Rita Rudaini - Google Blog Search |
BERITA ARTIS - <b>Rita Rudaini</b> Tak Kenal Adi Putra - Gua.com.my Posted: 16 Jan 2013 04:00 PM PST Gandingan serasi pasangan pelakon dalam sesebuah filem mahupun drama memang menjadi satu faktor yang mampu memberi impak kepada penonton. Jika tiada keserasian, minat penonton untuk mengikuti sesebuah cerita akan berkurangan. Jadi, pengarah mahupun penerbit harus bijak membuat pilihan untuk watak hero dan heroin. Antara gandingan yang berjaya mencuri perhatian penonton ialah Aaron Aziz dan Siti Saleha, Aaron Aziz dan Nadiya Nissa, Remy Ishak dan Maya Karin serta Aaron Aziz dan Maya Karin. Kini anda boleh melihat gandingan pertama kali Adi Putra dan Rita Rudaini sebagai hero dan heroin untuk drama bersiri, 'Sehangat Asmara', arahan Mohd Feroz Khan yang diadaptasikan daripada novel dengan judul yang sama. Mampukah pasangan ini menambat hati peminat atau sebaliknya. Mengulas tentang hero terbarunya itu, Rita Rudaini mengakui pada mulanya dia berasa agak janggal apabila bergandingan dengan Adi Putra. Ini kerana dia tidak begitu mengenali karakter aktor tampan itu. Sebaliknya hanya dipertemukan di lokasi penggambaran iaitu di Sydney, Australia. "Pada mulanya memang agak susah hendak dapat keserasian sebagai pasangan kerana selalunya saya sering digandingkan dengan Rosyam Noor dan Aqasha yang merupakan kawan saya sendiri. Sikap pendiam Adi juga menyukarkan saya untuk mendekatinya.Namun, keserasian itu hadir selepas seminggu kami terlibat dengan penggambaran," ujar Rita ketika pelancaran drama bersiri 'Sehangat Asmara' di Publika, Solaris Dutamas pada Selasa. Dalam masa yang sama, Rita turut memberitahu yang dia sebenarnya sedikit gusar dengan watak Kamilia Najwa biarpun begitu teruja apabila ditawarkan watak itu. Baginya, watak itu agak berat kerana dia harus banyak bermain air mata. "Saya membaca balik novel tersebut sebaik sahaja menerima tawaran berlakon. Tetapi terpaksa berhenti di bahagian pertama kerana merasakan novel itu terlalu berat dan sedih. Kadangkala saya rasa ia jadi bebanan kerana watak itu menuntut saya banyak mengalirkan airmata. Namun, saya gunakan pengalaman yang ada agar tidak terlalu tertekan," ujar Rita. Sementara itu, Adi Putra sempat mengulas bahawa dia tidak begitu bimbang dengan maklumbalas yang bakal diterima daripada penonton selepas 'Sehangat Asmara' ditayangkan bagi menggantikan drama popular Adam Dan Hawa. Tegas Adi, novel Sehangat Asmara itu sendiri sudah menjadi fenomena.
'Sehangat Asmara' yang akan bersiaran sebanyak 33 episod ini bakal menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Rabu pada jam 10 malam bermula 21 Januari ini hanya di saluran 134, Astro Mustika. |
You are subscribed to email updates from Rita Rudaini - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |