Nuffnang

Khamis, 8 November 2012

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


kes nusyuz - <b>rita rudaini</b> berjaya halang aidil - MyArtis

Posted: 07 Nov 2012 11:04 AM PST


Permohonan Aidil Zafuan Abd. Radzak yang mahu menuntut isterinya pelakon Rita Rudaini Mokhtar agar kembali taat (nusyuz) ditolak oleh mahkamah rendah syariah Petaling Jaya, Selangor semalam. Aidil selanjutkan juga telah diperintahkan untuk membayar segala kos mahkamah selepas permohonan Rita untuk membatalkan permohonan tersebut diterima.

Hakim Syarie, Saharuddin Selamat membuat keputusan tersebut selepas meneliti kesilapan pada isu alamat pemastautin Aidil, 25, yang dikemukakan dalam permohonan tersebut yang difailkan pada 15 Mei lalu.


"Selepas meneliti permohonan plaintif (Aidil) yang difailkan pada 15 Mei lalu, didapati pihaknya meletakkan alamat yang tidak lengkap terhadap permohonan kembali taat yang dikemukakan terhadap pihak defendan (Rita).

"Jadi, pihak mahkamah memutuskan bantahan awal yang difailkan defendan pada 3 Julai lalu diluluskan," katanya.

Saharuddin, turut memaklumkan, peguam Aidil iaitu Ahmad Nazib Johari telah menarik diri daripada mewakili plaintif yang dibuat pada 30 Oktober lalu.

"Alhamdulillah, saya bersyukur apabila mahkamah tidak menangguhkan keputusan kes bantahan awal ini meskipun tanpa kehadiran dia (Aidil).

"Saya hanya ingin mempertahankan diri dan hak saya bersama anak-anak. Apabila sudah sampai di tahap ini (membawa kes ke mahkamah), maksudnya saya sudah mula berjuang dan tidak akan menoleh ke belakang.

"Selepas ini, peguam saya akan selesaikan status perhubungan kami pula. Tunggu sahaja nanti," ujarnya kepada media.

Untuk info, Aidil semalam tidak hadir ke mahkamah walaupun telah diberi peringatan semasa sebutan kes pada 3 Oktober lepas.

Zahiril Adzim - Google Blog Search

Zahiril Adzim - Google Blog Search


<b>Zahiril Adzim</b> dan Shera Aiyob dalam telemovie HARUSKAH ADA <b>...</b>

Posted:

Haruskah Ada Rindu telemovie RTM arahan Kas Roshan 2012..telemovie ini dibuat sebelum perkahwinan pasangan hangat bercinta ini ke jinjang pelamin��.Kisah percintaan 2 darjat �lokasi penggambaran di kampung orang asli ...

Mia Sara - Google Blog Search

Mia Sara - Google Blog Search


CIK ROSE CUTE: Biodata <b>Mia Sara</b> Nasuha

Posted: 09 Oct 2012 11:50 PM PDT


 Sedikit info mengenai Mia Sara Nasuha. (info dari forblogger.net)
Tarikh Lahir: 30 September 2005
Karier: Pelakon dan Model Kanak-kanak
Tempat Tinggal: Kota Damansara
Penampilan Pertama di Televisyen: 2008
  • Bank Islam
  • Celcom
  • Sustagen
  • Nokia
  • Astro Beyond
  • TM
  • Softland
  • Adamaya sebagai Amani (Lakonan bersama Sein & Lisa Surihani)
  • Epilog Syurga Cinta sebagai Mia (Lakonan bersama Zizan Nin & Fida Ibrahim)
  • Tiramisu sebagai Ayesha (Lakonan bersama Pierre Andre & Sharifah Amani)
  • Zoo The Series sebagai Shasha (Lakonan bersama Lisa Surihani, Bob Lokman & Cat Farish)
  • Telemovie Bidan Kampung
  • Cuak Astro Ceria
  • Nur Kasih The Movie
  • Sekali Lagi
  • Papa I Love You
My Note:Kecik2 dah pandai berlakon dan bergaya...beza setahun gan anak yg sulong...anak aku yg sulong tahun 2006 lahir...11 august 2006

Lisa Surihani - Google Blog Search

Lisa Surihani - Google Blog Search


Gambar: <b>Lisa Surihani</b> Kini Duta Freshlook | ROTIKAYA

Posted: 29 Oct 2012 06:09 PM PDT

Gambar Lisa Surihani Kini Duta FreshlookYa, kisah Lisa Surihani lagi untuk kesekian kali'nya minggu ini. Tetapi tidak mengapa, Lisa Surihani masih Malaysian darling di'mata kami. Tiada pengganti. Eh.

Bakal muncul dengan filem terbaru Istanbul, Aku Datang pada 8 November nanti, rezeki pelakon ini semakin murah selepas sah di'lantik sebagai duta jenama kanta lekap, FreshLook.

Lisa Surihani mengakui yang beliau menggunakan kanta lekap sejak beliau berusia 9 tahun lagi tetapi tidak pernah mencuba kanta lekap berwarna sehinggalah menemui jenama ini.

"Saya selesa dengan kanta lekap FreshLook kerana warnanya memang semulajadi & Yusry sendiri suka apabila saya pakai kanta lekap biru," ujar Lisa Surihani, semalam.

Bercakap tentang persiapan teater Tun Siti Hasmah kini, Lisa Surihani berkata bukan mudah untuk membawakan watak yang di'beri tetapi ia'nya merupakan satu tekanan yang positif.

"Saya sentiasa berpegang kepada prinsip apabila melakukan sesuatu kita mesti menanam rasa gembira dan seronok kerana ia dapat membantu untuk memberikan hasil yang terbaik"

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


Linda Jasmine - <b>Que Haidar</b> Teruja Menanti Bulan Mei | Berita <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2012 09:49 PM PST

Sudah lama tidak mendengar kisah Que Haidar. Walaupun telah lama mendiamkan diri dari dunia hiburan tetpai peminatnya tetap mengingati dan mahu mengetahui perkembangannya. Kebetulan, tempohari kami terserempak dengan Linda Jasmine dan Que Haidar di Suria, Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Mereka kelihatan begitu mesra sedang gelak ketawa lagi bersama teman-teman mereka.

Tidak kelihatan pula dua anak yang lain, hanya mereka berdua. Wah! Perut Linda semkain berisi tetapi Linda tetap kelihatan manis dan cantik seperti biasa di samping suaminya yang kecil molek sahaja tubuhnya, pelakon terkenal dan berbakat Que Haidar. Qua pula kelihatan bertambah kacak dan gembira sekali dengan hilai tawanya bersama teman-temannya. Ternyata keputusan Que Haidar tidak mahu aktif dalam lakonan ternyata membawa kebahagian kepadanya. Debaran menunggu anak ketiga dari perkahwinan mereka (yang pertama Qalif anak lelaki hasil perkahwinan Linda yang dahulu), kedua anak perempuan mereka berdua Tengku Ratu Haidar, 2 tahun. Linda kini sedang sarat hamil enam bulan.

Linda,39 tahun berkata mereka tidak merancang lagi unutk menambah ahli keluarga selepas ini. Kata mereka mahu tumpukan dalam membersarkan anak-anak mereka pula.

"Rasanya ini adalah yang terakhir untuk saya mengandung. Tetapi jika Allah S.W.T. ingin memberikan rezeki saya tidak menolak. Saya dan Que sebelum ini memang berhasrat untuk menimang seorang lagi anak perempuan dan tidak sabar rasanya untuk menanti kehadiran cahaya mata baru kami itu."

Tidak sabar menerima kehadiran orang baru yang dijangkan lahir pada Mei 2012 ini dan dijangka seorang bayi perempuan. Que gembira apabila dikhabarkan akan menerima cahaya mata perempuan dan berharap bayi yang akan dilahirkan kelak sihat kerana mereka memang merancang mahukan seorang lagi anak perempuan.

Linda memberitahu untuk kandungannya kali ini, dia mengalami alahan yang teruk selain sering kepenatan apabila melakukan sesuatu. Linda bagaimanapun berkata, tidak mahu terlalu memanjakan diri dan tetap bergerak aktif dalam melakukan aktiviti hariannya.

"Walaupun cepat penat dan mengalami alahan saya tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk terus bergerak aktif dalam melakukan aktiviti harian."

Tahniah kami di Oh Artis ucapkan. Semuga semuanya selamat serta rumahtangga dan keluarga Linda dan Que sentiasa dirahmati Allah dan dilimpahi rezeki serta kebahagian yang berpanjangan.

OH ARTIS : RINDU LAKONAN QUE HAIDAR LAH! HUHU

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


<b>Nora Danish</b> Nampak Ranggi Hiasi Muka Depan Majalah Lisa |

Posted: 05 Nov 2012 12:04 AM PST

Abang Nara daripada dulu lagi tertanya-tanya apakah rahsia awet muda si cantik manis Nora Danish ini. Dari dulu sampai sekarang, muka maintain sama je. Tak dimamah dek usia. Masih comel seperti budak sekolah. Agak-agaknya apakah amalan rahsia yang diamalkan oleh Nora Danish ye?

lisa nora danish

Nora Danish tampak ranggi dan remaja dengan gaya ceria untuk muka depan majalah Lisa. Abang Nara suka sangat-sangat. Almaklumlah sebelum ini Nora selalu bergaya dengan gaya wanita matang. Sekali sekala tampil dengan gaya muda apa salahnya kan?

lisa nora danish

Jangan lupa dapatkan majalah Lisa keluaran terbaru di kedai buku berhampiran anda. Pastinya banyak cerita menarik yang telah Nora Danish kongsikan di dalamnya. Sila bersegera sebelum kehabisan stok.

tudung

P.S: Gyeah ~~~ Comel sangat tudung untuk si kecil ini. Pasti anak perempuan anda pun akan bertambah cute dengan gaya tudung sebegini. Dapatkannya sekarang jugak di Gudang.MY.

Baca Yang Ini Pulak:-


Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


designboom | ECAL low-tech factory - oncle sam single kernel <b>...</b>

Posted: 05 Nov 2012 01:30 AM PST

first image
'oncle sam' by laurent beirnaert, pierre bouvier, paul tubiana
photo © nicolas genta
image courtesy of ECAL

university of art and design lausanne/ECAL students laurent beirnaert, pierre bouvier and paul tubiana presented their
popcorn making machine 'oncle sam' as part of the 'low-tech factory' exhibition at designers' saturday in langenthal, switzerland.
the project was an outcome of re-interpreting and experimenting with manufacturing processes, whereby the master and bachelor students tackled
the production of the universally accepted cinema food - popcorn.

the transformation focuses on a single raw kernel at a time, where an elaborate contraption orchestrates the ingredients in a charmingly grandiose fashion.
a tea-light candle heats a solitary grain in oil, which after some time, explodes into the fluffy result - and of course seasoned with salt for taste.
the concept was exhibited over two days during the event in the ruckstuhl building - one of the multiple factories around langenthal temporarily
converted into expansive exhibition spaces showcasing various designs and products.

the work celebrates and values the means by which a product is created - slowing down a type of manufacture that is usually en masse
to a visual spectacle that can be appreciated, acknowledged and savored.


a video of the machine in use

the work celebrates and values the means by which a product is created
photo © nicolas genta
image courtesy of ECAL


an elaborate contraption orchestrates the ingredients in a grandiose fashion to reach the final fluffy result
photo © nicolas genta
image courtesy of ECAL

DESIGNERS' SATURDAY 2012
design is a statement
november 3rd - 4th, 2012

the first designers' saturday took place in langenthal in 1987. since then there have been 13 of these biennial occasions,
to provide support for the swiss design scene whilst giving it a publicity platform and stimulating its further development.

designers' saturday happens at a place where design is actually created. designers' saturday is not just a product show held on
characterless trade fair premises. instead it is a stage where authentic design skills are put on view at the atmospheric production sites
of the companies involved.

the event is an international meeting point for the design world. the presentations of numerous internationally known firms will be
accompanied by the cartes blanches of both national and international colleges of art and design.

Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


Enjoying My Single Life – <b>Juliana Evans</b> |

Posted: 07 Nov 2012 12:06 AM PST

Penyebaran gambar Juliana Evans dengan seorang Mat Salleh yang bernama Nate Miller telah menimbulkan persoalan tentang status cinta Juliana Evans. Pasti ramai jejaka Malaysia sekiranya hati Juliana dicuri oleh si Nate ini.

juliana evans

Namun anda tak perlu risau kerana Juliana Evans telah membuat pengakuan yang dirinya masih single menerusi Twitter. Jadi peluang masih ada untuk anda semua. Yang penting, Zizan boleh menarik nafas lega. (eh tetiba).

juliana evans

Dan Juliana Evans masih sempat membuat lawak sarcasm kepada mereka yang menganggap dirinya telah rosak akhlak kerana menaiki bot dan keluar ke pantai. Agak panjang gelak Juliana Evans di situ. Mungkin kelakar dengan feedback yang diterima daripada peminatnya.

Baca Yang Ini Pulak:-


Eira Syazira - Google Blog Search

Eira Syazira - Google Blog Search


<b>Eira Syazira</b> Hamil, Azad Semakin Romantik | OHBULAN!

Posted: 02 Sep 2012 05:43 PM PDT

Menerusi laporan Sinar Harian bertarikh 2 September semalam, pelakon cantik dan juga sinonim dengan jolokan ratu air mata, Eira Syazira, 28, kini dikatakan telah hamil 2 bulan.

Ketika berkongsi berita gembira tersebut, Eira memaklumkan bahawa dirinya hanya mengalami alahan sewaktu di awal kehamilan. Namun begitu, alahan tersebut beransur hilang sejak memasuki Ramadhan lalu, dan kini dia sudah tidak mengalami sebarang alahan mahupun mengidam.

Akan tetapi, berbeza pula dengan suaminya, Azad. Di mana Azad dikatakan telah mengalami alahan yang teruk, sehingga sering muntah di waktu pagi.

"Malah, pernah sekali, Azad mengidam memakan laksa dan sanggup mencari sehingga jumpa sedangkan sebelum ini dia tidak suka laksa. Manakala nasi kandar yang selama ini jadi makanan kesukaannya tidak lagi digemarinya," jelas Eira kepada pihak Sinar Harian.

Selain itu, Eira turut memaklumkan bahawa Azad berubah sikap menjadi seorang yang lebih lucu dan romantik.

"Bayangkan, boleh dikatakan setiap hari dia akan menyorok dan saya perlu mencari dia. Pernah kami sedang membeli-belah mencari pakaian bayi, tiba-tiba dia hilang. Mula-mula dulu saya cari juga, bila dah lama-lama saya buat tak tahu sahaja."

Merujuk kepada perkembangan terbaru, pada 6 September ini Eira akan memulakan penggambaran untuk sebuah telefilem siaran TV Alhijrah.

Sebagai rujukan, Eira Syazira dan Azad Jazmin telah melangsungkan perkahwinan pada 16 September 2011.

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


Kisah Kejayaan <b>Kumpulan</b> Rap Malaysia : <b>KRU</b> | Nazambiz.com

Posted: 05 Nov 2012 06:40 AM PST

Ke tepi, ke tepi gergasi sudah kembali
Menerap revolusi tergempar industri
Dari 92 hingga 7 tiba
Perjuanganku aku akan tetap terus bersama

Kini irama bertahta membina empayar
Program utama untuk menakluk dunia
Tak gentar dengan misi walaupun kontroversi
aku rela mati dari hidup penuh hipokrasi

Setengah dekad daku mengembara
Setengah nyawa telah diduga
Namun tetap teguh bersama
Iramaku tak akan mati
Selagi membara semangat ini
Ku laung ku kibarkan panji
Semua punya misi sendiri

Antara permata dan kaca
Terpulang pada penilainya
Namun satu seni itu
Subjektif pada individu

Salam sejahtera dan salam kejayaan kepada anda semua…Macam mana ayat di atas ok tak? mesti anda tahu kan? pada yang tak tahu tu jangan risau nazambiz akan bagitahu. Ayat di atas tu ada lah dirik dari salah satu daripada lagu kumpulan rap Malaysia yang nazambiz minat dan tabik spring, kumpulan tu tidak lain dan tidak bukan adalah kumpulan KRU. Kumpulan yang mana ia ditubukkan pada era 90′an yang dianggotai 3 orang adik beradik iaitu Norman, Yusri dan Edry. Apa yang nazambiz tabik spring juga mereka ini lah yang membawa irama rap pertama di Malaysia. Apa yang nazambiz nak kongsikan disini bukan la berkenaan muzik, kontravesi, gosip atau apa lagi yang negatif berkenaan kumpulan ini, yang nazambiz ingin kongsikan adalah berkenaan kejayaan mereka mengukuhkan jenaman KRU bukan setakat di Malaysia malahan di Asia serta di Antarabangsa.

Daripada artis mereka bertiga kini bergelar usahawan. Jika anda ikuti perjalanan kejayaan mereka anda pasti akan sokong jika nazambiz katakan mereka bertiga telah setkan perjalanan kejayaan mereka ini daripada mula lagi. Ini dapat kita semua lihat yang mana semasa menjadi artis mereka telah menubuhkan KRU Productions yang beroperasi di rumah. Dimana ibu mereka yang tercinta iaitu puan Zarina AW Fenner menjadi pekerja pertama didalam syarikat mereka. Daripada situ la lahir artis pertama dibawah KRU Productions iaitu Feminin. Disini kita dapat lihat bagaimana kesungguhan mereka untuk membina jenama mereka dan sekarang kita telah dapat lihat semua itu, yang mana KRU Productions sekarang telah mempunyai 12 anak syarikat termasuk KRU Films, KRU Communications, KRU Music Group, KRU Publishing, KRU Media dan KRU Matrix dan mempunyai 60 orang kaki tangan.

Ini ditambahkan lagi dengan tertubuhnya KRU Studios Sdn. Bhd, dengan ini akan dapat lagi memperkukuhkan penjanaman mereka di Malaysia dan juga di arena antarabangsa. Kejayaan 3 anak muda ini membuktikan bahawa kita mampu berjaya walaupun berniaga dikalangan adik beradik. Mereka jelas tentang matlamat,kemampuan dan kelebihan yang ada dalam diri masing-masing.Kekadang bila nazambiz dengar lagu mereka nazambiz akui apa yang terdapat didalam lagu mereka itu telah mereka lakukan. Sekarang apa yang dapat katakan sekarang tidak salah kita mengambil semangat positif mereka untuk kita dalam mencapai kejayaan yang kita idamkan selama ini. Bak kat orang tua-tua "jika tidak di pecahkan ruyun mana nak dapat sagunya".

Yuna - Google Blog Search

Yuna - Google Blog Search


Saint Seiya Omega Aquila <b>Yuna</b> (PVC Figure)

Posted: 07 Nov 2012 08:08 PM PST

This item is limited to 3 per household.
Copyright Masami Kurumada / Shueisha / Toei Animation / TV Asahi / Dentsu
Height: approx 210mm.

- Figures of Ω series Saint Seiya finally started!
- Yuna - Saint Seiya Bronze (Aku~ira) Aquila is the appearance in conjunction with the light fang.
- Together with the grown-up look, three-dimensional dynamic poses Footwork manipulate wind attribute.
- I have such representation and hair fluttering fluttering skirt part, just like the atmosphere in the play.
- Replacement parts unique to Saint Seiya women [face mask] is included and [face shouting.
- You can be your choice to Yuna.

( This is a machine translation. Please allow for possible misinterpretations in the text. )


[About online shopping pre-order sales]


Releases of pre-order items can be delayed or moved up. Wholesalers occasionally put restrictions on the number of pre-orders for extremely popular items, in which case we would be unable to deliver the items to every customer. Sales prices and specifications can differ from those initially planned.
For more information,please read "About Pre-order Sale"

2 Items (show 1 - 2 )

1 : GundamStyle : 2012/11/08 13:28:46 Report this
she's going to be a leaner.
2 : Dontlikeit : 2012/11/08 18:14:39 Report this
She does not looks kind of real saint seiya, she looks so "pretty cure". I dont understand megahouse, they never completed the original collection, just released athena, seiya andshiryu, and then this???

2 Items (show 1 - 2 )

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


<b>Alyah</b>, Sleeq Kuasai Pencalonan Anugerah Planet Muzik 2012 <b>...</b>

Posted: 08 Nov 2012 04:10 AM PST

Satu lagi majlis anugerah untuk anda ikuti hujung hujung tahun sebegini. Anugerah Planet Muzik 2012 yang di'anjurkan untuk mengiktiraf industri muzik serantau.

Petang semalam, berlangsungnya sidang media rasmi untuk mengumumkan senarai pencalonan akhir untuk Anugerah Planet Muzik 2012 yang akan berlangsung Disember nanti.

Alyah menjadi artis Malaysia yang berjaya mengungguli senarai pencalonan kategori dalam majlis anugerah yang sudah masuk tahun ke-11 itu dengan lima pencalonan.

Pelontar suara untuk lagu Kisah Hati ini tercalon dalam Artis Wanita Terbaik, Lagu Terbaik (Kisah Hati), Artis Serantau Paling Popular, Lagu Serantau Paling Popular & Ikon Media Baru.

Sleeq juga berjaya menerima lima pencalonan untuk Anugerah Planet Muzik 2012 ini termasuklah untuk Ikon Media Baru, Artis Singapura Paling Popular & Kolaborasi Terbaik.

Buat pertama kali juga, Anugerah Planet Muzik memansuhkan kategori Album Terbaik kerana tidak cukup penyertaan selain trend artis kini yang sering tampil dengan single.

Anugerah Planet Muzik 2012 bakal berlangsung pada 15 Disember 2012 di MAX Pavilion, Singapura dan bakal di'siarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) yang juga penyiar rasmi majlis ini.

Berikut adalah senarai penuh pencalonan artis dalam setiap kategori & undian peminat kini sudah pun bermula pada 5 November 2012 lalu dan bakal berakhir pada 6 Disember 2012.

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (ARTIS BARU LELAKI)
1. Anji, (Hatiku) Berhenti Di Kamu
2. Awi Rafael, Bila Aku Jatuh Cinta
3. Budi, DoReMi
4. Hazama, Cinta Teragung
5. Sandy Canester, Lelaki Dungu

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (ARTIS BARU WANITA)
1. Dhisa, Cintaku Kamu
2. Lala Karmela, Kamu, Aku, Cinta
3. Najwa Latif, Cinta Muka Buku
4. Raisa, Serba Salah
5. Zahidah, Malam Ini

DUO/KUMPULAN BARU TERBAIK
1. Armada, Mau Dibawa Ke Mana
2. Audionauts, Maha Bisa Rahsia
3. Hazama & Amy Search, Semitri
4. PULSE!, Tetap Berazam
5. Salam Musik & Altimet, Alamak!

KOLABORASI TERBAIK
1. Aliff Aziz & Hao Ren, Dilema Cinta
Komposer: Choo Hao Ren
Penulis Lirik: Sha Kalam
2. Dayang Nurfaizah & Tompi, Perlukan Cinta
Komposer: Audi Mok
Penulis Lirik: Ad Samad
3. Hyrul Anuar & Mimi Fly One Nation Emcees, Sudah Mengapa
Komposer: Andi A. Merican & Khairafik Khairudin
Penulis Lirik: Hyrul Anuar
4. Ramlah Ram & SleeQ, Sesaat Kau Datang
Komposer: ID Mifzal
Penulis Lirik: Zie Shafruddin
5. Rossa & Taufik Batisah, Aku Bersahaja
Komposer: Taufik Batisah
Penulis Lirik: Taufik Batisah

ARTIS LELAKI TERBAIK
1. Afgan, Panah Asmara
2. Anuar Zain, Ajari Aku
3. Hafiz, Ku Akui
4. Once Mekel, Hilang Naluri
5. Sammy Simorangkir, Sedang Apa Dan Dimana

ARTIS WANITA TERBAIK
1. Agnes Monica, Rindu
2. Alyah, Kisah Hati
3. Astrid, Tentang Rasa
4. Shila Amzah, Patah Seribu
5. Yuna, Terukir Di Bintang

DUO/KUMPULAN TERBAIK
1. Geisha, Cinta dan Benci
2. Kesna, Pilihlah Diriku
3. Kotak, Tendangan Dari Langit
4. RAN, Mencuri Hati
5. Rausyanfikir, Rentak Hati

LAGU TERBAIK SINGAPURA
1. Coba, Snowball
Komposer: Sid Isman
Penulis Lirik: Sid Isman
2. Fatamorgana, Audionauts
Komposer: Malon, Ryzal, Sham & Zackey
Penulis Lirik: Malon, Ryzal, Sham & Zackey
3. Maha Bisa Rahsia, Audionauts
Komposer: Malon, Ryzal & Sham
Penulis Lirik: Malon, Ryzal & Sham
4. Malam Ini, Zahidah
Komposer: Zahidah
Penulis Lirik: Zahidah
5. Pulanglah, Awi Rafael
Komposer: Awi Rafael
Penulis Lirik: Awi Rafael

LAGU TERBAIK
1. Apa Bisa, Kotak
Komposer: Pay, Dewiq & Kotak
Penulis Lirik: Pay, Dewiq & Kotak
2. Kisah Hati, Alyah
Komposer: Manusia Putih
Penulis Lirik: Manusia Putih
3. Ombak Rindu, Hafiz & Adira
Komposer: Nurzaidi Abd Rahman
Penulis Lirik: Sharad Sharan
4. Sedang Apa dan Dimana, Sammy Simorangkir
Komposer: Mario Ricardo
Penulis Lirik: Mario Ricardo
5. Terukir di Bintang, Yuna
Komposer: Yuna
Penulis Lirik: Yuna

ARTIS SINGAPURA PALING POPULAR
SG1: Aliff Aziz
SG2: Aryan
SG3: Audionauts
SG4: Awi Rafael
SG5: Didicazli
SG6: Diorama
SG7: Fauzie Laily
SG8: Hady Mirza
SG9: Imran Ajmain
SG10: Sezairi Sezali
SG11:SleeQ
SG12: Taufik Batisah

LAGU SINGAPURA PALING POPULAR
LP1: Cinta Yang Lain, Arus
LP2: Gila, Tujuh
LP3: Ku Tetap Kan Menunggu, Hady Mirza
LP4: Maha Bisa Rahsia, Audionauts
LP5: Membenam Pagi Tanpamu, Diorama
LP6: Menanti Cintamu, Revalina
LP7: Mengapa Kau Harus Pergi, Farhan Shah
LP8: Pulanglah, Awi Rafael
LP9: Salahkan, Hyrul Anuar
LP10: Sally The Lion, The Lion Story & The Sallys
LP11: Terlalu Sayang, Didicazli
LP12: Yang Teristimewa, Sheikh Haikel feat. SleeQ

ARTIS SERANTAU PALING POPULAR
AS1: Afgan
AS2: Agnes Monica
AS3: Aliff Aziz
AS4: Alyah
AS5: Hady Mirza
AS6: Hafiz
AS7: Judika
AS8: Shila Amzah
AS9: SleeQ
AS10: Taufik Batisah
AS11: Ungu
AS12: Yuna

LAGU SERANTAU PALING POPULAR
LS1: Beribu Sesalan, 3 Suara
LS2: Bukan Dia Tapi Aku, Judika
LS3: Kalau Cinta, Aliff Aziz & Joanna
LS4: Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Shahir
LS5: Kisah Hati, Alyah
LS6: Ku Pinang Kau Dengan Bismillah, Pasha Ungu & Rossa
LS7: Ku Tetap Kan Menunggu, Hady Mirza
LS8: Ombak Rindu, Hafiz & Adira
LS9: Paralyzed, Agnes Monica
LS10: Sedetik Lebih, Anuar Zain
LS11:Takkan Pernah Ada, Geisha
LS12: Tentang Rasa, Astrid

NOVA MEDIA BARU
MN1: Abdul Hamim Suleiman
MN2: Abdul Muttaleeb
MN3: Arien Nur Santi
MN4: Ayu Videlia
MN5: Cassidy Anderson
MN6: Fairuz Selamat
MN7: Muhamad Wazini Mohamed Taib
MN8: Muhamad Azri Syafiq Yusri
MN9: Muhammad Samsudian
MN10: Nurasya Abdul Rahim
MN11: Syazwiyanti Suparto
MN12: Yoseph Pradana

IKON MEDIA BARU
MI1: Afgan
MI2: Alyah
MI3: Kotak
MI4: Najwa Latif
MI5: Sherina Munaf
MI6: Shila Amzah
MI7: SleeQ
MI8: Ungu
MI9: Vidi Aldiano
MI10: Yuna

Erry Putra - Google Blog Search

Erry Putra - Google Blog Search


MEET & GREET <b>ERRY PUTRA</b> & AMANDA IMANI | Flickr - Photo <b>...</b>

Posted: 08 Jul 2012 11:48 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]This photo was taken on July 8, 2012. 23 views 0 favorites 0 comments 0 galleries. This photo belongs to. Eddie Guyuno's photostream (15,348) · 謝謝。 Thanks. MEET & GREET ERRY PUTRA & AMANDA IMANI. License. All Rights Reserved ...

Along Eyzendy - Google Blog Search

Along Eyzendy - Google Blog Search


Cerita Master: Filem PE3 Full Movie

Posted:

tonton online pe3 full movie farid kamil. sebuah filem komedi aksi arahan Farid Kamil menampilkan Kamal Adli, Farid Kamil, Diana Amir, Along Eyzendy dan ramai lagi bakal menemui penonton. Filem ini padat dengan aksi dan komedi baru.

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search


Beautiful by Rawlins: Shila Amzah dan <b>Dayang Nurfaizah</b> berentap!

Posted: 04 Nov 2012 05:00 PM PST

*Ini STICKY POST... ada lagi latest entry bawah nie*

Sapa nak nyanyi ngan Shila Amzah?









Bukan hanya Shila, Dayang pun ada sama
Kosongkan jadual uals pada 24 November 2012
Bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam, bersempena sambutan gemilang dan meletups ulang tahun ke-20 tahun Hai-O Marketing, Dayang Nurfaizah dan Shila Amzah didatangkan khas sebagai penghibur pada malam tersebut

Peminat-peminat Shila Amzah dan Dayang Nurfaizah sila praktis lagu-lagu hits diorang
Then kita nyanyi sama-sama OK

As usual, sambutan ulangtahun Hai-O is the most glamourous red-carpet event
Boleh pitam, bangun pitambangun uals bila tengok dress usahawan yang hadir malam tu kelak

Di bawah adalah sebahagian kecil cari MARVELLOUS DRESSES yang pernah digunakan oleh para usahawan pada majlis-majlis yang lepas

You can expect that there will be LOTS more at the next event






Tak lupa juga pada yang pitam dan bangun semula selepas melihat betapa anggun dan DA'BOMB penampilan usahawan-usahawan nie semua
Tu tak kira lagi pitam and bangun semula selepas melihat deretan kereta mewah milik usahawan-usahawan nie semua

Sapa nak pergi?
Nie kira giveaway je nie

Ada 5 tix free nak bagi kat uals semua
Siapa cepat, dia dapat gitew
Cara nak dapat tiket?
1) Like Facebook Page saya
2) PM/ E-mel to me your particulars iaitu Nama, Alamat, E-mail address, No. Telefon


Lupa nak kabo


Hadiah utama cabutan bertuah dia best tau
Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


Saman fitnah: Nadia diarah bayar <b>Lisdawati</b> – Perak Today

Posted: 31 Oct 2011 05:07 PM PDT

Mahkamah Sesyen Sivil di sini hari ini memerintahkan pelakon Nadia Mustafar membayar ganti rugi RM50,000 kepada pelakon Lisdawati selepas mendapati Nadia memberi wawancara berunsur fitnah, enam tahun lalu.

Hakim Yong Zarida Sazali turut memerintahkan supaya Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafa, 35, membayar faedah sebanyak empat peratus bermula dari tarikh penghakiman hingga penyelesaian kes dan kos mengikut skala.

Lisdawati, 33, atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin menyaman Nadia, 35, kerana mendakwa pelakon filem Zombie Kampung Pisang itu telah memberi wawancara berunsur fitnah terhadapnya dalam artikel yang ditulis oleh wartawan majalah Media Hiburan, Hanif Abdul Ghani.

Hanif telah meninggal dunia akibat penyakit tibi pada 18 Julai 2009 di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan.

Artikel yang bertajuk Hutang – Nadia Mustafar serang Lisdawati? disiarkan oleh majalah mingguan berkenaan bertarikh 8-14 Januari 2005.

Dalam tuntutannya itu, Lisdawati memohon ganti rugi sebanyak RM250,000 serta faedah lapan peratus dan kos-kos lain ekoran penyiaran wawancara tersebut yang didakwa telah menyebabkan imej dan 'periuk nasi' aktres itu terjejas.

Kedua-dua pelakon itu tidak hadir ketika keputusan dibacakan namun mereka diwakili peguam masing-masing.

Lisdawati sebagai plaintif diwakili oleh peguam Sangeet Kaur Deo, manakala Nadia selaku defendan pula diwakili oleh peguam-peguam, Siti Noor Julaini Shahar dan Mohd. Lustfi Yaakub.