Nuffnang

Jumaat, 28 Februari 2014

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


<b>Aqasha</b> Bersikap Profesional Dengan Umie Aida – Perak Today

Posted: 22 Mar 2013 10:24 PM PDT

Pelakon dan penyanyi Aqasha berkata dia perlu bersikap profesional apabila pengarah drama Erma Fatima mahu menggandingkannya dengan Datin Umie Aida dalam drama terbaharu berjudul Aku Tahu.

Aqasha atau nama sebenarnya, Firdee Akassya Rosli, 31, menjelaskan, dia langsung tidak berasa kekok digandingkan dengan Umie di set penggambaran kerana dia sudah maklum terhadap tanggungjawab yang diberikan.

"Saya dan Umie sentiasa bersikap profesional ketika berada di set penggambaran dan kami langsung tiada masalah bergandingan bersama.

"Tambahan pula beliau adalah antara pelakon yang saya kagumi," jelasnya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Aqasha dan Umie pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta semasa zaman bujang sewaktu bergandingan dalam filem Embun pada tahun 2002.

Dalam pada itu, Aqasha berkata, dia kini lebih memilih watak yang ditawarkan kerana ingin menjaga hati isterinya, Noor Baizura Mohd Sabri, 30.

Jelas Aqasha, sebagai seorang suami dan bapa kepada dua orang cahaya mata, dia berasakan sudah tiba masanya untuk mengelak daripada mengambil terlalu kerap watak-watak lelaki romantik demi mengelakkan salah faham di antaranya dengan isteri.

"Saya ingin menjadi seorang suami yang bertimbang rasa terhadap isteri kerana tidak mahu salah faham timbul walaupun dia tidak pernah cakap apa-apa.

"Sebab itu saya ingin mengurangkan watak-watak lelaki romantik atau pun menjadi kekasih dalam sesebuah drama," ujarnya.

Sementara itu, Aqasha berkata, selain lakonan, dia kini banyak menumpukan perhatian kepada syarikat produksi bersama rakan kongsinya iaitu Sein dan Zain daripada kumpulan Ruffedge yang ditubuhkan hampir dua tahun lalu.

Selain menumpukan kepada penerbitan video korporat dan pasca penerbitan, mereka sedang dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah filem dalam tahun ini.

"Insya-Allah jika tiada halangan kami akan memulakan projek filem itu selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini dan kini ia masih dalam peringkat perbincangan," katanya.

-mStar

<b>Aqasha</b> Amal Sikap &#39;Pilih Bulu&#39; Dengan Pelakon Baharu - myNewshub

Posted: 13 Jan 2014 09:20 PM PST

Kebolehan aktor ini dalam menjayakan wataknya tidak boleh dipertikaikan lagi.

Ini kerana Aqasha juga dikenali sebagai salah seorang pelakon yang sangat menjiwai watak yang diberikan, berilah apa sahaja watak, pasti akan dijayakan dengan penuh cemerlang.

Namun, jika dilihat kebelakangan ini, kelibatnya di kaca tv sudah semakin berkurangan.

Menjawab perkara itu, Aqasha berkata kepada mStar yang kini dia mengamalkan sikap pilih bulu terhadap pelakon wanita baharu yang ingin digandingkan bersamanya pada masa hadapan.

Tindakan pelakon berusia 32 tahun ini bukan bermaksud dia mempertikaikan bakat pelakon-pelakon baharu, sebaliknya disebabkan faktor usianya yang semakin matang.

"Keadaan fizikal saya sudah berubah dan lebih matang berbanding 10 tahun dahulu. Sebab itu, saya agak memilih kerana tidak mahu ia nampak janggal sekiranya digandingkan dengan pelakon yang jauh lebih muda daripada saya," jelasnya.

Bapa kepada dua cahaya mata ini juga mendedahkan dia enggan lagi berlakon dalam drama bertemakan cinta dan ingin memberikan fokus kepada genre drama berbeza selepas ini untuk mempelbagaikan lagi variasi watak yang boleh dijayakannya.

Dalam pada itu, Aqasha kini sibuk mengusahakan syarikat produksinya sendiri bersama rakan kongsi, Syed Hussein dan Zain Hamid iaitu Camwerk Studios.

Mereka bakal menerbitkan filem terbaharu berjudul Penculikan Amar Affendi yang akan dibintangi oleh Maya Karin, Zain Hamid, Sofi Jikan dan Nam Ron.

Oleh: AUDREY LEE

Anda mungkin juga meminati:

Nur Fazura - Google Blog Search

Nur Fazura - Google Blog Search


myartis.com : GAMBAR - AKSI &#39;BAGAI PUTERI&#39; <b>NUR FAZURA</b>

Posted: 04 Feb 2014 12:53 PM PST

Aksi menarik Nur Fazura yang menggayakan pakaian ala-ala puteri pengantin. Iyalah, meskipun impiannya dulu tidak kesampaian, namun sekurang-kurangnya Fazura nampak cantik dan menawan dengan gaya sebegini.

Artikel terdahulu:

Bak kata orang, kalau dah cantik tu, pakai apapun kena. Pada anda yang mahu cuci mata, jom kita tengok gelagat Fazura yang pastinya menarik minat ramai jejaka di luar sana. Heh.

         ________________________

aku ADI EMRAN: GLAM LELAKI FEBRUARI 2014 : <b>NUR FAZURA</b>

Posted: 31 Jan 2014 04:38 AM PST

Buat pertama kali aku rasa GL menampilkan perempuan solo sebagai muka depan. Siapa dia wanita ulung yang pertama kali menjadi penyeri cover secara solo GL. Ahaaa..... siapa lagi kalau bukan si cantik manis Fazura. What do you think when you see Fazura as front cover of GL? And what about the whole concept of the photoshoot? Bagi aku, aku ada beberapa impressions tatkala aku tengok layout cover GL ni. Pertama, wanita solo sebagai cover. Pelik sebab GL belum pernah lagi menampilkan wanita solo sebagai cover. Terdahulu adalah Nabila Huda pernah jadik cover tetapi dia digandingkan dengan model lelaki. Sama jugak dengan  Khairul Fahmi Che Mat (Apek) yang pernah digandingkan dengan seorang model wanita 'mat saleh'. At least ada lelaki jugak wokey sebab aku rasa kali ni bila aku beli dan terus kepit GL ni kat celak ketiak aku, aku rasa macam aku terbeli majalah nona or cleo. Kedua konsep untuk photoshoot kali ni, macam tak kena (pada pendapat aku la..). Aku rasa patutnya sidang redaksi GL seharusnya guna konsep androgony kat Fazura. Ubah sikit stail Fazura yang feminim tu kepada maskulinity. Maybe her hair style or wardrobe function. Barulah GLAM LELAKI. Lagi satu, dengan baju biru yang besar gedabak dan duck lips, oh NO..... Seriously???
Apa-apa pun, no matter what, I do and still love GL. Thats only my own opinions....

Mia Sara - Google Blog Search

Mia Sara - Google Blog Search


<b>Mia Sara</b> dalam Geng Bas Sekolah – Perak Today

Posted: 15 Jun 2013 09:30 PM PDT

DRAMA bersiri Geng Bas Sekolah musim kelima mempertaruhkan elemen-elemen komik dan berbeza daripada musim-musim sebelumnya. Ia menampilkan plot penceritaan dan watak-watak baharu sebagai penyambung legasi yang pastinya menjanjikan pengisian yang dapat memberikan hiburan serta pengajaran.

Antara pelakon cilik berbakat besar yang membintangi drama bersiri itu ialah Harris Alif yang berlakon sebagai Jay manakala watak Chempaka digalas oleh Jasmine Jessica Cross.

Brendan Gabriel Lai pula diberi tanggungjawab menghidupkan watak Bobby manakala Muhammad Shahzuan Aiman berlakon sebagai DJ.

Drama bersiri itu turut mengekalkan Azrul Zaidi sebagai Abang Reza yang menjadi pemandu bas sekolah.

Kelainan pada musim ini turut menyaksikan lakonan mantap pelakon kanak-kanak yang diminati ramai iaitu Mia Sara Nasuha yang memegang watak Orked, adik kepada Chempaka.

"Sambutan daripada penonton setia Astro Ceria sangat menggalakkan.

"Kami juga mendapat maklum balas yang sangat positif menyebabkan kami yakin untuk meneruskan program Geng Bas Sekolah ini.

"Ada perubahan barisan pelakon dan beberapa elemen baharu yang kami terapkan kali ini lebih santai dengan cerita yang benar-benar berlaku di sekolah. Ia lebih segar serta menarik untuk ditonton oleh semua peringkat umur," ujar Pengurus Saluran Astro Ceria, Hadzelynda Khairuddin.

Drama itu juga diterima oleh pelbagai lapisan usia kerana ia mempunyai nilai-nilai teladan.

Setiap episod drama itu bersiaran selama 30 minit.

Drama tersebut berkisar tentang pengembaraan yang dilalui oleh Jay, Chempaka, Bobby, DJ dan Orked yang bekerjasama melakukan siasatan berhubung kes-kes yang berlaku di sekolah mereka. Setiap ahli Geng Bas Sekolah mempunyai kelebihan masing-masing ketika melakukan siasatan.

Jangan ketinggalan menyaksikan pengembaraan dan kejutan siri yang akan disiarkan pada setiap Ahad pukul 11 pagi menerusi saluran 611 di Astro Ceria. Selamat menonton!

- KOSMO!

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


<b>Elly Mazlein</b> Terus Kunci Mulut Kisah Putus Tunang – Perak Today

Posted: 06 Mar 2013 03:45 PM PST

Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas mengenai status hubungannya dengan pengarah filem Azmi Hatta yang dikatakan telah berantakan.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 33, berkata, buat masa ini biarlah soal tersebut menjadi rahsianya buat sementara waktu dan hanya akan berbicara apabila tiba masanya nanti.

"Biarlah perkara itu menjadi rahsia dan apabila tiba masanya saya akan beritahu nanti," ujarnya ringkas.

Elly ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Awan Dania The Movie yang diadakan di Pavillion di sini, Rabu.

Elly dan Azmi, 37, telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mei pada 2011 dalam satu majlis di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, dekat sini.

Pasangan yang berkenalan sejak 2009 itu sepatutnya bernikah pada Februari tahun lalu, namun ia masih lagi tertangguh sehingga sekarang.

Dalam pada itu, Elly turut menolak dakwaan kemunculan lagu terbaharunya, Sabarlah Hati, yang dijangka keluar dalam masa terdekat berkaitan dengan hubungan cintanya.

"Lagu itu adalah kerjasama saya dengan KRU Music dan ia dijangka akan berada di pasaran dalam masa terdekat.

"Single terbaharu itu sebagai tanda kerinduan saya pada bidang nyanyian," ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai filem Awan Dania The Movie, Elly memberitahu, wataknya dalam karya arahan Rashid Sibir itu berbeza dengan peranan yang pernah dipegang sebelum ini.

"Walaupun peminat suka apabila saya membawa peranan wanita baik tetapi menerusi filem ini watak gedik yang ditampilkan berbeza dan saya cukup seronok menjayakannya," jelas Elly.

Selain Elly, filem ini turut menampilkan Scha Al-Yahya dan Rusdi Ramli sebagai peneraju utama.

-mStar

Nubhan - Google Blog Search

Nubhan - Google Blog Search


<b>Nubhan</b>, Mila tidak berputus asa – Perak Today

Posted: 13 Mar 2013 05:50 AM PDT

BAIK Nubhan mahupun Mila, mereka berdua sedar karier sebagai penyanyi tidak begitu menyerlah biarpun sudah bertapak dalam industri seni suara sejak lima tahun lalu, iaitu sejak kedua-duanya keluar daripada program realiti Akademi Fantasia.

Jika ada pun, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahmad, 27, hanya popular menerusi beberapa buah lagu seperti Oh Juwita dan Seadanya Aku.

Begitu juga Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 26, yang hanya popular menerusi lagu Persis Mutiara.

Mengakui kurang menyerlah sebelum ini kerana tiada pihak pengurusan, Mila memberitahu, ia menjadi faktor kepada kekurangan untuk mempromosikan lagu-lagunya sendiri.

Sebaliknya bagi Nubhan, dia mendedahkan, dirinya yang mentah dan kurang matang dalam industri membuatkan dirinya dipergunakan oleh pihak pengurusannya terdahulu.

Nubhan dan Mila juga bercerita mengenai lagu duet baharu mereka iaitu Cinta Kasih yang merupakan lagu tuah buat mereka untuk menyerlah kembali dalam industri seni suara ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu duet terbaharu berjudul Cinta Kasih di Redbox, The Garden, Kuala Lumpur.

NUBHAN kini mempunyai syarikat pengurusan sendiri iaitu Nubhan Records & Productions.

Pengajaran buat saya – Nubhan

Sekitar bulan September tahun lalu, Nubhan pernah mencetuskan kontroversi apabila dia mendedahkan tidak pernah mendapat duit royalti dan hak-haknya sebagai seorang artis yang bernaung di bawah syarikat pengurusannya, sebelum ini.

Enggan mengungkit dan mengingati kisah lalu, ungkap Nubhan, dia menganggap tempoh lima tahun di bawah pihak pengurusan itu merupakan pengalaman dan pengajaran yang boleh ditimba olehnya.

"Kalau boleh saya tidak mahu kenang lagi perkara lama. Mahu tutup buku lama dan buka buku baharu.

"Sebelum ini saya budak remaja yang tidak tahu ranjau dan liku berada dalam industri seni, tetapi sekarang saya sudah dewasa dan mampu bergerak serta berfikir secara matang," ujarnya yang menganggap kembalinya dia ke dunia seni sekarang bersama pihak pengurusan baharu adalah tempoh permulaan karier seninya.

Kini Nubhan bernaung di bawah pengurusan sendiri, Nubhan Records & Productions. Bagaimanapun, untuk penerbitan single, album mahupun urusan promosi, Nubhan bekerjasama dengan syarikat rakaman Nova Music.

Mengakui kini lebih selesa dan bebas dalam membuat keputusan, Nubhan mendedahkan, dia tidak pernah berasa putus asa untuk terus bertahan bergelar sebagai penyanyi kerana peminat-peminatnya.

"Kekuatan saya adalah peminat-peminat yang sentiasa menyokong. Mereka juga sering bertanya khabar dan ingin melihat perkembangan terbaharu saya.

"Memang kontroversi yang berlaku sebelum ini begitu pahit buat saya. Masakan tidak, saya mengharapkan pihak pengurusan yang baik, tetapi sebaliknya yang berlaku," ujarnya yang kini begitu popular dengan lagu duetnya bersama Mila.

Dalam proses mengumpul bahan-bahan untuk single terbaharunya di bawah Nova Music, Nubhan juga bersyukur kerana lagu Cinta Kasih ciptaan Nur Zaidi Abdul Rahman (pencipta lagu Ombak Rindu) itu mendapat sambutan baik dalam kalangan peminat muzik.

Melihat pada penampilan Nubhan yang kini kelihatan segak dan matang, ada khabar yang mengatakan perubahannya itu disebabkan sudah mempunyai kekasih.

Mengulas mengenai perkara itu, Nubhan mendedahkan, perubahan penampilannya bukan disebabkan seseorang yang bergelar kekasih. Tetapi, dia berubah seiring dengan usianya yang semakin meningkat.

"Cinta saya tolak tepi dulu. Sekarang, saya tidak mahu fikir soal cinta. Saya mahu fokus kepada karier. Saya juga tidak bercadang untuk mencari teman istimewa atau mengenali sesiapa buat masa ini.

"Begitupun, soal jodoh kita tidak boleh jangka. Jika sudah tertulis jodoh saya sampai dalam waktu terdekat ini, saya tidak akan menolak, " ujarnya lagi.

SELEPAS putus cinta dengan jejaka Rusia, Mila kini enggan menjalin hubungan cinta dalam masa terdekat.

Mila sedia bercinta

Bila ada mulut yang mengharapkan dirinya bercinta dengan Nubhan selepas mereka berduet bersama lagu Cinta Kasih, luah Mila, kalau boleh dia tidak mahu bercinta sesama artis atau orang dalam industri.

Ujar Mila yang pernah bercinta dengan seorang warga Rusia sebelum ini, dia mahukan kekasihnya itu tidak berbicara topik yang sama dengannya iaitu nyanyian atau lakonan.

"Kalau boleh saya tidak mahu bercinta dengan orang dalam industri. Sebab takut topik perbualan sama. Lagipun Nubhan terlalu tinggi untuk saya," ujarnya sambil ketawa.

Mengulas mengenai teman lelakinya sebelum ini, luah Mila, kerana jarak dan juga budaya, percintaannya bersama lelaki warga Rusia itu tidak berpanjangan.

Pernah juga bercinta dengan Ebi AF5 sebelum ini, Mila juga mendedahkan, bahawa kedua-dua ibu bapanya berharap agar dia segera bercinta dan berkahwin sebelum umurnya mencecah 30 tahun.

Berbicara pula mengenai lagu duetnya bersama Nubhan, Mila mengakui berasa bertuah kerana diberi kepercayaan oleh pencipta lagu, Nur Zaidi dan juga pihak Nova Music untuk dirinya menyanyikan lagu tersebut.

"Lagu Cinta Kasih hadir pada saat saya mahu membuat kemunculan semula dalam bidang seni. Saya seronok dan bersyukur kerana dipilih pihak Nova Music untuk menyanyikan lagu ini," ujarnya kini bernaung di bawah Nova Music bersama Nubhan bagi pengurusan promosi dan juga menerbitkan single atau album baharu.

Cerita Mila, selain mempromosikan lagu tersebut, pihak Nova Music juga sedang merangka untuk menghasilkan single terbaharunya.

Mila bersyukur kerana dirinya kini mempunyai pihak pengurusan dan berharap perjalanan kariernya lebih menyinar selepas ini.

"Saya tiada kekuatan mahu mempromosikan lagu sendiri. Sebelum ini saya pernah buat sendiri dan ia tidak menjadi," ulasnya berhubung album keduanya yang pernah berdepan dengan kegagalan kerana lagu-lagunya langsung tidak diputarkan di corong-corong radio.

Berkongsi rasa, ujar Mila, walaupun kerjaya seninya kurang menyerlah dia tidak pernah berputus asa kerana menganggap nyanyian sudah sebati dalam dirinya.

- KOSMO

Siti Nordiana Anggap <b>Nubhan</b> Seperti Adik – Perak Today

Posted: 30 Jul 2013 07:39 AM PDT

Penyanyi Siti Nordiana menjelaskan hubungan akrabnya dengan penyanyi Nubhan, 27, adalah seperti adik beradik dan tidak lebih daripada itu.

Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana, 29, berkata, penyanyi lelaki itu merupakan rakan baiknya yang sering berkongsi masalah dan membantu ketika dalam kesusahan.

"Ya, Nubhan antara kawan lelaki yang rapat dengan saya tapi bukan dia sahaja, ramai lagi cuma mungkin orang hanya kenal dia sebab dia artis.

"Bagaimanapun saya anggap dia sebagai adik sahaja kerana dia memang seorang yang baik dan sering membantu jika saya dalam kesusahan," katanya kepada mStar Online.

Tambah Nana, anaknya Muhammad Rayyan Nakhaie yang kini berusia lapan tahun juga mesra dengan bekas pelajar Akademi Fantasia keenam itu.

"Keluarga kami baik mungkin kerana kami masing-masing dari negeri yang sama iaitu Negeri Sembilan, emak Nubhan selalu masak sedap-sedap dan panggil kami untuk makan," katanya.

Bagaimanapun, ditanya tentang rancangan untuk membina rumah tangga sekali lagi, Nana berkata, hatinya belum terbuka untuk itu.

"Memang ada terfikir untuk berkahwin semula dan ingin cari ayah kepada Rayyan tetapi itu semua adalah ketentuan Allah.

"Saya hanya menerima jika ada jodoh yang datang, namun buat masa ini biarlah saya fokus untuk cari rezeki dan besarkan anak," katanya.

Tambah Nana, ada lelaki yang cuba menghampirinya namun ke banyakkan mereka tidak serasi dan kurang memahami dirinya sebagai ibu tunggal.

"Ada juga lelaki yang cuba ingin berkawan dengan saya tetapi mereka tidak faham tanggungjawab saya sebagai ibu tunggal.

"Ada juga yang tidak serius dan sekadar suka-suka sahaja," katanya.

- mStar

Siti Nordiana nafi bercinta dengan <b>Nubhan</b> – Perak Today

Posted: 09 Jul 2013 11:21 AM PDT

diana

Penyanyi berstatus janda anak satu, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana menafikan sedang menjalin hubungan dengan bekas pelajar "Akademi Fantasia" musim ke-6 iaitu Nubhan.

"Ya, memang sekarang ramai juga yang masih bertanyakan mengenai gosip itu kepada saya. Sebenarnya, dakwaan saya bercinta dengan Nubhan tak sahih. Kami berkawan baik. Kami pun berasal dari negeri yang sama. Dulu memang kami kerap berjumpa. Memang pergi mana-mana selalu bersama.

"Cuma sekarang ini jarang jumpa sebab masing-masing sibuk. Kami tak bercinta. Saya anggap dia macam adik saya. Gosip itu tak munasabah," katanya seperti dipetik daripada laporan Malaysian Digest.

Sementara itu, Nana memberitahu sejak dia bergelar ibu tunggal, ada juga beberapa lelaki yang cuba mendekatinya, tetapi dia menolak secara baik kerana dia masih belum jumpa calon yang sesuai dan juga tidak bersedia untuk bergelar isteri lagi.

"Ada juga yang mendekati. Ada yang nak lamar saya. Tapi saya tolak sebab tak rasa lelaki itu sesuai dengan saya. Dulu ada juga keluarga cuba jodoh-jodohkan, tapi saya tak mahu. Saya rasa biarlah saya yang pilih sendiri.

"Sebolehnya kalau saya berkahwin semula nanti, saya mahu suami saya itu menyayangi Rayyan. Saya mahu Rayyan dapat kasih sayang seorang ayah seperti mana kasih sayang ayahnya. Saya hanya berserah sajalah," ujarnya lagi.

Sebelum ini Nana pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah pelakon Mohd Faizal Yusup pada tahun 2006 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai seorang anak lelaki, Mohammad Rayyan Nakhaie yang kini berusia lima tahun.

- TUPAI.com.my

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


Actress <b>Erra Fazira</b> and Engku Emran divorce – BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2014 01:20 PM PST

SHAH ALAM: The seven-year marriage of popular singer-actress Erra Fazira and her husband Engku Emran Engku Zainal Abidin, rumoured to be troubled in the last three years, finally ended in divorce at the Syariah High Court, here, yesterday.

Clad in a grey suit and wearing a songkok, Engku Emran, 39, who looked sad, pronounced the divorce in a choking voice before judge Mohammad Adib Husain, while Erra, whose real name is Fazira Wan Chek, 40, appeared calm.

Mohammad Adib confirmed the divorce after he was satisfied with the divorce documents including on child custody rights filed by Erra yesterday under Section 47 and Section 82 of the Selangor Islamic Family Law Enactment 2003.

The court also recorded that the custody rights over the couple's only child, Engku Aleesya, 5,
were given to Engku Emran while Erra has the right for the child to have overnight stays with her.

The actress, who came to court in a long dress and hijab, also did not claim for any alimony
from Engku Emran whom she married on Oct 25, 2007.

Earlier, syariah counsel Ahmad Nazib Johari, who represented Erra, told the court that the couple agreed to divorce amicably after having been living separately for one and a half years.

He said Erra and Engku Emran had also reached an agreement over child custody.

Engku Emran, the former Bernama TV chief executive officer, was represented by counsel Roshdan Sujak Rafie.

Later, met by reporters outside the court, Erra who was wearing a face mask, said all the speculation and questions about her marriage had been answered with her divorce confirmed by the court today.

Erra, who was accompanied by her close friends, Datin Paduka Umie Aida and film director Erma Fatima, also appealed to all quarters to stop asking about her marital break-up after this.

"I hope everyone will leave me in peace," she said, adding that she would be focusing on her career, when asked about her future plans.

Engku Emran, however, declined to give any comments when approached by reporters.

He and Erra left the court grounds separately after the divorce proceeding.

Erra's previous marriage was to actor and KRU group singer Yusry Abdul Halim whom she married on June 15, 2003 but the marriage only lasted three years when they divorced in 2006. — Bernama

<b>Erra Fazira</b> Kini Keseorangan – Sah Bercerai | - Beautifulnara

Posted: 17 Feb 2014 10:18 PM PST


Akhirnya misteri mengenai status pelakon dan penyanyi glamour ini terjawab juga. Dipetik dari Sinar Harian, Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek,40 sah bercerai talak satu pada pagi ini dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor Mohammad Adib Husin.

Kami di Beautifulnara turut menumpang sedih dengan berita ini. Semoga beliau tabah meneruskan kehidupannya. Jomlah kita mendoakan yang terbaik untuk beliau. Insyallah…

Yang Ini Pun Best Jugak:-

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


Kereta <b>Gambit Saifullah</b> Langgar Tembok? | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2013 12:39 AM PDT

'+ '

Subject:
Visit this site http://www.ohbulan.com

'+ '

Message:
Hi, this may be intersting you: \"Kereta Gambit Saifullah Langgar Tembok?\"! This is the link: http://www.ohbulan.com/gambit-saifullah-kemalangan/

'+ '', buttons: [ jQuery.extend({}, vex.dialog.buttons.YES, { text: 'Send' }), jQuery.extend({}, vex.dialog.buttons.NO, { text: 'Cancel' }) ], callback: function (data) { if (data.emailfrom && typeof(data.emailfrom) != "undefined") { essb_sendmail_ajax(data.emailfrom, data.emailto); } } }); }); }); function essb_sendmail_ajax(emailfrom, emailto) { //alert(emailfrom + "|" + emailto); var get_address = "http://www.ohbulan.com/wp-content/plugins/easy-social-share-buttons/public/essb-mail.php?from="+emailfrom+"&to="+emailto+"&t=Kereta+Gambit+Saifullah+Langgar+Tembok%3F&u=http%3A%2F%2Fwww.ohbulan.com&p=http%3A%2F%2Fwww.ohbulan.com%2Fgambit-saifullah-kemalangan%2F"; //alert(get_address); jQuery.getJSON(get_address) .done(function(data){ alert(data.message); }); }

Isu & Kontroversi

Kereta Gambit Saifullah Langgar Tembok?

Pelakon yang penuh kontroversi, Gambit Saifullah sejak kebelakangan ni agak menyepi selepas penampilannya di dalam rancangan realtiti TV Fear Factor mendapat banyak kritikan kerana bermulut celupar.

Gambit yang sebelum ini pernah membintangi filem Karipap-karipap Cinta juga dilihat semakin jarang berlakon dalam mana-mana drama mahupun layar perak.

Namun lewat malam tadi, OHBULAN! ada menerima 5 keping gambar menunjukkan Gambit Saifullah yang dipercayai terlibat dalam sebuah kemalangan kecil.

Kereta Gambit Saifullah Langgar Tembok?

Keadaan kereta yang terbabas

Dalam kejadian itu, terdapat sebuah kereta berwarna putih terbabas hingga memasuki kawasan kaki lima jalan. Namun setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada Gambit adalah pemandu kereta itu.

Kereta Gambit Saifullah Langgar Tembok?

Kemalangan berlaku di hadapan kondominium Casa Tropicana

OHBULAN! telah cuba menghubungi Gambit bagi mendapatkan penjelasan namun tiada respon. Bagaimanapun melalui gambar dibawah, Gambit kelihatan baik dan dipercayai tidak mengalami kecederaan.

Kereta Gambit Saifullah Langgar Tembok?

Betul ke Gambit terlibat dalam kemalangan jalan raya atau itu cuma sekadar gimik krew produksi untuk tujuan penggambaran?

Kalau betullah kemalangan ini cuma gimik, OHBULAN! pasti ramai peminat tak sabar nak menantikan kemunculan semula Gambit yang lama menghilang ni.

Kereta Gambit Saifullah Langgar Tembok?

Gambit dan beberapa orang lagi sewaktu kejadian

Kereta Gambit Saifullah Langgar Tembok?

Erul af - Google Blog Search

Erul af - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erul af</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Feb 2014 09:09 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erul af</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jan 2014 09:11 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erul af</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jan 2014 10:07 PM PST


(TAHNIAH)<b>Erul AF</b> Naib Juara K-Pop Star Hunt Musim Kedua |

Posted: 10 Feb 2013 07:32 AM PST


Masihkah anda ingat dengan Erul? Erul merupakan salah seorang produk daripada rancangan realiti Akademi Fantasia. Lama mendiamkan diri tanpa khabar berita, rupa-rupanya Erul menyertai pertandingan Kpop Star Hunt musim kedua.

erul kpop star hunt 2

Kpop Star Hunt 2 mengumpulkan peserta-peserta daripada seluruh Asia untuk bertarung sesama sendiri. Selain Malaysia, peserta-peserta hebat dari Filipina, Jepun, Singapura dan Thailand turut sama berentap. Mengkagumkan apabila Erul berjaya memasuki peringkat akhir sebagai Top 3.

erul kpop star hunt 2

Kalau dulu Erul sebut "Anyeonghaseyo" pun tak betul, namun daripada video yang Abang Nara tonton, sebutan bahasa Korea Erul semakin maju. Yang membanggakan ialah apabila Erul berjaya merebut gelaran naib juara Kpop Star Hunt musim kedua. Tahniah diucapkan kepada Erul atas kejayaan ini.

Kepada Erul, semoga selepas ini bintang anda akan lebih bersinar. Jadikan pengalaman menyertai K-pop Star Hunt 2 sebagai pemangkin kejayaan anda di masa depan. Tahniah sekali lagi diucapkan.

Baca Yang Ini Pulak:-

Awan Band - Google Blog Search

Awan Band - Google Blog Search


Nang Antap: Lirik Rasa - Faris <b>Awan Band</b> & Sam Kuman

Posted: 15 Feb 2014 12:53 AM PST

LIRIK LAGU RASA - FARIS AWAN BAND & SAM KUMAN: Setiap senikata lirik lagu dan muzik video 'Rasa - Faris Awan Band & Sam Kuman' yang disediakan atau dipaparkan diblog ini adalah sekadar berkongsi infomasi serta tujuan rujukan sahaja. Segala lirik lagu dan muzik video 'Rasa - Faris Awan Band & Sam Kuman' adalah hakcipta/hakmilik dari pengarang,komposer,artis dan label@produksi musik yang berkenaan.

Segala sumber-sumber muzik video 'Rasa - Faris Awan Band & Sam Kuman' ini juga diperolehi dari YouTube. Sokonglah industri muzik nusantara dengan membeli produk original di pasaran atau memuat turun lagu/nada dering secara sah di internet.

Lirik Lagu:  Rasa - Faris Awan Band & Sam Kuman

Sendiri meratap dalam kesakitan
Tak bisa temui semua jawapan
Biar terguris sebuah ikatan
Makin kuat namamu diingatan

Masihkah esok ada buat aku
Yang alpa telah melupakan namamu
Hidupku hilang direnggut kesalan
Tiada arah tujuan kedamaian

Di suatu ketika
Kau tempatku bermanja
Cerita suka dan duka
Padamu ku curahkan segalanya

Hati kian meronta bertemu kau semula
Bertahun lama aku dipaku rindu
Masihkah ada ruang untuk aku pulang
Jernihkan kembali noda cela diri ini

Kekasih aku merayu padamu
Seikhlasnya terimalah diriku
Bukakan semula pintu cintamu
Ku damba suatu keampunanmu

Di suatu ketika
Kau tempatku bermanja
Cerita suka dan duka
Padamu ku curahkan segalanya

Hati kian meronta bertemu kau semula
Bertahun lama aku dipaku rindu
Masihkah ada ruang untuk aku pulang
Jernihkan kembali noda cela diri ini

Ohh huuu
Hati kian meronta bertemu kau semula
Bertahun lama aku dipaku rindu
Masihkah ada ruang untuk aku pulang
Jernihkan kembali noda,cela,diri

Music Video: Rasa - Faris Awan Band & Sam Kuman

6ixth Sense - Google Blog Search

6ixth Sense - Google Blog Search


<b>6ixth Sense</b> lahirkan Sakura – Perak Today

Posted: 24 Jul 2013 08:07 PM PDT

six sense

NAMA 6ixth Sense sudah tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri muzik tanah air. Hampir semua lagu mereka telah mendapat tempat di hati peminatnya seperti Tanpa, Khatimah Cinta, Tak Bisa Memilihmu, Cinta Yang Sempurna dan Menyesal.

Namun, sejak kebelakangan ini, mereka seolah-olah menyepi dari industri seni. Rupa-rupanya, mereka sedang sibuk menjalankan promosi ke Indonesia bagi memasuki pasaran di sana dan pada masa sama, mereka mendidik band baru bernama Sakura.

6ixth Sense telah menubuhkan syarikat Putih Production Sdn Bhd dan Sakura merupakan artis pertama mereka.

"Kami ada buka syarikat di mana kami mencari artis untuk dilahirkan dan artis pertama kami ialah Sakura.

"Sakura membawa konsep Pop dan mereka sudah keluar dengan single pertama mereka berjudul Setelah hujan," kata pemain drum 6ixth Sense, Wan kepada Sinar Harian Oneline ketika ditemui pada sesi fotografi untuk hari raya di butik Omar Ali.

Menurutnya, vokalis Sakura, Mell juga telah berduet dengan Fiq Mentor melalui lagu runut bunyi drama adaptasi popular, Setia Hujung Nyawa yang menjadi kegilaan sebelum ini.

Ketika ditanya apa peranan 6ixth Sense terhadap band Sakura, Adi memberitahu, mereka bertindak sebagai produser sekali gus mentor buat band tersebut.

"Kami bertindak sebagai produser dan pada masa menjadi mentor buat mereka.

"Perancangannya, kami akan cari lagi artis-artis yang lain. Kalau dapat solo, kita buat solo tetapi yang pertama ini kami hasilkan sebuah band muzik," katanya.

Berkongsi mengenai aktiviti sepanjang bulan Ramadan ini, 6ixth Sense akui mengurangkan aktiviti seni mereka.

"Untuk aktiviti seni sepanjang berpuasa tak banyak sangat. Ada beberapa rakaman untuk hari raya nanti selebihnya kami ada kesibukan masing-masing. Untuk 6ith Sense sendiri kami kurangkan aktiviti," katanya.

Bercakap tentang Hari Raya Aidilfitri akan datang, kelima-lima anggota 6ixth Sense bakal pulang beraya di kampung masing-masing.

"Hari raya nanti kami balik kampung untuk bercuti. Selalunya memang seminggu pertama kami tak akan ambil sebarang undangan persembahan.

"Masing-masing balik Perak, Indonesia dan ada yang beraya di Kuala Lumpur sahaja," katanya.

- SINAR HARIAN

Along Eyzendy - Google Blog Search

Along Eyzendy - Google Blog Search


blog2 artis: BLOG-BLOG HIBURAN

Posted:

Drama Cinta Pandang Ke 2 Episode 10 ini dibintangi oleh Izara Aishah, Dazrin Kamarudin, Maria Farida, Ridzuan Hashim, Ery Zukhairi, Erynne Erynna, Along Eyzendy, Amira Rosli, Abby Nour, Jazli Hassan, Haizat Hassan .

Laga (2014) - Malay Watch Movie

Posted:

Cast:Wan Hanafi Su, Marsha Milan Londoh, Syazwan Zulkifli, Tyas Mirasih, Nasir Bilal Khan, Eman Manan, Ruminah Sidek, Yus Raja Lawak @ Yus Jambu, Zaidi Omar, Rosyam Nor, Fadilah Mansor, Along Eyzendy, Putri Mardiana Tonton ...

Ahmad Fauzi Aryaan: Review : Filem Karak

Posted:

Shahir AF8, Sheera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussin Penilaian: 4/5. Sinopsis: Filem ini menghimpunkan cerita dari kisah benar melalui pengalaman sebenar pengguna lebuhraya karak yg dianggap keras ...