Bergabung dalam satu drama terbaru berjudul Strawberi & Karipap yang bakal disiarkan di Astro Ceria sepanjang bulan September ini, dua pelakon cilik, Mia Sara dan Rykarl dilihat begitu serasi ketika berada di lokasi penggambaran.
Biarpun ada kalanya kenakalan dan kepetahan dua pelakon kanak-kanak bijak ini agak keterlaluan namun ia tidak mengundang apa-apa masalah bagi pengarah mahupun pelakon-pelakon lain.
"Memang seronok bekerja dengan mereka, apa yang menariknya tentang Mia dan Rykarl mereka berdua tidak berpura-pura, kalau mereka happy, mereka akan sentiasa happy bila berada di lokasi. Saya pilih mereka sebab saya rasa mereka berdua ada keserasian bila berlakon, mereka juga ceria dan sudah ada pengalaman dalam lakonan.
"Saya terpaksa jadi kanak-kanak juga untuk handle mereka, nak cakap senang sangat nak handle itu tidak juga, tapi tidaklah sampai mendatangkan masalah besar," cerita P. Prem Anand Pillai, pengarah drama Strawberi & Karipap.
Selain meletakkan Mia Sara dan Rykarl sebagai pelakon utama, Strawberi & Karipap, pelakon remaja popular Nellydia turut berlakon dalam drama ini bersama pelakon, Zizan Nin.
"Cerita Strawberi & Karipap ini adalah idea asal Astro Ceria, kerana melalui penelitian kami, kebanyakkan penonton lebih gemar dan cenderung kepada pengisian yang bersifat ringan, komedi, mempunyai nilai kekeluargaan dan tidak memerlukan penghayatan yang berat untuk mentafsir keseluruhan jalan cerita.
"Kami ingin memberi hiburan buat penonton khususnya untuk golongan kanak-kanak," kata Pengurus Saluran Astro Ceria, Hadzelynda Khairuddin.
Bagi kebanyakan pelakon lain, adalah menjadi rutin wajib untuk melihat lakonan sendiri di kaca televisyen ataupun di layar perak, namun tidak bagi Bront Palarae.
Pelakon utama yang membintangi filem Psiko Pencuri Hati ini mengakui tidak gemar berbuat demikian sejak dari awal penglibatannya di dalam dunia lakonan.
Saya tak tengok filem sendiri. Bukan rasa pelik melihat diri sendiri berlakon cuma saya tak biasa.
Menonton lakonan sendiri secara umumnya dapat memberi seseorang pelakon itu idea untuk memperbaiki kelemahan diri namun bagi Bront, dia tidak memerlukannya kerana setiap watak yang dibawakan di dalam cerita lain adalah berbeza.
Sebenarnya setiap watak yang saya lakonkan adalah berbeza. Jadi bila habis sahaja penggambaran sesuatu filem atau drama, saya terus lupakan karakter tersebut.
Ditanya apakah yang menjadi sumber inspirasi untuk melakonkan watak psiko di dalam Psiko Pencuri Hati, Bront pantas memetik nama pengarah filem tersebut, Namron.
Saya cuba untuk tak tengok filem lain kerana Namron tidak mahu pelakonnya terikat dengan mana-mana karakter yang lebih kurang sama. Tetapi Namron sangat membantu kerana dia selalu psiko-kan saya.
Bagi yang ingin melihat bagaimana Bront menjadi seorang psiko, sila nantikan kemunculan Psiko Pencuri Hati pada 5 September 2013 di pawagam berhampiran anda.
I read in Daily Express today that Mawi could eclipse both Rosyam Nor and Ning Baizura in the acting salary stakes.
Apparently, in his upcoming debut in the film Aduh Saliha, he would be paid RM300,000 plus a share of the box office, meaning it could well go up to RM1 million.
In contrast, current top earner Rosyam Nor earns between RM180,000 and RM250,000 per film. Ning Baizura also earns RM250,000 per film.
I must admit that I did not expect Mawi's bankability to endure for so long. It's coming to 2 years since he emerged champion of Akademi Fantasia's 3rd season.
PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Aqasha tidak berhasrat kembali aktif sebagai penyanyi buat masa ini kerana beranggapan masih belum tiba waktunya untuk dia berbuat demikian.
Aqasha atau nama sebenarnya, Firdee Akassya Rosli, 31, sebaliknya berkata, dia lebih berminat untuk menerbitkan album untuk artis lain sebagai salah satu cabang baru dalam kerjayanya yang sudah mencecah 13 tahun.
"Rindu ingin menyanyi itu sentiasa ada malah saya bermula dalam bidang seni sebagai penyanyi tetapi rasanya saya mahu memberi fokus lain terlebih dahulu.
"Penerbitan album untuk artis lain adalah yang ingin saya lakukan buat masa ini dan mungkin selepas itu baru saya akan muncul dengan produk sendiri," jelasnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, sebagai seorang artis yang sudah matang dalam industri hiburan dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia melakukan anjakan dalam kariernya.
Jelas Aqasha, banyak aspek lain dalam bidang seni yang masih belum dipelopori dan dia tidak mahu berada di tahap lama sahaja.
"Saya sudah berada di hadapan kamera selama 13 tahun dan sudah puas membawa pelbagai watak. Sudah tiba masanya saya melakukan perkara lain pula dalam kerjaya saya," katanya yang pernah popular menerusi lagu Embun dan Cahaya Hati.
Dalam perkembangan sama, Aqasha dan rakan kongsinya iaitu Sein serta Zain daripada kumpulan Ruffedge sedang merangka pelbagai projek bagi membangunkan syarikat produksi yang ditubuhkan hampir dua tahun lalu.
Selain terlibat dalam projek penerbitan video korporat, pasca penerbitan dan filem mereka juga akan menerbitkan album dan lagu untuk artis yang ingin mendapatkan khidmat mereka.
"Sein dan Zain sendiri terlibat secara langsung dalam bidang muzik dan akan menggunakan pengalaman yang kami ada untuk projek yang sedang dirancang," katanya.
Malah kata Aqasha mereka juga akan menerbitkan filem pertama di bawah syarikat produksi itu September depan. – mStar Online
PETALING JAYA - Penyanyi dan pelakon Aqasha tidak berhasrat kembali aktif sebagai penyanyi buat masa ini kerana beranggapan masih belum tiba waktunya untuk dia berbuat demikian.
Aqasha atau nama sebenarnya, Firdee Akassya Rosli, 31, sebaliknya berkata, dia lebih berminat untuk menerbitkan album untuk artis lain sebagai salah satu cabang baru...

PETALING JAYA - Penyanyi dan pelakon Aqasha tidak berhasrat kembali aktif sebagai penyanyi buat masa ini kerana beranggapan masih belum tiba waktunya untuk dia berbuat demikian.

Aqasha atau nama sebenarnya, Firdee Akassya Rosli, 31, sebaliknya berkata, dia lebih berminat untuk menerbitkan album untuk artis lain sebagai salah satu cabang baru dalam kerjayanya yang sudah mencecah 13 tahun.

"Rindu ingin menyanyi itu sentiasa ada malah saya bermula dalam bidang seni sebagai penyanyi tetapi rasanya saya mahu memberi fokus lain terlebih dahulu.

"Penerbitan album untuk artis lain adalah yang ingin saya lakukan buat masa ini dan mungkin selepas itu baru saya akan muncul dengan produk sendiri," jelasnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, sebagai seorang artis yang sudah matang dalam industri hiburan dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia melakukan anjakan dalam kariernya.

Jelas Aqasha, banyak aspek lain dalam bidang seni yang masih belum dipelopori dan dia tidak mahu berada di tahap lama sahaja.

"Saya sudah berada di hadapan kamera selama 13 tahun dan sudah puas membawa pelbagai watak. Sudah tiba masanya saya melakukan perkara lain pula dalam kerjaya saya," katanya yang pernah popular menerusi lagu Embun dan Cahaya Hati.

Dalam perkembangan sama, Aqasha dan rakan kongsinya iaitu Sein serta Zain daripada kumpulan Ruffedge sedang merangka pelbagai projek bagi membangunkan syarikat produksi yang ditubuhkan hampir dua tahun lalu.

Selain terlibat dalam projek penerbitan video korporat, pasca penerbitan dan filem mereka juga akan menerbitkan album dan lagu untuk artis yang ingin mendapatkan khidmat mereka.

"Sein dan Zain sendiri terlibat secara langsung dalam bidang muzik dan akan menggunakan pengalaman yang kami ada untuk projek yang sedang dirancang," katanya.

Malah kata Aqasha mereka juga akan menerbitkan filem pertama di bawah syarikat produksi itu September depan. - mStar Online

elok punya termenong, teringat la dekat E R U L A F -9, ee kesian nya dye,kalo aku jadi dye mst aku over excited cm dye.. yea dalam kepala otak mesti nak sangat masuk final, tak patut paknil wt dye mcm 2, patut nya dowg direct annouce sape yang terkeluar.. kate da bertaun jadi pengacara, cm 2 ke wt kat orang..dala E R U L siap sujud gembira.. last2 dye terkeluar... kalo aku jadi tempat dye mesti malu, dala family dok ats pentas sekali.. tak sangka betol a AF-9 nie .. asal tah dari STAT AF- 9 aku tak berminat nak tengok..walaupun aku nie bukan la
P E M I N A T - E R U L, tapi aku paham doe perasaan dye time tuh...nampak gila muka dye sedih... aku tengok pun S E N T A P sekejap... pe a astro nie saje nak malu kan orang nie ke di namakan KEJUTAN AF-9... paknil pun satu, tawu la tuh keje awok..tapi tak kan tak bole pikir...adoyaiiii....laen kali bagi la tahu awal² de 2 kad merah n biru... yang biru dapat masuk final yang merah tersingkir ni tidak MEN serbu je... maybe bukan rezeki ERUL...ANNYEONGHASEYO! :))
[artismsia]_(tahniah)erul Af Naib Juara K-pop Star Hunt Musim Kedua
(TAHNIAH)Erul AF Naib Juara K-Pop Star Hunt Musim Kedua
*****(name=middle) -->

Masihkah anda ingat dengan Erul? Erul merupakan salah seorang produk daripada rancangan realiti Akademi Fantasia. Lama mendiamkan diri tanpa khabar berita, rupa-rupanya Erul menyertai pertandingan Kpop Star Hunt musim kedua.
Kpop Star Hunt 2 mengumpulkan peserta-peserta daripada seluruh Asia untuk bertarung sesama sendiri. Selain Malaysia, peserta-peserta hebat dari Filipina, Jepun, Singapura dan Thailand turut sama berentap. Mengkagumkan apabila Erul berjaya memasuki peringkat akhir sebagai Top 3.
Kalau dulu Erul sebut "Anyeonghaseyo" pun tak betul, namun daripada video yang Abang Nara tonton, sebutan bahasa Korea Erul semakin maju. Yang membanggakan ialah apabila Erul berjaya merebut gelaran naib juara Kpop Star Hunt musim kedua. Tahniah diucapkan kepada Erul atas kejayaan ini.
Kepada Erul, semoga selepas ini bintang anda akan lebih bersinar. Jadikan pengalaman menyertai K-pop Star Hunt 2 sebagai pemangkin kejayaan anda di masa depan. Tahniah sekali lagi diucapkan.
terima kasih kerana membaca..jangan lupa komen tau....
Erul. Dlu AF8 rasanya. (*xtgk AF selepas AF2) di Malaysia, Erul xdipandang serius pun. Mgkn sbb rupa? mgkn sbb gaya kpop nye? well,amek hang..kt Korea org siap kata dia - a great singer! Kpop idol pun kagum ngn suara die n dgr cte die dpt NAIB JOHAN in Kpop Star Hunt season2!! (btol ke? Xtau sbb tgk yg kt astro je. Mgkn siaran ulangan?)
It shows that xbermakna bile kte sucks at doing this one thing,its the end of d world. Mgkn we r great at something else yg orang lain xde.
Or if grup A xsuka nak kwn ngn kte, xperlu rasa down. Coz mgkn grup B yg jauuuh lg brilliant akan suka bkawan ngn kte.
Mane tau, Erul ni akan meletop kt Korea n make giant money kt sana?!?! Kte kt Msia ni yg kutuk sakan mamat ni dlu..amacam?? (termasuk la aku pun dulu. Hehe. )Ampuunn. Dia wakil Msia yg bole dibanggakan dlm bidang kpop ;)
Masihkah anda ingat dengan Erul? Erul merupakan salah seorang produk daripada rancangan realiti Akademi Fantasia. Lama mendiamkan diri tanpa khabar berita, rupa-rupanya Erul menyertai pertandingan Kpop Star Hunt musim kedua.
Kpop Star Hunt 2 mengumpulkan peserta-peserta daripada seluruh Asia untuk bertarung sesama sendiri. Selain Malaysia, peserta-peserta hebat dari Filipina, Jepun, Singapura dan Thailand turut sama berentap. Mengkagumkan apabila Erul berjaya memasuki peringkat akhir sebagai Top 3.
Kalau dulu Erul sebut "Anyeonghaseyo" pun tak betul, namun daripada video yang Abang Nara tonton, sebutan bahasa Korea Erul semakin maju. Yang membanggakan ialah apabila Erul berjaya merebut gelaran naib juara Kpop Star Hunt musim kedua. Tahniah diucapkan kepada Erul atas kejayaan ini.
Kepada Erul, semoga selepas ini bintang anda akan lebih bersinar. Jadikan pengalaman menyertai K-pop Star Hunt 2 sebagai pemangkin kejayaan anda di masa depan. Tahniah sekali lagi diucapkan.
GAMBAR, Kereta Gambit Saifullah Langgar Tembok | Saat ini laman web bertebaran gambar yang mendakwa kereta pelakon Gambit Saifullah telah mengalami kemalangan, iaitu melanggar tembok di sebuah kondominium. Gambit Saifullah, pelakon yang penuh dengan kontroversi sejak kebelakangan ni dilihat agak menyepi selepas penampilannya di dalam rancangan realtiti TV Fear Factor menerima banyak kritikan kerana bermulut celupar. Gambit juga pernah membintangi filem Cinta Kura-Kura kini dilihat semakin jarang berlakon dalam mana-mana drama mahupun layar perak. Namun lewat malam tadi, terdapat portal hiburan telah menerima 5 keping gambar menunjukkan Gambit Saifullah yang dipercayai terlibat dalam sebuah kemalangan kecil. Dalam kejadian itu, terdapat sebuah kereta berwarna putih terbabas hingga memasuki kawasan kaki lima jalan. Namun setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada Gambit adalah pemandu kereta itu. Portal tersebut juga telah cuba menghubungi Gambit bagi mendapatkan penjelasan namun tiada respon. Bagaimanapun melalui gambar dibawah, Gambit kelihatan baik dan dipercayai tidak mengalami kecederaan. Betul ke Gambit terlibat dalam kemalangan jalan raya atau itu cuma sekadar gimik krew produksi untuk tujuan penggambaran?
Kalau betullah kemalangan ini cuma gimik, Kami pasti ramai peminat tak sabar nak menantikan kemunculan semula Gambit yang lama menghilang ni.
sumber http://di-sini-bermula.blogspot.com/2013/06/kereta-gambit-saifullah-langgar-tembok.html#ixzz2VntFc9aa
Ada khabar angin yang mengatakan bahawa Gambit Saifullah telah buat kecoh di pejabat pengurusan kondominium yang didiaminya.
Menurut maklumat tersebut, Gambit dikatakan bersikap kurang ajar meredah masuk ke pejabat berkenaan untuk meminta kad akses masuk ke semua blok perumahan itu.
Apabila permintaannya ditolak pihak bertugas, dia mengamuk. Kejadian itu disaksikan beberapa penghuni yang turut ada dalam pejabat itu. Lagaknya macam samseng apabila duduk atas meja walaupun disediakan kerusi.
Beliau dikatakan menunjuk tanda protes dengan menolak pintu dengan kaki ketika keluar dari pejabat itu. Semua yang ada dalam pejabat terkejut dengan perlakuan kurang ajar beliau.
Apapun kemungkinannya, lagaknya memang mengundang tanggapan yang kurang baik.
Bagaimanapun beliau menafikannya ketika dihubungi oleh seorang wartawan hiburan ingin mendapatkan pengesahan tentang eksiden ini.
Dari kenyataan Gambit sendiri,
Memang betul dia ke pejabat pengurusan kondominium itu, tetapi bukan seperti apa yang dinyatakan dalam khabar angin. Malah, tidak ada insiden dia duduk di atas meja atau buka pintu dengan kaki.
Bagi beliau, semua itu karut dan dia tidak tahu apa motif mereka yang menyebarkan cerita hingga fakta sebenar diputar-belit menampakkan dia yang bersalah.
Jelas Gambit, dia ke pejabat itu kerana kad aksesnya rosak dan sememangnya kad itu boleh akses ke semua blok kediaman itu. Suasana ketika itu memang panas kerana kakitangan bertugas berkasar dengannya.
Rasa tidak wajar diperlakukan begitu, dia pun mendesak dan mungkin kerana itu orang yang tidak tahu hujung pangkal cerita sebenar, nampak seolah- olah dia kurang ajar.
Dia hairan bagaimana boleh timbul 'nasi tambah' kononnya dia duduk atas meja dan tolak pintu dengan kaki, sedangkan dua perkara itu tidak berlaku. Ketika kejadian, pengurusnya pun ada sama.
Jika hanya memandang kakak penyanyi Dafi, Sabrina Ismail tanpa menyelidiki latarbelakangnya, dia tidak ubah seperti gadis berbangsa cina yang berasal dari Hong Kong.
Apapun, admin rupanya tersilap membuat andaian kerana si gadis comel bernama Sabrina itu sebenarnya ialah seorang wanita berbangsa melayu tulen.
Dia cuma dianugerahkan raut wajah yang putih melepak dan seiras bangsa cina.
Sedikit tentang Sabrina, wanita kecik molek ini ialah anak kesayangan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dia berusia 26 tahun dan sudah menjadi tunangan kepada pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie. Mereka disahkan akan berkahwin pada 11 Disember 2013.
Jom layan beberapa gambar Sabrina yang sebelum ini pernah dilanda kontroversi selepas gambarnya sedang berpeluk dan bercium dengan Jovian Mandagie tersebar meluas di laman maya.
Sebelum ini peminat sering melihat pelakon genit, Elfira Loy tampil dengan imej berambut panjang bukan?
Namun begitu, baru-baru ini, Elfira telah mengubah imej baru buat dirinya, di mana, pada kali ini pelakon wanita tersebut dilihat lebih selesa untuk tampil dengan imej berambut pendek.
Melalui perkongsi foto-foto di laman sosial pelakon drama Demi Dia itu, penampilan terbaru Elfira ini membuatkan aktres tersebut kelihatan lebih muda dan comel. Bersesuian dengan umurnya yang baru berusia 19 tahun.
Elfira tampil dengan imej rambut pendek
Meneliti setiap caption yang dikongsikan, pada awalnya Elfira akui merasa sangat gementar untuk mengubah gaya rambut, akan tetapi, setelah mendapat sokongan daripada rakan-rakan terdekat, aktres tersebut bersetuju untuk mengubah rambutnya kepada potongan yang lebih ringkas dan menarik.
Untuk rambut terbarunya itu, Elfira telah mendapatkan khidmat nasihat daripada pendandan rambut kegemarannya sendiri.
Bagi peminat yang masih belum melihat penampilan terbaru Elfira, jom lihat beberapa foto comel pelakon tersebut selepas ini.
Lama tidak mendengar kisah terbaru mengenai Wan Sharmila. Paling terakhir Abang Nara menulis mengenai dirinya ialah apabila kontroversi mengenai pakaiannya timbul. Rupanya dalam diam, Wan Sharmila yang sudah 4 tahun menjanda ini sedang enak dilamun cinta.
Untuk makluman, sebelum ini perkahwinan Wan Sharmila dengan penerbit dan pemilik syarikat produksi, Radius One, Fazli Baharom telah berakhir dengan penceraian pada 23 Oktober 2009. Kekasih baru Wan Sharmila bukanlah daripada orang seni dan kini sedang berada di London. Kata Wan Sharmila:-
Ya, memang saya kini sedang dilamun cinta dan sudah berpunya. Saya bahagia dengan kehidupan sekarang dan berharap hubungan ini berjalan lancar. Siapa dia, tidak perlu saya perkatakan untuk ketika ini kerana saya tidak mahu terlalu terbuka dalam soal cinta dan perhubungan. Mungkin buat masa ini, masih tidak sesuai untuk memberitahu kesemuanya. Namun saya tidak menolak untuk memperkenalkannya secara umum satu masa nanti. Cukuplah saya katakan yang dia kini berada di London dan bukanlah di kalangan orang seni.
Fuh ~~ Kalau dah berada di London, pasti bukan calang-calang orang. Entah-entah anak orang kenamaan. Tak kisah pun semua itu, yang penting Wan Sharmila dan kekasih barunya itu bahagia di sisi masing-masing. Semoga percintaan kali ini berakhir ke jinjang pelamin buat mereka berdua. Sama-samalah kita doakan.
Mengagumi empayar yang berjaya dibina adik-beradik KRU, Dafi bercita-cita mengikut jejak langkah trio tersebut yang berjaya dalam kerjaya masing-masing.
Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri berkata, "saya melihat kumpulan KRU dan empayar seni mereka sebagai contoh terbaik.
"Peluang bekerja dengan syarikat milik trio tiga beradik itu juga membuatkan saya mahu menjadi sebaik dan sehebat mereka," katanya yang dipetik menerusi sisipan akhbar Bipop, hari ini.
Tahun ini juga genap tiga tahun syarikat yang dimiliki Dafi iaitu Laugh Out Loud (LOL) beroperasi.
Setakat ini, LOL menguruskan kerjaya artis seperti Rozita Che Wan, Bella Dally dan Sherry Ibrahim.
Selain menguruskan kerjaya artis-artis di atas, LOL juga turut berkait denga soal rakaman lagu.
Pengalaman yang ditimba Dafi sepanjang bekerjasam dengan komposer-komposer ternama memberi nilai tambah untuknya fokus dalam bidang yang diceburinya itu.
Mengagumi empayar yang berjaya dibina adik-beradik KRU, Dafi bercita-cita mengikut jejak langkah trio tersebut yang berjaya dalam kerjaya masing-masing.
Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri berkata, 'saya melihat kumpulan KRU dan empayar seni mereka sebagai contoh terbaik.
'Peluang bekerja dengan syarikat milik trio tiga beradik itu juga membuatkan saya mahu...

Mengagumi empayar yang berjaya dibina adik-beradik KRU, Dafi bercita-cita mengikut jejak langkah trio tersebut yang berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri berkata, "saya melihat kumpulan KRU dan empayar seni mereka sebagai contoh terbaik.

"Peluang bekerja dengan syarikat milik trio tiga beradik itu juga membuatkan saya mahu menjadi sebaik dan sehebat mereka," katanya yang dipetik menerusi sisipan akhbar Bipop, hari ini.

Tahun ini juga genap tiga tahun syarikat yang dimiliki Dafi iaitu Laugh Out Loud (LOL) beroperasi.

Setakat ini, LOL menguruskan kerjaya artis seperti Rozita Che Wan, Bella Dally dan Sherry Ibrahim.

Selain menguruskan kerjaya artis-artis di atas, LOL juga turut berkait denga soal rakaman lagu.

Pengalaman yang ditimba Dafi sepanjang bekerjasam dengan komposer-komposer ternama memberi nilai tambah untuknya fokus dalam bidang yang diceburinya itu.

Oleh: AUDREY LEE

Anggota kumpulan KRU, Edry Abdul Halim menyangkal desas-desus yang mengatakan kononnya dia telah melakukan suntikan botoks pada wajahnya supaya kelihatan lebih muda dan tampan.
Edry, 37, berkata, gosip berkenaan langsung tidak mempunyai asas yang kukuh dan dia enggan melayan cerita tidak benar tentangnya yang hebat diperkatakan di Internet berhubung hal itu.
"Jika benar saya buat sebarang perubahan pada wajah sudah tentu kini saya kelihatan seperti Brad Pitt dan Yusry tidak lagi menjadi anggota KRU yang paling kacak.
"Khabar angin itu sama sekali tidak benar dan saya tidak akan melayan cerita yang tidak masuk akal seperti itu," jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran Program Liga Juara Hot FM – 100 Plus di Restoran Full House, di sini, Selasa.
Tambah Edry, dia tidak akan berselindung sekiranya benar dia melakukan perubahan pada wajahnya.
Edry menganggap cerita yang mengatakan dia menggunakan botox adalah tidak masuk akal.
Malah kata Edry dia hanya ketawa apabila cerita kurang enak itu sampai ke pengetahuannya.
"Jika benar saya lakukan sebarang perubahan pada wajah, saya sendiri akan dedahkan perkara itu kepada umum dan tiada apa yang perlu saya sorokkan," katanya.
Dalam pada itu, Edry berkata, perubahan pada wajahnya mungkin disebabkan oleh faktor dia aktif bersenam sebagai rutin harian hingga susuk tubuh dan wajahnya kelihatan berbeza.
Tambah Edry, kekerapannya mengubah gaya rambut dengan pelbagai fesyen turut membuatkan dia kelihatan berbeza pada pandangan mata masyarakat.
"Saya tidak rasa ada apa-apa perubahan pada wajah saya kerana jika buat perbandingan dengan gambar lama dan terkini tiada beza tapi ada orang kata saya nampak lebih muda mungkin kerana gaya rambut yang sentiasa berbeza dan kesan senaman konsisten yang saya lakukan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Edry berkata, dia teruja untuk menyertai program Liga Juara Hot FM-100 Plus bersama-sama selebriti dan pemain bola sepak tempatan yang lain bagi mendekatkannya dengan peminat menerusi aktiviti sukan futsal.
"Saya akan terlibat dalam semua lokasi yang dirancang oleh pihak Hot FM kerana saya sendiri meminati sukan futsal. Selain dapat beriadah melalui aktiviti sukan program ini juga dapat mendekatkan saya dengan peminat," ujarnya. -mStar-
Pada sekitar hujung 1996, syarikat penerbitan KRU Records telah mengeluarkan album artis pertama naungan mereka iaitu kumpulan penyanyi wanita yang diberi nama Elite. Album pertama Elite yang berjudul Catwalk mengandungi lagu-lagu popular seperti G.I.G dan Manisnya Senyuman Mu. Sebagai strategi pemasaran mungkin, album tersebut juga menampilkan Elite berpadu suara bersama kumpulan KRU dalam sebuah lagu yang berjudul Di Pintu Syurga.
Kumpulan Elite yang membawakan lagu-lagu berentak pop & tarian dianggotai oleh 5 orang gadis iaitu Watie, Linda, Sasha, Azza & Abby. Kumpulan Elite pantas menjadi sebutan ramai sejak kemunculan pertama mereka kerana pada ketika itu arena muzik Malaysia sememangnya kekurangan kumpulan penyanyi wanita selepas pudarnya populariti kumpulan muzik rap. Kelima-lima anggota kumpulan Elite kemudiannya telah melalui pelbagai kontroversi bermula dengan kes penyingkiran Abby selepas keluarnya album kedua mereka, Tamparan pada 1998.
Nota tambahan:
Album pertama kumpulan Elite keluar pada sekitar waktu yang sama dengan album pertama kumpulan penyanyi wanita antarabangsa, Spice Girls, yang juga dikeluarkan pada sekitar hujung 1996.
Kumpulan Elite pernah mengeluarkan VCD yang mengandungi rakaman temubual berserta koleksi klip video lagu-lagu mereka pada 1998 (akan cuba diarkibkan dalam entri akan datang, begitu juga dengan kisah-kisah kontroversi dan panas mereka yang pernah menggegarkan arena hiburan Malaysia, akan cuba diarkibkan walaupun bukan dalam masa terdekat)
Artis kedua selepas Elite yang bernaung di bawah syarikat penerbitan KRU Records ialah kumpulan penyanyi lelaki, Indigo pada 1997.
Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor atau Jac kini khabarnya sedang sibuk dengan rakaman album terbaru beliau.
Bertemu beliau baru-baru ini, Jac memberitahu setakat ini sudah lima lagu yang telah siap dirakam. Hanya tinggal satu lagu saja yang akan dirakam, tidak lama lagi. Jadi keseluruhannya, enam lagu untuk buah tangannya kepada peminat, kali ini. Kalau tidak ada aral melintang pukang, album Jac akan berada di pasaran pada Disember ini atau awal Januari tahun depan.
Apa yang menarik, dengar-dengarnya lagu yang satu itu adalah sebuah lagu Inggeris.
Dan yang lebih istimewa, menurut sumber, lagu Inggeris itu nanti akan mengabadikan kolaborasi Jac bersama kumpulan R&B popular dari Philadelphia, Amerika Syarikat, Az Yet.
Ingat lagi dengan kumpulan ini? Err, anda kurang pasti siapa mereka? Atau... okay, ini respon 'nakal' dari seorang teman kami bila ditanyakan kepadanya tentang kumpulan ini. Kata teman kami, "kenal! Tapi hidup lagi ker kumpulan tu?
Berdasar satu laman info di internet, kumpulan ini masih lagi aktif! Sikit mengenai mereka-Az Yet, terdiri daripada lima anngota. Mula dikenali sejak era lewat 90-an dan mereka cukup popular dengan lagu Last Night juga sebuah lagu cover, Hard To Say I'm Sorry.
Berbalik kepada cerita Jac, ketika MD bertanyakan padanya sejauh mana kebenaran khabar tersebut, Jac berkata, setakat ini dia tidak boleh memberi apa-apa jawapan kerana dia sendiri belum dimaklumkan apa-apa oleh syarikat rakamannya, Kru Music.
Tapi apa yang mengukuhkan lagi spekualsi ini adalah, MD juga mendapat tahu yang semalam, Pengarah Urusan KRU iaitu Norman Abdul Halim telah berangkat ke Los Angeles (LA), untuk berjumpa dan berbincang dengan kumpulan itu.
Menerusi akaun rasmi Twitter Norman, beliau ada menulis yang beliau akan ke LA untuk berjumpa dengan kumpulan Az Yet. Mungkin juga ada kaitan dengan projek lagu Jac itu. Boleh jadi.

Pun begitu, tidak di dedahkan pula apakah judul lagu tersebut. Tapi yang pasti, satu lagi desas-desus yang MD dengar, lagu itu akan dipilih sebagai lagu runut bunyi (OST) filem terbaru terbitan Kru Studios, Rebbit. Merupakan sebuah filem animasi 3D pertama Malaysia. Wah!
Apapun, kita tunggu sajalah perkhabaran daripada bos besar KRU itu nanti. Semoga Norman akan membawa pulang satu berita baik untuk Jac, peminat Jac dan kita semua!
-mD
Jaclyn Victor Bakal Berduet Dengan Kumpulan Popular Dari Philadelphia, USA, Az Yet?
Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor atau Jac kini khabarnya sedang sibuk dengan
rakaman album terbaru beliau.
Bertemu beliau baru-baru ini, Jac memberitahu setakat ini sudah lima lagu yang telah
siap dirakam. Hanya tinggal satu lagu saja yang akan dirakam, tidak lama lagi. Jadi
keseluruhannya, enam lagu untuk buah tangannya kepada peminat, kali ini. Kalau tidak ada aral melintang pukang, album Jac akan berada di pasaran pada Disember ini atau awal Januari tahun depan.
Apa yang menarik, dengar-dengarnya lagu yang satu itu adalah sebuah lagu Inggeris.
Dan yang lebih istimewa, menurut sumber, lagu Inggeris itu nanti akan
mengabadikan kolaborasi Jac bersama kumpulan R&B popular dari Philadelphia, Amerika
Syarikat, Az Yet.
Ingat lagi dengan kumpulan ini? Err, anda kurang pasti siapa mereka? Atau... okay, ini
respon 'nakal' dari seorang teman kami bila ditanyakan kepadanya tentang kumpulan ini.
Kata teman kami, "kenal! Tapi hidup lagi ker kumpulan tu?
Berdasar satu laman info di internet, kumpulan ini masih lagi aktif. Sikit mengenai mereka-Az Yet, terdiri daripada lima anngota. Mula dikenali sejak era lewat 90-an dan mereka cukup popular dengan lagu Last Night juga sebuah lagu cover, Hard To Say I'm Sorry.
Namun ketika MD bertanyakan pada Jac sejauh mana kebenaran khabar tersebut, Jac berkata,
setakat ini dia tidak boleh memberi apa-apa jawapan kerana dia sendiri belum dimaklumkan
apa-apa oleh syarikat rakamannya, Kru Music.
Tapi apa yang mengukuhkan lagi spekualsi ni adalah, MD juga mendapat tahu yang Pengarah
Urusan KRU iaitu Norman Abdul Halim telah berangkat ke Los Angeles (LA), semalam untuk
berjumpa dan berbincang dengan kumpulan itu.
Menerusi akaun rasmi Twitter Norman, beliau ada menulis yang beliau akan ke LA untuk
berjumpa dengan kumpulan Az Yet. Mungkin juga ada kaitan dengan projek lagu Jac itu. Boleh jadi.
Pun begitu, tidak di dedahkan pula apakah judul lagu tersebut. Tapi yang pasti, satu lagi desas-desus yang MD dengar, lagu itu akan dipilih sebagai lagu runut bunyi (OST) filem terbaru terbitan Kru Studios, 'Rebbit'. Merupakan sebuah filem animasi 3D pertama Malaysia. Wah!
Apapun, kita tunggu sajalah perkhabaran daripada bos besar KRU itu nanti. Semoga Norman akan membawa pulang satu berita baik untuk Jac, peminat Jac dan kita semua!
KUALA LUMPUR, 24 NOV 2012: Gelaran tertinggi di Anugerah Shout! Awards 2012, iaitu The Ultimate Shout Award menjadi milik kumpulan KRU dalam acara yang berlangsung gilang gemilang di Surf Beach, Sunway Lagoon sebentar tadi.
Anugerah tersebut diberikan kepada KRU sebagai penghargaan di atas 20 tahun sumbangan mereka dalam bidang muzik. KRU yang dianggotai trio adik beradik iaitu Norman, Yusry dan Edry mula menceburi bidang seni sejak tahun 1992 dan selepas 20 tahun, mereka kini mempunyai empayar mereka sendiri yang merangkumi pelbagai cabang bidang seni seperti muzik, filem dan rancangan TV.
Anugerah yang menjadi tumpuan ramai, Hot Guy Award menjadi milik Bintang Paling Popular, Aaron Aziz manakala bagi kategori Hot Chick Award, ianya menjadi milik aktres comel Nora Danish.
MInggu ini sekali lagi menjadi malam bertuah buat Shila Amzah apabila dia dipilih sebagai pemenang Power Vocal Award.
Pelawak Zizan Razak pula terus membuktikan keunggulannya di Shout! Award apabila dia diiktiraf sebagai Favourite TV Personality manakala gandingannya dengan Johan dipilih sebagai Best On Screen Chemistry.
Yuna juga membuktikan namanya masih lagi kukuh di persada seni apabila membawa pulang 2 anugerah iaitu Wired Celebrity dan Popstar Award. Tidak ketinggalan Mizz Nina dengan muzik videonya With You yang gah memenangi kategory Music Video Award.
Filem Songlap lakonan Shaheizy Sam, Sara Ali dan Syafie Naswip pula berjaya meraih gelaran Breakthrough Local Feature Award menewaskan filem hebat lain seperti Ombak Rindu dan Hikayat Merong Mahawangsa.
Shout! Awards 2012 turut bersiaran secara langsung di 8TV dan menampilkan persembahan khas dari dua kumpulan K-Pop iaitu Nu'est dan Vixx. Acara ini dihoskan oleh Hannah Tan, Razif Hashim dan Henry Golding.
Ketika usiaku 17 tahun, sejurus selepas SPM, penangan 4U2C dan KRU begitu hebat. Di zaman tersebut, kawanku Emilda begitu meminati si Yusry KRU. Sebab dia minat sangat kat Yusry, aku mengambil keputusan untuk menanam minatku pada Norman si abang. Walaupun dia tak tinggi, dia ada iras2 mat salleh, berbanding adik-adiknya yang lain. Tiada sebab lain. Selain Norman, aku jugak minat pada si AC Mizal dari kumpulan 4U2C tu. Ada sekali tu, aku siap hantar kad raya pada dia dan aku begitu berbangga sebab kad tersebut berbalas dengan kad raya dari kumpulan 4U2C lengkap dengan tandatangan AC sendiri. KRU pun sama, siap ada tandatangan dari Norman, Yusry dan Edry. Bila dapat balasan kad raya dari mereka ni, aku merasa sungguh berbangga sambil menunjuk-nunjuk kepada rakan-rakan yang lain. Wah, bangga sekali. Tak dapat aku gambarkan betapa gembiranya dan bangganya aku bila melihat riak wajah rakan-rakan yang begitu cemburu kerana aku telah mendapat sesuatu yang tidak ternilai harganya.
Selain kad raya, aku dan Emilda telah menyaksikan persembahan KRU di Plaza Kotaraya ketika mereka membuat promosi album pertama mereka. Tajuk dia aku pun dah tak ingat. Awas tu album kedua. Ketika itulah minat kami pada KRU berada di puncaknya. Ku lihat Norman dan adik-adiknya begitu bersungguh-sungguh membuat promosi. Selain menyanyi, mereka boleh bermain alat muzik dan menari dengan begitu baik sekali. Banyak juga gambar2 mereka telah ku ambil. Masih ada dalam simpanan ku hingga kini. Di waktu itu aku telah dapat merasakan yang mereka akan pergi jauh dalam industri muzik tanah air kita.
Kisah meminati KRU berterusan ketika aku membuat program persediaan Bahasa Inggeris di PPP, Subang Jaya. Aku masih ingat aku ada satu file, aku sampul bahagian belakang fail dengan poster KRU. Aku ingat sangat sebab aku ada satu gambar dengan rakan sekelas – Nik, Zaidah, Suza, Unai – di mana aku dengan bangganya telah memegang sambil menala gambar poster belakang file tu. Sambil tu ada gaya tangan ala-ala rappers. Memang kelakarlah. Tapi di masa tu aku tidak nampak ada bebudak lain buat perkara yang sama. Cuma aku ada rakan satu dorm yang pegi ke disko dan berjumpa dengan Joe and Azam dari kumpulan 4U2C. Itu aku tidak cemburu, kerana padaku kumpulan KRU adalah lebih hebat. Setakat 7 orang budak hingusan berkumpul dan menyanyi dalam kumpulan, suara pun bukan semuanya sedap, skill menari gitu-gitu je, hensem pun tak semua kan? Sehingga kini ku rasakan keputusanku meminati KRU berbanding 4U2C adalah keputusan yang bijak.
Minatku pada KRU bukan rahsia lagi pada rakan sekelas. Aku masih ingat kata-kata Nor Azrizal, rakan sekelas ketika di Subang, "Lin, tak payah lah susah-susah minat kat KRU ni. Diorang ni semua gay. Aku ada pegi gay club, jumpa diorang ni semua". Tapi nasihat Arey tidak sedikit pun mematahkan minatku untuk kumpulan adik-beradik ni. Itu hal mereka lah. Yang penting minat aku pada mereka seolah-olah memberi satu kepuasan pada jiwa seorang remaja sepertiku. Aku membeli semua album mereka (kaset dan CD) dan sentiasa mengikuti perkembangan mereka.
Ketika di US, aku berhubung semula dengan bekas brief boyfren, Azam (ni bukan Azam 4U2C tu, ini Azam rakan sekelas aku terjumpa semasa belajar Bahasa Inggeris di British Council JB waktu menuggu keputusan SPM keluar). Bila Azam tanya ada apa-apa nak kirim dari Malaysia, terus aku nyatakan, "Tolong poskan CD KRU latest boleh?". Azam yang baik hati telah menghantar 2 CD KRU. Satu yang compilation dan satu yang album terbaru. Terima kasih Azam! Sayangnya kisah cinta aku dan Azam tak menjadi sebab Azam tak barapa tinggi (boleh gitu?) dan aku rasa kami ini sangat tidak sesuai (walaupun Azam dah tujukan lagu Back for Good masa kali kedua kami berhubung selepas terputus sebaik aku masuk PPP). Mesti dia kecewa, maafkan aku Azam! Selepas aku balik Malaysia dan bekerja selama beberapa tahun, dia ada menghubungi aku dan menghantar kad jemputan kahwin. Jadi aku rasa dia sudah boleh move on with his life, just as mine.
Di zaman aku mula-mula kerja, aku masih lagi mengikuti perkembangan KRU. Kisah mereka – antaranya berkenaan Yusry kahwin, gossip Norman dengan Ning/Amy Mastura/Nor Azlina Redzuan/Asfarina, gambar lucah Edry dan Linda – semuanya aku ambil pusing. Tapi lama-kelamaan, minat itu lenyap ditelan zaman. Alam dewasa dan alam kerjaya memerlukan aku menumpukan perhatian pada perkara yang jauh lebih serius, berita hiburan adalah sangat tidak penting bagiku lagi.
Namun begitu, kadang-kadang bila aku terbaca kisah KRU dan perniagaan mereka yang semakin maju, aku tumpang berasa bangga. Inilah satu-satunya kumpulan muzik Malaysia yang mempunyai wawasan. Yusry dan Edry aku rasa patut merasa bangga kerana mempunyai seorang abang yang berpandangan jauh, komited dan berusaha keras untuk merealisasikan impian keluarga, bukan setakat untuk dirinya sendiri. Aku rasa tanpa Norman, dah lama kumpulan mereka berkubur. Kenapa kumpulan lain berpecah tapi KRU maintain, sebab mereka adik-beradik yang berkongsi satu matlamat dan mereka mempunyai seorang pemimpin yang berkarisma seperti Norman.
Cerita ini timbul sebab aku dapat email in facebook dari rakan baikku di PPP si Nur Hayati. Yatie yang baru berhijrah ke MCMC (Multimedia Commission ??) telah ternampak Norman dan Ferrari merahnya di hadapan bangunan MCMC minggu lepas. Yatie begitu teruja kerana dia asyik terfikir kalaulah Dalin yang nampak Norman, mesti Dalin akan melompat gembira. Norman ke sana kerana membincangkan bisnesnya untuk membuka satu studio ala-ala Universal Studio Hollywood di Cyberjaya bersama dengan bos besar MCMC. Yatie telah menjerit gembira secara tidak terkawal semasa memandang Norman sehingga rakan-rakan sepejabat yang keluar makan tengahari bersamanya merasa begitu terkejut. Norman, bos MCMC dan beberapa rakan Norman juga terkejut dan memandang ke arah Yatie kerana Yatie telah menjerit kuat. Yatie merasa malu dengan insiden tersebut. Rakan-rakannya mula menyindir, "Eh, Yatie sejak bila you minat Norman?". Kesian Yatie.
Yatie juga terkejut dengan insiden tersebut. Ia seperti tindakan reflex luar kawalan. Dalam kepalanya asyik teringatkan aku. Aku rasa cerita Yatie ni begitu kelakar. Dalam apa-apa hal, Yatie masih anak dara dan Norman pun masih belum jumpa wanita yang sesuai. So, tunggu apa lagik Yatie?
Keputusan aku meminati Norman di waktu remaja tidak salah bagiku. Sehingga kini telah banyak aku pelajari dari perjalanan hidup dia. Bila seseorang mempunyai wawasan yang jelas, begitu komited dan berusaha keras untuk mencapai matlamat yang ada, soal lain harus diketepikan. Aku rasa ini adalah sebab utama kenapa Norman masih solo. Dia ada berkata yang setakat ini dia masih belum jumpa seorang wanita yang memahami jiwanya dan masa terhad yang dia miliki. Kalau teman lelaki tak call seminggu, mana-mana teman wanita pun akan merajuk. Tapi Norman tiada masa nak pujuk. Oleh kerana itu, jadilah Norman lelaki Melayu terakhir, selepas Dr. Nazrin Shah berkahwin dengan Puteri Zara.
Abang Norman – the most wanted bachelor up for grab for lady with the most enduring and tender hearts. Go for it, Yatie! Aku dah tak jeles dah. File aku yang ada gambar poster tu pun dah lama hilang. Ferrari beb…..
Ladylike kumpulan pertama KRU lebar sayap ke peringkat global
LANGKAH KRU untuk mengembangkan perniagaannya nampaknya tidak terhenti setakat di peringkat Asia semata-semata.
Selepas melancarkan KRU Studios di Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia dan Hong Kong, empayar perniagaan yang diasaskan oleh trio adik beradik, Norman, Yusry dan Edry ini terus mengorak langkah dengan menembusi pasaran Eropah menerusi syarikat KRU Europe Ltd yang ditubuhkan pada 7 April 2008 di London, England.
Berfungsi sebagai ibu pejabat operasi KRU di Eropah, KRU Europe Ltd juga turut menguruskan hal ehwal pemasaran filem dan muzik khususnya produk dalam bahasa Inggeris. Di negara ini, syarikat KRU diketuai oleh Robert Bromley - seorang yang pernah berkhidmat di sebuah agensi berita, Reuters dan menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat telekomunikasi, Nortel di benua Eropah.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios Sdn Bhd, Norman Abdul Halim berharap perlantikan Robert itu mampu merealisasikan impian mereka untuk terus bertapak di negara ini.
"Pengalaman dan rangkaian perniagaan Robert sememangnya akan banyak membantu operasi KRU di benua berkenaan.
"Sebagai langkah pertama KRU Europe, pihak kami sudah pun mengadakan sesi uji bakat di seluruh negara berkenaan seperti Sweden, Norway, Denmark, Finland dan Iceland sejak Jun tahun lalu untuk mendapatkan anggota kumpulan gadis pertama di bawah KRU," kata Norman dalam satu kenyataannya kepada Hip.
Ternyata, sesi uji bakat itu mendapat sambutan yang menggalakkan apabila lebih 600 peserta hadir untuk menyertai acara yang diadakan di Cosmos Studios itu. Cosmos Studio adalah sebuah studio di Stockholm yang pernah digunakan artis terkenal antarabangsa seperti ABBA dan juga Roxette.
Selepas melalui pelbagai peringkat saringan, akhirnya empat orang peserta berjaya di pilih untuk disatukan menjadi sebuah kumpulan gadis pertama KRU Europe. Mereka yang dianggotai Miranda Hortland, Valerie Wigardt, Louise Tomassino dan Isabel Billing menggelarkan diri mereka sebagai Ladylike.
Berkonsepkan pop rock, Ladylike dijadualkan akan turun ke ibu negara bagi memulakan rakaman album pertama mereka yang diterbitkan Edry pada Jun ini. Kesemua lagu sudah pun dikumpulkan dan hanya menunggu kehadiran anggota kumpulan ini untuk sesi rakaman vokal.
Di peringkat awal, album ini hanya akan diedarkan di peringkat Asia dan Eropah. Sekiranya mencapai kejayaan yang diharapkan, KRU tidak teragak-agak untuk mencuba memasarkannya di Amerika Syarikat.
KRU berharap dengan langkah pertama ini, bukan saja dapat membantu KRU mengeksport produk terbitan Malaysia dan mencapai kejayaan malah ia juga sekali gus mengharumkan nama negara di persada seni antarabangsa.
Dalam bulan Mac 1998, kumpulan Elite telah mengeluarkan album kedua mereka yang berjudul Tamparan. Terdapat beberapa lagu popular dalam album tersebut, antaranya ialah Tamparan Wanita, Sesuatu Di Dalam Dirimu & Trauma. Kumpulan KRU sebagai pencipta lagu-lagu kumpulan Elite turut menghasilkan sebuah lagu yang menyentuh isu gay.
Lagu yang diberi judul Dirinya Dirimu Diriku itu berkisarkan tentang konflik percintaan seorang wanita apabila dia mendapat tahu rahsia bahawa teman lelakinya turut mempunyai hubungan percintaan dengan seorang lelaki lain. Senikata lagu itu menyarankan bahawa teman lelaki si wanita itu sekadar berpura-pura mencintai si wanita demi untuk mengaburi mata orang ramai daripada mengetahui bahawa dia sebenarnya adalah gay. Baris akhir senikata itu menyimpulkan bahawa motif penipuan si lelaki itu ialah kerana untuk menjaga statusnya yang berkemungkinan merupakan seorang yang ternama.
DIRINYA DIRIMU DIRIKU (pencipta lagu & penulis senikata: KRU - Norman, Yusry & Edry)
Desas desus ku diberitahu Apa berlaku di belakangku Memang percaya memangnya benar Tiada angin pohon tak bergoyang
Kini terjadi tidak dinafi Mata sendiri menjadi saksi Jangan kau tentang yang jelas terang Cinta kau songsang hina dan curang
Dirinya dirimu diriku Katakan padaku betapa malu Dirinya dirimu diriku Katakan saja rahsia dirimu (Katakan saja rahsia hidupmu)
Apakah kau sangka ku boneka Diam memejam mata Maaf salah masa salah wanita untuk kau dusta Kau bukan lelaki sebenar
Cukuplah sudah segala helah Aku perintah berpaling arah Tidak ku mahu lagi bertemu Diriku malu apa berlaku
Cuba sedarlah cinta kau dosa Dan sampai bila tidak ke mana Guna wanita untuk mengabur mata Berpura-pura status dijaga
Nota tambahan:
Suatu kebetulan yang menarik ialah, apabila album kumpulan Elite, Tamparan, dikeluarkan dalam bulan Mac 1998, pada bulan itu jugalah keluarnya album To'ki yang mengandungi lagu Joget Menyanyi yang senikatanya juga turut menyentuh isu gay.
Lebih kurang sebulan selepas keluarnya album Tamparan, kumpulan Elite telah dilanda masalah apabila salah seorang anggotanya, Abby Elite, telah digantung keahlian kerana "masalah disiplin" (menurut kenyataan pihak pengurusan kumpulan Elite). Setelah digantung keahlian sehingga Jun 1998, Abby Elite & pihak pengurusan kumpulan Elite masih tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut sehingga menyebabkan Abby Elite terpaksa disingkirkan. Abby yang tidak lagi dibenarkan menggunakan nama gelaran Elite selepas itu telah menukarkan namanya kepada Abby Abadi.
Setahun selepas keluarnya album Tamparan, kumpulan Elite dilanda kontroversi apabila gambar lucah Linda Elite (yang dikatakan palsu) telah tersebar dalam internet pada Mac 1999, manakala pada lewat tahun yang sama Watie Elite telah mengaku bersalah di mahkamah atas dakwaan memandu kereta dalam keadaan mabuk. Sebagai hukuman tambahan, lagu-lagu kumpulan Elite kemudiannya telah diharamkan siarannya oleh stesen penyiaran RTM (rujuk entri-entri akan datang).