Kepada sapa-sapa membaca posting ni, harap maaf ye. terutamanya kepada peminat-peminat Nubhan. Hahhahaa. Aku memang kejam bila aku mula bercakap tentang sesuatu yang perlukan aku untuk observe secara detail.
Kenyataannya, aku memang ada citarasa yang agak tinggi bila menonton filem, drama atau apa saja persembahan lakonan. Tak apa kalau pelakonnya tak lawa, asal emosi yang cuba dihantar melalui lakonan tu sampai. Tak guna jamuan mata semata-mata kalau tak ada isi. Sekarang ni ramai pelakon cantik/ handsome yang berlakon sebab muka A+, tapi lakonan E-.
Okay, ini aku nak tulis tentang drama lakonan Nubhan iaitu AKU. Working Tittle nya dulu Aku Mahu Kamu ke apa tah. Tapi bila tayang tiba-tiba jadi AKU je. Tak pe, lagi kena tajuk baru ni.
Mula-mula aku tahu Nubhan berlakon drama rantaian sebagai hero, aku tak tahu nak cakap apa. Dia beria-ia cerita, masa tu aku tak komen apa-apa. Good for him untuk mencuba cabang baru walaupun aku dah sedia maklum dia masih ada kekurangan dari segi penghayatan dan lakonan. Yang kemudiannya kami gelar "teak wood". Hahahhahaa... kayu maha keras tu!!
Mula dengan episod pertama pada 9 October 2013. Aku tak tengok, hanya rakam untuk tengok some other times dimasa orang lain takde. Tengok!! betapa nervous nya aku nak menghadap lakonan seorang Nubhan. Hahhahaa. So, esoknya balik dari kerja, aku pun tengoklah. Subhanallah!! Astarafirullah Al Azim..!! Adoyaiiii....ok, tu je lah yang boleh menggambarkan aku. Hahhahahahaha
Sebetulnya, aku tak nak merendah-rendahkan dia, aku sayang kerjaya dia, aku tahu susah dia nak bangunkan kerjaya dia sampai sekarang. Laluan Nubhan bukan sama ngan laluan Hafiz, Stacy, Hazama semua tu.. Laluan dia susah. Aku hanya mengharapkan yang terbaik untuk dia. Tapi selepas episod terbaru pada 13 November yang hanya aku tonton pada 15 Oktober, aku rasa baik tak payah berlakon lah.. (Okay, aku memang kejam!!!..tskkk..tskkk..)
He is a VERY GOOD singer, tapi not so good actor. Walaupun ada improvement since drama pertama dia suatu hari di hari raya ( yang aku labelkan as buruk tahap maksimum) , Tapi belum cukup asam garam untuk diletakkan sebagai hero. Lagi baik dia menyanyi lah sedap-sedap supaya dia jadi penyanyi yang ternama. Letak bidang lakonan di belakang. Dengan skrip macam hampss, arahan pun cam hampss jugak, benda ni tak menjamin apa pun. Kalau serious nak berlakon, cari drama. Bukan maksud aku drama jer!! Tapi drama!! Okay, tak paham?
Drama ( yang pertama) : Yang orang kita merujuk kepada TV series or telefilem yang ditayangkan di TV
Drama ( Yang kedua) : Genre sesuatu TV series or telefilem. Boleh jadi genre horror, action etc..etc...
Untuk menjadi pelakon sebenar, cari lah skrip yang bagus, carilah pengarah yang bagus, yang boleh membentuk lakonan ala teak wood dia tu. Dia boleh berlakon, memang boleh. Tapi dia masih perlu banyak belajar, dan jangan selalu terjun ke naskah yang membuka ruang untuk orang-orang sekeliling dia jadi pengkritik kejam. Hahahhahaha. Jangan harap untuk aku dan kawan-kawan untuk memuji kalau hasilnya tak sampai standard. Aku akan puji kalau betul kena dengan caranya. Tapi kalau setakat AKU............ setakat ni belum mahu memuji.
Sekian Terima Kasih
p/s : Sorry, aku tak makan dah muka ala-ala patung Barbie or patung Ken.