Aqasha - Google Blog Search |
BERITA ARTIS - <b>Aqasha</b> Terkejut Tercalon dalam Anugerah Seni <b>...</b> Posted: 10 Apr 2014 09:00 AM PDT Pelakon dan penyanyi, Aqasha melahirkan rasa terkejut dan pada masa sama, bersyukur dengan pencalonan yang diterimanya dalam kategori Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Seni BOH Cameronian untuk kerjanya dalam 'Teater Kompilasi Nam Ron' arahan aktivis teater tersohor itu. Merupakan teater lakonannya yang pertama tercalon dalam majlis anugerah berprestij, Aqasha berkata yang dia tidak menyangka namanya dapat dicalonkan sebaris dengan nama besar seperti Vanidah Imran. "Dengan usia penglibatan saya yang masih hijau di pentas teater, tentu sekali saya terkejut apabila dicalonkan dalam anugerah sebegini. Saya berterima kasih kepada Kakiseni dan BOH selaku penganjur", ujar pelakon filem 'Embun' itu. Dua calon lain dalam kategori serupa adalah Fazleen Hishamuddin dan Soffian Bujang untuk persembahan mereka dalam teater 'Maduku Kalut'. Kongsi Aqasha lagi, waktu Nam Ron mula-mula mendekatinya untuk menjayakan watak dalam teater itu, dia tidak terus memberikan kata putus kerana risau tidak mampu memenuhi kehendak pengarah. "Begitupun, saya akhirnya menerima tawaran tersebut kerana saya fikir sudah tiba masanya untuk saya mencuba satu sudut lakonan yang lain. Persembahan teater seperti ini telah memberikan peluang untuk saya memperhalusi lagi mutu lakonan saya, lebih-lebih lagi dengan tunjuk ajar dari Nam Ron. Dia adalah seorang mentor yang baik dan banyak memberikan input dari sudut teknikal", terangnya. Pada Aqasha, Nam Ron adalah nama yang besar dalam dunia pementasan teater, dan jika dia mahu menuntut ilmu teater, dia mahu belajar dengan orang yang sepatutnya. "Sebelum ini, saya tidak pernah terlibat dengan produksi yang 100% persembahan teater, sebaliknya lebih banyak terlibat dengan muzikal seperti teater 'Rubiah' dan 'Puteri Gunung Ledang The Musical'. Apa yang seronoknya apabila terdedah dengan dunia pementasan adalah kita berpeluang bertemu dengan bakat-bakat lakonan yang hebat. Malah, saya begitu menghormati calon-calon lain yang bersaing sama dalam kategori serupa", ulasnya. |
ISU SIKAP PILIH BULU <b>AQASHA</b> DENGAN PELAKON BARU Posted: 14 Jan 2014 03:15 AM PST AQASHA AMAL SIKAP PILIH BULU DENGAN PELAKON BAHARU | Kebolehan aktor ini dalam menjayakan wataknya tidak boleh dipertikaikan lagi. Ini kerana Aqasha juga dikenali sebagai salah seorang pelakon yang sangat menjiwai watak yang diberikan, berilah apa sahaja watak, pasti akan dijayakan dengan penuh cemerlang. Namun, jika dilihat kebelakangan ini, kelibatnya di kaca tv sudah semakin berkurangan. Menjawab perkara itu, Aqasha berkata kepada mStar yang kini dia mengamalkan sikap pilih bulu terhadap pelakon wanita baharu yang ingin digandingkan bersamanya pada masa hadapan. Tindakan pelakon berusia 32 tahun ini bukan bermaksud dia mempertikaikan bakat pelakon-pelakon baharu, sebaliknya disebabkan faktor usianya yang semakin matang. "Keadaan fizikal saya sudah berubah dan lebih matang berbanding 10 tahun dahulu. Sebab itu, saya agak memilih kerana tidak mahu ia nampak janggal sekiranya digandingkan dengan pelakon yang jauh lebih muda daripada saya," jelasnya. Bapa kepada dua cahaya mata ini juga mendedahkan dia enggan lagi berlakon dalam drama bertemakan cinta dan ingin memberikan fokus kepada genre drama berbeza selepas ini untuk mempelbagaikan lagi variasi watak yang boleh dijayakannya. Dalam pada itu, Aqasha kini sibuk mengusahakan syarikat produksinya sendiri bersama rakan kongsi, Syed Hussein dan Zain Hamid iaitu Camwerk Studios. Mereka bakal menerbitkan filem terbaharu berjudul Penculikan Amar Affendi yang akan dibintangi oleh Maya Karin, Zain Hamid, Sofi Jikan dan Nam Ron. |
You are subscribed to email updates from Aqasha - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |