Fasha Sandha - Google Blog Search |
<b>Fasha Sandha</b> Sakit Hati Dianggap Gemuk | Oh! Artis Posted: 23 Oct 2013 09:38 AM PDT Lumrah wanita inginkan badan yang cantik dan langsing. Terutamanya bagi seorang artis dan selebriti yang sering bersua dengan ramai orang. Fasha Sandha suatu nama yang cukup dikenali dengan imej seksi dan potongan badan yang menarik ketika usia remajanya agak terguris apabila ada individu menganggapnya gemuk. Berat badan Fasha meningkat dengan jayanya bermula sejak dia mengandungkan anak pertamanya Putera Rayfal hasil dari penikahannya dengan Rizal Ashram pada April tahun lalu. Meskipun dia sudah pun selamat bersalin hampir 6 bulan lepas Fasha masih belum berjaya mendapatkan berat badannya yang asal. Menurut Fasha, selepas menerima teguran sinis yang menegur bentuk badannya, dia mula mendapatkan rawatan dari pusat pelansingan badan Slimworld dan sudah mula memantau pengambilan makanan dengan penuh disiplin. Malah Fasha kini turut dilantik sebagai duta jenama Slimworld setanding dengan Erra Fazira dan Ziana Zain.
Setelah menerima rawatan beberapa bulan dan disertakan diet yang seimbang, Fasha berjaya mengurangkan berat badannya dari 78kg kepada 58kg. Walaubagaimana pun dia masih lagi mencuba untuk menurunkan berat badannya untuk mencapai bentuk badan yang sempurna. |
You are subscribed to email updates from Fasha Sandha - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |