Elly Mazlein - Google Blog Search |
Gossip Penyanyi <b>Elly Mazlein</b> Putus Tunang | Sensasi Selebriti Posted: 18 Oct 2012 06:50 PM PDT Dari riak wajah saat diajukan soalan tentang status dirinya, penyanyi Elly Mazlein dilihat seperti ada yang tak kena. Namun, Elly Mazlein katanya tidak akan menyembunyikan status hubungannya dengan pengarah filem Azmi Hata sama ada ia sudah putus atau pun masih lagi berlangsung. Malah, semasa ditanya tentang tarikh perkahwinan yang sebelum ini dirancang akhir tahun ini, Elly sekadar memberikan jawapan dirinya sedang menanti kata putus pihak lelaki. Gosip Elly Mazlein putus tunang ini nampak ketara apabila Elly dilihat tak lagi memakai cincin tunang semasa Pelancaran Trailer Awan Dania yang berlangsung semalam. Namun, Elly memberi alasan yang dia tak sempat memakai cincin tunang sebab mengejar masa. Alasan ini sangat tak boleh diterima sebab pada majlis ini, Elly berdandan cantik menunjukkan dia mengambil masa yang agak lama juga untuk menghias diri, takkanlah nak menyarung cincin tunang tak sampai 30 saat tu tak sempat. Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 32, berkata, dia akan membuat kenyataan rasmi sekiranya statusnya sudah disahkan oleh kedua-dua belah pihak keluarga dan enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu buat sementara waktu ini.
Elly ditemui pada majlis pelancaran treler filem Awan Dania The Movie di Kafe Barbara, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini, pada Khamis. Gambar semasa Elly Mazlein bertunang Elly dan Azmi, 37, telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mei tahun lalu di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, dekat sini. Pasangan yang berkenalan sejak 2009 itu sepatutnya bernikah pada Februari lalu, namun ia masih lagi tertangguh sehingga sekarang. Tambah Elly, mujurlah keluarga memahami keadaannya dan tidak mendesak penyanyi itu untuk berkahwin secepat mungkin. Ditanya, adakah dia sudah membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya, Elly cuba menukar topik soalan yang ditanya pihak media itu dan berkata, dia kini sedang sibuk dengan persiapan kemunculan lagu terbarunya, Sabarlah Hati, yang dijangka keluar pada November ini.
Its okay, Elly… ambil masa dulu untuk bertenang ya. Semoga majlis nikah akan berlangsung juga. Setuju dengan katamu, kalau jodoh tu takkan ke mana. Facebook KomenPowered by Facebook Comments No tags for this post. |
You are subscribed to email updates from Elly Mazlein - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |