Intan Ladyana - Google Blog Search |
<b>Intan Ladyana</b> komited – Perak Today Posted: 18 Feb 2014 05:35 PM PST TIDAK dinafikan lagi, beberapa drama yang adaptasi dari sebuah novel mampu membangkitkan fenomena luar biasa dalam industri hiburan tanah air. Namun itu tidak menjadi penghalang buat aktres cantik, Intan Ladyana memberikan lakonan sepenuh jiwa dalam menjayakan projek terbaharunya menerusi drama Jika Itu Takdirku yang menggantikan drama popular, Ariana Rose dalam slot Akasia siaran TV3. Menurutnya, drama arahan Eoon Shuhaini itu memiliki kekuatan tersendiri dalam perjalanan ceritanya yang di luar jangkaan. "Saya akui memang sedikit risau kerana drama yang ditayangkan sebelum ini mendapat sambutan yang luar biasa. "Tapi dari segi positifnya, saya lihat drama ini memiliki kekuatan yang tersendiri yang pastinya akan menghiburkan penonton dan itulah antara sebab saya terima tawaran ini," katanya ketika ditemui Pada masa yang sama, Intan mengingatkan penonton supaya tidak membanding-bandingkan drama terbitan MIG Production Sdn. Bhd itu dengan drama adaptasi sebelum ini. "Kalau drama-drama adaptasi novel ini memang mereka sudah ada pengikut yang tersendiri berlainan dengan drama ini sebab kami perlu bermula dari bawah. "Lagi satu apa yang merisaukan saya, bila ramai yang keliru tajuk drama ini seakan tajuk sebuah novel 'Andai Itu Takdirku'. Harap-harap mereka tidak akan tersalah," katanya. Selain Intan, barisan pelakon lain yang terlibat dalam drama tersebut adalah Shah Iskandar, Shukri Yahya, Nina Iskandar, Arash Mohd, Jasmin Hamid, Azwan Kombos dan ramai lagi. Intan belum buat keputusan keluar MIG Mengulas lanjut mengenai perjalanan kariernya, Intan memaklumkan bahawa kontraknya bergelar artis naungan Metrowealth International Group (MIG) bakal tamat pada Jun ini. Intan bagaimanapun memberitahu masih belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu mengikut jejak langkah teman seperjuangannya, Yana Samsudin yang keluar dari syarikat penerbitan itu. "Jun ini genaplah lima tahun saya berada di bawah MIG. Buat masa ini kami masih belum membuat sebarang perbincangan. "Sebenarnya, saya sendiri pun belum memikirkannya. Kita tunggu sehingga Jun ini," katanya. Katanya, selama berada di bawah kelolaan syarikat penerbitan itu, dia tidak mengalami sebarang masalah malah bebas untuk terlibat dengan produksi luar. "Kebanyakan projek yang saya lakukan banyak daripada produksi luar dan boleh katakan dalam setahun saya cuma terlibat dua hingga tiga projek bersama MIG. "Berada di bawah MIG adalah zon selesa buat saya. Memandangkan saya seorang yang suka sesuatu yang baru, jadi saya cuba libatkan diri dengan produksi luar dan MIG sendiri tidak ada masalah," katanya. -Sinar harian |
Gambar Dikucup Shah Iskandar Bertebaran, <b>Intan Ladyana</b> Nafi <b>...</b> Posted: 20 Feb 2014 08:03 PM PST Kadangkala memang sudut memainkan peranan penting di dalam sekeping gambar. Dengan sudut dan "timing" yang terbaik, gambar yang nampak biasa pun boleh menimbulkan kontroversi. Mungkin itu yang terjadi kepada gambar yang sedang bertebaran di laman sosial di mana kelihatan seperti Intan Ladyana dicium oleh Shah Iskandar di bahagian rambutnya. Gambar di atas telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan para peminat Intan Ladyana yang mengetahui hubungannya dengan Kamal Adli. Iyerlah, risau juga kerana sekeping gambar begini hubungan cinta lebih 8 tahun antara Intan dan Kamal hancur berkecai. Namun Intan Ladyana menganggap ini semua adalah "camera trick" dan menafikan mereka bersentuhan. Kata Intan Ladyana menerusi Harian Metro:-
Memang ada logiknya penerangan Intan Ladyna di situ. Semoga semua berpuas hati dengan penerangan tersebut. Apa pun, Abang Nara tertanya-tanya juga bilakah Intan dan Kamal akan menamatkan zaman bujang mereka dengan perkahwinan. Rasanya macam dah lama sangat mereka bercinta. Masing-masing pun bukannya bertambah muda. Rasanya tahun 2014 mungkin sudah sesuai untuk memikirkan masa depan mereka. Tak gitu? Kalau Abang Nara ada awek secomel dan secantik Intan Ladyana, memang tak fikir 3,4 kali nak masuk meminang. Baiklah dijadikan isteri cepat-cepat sebelum kena ambil dengan orang lain. Dunia ini kadangkala kejam juga. Lagi beberapa gambar si putih melepak Intan Ladyana dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Anak pasangan Sweden dakwa dipukul lebih 1000 kali Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Intan Ladyana - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |