Aritu MamaZN ada citer yang kami dah sampai Warisan Rimba
Kejadian terjadi lepas balik dari Zoo Negara
Tiba-tiba jek teringat yang tempat ni dekat jek dgn Zoo Negara
Tu yang ajak PapaZN pi terjah tu
Saje jalan-jalan melawat kawasan kekdahnya...
Ececece, dah macam YB plak dah, haha!
Sebelum ni taktau pun tentang kewujudannya
Asalnya, tau pun dari blog
Nana
Tu yang teruja nak pi tengok jugak tu ;)
Senang jek nak ke Warisan Rimba ni rupanya
Ada gak la tempat mandi manda yang lain
Chalet kumpulan Jinbara pun ada jugak
Sebab cantek sangat tempat ni!
Baju spare ada jek dalam kete tu, hihihi
Tapi PapaZN refused utk bermandi manda hukhukhuk!
Takpela, kite follow jek la
Pasni bleh datang lagi - semestinya well prepared! Hehehe...
Masa nak melawat-lawat tu, owner ada kat situ
Dia ingat kitorang ada booked chalet
Bila dah tau yang kitorang saje nak melawat-lawat
Dia bawak la jalan-jalan tengok kawasan
3 chalet yang dekat dengan kolam ni nampak best!
Ada 2 kolam lain yang dia baru buat
Tapi suasana tak berapa santai macam kat sini
Chalet paling murah RM80 kalu nak bermalam
Tapi kalu nak sewa utk siang jek pun boleh jugak
Kot-kot la nak buat utk rehat-rehat @ tukar baju ke
Banyak jugak kemudahan yang disediakan kat sini
Selain chalet, ada jugak port utk BBQ, jungle trekking, aktiviti karaoke & ATV
Surau dan tandas pun ada disediakan
Tapi aritu tak pi melawat plak surau n tandas nya cemane
Zakwan tu geram jek tu... Sbb bleh celup-celup kaki jek, haha!
Kat sini, kalu nak mandi kolam yang disediakan tu pun boleh
Kalu nak mandi sungai pun boleh
Menurut owner tu, orang yang datang situ
Ramai yang nak mandi kolam jek, mandi sungai depa takmo
Kolam tu air nya datang dari air bukit
Takde sejuk cam air sungai
Pastu airnya agak kehijauan camtu sebab air tu dah bercampur dgn sumber mineral mcm belerang
Owner tu la citer
MamaZN jadik pencerita semula jek, haha!
Kesimpulannya memang best!
Patut la Nana & da geng pun slalu datang sini
Sebab memang betul-betul best pun!
PapaZN pun dah jatuh cinta gak dgn tempat ni
Dah siap plan nak wat berpiknik sesama adek beradek dia dah tu...
Pantasss! =p