Nuffnang

Jumaat, 28 Disember 2012

Lisa Surihani - Google Blog Search

Lisa Surihani - Google Blog Search


hangout dengan <b>Lisa Surihani</b> - Puan Gojes

Posted: 07 Dec 2012 10:56 PM PST

assalamualaikum ..

sapa yang tak nak keluar dengan lisa surihani, cinta hati yusri tu. kalau PG, PG pun nak. nasib ar PG berada di kutup utara selatan :D kalau tak, memang habisan-habisan nak berkempen sebab nak bertemu dengan Lisa Surihani ! ok. nasih aku memang tak luck. apa kata korang pula cuba nasib ? senang dan mudah sahaja kalau nak ketemunya :)

ar. digi super blogger.

Berita baik! DiGi Buddyz™ boleh merealisasikan impian anda hanya dalam empat (4) langkah mudah sahaja:
  1. Sediakan satu blog entri bertajuk "How you and your Buddyz™ are Never Apart 24/7"!
  2. Berkongsi dengan kami kebaikan Digi Easy Prepaid Plan. (24 Jam Call PERCUMA + SMS + Facebook)
  3. Letakkan SATU(1) lencana Blog (Ikon DEP 24 jam call PERCUMA + SMS + Facebook. Sila rujuk kepada imej di blog sini.
  4. Hantarkan permalink blog anda sebelum 12th Disember 2012 (Rabu)
16 blog entri yang terbaik akan dipilih untuk memperoleh satu peluang emas untuk muncul bersama Lisa Surihani dalam sebuah produksi video pada 16 Disember 2012 ini! Untuk info lebih lanjut, sila layari sini
Ayuh, cepat lah hantar entri anda! :)

Zahiril Adzim - Google Blog Search

Zahiril Adzim - Google Blog Search


Sinopsis Hanya Padamu,drama TV3 lakonan <b>Zahiril Adzim</b>,Beto <b>...</b>

Posted:

Anak Sabariah, Bukhari (Zahiril Adzim) cuba menegur sikap ibunya tetapi tidak diendah Sabariah. ... Pelakon drama Hanya Padamu: Zahiril Adzim, Beto Kusyairy, Nazeera Sardi, Emelda Rosmila dan Khayrisyah Kemal.

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


Tiada Cincin Di Jari, <b>Elly Mazlein</b> Serba Salah

Posted: 18 Oct 2012 02:38 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

SUBANG, 18 OKTOBER 2012: Jadi serba salah pelakon dan penyanyi Elly Mazlein, 32, dibuatnya apabila ditanya salah seorang wakil pihak media tentang ketiadaan cincin tunang di jari manisnya.

Bertambah serba salah lagi apabila dia mula berbicara soal single terbarunya berjudul Sabarlah Hati, di mana liriknya berceritakan kisah pasangan bercinta yang terputus di tengah jalan.

Lebih ironik lagi, apabila Elly Mazlein seolah-olah enggan bercerita lebih lanjut berkenaan tunangannya, Azmi Mohd Hata,37, apatah lagi untuknya memperkatakan soal perancangan perkahwinan mereka berdua, meskipun sudah lebih setahun mengikatkan tali pertunangan.

"Kepada sesiapa yang mengenali diri saya, saya memang tidak suka berkongsi hal peribadi dengan sesiapa. Dalam apa juga hal sekalipun biarlah saya pendamkan dulu.

"Nanti bila tiba masa yang sesuai barulah saya umumkan kepada semua. Perkara yang sama juga saya lakukan ketika ingin bertunang dulu.

"Berkenaan cincin yang tak ada di jari saya ini, kerana saya terlalu tergesa-gesa untuk menghadiri majlis hari ini. Jadi tak sempat nak pakai," katanya dengan nada penuh misteri.

Elly Mazlein ditemui ketika majlis pelancaran trailer filem Awan Dania The Movie bersama-sama pelakon utama filem berkenaan, Scha Al-Yahya, Rusdi Ramli, Jehan Miskin dan tidak ketinggalan pengarah, Rashid Sibir.

Jelas Elly Mazlein yang memegang watak sebagai Tania dalam Awan Dania The Movie, dia tidak pernah meletakan masa atau durasi tertentu untuk disatukan dengan pengarah drama dan filem berkenaan.

Bagaimanapun dia redha, bila tiba masa dan waktunya, pasti mereka berdua akan disatukan tanpa sebarang desakan daripada sesiapa mahupun keluarga terdekat.

"Saya bernasib baik kerana keluarga saya sangat memahami diri saya. Mereka tidak pernah mendesak untuk saya kahwin cepat walaupun saya sedar usia saya sudah semakin meningkat. Sebab yang nak kahwin nanti adalah saya, bukannya mereka.

"Umur saya semakin lanjut atau tidak itu bukanlah masalah besar buat saya. Asalkan saya tak nak merana dikemudian hari, itu yang lebih utama. Kerana tidak semua perhubungan itu akan kekal sampai bila-bila," katanya penuh misteri.

Bercerita mengenai single terbarunya selepas lebih tujuh tahun tidak menyanyi, jelas Elly Mazlein lagu ciptaan Manusia Putih itu tiada kena-mengena dengan perjalanan hidupnya sekarang ini, bagaimanapun mempunyai kaitan dengan kehidupan masyarakat secara menyeluruh.

"Ia hanyalah sebuah lagu dan saya tak nak peminat memberi tanggapan berbeza dengan kehadiran lagu ini meskipun ianya sebuah lagu balada yang sangat menyentuh hati.

"Kadang kala, kita tak ada cara untuk berkongsi rahsia dan lagu ini adalah cara untuk saya berkongsi perasaan. Saya harap lagu ini akan sampai ke hati peminat saya di luar sana," katanya bagaikan berteka-teki.

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


isu nafkah - <b>rita rudaini</b> saman aidil zafuan - myartis.com

Posted: 26 Nov 2012 07:51 AM PST


Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak telah di saman kerana didakwa gagal menunaikan tanggungjawabnya memberi nafkah semasa kepada isterinya, Rita Rudaini Mokhtar dan dua anaknya.

Difahamkan, surat saman tersebut telah dihantar ke alamat rumah Aidil di Seremban, Negeri Sembilan. Bagaimanapun, hingga berita ini ditulis, tiada sebarang maklum balas yang diberikan oleh pihak Aidil.


"Sebenarnya kami telah memfailkan saman sejak dua bulan lepas tetapi pihak kami tidak mendapat sebarang maklum balas daripada Aidil. Justeru kami memohon penyampaian notis saman secara tampalan daripada pihak mahkamah.

"Ia merupakan saman gantian dimana pihak kami akan menampal notis saman di rumah Aidil di Seremban, tempat kerja Aidil iaitu di Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Angkatan tentera Malaysia (ATM)," kata Peguam syarie Rita (plaintif), Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain.

Beliau berkata demikian selepas sebutan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor, hari ini (Isnin) tanpa kehadiran anak guamnya, Rita.

Sehubungan itu, Hakim syarie, Abdl Halim Abu Samah menetapkan 13 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan atas permohonan yang dibuat oleh pihak plaintif.

Terdahulu, Aidil, yang dihubungi media berkata, sehingga kini beliau tidak mendapat sebarang surat saman daripada isterinya sebagaimana yang diwar-warkan.

"Walau sesibuk mana sekalipun, saya tidak akan mengabaikan hal-hal berkaitan mahkamah dan jujur saya katakan, saya atau pihak keluarga tidak mendapat sebarang surat saman daripada Rita.

"Kalau ada, sudah semestinya saya akan memberi surat balas atau membawa perkara ini merujuk kepada peguam saya," ujarnya.

Untuk info, Rita, 35 dan Aidil, 25, bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah yang berpanjangan.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Pada Januari lalu Aidil bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara, Selangor ketika Rita bersama anak-anak pulang ke kampung halamannya di Perlis.

Malah baru-baru ini kes permohonan Aidil yang menuntut Rita agar kembali taat (nusyuz) ditolak oleh mahkamah rendah syariah yang sama. Sehubungan itu, Aidil telah diperintahkan untuk membayar segala kos mahkamah selepas permohonan Rita untuk membatalkan permohonan tersebut diterima.

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


adakah wanita ini kekasih baru <b>remy ishak</b>? - ammboi dot com

Posted: 15 Nov 2012 07:00 PM PST

Adakah Wanita Ini Kekasih Baru Remy Ishak? | Alamak? Siapakah gerangan wanita yang bergambar mesra bersama pelakon Remy Ishak tu? Sebelum ini Remy Ishak ada menjelaskan dia masih lagi solo walaupun tersebar gambar dia dengan mana-mana wanita.

Menerusi kenyataan di mStar online, Remy berkata, foto yang menunjukkan seorang wanita bergambar dengannya secara rapat (gambar), mungkin adalah peminat fanatiknya dan ia bukanlah isu yang harus dikontroversikan. Remy yang sedang menjalani penggambaran drama Cinta Jangan Pergi di Port Dickson, Negeri Sembilan memberitahu, dia akan lebih berjaga-jaga dalam menceritakan hal-hal berkaitan peribadi pada masa akan datang.

Selain itu, tambah Remy selepas hubungan cinta antaranya dengan aktres Tiz Zaqyah putus, dia kini lebih berhati-hati dan tidak mahu bercerita mengenai hal peribadi. Sebaliknya dia mahu memberikan fokus yang lebih terhadap kerjaya lakonan yang diceburinya itu.

Jadi, siapakah gerangan wanita itu masih menjadi tanda tanya….

CARIAN BERKAITAN

  • yuna dan kekasih baru (22)
  • cinta jangan pergi (12)
  • yuna dan kekasih (8)
  • remy ishak iphone (4)
  • remy ishak dan kekasih baru (3)

Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


Rahsia Penampilan <b>Erra Fazira</b>

Posted: 27 Dec 2012 04:16 PM PST

Pelakon jelita ikut pesan ibu jaga penampilan diri demi status selebriti

Azimat ibu, Azizah Zaik supaya dia sentiasa menjaga penampilan diri walau hanya secalit gincu di bibir, cukup diingati primadona filem Melayu moden, Erra Fazira.

Biarpun mengakui lebih gemar gaya ringkas tatkala bersantai, pelakon yang mula melonjak namanya selepas membintangi filem Sembilu pada awal 1990-an sentiasa memastikan dirinya tampil rapi.

Saya akan sentiasa ingat pesan emak supaya sentiasa menjaga penampilan walaupun di luar waktu kerja. Emak beritahu sebagai selebriti, ke mana saya pergi pasti ada mata yang memandang. Oleh itu saya perlu sentiasa tampil rapi agar tidak menjejaskan periuk nasi," Erra Fazira, Pelakon

"Saya hanya bergaya bila perlu seperti menghadiri majlis tertentu. Tetapi jika keluar bersantai, saya lebih suka bergaya kasual dan ringkas.

"Bagaimanapun, saya akan sentiasa ingat pesan emak supaya sentiasa menjaga penampilan walaupun di luar waktu kerja. Emak beritahu sebagai selebriti, ke mana saya pergi pasti ada mata yang memandang. Oleh itu saya perlu sentiasa tampil rapi agar tidak menjejaskan periuk nasi.

"Mungkin sudah kerap bersolek membuatkan saya malas mengenakan mekap ketika keluar bersantai. Apabila perasaan malas menerjah, pesanan ibu akan membuatkan saya tersedar. Jadi saya akan segera menggoles gincu ke bibir," kata Erra ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah Anugerah Pereka Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2011 di Kuala Lumpur, semalam.

Pada majlis itu, gaun dipakai Erra ciptaan pereka, Hatta Dolmat dipilih peminat sebagai busana permaidani merah tercantik pada ABPBH 2011, April lalu. Erra dan Hatta masing-masing menerima hadiah trofi dan barang kemas Rafflesia The Pearl Centre bernilai RM10,000 daripada Pengarah Urusan Rafflesia The Pearl Centre, Winnie Sin.

Erra juga sangat meminati dunia fesyen. Tidak hairanlah, timbunan pakaian peribadi termasuk baju yang dipakai dalam filem Sembilu pada 1994 masih lagi disimpan rapi dalam kotak.

Menurut Erra, dia memiliki koleksi baju yang banyak hingga kadang kala sukar memilih yang mana satu hendak digayakan.

Bagi koleksi pakaian lama, kata Erra, dia lebih gemar menyimpan atau memberikannya kepada teman rapat berbanding menjualnya. Akui Erra, pakaian lama yang masih berkeadaan baik boleh dipakai semula ketika membintangi filem atau drama.

Walaupun memiliki nama yang disegani dalam persada seni tanah air, Erra bukanlah seseorang yang mementingkan jenama. Apa saja yang cantik di matanya, ibu kepada Engku Aleesya Engku Emran, 4 tahun, ini tidak kisah membelinya.

Namun, dia tidak menafikan memiliki rangkaian pakaian serta tas tangan berjenama. Tetapi Erra mengakui membelinya sebagai hadiah selepas berhempas pulas bekerja mencari rezeki.

Rakam lagu duet bersama Umie Aida

Dunia lakonan sudah sebati dalam diri wanita kelahiran Sungai Choh, Rawang ini. Malah, pendapatan dari sumber lakonan dan nyanyian selama inilah yang menyara hidup Erra, ibu dan adiknya.

Lantaran tidak mempunyai minat lain, Erra tidak akan sesekali meninggalkan dunia seni. Bagi memastikan kehadirannya di arena seni terus relevan, wanita ini berazam untuk memajukan prestasinya dari pelbagai sudut. Sama ada dalam kerjaya seni mahupun hubungannya dengan Allah.

"Bila bercakap soal azam, saya hanya terfikir mahu memantapkan prestasi saya dari semua sudut. Terutama sekali bidang lakonan kerana ia periuk nasi saya. Bagaimanapun, niat saya hendak memperbaiki mutu lakonan bukanlah disebabkan ingin mengejar anugerah. Sebaliknya, saya mahu peminat melihat peningkatan lakonan saya.

"Manakala untuk bidang nyanyian pula, setakat ini tiada lagi sebarang perancangan untuk menghasilkan album penuh. Lagipun, single saya Cinta Diam Diam tidak begitu menjadi. Bagi saya buat lagu juga bergantung pada nasib, kalau kena lagu yang sesuai dan tepat pada masanya, memang boleh popular.

"Pada masa sama, stesen radio juga memainkan peranan penting. Jika mereka tidak mahu memutarkan lagu kita, bagaimana peminat hendak terima lagu seseorang penyanyi. Kekerapan lagu itu diulang-ulang lambat-laun akan mempengaruhi selera pendengar juga," katanya yang bakal muncul dengan sebuah lagu single yang dinyanyikan secara duet bersama teman baiknya Umie Aida.

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


Isu Beri Nama Anak &#39;Cleopatra&#39; Dicemuh: <b>Que Haidar</b> Bersuara

Posted: 27 Aug 2012 07:55 PM PDT

Last Updated: 10:58am, 28th December 2012

TERENGGANU

KEMAMAN
- Kg Pengkalan Ranggon, Kg Padang Kemunting, Kg Sg Mas, Kg Dadong, Kg Paman, Kg Ibok, Kg Seberang Tayor Hulu, Kg Paya Berenjut, Rumah Pegawai Ladang Padang Kubu, Kg Geliga, Kg Padang Kubu, Ladang Sg Mas, Kg Teladas

BESUT
- Kg Pohon Tal, Telaga Nibong, Taman D'Lahar, Kg Lubuk Kawah, Kg Alor Keladi, Kg Gong Duek & Kg Alor Belanga, Kg Pengkalan Atap, Kg Renek, Kg Gong Tok Dor, Kg Pinang, Kg Cerang Melintang, Kg Pasir Akar, Kg Pekan Baru, Kg Durian Telur, Kg Bkt Mali, Kg Bekok, Kg Pondok Paku, Kg Tasek Mengkuang, Kg Padang Tapong, Kg Apal, Kg Anak Musang, Kg Benting Lintang, Kg Kayu Kelat, Kg Oh, Kg Bkt Payong Dalam, Felda Tenang, Kg Keruak, Kg Belaoh, Kg La, Kg Anak Ikan

SETIU
- Balairaya Beris Tok Ku, Kg Nyatuh, Kg Padang Saujana, Kg Temala, Kg Gong Terap, Kg Padang Jejawi, Kg Air Sejuk, Kg Sg Tong, Bandar Permaisuri, Kg Seri Kenangan, Kg Padang, Kg Tasik, Kg Permaisuri, Kg Padang Serai, Kg Besut, Kg Buluh Hilir, Kg Guntong Luar, Kg Jelapang, Kg Pengkalan Merbau, Kg Desa Jaya, Kg Langkap, Kg Sungai Pinang

HULU TERENGGANU
- Bukit Tadok, Kg Paya Besar, Kg Batu 24, Kg Batu 23, Kg Kuala Jeneris, Kg Pasir Pelata, Kg Kuala Menjing, Kg Kepah, Kg Gunung, Kg Nibong, Kg Tok Lawit, Kg Kua, Kg Chenerong Lebam, Kg Pdg Setar Tersat, Kg Bukit Gemuroh, Kg Bukit Gemuruh, FELCRA Betong, Kg Sekayu, Kg Menjing, Kg Cheting, Kg Peneh, Kg Menerong, Kg Pengkalan Ajal, Kg Pelandan, Kg Matang

MARANG
- Kg Gong Beris, Kg Tanjong Belor, Kg Gong Balai, Kg Rhu Renggeh, Kg Kubu, Kg Pasir Puteh, Kg Jenang, Kg Seri Payong, Kg Seberang Marang, Kg Rhu Muda, Kg Gong Merawang

DUNGUN
- Kg Pantai Laut, Kg Chemuak, Taman Rakyat Jaya, Kg Kubang Putat, Balai Polis Kuala Jengal, Kg Alor MK Bah, Kg Sura, Kg Pasir Raja, Balai Polis Kuala Jengai, Kg Jengai, Kg Kuala Jengai, Kg Belimbing, Kg Tebing Tembah, Kg Wa, Kg Bukit Besi, Kg Shukur, Kg Pasir Raja, Kg Batu Tiong, Kg Tok Kah, Kg Pulau Serai

KUALA TERENGGANU
- Taman Sri Embong, Kg Tok Jiring, Perumahan Kos Rendah Gong Badak, Kg Padang Hangus, Taman Darul Iman, Kg Sg Ikan, Kg Titian Baru, Taman Murni Permai, Taman Seri Tanjung, Taman Desa Darul Iman 6

TOTAL STILL AFFECTED: 14,964
RELIEF CENTRES: 90
TOTAL DEATHS: 6
ROADS CLOSED: 2

Bilik Gerakan: 09-6316021/ 66668246


KELANTAN

PASIR MAS
- Kg Kubang Kual, Kg Tasek Gondang, Kg Kuen Merah, Madrasah Hj. Salleh Kg Senor, SK Gual Sitok, SK Sri Kiambang, SK Gelang Mas, SMA (Agama) Meranti, SK Kedai Tanjong, SK Rantau Panjang 2, SK Tok Deh, Madrasah Kg Rahmat, Dewan Rukun Tetangga Lubok Setol, SK Gual Tinggi, SMA (Arab) Lati, SK Bakong, Madrasah Kg Rahmat Hulu, Madrasah Putat Tujuh, SK Tok Uban, SK Bukit Jarum, SK Baroh Pial

TUMPAT
- SK Pengkalan Kubor 1, SK Bunohan, SK Pengkalan Kubor 2

KOTA BARU
- Kg Tasik, Kg Nilam Puri, Kg Manok, Kg Lubok Jambu, Kg Mulong, Kg Tiong

PASIR PUTEH
- SK Kamil 1, SK Bukit Awang

TOTAL STILL AFFECTED: 6,809
RELIEF CENTRES: 28
ROADS CLOSED: 6

Bilik Gerakan: 09-7450999/ 7455555/ 7753400


PAHANG

KUANTAN
- Kg Pahang, Sungai Soi, Kg Galing, Galing Besar, Taman Sri Kuantan, Kg Gudang Rasau

PEKAN
- Kg Cenderawasih, Kg Kalong, Kg Sg. Miang

TOTAL STILL AFFECTED: 410
RELIEF CENTRES: 5
ROADS CLOSED: 1

Bilik Gerakan: 09-5656040/ 5650222/ 5161855/ 5733966


JOHOR

KOTA TINGGI
- Kg Perpat Mukim Kambau

TOTAL STILL AFFECTED: 13
RELIEF CENTRES: 1
ROADS CLOSED: 0

Bilik Gerakan: 07-2281288/ 2908011/ 2908012


Altimet - Google Blog Search

Altimet - Google Blog Search


Syukur - <b>Altimet</b> #Lirik @lagubestbest

Posted: 30 Sep 2012 11:59 PM PDT

Tajuk Lagu: Syukur
Album: -
Artis: Altimet

Muzik Video: Syukur - Altimet

Lirik Lagu: Syukur - Altimet

Pukul 6 pagi
Masa untuk ku bangkit lagi
Sebelum mencari sesuap nasi
Perutku dialas sesuap nasi
Subuhku tertinggal lagi
Terus diganti
Terus keluar dan berlari
Bersama warga kota lain sekali
Kita semua selari
Motor kereta bas LRT
Yang berbasikal pejalan kaki
Dari tauke besar hingga kerani
Semua punya niat sama di hati
Biar usaha dan rezeki serasi
Walau mendung saujana yang dihadapi
http://lirik-lagu-best.blogspot.com
Masih ada mentari, jadi

Chorus
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini

Bil datang lagi
Seakan sebulan dua kali
Harap dibayar dalam tujuh hari
Sebelum bekalannya di mati
Terngiang rintihan ibu dan bini
Kata mereka perlu itu dan ini
Anakku mahu ke sana sini
Mlihat tempat indah dikaca TV
Di otakku hanya periuk nasi
Bil kereta rumah air dan api
Aliran pitisku dijaga rapi
Ditabung yang lebih di dalam laci
Hasil usaha keringat di dahi
Kerjaku halal jangan dicaci
Ku kerah semua tangan dan kaki
Sehingga ku jumpa apa yang dicari jadi

Ulang Chorus

Murahkan rezeki
Jadikan aku lebih seperti
Antara mereka yang mempercayai
Walau usahaku kurang memadai
Fardhuku lewat beberapa kali
Bila bisikan dia mencuit hati
Aku tercandu pada duniawi
Tapi aku tetap kembali, jadi

Ulang Chorus

Erul af - Google Blog Search

Erul af - Google Blog Search


<b>ERUL AF</b> 9, OLE-OLE KONSERT AKHIR AKADEMI FANTASIA 9 <b>...</b>

Posted: 15 Jun 2011 09:00 AM PDT

Sempatlah jugak aku menegur ERUL AKADEMI FANTASIA 9 dan ambik gambar sebagai kenangan..hehe..Apa yang bestnya beliau seorang yang cukup sporting. Aku rasa peminat beliau terutama peminat perempuan pasti cair bila dapat lihat muka si ERUL secara Live. Perghh memang Smart..

Selain daripada ERUL aku juga berkesempatan bertemu dengan blogger dan juga pemberita yang kepala ngam tak lain tak bukan KLUBBKIDD @ JOE LEE pada malam itu. Lama tak jumpa rambut pun dah bertukar..hehe..ala-ala kaler tema AF9 lagi. Memang bro JOE LEE ni cukup sporting dan gila gila sikit..hehe

Tahun depan takde lagi dah Akademi Fantasia. Kalau idak si MAT TIGER dah plan dah nak turut serta. Dia Seminggu 7 kali pergi karaoke training...hehe..Nampaknya terpaksalah dibatalkan niat tuh. Tapi kedengaran beliau akan cuba mendapat bimbingan dari AMIR RAJA LAWAK pulak sebab nak masuk RAJA LAWAK..wakakaka

** Ole-ole adalah pengalaman yang cukup berharga sebab pertama kali membuat liputan dan berjumpa sahabat baru dari MOJOREEL..


Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


Adik <b>Elfira Loy</b> Bertudung Kerana Mimpi Kiamat | MyNewsHub

Posted: 27 Dec 2012 08:38 PM PST

Kehadiran adik kepada pelakon, Elfira Loy iaitu Ezlisa Loy, 16, pada sidang media drama terbaru Debunga Lalang, mencuri tumpuan kerana ramai kerana dia hadir dengan gaya bertudung.

Anak ketiga daripada empat adik beradik ini memberitahu sebenarnya niat mahu berhijab sudah timbul sejak tahun lalu lagi.

Namun hasrat itu hanya dilaksana sejak awal bulan ini selepas mengalami satu mimpi yang cukup mengerunkan dirinya.

"Baru-baru ni saya mimpi tentang hari Kiamat. Dalam mimpi tu, saya dalam perjalanan ke masjid. Tiba-tiba ada batu bulat-bulat jatuh dari langit.

"Saya sangat takut. Saya terus cari mama. Tapi mama tak ada. Ahli keluarga yang lain juga tidak ada. Saya takut sangat.

""Kemudian saya tersedar. Saya terus lari ke arah mama dan menangis. Mama terkejut dan hairan kenapa saya menangis. Saya katakan yang saya mimpi hari Kiamat," katanya yang dipetik melalu Malaysiadigest, di sini, hari ini.

Sebenarnya, sebelum ini sudah beberapa kali dia mimpi perkara yang sama, tetapi kali terakhir mimpi itu, dia tidak dapat mencari ibunya. Itu yang membuatkan dirinya berasa takut sangat.

Tambahnya, beberapa bulan sebelum itu, seorang rakannya yang menuntut di sekolah agama sering bercerita kepadanya tentang kisah-kisah nabi.

Sejak peristiwa itu ia bagai satu hidayah buatnya lalu dia nekad mahu serius berhijab.

Sungguhpun begitu, kata Ezlisa dalam pada perlahan-lahan mengubah penampilan dia memastikan kewajipan utama sebagai muslimah dilaksanakan dengan baik terlebih dalu misalnya memastikan solat lima waktu sempurna.

Dalam perkembangan lain, Ezlisa bakal muncul dalam Debunga Lalang menerusi Slot Akasia TV3, mulai 2 Januari 2013, jam 4 petang.

Selesai penggambaran tersebut dia akan memperlahankan karier lakonan buat seketika kerana mahu menumpukan pada pelajaran dan peperiksaan SPM.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


Pilihan Anda: <b>Fida Ibrahim</b> &#39;trauma&#39; diganggu teman wanita Zalif

Posted: 03 Dec 2012 06:15 PM PST

|

Dua hari lalu, Kosmo! laporkan seorang wanita tidak di'kenali mula mengganggu kehidupan Fida Ibrahim dengan pelbagai hamburan kata kata pedas melalui SMS & panggilan.

Fida Ibrahim mendakwa yang hidup beliau mula diganggu oleh wanita itu selepas hubungan rapat beliau dengan Zalif Sidek menjadi satu perkara yang di'ketahui khalayak umum.

"Sejak cerita tentang hubungan kami tersebar, hidup saya tidak tenteram apabila dia yang mendakwa sebagai teman wanita Zalif mula mengganggu hidup saya," ujar Fida Ibrahim.

"Tidak cukup dengan SMS, dia menelefon saya & menghambur kata-kata kesat agar menjauhkan diri daripada Zalif (Sidek)"

Oleh kerana gangguan wanita misteri ini, Fida Ibrahim berkata beliau tidak lagi membalas sebarang mesej dari Zalif Sidek & kini menganggap hubungan mereka sekadar kawan biasa.

PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Berkaitan : HIBURAN, TERKINI


Share/Bookmark comments
Posted by Desperado on 4:15 PM. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


<b>Gambit Saifullah</b> Sekampung Dengan Khairul Fahmi

Posted: 20 Aug 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

Foto Oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 20 OGOS 2012: Pengarah, pelakon dan produser muda tempatan, Gambit Saifullah akan tampil dengan hasil kerja terbaru melalui syarikat produksinya Eightball Productions Sdn Bhd iaitu program Nusantara Raya yang bakal ditayangkan di Astro, Aidilfitri nanti.

Ramai yang ingin mengetahui perkembangan terbaru artis berbakat besar ini namun dia kadangkala seperti tidak kisah tentang publisiti dan lebih mementingkan kerja yang ingin dihasilkannya. Bercakap mengenai Aidilfitri yang bakal menjelang, Gambit akan pulang ke Kelantan Syawal ini.

"InsyaAllah tahun ini saya akan pulang beraya ke kampung sebelah ibu saya iaitu di Kelantan. Kesempatan ini mungkin saya akan ambil untuk beraya bersama bintang bagi program Nusantara Raya iaitu Khairul Fahmi Che Mat kerana kami sekampung.

"Setelah sama-sama berada dalam dunia glamor barulah kami tahu yang kami sekampung,"ujarnya yang ditemui di majlis tayangan program Aidilfitri Astro di Damansara baru-baru ini.

Bagi mereka yang tertanya-tanya mana perginya Gambit, dia menjelaskan bahawa dia sering melancong dan berada diluar negara samada atas urusan kerja mahupun bercuti.

"Mungkin ramai juga tahu saya memang sering terbang kesana-kemari atas urusan kerja. Tetapi ada juga yang saya selitkan dengan bercuti. Saya meminati rancangan travelogue dan jika berkesempatan saya akan melawat lokasi yang saya rasakan ada potensi untuk adakan penggambaran atau sebarang projek ditempat itu.

"Saya masih berlakon cuma ramai yang mendengar saya banyak mengarah dan mengacara. Untuk Nusantara Raya ini saya akan memberikan penonton gambaran jelas kehidupan dan aktivit seharian Safee Sali yang menyarungkan jersey Pelita Jaya FC di Indonesia.

"Setiap aktiviti yang dilakukannya saya akan turut serta termasuklah ketika berlatih, masa lapangnya dan pelbagai lagi, jadi jangan lupa untuk menonton Nusantara Raya pada Aidilfitri ini,"jelas Gambit mengenai aktiviti seninya sekarang.

Azhar Sulaiman - Google Blog Search

Azhar Sulaiman - Google Blog Search


<b>Azhar Sulaiman</b>: Umno Dituduh Murtad, Saya Jadi Panas!

Posted: 23 Nov 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 23 NOV 2012: Pelakon kacak, Azhar Sulaiman akui berang serta membangkang kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laporan akhbar Utusan, Ahad lalu yang melabelkan Umno sebagai parti murtad.

Ketidakpuasan hatinya itu diluahkan di dalam status akaun Facebook milik Azhar Sulaiman sendiri semalam dengan cara sindirin selepas mengaku dirinya kini sudah murtad kerana merupakan ahli UMNO.

Azhar Sulaiman berkata kenyataannya itu ringkas untuk difahami supaya status murtad tidak sewenang-wenangnya dilabelkan begitu sahaja kepada sesetengah pihak.

"Pada usia saya yang sebegini, saya tidak pernah terlibat di dalam politik secara serius walaupun saya sendiri merupakan ahli Umno, namun bila Nik Aziz mendakwa semua ahli UMNO adalah murtad saya jadi panas!

"Jadi saya menulis di status saya secara sindirin yang agak nakal tetapi ringkas dan straight to the point untuk difahami. Malah saya sengaja menjadi pencetus kepada dakwaan Nik Aziz itu supaya semua pihak membuka minda memikirkannya.

"Mengapa begitu mudah dia (Nik Aziz) menghakimi orang (UMNO) sebegitu rupa? Padahal siapa pun kita, sebagai seorang Islam kita menyembah Tuhan yang sama," jelasnya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Dalam statuts akaun Facebook Azhar menulis " Assalamualaikum ustaz... Saya ni sebenarnya sudah murtad sebab saya ahli UMNO dan penyokong kerajaan Barisan Nasional... jadi macam mana untuk saya pulang ke semula kepangkuan agama Islam... Harap bantu..Tq"

Status atau kenyataan Azhar itu bagaimanapun telah mengundang rasa tidak senang oleh beberapa pihak yang merasakan dia cuba untuk memesongkan akidah serta memecah belahkan orang Islam.

Namun Azhar memberitahu, sepatutnya isu murtad sebenarnya yang berlaku dalam realiti umat Islam sekarang perlu diambil berat, berbanding menggunakan kepentingan agama di dalam politik semata-mata.

"Saya sedar ketika saya menulis status tersebut di facebook dan selepas itu saya pun mengucap dua kalimah syahadah. Jatuhnya murtad saya atau tidak itu antara saya dan Allah.

"Mungkin mereka yang memberi komen begitu prihatin kepada saya supaya seorang kaum seagamanya ini tidak tidak terkeluar daripada agama Islam. Namun apa pula ceritanya dengan sejumlah umat Islam yang sudah memohon untuk ditukarkan agama? Adakah mereka sedar?

"Mungkin mereka sudah terbuai dengan kata-kata Nurul Izzah (Naib Presiden PKR) yang mengatakan Melayu sepatutnya bebas beragama. Apa itu? Ia telah melemahkan orang Islam begitu sahaja," luahnya lagi.

Dalam pada itu, Azhar berharap sesetengah pihak tidak menganggap isu yang dibangkitkan itu hanya untuk meraih publisiti murahan memandangkan dia seorang selebriti yang dikenali ramai.

"Saya bukan mahu meraih apa-apa populariti atau publisiti apa yang saya tulis itu saya maksudkan dan harap isu murtad ini mendapat prihatin lebih ramai pihak dan diselesaikan secara baik," tambahnya lagi.

Mengenai perkembangan terbaru Azhar, dia kini baru sahaja memulakan penggambaran drama bersiri 26 episod untuk RTM1 bersama pelakon Intan Ladyana, Norman Hakim dan ramai lagi.

Yuna - Google Blog Search

Yuna - Google Blog Search


Kim <b>Yuna</b> spends Christmas with her coach and her juniors

Posted: 28 Dec 2012 12:01 AM PST

Olympic figure skating champion Kim Yuna celebrated Christmas with her two coaches and her fellow figure skating juniors.

On December 26th, Kim Yuna updated her official website with a message for her fans, posting, "I hope everyone enjoys their holiday. Happy New Year!"

Accompanying the post were the photos above showing Kim Yuna posing with her two coaches and her fellow figure skating juniors. Seeing how she's dressed in her training wear, Kim Yuna seems to have taken a break from practice to enjoy a warm Christmas party away from the ice.

In related news, Kim Yuna is preparing for her next figure skating competition, which will take place from January 4th to 6th in Seoul.


'); script.type = 'text/javascript'; script.src = 'http://widget.crowdignite.com/widgets/25307?_ci_wid=_CI_widget_'+_CI.counter; script.async = true; ref.parentNode.insertBefore(script, ref); })();

<b>Yuna</b> - ( Come As You Are tab )

Posted: 15 Dec 2012 12:40 AM PST


  Yuna - Come as you are (cover)
  Original by Nirvana
  
  tabbed by Don (crankyd_my@hotmail.com)   
  Free to use and copied by all
  I claim no right to this tab nor the song
     
  
  
  standard tuning EADGBE
  [ Tab from: http://www.guitaretab.com/y/yuna/338842.html ]
  Picking pattern (fingerstyle)
           Am7                     D/G              D/F             D/G
  e|------------------------|-----------------|----------------|-----------------|
  B|----5-------5--x--------|---3-x--3--3--x--|---1-----1-x----|---3-x--3--3--x--|
  G|----5-------5--x-slap---|---2-x--2-----x--|---2-----2-x----|---2-x--2-----x--|
  D|----5----5-----x------0-|---0-x--0-----x--|---0---0---x--0-|---0-x--0-----x--|
  A|------------------------|-----------------|----------------|-----------------|
  E|-5----5--------x--------|-3---x--3-----x--|-1---1-----x----|-3---x--3-----x--|
   
                        Progression repeat throughout the song
  
  Verse 1
  Come as you are, as you were, 
  As I want you to be 
  As a friend, as a friend, as an old enemy.
   
  Take your time, hurry up 
  The choice is yours, don't be late. 
  Take a rest, as a friend, as an old  
  
  Memory......memoria...memori..aa.....Memory...a
  da .........da .........da .....da
  
  
  Verse 2 
  
  Come doust in mud, soaked in bleach 
  As I want you to be 
  As a trend, as a friend, as an old
  
  Memory......memoria...memori..aa.....Memory...a
   
  
  Chorus
  
  And I swear that I don't have a gun 
  No I don't have a gun  
  
  And I swear that I don't have a gun 
  No I don't have a gun 
  
  Memory......memoria...memori..aa.....Memory...a
  da .........da .........da .....da
  
  END				

Faezah Elai - Google Blog Search

Faezah Elai - Google Blog Search


Tweet Bersama <b>Faezah Elai</b> | Solehah Shamsuddin

Posted: 25 Nov 2012 08:02 AM PST


Tak sangka kak Faezah Elai akan reply tweet saya, sebab tu baru sekarang saya sedar dan terus printscreen. Terima kasih akak sebab sudi tweet. Memang betul orang cakap yang kak Faezah Elai ni memang peramah orangnya. Love u akak! :)

Bimbang Dugaan Sakit Ketika Bersalin | MyNewsHub

Posted: 27 Dec 2012 06:04 PM PST

PETALING JAYA – Pelakon Faezah Elai mengakui berasa takut untuk berdepan dengan proses kelahiran anak sulungnya yang dijangka pada awal Februari tahun depan.

Faezah atau nama sebenarnya Noor Faezahh Elai berkata, dia risau dengan kesakitan yang bakal dialami lebih-lebih lagi selepas bertanya kepada rakan-rakannya yang berpengalaman melahirkan anak.

"Saya tak boleh bayangkan bagaimana nak bersalin nanti. Hampir setiap hari saya tanya kepada rakan-rakan yang dah berpengalaman melahirkan anak dan ia membuatkan saya lebih takut dan tak senang duduk.

"Malah saya membaca pelbagai buku untuk ibu mengandung sebagai persediaan proses kelahiran nanti.

"Selain itu saya turut menghadiri ceramah-ceramah anjuran rakan saya sendiri untuk bakal-bakal ibu. Harap-harap tiada kesulitan yang akan berlaku nanti, Insya-Allah," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Dalam pada itu Faezah turut mengakui dia sudah mula rasa rindu untuk kembali berlakon dan tidak sabar untuk kembali beraksi pada April ini.

Selain itu, isteri kepada pengarah drama Heykal Hanafiah itu bersyukur 'kehilangannya' buat sementara waktu tidak menjejaskan popularitinya lebih-lebih lagi dia bakal muncul dengan filem Tanda Putera dan KL Zombie pada tahun depan.

Sementara itu, Faezah bakal membuka sebuah kafe di sekitar Sungai Buloh, dekat sini pada 2013 hasil daripada wang simpanannya sepanjang bergelar pelakon dengan menghabiskan modal lebih kurang RM50,000.

"Sebenarnya, kafe itu dibuka khas buat ibu dan ayah di mana mereka akan menguruskannya.

"Sebelum ini mereka pernah ada restoran di Pulau Pinang tetapi telah pun ditutup selepas berpindah ke sini (Kuala Lumpur).

"Ini juga adalah salah satu cara saya menghargai jasa-jasa mereka," ujar pelakon berusia 30 tahun itu. – mStar Online

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri