IBU kepada pelakon dan pengarah, Hans Isaac, Carmina Anciano Isaac, 74, meninggal dunia kira-kira jam 8.35 pagi tadi, di rumahnya di Taman Tun Abdul Razak, Ampang.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Hans melalui laman Twitternya.
Dia antara lain berkata, "terima kasih atas doa semua, ibu saya sekarang berada di tempat yang lebih baik. Saya akan sentiasa merinduinya."
Mayat mendiang akan dibawa ke Gereja St. John, Bukit Nanas pada Rabu, jam 10.30 pagi untuk penghormatan terakhir.
Mendiang sudah dua tahun menderita akibat penyakit barah. Hans merupakan anak tunggal dan sangat rapat dengan ibunya. – SINAR HARIAN
[unable to retrieve full-text content]This photo was taken on July 8, 2012. 6 views 0 favorites 0 comments 0 galleries. This photo belongs to. Eddie Guyuno's photostream (14613) · 謝謝。 Thanks. MEET & GREET ERRY PUTRA & AMANDA IMANI. License. All Rights Reserved ...
Fahrin Ahmad adalah pelakon yang tidak pernah memenangi anugerah pelakon terbaik, pelakon paling popular dan tiada satu filemnya pun yang meletup.
Beliau adalah artis yang fokus kepada reputasi, bukan populariti.
Reputasi beliau menyebabkan dirinya mendapat tajaan daripada syarikat-syarikat besar seperti Celcom, Uniqlo, Garner MEN, dan Shell. Ini adalah maklumat yang diperoleh daripada Majalah Rezeki bulan Jun 2012.
Belajar Bisnes Cara Fahrin Ahmad
Dalam perniagaan, pentingnya adaptasi. Adaptasi bermaksud kita menggunakan idea-idea daripada keadaan sekeliling, untuk dimuatkan dalam perniagaan kita. Cara ini menampakkan perniagaan kita sentiasa segar dan berinovasi.
Daripada perkongsian temuramah yang dilakukan oleh tim Majalah Rezeki bersama Fahrin Ahmad, terdapat 7 tip perniagaan yang jelas boleh digunakan oleh setiap usahawan.
#1 – Beri Masa 3 Bulan
"Beri saya masa tiga bulan."
Kata-kata ini diluahkan oleh Fahrin Ahmad supaya dapat memujuk ibunya untuk menerima kerjaya beliau dalam bidang lakonan. Dengan menetapkan tarikh spesifik, beliau berjaya mencipta banyak kejayaan besar dalam masa yang singkat.
Fahrin Ahmad juga menjadikan 3 bulan ini sebagai lonjakan tekanan yang positif. Di mana setiap hari tarikh ini menjadi pencetus semangat dan inspirasi, supaya beliau dapat membuktikan kepada ibunya.
#2 – Reputasi Adalah Duit Masuk
Fahrin Ahmad tidak popular seperti artis-artis lain. Bahkan beberapa kali sahaja kita boleh lihat beliau muncul ruangan artis-artis menerusi akhbar, majalah atau blog hiburan.
Populariti bukan jaminan untuk menarik lebih banyak duit. Wang masuk adalah reputasi. Fahrin Ahmad begitu menjaga nilai dirinya di hadapan khalayak ramai dan juga media.
Beliau percaya, reputasi adalah wang masuk. Perniagaan yang popular bukan jaminan perniagaan itu buat banyak duit.
Manakala perniagaan yang mempunyai reputasi terhadap klien-klien tertentu adalah salah satu faktor mengapa perniagaan itu mempunyai aliran tunai yang masuk lebih banyak.
#3 – Popular Bukan Gambaran Kredibel
Artis popular boleh datang dari pelbagai sudut populariti. Antara yang jelas adalah kontroversi. Kontroversi yang tidak baik bukan gambaran si artis itu berkredibel. Ia memusnahkan nilai artis itu sendiri.
Perniagaan mempunyai prinsip yang sama. Kredibiliti perniagaan lebih penting untukmemastikan pelanggan suka untuk berurusan dengan bisnes kita.
Antara cara meningkatkan kredibiliti dalam perniagaan, adalah menerusi hubungan yang baik dengan pelanggan.
#4 – Imej Adalah Jenama
Apala sebut nama Fahrin Ahmad, imej yang dibawanya cukup mudah diingati orang ramai. Gayanya yang sentiasa mengenakan pakaian yang segak dan bergaya, serta tidak lokek dengan senyuman, itu yang menjadikan imejnya bernilai tinggi.
Dari sudut bisnes, imej yang baik adalah jenama yang berkuasa. Lihat bagaimana Apple mementingkan penampilan visualnya. Mereka melaburkan jutaan ringgit, semata-mata untuk menghasilkan produk yang mempunyai imej luar biasa.
Paparan imej yang baik dapat meningkatkan kepercayaan pelanggan. Kepercayaan ini bertukar menjadi wang besar dalam perniagaan.
#5 – Jujur Itu Emas Berharga
"Apa sahaja yang dipaparkan secara jujur di dalam media, atau apabila berjumpa dengan orang, perkara yang baik akan datang kepada kita."
Bagi Fahrin Ahmad, kejujuran itu adalah kredibiliti. Penaja yang datang kepada beliau melihat nilai dirinya secara keseluruhan. Walaupun beliau tidak popular, syarikat besar seperti Uniqlo dan Celcom masih tetap mahu menjadikan beliau ikon.
#6 – Jadi Bisnesman Sihat
Aktiviti waktu petang Fahrin Ahmad melibatkan aktiviti yang menyihatkan badan. Oleh sebab itu tubuh badannya sasa, sentiasa ceria dan bertenaga sepanjang hari.
Antara amalan-amalan yang boleh diambil oleh orang bisnes, berdasarkan aktiviti waktu petang Fahrin Ahmad adalah seperti berikut:
Bersenam.
Perkasakan otot badan di gimnasium.
Berlari di sekitar kawasan rumah.
#7 – Fokus Aktiviti Utama Bisnes
Fokus adalah tindakan penting untuk memajukan perniagaan. Dalam dunia selebriti Fahrin Ahmad, fokus utama beliau adalah pengambaran. Aktiviti ini yang akan memberikan aliran tunai terhadap kerjayanya.
Setiap perniagaan ada aktiviti utama setiap hari. Sebagai contoh, aktiviti utama perniagaan berasaskan penerbitan adalah menerbit artikel baru setiap hari.
Manakala aktiviti utama perniagaan tudung adalah memberitahu kewujudan produk tudungnya, kepada golongan wanita di Malaysia.
Pilih satu aktiviti utama bisnes. Letakkan fokus dan jadikan ia sebagai aktiviti wajib setiap hari.
Pemasaran Online – Bina Reputasi Dalam Masa 7 Hari
Dalam Seminar Pemasaran Online, barisan penyampai tim Majalah Niaga akan berkongsi bagaimana untuk para usahawan membina reputasi dalam masa yang singkat.
Bahayanya teknik ini adalah, ia akan meningkatkan jualan produk kita serta merta kerana pelanggan mula suka pada perniagaan kita.
Untuk melakukan pendaftaran, klik pada pautan di bawah ini:
Seperti sudah lama tidak mendengar khabar berita pelakon tampan Jehan Miskin selepas kisah percintaan dia suatu ketika dahulu bersama pelakon wanita, Jue Aziz berakhir.
Walaupun jarang kita lihat kelibat Jehan Miskin di majlis-majlis selebriti dan juga di kaca televisyen, namun Jehan Miskin berkata, kehidupanya sebagai artis masih sibuk seperti biasa.
"Saya lebih gemar bergerak sendiri, tidak mahu lah nak kejar populariti sangat. Apa yang saya pentingkan sekarang ialah produk. Selain daripada berlakon, saya juga ada menguruskan syarikat sendiri,"katanya yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa Astro Shaw di One World Hotel, Damansara, Selasa lalu.
Mastermind Group yang telah beroperasi lebih dari 3 tahun adalah milik Jehan dimana kesibukan sebagai artis ditambah dengan menguruskan syarikat sendiri memerlukan masa yang banyak, mungkin disebabkan itu dia jarang kelihatan bersama rakan artis yang lain.
Dalam perkembangan lain, Jehan bakal muncul dalam 5 buah filem iaitu "Appocalips" , "Prince Of The City", "Amukan Buas Frankenstein Tempatan" , "Sepah The Movie", dan "Awan Dania The Movie".
Tidak tahu bila pelakon kacak, Jehan Miskin menjadi duta kepada produk makanan ringan. Yang lucunya disini, nama Jehan menjadi perhatian ketika melihat produk ini. Ada konsep penekanan kata berlawan yang dipamerkan pada label produk berkenaan, samaada ianya legal atau sah, yang itu mungkin Jehan sendiri yang tahu, tapi rasanya kalau admin nampak produk ni di pasaran, sah nak beli juga sebijik, mana tahu boleh jadi aksesori kenang kenangan edisi Jehan gitu. :)
Ning Baizura, Nora & Forteen Hiburkan Majlis Perasmian & Berbuka Puasa Muzikal Aidilfitri. 30 warga emas dari Rumah Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong dijemput ke Majlis Perasmian & Berbuka Puasa Muzikal Aidilfitri.
Artis-Artis undangan yang dibintangi Ning Baizura, Nora dan Forteen dari KRU membuat persembahan khas untuk warga emas dan tetamu jemputan.
30 warga emas dari Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong telah dijemput khas untuk berbuka puasa bersama artis di Majlis Perasmian & Berbuka Puasa Muzikal Aidilfitri yang telah diadakan pada 1 Ogos sempena musim Aidilfitri di Sungei Wang Plaza yang berlangsung dari 1 Ogos – 26 Ogos 2012.
Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong merupakan rumah orang tua yang mempunyai 49 penghuni di mana kebanyakan daripada mereka datang dari keluarga yang bermasalah. Rumah ini diusahakan oleh Pn Muji Sulaiman dan keluarganya.
Penyanyi lagenda Malaysia yang iaitu Ning Baizura dan Nora akan membuat persembahan semasa majlis pelancaran Muzikal Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa pada 1 Ogos 2012, 6.00 petang di ruang legar Sungei Wang Plaza.
Turut serta pada hari itu juga adalah kumpulan tempatan penyanyi lelaki yang terkenal; Forteen.
Terkenal dengan persembahan peringkat tempatan dan antarabangsa serta watak filem seperti Mimpi Moon (2000) dan Malaikat Di Anak Tetingkap (2001); Ning merupakan harta Malaysia yang berbakat dan amat bernilai dalam bidang kesenian dan muzik. Bakatnya telah ditubuhkan di peringkat antarabangsa apabila beliau dinobatkan Voice Of Asia pada tahun 1991 diikuti oleh rentetan anugerah muzik atas sumbangan beliau dalam R & B, Pop, dan Jiwa dalam industri muzik. Anugerah terbaru beliau adalah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012. Kejayaan ini telah meletakkan Ning sebagai salah satu Diva Pop yang paling Berjaya dan terunggul di Asia Tenggara.
Nora pula merupakan gadis berjiwa tinggi dari Kelantan yang telah menambat hati seluruh negara dengan sura luar bisanya dalam lagu terkenal "Di persimpangan Delima". Akhir sekali adalah kumpulan lelaki Forteen dari KRU yang terdiri daripada empat ahli; ARIZ, Izzue, Satu dan Ameer . Lagu hit mereka adalah "Berdua Bersatu"
Majlis pelancaran pada malam tersebut bermula dengan tarian pembuka tirai oleh Kumpulan Tarian Swatari diikuti dengan pemeberian Duit Raya dan cenderamata kepada warga emas dari artis dan VIP.Persembahan pertama dimulakan dengan nyanyian kumpulan lelaki "Forteen" dari KRU dengan lagu hebat mereka " Seperti Dulu" dan lagu Hari Raya "Balik Kampung".
Nora kemudiannya mempersembahkan lagunya yang berjudul "Pedoman" dan juga lagu Raya "Selamat Hari Raya". Warga emas kelihatan sedang menikmati persembahan artis kerana mereka juga mengikut rentak lagu artis sambil menyanyi.
Persembahan yang paling dinanti-nantikan pada malam tersebut adalah dari Ning Baizura di mana dia mulakan persembahan dengan lagu pertamanya "Alhamduhiliah" diikuti dengan "Beribu Sesalan". Juadah buka puasa kemudiannya dimulakan selepas persembahan Ning dengan warga emas, artis dan VIP menikmati pelbagai hidangan Melayu yang disediakan.
Mengikut KK Lim, Pengurus Kanan Bahagian Promosi dan Perhubungan Awam Sungei Wang Plaza, konsept Muzikal Aidilfitri ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama kaum dengan pertunjukan beraneka jenis dengan irama merdu bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri harmoni. Dia bertambah lagi; " Untuk majlis pelancaran dan berbuka puasa ini, kami berasa gembira kerana dapat bersama warga emas dari Rumah Al- Ikhsan untuk meraikan bersama kami supaya mereka tidak rasa ketinggalan atau sedih walaupun telah melalui kehidupan yang susah."
Antara aktiviti menarik yang disediakan pada musim Raya ini termasuklah Persembahan Dramatari Muzikal Aidilfitri yang iaitu Menuju Puncak Muzikal (8.30pm pada 3,4,5,9 & 10 Ogos 2012) dan Esok Hari Raya Muzikal (8.30pm pada 16,17,24,25 & 26 Ogos 2012), Pertujukan Fesyen Busana Muslimah dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, JKKN ( 4pm pada 4 & 5 Ogos & 8.30pm pada 11 & 12 Ogos 2012), Muzikal Idol Search (5pm, 12 Ogos 2012) dan Bazar Aidilfitri (1-18 Ogos 2012).
Sambutan Muzikal Aidilfitri ditaja oleh The Travel Store.
Sungei Wang Plaza mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua!
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com. Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]