Minggu lepas, Fatin dan Alia (adik) berkesempatan untuk berbuka puasa bersama Adam AF di Restoran Intai-Intai, Jalan Ampang Hulu Kelang. Ini kali kedua dapat berbuka puasa bersama beliau, tahun lepas di Paradiso, Titiwangsa (
entri INI).
Tapi kali ini berbeza dengan tahun lepas, tiada aktivti dilakukan. Hanya makan dan berkongsi cerita. Tablemates kitorang sangat friendly dan ada yang kelakar. Nice to meet u all! :) Kongsi macam2 cerita termasuklah cerita seram. Mentang2 bulan puasa.. Kak Mieza, Kak Marina, Azreen, Kak Fazreena dan lagi 2 orang kawan.
Bercerita tentang restoran pulak, dekorasi sangat cantik! Like!
Makanan pelbagai jenis, sedaaap! Air pun pelbagai jenis, teh tarik sangat terbaik! Fatin tak makan semua jenis makanan, just makan sebiji kurma, nasi mandy kambing, desserts like agar2, air batu campur (ABC) dan rojak buah. Gambar pun tak sempat nak snap banyak. Teruja nak makan, bila dah kenyang, nak snap gambar, semua dah licin, macam mana? hahaha :p Tapi korang boleh tengok kat website restoran intai-intai di
SINI. Adam singgah dari meja ke meja tetamu dan berkongsi pengalaman tentang rawatan islam.
Pusat Rawatan Islam beliau, Nur Khalifah Al Hasani telah beoperasi bermula julai. Sampai kat meja kitorang, kitorang pun banyak tanya jugak dan Adam menerangkan setiap jawapan. Sedikit perkongsian daripada Adam:
Ada satu kes di Penang, ada seorang budak yang mana kakinya bengkak dan memberi kesan kepada cara dia berjalan. Bila check, ada 'benda'. Then, beritahu kat mak dia, doa dan lafazkan untuk anak dia. Selepas itu, tengok keadaan anak itu, terus boleh berjalan seperti biasa, on the spot. Jadi, kita beritahu kepada mak itu, jangan salah sangka, bukan kita yang buat, ini adalah doa akak sendiri. Minta kepada Allah, dengan kesungguhan dan pemahaman yang betul, alhamdulillah boleh hilang. Kita perlu doa dengan bersungguh-sungguh, kalau sekadar cakap je, tapi takde hati. Sebenarnya semua ini bermula dari hati. Nawaitu kita.
Ada orang tanya soalan tentang rawatan untuk kencing manis yang kronik, adalah boleh dirawat.
Kata Adam, "Insya Allah, boleh, kita cuba, kita ikhtiar. Tapi kadang2 ada orang putus asa. Jangan kita putus asa dengan rahmat Allah. Kita kena berdoa. Tapi kadang2 dalam kita berdoa tu, kita nak rasa doa tu, macam mana, ini kunci yang kita selalu tak jumpa. Even dalam solat pun, kadang2 kita buat syarat sah solat je, asalkan ada al-fatihah, sah kita punya sembahyang. Jadi macam mana penghayatan kita dalam solat tu, ada tak kita rasa. Inilah benda yang kita perlu belajar. Barulah sedapnyaa.. Itulah orang kata ibadah dalam solat ni, best, macam makan coklat, umpama macam tu la, hmm best, sedapnyaaa.. Tapi sekarang ni, kalau boleh kita nak cepat je, habis je salam, terus tengok kpop."
Ada soalan lain, tentang ikhtiar tu macam mana? Macam mana nak tahu ada 'benda' tu?
Dalam surah2 atau ayat2 al-quran yang diamalkan oleh para tabiin, yakni selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, seperti Alif Lam Mim, ....(surah al-baqarah) Jadi kalau kita nak tahu benda tu ada kat dalam, kita akan rasa panas. Tapi 'benda' ni pandai menipu. Contoh, saya lawan dengan orang yang besar, tumbuk2, siapa lemah, dia akan pengsan, tapi dia tak mati. Macam tu la 'benda' tu kat dalam. Bila kita baca2 ayat al quran, sembelih 'dia', then orang kata ok dah. Tapi sebenarnya 'dia' duduk dalam badan lagi, dia pengsan. Bila dia sedar, dia cergas balik.
Contoh macam persekitaran kita, orang hisap rokok, kita terhidu.
Yang banyak sekarang ni orang Melayu tak tahu yang dia ada saka keturunan. Kita sekarang banyak tertipu dan terpengaruh, yang saka ni kita tengok macam dalam tv, mak atau ayah dia nak meninggal, terimalah 'benda' ni, barulah aku boleh mati. Lepas tu, 'benda tu pun, cepat2 terimalah aku, bagi makan aku, macam tu kan.
Sebenarnya tak, 'Benda' tu boleh masuk ke dalam badan kita masa umur kita 5 tahun lagi. Atuk nenek moyang kita dulu, ada kebun, perniagaan atau rumah yang selalu pencuri masuk, jadi dia berdamping dengan 'benda' ni. Mula2 asalnya dampingan tu bermula dengan "wahai sekian2, jagalah kebun.." bila tengah malam, 'benda' ni pun buat kerja.
Contoh, dia bagitahu khadamnya, esok pagi aku nak kayu balak dah ada kat depan rumah. Then, esok pagi, dia tengok dah ada semuanya. Contoh lain, kalau sawah, ada orang nak rosakkan tanaman, 'benda' tu pun akan takutkan orang itu. Tapi bila tuannya nak meninggal, tuan beritahu kat 'benda' tu, bila aku dah tak ada, jagalah anak cucu cicit aku. Jadi 'benda' tu pegang janji itu. Bila dia pegang, ini yang berlaku. Inilah yang dia tinggalkan harta pusaka. Tapi Melayu kita, bila tentang hantu je, dia panggil saka, tapi sebenarnya pusaka, macam harta pusaka lah. Contoh, ok, nanti bapak dah takde, ambiklah kereta ni. Bila kereta, kita panggil harta pusaka. Tapi tentang syaitan, kita panggil saka. Mana wujudnya perkataan saka tu, daripada perkataan pusaka sebenarnya. Jadi inilah harta yang dia turunkan.
'Benda' ni budak2 boleh nampak tau. Sebab hijab mereka masih dibuka. Bila dah dewasa, baru hijab itu tertutup. Kadang2 tu bila budak main sorang2, tengok macam tu, tetiba dia menangis. Itulah antara benda tu nak sampai kat dia. 'Benda' tu pun boleh menyamar jadi budak kecik.
Jadi, bila umur 5 tahun, 'benda' tu masuk. 'Benda' tu duduk bawah ari-ari, sampailah besar.
Ada satu kes ni, hafiz dan hafizah. Bila diperiksa, "eh, puan ni ada saka." Hafizah itu menjawab, "eh, mana ada, saya baca al-quran hari-hari." Tapi waktu umur 5 tahun, boleh ke baca al-quran, tidak. Tapi boleh tau, sebab ada tanda2. Bila dah buang saka tu, alhamdulillah, dia kata dah tak rasa apa2.
Tanda2 saka ni, kadang2 badan dia ada kesan lebam. Macam orang kata kena gigit hantu tu. Saka ini tergolong daripada jin dan iblis. Inilah yang paling jahat. Bila sihir nak datang kat kita, konon2 saka ni jaga kita kan, tapi saka ni seolah-olah membuka laluan untuk sihir untuk masuk. Siapa yang mudah kena histeria, ini juga tanda2 dia saka. Mimpi jatuh dari tempat tinggi, mimpi menyusu bayi. Kadang2 dia tidur kan, tetiba dengar bunyi ada orang baling batu kat atap, macam bunyi tuk! tuk..tuk..tuk... Siapa pulak baling batu malam2 buta ni. Tak logik. Itu tanda saka tu nak makan, dia lapaq. Orang2 yang saka jugak, adalah orang yang boleh nampak 'benda' itu.
Ada kawan tanya kalau lemah semangat, boleh ubat ke?
Lemah semangat ni sebenarnya kena beri dia pemahaman. Bukan setakat bagi ayat, amalkan. Amal baca ayat, tak tahu apa2 pun, tak guna jugak. Kita kena faham. Kena faham erti syahadah. Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah selain Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Apabila kita angkat syahadah itu, adakah kita membawa dan terjemahkan syahadah itu dalam kehidupan kita.
Secara general, ada orang kata, adik-beradik saya telah dianugerahkan boleh nampak 'benda' itu. Mata jin iblis itu mempengaruhi penglihatan. kasyaf dibuka untuk seketika. Orang yang ada saka, yang bahayanya, susah nak dapat zuriat. Bila jadi janin dalam perut, dia makan.
Zaman sekarang, orang sekarang malu kalau ada saka. Sebenarnya kita tak salah pun, kita tak minta pun ada 'benda' tu. Sekarang ni mana ada orang nak bela saka. Dah tau mudarat dia macam mana kan. Tapi mungkin disebabkan pemahaman dari segi agama tak dapat pada datuk nenek kita dahulu. Sebab mereka ingatkan perkara tu betul sahaja.
Sekian sahaja perkongsian yang dapat Fatin share di sini.
Harap anda mendapat sedikit ilmu daripada coretan ini.
Sharing is caring. :)
Sorry kalau panjang sangat..
Sebelum balik, sempat Adam dan Marlon menyanyikan lagu Kemarau, Lagu Sedih dan Selamanya. Kali terakhir mendengar V.I.P perform. Sedih sangat... :( Ok, untuk makluman, V.I.P dah bubar. Details, next entry la, hehe.. Nanti korang tak larat nak baca, Fatin pun tak larat nak taip.. ;)
Sekarang tengah sakit tekak & demam.
Doakan saya cepat sembuh..