Nuffnang

Isnin, 22 April 2013

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


Video : Wang Lee Hom & <b>Najwa Latif</b> Duet Lagu Mandarin - OhBulan

Posted: 02 Apr 2013 03:48 AM PDT

Najwa Latiff & Wang Lee Hom

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu 'Cinta Muka Buku,'  Najwa Latiff baru-baru ini telah diberi penghormatan untuk berduet dengan penyanyi dari Taiwan iaitu Wang Lee Hom ketika berlangsungnya konsert Music Man 2.

Menerusi respond yang diberikan oleh penonton-penonton di laman YouTube, ramai yang telah memuji persembahan Najwa dan kami sendiri merasa bangga dengan kejayaan penyanyi ini.

Wah, nampaknya bukan setakat Najwa Latiff sahaja yang mampu menyanyikan lagu bahasa mandarin dengan bagus, malah Wang Lee Hom juga kelihatannya turut mampu menyanyikan lagu 'Getaran Jiwa' dalam versi Bahasa Melayu dengan begitu baik sekali. Kagum sungguh!

Jom layan persembahan mantap Najwa dan Wang Lee Hom selepas ini. Semoga terhibur!

Tags: , ,

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


<b>Remy Ishak</b> Didakwa Timbulkan Masalah? | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 05 Apr 2013 12:32 AM PDT

Screen Shot 2013-04-05 at 3.50.57 PM

Baru-baru ini Remy Ishak, 31, telah menyatakan hasratnya untuk menarik diri daripada berlakon dalam produksi teater "M.Butterfly" yang dijadual akan dipentaskan pada 11-14 April ini di Blackbox, Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Pelakon ini memaklumkan kepada pihak produksi teater bahawa pihak pengurusannya tidak bersetuju untuk dia memainkan naskah "M.Butterfly" yang mempunyai elemen seksual dan politik. Peranan Remy dalam pementasan teater ini kemudian telah digantikan dengan Benjy, 35.

Kesan daripada ini, ia menimbulkan sedikit isu apabila Remy dikatakan mendiskriminasikan naskhah teater tersebut. Menurut salah seorang krew produksi, tindakan Remy ini menyebabkan mereka terpaksa membuat perubahan disaat akhir kerana pelakon baru terpaksa berlatih dari mula.

Persoalannya, sebagai seorang pelakon dan penggiat seni, adakah wajar baginya untuk menolak watak ini disebabkan elemen seks dan juga politik didalam sesebuah naskhah itu? Jika benar pun, patutkah dia menarik diri disaat akhir sedangkan dia ada masa lebih kurang dua bulan untuk berbuat demikian sebelum ini?

Untuk info, teater ini bakal dipentaskan tidak kurang lagi satu minggu dari sekarang iaitu pada 11-14 April ini. Karya asal David Henry Hwang ini akan diarahkan oleh Mislina Mustaffa, pelakon dan pengarah teater/filem di dalam bahasa Melayu.

Drama yang diinspirasikan oleh opera Madama Butterfly Giacomo Puccini memaparkan watak utama, Rene Gallimard, yang merupakan seorang kakitangan awam dihantar untuk bekerja di kedutaan Perancis di China. Gallimard jatuh cinta dengan diva opera China, Song Liling, yang sebenarnya seorang lelaki menyamar sebagai seorang wanita.

Bagi yang tidak tahu, "M.Butterfly" pernah dipentaskan di Euqene O'Neill Theatre, New York Amerika Syarikat pada 20 Mac 1988 hingga 27 Januari 1990 selama 777 kali pementasan yang diarahkan oleh John Dexter dan pernah difilemkan selama tiga kali yang sebelum ini. Selain itu filem "M.Butterfly" juga pernah memenangi dua anugerah iaitu "Cerita Terbaik" di Drama Desk Award dan Tony Award pada tahun 1988.

Kredit foto : Feeq Photography

Fasha Sandha - Google Blog Search

Fasha Sandha - Google Blog Search


Tahniah <b>Fasha Sandha</b> dan Rizal Ashram! | EH!

Posted: 17 Apr 2013 06:15 AM PDT

Gembira sungguh membaca perkhabaran mengenai Fasha Sandha yang sudah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Perkara ini diumumkan sendiri oleh suaminya, Rizal Ashram Ramli atau lebih manja dengan panggilan Jejai di laman Twitternya dan turut berkongsi gambar bayi lelakinya itu di laman Instagram miliknya.

FASHA SANDHA BAKAL LAHIRKAN BABY BOY >>

gambaranakfasha3 Tahniah Fasha Sandha dan Rizal Ashram!

Gambar: instagram Rizal Ashram

 gambaranakfasha2 Tahniah Fasha Sandha dan Rizal Ashram!

Gambar: facebook we love fasha sandha

BABY BOY UNTUK NING BAIZURA >>

Bayi lelaki mereka selamat dilahirkan pada 15 April 2013 jam 9.21 pagi. Ini merupakan putera kedua untuk Jejai yang mempunyai seorang lagi anak lelaki, Putera Reykal Ramli, hasil daripada perkahwinannya dengan aktres Nora Danish.

PUTERA IRMA HASMIE DAN AYU RAUDHAH >>

gambaranakfasha Tahniah Fasha Sandha dan Rizal Ashram!

Gambar: facebook we love fasha sandha

Untitled1 Tahniah Fasha Sandha dan Rizal Ashram!Gambar: instagram Rizal Ashram

NOSTALGIA PERKAHWINAN DATIN SOFEA JANE >>

Turut bersama mereka berdua ketika kelahiran adalah ibu dan bapa Jejai, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan YM Raja Puan Sri Noora Ashikin Raja Abdullah. Semoga kehadiran cahaya mata pertama ini mengindahkan lagi kehidupan rumah tangga mereka berdua!

Nora Danish Bawa Rayqal Lawat Anak <b>Fasha Sandha</b> | Portal <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2013 04:58 PM PDT

Nora Danish

Beberapa jam lalu pelakon genit, Nora Danish telah kongsikan sekeping foto menerusi laman Instagram-nya dengan caption berbunyi,

Congrats Jejai & Fasha on the new born Rayfal. Such an adorable baby.

Menerusi foto yang dipaparkan, kita dapat lihat keceriaan yang terpancar melalui wajah pelakon wanita tersebut sewaktu melawat bayi sulung Fasha Sandha, Putra Rayfal Ramli semalam.

Nampaknya ramai antara peminat melahirkan rasa gembira serta bersyukur melihatan keakraban yang terjalin antara kedua-dua aktres ini dan berharap agar hubungan mesra mereka akan terus berkekalan.

Instagram Nora Danish

Dalam pada itu, menerusi respon yang diberikan, ramai antara mereka merasa kagum dengan ketabahan yang ditonjolkan oleh Nora Danish dan berdoa agar suatu hari nanti pelakon comel tersebut akan bertemu jodoh dengan insan yang lebih baik.

Respon Instagram Nora Danish

Berikut kami kongsikan beberapa foto Nora Danish bersama putera tunggalnya, Rayqal buat tatapan anda semua.

Kredit foto : Instagram Nora Danish

Tags:

Sazzy Falak - Google Blog Search

Sazzy Falak - Google Blog Search


Gambar Terbaru Anak Kembar <b>Sazzy Falak</b> - Belogfadah Sempoi...

Posted: 18 Apr 2013 01:53 AM PDT

Dah besar dah anak kembar Sazzy Falak ni, Lilly dan Tiara Rose dah berusia dua tahun lebih dah. Nampak nak cubit je pipi mereka berdua ni. Gambar yang diambil awal bulan April sehingga minggu ini melalui laman Instagram Sazzy yang lebih 300,000 follower!. Layan..

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


<b>Pierre Andre</b> Sahkan Bakal Nikah Sebelum Ramadhan | Portal <b>...</b>

Posted: 20 Mar 2013 07:32 PM PDT

Screen Shot 2013-03-21 at 10.28.56 AMDalam diam-diam, rupanya pengarah muda, Pierre Andre sudah pun merancang pelbagai persiapan untuk majlis pernikahannya yang dijangkakan berlangsung sebelum bulan Ramadhan menjelma

Menerusi portal Murai, Pierre bakal bernikah dengan Nur Hidayah Hashim, 25, pada bulan Jun ini namun tarikh masih belum ditetapkan lagi.

"Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan menamatkan zaman bujang saya dengan gadis pilihan, Nur Hidayah Hashim,25, atau Yaya pada bulan Jun ini. Saya ingin memohon maaf jika tidak menjemput media ketika majlis pertunangan kerana ia merupakan permintaan pihak keluarga kami.

"Namun, pada majlis pernikahan kelak, saya akan menjemput para rakan media dan selebriti untuk bersama-sama saya. Mengenai tarikhnya, saya belum boleh kongsikan kerana ianya masih terlalu awal. Tetapi ia akan dilangsungkan sekitar bulan Jun ini, sebelum memasuki Ramadan," ujar Pierre dipetik dari Murai.

Bagaimanapun, Pierre memberitahu kemungkinan besar majlis resepsinya akan diadakan pada hujung tahun.

"Kami akan bernikah dahulu dan majlis resepsi akan dibuat kemudian dan belum ditetapkan lagi bila tarikhnya. Saya memang mahu buat perkara yang wajib dahulu iaitu akad nikah dan resepsinya kemudian. Mungkin pada hujung tahun."

Tahniah pada Pierre, bakal isterinya pun cantik, kan?

Tags: , , , , , ,

ramlah ram - Google Blog Search

ramlah ram - Google Blog Search


Buah tangan terbaru <b>Ramlah Ram</b> - Portal berita Negeri Sembilan

Posted: 05 Apr 2013 08:20 PM PDT

Ramlah Ram

KALI terakhir tampil dengan album berjudul Ketentuan pada tahun 2009 lalu, kini penyanyi ternama, Ramlah Ram berjaya menghasilkan album terbarunya, Aspirasi Hati.

Pelancaran album ini telah dijalankan di Neway Karaoke Box, Fahrenheit 88, Bukit Bintang, Selasa lalu.

Apa yang menariknya mengenai album ini adalah ianya telah dihasilkan atas usaha kelab peminatnya, Ramlah Ram Group (RRG) yang sanggup menampung kos penerbitan sebanyak RM75,000.

Siap sepenuhnya sejak 2012, album edaran FMC ini mengandungi 12 buah lagu baru yang pastinya mampu mengubat kerinduan peminat setia penyanyi ini.

"Setelah lama menanti, akhirnya saya dapat juga menyiapkan album baru. Ini semua hasil kerja keras peminat yang mahu melihat saya tampil dengan album baru.

"Saya sangat terharu dengan kesungguhan mereka.

"Secara jujurnya, saya tidak mengambil keuntungan dari album ini kerana ia akan dimasukkan ke dalam tabung RRG untuk kegunaan akan datang,"  jelasnya.

Antara lagu yang dipertaruhkan adalah Sesaat Kau Datang, Seandainya, dan 5:00 minit yang menampilkan penyanyi rap, Caprice.

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


Maraton Drama Lakonan <b>Tiz Zaqyah</b> & Remy Ishak, "Cinta Jangan <b>...</b>

Posted: 03 Apr 2013 10:49 PM PDT

Cinta Jangan Pergi

Bagi semua peminat Remy Ishak dan Tiz Zaqyah, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan drama lakonan terbaru gandingan mantap kedua-dua pelakon ini berjudul "Cinta Jangan Pergi," yang bakal ditayangkan mulai 6 April ini di TV9.

Secara umumnya, drama bersiri ini akan ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad, namun begitu memandangkan pada Ahad (7 April) bakal berlangsungnya majlis berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), oleh itu pihak TV9 bakal menayangkan maraton untuk episod pertama dan kedua drama tersebut pada Sabtu ini bermula jam 8.30 hingga 10.30 malam.

Antara barisan pelakon yang turut terlibat dalam menjayakan drama bersiri ini adalah Nadia Nisa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Eleza Shada dan Kartina Ayoob.

Berikut kami lampirkan trailer drama 'Cinta Jangan Pergi' buat tontonan anda semua. Jom layan!

Tags: , , ,

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


<b>Hans Isaac</b> Tidak Mahu Kisah Cinta Dengan Neelofa Jadi Tumpuan <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2013 05:40 PM PDT

Hans Isaac dan Neelofa kelihatan mesra sekali semasa sidang media filem Lemak Kampung Santan beberapa hari lepas, namun, Hans menyatakan yang dia tidak mahu gosip cintanya diberi tumpuan. Menurutnya, gosip cinta dengan Neelofa tidak akan membantu menarik perhatian penonton ke pawagam untuk menonton filem itu.

Malah, Hans mengakui jalan cerita filem itu klise, iaitu mengenai seorang arkitek yang datang ke sebuah kampung untuk bekerja, lalu jatuh cinta dengan perempuan kampung yang pandai memasak nasi lemak. Tetapi dia ada sebab tersendiri menampilkan jalan cerita seumpama itu. Katanya ia mudah diterima oleh masyarakat penonton filem di Malaysia.


Menurut Hans lagi dia tidak mahu kehidupan peribadinya diberi fokus berlebihan, sebaliknya dia hanya mahu dikenali kerana filem-filem yang dihasilkannya setelah bersara nanti.

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


(15 GAMBAR)<b>Fizo Omar</b> Bercuti Di Beijing, Kini Sudah Ada Kekasih |

Posted: 09 Feb 2013 06:29 PM PST


Abang Nara respek Fizo Omar kerana mempunyai wawasan di dalam hidupnya. Fizo sedar yang kerjaya pelakon tidak akan menjamin masa depan. Maka Fizo tampil dengan francais Hot Burger yang kini sedang hangat di pasaran. Memang satu langkah yang bijak.

fizo omar dan kekasih

Berita kurang baik kepada gadis-gadis yang ingin memikat hati Fizo Omar. Hati Fizo sudah pun dimiliki oleh gadis di dalam gambar di atas. Gadis tersebut berasal dari Kedah. Sekali pandang, memang ada iras wajah mereka. Semoga perhubungan ini akan berterusan ke jinjang pelamin.

fizo omar dan kekasih

Baru-baru ini juga Fizo telah bercuti ke Beijing. Nampak meriah sungguh gambar-gambar yang telah dikongsikannya menerusi Instagram. Lagi 13 keping gambar Fizo Omar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
vco
P.S: "Kulit wajah saya bertambah baik selepas 1 minggu mengamalkan makan Virgin Coconut Oil", itu adalah salah satu testimonial yang sering kami terima. So tunggu apa lagi? Hantar email ke lorongsetia8@gmail.com atau LIKE Facebook CantikBeautifulNara untuk sebarang pertanyaan.

fizo omar dan kekasih
fizo omar dan kekasih
fizo omar dan kekasih
fizo omar dan kekasih
fizo omar dan kekasih
fizo omar dan kekasih
fizo omar dan kekasih
fizo omar dan kekasih
fizo omar dan kekasih
fizo omar dan kekasih
fizo omar dan kekasih
fizo omar dan kekasih
fizo omar dan kekasih

Baca Yang Ini Pulak:-


Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


<b>Nora Danish</b> Bawa Rayqal Lawat Anak Fasha Sandha | Portal <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2013 04:58 PM PDT

Nora Danish

Beberapa jam lalu pelakon genit, Nora Danish telah kongsikan sekeping foto menerusi laman Instagram-nya dengan caption berbunyi,

Congrats Jejai & Fasha on the new born Rayfal. Such an adorable baby.

Menerusi foto yang dipaparkan, kita dapat lihat keceriaan yang terpancar melalui wajah pelakon wanita tersebut sewaktu melawat bayi sulung Fasha Sandha, Putra Rayfal Ramli semalam.

Nampaknya ramai antara peminat melahirkan rasa gembira serta bersyukur melihatan keakraban yang terjalin antara kedua-dua aktres ini dan berharap agar hubungan mesra mereka akan terus berkekalan.

Instagram Nora Danish

Dalam pada itu, menerusi respon yang diberikan, ramai antara mereka merasa kagum dengan ketabahan yang ditonjolkan oleh Nora Danish dan berdoa agar suatu hari nanti pelakon comel tersebut akan bertemu jodoh dengan insan yang lebih baik.

Respon Instagram Nora Danish

Berikut kami kongsikan beberapa foto Nora Danish bersama putera tunggalnya, Rayqal buat tatapan anda semua.

Kredit foto : Instagram Nora Danish

Tags:

Pengarah Hanya Mahu Ketengahkan Cara Berkasih Sayang – <b>Nora</b> <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2013 08:24 PM PDT


Nampaknya kontroversi babak intim antara Rusdi Ramli dan Nora Danish di dalam filem Mencari Cinta masih lagi menjadi topik hangat dunia hiburan. Yang pasti, ramai yang terkejut dengan aksi berani yang dipamerkan oleh kedua-dua pelakon ini. Malah ada yang menyatakan mereka berdua tidak berbaju ketika melakonkan adegan tersebut.

nora danish mencari cinta

Namun Nora Danish menerusi Metro Ahad semalam memberitahu yang dia tidak merasakan ada babak melampaui batas selepas menonton filem tersebut. Kata Nora Danish:-

Selepas menonton filem itu, saya tidak nampak di mana babak menunjukkan apa yang kami lakukan melampaui batas. Yang saya lihat, pengarah mahu ketengahkan cara berkasih sayang selepas berkahwin. Untuk menonjolkan perkara itu, ia diterjemahkan menerusi bahasa tubuh.

nora danish
Malah Nora Danish menafikan spekulasi yang dia tidak berbaju ketika membuat rakaman babak tersebut. Kata Nora lagi:-

Apa jua tanggapan yang dibuat, ia tidak pernah berlaku dan semuanya dilaksanakan dengan menggunakan teknik kesan khas dan gerak badan. Apa yang dipaparkan sesuai dengan jalan cerita. Sebagai pelakon, tentu saya juga memikirkan sensitiviti penonton. Andai apa yang diminta pengarah untuk kami lakukan itu saya rasa tidak masuk akal atau keterlaluan, tentu saya akan menolak.

nora danish
Dengar khabarnya, Rusdi Ramli ini turut kecewa kerana isu ini diberikan fokus untuk publisiti filem ini. Dilaporkan yang Rusdi Ramli tidak hadir ketika majlis pra tonton filem Mencari Cinta kerana kekecewaan tersebut. Semoga selepas ini mana-mana pelakon akan membuat timbang tara sebelum melakonkan adegan sebegini.

Baca Yang Ini Pulak:-


Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


CakapDotCom: <b>FAIZAL TAHIR</b> DI BENGKEL CAKAPDOTCOM

Posted: 14 Mar 2013 11:23 PM PDT




Fasilitator ELIT CakapDotCom, CDC  diberikan kepercayaan oleh Felda untuk berkongsi ilmu komunikasi bersama 25 juruhebah, DJ di bengkel  'Penjanaan trend dan skill  pengacaraan terkini'.
Bengkel terbabit berlangsung di Hotel Vistana, Kuala Lumpur.
Peserta, DJ terbaik dipilih daripada 180 anak Felda berminat tampil di pentas pengucapan awam. 
Majlis dibukan dengan kata-kata aluan disampaikan oleh wakil penganjur dan Ketua Pegawai Eksekutif CDC, Haji Azmil Abdul Aziz.
Sebelum bengkel bermula, semua peserta diberikan peluang bercakap selama 2 minit di hadapan audien.
Pelbagai ragam mereka dirakamkan.
Tatkala peserta bercakap di hadapan, saya perhatikan,  fasilitator ELIT, Haji Omar Abdull tersenyum.


'Faizal Tahir' turut berada di seminar sama.
Joe, insan berbakat meniru gaya percakapan beberapa individu terkenal turut berada di lokasi sama sebagai pemerhati.
Omar Abdullah merungkai tajuk 'Elemen komunikasi berkesan' disulam dengan jenaka.
Zakiah Anas kemudian mengendalikan sesi berbicara mengenai 'Penampilan dan keselesaan ketika tampil di hadapan audien'.
Tentunya Zakiah mendapat perhatian 'extra' di kalangan peserta bengkel.
Mazidul Akmal Sidik kemudian berkongsi pengalaman,  berhubung topik 'Menangani gemuruh, menggapai keyakinan' sehingga jam 7.15 malam.
Tepat jam 8.30 malam, bengkel disambung semula dengan sesi praktikal selama kira-kira 3 jam. Semua peserta diberikan peluang bercakap di hadapan audien, merungkai subjek mereka minati.
"Kalau menjadi DJ lebih mudah sebab kita terus bercakap dengan orang ramai, boleh memutarkan lagu kalau ide hilang. Ini lain, bercakap seorang diri di hadapan," antara komen peserta.
Saya difahamkan, beberapa peserta sebelum ini pemilik sistem audio, memulakan kerjaya mereka sebagai DJ di majlis rasmi dan perkahwinan. 
Terima kasih kerana sudi bersama CDC dan diharapkan ilmu diraih mampu dipraktikkan di sepanjang kerjaya semua terbabit.




Sara Ali - Google Blog Search

Sara Ali - Google Blog Search


Shortpant <b>Sara Ali</b> Ghairahkan Penonton Shout Awards?

Posted: 24 Nov 2012 12:58 AM PST

Sebab kenapa kami mahu sangat pergi ke majlis anugerah muzik besar yang dianjurkan di Malaysia ini bukan kerana kemeriahanya yang tidak seberapa, tapi lebih ingin melihat

gelagat selebriti yang cuba meraih sedikit publisiti dengan sengaja mahu menimbulkan kontroversi untuk lebih dikenali.

Jika di AIM Shila Amzah dengan mudah memohon maaf di atas keterujaanya mencium tangan ibarat Sharnaaz itu sudah sah menjadi suaminya.

Kali ini di Anugerah Shout Awards kelihatan Sara Ali di kritik oleh peminat akibat pemakaian Shortpantnya. Tapi kenapa hanya Sara Ali?

Apa yang menjadikanya lebih menarik hal ini menimbulkan keghairahan penonton apabila Hashtag Sara Ali menjadi trending di twitter mengalahkan artis-artis yang lebih popular

darinya.

Pelbagai kecaman dan kritikan diberikan kepada artis remaja ini antaranya berbunyi :

"Mungkin bukan masanya lagi untuk Sara Ali berjubah atau bepurdah. Mengubah sesuatu mestilah ikhlas dari hati. Terpaksa pun tidak berguna"


"Sara Ali fikir hot ahh pakai shortpants cenggitu .Defukk ahh -,- nama islam so beragak ah sikit -,-"

Tapi yang lucunya ramai juga yang yang tidak mengenali siapa itu Sara Ali, Jadi keputusan Sara untuk memakai Shortpant adalah 'bertepatan' untuk dirinya lebih dikenali selepas

ini.

"Siapakah Sara Ali tu? Aku yg ketinggalan zaman atau dia tu bukan artis?"

Hakikat yang harus kita terima pada dewasa ini ialah, tanpa pakaian yang seksi maka sebarang majlis berprestij untuk menghargai individu industri ini tidak akan meriah.

Nora Danish Comel..