Nuffnang

Jumaat, 18 Januari 2013

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


(39 GAMBAR)Gandingan Adi Putra Dan <b>Rita Rudaini</b> Dalam <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2013 08:17 PM PST


Mungkin ada yang tidak tahu sebuah lagi drama adaptasi novel akan menggantikan drama Adam dan Hawa yang sudah sampai ke episod akhir seminggu lepas. Drama yang dimaksudkan ialah Sehangat Asmara, diadaptasi dari novel dari judul yang sama tulisan Aisya Sofea.


Photobucket
Photobucket

Drama ini ialah gandingan pertama Adi Putra dan Rita Rudaini akan mula ditayangkan 21 Januari ini pukul 10.00 malam di Astro Mustika HD. Rita Rudaini memegang watak Kamilia Najwa manakala Adi Putra memegang watak Zainal Arief. Ia merupakan sebuah kisah pandang pertama antara mereka yang memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga.

Para penggiat seni teater, tari dan muzik yang akan mementaskan seni persembahan dari 1 Jun – 31 Disember 2013, adalah dialu-alukan untuk memohon dana Geran Mengurangkan Kos Produksi di bawah Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) yang diseliakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Untuk maklumat lanjut, sila like Fanpage mysenibudaya ."SEMARAKKAN SENI BUDAYA"

Lagi 37 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Sehangat Asmara. Anda juga boleh mendengarkan lagu tema drama ini di sini:


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Baca Yang Ini Pulak:-


Mia Sara - Google Blog Search

Mia Sara - Google Blog Search


aku dan Tupperware: bila Mia Amira nak jadi <b>Mia Sara</b>

Posted: 05 Dec 2012 01:05 AM PST


Masa memula saya download citer Papa I Love U ritu masuk dalam tab, tiap2 hari Mia duk tengok citer tu. Bukan nak tengok dari awal sampai habis pon. Dia cari part2 yang ada si comel Mia Sara jerk. Lepas tu setiap hari nak pakai seluar panjang. Tak kiralah masa tu pakai t shirt ker, gaun ker, mesti nak pasangkan dengan suar panjang. Kalau saya pakaikan seluar paras2 betis pon, nanti dia akan tarik2 seluar tu sampai bawah. Pelik gak. Sejak bila pulak anak aku ni dah pandai jaga aurat gitu. Tapi kalau betul pun Alhamdulillah lah. Tapi cam pelik pulak. Lepas tu baru terperasan yang dia dok terikut dengan Mia Sara dalam cerita Papa I Love U tu yang sepanjang masa dok pakai legging.

Lepas2 tu, bila saya dukung untuk cuci tangan dekat sinki. Nanti dia jerit2 ' untie untie untie' macam ada satu babak kat dalam cerita tu. Ngada2.

Sekarang ni pun masih tak muak gak tengok citer tu. Hampir setiap malam sebelum tidur nak berkhayal dengan Papa I love U tu dulu. Malam tadi, Arfan sambil ketawa2 bagitau saya.

Arfan : Mia ni kan ma, bawak dia jumpa Pak Nil tau. Dia dah pandai berlakon.

Saya : Blur tak paham.

Arfan : Mia!!! Meh sini tidur - tidur.

Arfan : Tolong! Tolong! Ada orang nak culik anak saya!

Mia : Papa.......janganlah bising2. Mia nak tidurlah..... (sebijik cam scene citer tu.)

AH SUDAH !!!!!!

Zahiril Adzim - Google Blog Search

Zahiril Adzim - Google Blog Search


<b>Zahiril Adzim</b> dan Shiera Ayob di Turki | Mila Ahmad

Posted:

Kalau korang nak tau sekarang ni Zahiril Adzim berada di Turki untuk satu pengambaran drama terbarunya bersama pelakon lain iaitu Beto Kusyairi, Umie Aida dan lain-lain. Dia berada di sana dengan ditemaninya isterinya ...

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


CANTIK - <b>Erra Fazira</b> Elak Guna Penyedut Minuman - Gua.com.my

Posted: 10 Jan 2013 08:00 AM PST

Setiap kali Erra Fazira melangkah ke acara karpet merah, pasti banyak mata yang tertumpu kepadanya. Dalam masa yang sama, jurufoto tidak henti-henti merakam wajahnya untuk tatapan peminat. Hendak tahu apa rahsia kecantikan Erra? Jom semak tiga tip cantik yang pernah dikongsikan Erra sebelum ini. Cuba amalkan dan lihat hasilnya.

1) Ketika menyolek bahagian mata, Erra tidak pernah menarik kelopak mata kerana dia percaya ia akan menyebabkan kekenduran kulit jika kerap dilakukan. Malah, Erra juga sering mengelak menggunakan penyedut minuman kerana ia boleh menyebabkan kedutan yang tidak perlu.

2) Erra sentiasa melindungi kulit daripada sinaran matahari. Setiap kali hendak keluar dari rumah, Erra mesti memakai krim pelindung matahari (sun block). Selain daripada itu, Erra juga tidak pernah meninggalkan rumah tanpa memakai cermin mata hitam untuk melindungi kulit di sekeliling mata.

3) Awasi pemakanan. Makanan terlalu berminyak berkemungkinan besar boleh menyebabkan jerawat. Erra memperbanyakkan buah-buahan dan sayuran dalam diet sehariannya. Ini kerana buah-buahan dan sayuran kaya dengan vitamin C yang baik untuk kulit serta memiliki anti oksidan yang membantu menyingkirkan radikal bebas.

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


Neelofa Setia Dengan <b>Hans Isaac</b>! | MyNewsHub

Posted: 17 Jan 2013 07:43 PM PST


Baru-baru ini terdapat ura-ura yang mengatakan pelakon dan pengacara Nona, Noor Neelofa Mohd. Noor bercinta dengan adik jutawan automotif terkenal negara.

Menerusi Rotikaya, Neelofa yang juga pengacara program MeleTOP itu bagaimanapun tidak menolak kenyataan yang dia memang rapat dengan pemuda yang dimaksudkan itu.

Tetapi ia tidak lebih dari sekadar atas dasar berkawan.

"Kelakarlah macam mana cerita ini boleh timbul. Kami memang mengenali antara satu sama lain kerana sudah lama berkawan.

"Saya bukan sahaja kenal dia, malah sepupu dan ahli keluarganya juga saya kenal sejak usia saya 17 tahun lagi," katanya ringkas.

Sementara itu, jika sebelum ini Neelofa menafikan yang dia bercinta dengan aktor kacak, Hans Isaac, kini semuanya sudah terjawab apabila dia mengaku masih setia bersama kekasih.

Sah! Bagus la dah mengaku. Buat apa berdolak-dalik lagi kan?

Nanti buat orang hilang kepercayaan pula jika asyik tipu dan tidak mengaku. Tak gitu?

Oleh: KASIH ISA

BACA: PERTANDINGAN BINA BADAN YANG LAWAK GILA!

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Eira Syazira - Google Blog Search

Eira Syazira - Google Blog Search


<b>Eira Syazira</b> selamat bersalin, anak perempuan pertama

Posted: 10 Jan 2013 08:23 PM PST


Sekitar 8.50 pagi tadi. Pelakon Eira Syazira telah selamat melahirkan anak perempuan. Berita gembira ini dikongsi bersama suaminya, Azad Jazmin melalui laman twitter milik Eira sendiri. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini.

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Gambit Saifullah</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jan 2013 09:03 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Gambit Saifullah</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jan 2013 09:43 PM PST


<b>Gambit Saifullah</b> Sekampung Dengan Khairul Fahmi

Posted: 20 Aug 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

Foto Oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 20 OGOS 2012: Pengarah, pelakon dan produser muda tempatan, Gambit Saifullah akan tampil dengan hasil kerja terbaru melalui syarikat produksinya Eightball Productions Sdn Bhd iaitu program Nusantara Raya yang bakal ditayangkan di Astro, Aidilfitri nanti.

Ramai yang ingin mengetahui perkembangan terbaru artis berbakat besar ini namun dia kadangkala seperti tidak kisah tentang publisiti dan lebih mementingkan kerja yang ingin dihasilkannya. Bercakap mengenai Aidilfitri yang bakal menjelang, Gambit akan pulang ke Kelantan Syawal ini.

"InsyaAllah tahun ini saya akan pulang beraya ke kampung sebelah ibu saya iaitu di Kelantan. Kesempatan ini mungkin saya akan ambil untuk beraya bersama bintang bagi program Nusantara Raya iaitu Khairul Fahmi Che Mat kerana kami sekampung.

"Setelah sama-sama berada dalam dunia glamor barulah kami tahu yang kami sekampung,"ujarnya yang ditemui di majlis tayangan program Aidilfitri Astro di Damansara baru-baru ini.

Bagi mereka yang tertanya-tanya mana perginya Gambit, dia menjelaskan bahawa dia sering melancong dan berada diluar negara samada atas urusan kerja mahupun bercuti.

"Mungkin ramai juga tahu saya memang sering terbang kesana-kemari atas urusan kerja. Tetapi ada juga yang saya selitkan dengan bercuti. Saya meminati rancangan travelogue dan jika berkesempatan saya akan melawat lokasi yang saya rasakan ada potensi untuk adakan penggambaran atau sebarang projek ditempat itu.

"Saya masih berlakon cuma ramai yang mendengar saya banyak mengarah dan mengacara. Untuk Nusantara Raya ini saya akan memberikan penonton gambaran jelas kehidupan dan aktivit seharian Safee Sali yang menyarungkan jersey Pelita Jaya FC di Indonesia.

"Setiap aktiviti yang dilakukannya saya akan turut serta termasuklah ketika berlatih, masa lapangnya dan pelbagai lagi, jadi jangan lupa untuk menonton Nusantara Raya pada Aidilfitri ini,"jelas Gambit mengenai aktiviti seninya sekarang.

Awan Band - Google Blog Search

Awan Band - Google Blog Search


Oh My Love - <b>Awan Band</b> #Lirik @lagubestbest

Posted: 15 Jan 2013 01:28 AM PST

Tajuk Lagu/ Song Title: Oh My Love
Artis/ Artist: Awan Band/ Awanband
Album/ Info:  -

Video Muzik/ Music Video: Oh My Love - Awan Band
Youtube

Lirik Lagu/ Lyrics: Oh My Love - Awan Band
Saat ini aku hidup sendiri
Tanpa mu disamping ku
Aku ingin berlari mengejar mu
Namun ku tak mampu
Oh ku tak mampu

Saat itu cuma ada diri mu
Di samping ku selalu
Detik itu lalu meninggalkan ku
Dan tawa mu syahdu
Oh ku rindu

Oh my love don't you know
Don't you know
Betapa aku merindui kamu
Saat bintang bertaburan
Aku lihat tanpa pegang tangan mu

Oh my love don't you know
Don't you know
Betapa aku menginginkan kamu
Saat pintu terbuka
Kamu tak ada untuk diri ku
Untuk diri ku

Oh my love don't you know
Don't you know
Betapa aku merindui kamu
Saat bintang bertaburan
Aku lihat tanpa pegang tangan mu
Pegang tangan mu

Oh my love don't you know
Don't you know
Betapa aku menginginkan kamu
Saat pintu terbuka
Kamu tak ada untuk diri ku
Untuk diri ku

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


<b>INTAN LADYANA</b> AKUI TIDAK RAPAT DENGAN YANA SAMSUDIN <b>...</b>

Posted: 04 Jan 2013 06:00 PM PST

Intan Ladyana Akui Tidak Rapat Dengan Yana Samsudin? | Sebelum ini ada gosip melaporkan ada masalah antara Intan Ladyana dan Yana Samsudin sehinggakan Intan dikatakan sanggup menolak tawaran untuk digandingkan bersama dengan Yana dalam sebuah drama.

Namun dalam laporan murai.com.my, Intan Ladyana menafikan gosip berkenaan. Jelasnya, hubungan dia dengan Yana Samsudin memang tidak pernah rapat dan dia masih lagi mengekalkan hubungan seperti itu sehingga kini.

intan ladyana dan yana samsudin

"Saya terkejut dengar cerita ini sebab hubungan kami memang tiada apa-apa masalah setakat ini. Jadi, bagaimana cerita begini boleh timbul? Memang selepas drama Bini Bini Ku Perkasa saya telah diminta untuk berlakon di bawah drama syarikat produksi lain oleh syarikat produksi naungan saya iaitu Metrowealth (MIG).

Saya tidak tahu pula kalau ada produser yang mahu kami berganding bersama selepas Bini Bini Ku Perkasa. Apa yang saya tahu sekarang ini saya sedang terikat dengan drama bersiri 26 episod berjudul Mencintaimu untuk RTM. Saya rasa tidak wujud apa-apa masalah di antara kami kerana saya dengan Yana bukan tidak mahu menjalinkan hubungan yang baik tetapi memang kami tidak pernah rapat. Malah bukan dengan dia sahaja tetapi dengan artis lain juga begitu kerana saya tiada masa untuk melepak bersama mereka," katanya dalam portal murai.com.my.

CARIAN BERKAITAN

  • minyak dagu yana samsudin (2)
  • intan dan yana gaduh (1)
  • intan ladyana akui (1)
  • populariti yana samsudin (1)
  • senarai filem lakonan farid kamil dan intan ladyana (1)

Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN