Nuffnang

Selasa, 30 Julai 2013

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


Hari Raya - iamNEETA, <b>Najwa Latif</b>, Deanna Hussin & Mimie Haris <b>...</b>

Posted: 26 Jul 2013 06:27 AM PDT

Tajuk Lagu/ Song Title: Hari Raya
Artis/ Artist: iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris
Album/ Info: Lagu raya oleh penyanyi-penyanyi NAR RECORDS / Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013 / Lirik & Cipta Lagu Patrick Anohada / Ⓟ Nar Records Sdn Bhd

Video Muzik/ Music Video: Hari Raya - iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris
Youtube
 (Official MV)

Lirik Lagu/ Lyrics: Hari Raya - iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris
Hari raya genap sudah sebulan berpuasa
Hari raya mari ramai-ramai kita gembira
Di hari raya kita saling bermaaf-maafan
Hari raya mari ramai-ramai jemput ke rumah

Sesudah sebulan kita berpuasa menahan lapar dan juga dahaga
Erti puasa memberikan kita nikmat sebenar hari Aidilfitri

Hari raya genap sudah sebulan berpuasa
Hari raya mari ramai-ramai kita gembira
Di hari raya kita saling bermaaf-maafan
Hari raya mari ramai-ramai jemput ke rumah

Mari balik kampung jumpa ayah ibunda
Mari balik kampung kita raikannya

Hari raya genap sudah sebulan berpuasa
Hari raya mari ramai-ramai kita gembira
Di hari raya kita saling bermaaf-maafan
Hari raya mari ramai-ramai jemput ke rumah

Hoo...

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


<b>ERRA FAZIRA</b> NASIHAT FINALIS MISS WORLD AKUR - KucingHitam

Posted: 28 Jul 2013 03:58 PM PDT

Bagus la Erra Fazira nasihatkan semua perempuan islam supaya akur dengan larangan menyertai Pertandingan Ratu Cantik. Erra Fazira juga merupakan bekas ratu cantik Malaysia pada tahun 1992 kalau kucinghitam tak salah. 


PENYANYI Erra Fazira menasihatkan gadis beragama Islam di negara ini supaya akur dengan perundangan negara yang melarang mereka daripada menyertai pertandingan ratu cantik.
Erra yang merupakan peserta beragama Islam terakhir menyertai pertandingan ratu cantik tersebut pada 1992 berkata, dia percaya undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan itu bertujuan melindungi maruah wanita Islam.
"Ketika menyertai pertandingan berkenaan, saya juga berdarah muda yang ingin mencuba sesuatu yang baru tanpa berfikir kesannya jangka panjang.
"Tambah pula waktu itu, undang-undang tidak diperketat lagi, jadi saya pun sertainya atas kemahuan sendiri," katanya dipetik Mstar Online.
Empat gadis Islam yang telah dibatalkan penyertaan menyertai pertandingan akhir MMW2013.
"Tetapi apabila pertandingan itu melarang gadis Islam untuk menyertainya, kita terpaksa akur. Siapalah kita untuk melawan undang-undang," katanya.
Tambah Erra, ketika ini terdapat banyak saluran lain yang membolehkan penyertaan gadis beragama Islam menyertai pertandingan seumpama itu dengan garis panduan yang dibenarkan.
Erra diminta mengulas mengenai pembatalan penyertaan empat peserta akhir pertandingan MMW2013 yang beragama Islam pada Selasa lalu.
Empat yang berkenaan ialah Sara Amelia Muhammad Bernard, 20, Wafa Johanna De Korte, 19, Miera Sheikh, 19 dan Kathrina Ridzuan, 20.

Mia Sara - Google Blog Search

Mia Sara - Google Blog Search


Hanis Zalikha: Tiga hari dengan <b>Mia Sara</b>

Posted: 08 Feb 2013 07:33 AM PST

Baru selesai satu special project dan berpeluang bekerja alongside Mia Sara dan Zahiril Adzim. Alhamdulillah lancar semuanya. Scene tak banyak, sekadar pendukung di sini sana. Tapi pengalaman bersama anak kecil yang petah dan berkeletah ini yang memanggil saya menulis entri ini.
Mia penceria set dan amat ramah kepada semua orang, dari director, pelakon lain serta crew, semua dia boleh bergurau. Hari pertama jumpa dia, dia datang dan salam. Saya memang suka budak, tapi kalau dapat budak yang tidak sombong macam ni, bertambah cair. Please ibuk-ibuk bapak-bapak di luar sana, anak kecil yang peramah dapat points kecomelan lebih 5 mata ya!
Melayan dia, pastu sendiri khusyuk sensorang.
Mula-mula Mia sibuk tunjuk app scan ibu jari dekat HTC dia. Scan ibu jari untuk tahu mood kita. Pastu dia tunjuk pula video Angela awek Talking Tom. Bila dah bersandar, dia penat, dia tepuk-tepuk riba Keknis (me) sambil tanya "Boleh Mia baring sini?". Manjanya.
Bila dah makin rapat, Keknis pun kenalkan dia dengan Eagle. Eagle adalah souvenir Langkawi kesayanganku yang Keknis bawa EVERYWHERE dalam handbag. Pergi Melaka, Gunung Kinabalu, even lepak-lepak makan meatballs dengan member pun Keknis bawa Eagle. Sebab Eagle is amazing with his balancing act. (Hehehehe siapa pernah ada mainan ini mesti tahu). Saja nak tengok Mia amused, and it worked. Puas tengok dia happy, pastu I simpan balik dalam handbag.
Haip jangan syok sangat. Hewhewhew.
Sempat ajar dia main cikabom. Rupanya Mia tak pernah tahu main sep sep sep bom bom bom cikabom. Bila dah ajar, in between takes, kitorang mesti main cikabom. Ola Oli Ku Beri Nama Saudari Saudari Cikabom Cikabom. Mia jadi addicted kat game nih sebab part last kena jadik anak patung takleh gerak, I changed it to anak patung muka paling buruk takleh gerak. So masing-masing buat muka buruk and freeze, tengok siapa bertahan tak gelak. I always lose. Ehem if you know what I mean. Layan budakkk...
Pastu ada gak masa nak main role-play (betapa banyaknya masa lapang di set), Mia jadi kitty cat! Dia siap purrr purrr pastu jilat paws, meow meow dan sondol-sondol kepala dekat Keknis, Macam kucing betul! A great imitator, no wonder she's a great actor.
Bila dah terlampau bosan menunggu.
I learned so much from her more than she did from me (I only taught her cikabom LOL). I learned to be sabar (actors are put to wait almost 80% of the time on set), to always be cheerful (regardless of tensed surrounding), to give your all as it is expected from you, and to appreciate people.
Tadi hari last di set special project kami. Macam biasa, layan Mia main game favourite dia Cikabom. Pastu spent time dalam kereta dengar lagu and miming Call Me Maybe macam orang gila. Tiba-tiba Mia kata, "Keknis, nanti kalau Mia terlupakan Keknis macam mana?" I was like huh? Pastu dia sambung lagi "Jom kita tukar hadiah kenangan. Mia ada something untuk Keknis" So dengan jujur I jawab, "Tapi Keknis takde apa-apa nak bagi Mia". Dia balas, "Keknis taktau ke hari ini hari last kita shoot sama-sama? Keknis tak sediakan apa-apa?" Dalam kepala otak dah terbayang-bayang apa benda ada dalam kereta boleh aku bagi budak ni. Memang takde. "Mmm nanti Keknis pikir Keknis apa yang Keknis boleh bagi k?" 
"Mia dah ada barang dah nak bagi Keknis, Mia bawak dua!" she insisted. "Keknis nak bagi Mia apa?" tambahnya lagi.
Tiba-tiba it hit me. Okay, kalau benar pengalaman menjaga budak all my life, dan instinct seorang penggemar budak, I rasa I tahu where she is heading. I played along. "Keknis taktau lah nak bagi Mia apa, bagi Keknis pikir boleh?". Pastu dia jawab "Ala Keknis takkan takde apa-apa nak bagi Mia? Macam mana nak exchange?" Pastu I kengkonon tanya dia "Mmm Mia nak apa?"
Dia sengih. Dia jawab "Start dengan huruf B".
"Burung?", tanyaku purak-purak tidak tahu.
In exchange with my precious Eagle (berat hati nak melepaskan, tapi cair lagi hati bila tahu kita bakal gembirakan anak kecil), Mia bagi cincin dan keychain teddy bear kecil. Tahu tak mesin bola/telur warna warni 50sen yang luar kedai mamak selalu tuh? Ha cincin dari situlah. Hahahaha!
Dear Mia, when you're old enough to understand everything that I wrote, you may not remember me anymore. It was a brief meet, but definitely a significant one. I am glad I met you, a kind-hearted soul in an adorable form. You don't have to remember me, but remember how bright you were and should always be. Remember how you worked to get the things you want. Don't ever lose the drive, I miss you already. Take care of my precious Eagle. It is yours to keep.
Goodbye kitty. Love, Keknis.

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


Gambar Anak <b>Aqasha</b> Terkini - Gossip Artis Malaysia

Posted: 27 Jun 2013 11:00 PM PDT

Pada: Jumaat, 28 Jun 2013 Anak-anak kepada pelakon Aqasha dah semakin membesar dah. Yang sulung, Alehandara Ahmad Firdiee dan yang bongsu, Alaena Ayesha yang dah nak usia setahun.

Mari tengok perkembangan anak comel Aqasha ini yang dimuatnaik di dalam laman Instagram beliau.

Tag : , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

<b>Aqasha</b> Dah tak Heran Populariti | buahmulut.com

Posted: 24 Jul 2013 10:03 PM PDT

Dengan umurnya yang sudah pun mencecah angka 31 pada tahun ini, Aqasha nyata tidak mahu lagi berkompromi dalam dunia lakonan yang sudah lama dia sertai. Kini populariti bukan lagi suatu perkara yang mahu dikejarnya lagi seperti kebanyakkan pelakon baru lain, sebaliknya kualiti dan kepuasan kerja yang akan cuba dicarinya selepas ini.


Raja Ema

Ditemui semasa majlis kesyukuran dan berbuka puasa Filem Sindiket, aktor ini juga menjelaskan sudah masanya dengan usia yang sebegini dia perlu memfokuskan halatuju yang betul dalam bidang lakonan. Justeru tidak menolak andaian yang dia kini akan lebih memilih watak yang benar-benar dirasakan sesuai dengan dirinya.

"Bagi saya bila dah sampai umur macam ni populariti bukan lagi perkara yang terlalu penting untuk saya kejar lagi. Apa yang lebih utama dan penting masa ini adalah kepuasan kerja yang maksimum dan hasil yang mampu mengagumkan orang lain."


Raja Ema

"Lagipun jika saya ambil banyak sangat tawaran yang datang tanpa memilihnya terlebih dahulu nanti takut penonton dah tak heran dengan kemunculan saya."

"Bagi diorang, 'ah! mamat ni berlakon biasa je selalu sangat nampak' itu yang saya sangat risau andaikata perkara sebegini terjadi. Sebab tu macam yang saya katakan tadi saya akan lebih memilih watak yang dirasakan sesuai dan mampu memberi kesan terhadap penonton."

Katanya juga untuk kestabilan kehidupan masa depan kini dia dan juga beberapa rakan artis yang lain telah pun menubuhkan sebuah produksi sendiri sejak hampir 2 tahun yang lalu dan bakal menerbitkan 2 buah filem yang dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan. Khabarnya lagi projek untuk 2 buah filem ini akan menelan kos sebanyak RM2.5 juta.

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


Biar masa menentukan - <b>Elly Mazlein</b> - Utusan Online

Posted: 28 Jul 2013 06:13 AM PDT

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my

TOPIK walimatulurus paling digemari buat wanita bujang kerana rata-rata mempunyai impian tersendiri. Begitu juga dengan pelakon dan penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Elly Mazlein, 32. Pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini mempunyai keinginan untuk menjadikan hari bersejarah itu sebagai saat terindah dalam hidupnya.

Malah sejak bertunang dengan pengarah Azmi Hatta, 38, dua tahun lalu, Elly sudah mula merencana sesuatu yang indah untuk meraikan penyatuan dengan belahan hatinya itu.

Pun begitu sebagai manusia biasa Elly pasrah apabila harapannya itu masih belum terlaksana. Lebih malang apabila hasrat tersebut kemudiannya dipertikaikan dan menjadi buah mulut orang.

Semuanya bermula selepas perancangan asal untuk mendirikan rumah tangga dengan Azmi pada penghujung tahun lalu tidak menjadi kenyataan. Ironinya dia dihujani spekulasi demi spekulasi.

Status Elly sama ada masih tunangan Azmi kemudiannya menjadi tanda tanya. Lebih buruk apabila penafian yang dibuat daripada kedua-dua pihak itu dikaburi oleh cakap-cakap orang luar yang seolah-olah mengiyakan cerita Elly sudah putus tunang.

Mengesahkan dirinya masih tunangan kepada Azmi, Elly juga menyatakan rasa kesal apabila kisah pertunangannya itu menjadi bahan perbualan ramai.

"Elly tahu ada segelintir orang yang lebih arif tentang cerita peribadi Elly berbanding diri Elly sendiri. Dan Elly sedar spekulasi membabitkan cerita (pertunangan) Elly ini tidak akan berhenti melainkan Elly naik pelamin.

"Terus terang Elly sendiri tak berani untuk berbicara secara terbuka tentang soal pertunangan ini. Sebab perkara ini di luar bidang kuasa Elly dan sehingga kini masih belum ada kata putus (mengenai urusan perkahwinan).

"Dan Elly minta maaf sebab tak boleh cakap lebih-lebih. Perkara pertunangan ini membabitkan keluarga Elly dan juga pihak Azmi. Elly tak nak mendahului mereka. Takut juga ada perkataan yang menyebabkan mana-mana pihak terasa.

"Biarlah orang nak kata Elly sengaja nak berteka-teki atau nak berdolak-dalih. Sebab Elly hanya akan mengkhabarkan perkara yang sudah ada jawapan pasti," katanya penuh makna pada pertemuan petang Selasa lalu.

Cincin tunangDesas desus keretakan hubungan Elly dengan Azmi mula diperkatakan selepas penyanyi ini tidak memakai cincin pertunangan sewaktu hadir di pelancaran filem Awan Dania The Movie pada Oktober tahun lalu.

Bertitik tolak dari situ, Elly yang mengikat tali pertunangan dengan Azmi pada 29 Mei 2011 kemudiannya dihujani dengan spekulasi putus tunang.

Apatah lagi selepas perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada penghujung tahun lalu terpaksa ditunda atas alasan tuntutan kerja.

Sengaja mengusik tentang tarikh sebenar perkahwinan menyebabkan dia menarik nafas panjang.

Anak kelahiran Slim River, Perak ini kemudiannya mengaku tidak punya tarikh spesifik untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Azmi. Sebaliknya Elly menyerahkan urusan jodoh tersebut kepada takdir dan waktu.

"Elly minta beri sedikit ruang kepada Elly untuk menyelesaikan perkara ini. Pada masa yang sama Elly tak boleh menghalang pihak media untuk tidak memaparkan cerita kurang enak tentang pertunangan Elly.

"Memanglah Elly boleh cakap yang Elly kuat untuk melayan spekulasi sebegitu. Tapi lama kelamaan pasti akan bosan sebab cerita lapuk sebegini tidak ada kesudahan.

"Jadi kesimpulannya tunggu saja. Nanti kalau sudah ada masa yang sesuai pasti Elly akan mengkhabarkan berita gembira," katanya yang mengaku lebih senang berkongsi berita gembira berbanding cerita negatif kepada khalayak.

Berahsia soal hatiElly turut menegaskan sikap semulajadinya yang gemar berahsia terutama berkaitan soal hati. Percayalah dia tidak akan membuka mulut kerana hanya itu 'bahagian' yang tinggal untuk dirinya.

"Elly memilih untuk merahsiakan soal hati. Tak manis seorang wanita sewenang-wenangnya bercerita tentang kisah isi hatinya kepada khalayak. Nanti mengundang spekulasi lagi.

"Jadi lebih baik kalau Elly simpan diam-diam luahan perasaan Elly itu dan hanya luahkan pada lagu saja," kata penyanyi yang semakin popular dengan lagu Sabarlah Hati..

Lagu ciptaan Manusia Putih itu dikatakan berkait rapat dengan keadaan yang sedang dialami Elly apabila menyerlahkan bait-bait yang menyusuk jiwa.

Kata Elly, seperti orang lain dia juga mahu mencintai dan dicintai dan sebagai seorang artis, tiada apa lain yang tinggal selain sekelumit ruang untuk dirinya.

Justeru dia tidak akan berkompromi dengan soal yang satu itu.

Zahiril Adzim - Google Blog Search

Zahiril Adzim - Google Blog Search


Gambar Bayi Lelaki <b>Zahiril Adzim</b> Dan Shera Aiyob - bulanpurnama

Posted:

Shera Aiyob Selamat Lahirkan Anak Lelaki. Umum sudah mengetahui mengenai kelahiran anak sulung pasangan pelakon Zahiril Adzim dan isterinya, Shera Aiyob yang diwarwarkan oleh Zahiril menerusi laman Twitternya, ...

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


OME: Apakah Kesudahan Cinta Zain Saidin-<b>Tiz Zaqyah</b>?

Posted: 28 Jul 2013 05:00 AM PDT

berita | Tempatan


KUALA LUMPUR, 28 JULAI 2013: Ramai pengikut setia rancangan Oh My English! musim kedua ini yang pastinya ingin mengetahui apakah kesudahan di antara Encik Middleton (lakonan Zain Saidin), Cikgu Ayu (lakonan Tiz Zaqyah) dan Cikgu Malik (lakonan Aaron Aziz) dalam episod kemuncak Oh My English! selama 1 jam pada jam 6 petang nanti yang akan bersiaran di Astro TVIQ (saluran Astro 610) dan dalam bentuk definisi tinggi (HD) di Astro Mustika HD (saluran Astro 134).

Hubungan di antara cikgu-cikgu bertambah rumit dengan kehadiran bekas teman wanita Encik Middleton, Sara Jane (lakonan Aileen Gabriella Robinson, juara Miss Tourism International) yang tidak berputus asa untuk memikatnya semula. Apakah yang akan dilakukan oleh Encik Middleton? Adakah Cikgu Ayu akan meninggalkan sekolah SMK Ayer Dalam?

Apa akan berlaku kepada pelajar-pelajar kesayangan kelas 3 Merah? Jangan ketinggalan menonton kesudahan Oh My English! musim kedua di episod kemuncak khas selama 1 jam.

Sempena dengan itu, peminat-peminat turut berpeluang menonton kesemua babak Oh My English! musim kedua secara beterusan melalui siaran Maraton Khas Oh My English! musim kedua pada hujung minggu ini (Julai 27 & 28) dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Astro TVIQ (saluran Astro 610).

Ia memberi peluang untuk anda meyaksikan semula gelagat-gelagat lucu para pelakon Oh My English! . Pelbagai babak menarik sewaktu sesi pembelajaran Bahasa Inggeris yang turut dimeriahkan dengan penampilan khas para pelakon tanahair seperti Lisa Surihani, Rozita Che Wan, Datuk Aznil Haji Nawawi, Nur Fazura, DJ Hitz.fm - Jin dan Ryan, Rykarl, Joe Chang, Aileen Gabriella Robinson, Yus Jambu (Raja Lawak) dan ramai lagi.

Naib Presiden Bahagian Remaja dan Kanak-Kanak Astro, Yasmin Megat berkata, Oh My English! musim 2 kini sudah mulasampai ke penghujungnya.

"Pihak Astro mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua para peminat atas sokongan padu anda terhadap program yang bercorakan hiburan dan pendidikan ini.

"Program Oh My English! terus menjadi popular di kalangan semua lapisan rakyat Malaysia dan berjaya meraih lebih daripada 4.5 juta penonton TV, lebih 10.7 juta penonton di YouTube, hampir 500,000 peminat Facebook dan 68,000 pengikut di Twitter sehingga kini.

"Segala kejayaan yang diperolehi adalah atas sokongan padu anda semua. Selain itu, pelbagai rancangan menarik akan diumumkan nanti untuk terus meningkat jenama program Oh My English! ke tahap seterusnya".

Jangan ketinggalan menonton episod kemuncak Oh My English musim kedua dan siaran marathon khas khusus untuk semua para peminat Oh My English! pada hujung minggu ini.

Layari laman rasmi Oh My English! di www.ohmyenglish.com.my untuk lebih maklumat atau mempelajari Bahasa Inggeris menerusi permainan-permainan interaktif dan kandungan-kandungan lain. Untuk melanggan Astro, hubungi kami di talian 1300 82 3838 atau layari www.astro.com.my!

Nashrin - Google Blog Search

Nashrin - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Jul 2013 09:16 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Jul 2013 09:46 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Jun 2013 09:25 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Jun 2013 09:17 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Apr 2013 09:03 PM PDT


Biodata Profil Penyanyi <b>Nashrin</b>

Posted: 05 Apr 2013 11:52 AM PDT

Nama Penuh: Wann Nashrinie bin Zafri
Tarikh Lahir: 14th Oktober 1989
Tempat Lahir: Ipoh, Perak
Like facebook page saya kalau anda pembaca setia blog 3 dalam 1

Edisi Retis: <b>Nashrin</b> Terpegang Payu Dara Misha Omar? ~ Ewksem??

Posted: 06 Apr 2013 01:10 AM PDT

Helluuuuu you all, Hari ini cik gayah kebaya sendat nak gossip sikit pasal duet si nashrin and akak misha omar yang feelling habis di atas pentas.. wow! Hangat di perkatakan adegan misha omar dan nashrin di atas pentas MY STARZ LG musim ke 2 yang asik feeling mereka, cik gayah kebaya sendat belek gambar2 yang di tangkap oleh photografer tersohor malaysia yang menampakan nashrin terpegang payudara misha omar? hurrmmm mungkin tak pegang kot or alahaiii korang komen sendiri la..

Cerita Artis: <b>Nashrin</b> Bertunang Dengan Kawan Sekolah Bernama <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2013 12:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 FEB 2013: Penyanyi lagu Fobia Cinta, Nashrin menafikan dakwaan bahawa dia cuba menyembunyikan statusnya yang kini sudah pun menjadi tunangan orang. Sebaliknya, Nashrin yang baru saja berhenti daripada bekerja dengan sebuah bank di Pulau Pinang memberitahu dia sudah pun 4 bulan mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya yang bernama Farah. "Ya. Saya memang sudah bertunang. Tunang saya bukan model. Dia hanyalah orang biasa yang bekerja di syarikat insurans di Pulau Pinang. Dia adalah teman sekolah saya. Saya kenal dia sejak kecil lagi. "Kalau hendak diikutkan, saya sudah lama tidak berjumpa dengan dia. Selepas berjumpa semula, saya merasakan dia sesuai untuk menjadi suri dalam hidup saya. Sebab itulah saya bertunang dengan dia. "Saya tidak tahu nak kata sebab utama saya bertunang dengan dia. Apa yang saya tahu, bila sudah sampai waktu, saya pun bertekad untuk bertunang dengan dia yang sebaya dengan saya iaitu 24 tahun," katanya kepada murai.com.my. Bercerita mengenai pertunangannya itu, Nashrin telah pun sah bertunang dengan Farah sejak November 2012 dan majlis tersebut hanya diadakan secara kecil-kecilan saja. "Tiada kenalan artis pun hadir di majlis tunang saya. Lagipun, saya hanya buat secara kecil-kecilan saja. Kami bertunang di Pulau Pinang. Hanya saudara mara terdekat saja yang hadir. "Waktu itu juga saya masih lagi bekerja di bank. Sekarang ini, baru sebulan saya berhenti bekerja. Saya pun sudah menetap di Kuala Lumpur sepenuhnya. Alhamdulillah, selepas bertunang tiada apa yang berubah kecuali saya lebih berhati-hati dengan kehidupan yang saya lalui sekarang. Saya juga merasakan lebih mudah bergerak berbanding dulu," jelasnya. Menyangkal dakwaan bertunang untuk menutup tohmahan yang mengatakan dia seorang lelaki buaya darat, Nashrin dengan tegas menepisnya. "Saya bertunang bukan sebab gosip itu. Saya juga bukan playboy. Sekarang saya lebih senang. Ibarat orang kata, saya sudah cuci tangan sikit. Saya juga sudah sign kontrak dengan label baru iaitu Hikayat Records. Insya-Allah, akhir bulan ini saya akan muncul dengan single terbaru. Tajuknya masih belum ada lagi. "Lagu ini adalah hasil ciptaan Kunci Demak. Alhamdulillah, peminat merestui pertunangan saya. Kalau ada fans yang kecewa pun saya tahu mereka akan buat-buat tak kecewa," ujarnya.

<b>Nashrin</b> Terpegang Payu Dara Misha Omar?

Posted: 30 Mar 2013 08:58 AM PDT


Helluuuuu you all, Hari ini cik gayah kebaya sendat nak gossip sikit pasal duet si nashrin and akak misha omar yang feelling habis di atas pentas.. wow! Hangat di perkatakan adegan misha omar dan nashrin di atas pentas MY STARZ LG musim ke 2 yang asik feeling mereka, cik gayah kebaya sendat belek gambar2 yang di tangkap oleh photografer tersohor malaysia yang menampakan nashrin terpegang payudara misha omar? hurrmmm mungkin tak pegang kot or alahaiii korang komen sendiri la..

Ceritaku Di Mana-Mana Saja...: <b>Nashrin</b> Percaya Pada Luka & Lirik

Posted: 05 Feb 2012 07:17 PM PST

Benarkah pencarian mimpi ini
hanyalah dongengan cinta
dalam pertaruhan..

Haruskah..
pertemuan jiwa ini berakhir
bersama airmata..

Sepi yang menemani jiwa

disaatku terluka
bisakah aku mengenal cinta

Aku..
percaya pada takdir cinta kita
yang telah terukir didasar jiwaku
yang merindu..
dirimu

Namunku..
bertanya padanya
haruskahku percaya pada luka
sebagai tanda kesetiaan cinta
kasih kita….

Sempurnakah lukisan
cinta ini tanpa corak warna kasih
lakaran suciku..

Apakah coretan
rintihan malam hanyalah mainan…
cintamu…

Sepi yang menemani jiwa
disaatku terluka
bisakah aku mengenal cinta
Aku..
percaya pada takdir cinta kita
yang telah terukir didasar jiwaku
yang merindu dirimu
Namunku..
bertanya padanya
haruskahku percaya pada luka
sebagai tanda kesetiaan cinta
kasih kita….
Kasih kita…
kasih kita…
kasih kita…
Kasih kita….

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


<b>Elfira Loy</b> mengaku cintakan Baim Wong - Cerita Kosong Ku

Posted: 29 Jun 2013 06:39 PM PDT

Elfira Loy mengaku cintakan Baim Wong - Selepas pengakuan mengejut Baim Wong menerusi rancangan MeleTOP beberapa hari lalu, gosip percintaan antara Elfira Loy dan Baim Wong kini menjadi bualan hangat di kalangan peminat di pelusuk Malaysia dan Indonesia.
Terbaru, wartawan kosmo sempat menemubual pelakon comel, Elfira Loy berkenaan reaksinya terhadap pengakuan mengejut Baim Wong itu. Ternyata, Elfira seorang gadis yang suka berterus-terang dan beliau memberikan jawapan tanpa berselindung dan jujur.

"Sebenarnya, saya tidak tahu bagaimana hendak komen tentang perkara itu. Saya memang berkawan baik dengan Baim. Saya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja termasuklah Baim. Dengan Baim, saya okey tetapi. selama berkawan sejak dua tahun lepas, hubungan dan perbualan kami tidak ke arah kekasih atau saling mengucapkan cinta serta sayang." 
"Apabila Baim tiba-tiba membuat pengakuan depan khayalak, lebih-lebih lagi dalam program TV yang disiarkan secara langsung, saya jadi tergamam, terkejut dan tidak lena tidur semalaman. Kalau betul apa yang dikatakan oleh Baim itu, saya sebenarnya okeySaya agak pelik tetapi mengambilnya secara positif. Dengan saya, dia (Baim) tak pernah pula cakap sayang-sayang tetapi dia bercakap konon-kononnya kami bercinta depan khalayak umum. Saya berasa itu merupakan satu penghargaan."

"Namun mengenali Baim yang suka berjenaka dan selepas program berkenaan, dia tidak pula menjelaskan apa-apa terhadap saya. Jadi, saya anggap itu hanya gurauan sahaja. Kami juga ada sesi fotografi bersama sebuah majalah sebelum Baim berangkat pulang."

Elfira turut bercerita tentang perkenalannya dengan pelakon Benci Bilang Cinta dan Sejuta Cinta Marshanda itu.

"Saya meminati Baim. Saya menjadi pengikutnya dengan harapan dia juga menjadi pengikut saya di laman sosial berkenaan. Dari situlah kami mula berhubungan." 

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


<b>Fida Ibrahim</b> & Arja Lee Antara Bakal Pelajar Akademi Fantasia <b>...</b>

Posted: 01 Jul 2013 05:17 PM PDT

Nampaknya bukan mereka dari kalangan bakat baru sahaja ingin mencuba nasib bersaing dalam musim terbaru Akademi Fantasia 2013 ini, selebriti juga mahu menunjukkan bakat yang mereka ada untuk turut serta.

Antara nama yang menjadi perhatian kerana berjaya di'senarai pendek untuk menjadi peserta adalah pelakon Arja Lee dan penyanyi, pelakon Fida Ibrahim yang masing masing sudah pun mencipta nama sendiri.

Arja Lee mengakui beliau masih mempunyai minat yang tinggi untuk bergelar penyanyi dan kerana itulah beliau sanggup luangkan masa untuk menghadiri ujibakat Akademi Fantasia 2013 baru baru ini.

"Saya kira bagi sesiapa yang mengenali saya waktu saya mula-mula berkecimpung di dalam bidang ini dulu, cita-cita saya yang sebenarnya adalah untuk menjadi penyanyi"

"Namun, minat dan keinginan untuk menyanyi masih membara dan ramai yang mungkin tidak tahu bahawa jika ada kelapangan saya akan menyanyi di beberapa majlis," ujar Arja Lee kepada Murai baru baru ini.

Dalam kes Fida Ibrahim pula, salah seorang juri Akademi Fantasia 2013 Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi kurang bersetuju dengan penglibatan selebriti itu kerana seharusnya beliau memberi peluang kepada mereka yang masih belum ada nama.

"Saya bukan tidak menyukainya tetapi saya rasa dia boleh dapat peluang yang lebih besar di luar kerana dia sudah pun bergelar artis iaitu penyanyi dan pelakon. Lagipun pada saya vokalnya biasa sahaja," ujar Cikgu Syafi.

Sazzy Falak - Google Blog Search

Sazzy Falak - Google Blog Search


Belia Bangkit: DIKECAM!! <b>Sazzy Falak</b> "Disekolahkan" Peminat Isu <b>...</b>

Posted: 24 Jul 2013 07:18 PM PDT



Pakaian sazzy menggambarkan imej islam ke?
Cubaan Sazzy Falak untuk menjadi hero dan macam nampak bijak serta moden dalam isu pasangan porno Alvin dan Vivian di Facebook mengundang padah apabila dia  'disekolahkan' para pengguna FB yang lain.
Sazzy telah berkongsi sebuah rencana yang ditulis seorang blogger di wall miliknya. Ramai yang menegur sikap Sazzy yang gagal memahami konteks perilaku berkenaan yang terjadi di negara yang mempunyai pelbagai kaum dan masyarakat.
Contoh yang diberikan penulis blog yang sama tidak berapa bijak itu tidak boleh dijadikan sandaran di Malaysia. Mungkin Sazzy mahu semua orang tidak memberikan reaksi yang keterlaluan terhadap bahan jenaka, namun dia gagal faham bahawa jenaka yang bodoh jika dibiarkan akan menjadi-jadi di hari yang mendatang.
Kita kena mencegah…atau merawat kanser di peringkat awal…bukannya di peringkat akhir. Hari ini kalau kita biarkan Alvin dan Vivian, esok lusa yang lagi teruk pada itu akan muncul… yang Islam akan balas, yang bukan Islam pun membalas… apa akan jadi akhirnya?
Sensitiviti agama dan budaya sangat tinggi dalam masyarakat Malaysia… ada faham ke Sazzy? Atau tinggi sangat kenyataan mudah itu? Jadi kepada Sazzy, fahamilah isu dalam konteks yang menyeluruh sebelum cuba nak tunjuk bijak.

- SUMBER

Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Juliana Evans</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jul 2013 09:10 PM PDT

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


<b>Fizo Omar</b> Kongsi Kisah Putus Cinta di MeleTop? - Murai.com.my

Posted: 15 Jul 2013 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

KUALA LUMPUR, 15 JULAI 2013: Sekitar Mac awal tahun ini, aktor Fizo Omar telah mendedahkan kepada umum bahawa dia kini sedang dilamun cinta dengan seorang gadis yang merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan di Universiti Lim Kok Wing.

Namun percintaan mereka tidak bertahan lama apabila selepas dua bulan, aktor tersebut mengakui sendiri yang hubungannya dengan gadis yang dikenali sebagai Haas Jaafar telah pun berakhir. Memang sesiapapun tidak akan menyangka hubungan pasangan yang sama cantik dan sama padan ini akan berakhir sebegitu cepat namun itulah yang terpaksa dilalui oleh Fizo Omar.

Eksklusif buat peminat MeleTop malam ini, aktor tersebut akan tampil berbicara bersama hos Neelofa dan Nabil Ahmad. Apakah yang akan dikongsi oleh Fizo pada malam ini?

Saban tahun menjelang Ramadan, dia menjadi antara selebriti yang aktif menjalankan bisnes. Bisnes apa yang akan dilakukan Fizo pada Ramadan kali ini? Apa pula perkembangan terbarunya sama ada produk dari siri TV atau filem? Dan mungkinkah Fizo akan bercerita tentang pengalamannya yang telah beberapa kali putus cinta?

Ketahui juga perkembangan terbaru Diana Amir yang kini berkolaborasi bersama Melinda Ooi untuk fesyen muslimah terbarunya.

Juga tampil dalam program MeleTop ialah penyanyi Hafiz Hamidun yang akan mendendangkan lagu terbaru, Habibi.

Semuanya dapat anda saksikan di program MeleTOP di Astro Ria, jam 10 malam ini bersama hos Neelofa dan Nabil Ahmad.

6ixth Sense - Google Blog Search

6ixth Sense - Google Blog Search


Iftar Ramadhan Bersama <b>6ixth Sense</b> | Terbaek Network

Posted: 28 Jul 2013 01:03 PM PDT

Iftar Ramadhan Bersama 6ixth Sense Alhamdulilah baru baru ini Terbaek Network dijemput berbuka puasa bersama 6ixth Sense di Restoran Tumis @ Teak5 Publika Mont Kiara bersama juga radio Suria.fm dan ramai lagi media yang hadir meriahkan majlis.

Iftar Ramadhan Bersama 6ixth Sense

Dengan itu 6ixth Sense juga memperkenalkan Album baru beliau dalam majlis tersebut dengan Universal Music Malaysia (Domestic) Alhamdulilah sambutan berbuka puasa sangat best dan meriah :)

Iftar Ramadhan Bersama 6ixth Sense

Alhamdulilah kami dapat bergambar Iftar Ramadhan Bersama 6ixth Sense

Iftar Ramadhan Bersama 6ixth Sense

Iftar Ramadhan Bersama 6ixth Sense

Iftar Ramadhan Bersama 6ixth Sense

Semoga Iftar Ramadhan Bersama 6ixth Sense terus maju dalam dunia hiburan tanah Air <3