Nuffnang

Selasa, 13 Ogos 2013

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


Majlis Perkahwinan anak <b>Rosyam Nor</b>, Arniesha dan Hafiz

Posted: 15 May 2013 05:30 PM PDT


anakrosyam14

Pada 12 Mei 2013, Rosyam Nor telah mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya, Arniesha Azureen bersama jejaka pilihan Hafiz, bertempat di Felda Villa, Kuala Lumpur. Gambar penuh selepas ini.

anakrosyam04

anakrosyam05

anakrosyam06

anakrosyam07

anakrosyam08

anakrosyam09

anakrosyam10

anakrosyam11

anakrosyam12

anakrosyam13

Fasha Sandha - Google Blog Search

Fasha Sandha - Google Blog Search


(9 GAMBAR)Nora Danish & <b>Fasha Sandha</b> Menyambut Lebaran <b>...</b>

Posted: 12 Aug 2013 12:34 AM PDT


Aidilfitri tahun ini menyaksikan Nora Danish dan Fasha Sandha menyambutnya bersama-sama di rumah mertua mereka. Pasti suasana amat meriah dengan kehadiran si comel Rayqal dan Rayfal. Nora dan Fasha juga kelihatan sangat mesra dan banyak berkongsi gambar mereka bersama di Instagram masing-masing.

fasha dan nora beraya bersama

Gambar yang paling menarik bagi Abang Nara ialah apabila Rayqal menghulurkan duit raya kepada adiknya, Rayfal. Sangat-sangat comel aksi mereka berdua ini. Nora Danish juga tidak nampak kekok memegang anak Fasha. Nampak gaya seperti Nora merindui pengalaman menjaga bayi. Kena kahwin cepat-cepat la. Hehe.
fasha dan nora beraya bersama

Lagi beberapa gambar Nora Danish dan Fasha Sandha berhari raya bersama-sama dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

fasha dan nora beraya bersama
fasha dan nora beraya bersama
fasha dan nora beraya bersama
fasha dan nora beraya bersama
fasha dan nora beraya bersama
fasha dan nora beraya bersama
fasha dan nora beraya bersama

Baca Yang Ini Pulak:-


Koleksi <b>Fasha Sandha</b> & Jejai berhari raya (9 Gambar)

Posted: 11 Aug 2013 12:48 AM PDT

Archives

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


<b>Erra Fazira</b> Terbayang Maut Ketika Kemalangan - Gua.com.my

Posted: 23 Jul 2013 09:19 AM PDT

Pelakon serta penyanyi popular, Erra Fazira mengakui hanya terbayangkan maut sewaktu berhadapan dengan detik cemas ketika terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Bandar Utama, 6 Julai lalu.

Dalam kejadian berhampiran Sri Pentas TV3 itu, motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangi Erra ketika mengikuti konvoi ke Port Dickson dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta sehingga motosikalnya terperosok di bawah lori.

"Saat jatuh, hati saya terdetik, adakah ini pengakhiran hidup saya. Namun, syukur Alhamdulillah, tiada yang teruk berlaku. Saya hanya mengalami kecederaan ringan dan bengkak di kaki kiri. Saya ralat kerana ketika itu saya hanya bawa perlahan tapi tiba-tiba motosikal saya dilanggar sebuah kereta dari belakang. Ini merupakan kali kedua saya terlibat dalam kemalangan sejak terlibat dengan motor berkuasa tinggi ini," ujar Erra ketika ditemui baru-baru ini.

Berkongsi mengenai aktiviti bulan Ramadan, pengacara program bual bicara 'Primadona' ini memberitahu dia mengurangkan aktiviti lakonan kerana mahu fokus dengan perniagaan hamper yang diusahakannya.

"Seperti biasa, apabila Ramadan saya akan kurangkan aktiviti lakonan. Perniagaan hamper saya juga masih berjalan dan Alhamdulillah, tempahan yang diterima mendapat sambutan baik. Walau bagaimanapun, saya hanya ambil mana yang mampu saja.

Mengenai persiapan raya pula, saya buat secara sederhana kerana persiapan lebih kepada keluarga. Saya dah mula cari apa yang patut kerana tak mahu buat persiapan di saat-saat akhir. Kalau boleh, seminggu sebelum raya saya nak buat kuih atau kek sendiri," ujar Erra yang akan beraya di Kuala Lumpur tahun ini.

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


Aidil Zafuan Ceraikan <b>Rita Rudaini</b> Talak Satu Melalui SMS |

Posted: 04 Aug 2013 05:59 PM PDT


Pagi ini, rangkaian berita radio Malaysia telah melaporkan yang Mohammad Aidil Zafuan Abdul Razak telah menceraikan Rita Rudaini dengan talak satu melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS). Tidak dapat dipastikan mengapa Aidil membuat keputusan drastik tersebut, namun ramai juga yang membantah tindakan Aidil, apatah lagi beberapa hari sebelum umat Islam menyambut hari raya.

Spekulasi di Internet tersebar luas yang ia ada kaitan dengan hubungan Aidil dengan seorang wanita yang juga dikatakan teman wanitanya, Zarema Zainal. Sebelum ini, lebih dari setahun lepas iaitu sekitar Mei 2012, Aidil pernah memfailkan permohonan cerai namun Rita tidak bersetuju.

Pada masa itu, Rita yang diwakili Peguam Syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak berpuas hati dengan alasan Aidil yang mahu bercerai dengannya.

Ini kerana tiada sebarang perbincangan­ antara Rita dan Aidil mengenai perkara ini (cerai). Jadi, adalah tidak adil jika Aidil memberikan alasan mereka tiada keserasian dan persefahaman sejak Aidil keluar dari rumah mereka empat bulan lalu.

Aidil sebelum ini didedahkan oleh Rita mejalin hubungan dengan adik perempuan kepada kawan rapat bekas suaminya itu, yang dinafikan oleh Aidil.

Diharap Rita dapat bersabar dengan dugaan ini kerana apa pun, hidup perlu diteruskan demi anak-anak.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi berkenaan perceraian ini dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak.

Baca Yang Ini Pulak:-


Zahiril Adzim - Google Blog Search

Zahiril Adzim - Google Blog Search


Belum Namakan Anak, <b>Zahiril Adzim</b> Malas Keluar Kerja?

Posted:

KUALA LUMPUR, 21 JUN 2013: Dalam kesibukan menghabiskan penggambaran filem Rentap The Movie, Zahiril Adzim atau Mohd Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 29, telah disambut berita gembira yang datang dua minggu lebih awal daripada ...

Nubhan - Google Blog Search

Nubhan - Google Blog Search


Siti Nordiana, <b>Nubhan</b> Bercinta? - Gossip Artis Malaysia

Posted: 12 Jul 2013 11:33 PM PDT

Pada: Sabtu, 13 Julai 2013 Dengar cerita yang Siti Nordiana atau Nana kini rapat dengan bekas pelajar Akademi Fantasia penyanyi, Nubhan. Menurut sumber, mereka berdua menjalinkan hubungan percintaan.

Namun tidak dipastikan kebenaran cerita ini secara dalamannya. Namun kata Nana, dia menganggap Nubhan sebagai kawan biasa sahaja, walaupun berasal dari satu negeri yang sama.

"Ya, memang sekarang ramai juga yang masih bertanyakan mengenai gosip tu kepada saya. Sebenarnya dakwaan saya bercinta dengan Nubhan tak sahih.

"Kami berkawan baik. Kami pun berasal dari negeri yang sama. Dulu memang kami kerap berjumpa. Memang pergi mana-mana, kami selalu bersama. Cuma sekarang ni kami jarang jumpa sebab masing-masing sibuk. Kami tak bercinta. Saya anggap dia macam adik saya. Gosip tu tak munasabah.

"Kalau betullah kami bercinta, takkan lah kami dengan mudah nak kongsi gambar percutian di Perhentian lalu. Kami kongsi setakat suka-suka saja. Lagipun kami pergi beramai-ramai. Kawan-kawan dia kawan saya juga. Kawan-kawan saya, kawan dia juga." jelas Nana.

Tag : , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


Koleksi gambar <b>Nora Danish</b> dan Nadeem Nazri (7 Gambar)

Posted: 01 Aug 2013 04:30 PM PDT


Walaupun kenyataannya pada media hanyalah sekadar kawan, Nora Danish dilihat semakin kerap memuat naik gambar bersama Nadeem Nazri, anak kepada seorang menteri. Baru-baru ini Nora telah diterjah oleh media mengenai hubungannya dengann Nadeem, Nora hanya menjawab

Kami sekarang masih kawan, kalau ada jodoh dengan dia saya tidak boleh menolak, tapi setakat ini hati saya belum terbuka untuk mana-mana lelaki lagi. Pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati dan untuk menjadi seorang isteri juga saya perlu betul-betul bersedia terutama dari segi pengorbanan.

Gambar penuh selepas ini.

(9 GAMBAR)<b>Nora Danish</b> & Fasha Sandha Menyambut Lebaran <b>...</b>

Posted: 12 Aug 2013 12:34 AM PDT


Aidilfitri tahun ini menyaksikan Nora Danish dan Fasha Sandha menyambutnya bersama-sama di rumah mertua mereka. Pasti suasana amat meriah dengan kehadiran si comel Rayqal dan Rayfal. Nora dan Fasha juga kelihatan sangat mesra dan banyak berkongsi gambar mereka bersama di Instagram masing-masing.

fasha dan nora beraya bersama

Gambar yang paling menarik bagi Abang Nara ialah apabila Rayqal menghulurkan duit raya kepada adiknya, Rayfal. Sangat-sangat comel aksi mereka berdua ini. Nora Danish juga tidak nampak kekok memegang anak Fasha. Nampak gaya seperti Nora merindui pengalaman menjaga bayi. Kena kahwin cepat-cepat la. Hehe.
fasha dan nora beraya bersama

Lagi beberapa gambar Nora Danish dan Fasha Sandha berhari raya bersama-sama dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

fasha dan nora beraya bersama
fasha dan nora beraya bersama
fasha dan nora beraya bersama
fasha dan nora beraya bersama
fasha dan nora beraya bersama
fasha dan nora beraya bersama
fasha dan nora beraya bersama

Baca Yang Ini Pulak:-


Erul af - Google Blog Search

Erul af - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erul af</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jul 2013 09:25 PM PDT


(TAHNIAH)<b>Erul AF</b> Naib Juara K-Pop Star Hunt Musim Kedua |

Posted: 10 Feb 2013 07:32 AM PST


Masihkah anda ingat dengan Erul? Erul merupakan salah seorang produk daripada rancangan realiti Akademi Fantasia. Lama mendiamkan diri tanpa khabar berita, rupa-rupanya Erul menyertai pertandingan Kpop Star Hunt musim kedua.

erul kpop star hunt 2

Kpop Star Hunt 2 mengumpulkan peserta-peserta daripada seluruh Asia untuk bertarung sesama sendiri. Selain Malaysia, peserta-peserta hebat dari Filipina, Jepun, Singapura dan Thailand turut sama berentap. Mengkagumkan apabila Erul berjaya memasuki peringkat akhir sebagai Top 3.

erul kpop star hunt 2

Kalau dulu Erul sebut "Anyeonghaseyo" pun tak betul, namun daripada video yang Abang Nara tonton, sebutan bahasa Korea Erul semakin maju. Yang membanggakan ialah apabila Erul berjaya merebut gelaran naib juara Kpop Star Hunt musim kedua. Tahniah diucapkan kepada Erul atas kejayaan ini.

Kepada Erul, semoga selepas ini bintang anda akan lebih bersinar. Jadikan pengalaman menyertai K-pop Star Hunt 2 sebagai pemangkin kejayaan anda di masa depan. Tahniah sekali lagi diucapkan.

Baca Yang Ini Pulak:-


Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


Zizan Razak Sedia Kahwin Tahun Depan, Dengan <b>Juliana Evans</b> <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2013 02:57 PM PDT

zizan razak juliana evans

Pelawak, Zizan Razak, 29, akui sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan ketika usianya mencecah 30 tahun.

Zizan Razak atau Zizan Raja Lawak berkata, sudah tiba masanya dia memikirkan soal untuk berkahwin dan berkeluarga selepas melihat ramai rakan-rakannya yang telah mendirikan rumah tangga.

"Saya tahu di usia sekarang, sudah ramai rakan-rakan saya yang berkahwin dan mempunyai anak termasuk Nabil Raja Lawak yang baru menimang cahaya mata.

"Apabila melihat mereka dengan keluarga, rasa seronok dan teringin pula nak ada keluarga sendiri. Nabil pun saya lihat bahagia dah sekarang dengan cahaya pertamanya.

"Jadi rasanya, bila usia saya sudah mencecah 30 tahun nanti saya sudah bersedia untuk berkahwin dan berkeluarga," Pun begitu, Zizan Razak memberitahu dia masih belum mempunyai kekasih serta calon isteri untuk dikahwininya, sebaliknya berserah segala-galanya kepada jodoh.

"Terus-terang sekarang ini, saya masih lagi 'single' dan tidak mempunyai kekasih. Malah saya sedang mencari dan mengambil peluang untuk mengenali mana-mana wanita," jelasnya lagi.

Apabila ditanya, adakah dia masih mengharapkan cinta daripada Juliana Evans, Zizan menjawab dia hanya berserah kepada ketentuan yang maha Esa dan bukan hanya membuka hatinya pada wanita dikalangan artis.

"Saya dan Ju (Juliana Evans) masih lagi berkawan dan bertanya khabar. Cuma kami tidak serapat dulu. Saya hanya doakan dia semoga maju jaya.

"Saya bukan hendak mengejar kekasih dalam golongan artis kerana bagi saya artis itu adalah pekerjaan sahaja," luahnya lagi.

Zizan yang sedang menjalani penggambaran filem Abang Long Fadil arahan Shafiq Yusof itu bakal muncul dengan filem Bikers Kental, KL Gangster 2 dan Tokan pada tahun ini.

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


Azam Raya Watsons Bersama <b>Faizal Tahir</b> | ROTIKAYA

Posted: 11 Jul 2013 05:56 PM PDT

Dengan kedatangan bulan Ramadhan yang baru sahaja menjengah, Watsons Personal Care Sdn Bhd turut sama meriahkan kedatangan bulan Ramadhan ini dengan memperkenalkan kempen Azam Raya Watsons.

Apa yang lebih menyeronokkan dan mengujakan adalah kempen tersebut Faizal Tahir telah dilantik menjadi duta bagi kempen tersebut.

Anda ingin Faizal Tahir nyanyikan untuk anda di rumah terbuka anda nanti? Yang mana perbelanjaan makanan minuman dan sebagainya akan ditanggung penuh oleh pihak Watsons.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu menulis Azam Raya yang paling unik dan bersesuaian dengan tema yang akan diangkat sebagai pilihan dan seterusnya Faizal Tahir akan hadir menyanyi di rumah Terbuka anda pada Hari Raya nanti.

Mana tahu Azam Raya tahun ini akan menjadikan rumah terbuka paling epik sepanjang hidup anda! Faizal Tahir bertandang di rumah, pasti meriah dengan kehadiran sanak saudara dan juga rakan-rakan yang lain. Dapat berhibur sambil mengeratkan hubungan silaturrahim!

Apa yang lebih menarik, Azam Raya yang telah dipilih itu nanti akan diselitkan di dalam lagu raya ciptaan dan nyanyian Faizal Tahir dan selepas itu akan dipasang di corong-corong radio serta televisyen pada musim Aidilfitri nanti!

Cipta Azam Raya anda sekarang, teruskan keterujaan anda bersama Azam Raya Watsons Faizal Tahir. Dapatkan maklumat lanjut di Facebook rasmi Watsons Malaysia.

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


<b>Fida Ibrahim</b> & Arja Lee Antara Bakal Pelajar Akademi Fantasia <b>...</b>

Posted: 01 Jul 2013 05:17 PM PDT

Nampaknya bukan mereka dari kalangan bakat baru sahaja ingin mencuba nasib bersaing dalam musim terbaru Akademi Fantasia 2013 ini, selebriti juga mahu menunjukkan bakat yang mereka ada untuk turut serta.

Antara nama yang menjadi perhatian kerana berjaya di'senarai pendek untuk menjadi peserta adalah pelakon Arja Lee dan penyanyi, pelakon Fida Ibrahim yang masing masing sudah pun mencipta nama sendiri.

Arja Lee mengakui beliau masih mempunyai minat yang tinggi untuk bergelar penyanyi dan kerana itulah beliau sanggup luangkan masa untuk menghadiri ujibakat Akademi Fantasia 2013 baru baru ini.

"Saya kira bagi sesiapa yang mengenali saya waktu saya mula-mula berkecimpung di dalam bidang ini dulu, cita-cita saya yang sebenarnya adalah untuk menjadi penyanyi"

"Namun, minat dan keinginan untuk menyanyi masih membara dan ramai yang mungkin tidak tahu bahawa jika ada kelapangan saya akan menyanyi di beberapa majlis," ujar Arja Lee kepada Murai baru baru ini.

Dalam kes Fida Ibrahim pula, salah seorang juri Akademi Fantasia 2013 Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi kurang bersetuju dengan penglibatan selebriti itu kerana seharusnya beliau memberi peluang kepada mereka yang masih belum ada nama.

"Saya bukan tidak menyukainya tetapi saya rasa dia boleh dapat peluang yang lebih besar di luar kerana dia sudah pun bergelar artis iaitu penyanyi dan pelakon. Lagipun pada saya vokalnya biasa sahaja," ujar Cikgu Syafi.

Nashrin - Google Blog Search

Nashrin - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Jul 2013 09:24 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Jul 2013 09:28 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jul 2013 09:05 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jul 2013 09:19 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jun 2013 09:11 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jun 2013 09:20 PM PDT


<b>Nashrin</b> Terpegang Payu Dara Misha Omar?

Posted: 30 Mar 2013 08:58 AM PDT


Helluuuuu you all, Hari ini cik gayah kebaya sendat nak gossip sikit pasal duet si nashrin and akak misha omar yang feelling habis di atas pentas.. wow! Hangat di perkatakan adegan misha omar dan nashrin di atas pentas MY STARZ LG musim ke 2 yang asik feeling mereka, cik gayah kebaya sendat belek gambar2 yang di tangkap oleh photografer tersohor malaysia yang menampakan nashrin terpegang payudara misha omar? hurrmmm mungkin tak pegang kot or alahaiii korang komen sendiri la..

Cerita Artis: <b>Nashrin</b> Bertunang Dengan Kawan Sekolah Bernama <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2013 12:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 FEB 2013: Penyanyi lagu Fobia Cinta, Nashrin menafikan dakwaan bahawa dia cuba menyembunyikan statusnya yang kini sudah pun menjadi tunangan orang. Sebaliknya, Nashrin yang baru saja berhenti daripada bekerja dengan sebuah bank di Pulau Pinang memberitahu dia sudah pun 4 bulan mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya yang bernama Farah. "Ya. Saya memang sudah bertunang. Tunang saya bukan model. Dia hanyalah orang biasa yang bekerja di syarikat insurans di Pulau Pinang. Dia adalah teman sekolah saya. Saya kenal dia sejak kecil lagi. "Kalau hendak diikutkan, saya sudah lama tidak berjumpa dengan dia. Selepas berjumpa semula, saya merasakan dia sesuai untuk menjadi suri dalam hidup saya. Sebab itulah saya bertunang dengan dia. "Saya tidak tahu nak kata sebab utama saya bertunang dengan dia. Apa yang saya tahu, bila sudah sampai waktu, saya pun bertekad untuk bertunang dengan dia yang sebaya dengan saya iaitu 24 tahun," katanya kepada murai.com.my. Bercerita mengenai pertunangannya itu, Nashrin telah pun sah bertunang dengan Farah sejak November 2012 dan majlis tersebut hanya diadakan secara kecil-kecilan saja. "Tiada kenalan artis pun hadir di majlis tunang saya. Lagipun, saya hanya buat secara kecil-kecilan saja. Kami bertunang di Pulau Pinang. Hanya saudara mara terdekat saja yang hadir. "Waktu itu juga saya masih lagi bekerja di bank. Sekarang ini, baru sebulan saya berhenti bekerja. Saya pun sudah menetap di Kuala Lumpur sepenuhnya. Alhamdulillah, selepas bertunang tiada apa yang berubah kecuali saya lebih berhati-hati dengan kehidupan yang saya lalui sekarang. Saya juga merasakan lebih mudah bergerak berbanding dulu," jelasnya. Menyangkal dakwaan bertunang untuk menutup tohmahan yang mengatakan dia seorang lelaki buaya darat, Nashrin dengan tegas menepisnya. "Saya bertunang bukan sebab gosip itu. Saya juga bukan playboy. Sekarang saya lebih senang. Ibarat orang kata, saya sudah cuci tangan sikit. Saya juga sudah sign kontrak dengan label baru iaitu Hikayat Records. Insya-Allah, akhir bulan ini saya akan muncul dengan single terbaru. Tajuknya masih belum ada lagi. "Lagu ini adalah hasil ciptaan Kunci Demak. Alhamdulillah, peminat merestui pertunangan saya. Kalau ada fans yang kecewa pun saya tahu mereka akan buat-buat tak kecewa," ujarnya.

Sazzy Falak - Google Blog Search

Sazzy Falak - Google Blog Search


Koleksi <b>Sazzy Falak</b> berhari raya (10 Gambar) - Media Malaya

Posted: 10 Aug 2013 06:30 PM PDT

eh baru nampak geng2 the apprentice asia kat lcct arrival semalam.

mamat yg menang the apprentice asia tu naik zest air je semalam.

cuma tertanya, adakah si lawyer singapore + si suami sazzy falak + si pemenang nih akan kerja dengan terus dengan tony fernandes?

Yuna - Google Blog Search

Yuna - Google Blog Search


<b>Yuna</b> Kim&#39;s New Tweets about #ENDviolence - That <b>Yuna</b>

Posted: 13 Aug 2013 09:18 AM PDT

Follow Yuna on twitter 

https://twitter.com/Yunaaaa

ATS 2013 Photo Gallery updated with new pictures of <b>Yuna</b> Kim

Posted: 13 Aug 2013 09:49 AM PDT