Nuffnang

Khamis, 9 Februari 2012

Lisa Surihani - Google Blog Search

Lisa Surihani - Google Blog Search


kozumiro: Kad Kahwin <b>Lisa Surihani</b> Dan Yusri

Posted: 09 Feb 2012 07:02 PM PST

[unable to retrieve full-text content]OK. Next Post kozumiro's profile Previous Post · kozumiro. Kad Kahwin Lisa Surihani Dan Yusri. Tweet · http://kozumiro.com/kad-kahwin-lisa-surihani-dan-yusri/. Feb 10 2012, 11:02 via RSS. Malaysia Twitter · Contacts. Powered by Blogtronix.

kozumiro: Comment on Kad Kahwin <b>Lisa Surihani</b> Dan Yusri by <b>...</b>

Posted: 09 Feb 2012 07:52 PM PST

[unable to retrieve full-text content]kozumiro. Comment on Kad Kahwin Lisa Surihani Dan Yusri by Cerita blogger. Tweet · http://kozumiro.com/kad-kahwin-lisa-surihani-dan-yusri/#comment-4390. Feb 10 2012, 11:52 via RSS. Malaysia Twitter · Contacts. Powered by Blogtronix.

Zahiril Adzim - Google Blog Search

Zahiril Adzim - Google Blog Search


(WW 13) : Bogel menuju Tuhan dari <b>Zahiril Adzim</b> | ~ Yatie Chomeyl <b>...</b>

Posted:

(WW 13) : Bogel menuju Tuhan dari Zahiril Adzim. http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum. "Bogel Menuju Tuhan adalah salah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog, satu masa dahulu. Aku simpulkan, buku ...

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


Video: Awie Tersasul Sebut Nama <b>Erra Fazira</b> Sebagai Ella, Panggil <b>...</b>

Posted: 14 Dec 2011 08:08 AM PST

Ini boleh jadi Video Hari Ini untuk seluruh industri hiburan tanah air. Petang tadi berlangsung'nya sidang akhbar Konsert Awie & Ella di Istana Budaya dan Awie tersasul, menyebut nama Erra Fazira.

Video ini berjaya di'rakamkan oleh Budiey dan ketika ini Awie sedang asyik mengimbau kembali bagaimana Ella mempengaruhi diri beliau dalam berkarya dan meluahkan rasa kagum beliau dengan pencapaian Ella.

Insiden Awie tersasul ini memang membuatkan ruang legar Istana Budaya gamat seketika dan Awie sendiri nampak'nya cool dengan insiden kelakar ini — dan, memanggil Hans Isaac sebagai madu. Tengok.

Nur Fazura - Google Blog Search

Nur Fazura - Google Blog Search


<b>Nur Fazura</b> Artis Eksklusif-Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat

Posted: 08 Feb 2012 04:20 PM PST

NUR FAZURA Sharifudin mengaku sudah bersedia mendirikan rumah tangga pada bila-bila masa saja dan meminta peminat mendoakan kebahagiannya. Enggan menyatakan siapakah jejaka yang menambat hatinya tetapi pelakon cantik berusia 28 tahun ini memberi bayangan lelaki itu adalah pilihan terbaik untuk dirinya sambil menegaskan 'biar waktu yang menentukan segala-galanya'.

Bagaimanapun, pelakon kelahiran Pekan, Pahang ini berkata, dia tidak mahu terlalu ghairah untuk bercerita mengenai perkahwinannya.

Sertai Kuiz 'Dont Go Breaking My Heart' sempena Valentine Day

Kisah mengenai Nur Fazura bercinta dan akan berkahwin dengan orang kenamaan atau bangsawan sudah lama menjadi bualan ramai. Banyak gosip atau andaian tersebar di kalangan media mahupun yang tidak disiarkan oleh mana-mana penerbitan.

Apabila membicarakan soal perkahwinannya, dia tidak akan mengetepikan media untuk membantu mengumumkan hari bahagianya.

"Saya tidak lupakan media yang banyak berjasa membantu membina nama dalam bidang ini. Mereka sering menyiarkan dan memaparkan cerita kejayaan saya, mengapa tiba saat untuk berkahwin, saya mahu melupakan mereka.

"Biarlah saat-saat penuh bermakna itu dikongsi bersama rakan media. Saya anggap media adalah rakan baik," kata Fazura ditanya apakah bakal mengadakan sidang media bagi mengumumkan hari bersejarahnya itu.

Mungkinkah detik itu semakin dekat kerana Nur Fazura sejak kebelakangan ini sering membayangkan dia akan bersara selepas bergelar isteri. Malah dia kini semakin cerewet memilih watak dan antara syarat yang dikenakan adalah tidak membabitkan babak sentuhan keterlaluan.

"Apabila menetapkan syarat sebegitu, bukanlah bermakna saya mengada-ngada. Cuma dalam usia sekarang, saya mahu kurangkan babak bersentuhan yang keterlaluan.

Kalaupun babak itu perlu dalam sesebuah cerita, mungkin ia boleh dihasilkan dengan cara paling kreatif. Terpulang kepada kreativiti pengarah itu," katanya sambil memberitahu antara sebab dia tidak dapat berlakon dalam filem Istanbul Aku Datang arahan Bernard Chauly adalah kerana berpegang teguh pada pendiriannya itu.

Kelibat Nur Fazura juga kini semakin jarang kelihatan dalam mana-mana majlis hiburan. Sebaliknya, dia yang mula dikenali menerusi filem Bicara Hati dan Qaisy Dan Laila ini hanya akan muncul bertemu wartawan apabila ada produk terbaru untuk dipromosikan.

"Memang ada wartawan mahu membuat sesi fotografi tetapi mereka mahu saya bercerita mengenai perkara kontroversi. Disebabkan itu saya menolak pelawaan mereka. Cukuplah sebelum ini banyak cerita kontroversi mengenai saya dipaparkan," katanya bagi menjelaskan kononnya dia mahu menjadi artis eksklusif.

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


Lagu Obsesiku (<b>Aqasha</b>)-OST Drama Gemersik Kalbu | ct N honey

Posted: 04 Jan 2012 04:01 PM PST

Drama Bersiri Gemersik Kalbu telah memulai siarannya pada 2 Januari 2012 yang lalu.  Drama ini  bersiaran sebanyak 26 episod, dalam Slot Akasia di TV3. Penerbitnya ialah Global Station. Pelakon Drama Bersiri Gemersik Kalbu terdiri dari Ayu Raudah,Aqasha,Neelofa,Faradhiya dan diarahkan oleh Feroz Kader. Sinopsisnya baca disini

Bagi mereka yang suka dengan OST Drama bersiri Gemersik Kalbu terutama lagu bertajuk Obsesiku yang di nyanyikan oleh Aqasha, dibawah ini ada lirik dan videonya.

Lirik lagu Obsesiku – Aqasha
Inginku gigit-gigit cuping telinga kecilmu
dan membisikkan aku cinta kamu
Hadiahkan asmara di setiap pagi harimu
Dengan harapan agar kau tahu
Semoga kau tahu ku gila kamu
Sering bergoncang jiwa ini

6ixth Sense - Google Blog Search

6ixth Sense - Google Blog Search


Aku Bukan Super !!!: <b>6ixth Sense</b> ft Saujana - Penerang Hati

Posted: 12 Jan 2012 08:22 AM PST

Salam,

First entry untuk 2012..wahahahha....malas giler nak update blog. Kenapa En AL? Kenapa??? (pertanyaan peminat2 saya  konon)
Prasan glamour lak aku...:)
As per title and video kat atas, just nak share lagu 6xth Sense. Best wooo...aku prasan lagu nie masa tgh tgk MHI TV3. Dia ade tunjuk MTV pasal lagu nie. Macam best plak. terus aku Google lagu ni. Ingatkan  6xth Sense je nyanyi tapi featuring dgn Saujana rupanyer.Lirik dia sangat best( mcm pompuan lak dgr lagu siap hayati llirik, dgr music sudah). Aku sangat suka intro lagu nie. Bila dgr je ade feeling2 good je kat aku...huhuhuuh
Plan nak jadikan lagu ni ringtones kat handphone aku...hehehhe
 Btw, one of my friend also suka dgr lagu nie. Aku ade tgk dia post lagu ni kat FB. If dia baca blog aku ni, aku dedicate lagu nie khas  kat dia la....:)
Saujana +  6ixth Sense 
Nasyid + Pop Rock = NasRock, NasPop....Boleh?
Silala like facebook 6ixth Sense yer kat sini.
En AL: semoga hatiku lebih terang...:D

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


PANAS! Hubungan Mesra <b>Hans Isaac</b> Dan Neelofa | Al-Ziyad News

Posted: 06 Feb 2012 03:36 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Penghujung November tahun lalu, ada satu artikel di dalam portal murai.com.my berkenaan aktor kacak, Hans Isaac, 41, yang dikatakan sedang dalam proses mengenali hati budi si cantik manis, Neelofa. Tapi, Hans kata ...

ramlah ram - Google Blog Search

ramlah ram - Google Blog Search


"Sesaat Kau Datang" <b>Ramlah Ram</b> ft SleeQ | What So Sizle bout <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2012 11:27 AM PST

image is credited to google.com

who says that i'm only listening to K-POP and Bruno Mars's?!! hahaha..you are so wrong! guys, although i'm sooooo crazy over the K-POP but hey, i'm proud to be Malaysian and i'm proud to say that we are also having a great great songs in our industry. hahaha...semangat kebangsaan meluap-luap ni! so, to all the fanatic K-POP fans out there, do please support our local industry first before boasting on other's lor~ XP

so, i guess you've heard this duet, right?! especially to whom listening to Hot.fm as this song has been the 1st rank on the chart more than once! hehehe..i don't count on it but assuredly it was more than one and everytime i switch on the radio, this song will be on air~ whereas i LOVE it!

thus, i just wanna share this acapella vid of  the ENGLISH version of the song. btw, i LOVE the english version more than the malay one larrr. huhu...now, PLAY it and you will get to hear the beautiful voice of akak Ramlah Ram and the boys! ^^

hehehehehhe...the first comment should be, OMG THOSE GUYS ARE SOOOOOOO CUTE plus they got a great voice. haiyooooo...if you guys are reading this, do please leave you phone number in the comment box. OK?! hahahhaa...SleeQ boys are cute!  XD

i guess thats it as if i continue the writing, i'll only ramble on how cute the guys in the vid. so, SUZAI please stop it and end today's update with...

guys, the SleeQ boys are cute and i'm their fan!! hahahahhaa XD

xoxo

Nashrin - Google Blog Search

Nashrin - Google Blog Search


WAMOZUWAHA: Suara <b>Nashrin</b> Memang Best!

Posted: 09 Nov 2011 07:41 PM PST

Mesti semua orang kenal penyanyi yang bernama Nashrin kan. Lagu Percaya Pada Luka tu memang popular sekarang dan selalu dimainkan di radio tu lagu dia lah. Aku mula-mula tak kenal pon sape mamat nih. Tapi bila dengar suara dia memang best. Video klip lagu Percaya Pada Luka pun not bad. Boleh tahan gak.
Aku baru tahu Nashrin ni pernah masuk MyStarzLG. Aku memang tak pernah tengok rancangan ni. Biasalah student bila duk kat hostel memang tak ada masa nak tengok rancangan kat TV. Wana yang dapat juara MyStarzLG tu pun aku tak kenal. Suara dia pun tak pernah dengar. Aku pun jarang dengar radio. Dengar pun bila naek kereta kawan aku time nak pi lunch or dinner. *dalam henfon banyak lagu Korea je*
Jumaat lepas bagi sesiapa yang tengok Anugerah Skrin, Nashrin ada perform lagu Fobia Cinta. Lagu ni memang banyak kali dengar sebelum ni dalam soundtrack drama apa ntah. Baru tahu penyanyinya si Nashrin ni. Lagu ni pun best gak. Aku harap Nashrin boleh bertahan lama dalam industri muzik nih. Meh tengok music video lagu-lagu Nashrin nih.


Sesape nak follow beliau dekat twitter boleh klik sini: @Nashrin_Zafri
*p/s: Music video Fobia Cinta ni best sebab watak utama dalam video ni adalah perempuan bertudung. Jarang berlaku untuk video klip penyanyi lelaki lain. Syabas!!!



Sara Ali - Google Blog Search

Sara Ali - Google Blog Search


Sesuatu Yang Tertinggal – <b>Sara Ali</b> sangat cun dan Filem ini tidak <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2012 06:21 AM PST

Sesuatu Yang Tertinggal – Sara Ali sangat cun dan Filem ini tidak seram..

Filem Sesuatu Yang Tertinggal ada idea yang baik tapi memang cam ada sesuatu yang tertinggal untuk filem ini dikategorikan sebagai filem yang baik. Permulaan yang baik dan promising di awal cerita tapi makin lama makin kelakar hingga hujungnya. Siapa tak seram kalau nak bercerita tentang sekumpulan anak yatim yang diganggu hantu or orang dirasuk akibat terjumpa cermin? Apapun, kegagalan idea untuk diterjemah dengan baik menyebabkan filem ini gagal menandingi filem berkonsepkan rasuk seperti Chermin sebaliknya menjadi sesuatu yang penonton gelak seperti Hantu Bonceng…wahaha…

Papehal, jom layan sinopsis dulu :

Mengisahkan sekumpulan anak yatim yang melalui pengalaman menyeramkan apabila mereka berpindah ke rumah baru (sebuah banglo yang lama ditinggalkan). Mereka terjumpa sebuah cermin klasik yang ekceli disorokkan di bawah lantai rumah. Rupanya cermin tu adalah cermin yang berhantu, lantas awek hot Mona (Sara Ali) telah dirasuk dan berperangai aneh.

Betapa seramnye hantu ini, Mona yang telah dirasuk mengganas dengan membunuh ketua pengawas yang sering mengurat dan mengenakan beliau. Selain itu hantu ini juga sangat serius dan beliau membunuh musuh Mona di sekolah yang sering  memperlekehkan beliau.

Amacam ganas tak ini hantu serta misinya? Untuk merasakan lebih feel, sila tonton Sesuatu Yang Tertinggal…hoho..

Sesuatu Yang Tertinggal – Sara Ali sangat cun dan Filem ini tidak seram..

Pelakon : Sara Ali, Zahiril Adzim, Shera Ayub, Ainur Syakina Azman, Daniel El Arash

Apa yang best filem ni?

Satu yang pasti, Sara Ali cam sangat la cun dalam filem ni. Since banyak fokus kat dia, maka penonton mesti cam kagum dengan bentuk muka dia dan kecantikan beliau (eh, kenape cam Tyra Banks pulak saya ni).

Begitu juga dengan pelakon lain. Zahiril & Shera memang kita tahu diorang cam sweet2 je kalau berlakon. Pastu Namron dengan budak2 tu pun semua memang takde yang menyakitkan hati untuk ditonton . Bersahaja dan berkesan, tak macam pelakon-pelakon sampingan dalam Papa I Love You (wah selamberk)..haha

Sesuatu Yang Tertinggal – Sara Ali sangat cun dan Filem ini tidak seram..

Babak paling syok pada saya ialah ketika Zakiah nak tinggalkan bilik tu, tetibe dia perasan Mona dah terapung. Pastu Shera pun cepat2 nak pegi bilik lain sebab nak lari. Then Mona pun tanya something like,'Kamu nak pergi bilik lain sebab dah mengantuk ke sebab kamu dah tahu (yang aku hantu)? '.. pergh, seram jua beb.

Oh ye, nak puji balik, Zahiril dalam filem ni memang kelakar…terhibur betul tengok dia. Then lagi satu kualiti gambar filem-filem Grand Brilliance ni pun macam biasa la, best dan nampak ada kualiti untuk digelar filem di situ.

Sesuatu Yang Tertinggal – Sara Ali sangat cun dan Filem ini tidak seram..

Apa yang tak best filem ini?

Dengar saja filem hantu orang dah muak, timing keluar filem yang kurang baik, lagi-lagi lepas ni dihidangkan pulak Sumpahan Kum Kum dan Keramat, kan ke cam boring. Walaupun, saya personally tak suka filem hantu, tapi masa review filem Al-Hijab tu cam best plak. Rasanya kalau filem hantu ni better bagi dekat Pierre Andre je la kot.

Filem ini namanya filem hantu dan durasinya 1 jam 30 minit, tapi anda perlu tunggu 45 minit sebelum hantu yang pertama keluar..haha…permulaan cite ni cam best, tapi cam berape lama daa nak tunggu hantu keluar.

Sesuatu Yang Tertinggal – Sara Ali sangat cun dan Filem ini tidak seram..

Penceritaan ke arah nak jadi hantu tu menarik, tapi lepas hantu tu muncul jadi cam kelakar. Ini kerana misi hantu ni tak jelas. Takde hantu yang muncul kerana nak bunuh ketua pengawas dan rakan sekolah, sungguh tak berat mission hantu ni untuk muncul dalam filem ni. At first saya ingat ni hantu yang terperangkap dalam cermin rumah ke? Or Sara tu sendiri berhantu akibat krisis keluarga ke? Or sebab budak2 tu main Spirit of the Coin?…last2 bila hantu keluar sikit pun dia tak tuntut benda2 tu.

Lagi satu, cermin mana satukah yang berhantu itu? Cermin yang collect bawah lantai rumah ke? Cermin yang diorang angkat time nak bunuh hantu ke? Or Cermin almari yang dihantar ke stor last2 tak jadi apa tu?. Melihat cerita ni, nampak cam cermin collect bawah lantai rumah tu yang bersalah, tapi bila nak perangkap balik hantu ni, diorang tak guna pun cermin tu..

Yeah, solusi kepada masalah hantu ni lagi cool, just letak cermin yang ada dari mana tah, takyah baca apa2 pun, lantas hantu ni automatic terserap masuk. Dah tu selama ni kat rumah tu berape kali plak Mona menghadap cermin2 yang ada, tak terserap pun. Secara kelakarnya, maybe cermin itu milik Datin Maimun, the ghostbusters, beli kat Mekah….wahaha….

Sesuatu Yang Tertinggal – Sara Ali sangat cun dan Filem ini tidak seram..

Ada satu scene tu Pak Said cuba menghalang hantu ni, tapi jadi kelakar sebab dia angkat budak tu dan campak keluar rumah then tutup pintu. Apa kau tengah halau kucing ke ape? Time ni memang satu panggung tergelak mengenangkan kekreatifan Pak Said dalam membina karier sebagai penghalau hantu. Perkara tak logik juga terjadi kepada dua orang mangsa hantu ni di mana seorang meletup sampai tinggal cebisan sebab kene kejutan elektrik (LOL!)…dan sorang lagi cedera melampau2 yang tak logik dengan pelanggaran kereta sebegitu. Oh ye, bapak Mona ni mati pun tak logik sebab eksiden camtu tapi cedera teruk baban…dah la tak langgar sape2?…haih, malas betul diorang ni eh…

Apapun, saya keluar dari panggung dengan satu perasaan yang kecewa kerana filem ini sepatutnya sudah mempunyai idea yang best tapi sayang perkembangan jalan cerita tu bercelaru. Filem ni buat saya ketawa meskipun bukan filem komedi, dan ia juga tidak menyeramkan hingga ke satu tahap yang layak digelar filem seram terbaik.

Bagaimanapun, benda yang best dari filem ni ialah kelakarnya Zahiril-Shera dan juga super-cun Sara Ali. Dah la muda lagi, ingat lepas ni kalau Sara Ali berlakon filem pape lagi, nak pergi tengok la, meskipun dia tidak se-daring Rozita Che Wan or Neelofa….wahaha..

Ha, korang dah tengok lum filem ni? Meh share2 comment…hehe…..lepas comment tu, jemput la singgah n join contest kami di sini untuk dapat 2 tiket wayang percuma ke ape2 cite pun…cambest je kan…wahaha…

p/s : Kakiwayang.com cam xde account Churp-churp lagi…tak reti guna kot….ingatkan lolipop…haha

Sesuatu Yang Tertinggal – Sara Ali sangat cun dan Filem ini tidak seram..

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


<b>NORA DANISH</b> SIMPATI NASIB APEK | AIDANATASYA.COM

Posted: 07 Feb 2012 10:00 PM PST

Number of View :1396

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2012/0208/Kosmo/Negara/ne_01.1.jpg

NORA DANISH SIMPATI NASIB APEK

KUALA LUMPUR – Pelakon Nora Danish Mohd. Hanif, 29, melahirkan rasa simpati dengan nasib pemain bola sepak kacak, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23, kerana sering dikaitkan mempunyai hubungan dengan ramai wanita termasuk dirinya.

 

Nora ketika dihubungi Kosmo! semalam juga menafikan dakwaan dia dan Apek saling berbalas pesanan di Twitter atau Facebook dan pernah keluar bertemu janji.

"Saya simpati dengan nasib dia (Apek) kerana sering sahaja dikaitkan mempunyai hubungan dengan ramai wanita termasuklah saya.

"Satu demi satu cerita mengenai dia dengan beberapa wanita keluar tetapi semua berita tersebut tidak benar dan nampak sangat ada orang yang cuba menjatuhkan dia," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kosmo! pada Ahad, 5 Februari lepas pernah melaporkan di ruangan gosip Diva mengenai Nora dan Apek pernah bertemu dan berkenalan.

Berita ini juga boleh merosakkan reputasi dia sebagai pemain bola sepak yang bagus.

"Berita mengenai saya saling berbalas Twitter dan mesej di Facebook Apek juga tidak benar. Saya cuma bangga dan menghormati dia sebagai pemain bola sepak yang bagus," ujarnya.

SUMBER : KOSMO ONLINE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dafi af - Google Blog Search

Dafi af - Google Blog Search


<b>Dafi AF</b> Jadi Artis Eksklusif Trans TV Indonesia | Berita Harian Dot My

Posted: 05 Feb 2012 06:36 AM PST

dafi

KUALA LUMPUR – Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia (AF), Dafi melebarkan sayapnya dalam bidang seni apabila dipilih sebagai artis eksklusif stesen televisyen, Trans TV di Indonesia selepas dia mengikat kontrak dengan stesen TV itu pada 13 Januari lalu.

Difahamkan anak Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob ini mengikat kontrak bersama Trans TV selama setahun sebagai wajah eksklusif atau talent untuk bahan siaran di saluran TV tersebut.

"Sejak dilantik sebagai artis eksklusif itu, saya kerap berulang alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta bagi memenuhi jadual kerja yang telah disusun. Saya bukan sahaja akan meluaskan bakat saya dalam bidang nyanyian tetapi juga berlakon di sana," ujarnya.

Peluang yang diraih oleh Dafi itu sesuatu yang cukup membanggakan kerana tidak ramai artis Malaysia yang diterima baik dalam dunia hiburan Indonesia dan dia antara yang bernasib baik selepas Ashraf Sinclair yang kini terkenal sebagai pelakon di sana.

Credit –mynewshub.my

Anda Mungkin Meminati Ini :

You can leave a response, or trackback from your own site.

Erul af - Google Blog Search

Erul af - Google Blog Search


Jangan Mudah Percaya Laman Blog – Budiey | Donnyien.com

Posted: 22 Jan 2012 12:18 AM PST

Parti ulangtahun budiey.com mendapat sambutan hangat daripada para pembaca – Foto RICKY LAI

KUALA LUMPUR: Penulis blog Sensasi Selebriti, Budiey, menyarankan agar para peminat tidak mudah percaya 100 peratus dengan bahan berita yang dipaparkan bagi sesebuah entri di laman blog kerana ia mungkin boleh mengundang fitnah di kalangan orang yang tidak bersalah.

Budiey berkata, ramai pembaca sekarang yang mudah percaya tentang entri penulisan sesebuah blog tanpa usul periksa, lebih-lebih lagi berkenaan dengan gosip dunia hiburan.

"Di zaman alam maya ini, laman blog juga menjadi perhatian selain medium media cetak dan elektronik. Malah setiap kejadian yang berlaku dalam industri hiburan tempatan seperti berita kematian, penceraian mahupun kelahiran, hal itu begitu pantas tersebar.

"Bagaimanapun, perlu diingat, tak semua laman blog meletakkan entri berita yang sahih kerana terdapat juga golongan yang menulis untuk menghentam.

"Jadi, saya ingin menasihatkan kepada pembaca agar bijak menilai setiap entri yang dibaca," katanya yang ditemui pada majlis ulang tahun ke-5 blog budiey.com di kelab Zouk, di sini, Sabtu.

Adira, Elfira Loy dan Shila Amzah turut memeriahkan acara ulang tahun Budiey.

Tambah Budiey lagi, dia juga berharap agar penulis blog yang tidak bertanggungjawab itu tidak menghentam para selebriti tanpa usul periksa atau mendapatkan bukti yang sahih.

Sementara itu, mengenai majlis ulang tahun Budiey, seramai 150 pembaca terpilih diraikan dengan pelbagai acara yang menarik.

Malah beberapa selebriti yang antaranya seperti Adira AF, Awi Rafael, Erul AF, Amanda Imani, Azri AF, Shila Amzah, Farawahida, Keroz dan Awandband turut memeriahkan majlis dengan menyampaikan sebuah lagu pada majlis tersebut.

Beritahu Budiey, dia gembira kerana laman blognya sudah mencapai hampir 10,000 jumlah pembaca dan mendapati, walaupun tidak memaparkan entri berbaur gosip, laman Sensasi Selebriti masih lagi menjadi tarikan.

"Dalam blog ini, biasanya saya akan memasukkan entri seperti majlis-majlis pelancaran filem, muzik atau apa-apa yang berkaitan dengan selebriti tempatan negara.

"Malah, penulisan mengenai program-program televisyen yang sedang atau bakal disiarkan juga dipaparkan. Alhamdulillah, blog kendalian saya ini mendapat sokongan yang bagus," ujarnya.

Selain itu, acara yang dikendalikan oleh penyampai radio DJ Lin dan Azrul Zaidi itu turut membuatkan para pembaca blog tersebut tertunggu-tunggu untuk mendapatkan cabutan bertuah.

-Mstar

PS.Setuju.kena kaji selidik sesebuah artikel terlebih dahulu.Banyakkan research.

Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


Pemilik Blog Artismalaysiaterkini.com Bukan Bakal Suami <b>Farawahida</b>

Posted: 04 Feb 2012 09:34 PM PST

Sebelum isu timbul, Mr.R ingin buat penjelasan, bahawa pemilik blog artismalaysiaterkini.com bukanlah bakal suami penyanyi Farawahida Razali. Ok, Farahwahida bakal menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka yang hanya ingin dikenali sebagai Mr.R. Hubungan serius selama 4 tahun bakal berakhir di jinjang pelamin, penghujung tahun ini. Dengar cerita, mereka mula berkenalan sejak di bangku sekolah lagi. Apa-apa pun, semoga rancangan Farawahida untuk berkahwin, berjalan dengan lancar.

Gambar: Kredit to murai.com.my

Yuna - Google Blog Search

Yuna - Google Blog Search


FADER LABEL: <b>Yuna</b> Live in Brooklyn « The FADER

Posted: 09 Feb 2012 09:38 AM PST

Yuna played to an intimate but rapt audience last night in Brooklyn at Coverse Rubber Tracks. Pharrell made a brief guest appearance, jumping on stage to introduce her to the audience, but it was Yuna's voice that really took center stage as she ran through a pretty, flawless set. Her self-titled full-length album will be out at the end of March, but while you wait, you can download a couple singles now on iTunes, or stream the Pharrell-produced "Live Your Life" single, below.

Stream: Yuna (Produced by Pharrell), "Live Your Life"

Spotted at New York Fashion Week: <b>Yuna</b> « The FADER

Posted: 09 Feb 2012 03:45 PM PST

Hanging out at Lincoln Center for a few New York Fashion Week shows, we snapped a pic of singer Yuna looking amazing in a leopard-print blouse with socks to match and a killer black leather jacket. She played a show last night but looked fresh as a daisy! Sweet Alexander Wang bag, too.

Along Eyzendy - Google Blog Search

Along Eyzendy - Google Blog Search


Sinopsis Filem Karak � Laluan Puaka | Trailer

Posted:

Barisan pelakon yang membintangi filem seram ini ialah Shahir AF8, Sheera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussin. Filem ini akan ditayangkan pada 26 Mei 2011. Link: OST Karak | Bandi Amuk � Kerek ...

Karak (2011) DVDRip

Posted:

... mereka pilih akan merubah hidup mereka dengan pelbagai kisah yang menyeramkan. Language : Malay Subtitle : None Pelakon : Shahir , Sheera Ayob, Kilafairy, Along Eyzendy, Sidek Hussin Kutipan Kasar : RM4.21 Juta ...

Erry Putra - Google Blog Search

Erry Putra - Google Blog Search


zafirah mizlan: Jangan kau pergi - <b>Erry Putra</b> , Reen & Shajiry

Posted: 17 Jun 2011 08:10 AM PDT

hai semua..sambil pandang followers yg maseh xde..huhu sentap hati mak nak!
ahh pedulikan..mak cuma nak share lagu pebret mak kalau pi karoke jamban yg satu lagu kena bayar singget tu. nampok beno menipunya. ni runut bunyi dari drama NORA ELENA. yg baru abeh semalam. isk isk isk T__T
Lagu Tema OST Nora Elena TV3 | Lirik Jangan Kau pergi – Erry Putra dan Reen Rahim
 
Tak pernah kurasa begini
kumenyintaimu sepenuh hatiku
ternyata hanyalah dirimu
yang mengerti aku sepenuh hatimu
ku inginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama
jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
ooooo
ternyata hanyalah dirimu yang amat ku rindu
kurindu selalu
kuinginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama
jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
ooooo
janganlah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh
ooooo
jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
janganlah kau pergi