rosyam nor - Google Blog Search |
Menunggang Sebati Dengan <b>Rosyam Nor</b> | buletin.MY Posted: 02 Dec 2011 08:49 AM PST Motosikal berkuasa tinggi kini semakin menjadi tarikan di negara kita. Tidak kira usia, semuanya berusaha mendapatkan jentera dua roda yang diminati bagi memuaskan hati. Penghibur dan artis antara yang tidak terkecuali dan ini termasuk hero Malaya, Rosyam Nor. Bagi Rosyam, ini bukan sesuatu yang asing. Kebanyakan filem yang dilakonkan beliau juga adalah dalam kategori aksi, yang membabitkan motosikal. Filem pertama sahaja sudah berkisarkan tentang kehidupan sekumpulan mat motor iaitu Gila-Gila Remaja. Selari dengan peredaran zaman, penambahan terbaru pada koleksi motosikal beliau kini bukan calang-calang. Dikenali sebagai Ducati Diavel, namanya sahaja sudah menggerunkan. Menurut Rosyam, kali pertama beliau melihat motosikal ini adalah semasa berkunjung ke pusat pameran untuk menguruskan pembelian kenderaan Peugeot 3008 SUV untuk isteri. Awalnya beliau tidak terlintas untuk membeli motosikal berkenaan, namun jurujual yang berada di situ mula mengambil kunci dan terus menghidupkan enjinnya. Sebaik mendengar deruan enjin silinder berkembar L yang dihasilkan, Rosyam terus tertarik. Tidak lama selepas itu, motosikal tersebut sampai di rumah Rosyam. "Saya percaya kepada penghargaan untuk diri sendiri. Jadi, setelah berkerja keras selama ini, mengapa tidak saya membeli motosikal ini sebagai ganjaran," tambah Rosyam. Diavel memang nampak 'garang' dan besar tetapi Rosyam pasti tidak bermasalah mengendaliksn jentera dua roda itu melihat kepada pengalaman menunggang yang kini sudah hampir 31 tahun. "Saya mula menunggang sejak dari usia 13 tahun. Pada masa itu saya berkerja di sebuah kedai runcit. Jadi, apabila menghantar barang seperti beras dan tong gas, saya yang ditugaskan dengan menunggang motosikal Honda C70," kata Rosyam. Pada masa itu, Rosyam masih tidak mampu membeli motosikal sendiri sehingga mencecah usia 28 tahun. Sebelum itu, beliau hanya menunggang motosikal rakan-rakan untuk bergerak selain menggunakan pengangkutan awam. Di samping motosikal jalanan seperti Diavel, Rosyam juga ada menunggang motosikal lasak (scrambler) pada waktu lapang bersama beberapa orang rakan termasuk sepupunya, Faizal Hussein. "Menunggang motosikal jangan berlagak," tegur Rosyam mengingat kembali pengalaman beliau terjatuh semasa cuba berlagak mendaki bukit di Bukit Cherakah di hadapan kawan-kawan. Nasib baik tidak cedera teruk. Hanya lebam-lebam. "Bagi saya, menunggang apa jenis motosikal pun memerlukan kemahiran yang sama. Kebanyakan pengendaliannya bergantung pada pinggang. Penunggang harus 'bersatu' dengan motosikal, baru senang untuk mengawalnya," kata Rosyam lagi. Di rumah, Rosyam mempunyai koleksi motosikal tersendiri terdiri daripada Kawasaki Z1000, Virago II, Shadow II, skuter dan Lambretta klasik. Ada diantaranya pernah dibawa masuk ke dalam set penggambaran filem Rosyam sendiri seperti Kenangan Mengusik Jiwa (Lambretta). Akhir September ini Rosyam bakal muncul dalam filem terbaru bertajuk Libas yang akan ditayangkan di lebih 80 pawagam seluruh negara. Beliau juga kini sibuk dalam menguruskan aktiviti syarikat produksi miliknya, Suhan Movies dalam menghasilkan drama dan beberapa program lain. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from rosyam nor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |