Nuffnang

Jumaat, 19 April 2013

Nubhan - Google Blog Search

Nubhan - Google Blog Search


Mila Ft <b>Nubhan</b> - Cinta Kasih.mp3 - Share Bah Music

Posted: 20 Feb 2013 08:45 PM PST


Title: Cinta Kasih (OST Cinta Qaseh)
Download: mediafire.com, zippyshare.com, sharebeast.com




Zahiril Adzim - Google Blog Search

Zahiril Adzim - Google Blog Search


Shera Aiyob &amp; <b>Zahiril Adzim</b> bergambar potrait mengandung 6 <b>...</b>

Posted:

Tiada apa yang lebih indah apabila melihat gambar pasangan yang sedang menanti cahaya mata pertama. Gambar penuh selepas ini.

Gambar: <b>Zahiril Adzim</b> &amp; Shera Aiyob Tidak Mahu Dedahkan <b>...</b>

Posted:

Ini satu lagi pasangan suami isteri selebriti yang sedang berdebar menanti kelahiran anak sulung mereka dan kandungan si isteri kini sudah pun masuk trimester.

Mengandung : Shera Aiyob Alah Bau Hanyir, <b>Zahiril Adzim</b> <b>...</b>

Posted:

Pelakon juga pengacara Shera Ayob berkata ketika awal-awal disahkan hamil, selera makannya meningkat. Sehinggakan dia pernah ditegur oleh pengarah kerana.

Shera Aiyob &amp; <b>Zahiril Adzim</b> bergambar potrait mengandung 6 <b>...</b>

Posted:

Jom layan gambar pasangan yang comel ini iaitu Shiera Ayob dan Daim(watak dalam Juvana) sempena merakam kenangan meraka ketika 6 bulan mengandung.Pergh sangat comel gitu.=)Credit ...

Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


Afdlin Shauki, <b>Bront Palarae</b> Dan Zain Saidin Sertai Misi Ke Gaza |

Posted: 04 Dec 2012 12:37 AM PST


Syukur sangat-sangat Abang Nara melihat semangat juang jitu yang ditunjukkan oleh selebriti-selebriti Malaysia. Untuk makluman, Afdlin Shauki, Bront Palarae dan Zain Saidin telah pun bertolak ke Gaza untuk menjalankan misi masing-masing. Semoga perjuangan mereka dirahmati olehNya.

misi ke gaza

Abang Nara tak sempat nak check sama ada mereka bertiga di bawah satu misi yang sama atau berlainan. Yang pastinya, Afdlin Shauki ada bersama-sama dengan Bront Palarae. Mungkin Zain Saidin pergi dengan kumpulan yang lain. Apa pun sama-sama kita doakan agar mereka bertiga selamat sepanjang berada di Gaza.

misi ke gaza

Rasanya banyak lagi selebriti tempatan yang telah, sedang dan akan terbang ke Gaza untuk memberikan bantuan. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan. Untuk anda yang ingin membantu tetapi tidak ada kelapangan masa, bolehlah menderma menerusi SMS. Hanya perlu taip PALESTIN10 (nilai RM 10/5/3/1) dan hantar ke 39111 (Aman Palestin).

gaza

Untuk info lanjut tentang aktiviti, sumbangan dan perkembangan terkini, boleh LIKE Facebook Aman Palestin.

Baca Yang Ini Pulak:-


BIODATA <b>BRONT PALARAE</b> - CURRENTLIFE2U.COM

Posted: 25 Mar 2013 08:18 PM PDT

bront palaraeBiodata Bront Palarae

Nama Sebenar: Nasrul Suhaimin Saifuddin
Tarikh Lahir: 27 September 1978
Umur: 35 tahun
Asal: Alor Setar, Kedah
Kerjaya: Pelakon, penulis skrip, pengarah dan penerbit
Pencapaian: Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23
Filem: Lang Buana, Man Laksa, Castelo, Bilut, Tipah Tertipu, Dukun, 1957: Hati Malaya, Anak Halal, Akhirat, Kala Malam Bulan Mengambang, Setam, Remp-it V3, Belukar.
Filem yang Bakal Keluar: Hanyut, Ombak Rindu, Kongsi, Sekali Lagi, Bunga Lalang, Bara Jiwa dan dua filem antarabangsa Quattro Hong Kong 2 (China) dan Liberating Soul (Jepun).

• Bront pandai bertutur dalam bahasa Siam kerana mempunyai darah Siam.
• Pernah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23/2010 menerusi lakonan berkesannya sebagai penyiasat insurans dalam filem Belukar.
• Memulakan karier lakonan pada tahun 2000 menerusi drama TV Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys.
• Bront juga pernah bergandingan bersama aktres Dynas Mokhtar pada tahun 2004 untuk mengacarakan program Beat TV selama dua musim.
• Pada tahun 2005, Bront menerima tawaran biasiswa daripada kerajaan Itali untuk mengikuti kursus jangka pendek dalam jurusan Bahasa & Budaya di University of Foreigners, Perugia Itali.
• Pada tahun 2008 nama Bront mula meniti bibir peminat apabila muncul dalam siri TV Sindarela memegang watak Tengku Hussein.
• Pada tahun 2010, Bront telah mengasaskan produksi filem Otto Films yang akan menjadi platform untuknya meneroka bidang penerbitan filem.
• Bront pernah ke Gaza bagi misi kemanusiaan bersama Zain Saidin dan Afdlin Shauki.
• Dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan aktres baru, Christina Suzanne, namun gosip itu akhirnya senyap begitu sahaja.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG SENTIASA MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

"INGINKAN INFO TERKINI? LIKE PAGE Sahabat Currentlife2uDotCom"
tell your friends about #ChurpChurp and gets RM1! Join Us!

Incoming search terms:

  • bunga siti zubaidah (2)
  • biodata bront palarae (1)
  • biodata dj nas-t (1)
  • bront palarae dan kekasih (1)
  • cerita bront palarae (1)

Tags: , , , ,

Category: Hiburan

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


<b>Hans Isaac</b> Enggan Gosip Lebih Menyerlah - Gua.com.my

Posted: 16 Apr 2013 01:00 AM PDT

Hubungannya dengan aktres Neelofa, hangat diperkatakan. Namun pelakon, pengarah dan penerbit, Hans Isaac enggan membuka mulut tentang hal itu lagi.

"Kalau saya mengaku atau tidak, tidak akan mengubah apa pun. Saya pernah bersuara tentang kisah cinta dahulu, tetapi ia sebaliknya memberi masalah kepada saya. Saya tidak mahu ditimpa masalah lagi kerana banyak hati yang perlu saya jaga," kata Hans.

Bergandingan dengan aktres tersebut untuk filem terbaru arahannya, 'Lemak Kampung Santan', Hans enggan gosip hubungannya dengan Neelofa diberi perhatian lebih berbanding filem itu.

"Sebagai pengarah, saya akan rasa sedih jika filem saya diberi perhatian kerana gosip. Bukan kerana hasil kerja yang saya lakukan," ujar Hans ketika ditemui di majlis sidang media filem 'Lemak Kampung Santan' pada Selasa.

Menurut Hans, penerbit yang menggunakan kontroversi bagi mempromosikan filem sebenarnya tidak yakin dengan filem terbitan mereka.

"Kontroversi dan gosip sedikit pun tidak membantu melariskan filem. Penonton sekarang sudah lebih bijak dan mereka sudah boleh membezakan filem bagus dan teruk," kata Hans.

Mengulas tentang pemilihan Neelofa sebagai heroin Lemak Kampung Santan, Hans memberitahu dia sebenarnya menerima cadangan Aziz M.Osman. Ini kerana pada ketika itu dia tidak mengenali Neelofa.

"Pengarah Aziz M. Osman yang cadangkan supaya saya mengambil Neelofa sebagai watak utama. Pada awalnya saya agak ragu kerana tidak mengenali Neelofa. Tetapi Aziz meyakinkan saya bahawa Neelofa ada bakat dan dia kata 'she's a thinker'," ujar Hans.

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


<b>Nora Danish</b> Terkejut Nama Anak Fasha Sandha Hampir Sama <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2013 10:29 PM PDT


Untuk anda yang tidak tahu, hanya satu huruf yang berbeza pada nama anak Fasha Sandha dan anak Nora Danish. Anak Fasha bernama Putra Rayfal manakala anak Nora Danish bernama Putra Rayqal.
ndnnBerkata kepada Harian Metro hari ini, Nora Danish mengakui yang dia turut terkejut dengan perkara tersebut. Kata Nora Danish:-

Alhamdulillah, selamat semuanya. Apapun, saya juga terkejut kerana Fasha dan Rizal menamakan anak mereka hampir sama dengan anak saya, Putra Rayqal Ramli. Apapun, kita harap yang terbaik buat semua

Abang Nara yakin apabila dewasa kelak, Rayfal dan Rayqal akan menjadi sahabat baik. Tak sabar nak melihat Rayqal menjaga Rayfal seolah-olah menjaga adiknya sendiri. 4 keping lagi gambar Putra Rayfal dengan membaca entri ini sepenuhnya.

ndnn

P.S: Memang perubahan yang ketara jelas kelihatan selepas mengamalkan Fer White. Lebih putih, lebih berseri dan kulit lebih mulus. Dapatkannya sekarang dengan harga hanya RM95 termasuk penghantaran. Untuk tempahan dan persoalan, boleh PM di Facebook CantikNara, email ke lorongsetia8@gmail.com atau SMS/WhatsApp ke 013-594-7061.

ndnn
ndnn
ndnn
ndnn

P.S: Nak Lihat Testimoni Pengguna SkinRich Orang Melayu? KLIK GAMBAR INI

Baca Yang Ini Pulak:-


6ixth Sense - Google Blog Search

6ixth Sense - Google Blog Search


Majlis Kesyukuran <b>6ixth Sense</b> | The LifeStyle Journalist

Posted: 13 Apr 2011 11:27 PM PDT

Pada 12 April 2011 (Selasa) yang lepas kumpulan 6ixth Sense telah mengadakan majlis kesyukuran di Shazana Pau Shop & Restaurant, Kg Baru jam 7.30pm.

Alhamdulillah diatas kejayaan kumpulan 6ixth Sense yang meraih pelbagai anugerah semenjak mereka bergiat aktif didalam bidang seni. Anugerah yang diraih bukan sahaja didalam Malaysia, malah di luar negara juga. Tersenarai dalam pelbagai pertandingan. 6ixth Sense telah mengadakan majlis kesyukuran yang dihadiri oleh 6ixth sense fan club iaitu "deriaku", para wartawan dan blogger.

Saya amat mengagumi kumpulan 6ixth Sense kerana mereka bermurah hati untuk mengadakan majlis kesyukuran. Ini adalah ikon contoh yang baik, kerana kejayaan yang datang adalah dari yang maha kuasa iaitu Allah s.w.t. Walaupun tidak semua peminat 6ixth Sense dapat hadir, akan tetapi doa mereka yang membawa 6ixth Sense meraih kejayaan.


Vocalist : Adi Priyo Sambodo – ADI


Drummer : Mohammad Safwan – WAN


Bass Guitar : Muhamad Fairos – AYOY


Lead Guitar : Mohd Faiz Azizi – GJIE


2nd Guitar : Shahrul Effendy – ATHAN


Kumpulan 6ixth Sense


Mr Juan selaku juruacara


Doa dibacakan oleh En Azmi

Saya sempat merekodkan salah sebuah lagu daripada 3 buah lagu yang dinyanyikan secara live oleh 6ixth Sense. Enjoy!
6ixth Sense – Khatimah Cinta

Diantara Anugerah yg dimiliki oleh 6ixth Sense
Anugerah Hits 1
Hits 1 Musim ke 7 – Lagu Paling Popular – Tanpa
Gah 1 Musim ke 8 – Lagu Paling Popular – Khatimah Cinta
Anugerah Bintang Popular Berita Harian
Finalis Penyanyi Duo/Kumpulan Popular (2009)
Anugerah Juara Lagu
Semi Finalis – Tanpa (AJL 23) & Khatimah Cinta (AJL 24)
Anugerah Bintang Popular Berita Harian
Anugerah Artis Mobile ABPBH 2010
Anugerah Artis Duo/Berkumpulan Popular ABPBH 2010

Diantara Album kumpulan 6ixth Sense

Hari Ini (2006)
1 – Berjanjilah
2 – Seandainya
3 – Maafkanku
4 – Aku Tak Perlu Lagi Cintamu
5 – Seteguh Karang
6 – Cintailah Aku Seadanya
7 – Hikayat Cinta
8 – Pawana
10 – Pesona
11 – Hari Ini Dan Semalam

6ixth Sense (2007)
01. 6ixth Sense – Begitu Indah (Cinta)
02. 6itxh Sense – Cinta Sejati
03. 6ixth Sense – Dari Hati
04. 6ixth Sense – Hikayat Cinta II
05. 6ixth Sense – Kasih Sayang
06. 6ixth Sense – Kelam
07. 6ixth Sense – Long Distance
08. 6ixth Sense – Rayuan Gombal
09. 6ixth Sense – Tak Bisa Memilihmu
10. 6ixth Sense – Tanpa

Cinta Yang Sempurna (2008) (Single khas)

+ – x ÷ (2010)
1. 6ixth Sense – Yang Sempurnakanku
2. 6ixth Sense – Pemilik Hati
3. 6ixth Sense – Haruskah
4. 6ixth Sense – Khatimah Cinta
5. 6ixth Sense – Kita Boleh
6. 6ixth Sense – Cinta Yang Sempurna
7. 6ixth Sense – Sepi
8. 6ixth Sense – Menyesal
9. 6ixth Sense – Cinta Matiku

Lawati Facebook 6ixth Sense untuk lebih kenali mereka. :)

Terima kasih kepada pihak 6ixth sense yang sudi menjemput saya. Saya menerima jemputan daripada mister lal. Terima kasih ye Hilal.. Tidak lupa kepada En Juan dan Kak Pah. :)

<b>6ixth Sense&#39;s</b> Hari Ini Dan Semalam cover of J. Mizan&#39;s Hari Ini Dan <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2013 09:56 PM PDT

6ixth Sense
Hari Ini
Universal 2006
J. Mizan
Hari Ini Dan Semalam
EMI 1974
Download the cover version now from: Download the original song now from:
Buy this track on CD / vinyl from: Buy this track on CD / vinyl from:
Tags: Malay [Add]
Main genre: Rock / Pop
Producer: Kassim Masdor
Tags: Malay [Add]
Main genre: Rock / Pop
Report wrong information or missing video

Nashrin - Google Blog Search

Nashrin - Google Blog Search


Cerita Artis: <b>Nashrin</b> Bertunang Dengan Kawan Sekolah Bernama <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2013 12:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 FEB 2013: Penyanyi lagu Fobia Cinta, Nashrin menafikan dakwaan bahawa dia cuba menyembunyikan statusnya yang kini sudah pun menjadi tunangan orang. Sebaliknya, Nashrin yang baru saja berhenti daripada bekerja dengan sebuah bank di Pulau Pinang memberitahu dia sudah pun 4 bulan mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya yang bernama Farah. "Ya. Saya memang sudah bertunang. Tunang saya bukan model. Dia hanyalah orang biasa yang bekerja di syarikat insurans di Pulau Pinang. Dia adalah teman sekolah saya. Saya kenal dia sejak kecil lagi. "Kalau hendak diikutkan, saya sudah lama tidak berjumpa dengan dia. Selepas berjumpa semula, saya merasakan dia sesuai untuk menjadi suri dalam hidup saya. Sebab itulah saya bertunang dengan dia. "Saya tidak tahu nak kata sebab utama saya bertunang dengan dia. Apa yang saya tahu, bila sudah sampai waktu, saya pun bertekad untuk bertunang dengan dia yang sebaya dengan saya iaitu 24 tahun," katanya kepada murai.com.my. Bercerita mengenai pertunangannya itu, Nashrin telah pun sah bertunang dengan Farah sejak November 2012 dan majlis tersebut hanya diadakan secara kecil-kecilan saja. "Tiada kenalan artis pun hadir di majlis tunang saya. Lagipun, saya hanya buat secara kecil-kecilan saja. Kami bertunang di Pulau Pinang. Hanya saudara mara terdekat saja yang hadir. "Waktu itu juga saya masih lagi bekerja di bank. Sekarang ini, baru sebulan saya berhenti bekerja. Saya pun sudah menetap di Kuala Lumpur sepenuhnya. Alhamdulillah, selepas bertunang tiada apa yang berubah kecuali saya lebih berhati-hati dengan kehidupan yang saya lalui sekarang. Saya juga merasakan lebih mudah bergerak berbanding dulu," jelasnya. Menyangkal dakwaan bertunang untuk menutup tohmahan yang mengatakan dia seorang lelaki buaya darat, Nashrin dengan tegas menepisnya. "Saya bertunang bukan sebab gosip itu. Saya juga bukan playboy. Sekarang saya lebih senang. Ibarat orang kata, saya sudah cuci tangan sikit. Saya juga sudah sign kontrak dengan label baru iaitu Hikayat Records. Insya-Allah, akhir bulan ini saya akan muncul dengan single terbaru. Tajuknya masih belum ada lagi. "Lagu ini adalah hasil ciptaan Kunci Demak. Alhamdulillah, peminat merestui pertunangan saya. Kalau ada fans yang kecewa pun saya tahu mereka akan buat-buat tak kecewa," ujarnya.

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


<b>Fizz Fairuz</b> Larikan Diri Dari Pihak Media? Tidak Percaya <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2013 10:02 PM PST


Ramai yang terkejut dengan berita pertunangan Fizz Fairuz dengan seorang wanita bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar, dan nyata ia mengejutkan Almy Nadia yang hanya mengetahui tentang perkara tersebut melalui Internet.

Hari ini melalui mStar Online, pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid yang juga suami penceramah Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, meminta Fizz menguar-uarkan pertunangannya.

Bukan sahaja perkahwinan perlu diuar-uarkan, tetapi juga majlis pertunangan. Ini kerana apabila seseorang itu sudah bertunang, haram untuk orang lain meminang wanita yang sudah dipinang. Sebab itu ia perlu diumumkan kepada semua.

Mungkin anda pernah dengar tentang hadith yang menyatakan Rasulullah menyatakan 'rahsiakan pertunangan', namun ahli agama Islam sepakat yang hadith tersebut dhaif, oleh sebab itu perkara itu perlu dilakukan mengikut kebiasaan masyarakat.

Akashah juga turut memberikan pendapat tentang perbuatan Fizz yang menyarung sendiri cincin ke jari tunangnya.

Memang niat dah betul, tetapi jalan untuk menuju ke matlamat (berkahwin) itu mestilah selari. Perlu diingat, matlamat tidak menghalalkan cara.

Dalam pada itu, ramai wakil media yang telah cuba menghubungi Fizz untuk mendapatkan penjelasan beliau sendiri tentang pertunangannya, namun panggilan dibiarkan tidak berjawab walaupun diterima oleh telefonnya. Dia juga dikatakan tidak membalas SMS dari wakil-wakil media.

Ramai peminat menganggap perbuatan Fizz tidak jujur, terutamanya kepada Almy Nadia, sedangkan pada November lepas Fizz mengakui hubungan mereka tetap baik sahaja.

Fizz juga dinyatakan tidak percaya bagaimana berita pertunangannya boleh 'bocor'.

Itu yang membuatkan kami tidak percaya: bagaimana dia tidak percaya berita pertunangannya boleh 'bocor', kerana hampir tidak ada apa-apa yang dapat disembunyikan dalam dunia digital, di mana semua orang ada akses untuk merakam dan menyebarkan setiap detik dalam hidup mereka melalui media sosial, apatah lagi majlis pertunangan seorang selebriti.

Mungkin seseorang perlu beritahu Fizz, ini bukan lagi dekad 90-an.

***
Temui M. Nasir, Fendi Kenali, Azlan Typewriter dan ramai lagi dalam program Dikir Ekstravaganza, 23 Februari 2012 (Sabtu) dari 10.00 pagi hingga 1.00 petang di majlis Perasmian Kompleks JKKN Kelantan. Pelbagai lagi aktiviti menarik menanti anda!

Baca Yang Ini Pulak:-


Azhar Sulaiman - Google Blog Search

Azhar Sulaiman - Google Blog Search


1 MALAYSIA: <b>Azhar Sulaiman</b> Sertai UMNO, Ada Prinsip Sendiri

Posted: 14 Apr 2013 10:30 PM PDT


Cerita barisan artis tanah air yang menyertai dunia politik di Malaysia sudah tidak asing lagi.

Nama-nama artis seperti Abby Abadi, Zed Zaidi, Amy Search, Aisyah dan ramai lagi sememangnya sering kali dikaitkan dengan politik semasa ketika ini.Sebelum ini, pelakon dan ahli perniagaan, Azhar Sulaiman pernah menggemparkan negara apabila lantang bersuara dalam laman sosial Facebooknya yang meminta pendapat dari Tok Guru, Nik Aziz mengenai isu murtad sekiranya menyertai parti UMNO.

Ramai yang berang dengan tindakan Azhar itu dan melabelkan aktor tersebut sebagai jahil dan cetek akal.
Hakikatnya, Azhar mengulas isu tersebut yang sebenarnya dirinya hanya menyindir Nik Aziz apabila mudah untuk menjatuhkan hukum murtad kepada sesiapa sahaja yang bergiat aktif dalam UMNO.Baru-baru ini, Azhar Sulaiman memberitahu dia telah menjadi ahli UMNO cawangan Bentong, Pahang sejak beberapa bulan lalu.

Kata Azhar, dia selama ini sememangnya menyokong perjuangan barisan UMNO dan Barisan Nasional sementalah keluarganya turut menyokong aliran yang sama.Malah, Azhar menyertai UMNO kerana ingin memaklumkan kepada umum mengenai prinsip hidup sebenar dia mengenai dunia politik."Baru-baru ini, saya baru sahaja menjadi ahli UMNO Bentong, sebab saya pun berasal daripada Bentong. Saya selama ini memang menyokong Barisan Nasional dan berasal dari keluarga UMNO tetapi tidak pernah menjadi ahli.

"Sebenarnya saya mahu mengwar-warkan prinsip hidup sebenar saya," kata Azhar.Azhar juga memberitahu, pembabitan dalam dunia politik lebih kepada ingin mendapatkan pengalaman selain bertukar fikiran dengan ahli-ahli politik lain.Pun begitu, dia sedar ramai pihak yang mungkin tidak senang dengan pendedahan yang dirinya lakukan.Namun, Azhar tidak kisah asalkan perkara yang dia lakukan adalah benar dan tidak menyalahi mana-mana peraturan.

"Saya tahu tindakan saya ini mesti akan mewujudkan kesan dan akibatnya kerana ada yang suka dan ada juga tidak. Saya hanya mengambil risiko terhadap pandangan orang," katanya.Azhar juga menganggap penyertaan ke dalam dunia politik adalah tindakan yang paling matang yang dirinya telah lakukan.

Wan Sharmila - Google Blog Search

Wan Sharmila - Google Blog Search


Gambar <b>Wan Sharmila</b> Tanpa Make-up? - Gossip Artis Malaysia

Posted: 04 Mar 2013 07:00 PM PST

Pada: Selasa, 5 Mac 2013 Lumrah selebriti atau sesiapa sahaja terutama wanita jika tidak bersolek/berdandan atau dalam bahasa canggihnya 'make-up' pastinya akan menampakkan sedikit kelainan daripada biasa.

Namun ada juga sebilangan yang jika tidak menggunakan make-up itu semua, mereka masih lagi kelihatan seperti menggunakan make-up. Photo pelakon Wan Sharmila tidak bermake-up sudah pastinya memperlihatkan kelainan pada wajahnya.

Tapi tak pasti samaada ini dia bermake-up dan guna 3rd software untuk mengedit atau faktor kurang cahaya. Geh Geh..


Tag: , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Yuna - Google Blog Search

Yuna - Google Blog Search


<b>Yuna</b> &#39;I Wanna Go&#39; -- Malaysian Singer Preps &#39;Sixth Street&#39; EP on <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2013 05:48 PM PDT

Aram Bedrossian Growing up in Malaysia, Yuna was inspired by edgy women…

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


(VIDEO)Kemesraan Farid Kamil Dan <b>Diana Danielle</b>, So Sweet ~~~ |

Posted: 17 Apr 2013 09:54 PM PDT


Pasti Farid Kamil sedang gembira kerana dapat meluangkan masa bersama isteri tercinta di Australia. Sudah tentu mereka berdua saling merindu kerana jarang dapat bertemu. Seorang di Australia melanjutkan pelajaran, dan seorang di Malaysia mencari rezeki.

dd

Abang Nara suka dengan kemesraan yang mereka berdua tampilkan di dalam video yang telah dikongsi oleh Farid Kamil ini. Memang cute sangat pasangan ini. Yang pasti, perut Diana Danielle semakin membesar. Pasti kedua-duanya sudah tidak sabar lagi menanti saat kelahiran bayi pertama mereka.

Comel kan? Semoga Diana Danielle sentiasa ceria dan turut sama menjaga kesihatan anak di dalam kandungan. Tak sabar rasanya nak menatap wajah comel anak mereka kelak. Sama-sama kita doakan agar kebahagiaan mereka ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

P.S: Nak Lihat Testimoni Pengguna SkinRich Orang Melayu? KLIK GAMBAR INI

Baca Yang Ini Pulak:-


Farid Kamil Kongsikan Video Terbaru <b>Diana Danielle</b> Di Australia <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2013 11:12 PM PDT

Kalau anda peminat dunia hiburan tegar, pasti kini anda telah dengar akan fenomena video Keek yang boleh kami kata di'mulakan oleh para selebriti di Malaysia. Mungkin.

Jadi ini merupakan entri pertama kami yang menggunakan video dari Keek selebriti sebagai sumber & secara kebetulan ia'nya video Farid Kamil dan Diana Danielle di Australia baru baru ini.

Selepas kelahiran Putra Rayfal, anak lelaki sulung Fasha Sandha & Rizal Ashram rasanya kelahiran anak pertama pasangan Diana Danielle dan Farid Kamil menjadi penantian ramai pula selepas ini.

Farid Kamil menerusi akaun Keek beliau semalam mengirimkan sebuah video di'mana situasi beliau menantikan isteri tersayang Diana Danielle menyediakan roti paratha di dapur.

Beberapa saat di'hujung video ini boleh kita lihat keadaan terkini Diana Danielle yang semakin membesar perutnya tetapi masih kelihatan cantik — dan suaranya, mana Farid Kamil tidak tergoda. Heh.

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


<b>Zizan Razak</b> Dah Ada Calon Makwe - Gossip Artis Malaysia

Posted: 15 Apr 2013 08:00 PM PDT

Pada: Selasa, 16 April 2013
Wah dalam diam Zizan Razak sudah mempunyai bakal kekasih hati. Dia dikhabarkan sedang akrab dengan seorang wanita pilihannya yang buat masa kini belum mahu mendedahkan lagi identiti wanita berkenaan kepada peminat mahupun umum.

Zizan yang memetik akhbar Utusan itu lagi, dia akan mahu berkahwin dengan target kurang dari 30 tahun dari usianya, dan menjadi pendorong apabila rakan baiknya, Johan sudah berumahtangga dan mempunyai anak.

Dan menafikan gosipnya dengan Nora Danish yang dianggap Zizan sebagai kawan biasa je.

"Perancangan untuk berkahwin memang ada tetapi dengan siapa itu saya belum boleh beritahu. Apa yang saya boleh katakan saya sedang mengenali hati seseorang.

"Wanita itu seorang yang dekat dengan saya tetapi saya jarang bertemu dengannya kerana faktor kerja," katanya

Tag: , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


<b>Misha Omar</b> Tangguh Kahwin Buat Kali Kedua | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2013 09:03 PM PDT

Misha Omar

Nampaknya ini bukan kali pertama penyanyi yang terkenal menerusi lagu "Angin Syurga," Misha Omar diasak dengan soalan yang melibatkan perkahwinan.

Menurut penyanyi ini, secara jujurnya dia sendiri ingin mendirikan rumahtangga bersama tunang tersayang, Firos Ezzwan Rossly akan tetapi kesibukan kerja membuatkan mereka terpaksa menangguh dulu perkara penting itu.

"Sepatutnya saya akan berkahwin tahun ini, tapi oleh kerana sibuk dengan kerjaya dan jadual yang padat, saya terpaksa menangguh dulu perkara tersebut.

"Kalau boleh saya nak melangkah ke arah perkahwinan dengan suasana nyaman dan saya tak nak persiapan saya itu nanti diganggu dengan kesibukan kerja.

"Tapi tak mengapa, mungkin ada hikmah disebalik semua ini," ujar Misha Omar sewaktu bertemu di sidang media konsert 3 Permata baru-baru ini.

Memandangkan ini sudah masuk kali kedua Misha menangguh perkahwinannya, jadi timbul persoalan dikalangan pihak media tidakkah peyanyi tersebut merasa risau sekiranya hubungan mereka retak angkara gangguan orang ketiga?

"Kedua-dua kita diuji begitu. Sudah tentu ada yang nakal. Tapi itu tak merisaukan saya sangat sebab kami faham situasi sekarang. Isyallah, kedua-dua kami sedang menjaga rukun dan harga diri dengan baik.

"Lagipun kalau kita nak jadi isteri yang baik, kita harus memahami bakal suami dari sekarang.

Merujuk perkembanagn terbaru, Misha Omar bakal beraksi untuk konsert "3 Permata" mulai September ini bersama dua penyanyi hebat, Jaclyn Victor dan Adibah Noor. Tiket konsert akan dijual dengan harga RM40 hingga RM250. Sebarang keterangan lanjut sila layari www.3permata.com.my .

Tags: