Lagu Tapi Aku Cinta (Walau Lebih Tua) Tak Sindir Sesiapa – Erry Putra | Erry Putra menjelaskan dia akan keluar dengan single baru dengan tajuk Tapi Aku Cinta (Walau Lebih Tua). Katanya, lagu berkenaan dipasarkan dalam masa terdekat selepas tak sampai tiga minggu menjalani proses lengkap untuk menyempurnakannya.
Namun timbul pula kontroversi mengatakan pemilihan tajuk lagu berkenaan seolah-olah menyindir rakan artis lain. Kononnya, Erry memang sengaja mencetuskan kontroversi dengan lagu tersebut yang didakwa ditujukan kepada teman-teman artis yang terlibat.
Bagaimanapun menerusi laporan Utusan Malaysia Online, Erry Putra menafikan dakwaan itu. Katanya, lagu Tapi Aku Cinta hanyalah sekadar lagu.
"Mana ada. Tak ada niat langsung saya nak perli sesiapa. Itu cuma sekadar lagu. Memang tajuk itu kedengaran seperti mengata orang tapi saya tak buat begitu. Kalau ada yang terasa saya minta maaf. Namun jujurnya saya tak ada niat mengata orang apalagi kawan-kawan artis."
Selain itu, Erry juga akui dia sedang mengenali seorang wanita berstatus janda dan lebih berusia daripadanya. Namun wanita berkenaan hanyalah kawan biasa. Apapun, Erry tidak menolak kalau sudah berjodoh dengan wanita berkenaan.
"Macam inilah, saya tak nafi berkawan dengan orang yang lebih berusia ini membuatkan saya lebih selesa. Mereka lebih matang dan memahami… buat saya rasa tenang. Berbanding orang yang lebih muda, tak ramai yang faham kerja macam saya ini. Bila tak faham, buat saya serabut. Tak ikut trend atau jejak langkah sesiapa. semuanya bergantung pada jodoh. Macam saya kata, wanita berusia ini lebih memahami. Kerja macam saya yang tak menentu masa ini, memang memerlukan saya untuk mencari wanita yang memahami. Insya-Allah, kalau dah sampai jodoh, saya terima." Ujarnya dalam laporan berkenaan.
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();