Nuffnang

Sabtu, 29 September 2012

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


Gambar <b>Elly Mazlein</b> Manis Tudung : Mean Shiney

Posted: 10 Jul 2012 12:07 PM PDT

Berikut adalah gambar Elly Mazlein yang ayu pakai tudung. Sebenarnya Elly Mazlein hanya tampil bertudung untuk lakonan drama Bazar Al-Mubarak sempena dengan bulan ramadhan nanti. Menurutnya, dia masih tiada niat lagi untuk bertudung namun suatu hari nanti dia akan mengenakan tudung sepenuhnya bila sudah bersedia. Apapun, Elly memang sangat comel apabila bertudung.

Wawancara Bersama Dengan Elly Mazlein

Apakah perkembangan kerjaya anda sekarang?

Ketika ini saya sedang sibuk menjalani beberapa penggambaran drama dan telefilem. Yang terbaharu, saya kini menjalani penggambaran drama sitkom berjudul Bazar Al-Mubarak yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini.

Asyik sibuk dengan dunia lakonan, bagaimana pula dengan karier sebagai penyanyi?

Karier nyanyian saya masih lagi diteruskan dan banyak terlibat dengan beberapa projek seperti merakamkan lagu runut filem iaitu Awan Dania The Movie dan Aku, Kau Dan Dia.

Pada bulan puasa ini saya akan berehat sebentar daripada dunia lakonan kerana akan masuk studio untuk menghasilkan single terbaharu. Cuma, saya tidak dapat menceritakan lebih lanjut mengenainya, tetapi lagu sudah ada dan kini tinggal masa untuk merakamkannya sahaja.

Anda dilihat bertudung. Adakah ini penampilan terkini anda?

Ketika ini saya masih lagi belum bertudung dan penampilan saya sekarang ini kerana menjalani penggambaran drama yang sedang saya lakonkan sekarang. Dalam drama ini saya membawakan watak sebagai Milah, seorang janda yang berniaga kuih-muih di bazar semasa bulan Ramadan.

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


Zaquan Adha Anggap <b>Rita Rudaini</b> Meroyan Di Twitter |

Posted: 06 Sep 2012 08:33 PM PDT

Sememangnya Twitter adalah tempat untuk meluahkan perasaan bagi sesetengah orang. Kalau anda orang biasa, tak ada siapa peduli dengan kata-kata penuh emosi anda. Namun kalau anda seorang selebriti seperti Rita Rudaini, pastinya setiap tweet yang dihantar boleh menimbulkan persoalan.

zaquan rita meroyan

Susulan kenyataan daripada Ayu Raudhah yang ingin berehat untuk mendapatkan cahaya mata, Zaquan Adha telah menganggap Rita Rudaini meroyan melalui status updatenya di Twitter. Walaupun tweet Rita Rudaini tidak dinyatakan secara khusus ditujukan kepada sesiapa, nampaknya Zaquan dapat menangkap siapa yang dimaksudkan oleh Rita.

zaquan rita meroyan

Walaupun dicop meroyan oleh Zaquan di dalam Twitter, Rita Rudaini membalas dengan menyatakan Zaquan yang sebenarnya meroyan. Makin mendalam konflik keluarga ini sebenarnya.

zaquan rita meroyan

Bagi Abang Nara, kalau dah sampai bab-bab begini, tak perlu rasanya diterbitkan menerusi dunia Twitter atau Facebook. Lagi-lagi kalau anda seorang selebriti. Ramai mata yang memerhatikan anda. Mungkin Rita ada sebabnya tertentu dan memang tiada tempat lain untuk meluahkan isi hatinya.

Baca Yang Ini Pulak:-


rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


<b>Rosyam Nor</b> Saran Boikot Barang Yahudi.

Posted: 23 Sep 2012 09:13 PM PDT

Foto : Alif Mustapha

KUALA LUMPUR 24 Sept - Pelakon negara,  Rosyam Nor menyarankan kepada rakyat Malaysia agar memboikot daripada membeli barangan yang dikeluarkan oleh pihak Yahudi.

Menurut pelakon yang memiliki nama sebenar Mohamed Noor bin Shamsuddin itu, memboikot barangan mereka (Yahudi dan Amerika Syarikat) merupakan pengajaran paling besar di dunia ini yang boleh dilakukan oleh umat Islam bagi menunjukkan tanda protes terhadap tindakan mereka.

"Perkara ini (menghina agama Islam) sudah tertera di dalam Al-Quran. Mereka (orang kafir dan Yahudi) memiliki syurga di atas muka bumi ini dan mereka akan membuat tindakan untuk menghina orang Islam termasuklah Nabi Muhammad SAW.

"Tetapi sebagai orang Islam, tahap kesabaran kita turut ada batasnya.Saya percaya, mereka akan mendapat 'balasan' yang teruk di akhirat nanti," katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Pameran Mini MAHA di Universiti Putra Malaysia (UPM) malam tadi.

Rosyam Nor juga telah dipilih sebagai Ikon Kelab Myagrosif UPM.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai penerbitan filem 'Innoncent of Muslim' dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.

alt

Ditanya mengenai perhimpunan yang diadakan oleh umat Islam bagi menunjukkan tanda protes terhadap filem yang menghina Islam, beliau turut menyokong langkah tersebut.

"Bantahan merupakan suara yang harus diketengahkan. Sebagai orang beragama Islam dan rakyat Malaysia, kita berhak meluahkan rasa ketidakpuasanhati terhadap perkara ini.

"Tidak salah untuk lontarkan rasa protes, sama ada mereka dengara atau tidak, sekurang-kurangnya kita telah 'bersuara'," katanya.

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


Gambar <b>Erra Fazira</b> Terbaru

Posted: 06 Sep 2012 10:20 PM PDT

Gambar dibawah adalah gambar pelakon dan penyanyi yang dikenali ramai, Erra Fazira ketika beliau sempat menghadiri satu majlis rumah terbuka Aidilfitri bersama Cube Film baru-baru ini.

Penampilan Erra Fazira memang sentiasa menjadi penampilan, masih awet muda juga lah katakan. =.= -gambar Budiey

-Komen anda itu adalah TANGGUNGJAWAB ANDA. tq.

Zahiril Adzim - Google Blog Search

Zahiril Adzim - Google Blog Search


<b>Zahiril Adzim</b>

Posted:

Drama Bersiri Mana Hilangnya JUWITA. Isnin 10malam, ASTRO Ria 15 Episod. Buku Bogel Menuju Tuhan. Antologi Puisi dan Catatan Zahiril Adzim RM30 Hubungi http://tokobuku.fotopages.com dan Faisal Mustaffa ...

Erul af - Google Blog Search

Erul af - Google Blog Search


DIELA CREATIVE: Bersama <b>Erul AF9</b>

Posted: 02 Sep 2012 12:51 AM PDT

            Assalamualaikum wrh wbr.....

Salam sejahtera kepada anda semua dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan. Semoga negara kita akan sentiasa dalam keadaan aman 
dan sentosa. 
           Entri kali ini mengenai selebriti AF 9. Ini secara kebetulan sahaja berjumpa dengan Erul AF9. Sebenarnya Erul ni datang di majlis tahlil di rumah emak saudara suami. Sewaktu hendak pulang terserempak dgnnya. So apa lagi, sempatlah bergambar dengan dia.


Gambar kenang-kenangan bersama selebriti Erul AF9.


Awan Band - Google Blog Search

Awan Band - Google Blog Search


Lirik Lagu Lintasan Bintang – <b>Awanband</b> | Lirik | Satellizer Music

Posted: 07 Aug 2012 03:09 PM PDT

Cahaya bintang-bintag
Menyinari wajahmu
Hadir mu dan menemani
Di waktu aku bersama
Kesunyian itu

Biar aku yang hilang
Dari sisi mu sayang
Tak mungkin ku disini
Menduakan perasaan
Yang telah kau jalinkan

Dan aku sedari
Yang selama ini
Cuma sampai disini

Kau bukanlah lagi
Bidadari yang ku impi
Oh mengapa

Ku cuba hindari
Dari kau menghampiri
Hmm hmm hmm

Biarkan ku tahan
Kelukaan di hati
Oo oo oo

Janganlah menangis
Biar jadi begini
Ooo ooo

Pergilah bersamanya
Biar aku aku yang pergi

Dan aku sedari
Yang selama ini
Cuma sampai disini

Kau bukanlah lagi
Bidadari yang ku impi
Oh mengapa

Cuma lintasan bintang
Cuma lintasan bintang
Cuma lintasan bintang

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


<b>Elfira Loy</b> Tak Gentar Dengan Fear Factor Selebriti Malaysia <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2012 11:00 PM PDT

Program Fear Factor Selebriti Malaysia mengukuhkan lagi kedudukan Astro Ria (104) selaku Saluran Hiburan Melayu Utama di negara ini apabila bakal menemui anda di kaca tv tidak lama lagi. Ketahanan fizikal dan mental 30 selebriti tanah air seperti Dafi Ismail, Arja Lee, Elfira Loy, Roslan Shah, Kaka, Ezlynn, Johan Ashaari, Jehan Miskin, Farish Aziz, Akim Ahmad, Zoey Rahman, Mejar Dr Faiz dan Gambit Saifullah diuji melalui cabaran-cabaran yang disediakan.

Bertubuh kecil dan cilik bukan menjadi satu batu penghalang buat duta produk Maybelline ini, Elfira Loy untuk menyahut cabaran program realiti ini.

"Kita kena percaya dengan apa yang kita boleh buat. Contohnya pagi tadi, ramai yang tidak menyangka saya dapat melaksanakan cabaran rock climbing. Padahal, saya memang takut sangat dengan cabaran ini kerana ia memerlukan kekuatan tangan dan kaki. Iyalah, jika dibandingkan dengan kemampuan peserta lain terutamanya abang Jehan Miskin, sudah tentu lain kan," ulas Elfira Loy di sidang media yang berlangsung di Batu Caves, pagi tadi.

Keteguhan pendirian Elfira Loy ini turut didokong dengan kata-kata semangat daripada ibunya kerana ia adalah satu peluang yang datang sekali seumur hidup.

"Pada awalnya memang saya takut. Tapi, ibu saya berikan sokongan supaya mencuba. Katanya, kalau tak cuba, kalau tak pergi, nanti menyesal. Setelah hampir seminggu menjalani latihan boot camp, saya akui apa yang ibu katakan itu adalah benar," jelas pelakon ini lagi.

"Bagaimanapun, saya lebih takutkan kucing daripada ular. Saya tak suka benda-benda yang mengejar. Saya juga takut dengan badut," seloroh Elfira lagi.

Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad berkata, "Berbeza dengan Fear Factor luar negara, Fear Factor Selebriti Malaysia akan diuji dengan cabaran melibatkan ketingian, air, api, claustrophobia dan binatang. Manakala, cabaran tidak akan melibatkan makanan kerana ingin menjaga sensitiviti penduduk Malaysia."

Katanya lagi, "Kesemua peserta akan diterbangkan ke Cape Town, Afrika Selatan mulai 23 Oktober – 15 November dan setiap minggu ada peserta yang akan disingkirkan."

Menarik sekali, Fear Factor Selebriti Malaysia ini akan dihoskan oleh bintang paling popular, Aaron Aziz.

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


Saya Tidak Pergi Bercuti Bersama <b>Hans Isaac</b> Ke Koh Samui <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2012 07:01 PM PDT

Semakin seseorang selebriti itu popular, semakin banyaklah gosip yang menimpa dirinya.  Itulah yang terjadi kepada Neelofa apabila dikhabarkan pergi bercuti bersama Hans Isaac ke Koh Samui baru-baru ini. Itu semua terjadi apabila Neelofa menulis tweet yang berbunyi "On my way to the airport. Bye Malaysia!!!!"

neelofa hans isaac

Neelofa yang ditemui oleh wartawan OhBulan ketika majlis pra tonton filem Hantu Kapcai berkata:-

Saya sebenarnya pergi bercuti hari Ahad hari tu, Hans pulak pergi ke Koh Samui dah lama. Lagipun saya pegi bercuti dengan kawan-kawan ke Phuket dan langsung tak jumpa dengan Hans. Setahu saya Hans pergi ke Koh Samui dengan kumpulan kelab golf dia. Jadi berita tersebut sememangnya tak betul. Secara kebetulan pula, ada orang ambil gambar yang saya upload di Twitter dan sabotaj gambar tersebut. Tapi apa pun saya kena terima dan hadapi semua ini. Apa boleh saya buat, perkara dah berlaku. Saya ingatkan pergi bercuti boleh rehatkan badan dan tenagkan fikiran, tapi bila balik bercuti semakin serabut pula dengan benda-benda macam ini.

hans isaac

Diharap Neelofa bersabar dengan cerita-cerita begini. Apa pun Abang Nara respek Neelofa sebab rileks dan tak melatah walaupun dilanda gosip sebegini. Kalau taknak perkara sebegini berulang lagi, senang je. Ajak la Abang Nara sekali kalau pergi cuti ke mana-mana. Boleh Abang Nara terus update cerita sebenar. Hehehe.

P.S: Budak umur 7 tahun boleh tarik kereta di China.

Baca Yang Ini Pulak:-


Sazzy Falak - Google Blog Search

Sazzy Falak - Google Blog Search


<b>Sazzy Falak</b> Plans To Launch Street Fashion Line – Lipstiq.com <b>...</b>

Posted: 20 Mar 2012 11:00 AM PDT

TV host and actress Sazzy Falak will be launching her very own clothing line named "Street Fashion by Sazzy Falak" after her initials. The 31-year old actress and mother to 11 month old twins, Iman Lilly and Tiara Rose, says that she chose the street fashion concept because of its simplicity and versatility for women in college all the way up to their early 30s.

Image credts to Sazzy Falak

Her brand SF by SF will offer scarfs and some self designed clothings during the initial stage of her business. What's unique about her brand is that her pieces will be made with high quality fabric priced at an affordable range between RM60 to RM120. Exclusive designs will be sold around RM200. Right now, Sazzy is in the process of producing designs before the launch of her brand.

The MyEG Xtra Time host is confident that her street fashion line will attract those who are looking for something unique and different that existing brands in the market based on her own observations, research and taste. We can't wait to see what Sazzy has in store for us as one of the most fashionable celebrity mothers in Malaysia!

Source: mStar

No comments yet.

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


Rahsia cantik <b>Tiz Zaqyah</b>

Posted: 21 Sep 2012 04:00 PM PDT

CANTIK rupa, cantik gaya dan indah tutur bicara serta cekal semangatnya. Seawal usia 24 tahun, Tiz Zaqyah sememangnya memiliki kecantikan yang asli.

Bentuk tubuhnya menawan dengan berat 48 kilogram pada ketinggian lima kaki tujuh inci.

Dalam satu pertemuan bersama pelakon terkenal ini, di Tanamera Spa, di Kuala Lumpur, dia diajukan soalan tentang rahsia kecantikannya.

"Tiada rahsia tertentu. Saya cuma pastikan sentiasa minum air masak sebanyak dua atau satu liter sehari terutama dilokasi penggambaran untuk menambah tenaga setelah seharian penat berada di lokasi," ujarnya.

Selain itu, Tiz juga akan sentiasa memastikan selesai sahaja penggambaran dilokasi dia akan membersihkan wajahnya terlebih dahulu sebelum tidur.

Dia juga mengamalkan rejim penjagaan kecantikan yang berasaskan dengan bahan-bahan semulajadi seperti membuat skrub menggunakan lobak merah.

"Saya mengamalkan skrub ini sejak di bangku sekolah lagi. Biasanya ibu saya yang akan membuatkan skrub tersebut dan saya hanya memakainya sahaja.

"Sejak mengamalkan penggunaan skrub lobak merah di muka, saya merasakan kulit muka bertambah halus. Sebulan sekali saya pasti memakainya," ujar pelakon yang meledak namanya melalui drama televisyen, Nur Kasih itu.

Tiz juga mengakui dia agak beruntung kerana tidak pernah mengalami masalah berat badan sejak dari remaja.

"Badan saya ini mudah turun mudah naik. Saya tidak pernah diet. Saya memang jenis suka makan nasi dan makanan yang pedas. Tapi saya pilih lauk ikan dan sayur. Itu sudah mencukupi.

"Tip saya menjaga perut ialah minum air 20 minit lepas makan. Air pun bukanlah jenis berais, setakat air sejuk atau air suam sahaja," ujar Tiz.

Selain menjaga pemakanan, dia juga sering memanjakan diri di spa dan paling gemar berurut.

Menurut Tiz , selepas berurut dia akan rasa begitu lega, segar dan benar-benar merehatkan mindanya.

"Tiz akan berurut sekurang-kurangnya tiga kali sebulan. Skrub badan pula dua kali seminggu, Tiz juga percaya bahawa aroma terapi memang memberi kesan untuk merehatkan minda seseorang," jelasnya.

Menurut si cantik itu lagi, jika tidak berlakon, dia memang bukan seorang yang gemar mengenakan solekan.

Apa yang akan dibuat sebelum keluar ialah sekadar memakai krim pelindung matahari dan sedikit gincu, alasannya supaya kulit bebas bernafas.

Tentang penjagaan kulit pula Tiz berkata, dia menggunakan rangkaian mandian May.

Baginya sentuhan mandian May dapat melembapkan kulit dan teksturnya sangat menyegarkan badan.

Produk itu diperkaya dapat memberi kesegaran sepanjang masa kepada pemakainya.

"Saya sangat menggemari baunya yang harum dan menyegarkan. Lebih penting baunya kekal lama pada kulit selain membuatkan kulit lembut dan licin," katanya.

- UTUSAN

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


Bekas Kekasih Mamat (Sepah), <b>Fida Ibrahim</b> Nafi Nikah Dengan VIP <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2012 11:25 AM PDT

Kepada para peminat Mamat dari kumpulan Sepah yang hanya tinggal nama saja, anda pasti mengenali siapa Fida atau Rafidah Ibrahim ini. Untuk yang masih belum tahu, Fida adalah juara Bintang Pantene 2007 dan juga sepupu kepada diva tanahair, Dato' Siti Nurhaliza.

Terbaru, khabar angin yang bertiup secara tiba-tiba telah menyebabkan nama Fida kembali menghiasi tabloid-tabloid dan laman gosip tempatan apabila Fida dipercayai telah berkahwin dengan seorang VIP secara diam-diam. Dikhabarkan, VIP tersebut adalah seorang usahawan dan yang paling mengejutkan ialah Fida dituduh menjadi isteri kedua VIP tersebut.

"Tuduhan saya bernikah secara senyap-senyap adalah tidak betul sama sekali. Ini adalah fitnah kerana pada waktu yang dikatakan saya melangsungkan pernikahan itu, saya berada di lokasi penggambaran. Jujurnya, saya pun tidak tahu mengenai perkara sehingga ia kecoh diperkatakan di laman Twitter pada baru-baru ini tetapi ia (pernikahan) memang tidak berlaku." – dipetik dari mStar Online.

Sebelum ini, Fida pernah dilaporkan menjalin hubungan dengan seorang VIP yang telah dikenalinya lebih 2 tahun lalu dan pengakuan ini dibuat selepas Fida memutuskan hubungannya bersama Mamat (Sepah) melalui laman gosip tempatan.

Apa yang pasti, OHBULAN! sudah beberapa kali berjumpa dengan Fida dan daripada keperibadian yang ditunjukkan oleh Fida, OHBULAN! percaya Fida bukannya seorang yang tahu membohong. Kami percaya, Fida ini lurus orangnya. Anda rasa?

Sumber : mStar Online

Eira Syazira - Google Blog Search

Eira Syazira - Google Blog Search


Penggempur Mutiara: [GAMBAR] Wajah Terkini <b>Eira Syazira</b> Yang <b>...</b>

Posted: 03 Sep 2012 09:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Aktres Eira Syazira enggan memanjakan dirinya walaupun sedang mengandung lima bulan demi memenuhi tuntutan sebagai seorang pelakon.
Pemilik nama sebenar Syazira Shuhaimi, 28, berkata, dia mengambil pendekatan itu kerana tidak mahu dirinya menjadi lesu atau lemah yang sekali gus boleh menjejaskan rutin hariannya.
"Saya berlakon dan melakukan kerja-kerja rumah macam biasa sebelum ini. Saya sengaja tidak memanjakan diri supaya badan saya kelihatan cerdas walaupun sedang mengandung.
"Alhamdulillah, setakat ini saya melaksanakan tugas saya seperti biasa walaupun terdapat sedikit masalah terhadap kandungan saya kerana saya terlalu aktif berlakon. Bagaimanapun masalah itu tidaklah begitu serius," katanya ketika ditemui mStar Onlinepada jamuan Hari Raya anjuran pengarah filem Ahmad Idham di kediamannya di Bukit Jalil di sini.

Isteri kepada aktor Azad Jazmin ini berkata, dia hanya akan berehat selepas menamatkan komitmen sebuah telefilem untuk TV AlHijrah yang akan memulakan penggambaran pada Khamis ini.
"Saya masih aktif berlakon sehingga kini. Rasa sayang pula hendak tolak kerana satu demi satu tawaran masuk sehinggalah Ramadan lalu.
"Bayangkan, sepanjang mengandung saya sempat siapkan tujuh telefilem. Mungkin selepas tamat penggambaran telefilem dengan TV AlHijrah di samping Aqasha dan suami, baru saya berehat panjang," katanya.
Mengenai pengalamannya hamil buat pertama kali, penyanyi lagu Prasasti Cinta ini berkata, dia tidak lagi mengalami sebarang alahan yang teruk pada fasa ini.
"Ketika awal kandungan dulu, saya memang lemah, mual dan tidak larat tetapi sejak kebelakangan ini terutamanya sepanjang Ramadan lalu, saya menjadi lebih kuat, bertenaga dan tiada alahan teruk.
"Namun, Azad pula yang kerap mual dan pening. Malah, suami juga semakin nakal dan suka bergurau tanpa kira tempat dan waktu," katanya yang dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Eira yang kini berhenti seketika daripada bidang nyanyian berkata, dia dan suami bakal berduet dalam lagu berjudul Sajak Dari Hati selepas melahirkan anak nanti.
"Saya berehat seketika daripada projek nyanyian kerana wakil syarikat rakaman FMG itu senyap dan menghilang begitu sahaja. Promosi lagu Prasasti Cinta ciptaan Manusia Putih itu pun tertunda kerana saya sudah hamil.
"Insya-Allah, selepas bersalin pada awal tahun depan, saya dan suami merancang untuk merakam lagu duet kami berjudul Sajak Dari Hati," katanya. -Mstar

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


<b>Fizz Fairuz</b> Serik Bicara Soal Kahwin.

Posted: 12 Sep 2012 09:41 PM PDT

alt

 

Spekulasi hubungan dingin pasangan Fizz Fairuz dan Almy Nadia dilihat senyap seketika setelah perang mulut kedua-dua pihak yang membuat kenyataan bercanggah berkaitan status perkahwinan mereka.

 

Baru-baru ini Fizz Fairuz telah menjelaskan hubungan beliau bersama Almy Nadia masih baik dan tiada sebarang isu mahupun masalah berbangkit berlaku.

 

"Saya dengan Almy masih lagi berkawan dan tiada apa-apa masalah dengan dia. Kami masih lagi berhubung dan bertanya khabar antara satu sama lain" ujar Fizz Fairuz ketika disoal beberapa media Hiburan baru-baru ini.

 

Walaubagaimanapun Pelakon Drama Paling Popular (Kategori Lelaki) Anugerah Bintang Popular 2011 itu berkata beliau sudah serik untuk menjelaskan isu berkaitan perkahwinan. Isu tersebut telah mengganggu dirinya untuk fokus pada kerjaya dan beliau hanya berserah kepada jodoh yang ditentukan Ilahi.

 


alt

 

Beliau menambah, dalam usia yang baru sahaja 32 tahun, beliau tidak mahu terlalu fokus memikirkan soal rumah tangga yang dirancang bersama Almy  malah beliau sudah bersedia menerima sebarang takdir berkaitan status hubungannya bersama Almy Nadia.

 

"Saya tak nak pening-pening kepala, ada rezeki, ada jodoh kahwin, tak ada saya terima," ujarnya lagi.

 

Dalam pada itu, Fizz Fairuz bersama 2 pelakon terkenal Zizan Razak dan Remy Ishak bakal muncul dalam sebuah filem terbaru berjudul 'Hantu Kapcai' yang bakal ditayangkan pada 27 September 2012.

 

Fizz yang teruja dengan kemunculan filem tersebut mengakui sangat serasi berlakon bersama barisan aktor terkenal terutamanya pemegang watak utama kelahiran Raja Lawak musim Pertama Zizan Razak. [VIDEO DI SINI]

 

Adira af - Google Blog Search

Adira af - Google Blog Search


Intan Beauty Centre: Rahsia Kecantikkan <b>ADIRA AF</b>, ISMA AF <b>...</b>

Posted: 23 Aug 2012 07:47 AM PDT


Product Name: Beutskin Essence


Weight : 500mg x 60 capsules

Ministry of Health Registration No.: MAL08031430TR
1 Box / 60Caps : RM240
(Free Postage unt Semenanjung)
(Tambahan RM
* Free "KEAHLIAN"

Trial Pack / 30caps : RM135
(Free postage unt Semenanjung)
(Tambahan RM5 unt Sabah / Sarawak)

Next Order :
Harga Member : RM200 / Box

Postage :
Semenanjung : RM6
Sabah / Sarawak : RM10

Jika berminat, Boleh Email / Inbox (Pages : Intan Beauty Centre)

Full Name : 
Full Address : 
Hp No : 
IC No (unt Daftar Keahlian) : 



BEUTSKIN ESSENCE – Glowing, Whitening and Beautiful skin 
" Mengubah Statistik Umur Manusia "
Rahsia untuk Kulit Lebih Cerah, Mulus, Gebu dan Awet Muda selalu
Efektif, Selamat dan Tanpa Sebarang Keraguan

5 FAKTOR UTAMA – KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR.
1. Kecerahan Kulit – kulit kemerah-merahan
3. Memperbaiki Gen – menghalang sakit keturunan
4. Metabolik – Metabolisma stabil
5. Anti-Pengoksidaan – awet muda
6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara


KESAN-KESAN SELEPAS PENGGUNAAN BEAUTSKIN ESSENCE

3 hari :
- Menstabilkan fungsi hati dan buah pinggang, kadar peneutralan toksin dalam badan meningkat dengan nyata sekali, kekangan kapilari darah meningkat, hemoglobin meningkat dengan nyata, ketidakseimbangan 'qi' dan darah dapat diperbaiki dan memulihkan daya.


10 hari :
- Keadaan fizikal bertambah baik, sebahagian toksin dalam hati, buah pinggang dan darah dapat disingkirkan, keupayaan anti-pengoksidaan dalam badan meningkat, kapilari darah menjadi lebih lembut, memulihkan dan meningkatkan kekenyalan dinding darah pada masa yang sama menyelaras fungsi ovari.


30 hari :
- Toksin pada organ dalaman badan dapat disingkirkan lalu dipenuhi dengan bekalan nutrien yang diperlukan, keupayaan baik-diri kulit dipulihkan dan ditingkatkan, fungsi peredaran mikro pada kulit diselaraskan secara efektif.


60 hari :
- Meningkatkan liang-diri kulit, keupayaan daya penahanan kulit meningkat, fungsi endokrin bertambah baik dan teratur, perubahan daripada kulit yang berwarna kuning gelap kepada kulit cerah berseri-seri.


90 hari:
- Lebihan lipofusin dan radikal bebas dalam badan disingkirkan, sel-sel menjadi aktif dan keanjalan kulit dipulihkan lalu mengembalikan wajah yang cantik dan kelihatan muda.

Penggunaan jangka masa panjang :
- Metabolisme badan berada dalam keadaan peredaran yang baik, kulit menjadi lembut, licin, sihat, cerah, cantik dan sempurna


************************** *****************

Melicinkan dan memutihkan kulit. Merapatkan hubungan suami isteri walaupun telah mengalami monopos atau rahim telah dibuang. Mempunyai rahsia tersendiri hanya sesiapa yang dah mencuba akan dapat merasai dan mengalaminya, kerana mempunyai kuasa ajaib meningkatkan hormon wanita. Sangat baik bagi pesakit yang hormon tak seimbang.

CARA MAKAN : 
Sekiranya mampu, pagi 2 biji semasa bangun tidur pagi dan malam 2 biji semasa nak tidur. Ambil semasa perut kosong jarakkan sejam baru sarapan. Bagi yang tidak mampu 2 biji pada waktu pagi.


INFO SANGAT BERGUNA:
Cara pengambilan beutskin essence untuk kesan maksimum adalah SEMASA PERUT KOSONG. Disarankan sebanyak 2 biji pagi sebelum sarapan dan 2 biji malam sebelum tidur.
  1. Rasional pengambilan supplemen Beutskin Essence  pada waktu ini adalah disebabkan waktu pagi merupakan waktu KEMUNCAK nutrisi dalam supplemen bertindak balas yakni semasa perut kosong…
  2. Rasional pengambilan pada waktu malam sebelum tidur pula merupakan waktu badan melakukan proses pemulihan/pembaikan sel badan dengan pantas..KONSISTENSI DAN PENYERAPAN PANTAS akan berlaku dengan lancar pada waktu-waktu tersebut.






Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


Nak Ada Rumah Sebelum Kahwin – <b>Farawahida</b> | MyNewsHub

Posted: 24 Sep 2012 12:47 AM PDT

KUALA LUMPUR – Penyanyi wanita, Farawahida, 27, atau Fara tidak berniat untuk menangguhkan perkahwinannya untuk tempoh masa  yang lebih lama lagi.

Sebelum ini, Fara pernah mengeluarkan kenyataan ingin menamatkan zaman bujangnya di usia 27 tahun kerana memikirkan usia itu sudah layak untuk bergelar seorang isteri.

Namun, hingga kini masih lagi tidak ada tanda-tanda menunjukkan Fara sedang melakukan persiapan ke jinjang pelamin.

Fara yang sedang bercinta dengan teman sekolahnya yang dikenali sejak 10 tahun lalu berharap mempunyai rumah sendiri sebelum melangsungkan perkahwinan.

Bagi Fara, mempunyai rumah sendiri membolehkan dia menguruskan rumah tangganya sendiri dan hidup berdikari.

"Bukan kami tidak pernah berbincang soal perkahwinan. Malah sepatutnya dalam usia 27 tahun ini, Fara sudah bergelar isteri. Kebanyakan ahli keluarga Fara mendirikan rumah tangga pada usia ini. Cuma Fara harap, sebelum kami berkahwin, kami sudah ada rumah sendiri.

"Fara tak mahulah selepas kahwin, Fara masih menumpang di rumah keluarga Fara atau mentua. Kami mahu belajar berdikari dan menguruskan rumah tangga sendiri. Bagaimanapun, bukanlah bermakna kalau tak ada rumah, kami tak boleh kahwin. Jika sudah sampai seru, kahwin saja," kata Fara yang dipetik dari Berita Harian Online.

Mengakui dia sedang bahagia bersama kekasih hati, Fara tidak mahu mengikat tali pertunangan  dan hanya mahu bernikah terus.

Tetapi, sekiranya bertunang, penyanyi yang popular dengan lagu Tanpamu itu tidak mahu terikat untuk tempoh yang terlalu lama.

"Alhamdulillah, setakat ini hubungan kami baik-baik saja. Lagi pun, kami sudah saling mengenali hati budi masing-masing sejak 10 tahun dulu iaitu ketika di bangku sekolah lagi. Andai jodoh kami tiba, kami mahu kahwin terus, tak perlu nak bertunang.

"Kalau bertunang pun mungkin dalam tempoh yang singkat seperti tunang kemudian terus bernikah. Senang tak payah nak buat banyak majlis," kata Fara.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tercapai Impian: Zizie Kini Bergelar Datin

Hattan Tinggal Pesan Panas Buat Zubir

Tasha Shilla Mengaku Takut Mati

Marsha Kecewa Dengan Bidang Nyanyian

Stacy AF Puas Jaga Anak Angkat

Rafflesia Sambut Hari Ibu Bersama Artis

Selebriti Popular Mabuk Sebelum Atau Selepas Pulang Dari Umrah?

Raja Ilya Nak Bunuh Diri Sebab Putus Tunang?

Farah AF Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Ifa Raziah Disingkirkan Produksi Kerana Gemuk?

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri