Nuffnang

Isnin, 28 April 2014

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


ISU SIKAP PILIH BULU <b>AQASHA</b> DENGAN PELAKON BARU

Posted: 14 Jan 2014 09:45 AM PST

AQASHA AMAL SIKAP PILIH BULU DENGAN PELAKON BAHARU | Kebolehan aktor ini dalam menjayakan wataknya tidak boleh dipertikaikan lagi.
Ini kerana Aqasha juga dikenali sebagai salah seorang pelakon yang sangat menjiwai watak yang diberikan, berilah apa sahaja watak, pasti akan dijayakan dengan penuh cemerlang.
Namun, jika dilihat kebelakangan ini, kelibatnya di kaca tv sudah semakin berkurangan.
Menjawab perkara itu, Aqasha berkata kepada mStar yang kini dia mengamalkan sikap pilih bulu terhadap pelakon wanita baharu yang ingin digandingkan bersamanya pada masa hadapan.
Tindakan pelakon berusia 32 tahun ini bukan bermaksud dia mempertikaikan bakat pelakon-pelakon baharu, sebaliknya disebabkan faktor usianya yang semakin matang.
"Keadaan fizikal saya sudah berubah dan lebih matang berbanding 10 tahun dahulu. Sebab itu, saya agak memilih kerana tidak mahu ia nampak janggal sekiranya digandingkan dengan pelakon yang jauh lebih muda daripada saya," jelasnya.
Bapa kepada dua cahaya mata ini juga mendedahkan dia enggan lagi berlakon dalam drama bertemakan cinta dan ingin memberikan fokus kepada genre drama berbeza selepas ini untuk mempelbagaikan lagi variasi watak yang boleh dijayakannya.
Dalam pada itu, Aqasha kini sibuk mengusahakan syarikat produksinya sendiri bersama rakan kongsi, Syed Hussein dan Zain Hamid iaitu Camwerk Studios.
Mereka bakal menerbitkan filem terbaharu berjudul Penculikan Amar Affendi yang akan dibintangi oleh Maya Karin, Zain Hamid, Sofi Jikan dan Nam Ron.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI!

Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


Fesyen hebat <b>Juliana Evans</b> di Fashion Show, Michigan USA

Posted: 14 Apr 2014 12:00 AM PDT

Fesyen hebat Juliana Evans di Fashion Show, Michigan USA - Sejak pelakon juga bekas kekasih Zizan Razak, Juliana Evans menyambung pengajian di luar negara, jarang sekali kita mendengar khabar tentang beliau.

Kali terakhir namanya menjadi bualan hangat peminat di laman-laman sosial dan blog-blog hiburan ialah ketika beliau dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan mengerikan pada Februari lalu.

Buat peminat yang terus tertunggu-tunggu perkembangan terbaru tentang pelakon ini, Juliana kini sedang giat melibatkan diri dalam pertunjukan fesyen di Michigan, USA yang berlangsung beberapa hari lepas.

Fesyen yang dikenakan Juliana begitu seksi sehingga membuat penulis terkejut dan tergamam seketika. Manakan tidak, meskipun hanya mengenakan gaun nipis paras lutut yang dipadankan dengan tudung stype datin, penampilan pelakon Hantu Bonceng itu amat memukau dan menakjubkan.

Apapun, penulis harap penampilan beliau ini tidak dikecam peminat kerana ianya sekadar pertunjukan fesyen sahaja dan yakin aktres berusia 24 tahun itu pandai menjaga diri. Mari layan empat keping foto fesyen seksi Juliana Evans.




kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


<b>KRU</b> & TGV Jalinkan Kerjasama Angkat Filem Boxoffice | Suara <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2014 04:30 PM PDT

KRU & TGV Jalinkan Kerjasama Angkat Filem Boxoffice

kru 1

PETALING JAYA: Kumpulan Syarikat KRU dan TGV Cinemas mengumumkan kerjasama strategik dengan perjanjian pengedaran filem bagi tempoh setahun di mana TGV pictures dipertanggungjawabkan untuk memasar dan mengedarkan filem yang dilesenkan dibawah syarikat penerbitan tersebut di seluruh pawagam tanah air.

Presiden Eksekutif, Kumpulan Syarikat KRU, Norman Abdul Halim berkata, usahasama itu adalah bertujuan mengkaji kencenderungan dan trend penonton terhadap filem-filem terkini pada peringkat akar umbi.

"Kutipan boxoffice bagi filem-filem tempatan secara keseluruhannya semakin merosot sejak 2012 dan berada pada tahap membimbangkan.

"Pihak kami percaya kerjasama dengan TGV Pictures dapat membantu memberi maklumat sebenar pada peringkat akar umbi," katanya dalam satu sidang media berhubung perkara itu, di sini, Khamis.

Jelas Norman, kerjasama strategik itu dilihat dapat menyumbang ke arah peningkatan prestasi kutipan boxoffice sesebuah filem.

Tambahnya, kelembapan industri filem menjadi lebih buru jika semua pihak tidak mengenal pasti punca sebenar penonton enggan menyokong filem tempatan.

yt6

                                       Norman Abdul Halim

"Sebelum ini kita ada membuat beberapa kajian awal, namu masih tidak mencukupi untuk mengatasi masalah itu.

"Apa yang kita dapati penonton mahukan filem yang segar dan lain daripada lambakan yang ada. Selain itu masa filem dikeluarkan mengikut jadual juga mampu membantu kepada  tahap Boxoffice contohnya filemThe Journey.

"Pemerhatian saya, filem itu keluar tepat pada masa kerana tiada saingan daripada filem-filem hebat dari Hollywood," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TGV Picture, Garald V. Dibbayawan berkata kerjasama ini merupakan peluang pemamer menunjukkan tanda sokongan dan menggalakan perkembangan filem tempatan.

Kerjasama berkenaan merupakan satu perkembangan yang baik dan selaras dengan matlamat TGV Pictures dalam mempelbagaikan kandungan serta mempertingkatkan pembangunan pasaran pemamer di Malaysia," katanya.

Antara filem yang bakal dikeluarkan di bawah kerjasama ini adalah Dendam Orang Mati, Mat Tudung, Rabbit, Puaka Balai Gombak, Stranded dan Cicakman 3.

Turut hadir pada majlis tersebut Yusry Abdul Halim, Edry Abdul Halim, Lisa Surihani dan Jason Chong. 

Mstar

Artikel disiar pada 26/04/2014 - 7:30 am oleh EDITOR

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


<b>Fouziah Gous</b> Bersabar Difitnah Dalam Instagram - Webberita

Posted: 23 Apr 2014 09:58 AM PDT

Fouziah Gous Bersabar Difitnah Dalam Instagram

Fouziah Gous Bersabar Difitnah Dalam Instagram - KL : Murai Batu tabik dengan sikap seorang pelakon cantik iaitu Fouziah Gous apabila dirinya telah difitnah secara terbuka oleh seorang peminat di dalam laman Instragram seorang pereka fesyen popular, Ezuwan Ismail baru-baru ini.

Murai Batu rasa pendekatakan yang digunakan oleh Fouziah Gous itu wajar dicontohi oleh ramai artis lain terutama apabila menyentuh isu sensitif atau yang boleh menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita dan isteri.

Yalah kata pepatah, berani kerana benar, takut kerana salah.

Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh peminat berkenaan di salah satu gambar milik Ezuwan Ismail bersama-sama Fouziah Gous, dia berkata pelakon berkenaan seorang kaki kikis atau gold digger.

Malah apa yang lebih teruk apabila Fouziah Gous turut dikaitkan dengan seorang VVIP untuk terus popular sebagai pelakon.

OMG! Bukan saja Murai Batu, malah sesiapa saja yang membacanya pasti akan naik berang atau kalau tidakpun akan sedih lebih-lebih lagi dimalukan secara terbuka.

Tetapi Murai Batu dapat rasakan Fouziah Gous tetap tenang dan dia menjawab kenyatan oleh peminat berkenaan dengan penuh rendah diri serta yakin kerana dia sedar bahawa dia sebenarnya berada di pihak yang benar.

Fouziah Gous juga meminta pengirim kenyataan berkenaan untuk menujukan bukti sekiranya benar segala perkara yang disebarkannya wanita itu adalah perkara sahih.

Namun apa yang Murai Batu lihat, sebaik saja Foziah Gous meletakkan komen ikhlasnya susulan daripada kenyataan berkenaan, peminat berkenaan terus senyap atau lenyap daripada terus memberikan sebarang komen.

Lebih menggembirakan hati Murai Batu apabila Fouziah Gous telah mendapat banyak maklumbalas positif atau berbentuk sokongan daripada pengikut Ezuwan Ismail yang mahukan dia terus bersabar dan cekal.

Murai Batu dapat rasakan apa yang Fouziah Gous rasakan dan Murai Batu rasa ramai generasi hari ini yang telah menyalah gunakan teknologi terutama laman sosial untuk menghentam seseorang tanpa berfikir sebelum bertindak.

Jika benar Fouziah Gous telah melakukan kesilapan, mengapa tidak peminat berkenaan bertemu pelakon itu sendiri untuk meleraikan kekusutan dan bukannya dengan cara memalukannya di hadapan khalayak seperti ini.

Bayangkan sekiranya perkara yang sama terjadi pada diri sendiri ataupun ahli keluarga kita. Bukankah ianya satu perkara yang amat menyedihkan lagi tidak bertamadun?

Renung-renungkanlah. – Webberita | Terkini via Murai

comments

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search


<b>Fauzi Nawawi</b>: Saya Menunggu Surat Saman Sharnaaz | ROTIKAYA

Posted: 24 Apr 2014 02:50 AM PDT

Pertelingkahan di antara dramatis Lisdawati (Lisda) dan pelakon Sharnaaz Ahmad yang tercetus pada pertengahan Februari lalu, cukup mendapat perhatian ramai. Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan lanjut daripada Lisdawati.

Sementara Sharnaaz Ahmad, baru-baru ini memberitahu media yang dia mahu menyelesaikan hal itu tetapi hanya menunggu masa yang sesuai.

"Tak ada logiknya nak tunggu isteri saya bersalin atau tidak sebab isteri saya sihat walafiat. Hari ini (semalam) dia masih lagi boleh terbang ke Sarawak. Masa dia menunaikan umrah pun, dia mengandung dan dalam keadaan sihat. Jadi tidak ada alasan langsung"

BACA: Sharnaaz Ahmad Selesaikan Isu Gaduh Selepas Lisdawati Selamat Bersalin (ext.)

"Sebab kalau setakat dia nak selesaikan perkara ini secara baik dan tak bergaduhh, ia tak akan mempengaruhi kandungan isteri saya", kata Fauzi Nawawi yang ditemui pada majlis tayangan filem usahasama tiga negara Malaysia-Indonesia-Jepun berjudul Bushido Spirit: Sang Pemberani, bertempat di e@Curve, Damansara, semalam.

Fauzi Nawawi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Sharnaaz yang mahu menyelesaikan pertelingkahan tersebut sebaik saja selepas isterinya bersalin.

Lisdawati sekarang sedang sarat mengandung dan dijangka bersalin sekitar bulan Mei ini. Menurut Fauzi, mereka bakal menimang cahaya mata lelaki.

Tambahnya lagi, dia kini hanya menunggu surat saman daripada Sharnaaz seperti yang dinyatakan sendiri oleh pelakon itu di dalam sebuah program hiburan, beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun Fauzi bersedia untuk bersemuka sekiranya Sharnaaz ingin menyelesaikan perkara ini secara baik dan tidak mahu mengambil apa apa tindakan undang undang.

"Saya tak nak ambil apa-apa tindakan. Tapi saya dengar dia nak saman saya. Sekarang ni saya tengah tunggu surat saman dari dia lah ni. Setakat ini saya tak dapat apa-apa surat dari penguam dia. Kalau boleh saya minta dia cari jalan penyelesaian. Kalau dia tetap nak saman, silakan. Kalau dia nak berdepan dan selesai cara baik, saya bersedia," katanya lagi. (rtky/fr)


&#39;saya tunggu surat saman sharnaaz&#39; - <b>fauzi nawawi</b> - ammboi dot com

Posted: 26 Apr 2014 02:57 AM PDT

Fauzi Nawawi menjelaskan yang dia menunggu surat saman daripada pihak pelakon Sharnaaz Ahmad. Sebelum ini, kontroversi tercetus antara isteri Fauzi, aktres Lisdawati dan Sharnaaz apabila Sharnaaz didakwa menengking Lisdawati di set penggambaran drama bersiri 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta'.

Ekoran kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat oleh pasangan ini sebagai langkah berjaga-jaga bagi kerana bimbangkan keselamatan diri dan kandungan Lisdawati.

"Tindakan saya apabila saya dengar dia nak saman, saya hanya tunggu surat saman dia. Ini kerana kenyataan dia di pihak media, tidak berasas. Kalau dia kata saya maki ibu bapa dia, tolong tunjukkan bukti teks tersebut. Kenapa dia hanya tunjukkan teks yang tidak berkenaan dengan maki. Saya hanya keluarkan teks 'kalau gua maki mak lu macam mana. Takkan saya nak nak tanya pada dia 'kalau gua maki bini lu macam mana', tak boleh sebab dia belum berkahwin. Itu satu pertanyaan, adakah perkataan itu maki? Bila kenyataan dia kata saya maki, maknanya saya ini macam orang yang biadap," ujar Fauzi dipetik portal GUA.

Dalam pada itu, Fauzi menjelaskan selepas ini dia akan membenarkan isterinya berlakon bersama Sharnaaz lagi sekiranya segala kontroversi yang tercetus selesai dengan baik. Fauzi juga menyatakan yang dari awal lagi, Sharnaaz harus bersemuka dengannya.

fauzi nawawi

"Sepatutnya perkara ini harus bersemuka dengan saya. Kenapa selepas semua ini tercetus dan keluar di pihak media, baru dia memohon maaf kepada isteri saya. Apabila dia nak saman, saya tunggu saman dia. Sampai sekarang saya belum dapat apa-apa surat daripada pihak dia. Kalau dapat, saya akan jawab dengan jujur. Untuk saya melibatkan ibu bapa dia dalam perkara ini, itu tidak logik langsung. Kalau ada, tunjuk bukti teks tersebut. Saya pun tidak buat apa-apa tindakan, saya cuma buat laporan polis, itu pun hanya untuk membawa isteri saya menjalani pemeriksaan. Selepas itu, apabila benda dah kecoh, saya hanya diamkan sahaja," ujar Fauzi lagi.

Fauzi juga berharap akan ada jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan konflik di antara mereka bertiga.

"Kalau boleh, saya minta dia cari jalan untuk selesaikan perkara ini, apabila dia sudah mulakan perkara ini. Kalau dia kata mahu saman, silakan. Kalau mahu berdepan, di hadapan wartawan sekali pun, silakan. Saya menunggu setiap masa, insyaAllah," ujar Fauzi mengakhiri perbualan.

p/s: Pada pandangan ammboi, tak payahlah Fauzi pula nak lebih-lebih. Ammboi faham Lisda isteri Fauzi, cuma mungkin Sharnaaz fikir lebih baik dia bersemuka selepas Lisda bersalin. Mungkin untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku sekiranya pertemuan mereka secara baik bertukar panas dan semakin panas…

Tags: , , , ,

Category: HIBURAN

mahu jumpa lisda lepas bersalin, <b>fauzi nawawi</b> <b>...</b> - ammboi dot com

Posted: 24 Apr 2014 04:33 PM PDT

Seperti yang kita tahu, pelakon Sharnaaz Ahmad mahu menyelesaikan isunya dengan Lisdawati. Namun Sharnaaz katanya mahu menunggu selepas aktres itu bersalin. Menurut Sharnaaz dia enggan mengulas lanjut dan mengatakan bahawa dia mahu menunggu sehingga Lisda selesai melahirkan anaknya.

Bagaimanapun tindakan Sharnaaz itu tidak disenangi oleh suami Lisda yang merupakan pelakon dan juga pengarah, Fauzi Nawawi. Menurut Fauzi, tindakan Sharnaaz itu langsung tidak logik.

fauzi nawawi dan sharnaaz ahmad

"Tidak ada logiknya mahu menunggu selepas isteri saya bersalin, kerana sama ada dia bersalin atau pun tidak, dia berada dalam keadaan sihat walafiat. Isteri saya hari ini pun terbang ke Sarawak. Masa Lisda menunaikan Umrah pun, dia sihat. Kesihatan bukan alasan, jika dia mahu berbincang secara baik, bukan untuk bergaduh, perkara tersebut tidak akan mempengaruhi kesihatan isteri saya. Selepas saya pulang dari Umrah, saya tonton semula kenyataan yang dia berikan menerusi YouTube. Saya kecewa dengan dia kerana sepanjang penglibatan saya dalam industri hiburan, belum pernah lagi ada pelakon herdik atau tengking seorang perempuan mengandung. Saya hanya bertindak untuk melindungi isteri saya," jelas Fauzi dipetik portal GUA.

Dalam pada itu, Fauzi sekali lagi menegaskan yang dia melakukan laporan polis adalah bukan untuk meraih publisiti dan bukan disebabkan oleh Sharnaaz.

"Sudah banyak kali saya jelaskan, tujuan saya lakukan laporan polis adalah bukan untuk meraih publisiti. Tujuan saya lakukan perkara tersebut adalah untuk membawa isteri saya, pergi hospital, di bahagian kecemasan, untuk memeriksa kandungan isteri saya. Dia membawa satu nyawa dalam kandungannya. Itulah saya tunggu selama bertahun-tahun, kerana saya dapat tahu isteri saya mengandungkan anak lelaki. Itu sudah tanggungjawab saya untuk lindungi isteri dan anak saya. Saya buat laporan polis bukan sebab Sharnaaz. Tidak kiralah siapa pun yang buat, saya tetap akan buat laporan. Tapi, kenapa Sharnaaz? Apabila perkara ini terjadi artis sesama artis, saya kalau boleh tak mahu panjangkan cerita. Industri kita tidak besar mana. Sepatutnya kenyataan yang dibuat di media, saya yang lebih melenting, tapi saya hanya bertindak tenang, malah dia yang menunjukkan kemarahan dirinya," ujar Fauzi mengakhiri perbualan.

Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

suki oiam - Google Blog Search

suki oiam - Google Blog Search


30 Foto Perkahwinan <b>Suki OIAM</b> & Jeremy Chong | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2012 08:45 PM PST

Kini Trending

30 Foto Perkahwinan Suki OIAM & Jeremy Chong

Semua peminat sedia maklum penyanyi yang terkenal menerusi lagu 'Terlalu Mencintaimu,' Suki Low atau lebih mesra disapa sebagai Suki OIAM telah melangsungkan perkahwinannya bersama jejaka pilihan, Jeremy Chong pada 12 Disember lalu di sebuah majlis tertutup di Pulau Pinang.

Majlis perkahwinan ini turut diadakan di atas kapal Star Cruise Libra dan difahamkan hampir keseluruhan majlis perkahwinan tersebut ditaja termasuklah pakaian pengantin, set barang kemas dan lokasi majlis.

Majlis resepsi yang berlangsung di 32 Mansion di Upper Penang Road ini telah dihadiri oleh ahli keluarga serta sahabat terdekat pasangan tersebut. Selepas upacara memotong kek, 120 buah belon telah dilepaskan ke udara sebagai lambang simbolik yang meraikan percintaan kedua mempelai.

Beberapa minit lalu, Suki telah memuat naik beberapa foto majlis perkahwinannya yang telah mendapat sentuhan kreatif daripada Sunnysan Photography.

Jom layan foto Suki & Jeremy Chong selepas ini.

Sumber : Facebook Suki Low

saleem iklim - Google Blog Search

saleem iklim - Google Blog Search


Hakimi Putra Network: <b>Saleem Iklim</b> Bangladesh-bunga emas

Posted: 05 Oct 2013 08:47 PM PDT

JOM ! Dengar Bunga Emas versi Bangladesh ! RESPECT !
p/s Sedap Jugak suara Baya !.. roti canai 1 jangan lupa !

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


Sharnaaz Mahu Bersemuka Dengan <b>Lisdawati</b> - Cerita Semasa

Posted: 24 Apr 2014 09:16 AM PDT

Sharnaaz Mahu Bersemuka Dengan Lisdawati
Satu Malaysia tahu
pertelingkahan antara pelakon Sharnaaz Ahmad dengan pelakon senior, Lisdawati yang tercetus sejak Februari lalu. Setelah berlaku perang mulut dan cabar mencabar, akhirnya Sharnaaz mengaku akan bersemuka dan selesaikan permasalahan itu sendiri bersama aktres itu. Bagaimanapun, dia masih menunggu masa yang sesuai memandangkan Lisdawati masih sarat mengandung.

"Sebolehnya, pertelingkahan saya dengan dia biarlah berlalu. Cuma, sekarang, saya tunggu Lisdawati beranak dulu, baru bincang. Sebenarnya saya malas lah nak cakap tentang perkara ini. Saya memang tak suka bercakap pasal orang yang tak ada kena mengena dalam hidup saya! Tapi saya memang akan selesaikanlah sebab saya tak mahu nanti kalau saya mati, mata tak tutup rapat!," kata Sharnaaz ditemui pada majlis tayangan episod akhir 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' bertempat di Red Carpet Avenue @ Encorp Strand Mall, Kota Damansara, malam kelmarin.

Sebelum ini, Sharnaaz didakwa menengking Lisdawati di lokasi penggambaran drama 'Bukan Aku Tak Cinta' di Sungai Buloh pada 19 dan 21 Februari lalu. Malah Lisdawati turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas mendakwa menerima SMS berbaur ugutan dari aktor itu.

Beralih mengenai gambar-gambar mesranya bersama Nelydia Senrose yang pernah meneruskan kontroversi, Shaarnaz tetap dengan pendiriannya yang hanya bertujuan mempromosikan drama Bukan Aku Tak Cinta. Meskipun drama terbitan Pena Creative Production itu baru saja berakhir, ia tetap menimbulkan pelbagai persepsi, sementelah lakonan mereka juga kelihatan begitu serasi dan intim sekali.

"Tentang kontroversi gambar, mahupun babak mesra kami itu, seperti yang saya pernah katakan, perkara itu melibatkan kerja. Berbaloilah penat lelah kami semua untuk menghasilkan drama ini di tahap yang terbaik apabila drama ni dapat 'rating' yang tinggi dan mendapat sambutan hebat. Apa yang paling mengejutkan saya, kanak-kanak pun suka watak Jebat. Mungkin pada awal sikap Jebat tu memang dibenci penonton, tapi tak sangka penonton dapat menerima karakter Jebat, yang selalu akan buat orang marah padanya," katanya.

Menurut Sharnaaz, kejayaan tersebut bukan hanya kerana dia dan Nelydia semata-mata, tapi seluruh kru produksi yang bekerja keras demi drama tersebut. "Sebenarnya, sepanjang drama tersebut bersiaran, saya belum pernah menontonnya. Masa bersiaran itu, saya hanya mahu drama ini 'beyond extra-ordinary', kerana jangkaan dan harapan penonton terhadap cerita ini sangat tinggi. Jadi itu membuatkan saya takut kalau-kalau saya buat silap dalam lakonan saya," katanya. -sHarian

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


<b>diana danielle</b> kongsi detik cemas ketika enjin <b>...</b> - ammboi dot com

Posted: 27 Mar 2014 04:15 PM PDT

Kalau sebelum ini tiga selebriti Sherry Ibrahim, Danny X Factor dan Uqasha Senrose pernah berkongsi pengalaman detik cemas bertugas sebagai krew pesawat, kali ini Diana Danielle pula berkongsi pengalaman detik cemas sebagai penumpang pula. Menurut Diana, dia sangat terkesan dengan insiden kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 kerana dia turut mengalami saat-saat mencemaskan ketika dalam penerbangan ke Amerika Syarikat tiga tahun lalu.

Menerusi laporan mStar, Diana atau nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson, 23, berkata, dalam kejadian itu, pesawat yang dinaikinya mengalami masalah pada bahagian enjin sehingga ia terpaksa mendarat di lapangan terbang terdekat bagi membolehkan penumpang berpindah ke pesawat lain.

diana danielle

"Ia sukar untuk digambarkan keadaan itu kerana saya rasakan seperti pesawat itu menjunam selama enam saat dengan enjinnya berhenti. Ketika itu saya dapat rasakan semua penumpang berada dalam keadaan cemas dan saling berpandangan antara satu sama lain," katanya.

Tambahnya, masalah kerosakan enjin itu diberitahu selepas kapal terbang tersebut selamat mendarat bagi memindahkan penumpang ke pesawat lain untuk meneruskan perjalanan ke Amerika Syarikat. Kata Diana, kejadian itu juga membuatkan dia fobia setiap kali terpaksa menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara untuk ke sesuatu destinasi.

"Kalau boleh saya tidak mahu menaiki kapal terbang terutama jika pergi ke tempat-tempat yang dekat dan ia boleh naiki kereta sahaja."Setiap kali ketika kapal terbang ingin berlepas atau mendarat saya akan rasa terlalu takut sehingga kadang-kala terpaksa memeluk penumpang di sebelah," katanya.

Dalam pada itu, Diana berkata, insiden MH370 sangat menyentuh perasaan, namun jauh di sudut hatinya masih berharap penumpang dan anak kapal itu selamat selagi belum ada bukti kukuh yang mengesahkan ia terhempas di Lautan Hindi seperti dilaporkan.

Tambahnya, sejak insiden yang bermula pada 8 Mac lalu itu, dia antara individu yang tidak terkecuali mahu mendapatkan maklumat terkini tentang pesawat berkenaan.

"Sejak kejadian ini semua orang jadi pakar penerbangan termasuklah saya. Sedikit sebanyak saya belajar tentang penerbangan. Namun begitu, jika ingin berkongsi tentang sesuatu maklumat, kita perlu pastikan ia sahih dan tidak menimbulkan provokasi mana-mana pihak," katanya sambil mengecam tindakan media barat yang sering melaporkan berita negatif tentang Malaysia.

p/s: Pernah alami detik cemas sikit jer (sikit sangat kot.. haha) semasa menaiki kapal terbang ni…

Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

Akim - Google Blog Search

Akim - Google Blog Search


The Public Professor » Burgoyne Diller “First Theme” (1963-64)

Posted: 28 Apr 2014 07:12 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]... Diller "First Theme" (1963-64). Posted on April 28th, 2014 by Akim Reinhardt. Burgoyne Diller, "First Theme" (1963-64). Share. Facebook · Twitter · Google · Pinterest · Tumblr · StumbleUpon · Reddit · Digg · Email. Google+. Akim Reinhardt ...

Rainstorm renders 500 people homeless at <b>Akim</b> Aboabo <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2014 07:04 AM PDT

Over 500 people have been rendered homeless following a rainstorm that hit Akim Aboabo in the Eastern Region.

The rain which stated while most of the people were at a funeral grounds in the town, ripped off the roofs of six buildings, and destroyed the canopies mounted at the grounds.

There were no casualties.

Mr Kwesi Agyepong Quaittoo, Member of Parliament (MP) for the area, who was accompanied by some New Patriotic Party Executives in the area who attended the funeral had to run for their lives.

Meanwhile the victims whose building roofs were ripped off as a result of the storm, are now putting up with their relatives and friends.

The MP told the Ghana News Agency that he has directed the assembly member for the town, who also attended the funeral, to inform the National Disaster Management Organization (NADMO) to prepare estimates on the damage caused, for further action. GNA

najwa mahiaddin - Google Blog Search

najwa mahiaddin - Google Blog Search


Best New Artist - <b>Najwa Mahiaddin</b> | Flickr - Photo Sharing!

Posted: 13 Nov 2011 12:31 AM PST

NOVEMBER 12 , 2011 (KUALA LUMPUR) . Anugerah Industri Muzik (or AIM) literal English translation: "Music Industry Awards" in Malay, is Malaysia's music award-giving ceremony. It is the Malaysia's equivalent of Grammy. It was held at Stadium Putra Bukit Jalil.

Ezany Nizariff - Google Blog Search

Ezany Nizariff - Google Blog Search


<b>Ezany Nizariff</b> Akui Hantar Mesej Bunuh Untuk..

Posted: 05 Feb 2014 09:13 PM PST

Pada: Khamis, 6 Februari 2014 Mengikut berita HarianMetro semalam, ada seorang lelaki ni diugut oleh seorang pelakon. Lelaki yang dikenali sebagai Azahar Hassan seorang guru itu menerima mesej ugutan untuk dibunuh oleh pelakon berkenaan melalui laman sosial Facebook.
"Saya fobia dan takut dicederakan selepas pelakon terbabit sanggup mengugut untuk membunuh saya di dalam laman sosial Facebook miliknya,"
Antara mesej yang diterima guru berkenaan adalah berbunyi begini..

'WANTED: hidup atau mati, tempang, OKU atau cacat ada imbuhan' di laman sosial Facebook milik artis berkenaan.


Tidak diketahui apa motif sebenar pelakon berkenaan mengancam memberikan ugutan bunuh sedemikian, namun Azahar telah membuat laporan polis daerah Kangar semalam.

Mengikut forum Cari, pelaku pelakon berkenaan berkemungkinan adalah..

Kecoh dunia hiburan apabila seorang guru yang dikenali sebagai Azahar Hassan, 43 telah mendakwa bahawa dia telah menerima mesej ugutan mati daripada Ezany Nizariff menerusi laman sosial miliknya. Azahar yang juga guru sebuah sekolah rendah membuat laporan di Balai Polis Kangar susulan bimbang akan keselamatan isteri dan anaknya. Ezany Nizariff ketika dihubungi mengaku bahawa ada memuat naik mesej berunsur ugutan tersebut terhadap Azahar. Menurutnya, dia berbuat demikian kerana ingin melindungi adik perempuannya daripada berhubung dengan Azahar yang sudah mempunyai isteri.
banner

Tag : , , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


Berlakon Dengan Adi Putra, <b>Aaron Aziz</b> Tak Timbul Pula Isu <b>...</b>

Posted: 27 Mar 2014 01:18 AM PDT


Ya memang susah menjadi seorang pelakon lebih-lebih lagi sekiranya anda sudah berumah tangga. Kalau ada pelakon wanita yang cantik dan berlakon babak romantis dengan si suami, sedikit sebanyak pastinya si isteri akan cemburu. Kemungkinan besar lakonan Anzalna begitu ketika membawa watak sebagai seorang perempuan simpanan sehingga telah timbul desas-desus isteri Izzue Islam, Awin Nurin cemburu melihat keintiman mereka berdua.

izzue islam anzalna

Walaupun sebelum ini Awin Nurin telah tampil dan menafikan dakwaan cemburu tidak bertempat itu, ketidakhadiran Izzue Islam pada majlis pelancaran drama bersiri Aku Isterinya awal minggu ini menguatkan kembali desas-desus tersebut. Selaku seorang pelakon, Anzalna tidak menafikan dan kelihatan seolah-olah mengiyakan persengketaan yang timbul. Kata Anzalna menerusi Kosmo:-

Itu masalah dia. Sewaktu bekerja saya harus profesional. Kalau dia cuba mengelak dari- pada bertemu saya, ingatlah bahawa industri hiburan ini kecil saja.

Saya tiada masalah untuk bekerjasama dengan sesiapa saja termasuk Izzue. Kalau mahu menjayakan sesuatu kerja perlu ada profesionalisme dan tak boleh buat sesuka hati

Tidak semestinya babak romantik perlu berpeluk! Lontaran dialog saja pun sudah mencukupi. Kalau perkara itu pun tak boleh buat, baik jangan berlakon.

izzue islam dan isteriPedas juga kata-kata Anzalna itu bukan? Seperti yang kita tahu, sebelum ini Anzalna telah banyak berlakon dengan pelakon lelaki lain yang sudah berumah tangga, namun tidak pernah timbul isu sebegini. Kata Anzalna lagi:-

Sebelum ini saya pernah berlakon dengan Adi Putra dan Aaron Aziz. Watak saya lagi jahat dan penggoda tapi tidak timbul pula sebarang isu.

Saya cuba mengelak daripada babak berpegangan tangan kerana menghormati orang yang sudah berkahwin, kalau ada pun saya perlu kawal agar tidak melebih-lebih.

Selama ini pun teman lelaki saya tidak masuk campur urusan kerjaya saya, masalah saya biar saya sendiri yang uruskan. Masalah yang timbul bukan datang dari- pada pihak saya, jadi biar dia yang selesaikan. Kalau sesiapa mahu timbulkan masalah, saya tidak peduli asalkan saya buat kerja saya secara profesional

anzalna

Sebagai seorang isteri kepada pelakon, Awin Nurin seharusnya memahami tanggungjawab suaminya. Mungkin lain kali boleh baca skrip terlebih dahulu dan kalau ada adegan romantik yang melampau, boleh terus tolak tawaran tersebut. Hati pun pasti akan lebih tenang dan tidak terganggu emosi. Harap-harap jangan kerana persengketaan ini akan timbul masalah menyelesaikan baki penggambaran yang dijadualkan berlangsung di Perth, Australia tidak lama lagi.

Baca Yang Ini Pulak:-

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


(TAHNIAH)<b>Shila Amzah</b> Mara Ke Final “I Am Singer” | - Beautifulnara

Posted: 03 Apr 2014 03:26 AM PDT


Alunan suara yang lantang dan merdu dari Shila Amzah sememangnya akan memberikan satu perasaan yang mampu membuat kita ikut turut serta bernyanyi bersama disamping menimbulkan satu perasaan yang membanggakan pada setiap persembahan beliau. Pada Februari lepas, Shila Amzah telah menyertai satu pertandingan di China iaitu 'I Am Singer' musim kedua yang kini telah pun berlangsung sebanyak 12 episod. 'I Am Singer' merupakan satu pertandingan yang disertai oleh bintang-bintang yang sudah mempunyai nama besar, dan pilihan pemenang akan ditentukan melalui undian para penonton. Kehebatan suara Shila sememangnya telah memukau pendengaran kita pada setiap persembahan beliau.
shila amzah
Kepada yang belum tahu, Shila Amzah mula menyertai 'I Am Singer' pada minggu ketujuh dimana Shila telah mendendangkan lagu 'Xiang Ni De Ye' yang bermaksud 'Dikala Malam, Ku Merinduimu' di mana lagu tersebut telah melonjakkan nama Shila di persada antarabangsa. Begitu hebat impak nyanyian Shila kerana mendapat tempat kedua sejurus Shila menyertai 'I Am Singer'. Daripada riak wajah penonton juga, jelas terpancar keterujaan mereka terhadap kelunakan suara Shila Amzah.
shila amzahTernyata Shila tidak menghampakan peminatnya kerana beliau berjaya mara ke minggu akhir. Kepada peminat Shila atau lebih dikenali sebagai 'Shilalas', mari kita sama-sama tunggu apa kejutan yang bakal Shila lakukan pada minggu akhir pada Jumaat ini. Shila akan berentap bersama dengan 7 lagi peserta seperti G.E.M. (Hong Kong), Han Lei (China), Gary Chaw (Malaysia), Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan Zhou Bichang (China). Kata Shila:-

Saya telah melakukan persiapan yang secukupnya untuk persembahan saya pada malam final nanti. Kami di sini diberi arahan untuk bersedia dengan 2 buah lagu di mana pusingan pertama saya akan berduet bersama salah seorang penyanyi luar, dan jika rezeki berpihak kepada saya dan berjaya mendapat tempat 5 tertinggi, saya akan mara ke pusingan kedua di mana saya akan menyanyi solo dan dari situ, hanya undian daripada peminat yang akan menentukan sama ada saya berjaya merangkul sebagai juara atau tidak. Saya berharap rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan saya untuk malam final nanti, dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti menyokong saya sejak saya bergelar sebagai seorang penyanyi.

shila amzah

Semoga berjaya diucapkan buat Shila Amzah. Mana tahu ada rezeki penyanyi Malaysia untuk menjuarai pertandingan "I Am Singer" ini. Apa pun tahniah diucapkan kepada Shila kerana telah mengharumkan nama Malaysia dengan pencapaian ini. Marilah kita sama-sama mengundi untuk meningkatkan peluang kemenangan Shila. Undian boleh dilakukan di laman web ini.

Baca Yang Ini Pulak:-

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


<b>Farid Kamil</b> Larang Anak Terlibat Bidang Seni | MyArtis <b>...</b>

Posted: 10 Apr 2014 07:27 PM PDT

 PETALING JAYA – Pelakon Farid Kamil tidak membenarkan anak lelakinya, Muhammad terlibat dalam bidang seni biarpun ada pihak menawarkannya menjadi model iklan produk kanak-kanak.

Farid, 33, berkata, selain faktor Muhammad masih kecil, dia mahu anaknya itu membesar seperti mana kanak-kanak lain.

"Saya tidak akan galakkan Muhammad untuk terlibat dalam sebarang aktiviti seni kerana dia masih kecil.

"Biarlah dia menikmati zaman kanak-kanaknya dengan normal seperti kanak-kanak lain dan biarlah saya dan Diana (isteri) sahaja yang bekerja," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Farid berkata, sebagai bapa dia tidak mahu menentukan arah tuju masa depan anaknya sebaliknya memberi pilihan untuk Muhammad memilih jalan terbaik apabila dewasa kelak.

"Jika dia besar nanti kalau dia hendak terlibat dalam bidang seni atau pun tidak saya tetap akan sokong kerana itu adalah pilihannya.

"Tapi sementara menanti waktu itu tiba, saya mahu dia jalani kehidupan seperti biasa," jelasnya.

Sementara itu, Farid berkata, kehadiran Muhammad yang baru berusia sembilan bulan itu banyak mengajarnya erti sebuah kehidupan sebagai seorang lelaki dan bapa.

Tambah Farid, dia juga kagum dengan sifat keibuan isterinya, Diana Danielle, 23, dalam membesarkan anak mereka.

"Sukar saya gambarkan perasaan saya apabila sudah bergelar bapa kerana ia cukup indah selain mengajar saya erti kehidupan dengan lebih baik.

"Begitu juga dengan Diana, sifat keibuannya menyerlah secara semula jadi dan begitu tenang dalam menguruskan anak kami," katanya.

Dalam perkembangan lain, Farid baharu sahaja muncul dengan filem Apokalips X arahan Mamat Khalid.

Farid berkata, biarpun filem itu mengambil masa empat tahun untuk disiapkan namun sebagai pelakon dia sangat berpuas hati dengan hasil karya itu.

"Bukan mudah untuk menghasilkan filem seperti Apokalips X dan saya sebagai pelakon dan pengarah begitu kagum melihat hasilnya dan ia bukan sesuatu yang biasa daripada Mamat Khalid," katanya.

Apokalips X turut menampilkan barisan pelakon seperti Pekin Ibrahim, Adam (AF2), Dazrin Kamaruddin, Jehan Miskin, Iqram Dinzly. - mStar Online

Anda mungkin juga meminati: