.
Pelakon cantik manis Elfira Loy, 19, mengakui kemesraan yang terjalin di antara dia dan aktor Indonesia, Randy Pangalila sepertimana yang dilihat menerusi lakonan mereka berdua sikit sebanyak terbawa-bawa hingga ke luar set. Sementelah ikatan persahabatan antara mereka wujud sejak mula digandingkan menerusi drama Mimpi Sampai Ke Bintang kira-kira dua tahun lalu.
Lantaran keserasian yang terjalin banyak membantu mereka menghidupkan watak masing-masing dalam drama terbaru yang sekali lagi mengandingkan dia dengan jejaka berusia 22 tahun itu, berjudul Dalam Hati Ada Taman.
Namun yang demikian, kerana kemesraan itu juga menyebabkan timbulnya spekulasi mengatakan mereka sedang hangat bercinta. Mengulas mengenai dakwaan tersebut, Elfira membidas dengan menjelaskan mereka hanya kawan rapat dan sama sekali tidak bercinta!
"Kalau kami kata kami tak bercinta, orang tetap cakap kami bercinta. Saya dah tak tahu macam mana lagi nak hentikan tanggapan tersebut.
"Lagipun dia (Randy) sudah punya kekasih. Kalau orang kata diluar set kami ni nampak mesra dan serius, ya saya dengan dia memang serius tapi sebagai kawan baik. Kami tak bercinta", tegas Elfira Loy sekaligus menafikan mereka berdua punya hubungan istimewa.
Pelakon yang mesra dengan panggilan El ini ditemui di sidang media drama Dalam Hati Ada Taman, di Ampwalk, Ampang, semalam.
Ditanya pula mengenai dakwaan mereka kerap berhubung menerusi BBM (Blackberry Messenger), Elfira berkata,
"Dulu ya, saya ada BBM dia. Tapi sekarang saya dah tak pakai BB lagi. Jarang kami berhubung. Kalau ada pun, setakat tengok perkembangan masing-masing melalui satu aplikasi di iPhone. Itu saja", katanya.
Pemilik nama sebenar Nurul Elfira Loy ni memberitahu dia langsung tidak bimbang dengan dakwaan tersebut kerana dia sudah pun berjumpa dan berkenalan dengan kekasih Randy. Bahkan dia turut menggambarkan Randy seorang yang sangat menyayangi dan setia dengan buah hatinya yang bernama Michella Putri.
"Apa yang saya tahu, Randy seorang yang setia dan sayang giler pada teman wanitanya. Michella pun tahu saya kawan dengan Randy. Kami pernah berjumpa. Ketika tu, Randy bawa ibu bapanya serta Michella dan ibunya bercuti di sini. Saya sempat jumpa mereka sekejap. Ibu saya pun tahu saya kawan dengan Randy", jelasnya lagi.
Bercerita tentang Dalam Hati Ada Taman, watak kali ini kata El, menuntut dia dan Randy menterjemahkan 'cinta mereka' dalam bentuk perbuatan bukan dialog.
Drama yang akan ditayangkan mulai 29 Oktober ini di Astro Ria ni mengisahkan dia sebagai Bella dipaksa berkahwin dengan jejaka yang tidak dicintai iaitu Danial. Kerana terdesak dia meminta bantuan Randy (Randy Pangalila) menyamar sebagai tunangnya. Konflik demi konflik, dalam masa sama Randi dalam diam sebenarnya mencintai Bella. Begitu juga dengan Bella malah dia juga mula mencintai Danial.
"Kali ni we show our love by action. Tak susah kerja dengan Randy sebab keserasian tu memang dah ada. Sebab itu juga tak banyak babak yang memerlukan kami nak rancang-rancang masa nak lakonkan", katanya yang bakal berangkat ke Cape Town pada 22 Oktober ini untuk penggambaran program Fear Factor Selebriti Malaysia.
- mD