Pelakon Zul Huzaimy terkejut apabila dikatakan telah rujuk kembali dengan bekas isterinya iaitu Nor Dalilah Muhammad, 29, seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar mingguan. Zul atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki, 34, berkata, dia dan Dalilah tiada lagi sebarang ikatan melainkan berhubung mengenai anak mereka, Awal Haziq yang berusia enam tahun.
"Berita yang ditulis pada akhbar itu adalah 100 peratus tidak benar. Kami sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi. Kami berbaik pun kerana anak. Masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri."Tambah pula Dalilah akan mendirikan rumah tangga pada Disember depan dan dia yang tidak ada kaitan pun dalam industri ini pula yang dapat malu kerana laporan itu.
"Apa yang keluarga sebelah pihak tunangnya akan cakap nanti jika mereka mendapat tahu tentang perkara ini?" soalnya.
Dalam artikel tersebut, Zul dan Dalilah dikatakan sudah tinggal bersama semula di Bangi dekat sini selepas melalui kemelut rumah tangga yang berpanjangan. Malah, Dalilah turut dikatakan sedang hamil anak kedua. Sementara itu, Dalilah yang dihubungi melalui ruang komunikasi 'Whatsapp' berkata, berita tersebut benar-benar memalukannya dan keluarga, sedangkan dia kini menjadi tunangan orang dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
"Buat masa ini, tunang saya tidak tahu lagi tentang perkara ini dan saya tak tahu nak terangkan kepada dia macam mana. Sudahlah saya ini ibu tunggal dan difitnah dengan perkara sebegini. Apa pula kata keluarga pihak dia nanti."Pelik rasanya daripada mana penulis berkenaan mendapat informasi yang tidak betul itu. Harap-harap tidak ada yang mendengki.
"Saya harap, dengan penjelasan ini, tidak ada lagi isu serupa berulang lagi," katanya.
Zul dan Dalilah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2005. Bagaimanapun, perkahwinan mereka gagal dipertahankan dan bercerai talak dua pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah, Kajang.
Terjah lagi, artikel yang menarik : Hiburan, Zul Huzaimy