknya kolaborasi yang terhasil itu secara kebetulan boleh diterima ramai dengan mudah.
"Kami dah jangka akan ada yang berkata begitu. Tapi kami mengambil ia sebagai sesuatu yang positif. Kami percaya dengan lagu kami.
Kalau kami nak tumpang populariti, kami akan buat lagu ikut genre penyanyi yang akan kami featuring itu. Tetapi kami tak buat sedemkian. Sleeq tetap dengan genre dan trademark kami tersendiri', tambah Syarif lagi.
Sementara, Alyph pula berkata melihat sambutan yang cukup hangat daripada peminat menerusi lagu kolaborasi Sesaat Kau Datang juga Untuk Dia (bersama Najwa Latif), mereka mahu mengekalkan konsep kolaborasi selepas ini.
"Masa di album pertama dan kedua kami tak ada lagu kolaborasi. Tapi untuk album ketiga ni memuatkan enam lagu dan empat daripadanya adalah lagu kolaborasi. Satu, Untuk Dia (Najwa Latif), lagu Salam Semua dengan bos kami, Aaron Aziz dan dua lagi tu biarlah rahsia dulu.
"Ada juga peminat yang mencadangkan beberapa nama untuk kami berkolaborasi dengan artis tersebut. Kami pun sedang memikirkannya dan ada juga beberapa artis yang kami teringin nak bekerjasama misalnya dengan Malique", ujarnya.
Dalam perkembangan lain, artis naungan Aaron Aziz Production iaitu syarikat milik pelakon Aaron Aziz ni bakal melancarkan album ketiga mereka sekitar tahun depan dan kini sedang mempromosikan single terbaru, Salam Semua.
- mD