Nuffnang

Rabu, 12 September 2012

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


Anak Seberang: Nama Anak <b>Que Haidar</b> Menyerupai Nama Ratu Fir <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2012 08:45 AM PDT

Pelakon Que Haidar menyifatkan individu yang mempersoalkan nama anak keduanya iaitu Tengku Cleopatra Haidar yang dikatakan menyerupai nama Firaun sebagai tidak masuk akal.

Que berkata, nama tersebut dipilih berdasarkan maksudnya daripada bahasa Greek yang menggambarkan seorang wanita cekal dan berkepimpinan tinggi."Semasa membuat pemilihan nama itu saya dan isteri langsung tidak terfikir tentang kaitan nama itu dengan seorang ratu Firaun sebaliknya lebih tertumpu kepada gambaran seorang wanita yang tabah dan cekal dalam kehidupannya.

"Apabila orang mengatakan saya memberi nama yang tidak elok kepada anak, ia satu tuduhan yang tidak betul. Ibu bapa tidak akan berbuat demikian malah kita sentiasa mahukan yang terbaik buat zuriat kita," ujarnya kepada mStar Online.Que diminta mengulas tuduhan kononnya dia dan isteri, Linda Jasmine tidak sensitif terhadap pemilihan nama anak yang dikatakan menyamai nama ratu Firaun semasa pemerintahan kerajaan Mesir Purba iaitu Ratu Cleopatra VII.

Tambah Que, pemilihan tersebut dibuat atas persetujuan dengan isterinya dan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada mereka dibuat tanpa sebarang usul periksa.Dalam pada itu, Que memberitahu apa yang lebih penting anak yang dilahirkan itu adalah seorang Islam dan tumpuannya kini adalah untuk membesarkannya dengan didikan agama yang kuat supaya menjadi seorang Muslim yang sejati.

Que berkata, dia tidak terlalu memberikan perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh masyarakat terhadap perkara itu sebaliknya ingin terus berusaha untuk membesarkan anak-anak."Saya sendiri yang iqamatkan anak-anak saya dan mereka adalah seorang Islam. Apa yang lebih penting bagaimana anak-anak saya dibesarkan dan bukannya pada nama," katanya.

Sementara itu, Que memberitahu mereka belum bersedia untuk memperkenalkan anaknya itu kepada umum dan hanya akan berbuat demikian semasa majlis cukur jambul selepas Hari Raya Aidilfitri ini nanti.
Tengku Cleopatra Haidar atau lebih mesra dengan sapaan Cleo dilahirkan pada 26 April lalu secara pembedahan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.Selain Cleo, pasangan itu turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 2 selain Qalif Khan, 12, iaitu anak pertama Linda bersama bekas suami.Linda dan Que itu berkahwin pada 14 Februari 2009. -mstar

BAGI AKU, NAMA ADALAH SATU DOA.
INI BUKAN SATU PERKARA YANG REMEH.
QUE PERLU LEBIH SENSITIF DALAM HAL NI. TAPI NAK KATA APA LAGI, BENDA DAH JADI.
INI SEBAGAI SATU PENGAJARAN KEPADA IBU BAPA YANG LAIN AGAR LEBIH PEKA DALAM MEMILIH NAMA YANG SESUAI UNTUK ANAK.

Published with Blogger-droid v2.0.6

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


(KLIA) Kau Lupa Itu Aku - <b>Najwa Latif</b>

Posted: 22 Aug 2012 08:34 AM PDT


Kau Lupa Itu Aku - Lagu ciptaan sendiri Najwa Latif ni nampaknya kurang diketahui oleh para peminat najwa (Najwa Latif Awesome Friends) sendiri. Tengok saja pada views untuk video lagu Kau Lupa Itu Aku (KLIA) ini, setakat post ini ditulis hanyalah 6,323 views sahaja yang berjaya direkodkan, berbeza dengan lagu-lagu wawa yang lain yang berjaya mencatatkan lebih daripada 10,000 views setiap satu.
Bagi sesiapa yang baru pertama kali dengar mengenai lagu Kau Lupa Itu Aku (KLIA) ni, apa kata korang layan je video kat bawah ni. Najwa Latif menyanyikan lagu KLIA ni secara LIVE. Besar kemungkinan lagu Kau Lupa Itu Aku ni akan dimasukkan dalam album terbaru wawa, iaitu selepas dia habis SPM. Sama-samalah kita tunggu je nanti macam mana okay? Hehe, so enjoice video kat bawah ni ye..

Dafi af - Google Blog Search

Dafi af - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Dafi af</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Aug 2012 09:13 PM PDT


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


melody of my life: -degup JANTUNG <b>TIZ ZAQYAH</b>-

Posted: 09 Aug 2012 10:27 PM PDT

10 hari lagi rasanya nak sambut syawal..mungkin rata-rata persiapan telah dilakukan..cik sakura macam biasa mama yang akan uruskan segalanya..tepat jumaat petang cik sakura akan pulang ke utara..tak sabar rasanya..dan alhamdulillah ada sedikit ganjaran atau imbuhan yang akan diberi..tak salah berkongsi dengan kegembiraan orang lain bukan..tengok orang lain gembira sudah cukup untuk buat hati cik sakura tenang..
hampir setahun di sini..cik sakura teringat seseorang..rasanya tak jauh tempat kerja dia dengan cik sakura..kami dah lama terputus hubungan..mengingatkan kisah lalu tu perit rasanya..tapi cik sakura doakan kebahagian untuk insan ini..nombor telefon masih ada cuma agak sukar untuk berkata-kata..menjauhkan diri lebih baik dari timbul apa-apa musibah yang akan menjelma..cuma rasa terkilan masih ada..tapi apakan daya semuanya telah terjadi..
buat insan ini walaupun kita hampir tapi sukar untuk mendekatkan diri..mungkin ini yang terbaik untuk insan lain..walaupun kita berselisih mahupun berhampiran meja namun sukar untuk cik sakura mengungkapkan kata-kata permulaan..tapi jantung ini ada getarnya..opss dah macam DEJAVU DI KINABALU plak..tapi bila hampir dengan insan ini hati rasa lain..walaupun kakak cik sakura memaksa tapi biarlah..mungkin cik sakura sudah dilupakan..mungkin..
apa-apa pun cik sakura doakan yang terbaik untuk dia..owh ya..kalau empunya diri baca cik sakura nak sampaikan salam mama..undur diri dulu..

Gambar <b>Tiz Zaqyah</b> di Pelancaran Duta Terbaru Produk MAY - Budiey

Posted: 11 Sep 2012 10:50 PM PDT

Pada jam 11 pagi tadi, Budiey telah menghadirkan diri di Pelancaran Produk Terbaru MAY – Diamond Dazzle dan Pengumuman Duta Terbaru yang diadakan di Flora Terrace, Hempshire Place, Kuala Lumpur.

Tahniah, Budiey ucapkan buat pelakon jelita Tiz Zaqyah atas perlantikan sebagai duta produk May terbaru iaitu Diamond Dazzle.

Tiz Zaqyah kelihatan feminin, anggun dan cantik disaluti busana berwarna merah jambu rekaan eksklusif dari Wanpa.

Ini dia koleksi gambar Tiz Zaqyah semasa event berlangsung.

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


<b>Fizz Fairuz</b> Mahu Susah Dahulu, Senang Kemudian | MyNewsHub

Posted: 06 Aug 2012 08:19 PM PDT

KUALA LUMPUR – Pemenang Pelakon TV Lelaki Terbaik, Anugerah Bintang Popular 2011, Fizz Fairuz sanggup bekerja keras kerana mahu kehidupannya sekarang 'susah' dahulu dan memperolehi kesenangan di kemudian hari.

Kerana itu selepas hampir 10 tahun bertungkus-lumus 'menjual' dirinya untuk menjadi pelakon terkenal, baru sekarang Fizz mampu untuk mengumpul aset hartanya sendiri.

Malah, setiap kesusahan yang dia alami sejak menceburi bidang seni juga mengajar Fizz untuk sentiasa berjimat-cermat hinggakan dia mampu untuk membeli rumah banglo sekarang.

"Syukurlah saya tidak lupa diri apabila mendapat peluang yang banyak selepas 10 tahun bergelar artis.

"Kesusahan yang saya lalui sedikit masa dahulu mengajar saya untuk berjimat selain mengumpul aset selagi boleh," kata Fizz yang dipetik dari mStar Online.

Dengan usaha menyimpan duit sendiri sejak 10 tahun lepas, Fizz mampu membeli sebuah kondominium di Mont Kiara, Damansara dan sebuah rumah banglo yang masih lagi dalam pembinaan di Bukit Beruntung, Rawang.

Menceritakan di awal usahanya untuk membeli dua buah rumah itu, Fizz memberitahu agak sukar untuk dia meyakinkan pihak bank memandangkan kerjayanya sebagai artis bukanlah kerja yang tetap.

Namun, Fizz mampu untuk meyakinkan pihak bank yang dia mampu untuk membayar bulanan pembelian rumah-rumah tersebut.

"Semasa tengah "laku" dan orang nak ambil saya bekerja, masa inilah saya gunakan betul-betul peluang untuk mengumpul harta. Sebab itulah saya terpaksa bekerja kuat untuk membayar segala hutang saya itu.

"Pada saya, biarlah saya susah dahulu kerana kesenangannya kita akan dapat kemudian," katanya.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Pat Candy Empat Kali Keguguran Kandungan

FFM 24: Raja Azmi Mengamuk Tak Menang Anugerah?

Konsert Terbesar Jamal Abdillah Di Ipoh Sejak 1979

Jangan Bandingkan Saya Dengan Ogy – Neelofa

Jamal Abdillah Tidak T'tekan Dengan Setiausaha

Pemandu Peribadi Zahida Rafik Larikan RM200,000?

Lil Wayne Diarah Potong Rumput

Enot Berazam Jaga Adab Selepas Bertudung

Riezman Khuzaimi Arah Filem Dengan Kakak

Supermodel Terkenal Shida Yaacob Meninggal Dunia

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Adira af - Google Blog Search

Adira af - Google Blog Search


Cute Jazzel: Ucapan Raya Untuk saya Dari <b>ADIRA AF</b>,,

Posted: 24 Aug 2012 05:11 AM PDT

terima kasih semua...Best Raya kali nie dan best juga menyambut ramadhan kali ini....alhamdulillah syukur ini lah raya paling bermakna...terima kasih to team TIARA anda buat ramadhan saya begitu bermakna dan berat badan saya pun bertambah..kali nie saya dapat berbuka puasa dan dapat ucapan raya Dari Adira yayang dan aliff aziz...heheheheh macam tak pernah jumpa jek...it's okey ini hanya entry untuk blog saya kali ini...lihat youtube di bawah ini..

apa2 pun saya harap anda semua akan sentiasa gembira dan menruskan raya kali ini dengan penuh makna...teruskan meraikan raya tahun ini dengan seribu kegembiraan...sedih raya tahun nie tak ada baju raya..huawarhhhhhh :( cedihnya....tapi saya tetap gembira dapat beraya dengan insan2 tersayang....selamat hari raya semua maaf zahir batin :)

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Sep 2012 07:33 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Sep 2012 07:58 PM PDT


<b>Kumpulan</b> Wings Kini Bawah Naungan <b>KRU</b> - Opss Media

Posted: 19 Jul 2012 08:56 PM PDT

Kumpulan Wings Kini Bawah Naungan KRU

Syarikat rakaman KRU Music Group sanggup membuat pelaburan besar untuk mengambil kumpulan rock legenda iaitu Wings bernaung di bawah syarikat mereka. Presiden Eksekutifnya, Norman Abdul Halim berkata, ia merupakan pelaburan terbesar yang pernah dibuat dalam syarikatnya itu selepas setahun membincangkan mengenai hal kontrak mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak.

"Kontrak yang telah kami persetujui adalah berdasarkan projek setiap album yang diterbitkan dan ia akan diteruskan sekiranya kedua-dua pihak berpuas hati dengan hasil kerja masing-masing.

"Antara kerjasama yang telah dipersetujui ialah pihak KRU akan menggalas tanggungjawab daripada segi penerbitan, pemasaran dan promosi album. Cuma, kami tidak akan sentuh mengenai konsep album yang dihasilkan.

"Saya percaya, pelaburan yang dikeluarkan berbaloi dan sangat layak bagi sebuah kumpulan legenda seperti mereka," katanya pada sidang akhbar 'Legenda Rock Menakluk Kosmos' di Kafe Hard Rock.

Tambah Norman, Wings akan muncul sebuah album baru berjudul Menakluk Kosmos yang dijangka siap pada September depan. Manakala sebuah lagi album berkonsepkan kompilasi lagu-lagu popular Wings juga akan diterbitkan.

"Pihak kami juga akan memasarkan lagu-lagu pada album tersebut secara digital dan mungkin akan dijadikan sebagai runut bunyi bagi produk filem kami.

"Kalau boleh kami akan buat yang terbaik bagi menjayakan album Wings. Kejayaannya bukan setakat daripada segi penjualan album, tetapi juga dapat mengembangkan lagi industri muzik dengan lagu-lagu tempatan yang hebat," ujarnya.

Wings terdiri daripada Awie (vokalis), Eddie (pemain bass), Black (dram) dan Syam (gitar). Sementara itu, Awie pula berharap, selepas 10 tahun tanpa album, Menakluk Kosmos dapat memberikan kelainan kepada para peminat dengan bantuan pengurusan pihak KRU.

"Selepas 10 tahun tanpa sebarang kemunculan album, kami memerlukan strategi promosi yang kuat. Kerana itu juga kami bersetuju untuk berada di bawah naungan KRU yang hebat dalam soal pemasaran dan publisiti.

"Sekiranya album kali ini berjaya, kami akan meneruskan kerjasama dengan album seterusnya pula," katanya.

Selain Wings, kumpulan MOJO, Forteen, V.I.P, Baby Shima, Ad Azhar, Mira Asyraff dan Kamilia turut berada di bawah naungan KRU Music Group.

Terjah lagi, artikel yang menarik : Hiburan, KRU, Kumpulan Wings

chedinsphere.: <b>Kumpulan</b> 4U2C dan Komik Kawan

Posted: 26 Aug 2012 03:29 AM PDT

<b>Kumpulan</b> Wings Dibeli <b>KRU</b> Music | X Lupa Dot Com

Posted: 19 Jul 2012 03:07 PM PDT

Syarikat rakaman KRU Music sanggup berbelanja besar semata-mata untuk mendapatkan kumpulan rock legenda, Wings, bernaung di bawah label mereka. Presiden Eksekutifnya, Norman Abdul Halim, berkata meskipun jumlahnya besar, ia amat berbaloi dengan status kumpulan rock terhebat disandang mereka ketika ini.

"Boleh dikatakan inilah pelaburan terbesar pernah dikeluarkan label kami setakat ini. Ia merangkumi kos pembikinan album, penghasilan klip video, strategi pemasaran dan juga promosi. Tapi ia tidak menjadi halangan kerana status mereka sebagai legenda rock membuatkan kami rasa perbelanjaan besar yang kami keluarkan itu berbaloi," ujar Norman pada sidang media Lagenda Rock Menakluk Kosmos di ibu negara, petang semalam.

Dengan penyertaan kumpulan popular itu dalam KRU, menurut Norman, ia sekali gus membuktikan label itu bersikap terbuka menerima karya orang lain.


"Sebelum ini ramai mengatakan kami banyak menggunakan tenaga kerja dalaman untuk berkarya. Bagi album Wings nanti, kami tidak akan campur tangan dalam soal rakaman, konsep lagu dan susunan muzik. Semuanya kami serahkan kepada mereka. Cuma kami akan terbabit dalam soal pemasaran, promosi, pembikinan klip video dan juga pemasaran dari segi digital," terangnya.

Norman bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar dikeluarkan untuk mendapatkan kumpulan terbabit. Sebaliknya dia menyifatkan kerjasama itu sebagai situasi menang-menang buat kedua-dua pihak.
"Kontrak ini dibuat berdasarkan persahabatan dan mengikut projek album. Kalau mereka puas hati, kerjasama ini boleh disambung lagi," kata Norman.

Ambil masa fikir tawaran

Sementara itu, Awie mendedahkan keputusan menerima tawaran itu tidak dibuat dalam sekelip mata. Banyak perkara perlu diambil kira supaya hasrat menghasilkan album terbaik selepas sedekad tanpa produk baru dapat dicapai.

"Sebelum ini memang ada syarikat rakaman lain menawarkan kami untuk menjadi artis rakaman mereka. Namun kami tolak kerana tawaran itu tidak memenuhi kehendak kami.

"Pemilihan KRU Music sebagai label baru kami ini pun mengambil masa agak lama.
Selepas membuat perubahan dari segi kontrak dan masing-masing puas hati, barulah kami bersetuju menyertai mereka," katanya yang menandatangani kontrak itu awal bulan ini.

Kejayaan demi kejayaan dilakar Norman, Yusry dan Edry serta keupayaan mereka mengendalikan label itu membuatkan mereka yakin untuk menerima tawaran berkenaan.

Mengenai pembikinan album yang berjudul Menakluk Kosmos itu, Awie berkata, mereka masih lagi mencari material yang sesuai.

"Ada beberapa lagu sudah pun dirakam dan kami akan masuk ke studio lagi pada hari ketiga puasa. Memang agak sukar untuk kami mencari lagu baru yang sesuai dengan cita rasa masa kini.

"Walaupun ada pembaharuan tapi tanda dagang muzik Wings, iaitu bunyi gitar dan ketukan dram, tetap dikekalkan," ujarnya.

Kali terakhir Wing merakamkan album ialah sedekad lalu menerusi Naga K'ramat terbitan BMG.

Zul Huzaimy - Google Blog Search

Zul Huzaimy - Google Blog Search


<b>Zul Huzaimy</b> Terkejut Dakwaan Rujuk Bekas Isteri

Posted: 10 Sep 2012 10:28 PM PDT

Pelakon Zul Huzaimy terkejut apabila dikatakan telah rujuk kembali dengan bekas isterinya iaitu Nor Dalilah Muhammad, 29, seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar mingguan pada Ahad.

Zul atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki, 34, berkata, dia dan Dalilah tiada lagi sebarang ikatan melainkan berhubung mengenai anak mereka, Awal Haziq yang berusia enam tahun.

"Berita yang ditulis pada akhbar itu adalah 100 peratus tidak benar. Kami sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi. Kami berbaik pun kerana anak. Masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.

"Tambah pula Dalilah akan mendirikan rumah tangga pada Disember depan dan dia yang tidak ada kaitan pun dalam industri ini pula yang dapat malu kerana laporan itu.

"Apa yang keluarga sebelah pihak tunangnya akan cakap nanti jika mereka mendapat tahu tentang perkara ini?" soalnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada Ahad.

Dalam artikel tersebut, Zul dan Dalilah dikatakan sudah tinggal bersama semula di Bangi dekat sini selepas melalui kemelut rumah tangga yang berpanjangan.

Malah, Dalilah turut dikatakan sedang hamil anak kedua.


Sementara itu, Dalilah yang dihubungi melalui ruang komunikasi 'Whatsapp' berkata, berita tersebut benar-benar memalukannya dan keluarga, sedangkan dia kini menjadi tunangan orang dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

"Buat masa ini, tunang saya tidak tahu lagi tentang perkara ini dan saya tak tahu nak terangkan kepada dia macam mana. Sudahlah saya ini ibu tunggal dan difitnah dengan perkara sebegini. Apa pula kata keluarga pihak dia nanti.

"Pelik rasanya daripada mana penulis berkenaan mendapat informasi yang tidak betul itu. Harap-harap tidak ada yang mendengki.

"Saya harap, dengan penjelasan ini, tidak ada lagi isu serupa berulang lagi," katanya.

Zul dan Dalilah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2005. Bagaimanapun, perkahwinan mereka gagal dipertahankan dan bercerai talak dua pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah, Kajang. - mStar Online

<b>Zul Huzaimy</b> Nafi Rujuk Kembali Nur Dalilah Muhammad,ada <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2012 10:40 AM PDT

Zul Huzaimy Nafi Rujuk Kembali Nur Dalilah Muhammad: Pelakon Zul Huzaimy tampil serta menafikan bahawa dia telah merujuk kembali bekas isterinya iaitu Nor Dalilah Muhammad, 29, seperti yang dilaporkan dalam akhbar Berita Harian pada Ahad.

Zul atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki, 34, berkata, berita tersebut benar-benar membuatkan dirinya terkejut kerana dia dan Dalilah tiada lagi sebarang ikatan melainkan berhubung mengenai anak mereka, Awal Haziq, 6, sahaja.

"Berita yang ditulis pada akhbar tersebut adalah 100 peratus tidak benar. Kami sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi. Kami berbaik pun hanya kerana anak. Masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.

"Tambah pula Dalilah yang akan mendirikan rumah tangga pada Disember depan, dan dia yang tidak ada kaitan pun dalam indutsri ini pula yang dapat malu.

"Apa yang keluarga sebelah pihak tunangnya akan cakap nanti jika mereka mendapat tahu tentang perkara ini?" soalnya ketika dihubungi , di sini, pada Ahad.

Dalam artikel tersebut, Zul dan Dalilah dikatakan sudah tinggal bersama semula di Bangi setelah melalui kemelut rumah tangga yang berpanjangan. Malah, Dalilah turut dikatakan sedang hamil anak ke-2.

Dalam pada itu, Dalilah yang dihubungi melalui ruang komunikasi 'Whatsapp' berkata, berita tersebut benar-benar memalukannya serta keluarga, sedangkan dia kini menjadi tunangan orang dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

"Buat masa ini, tunang saya tidak tahu lagi tentang perkara tersebut, saya tak tahu nak terangkan kepada dia macam mana. Sudahlah saya ini ibu tunggal, difitnah dengan perkara sebegini. Apa pula kata keluarga pihak dia nanti.

"Pelik rasanya daripada mana penulis berkenaan mendapat informasi yang tidak betul itu. Harap-harap tidak ada yang mendengki.

"Saya harap, dengan penjelasan ini, tidak ada lagi isu berkenaan berulang lagi," katanya.

Zul dan Dalilah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2005. Bagaimanapun, perkahwinan mereka gagal dipertahankan apabila bercerai talak 2 pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah Kajang. - Zul Huzaimy Nafi Rujuk Kembali Nur Dalilah Muhammad