Nuffnang

Rabu, 13 Mac 2013

Fasha Sandha - Google Blog Search

Fasha Sandha - Google Blog Search


<b>Fasha Sandha</b> Sahkan Bakal Lahir Bayi Lelaki | OHBULAN!

Posted: 13 Mar 2013 09:18 PM PDT

Screen Shot 2013-03-14 at 12.12.19 PMTahniah 'in advance' kami ucapkan pada Jejai dan Fasha Sandha yang bakal dikurniakan cahayamata tak lama lagi. Menerusi tabloid Harian Metro, Fasha mendedahkan dia bakal menimang bayi lelaki sekitar penghujung Mac atau awal April ini.

"Saya tidak sabar menanti kehadiran bayi lelaki kami ini. Insya-Allah jika tiada aral melintang, saya akan melahirkan anak sulung pada penghujung Mac atau awal April depan."

Fasha turut memberitahu mereka amat gembira apabila mendapat tahu kandungannya adalah bayi lelaki.

"Memang kami berdua inginkan anak lelaki kerana dapat menjadi kawan kepada abangnya, Putra Rayqal Ramli (hasil perkahwinan pertama Rizal) yang kini berusia empat tahun. Lagipun kalau lelaki yang sulung, dia boleh menjaga ibu dan adik-beradiknya yang lain."

Wah, lepas ni bertambah meriahlah keluarga Jejai. Apa pun, OHBULAN! doakan pasangan ini sentiasa bahagia ke akhir hayat.

Tags: , , ,

Gambar <b>Fasha Sandha</b> Hamil 7 Bulan

Posted: 01 Jan 2013 09:37 PM PST

Ini adalah beberapa keping gambar Fasha Sandha yang sarat hamil yang kebanyakkannya diambil pada bulan Disember 2012 yang lalu. Buat masa ini kandungannya nak masuk 8 bulan, dan menunggu beberapa minggu je lagi nak bersalin. Wah kita harap-harap semoga selamat bersalin nanti ye Fasha. Mesti comel anak Fasha tu. -gambar We Love Fasha Sandha

Tag: , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

.::<b>Fasha Sandha</b> Bersalin::. | "Amy Liana Ramlan"

Posted: 14 Feb 2013 12:50 AM PST

Fasha Sandha bersalin..bila baca tajuk tu mesti korang ingat fasha dah bersalin kan..hehe..yang sebenarnya Fasha Sandha bersalin ni sebenarnya keyword yang selalu orang singgah kat blog amy..amy tau pun daripada akaun nuffnang..hari2 tiap kali amy cek akaun nuffnang mesti yang first keywords dia tajuk ni la..Fasha Sandha Bersalin..nampaknya memang ramai peminat fasha duk tunggu2 kelahiran anak pertama fasha nie...kalau diikutkan fanpage We Love Fasha Sandha ni beliau tak bersalin lagi..papepun semoga semuanya selamat..amiin.. =)

Berkenan sangat dengan loket fasha nie..kalau buat AmyFahmi comel jugok nie..gedixxs..=p

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


GAMBAR ANAK KEDUA <b>AQASHA</b> - TAHNIAH! | AMMBOI DOT COM

Posted: 14 Oct 2012 06:00 PM PDT

Gambar Anak Kedua Aqasha – Tahniah! | Aqasha dan isterinya, Noor Baizura Mohd Sabri, 29, selamat menimang cahaya mata kedua, pada hari Khamis lalu. Bayi perempuan yang diberi nama Alaena Ayesha yang membawa maksud 'dilimpahi kebahagiaan' itu dilahirkan secara normal di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam.

Aqasha atau nama sebenarnya, Firdee Aqasha Rosli, 30, mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun, bernama Alehandra Ahmad. Aqasha yang terkenal menerusi lakonannya dalam drama bersiri Dejavu di Kinabalu sempat berkongsi gambar anak terbarunya itu melalui laman Twitternya dengan menulis, "alahai… macam anak Jepun pula anak perempuan aku ni."

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

CARIAN BERKAITAN

  • gambar terbaru anak aqasha (20)
  • anak kedua aqasha (12)
  • gambar aqasha dan isteri (10)
  • gambar terbaru anak KEDUA aqasha (8)
  • aqasha twitter (8)

Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


Isteri Izin Awie Bergandingan Dengan <b>Erra Fazira</b> | Berita Hiburan <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2013 10:30 PM PDT

Siapa tak kenal dua bintang popular Malaysia, nama besar Erra Fazira dan Awie begitu gah dalam industri seni tanah air. Mereka berdua pernah menjadi lagenda yang hebat menerusi filem "Sembilu" arahan Dato' Yusof Haslam dan pernah juga juga mengikat tali pertunangan pada tahun 1997.

Namun, Allah Maha mengetahui impian untuk bersatu putus ditengah jalan apabila kedua-dua artis ini memutuskan pertunangan yang dibina mereka. Setelah itu masing-masing membawa haluan sendiri demi meneruskan perjuangan dalam industri seni sampailah tahun 2008 mereka digandingkan bersama dalam filem Cuci.

ohartis-erra-fazira-awie-2

ohartis-erra-fazira-awie-1

Kini, sekali lagi mereka bakal digandingan dalam rancangan yang dihostkan oleh Awie sendiri iaitu Tunggu Sekejap di TV3. Dalam rancangan itu, Erra dijemput sebagai artis jemputan dan untuk tidak mengundang salah faham Awie memberitahu perkara tersebut kepada isterinya.

"Sebenarnya isteri saya tidak mempunyai masalah tentang gandingan ini. Apa yang telah berlaku dahulu sudah menjadi sejarah dan sekarang kami mempunyai kehidupan keluarga masing-masing. "Dia (isteri) juga sangat sporting. Malah dia merupakan peminat Erra dalam program bual bicara Primadona (Astro)." Jelas Awie.

Menurut Awie dia sebenarnya tidak ingin isu dia bergandingan dengan Erra diperbesarkan kerana mereka bersifat professional. Tambahnya lagi, dia juga turut merancang untuk mengambil Erra sebagai pelakon utama dalam filem yang bakal diterbitkan di bawah syarikat miliknya iaitu Awie Entertainment tidak lama lagi selain bakal menganjurkan sebuah konsert trio bergandingan Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira yang akan berlangsung tahun ini.

OH!ARTIS : INDUSTRI SENI DI MALAYSIA KECIK JER, LAMA-LAMA JUMPA JUGAK.

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


Cemerlang Pra-SPM, <b>Najwa Latiff</b> Mahu Jadi Pensyarah | OHBULAN!

Posted: 05 Feb 2013 04:00 PM PST

image
Najwa Latiff dalam kenyataannya menerusi sebuah tabloid tempatan hari ini mendedahkan keputusan peperiksaan percubaannya sebelum ini ialah 5A.

Sehubungan itu, pelantun lagu 'Kosong' ini berharap agar keputusannya untuk SPM yang akan diumumkan tak lama lagi memberi berita yang lebih baik.

"Insya-Allah, saya harap keputusan yang bakal keluar awal Mac ini berpihak kepada saya. Sewaktu peperiksaan percubaan saya mendapat 5A," jelas Najwa dipetik dari Utusan Malaysia.

Najwa turut memberitahu hasratnya untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan bercita-cita mahu menjadi pensyarah.

"Sejak dulu saya bercita-cita menjadi pendidik seperti ibu yang menabur bakti kepada anak bangsa."

Moga doa Najwa termakbul dan dapat meneruskan hajatnya untuk mendidik anak bangsa.

Tags:

Lirik Lagu Sahabat - <b>Najwa Latif</b> feat Syamkamarul & Sleeq - razfira

Posted: 11 Feb 2013 08:53 PM PST

Setiap tangisan dan juga ketawa
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Mendengar kisah pahit manis




Mendengar kisah pahit manis


Tetap bersamamu jika kau perlukanku
Dan ku tak kaku tak kekok
Kalau sampai buntu kita belok yok (yok)
Berjangkit sesama seperti mengusik si melata
Kau kau jangan kau melampau
Dan kalau siapa mengusik Najwa
Tolong bagitau aku tampau

[Najwa Latif dan Syamkamarul]
Ku tahu ku kan selalu ada
Dan ku harap kau juga rasa begitu
Mendengar kisah pahit manis


Mendengar kisah pahit manis



Syamkamarul anda sudah bertambah seorang lagi peminat.. Suara anda awesomeeee!!!!!!!!!!!!

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


PERLAWANAN SEPARUH AKHIR BADMINTON ALL ENGLAND 2013

Posted: 08 Mar 2013 03:51 PM PST

ALL ENGLAND 2013 CHAMPIONSHIP SEMI FINAL


Updates : Lee Chong Wei mng 22-20 21-8 [Jadual Final]

Datuk Lee Chong Wei menjadi wakil tunggal negara yang layak ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton All England 2013. Tiga (3) wakil beregu kita terkandas pada lawan masing-masing awal pagi tadi. Misi kejuaraan Datuk Lee Chong Wei kini perlu diteruskan dengan pertemuan dengan lawan dari Thailand, Tanongsak SaenSomBoonSuk (ranking 37 dunia).

Pada awalnya, Lee Chong Wei dijangka bertemu pemain China, Du Pengyu. Namun pemain itu terkandas di pusingan pertama dan muncul pemain Thailand ini yang menumbangkan satu-persatu pemain yang mempunyai ranking lebih baik darinya. Nampaknya Datuk Lee Chong Wei kena berhati-hati. Awal pagi tadi Lee Chong Wei mudah menundukkan pilihan ke-8 kejohanan Tien Minh Nguyen 21-17,21-19.

Melihat dari rekod pertemuan sebanyak enam (6) kali sebelum ini, Datuk Lee Chong Wei menang dalam semua pertemuan. Kali terakhir mereka bertemua pada Yonex BWF World Championship 2011 di mana Lee Chong mara dengan keputusan 21-15,21-17.

Dalam 1 lagi perlawanan separuh akhir perseorangan lelaki, Chen Long (pilihan ke-2) akan bertemu Jan O Jorgensen

JADUAL PERLAWANAN SEPARUH AKHIR BADMINTON ALL ENGLAND 2013

9 Mac 2013 (Sabtu)

Bermula pada jam 8.00 pm waktu Malaysia

Perlawanan Lee Chong Wei vs Tanongsak
sekitar 8.30 / 8.45 pm, bergantung pada perlawanan pertama

Live @ Astro Supersport (811)

Untuk tonton Visual Live Score (Online) boleh klik sini

Like jika anda suka entri ini dan share dengan rakan anda ;) Tq

Entri berkaitan : all england, astro, badminton, BAM, jadual, lee chong wei, live streaming, super series, visual live score

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


Biar - <b>Faizal Tahir</b> #Lirik @lagubestbest

Posted: 26 Jan 2013 09:34 AM PST

Tajuk Lagu/ Song Title: Biar
Artis/ Artist: Faizal Tahir
Album/ Info: Single 2013

Video Muzik/ Music Video: Biar - Faizal Tahir
Youtube

Lirik Lagu/ Lyrics: Biar - Faizal Tahir
Biar lena berlabuh
Biar sakitnya sembuh
Biar menghapus semua rasa yang merapuh

Biar aku memberi
Biar senyum kembali
Biar ku sentuh jari jemari pejamkan mata

Korus:
Biar saja air mata menangis terus menangis
Biarkan lepas semua rasa perih perih yg manis
Biar saja air mata mengalir terus mengalir
Biar habis semua di bahuku

Jangan mahu sendiri jangan dibiar mati
Bawa ke mari hati ke sini pejamkan mata

[Ulang Korus]

Bagai mimpi terindah lepaskan dirimu dalam ku taman kamu
Biar ku memberi cinta yang kan membawamu ke syurga

[Ulang Korus]

Biar lena berlabuh
Biar sakitnya sembuh

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


Gambar <b>Tiz Zaqyah</b> Bersama Kekasih Baru | Berita Hiburan & Gosip <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2013 08:48 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Terbaru, Tiz Zakyah dilihat mula rancak memuat naik gambar-gambarnya bersama seorang lelaki yang juga merupakan kenalan Tiz sejak dibangku sekolah dilaman sosial. Gambar dan caption yang ditulis Tiz sendiri ...

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


<b>Elfira Loy</b> Gugup Salah Sebut Nama Artis Veteran | Berita Hiburan <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2013 04:47 PM PDT

ohartis-elfira-loy-hefnysahad-2

Pelakon remaja yang berusia 19 Elfira Loy bertuah kerana diberi peluang keemasan untuk mengacakan secara langsung acara Red Carpet bagi satu anugerah yang berprestij Festival Filem Malaysia ke-25 baru-baru ini.

Ini merupakan pengalaman pertama bagi Elfira untuk mengalas tanggungjawab sebagai pengacara disatu majlis yang gemilang secara langsung tanpa menggunakan sebarang skrip. Elfira yang mengaku sangat gugup dan gagal mengawal situasi itu menyebabkan dia tersilap menyebut nama pelakon yang menang pada malam itu iaitu Normah Damanhuri.

"Saya tersilap menyebut nama Normah Damanhuri bukan kerana saya tidak tahu nama dia tetapi saya tersasul mungkin kerana terlalu gementar dan saya pula bercakap laju. Sementara tentang Izzue Islam pula mungkin kerana soalan yang saya ajukan kepadanya mengelirukan sehingga dia dan penonton menganggap saya tidak buat ulang kaji sebelum bertanya," Jelas Elfira.

ohartis-elfira-loy-hefnysahad-1

Pada malam majlis tersebut Elfira telah bergandingan dengan Hefny Sahad juga turut dikritik kerana dikata tidak tahu perkembangan pelakon Izzue Islam yang juga turut menang anugerah pada malam itu sebagai penyanyi kumpulan Forteen.

ohartis-elfira-loy-birthday

Elfira yang baru saja menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-19 baru-baru ini mengakui pengalaman mengacarakan Red Carpet secara langsung itu memberi pelajaran berharga buat dirinya. Dia juga turut berfikiran terbuka untuk menerima segala kritikan dan menganggap ia sebagai cabaran untuk dimasa akan datang.

"Ini pengalaman pertama saya buat secara langsung dan tanpa skrip. Saya tidak tahu format siaran langsung, bila saya perlu berhenti untuk iklan dan sambung semula bercakap. Itu semua buat saya rasa gementar dan hilang kata-kata. Saya pula seorang saya cakap laju dan bila disuruh berhenti saya susah nak bercakap semula," Ujar Elfira.

"Saya sedar banyak yang perlu diperbaiki lagi, tapi bukan bermakna saya tidak boleh buat bidang pengacaraan ini. Saya tidak akan putus asa dan mengalah dengan kritikan orang," Jelasnya lagi.

OH!ARTIS: TAHNIAH SUDAH MENGORAK LANGKAH KEDUNIA PENGACARAAN TAPI KENE BANYAK BUAT RESEARCH YER CIK ELFIRA.

Gambar Majlis Hari Jadi <b>Elfira Loy</b> Ke-19 | akupunyer lah! ©

Posted: 13 Mar 2013 02:18 PM PDT

Gambar Majlis Hari Jadi Elfira Loy | Pada 8 Mac semalam, Elfira Loy telah pun menyambut hari jadinya yang ke 19. Menerusi laman Instagram rasmi milik pelakon Elfira Loy, dia telah diraikan dengan 'surprise birthday party' yang dirancang oleh teman-temannya.
Berdasarkan foto yang telah dimuat naik oleh Elfira sendiri, terdapat beberapa rakan artis yang juga turut hadir memeriahkan majlis. Antara artis yang hadir adalah Dafi, Hairul Azreen, Sari Yanti, Alam (Wakaka Crew), Iz (OIAM) serta Farish.

Dibawah adalah foto sekitar majlis hari jadi Elfira Loy.




Quote:

_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


<b>fida ibrahim</b> kena serang dengan &#39;teman wanita&#39; - ammboi dot com

Posted: 02 Dec 2012 06:00 PM PST

Fida Ibrahim Kena Serang Dengan 'Teman Wanita' Zalif Sidek? | Alamak, cinta mereka baru sahaja nak berputik. Ada pula penghalang.  Entah mengapa seperti malang hadir bertimpa-timpa kepada Fida Ibrahim apabila cinta yang mahu dibinanya sering terkandas di tengah jalan. Belum pun lara Fida terubat dek kasih tidak kesampaian dengan pelawak Mamat Sepah, hubungannya yang baru terjalin dengan pelakon Zalif Sidek turut berdepan cabaran.

Menurut laporan Kosmo Online, Fida menjelaskan dia yang mula rapat dengan Zalif Sidek sejak sebulan lalu itu, hidupnya kini terganggu apabila seorang wanita menghalang daripada dia meneruskan hubungan rapat dengan Zalif.

"Saya tiada masalah apabila Zalif cakap dia mahu berkawan dan kenal saya dengan lebih rapat kerana saya mahu beri peluang kepada sesiapa sahaja selepas tiada hubungan dengan sesiapa. Tetapi sejak cerita tentang hubungan kami tersebar, hidup saya tidak tenteram apabila dia yang mendakwa sebagai teman wanita Zalif mula mengganggu hidup saya.

"Tidak cukup dengan SMS (khidmat pesanan ringkas), dia menelefon saya dan menghambur kata-kata kesat agar menjauhkan diri daripada Zalif. Saya jadi takut dan sebab itu juga saya tidak membalas BBM (mesej BlackBerry) yang Zalif hantar kerana tidak mahu masalah ini terus menjadi besar," katanya dalam laporan berkenaan.

Bagaimanapun jelas Fida yang trauma dengan masalah itu, dia menanggap hubungannya dengan Zalif kini sekadar seperti kawan biasa kerana tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

CARIAN BERKAITAN

  • fida kena serang (22)
  • fida ibrahim kena serang (11)
  • fida ibrahim diserang (10)
  • fida ibrahim di serang (6)
  • www temanwanita tk (4)

Tags: , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Dafi af - Google Blog Search

Dafi af - Google Blog Search


Sambutan hari lahir Elfira Loy | Magazine I am

Posted: 08 Mar 2013 12:15 AM PST

Melalui instagram Elfira, dapat dilihat terdapat kejutan yang berlaku pada malam sebelumnya.
Antara rakan artis yang turut hadir ke majlis tersebut, antaranya adalah Dafi (AF), Hairul Azreen, Sari Yanti, Alam (Wakaka Crew), Iz (OIAM) serta Farish.
Untuk makluman, hari ini juga merupakan ulangtahun kelahiran model dan pelakon terkenal Dynas Mokhtar.
Lihat di antara gambar-gambar pada sekitar sambutan ulang tahun Elfira ini. Meriah juga..

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


<b>Nora Danish</b> Cari Penganti Cinta Yang Hilang - Oh! Artis

Posted: 10 Mar 2013 07:18 PM PDT

ohartis-nora-danish-rayqal

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita dan manja Nora Danish yang kini popular menerusi filem Aku Terima Nikahnya. Pemiliki raup wajah rupawan yang menjadi idaman jejaka ini rupanya sudah hampir 5 tahun hidup menyendiri akibat kecundang dalam rumahtangga dan konflik beliau dengan pelakon Fasha Sandha pernah menjadi gosip hangat tak lama dulu.

Nora Danish yang kini sibuk dengan jadual kerja yang melimpah ruah dan hanya menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya dan anak lelaki tunggal kesayangannya, Putra Raykal Rizal Ashram menjelaskan dia tidak ada masa untuk memikirkan soal cinta oleh kerana kekakangan masa dan kesibukannya dalam dunia seni. Namun Nora mengaku bahawa dia sememangnya mengharapkan dan mencari seorang lelaki muncul dalam hidupnya kembali sebagai cinta sebenar mengantikan cinta yang pernah hilang dulu.

""Kisah saya selama ini biarlah menjadi sejarah yang berguna kepada kehidupan saya sendiri dan juga cara untuk mengajar saya supaya lebih berhati-hati dalam mencari pasangan hidup yang sebaik-baiknya. Istilah gagal dan serik untuk kembali bercinta tidak pernah terukir dalam perjalanan hidup saya. Saya akui ketika ini memang saya sedang mencari cinta sebenar," Akui Nora.

Pelakon yang baru sahaja menyambut ulangtahunya yang ke 31 baru-baru ini, menganggap masa adalah halangan utama untuk dirinya menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki buat masa kini. Apabila ditanya soal teman istimewa Nora menjelaskan semuanya hanya sekadar kawan biasa dan tiada yang benar-benar istimewa dihatinya buat masa kini.

ohartis-nora-danish

ohartis-nora-danish-anuar-zain-1

ohartis-nora-danish-anuar-zain-2

Namun Nora berterus terang mengaku bahawa Anuar Zain merupakan lelaki yang mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya. Nora Danish dan Anuar Zain pernah bekerjasama bersama dalam klip video lagu Anuar Zain yang bertajuk "Ajari Aku" dan Nora tidak menolak jika mendapat peluang sekali lagi untuk bergandingan dengan Anuar Zain. Ditanya kenapa Anuar Zain menjadi pilihan, Nora menjawab :

"Sebab dia cukup gentleman, semua wanita pasti menyukainya. Peluang berlakon dalam video klip bersamanya baru-baru ini cukup mengujakan saya." Jelas Nora.

OHARTIS: RASANYA SEKALI PETIK JARI JE BERDERET BERATUR TUNGGU TURN NAK MENGORAT NORA DANISH. NO BIG DEAL LA KAN NORA? CUMA CARI YANG LEBIH PANDAI MENGHARGAI DIRI KITA DAN ANAK-ANAK, ITU YANG TERBAIK.

Adira af - Google Blog Search

Adira af - Google Blog Search


Kurakura.My » Gambar <b>Adira AF</b> Ombak Rindu Pegang Anjing

Posted: 06 Feb 2012 12:47 AM PST

Tersebar kini diruangan internet gambar adira af memegang dan memeluk suatu objek yang kelihatan seperti anjing. ramai percaya objek yang dipeluk adira adalah seekor anjing. namun kesahihan masih belum dapat dipastikan berikutan adira masih belum membuat sebarang kenyataan berkaitan gambar berkenaan.

anjing

Gambar Adira AF Ombak Rindu Pegang Anjing

tidak kisah la bagaimana pun atau apapun yang dipegang oleh adira. kalau benar beliau memegang seekor anjing dan dalam keadaan basah ataupun terkena air liurnya anjing berkenaan eloklah di samak.

bagi penulis, tidak ada salahnya memegang seekor anjing. lebih lagi jika anjing itu tidak gila atau egresif menyerang manusia. hanya perlu samak jika hendak menyucikan diri dari najis. kerana anjing dikategorikan sebagai najis.

bagi penulis yang salah dan paling berdosa apabila melihat saudara-saudara islam kita, berpegangan mesra dan berpelukan sesama bukan mahram. yang ini haram dan berdosa. perlu bertaubat jika melakukan. – illustrasiaku.com

berikut hukum dan cara menyucikan diri dari najis berat (anjing dan babi)

Sebenarnyan najis anjing dan babi adalah najis berat(mughallazah ).Jika terkena ataupun terpegang dlm tngn basah maka kena basuh 6kali dengan air mutlak bersertakan sekali air tanah..Hukum membela anjing untuk tujuan suka-suka tidak dibenarkan didalam islam mengkut mazhab syafie..Malaikat tak masuk rumah.Tapi ulama menggariskan jika untuk tujuan manfaat maka diharuskan.Seperti rumah2 menteri,atau orng kaya.

Hukumnya harus membela anjing bagi menjaga keselamatan hartanya atau kedainya..Tapi bukanlah pula untuk belaan sepert bela kucing dlm rumah..Dan hukum membela anjing untuk menjaga kebun juga adalah harus.Sama juga hukum menggunakan khidmat anjing untuk membanteras jenayah.Hukumnya harus.(maksud harus adalah tiada salah disisi islam)

Berdasarkan hujjah2 ini jugalah anjing tidak menjadi masalah besar dlm Islam.Kalau kita tengok beza antara anjing dngn manusia yg tak beriman.Lebih mulia anjing lagi..Sebabnya anjing tak masuk neraka pun.Jadi anjing x hina.Sedangkan manusia yg engkar pd Allah lebih hinadari anjing.Ini jg dijelaskan ulama.Islam mengharamkan umatnya membunuh anjing normal.Tapi anjing gila dibenaran sebab mengancam nyawa.Mesti kita pernah dengar kisah bagaimana seorang pelacur masuk syurga disebabkan beri minum kpd anjing.Cerita ini menjelaskan anjing itu patut disayangi.Disayangi bermaksud tidak diseksa,jika dia kelaparan diberi pula makan.Besar pahala beri makan kpd anjing yang kelaparan.Jadi kenapa kita mesti benci anjing,anjing bukannya ahli neraka seperti golongan manusia dan jin yg tak beriman dan syaitan yg sombong.

Kesimpulannya anjing tak salah pun nak pegang walaupun tangan basah.Cuma kena sucikan balik lah supaya sah solatnya.Tapi kembali pula pada tujuan asal,atas tujuan apakah pula untuk memegang anjing.Jika releven maka haruslah memegangnya.Sebab itu pelajar varterina diharuskan memegang anjing dan babi walaupn tangan basah.Sebab mereka belajar benda tu.Tapi dengan syarat mereka kena sucikan balik lah dngn 6kali air mutlak dan sekali air tanah.Itu shja.Sebab dah terkena najis.Cuma persoalannya skrng adalah apakah motifnya memeluk anjing dan babi?Apakah motifnya bermain dngn anjing dan babi?Adakah begini caranya menzahirkan kasih sayang antara manusia dngn anjing dan babi?Kenapa tak bawa tidur skali anjing dan babi di dalam bilik?

Jadi cara kita zahirkn kasih sayang kpd anjing adalah memadailah sekadar kita bantu anjing yang kelaparan,tidak menyeksanya dan merawatnya jika haiwan ini dalam kesakitan jika kita mampu rawatnya. Ingt,haram hukumnya membela anjing di dalam rumah untuk suka-suka.Tapi kalau untuk manfaat seperti jaga kebun ke diharuskan syarak.Ataupun anda terlalu kaya,bela anjing untuk keselamatan diri dan harta.Hukumnya harus.Tapi tempatnya mestilah dikhaskan dan tidak pula berada di dalam rumah bersama-sama anda.Dan bukan pula dijadikan seperti kucing peliharaan.Hidup bersama didalam rumah dan bermanja-manja dngnnya.wallahua'lam

Sumber Asal

Kilafairy - Google Blog Search

Kilafairy - Google Blog Search


<b>Kilafairy</b> bukan Artis murahan ~ relevan sokmo

Posted: 12 Mar 2013 08:00 PM PDT

 Kilafairy 

Kehadirannya dalam dunia seni pernah dipertikaikan apabila dianggap sebagai menambahkan lagi bilangan artis yang bersandarkan pada publisiti murahan semata-mata. 


Jika disorot kembali kemunculan anak dara penyanyi veteran, Rohana Jalil ini, semuanya berkisar kepada kisah cinta, ditaja VIP dan dakwaan menyuntik bibir agar kelihatan lebih seksi. 

Walaupun cerita itu dinafikan empunya badan, namun ia terus membelenggu Kilafairy sehingga dia bangkit membuktikan dirinya juga punya bakat besar untuk dipertaruhkan dalam industri. Sebagai bukti, drama Saiful Nita yang disiarkan di TV3 tahun lalu menjadi titik tolak untuknya menepis dakwaan dirinya sekadar artis picisan. 

Lakonannya sebagai Nita yang terheret dalam pelbagai masalah selepas dipaksa kahwin dikira membanggakan dan mendapat pujian ramai. Kejayaan itu sekali gus membenamkan pandangan skeptikal khalayak terhadap artis sepertinya. 

Mengulas lanjut, Kilafairy atau lebih akrab disapa sebagai Kila berkata, apabila mengambil keputusan menceburkan diri dalam bidang seni, dia bukanlah main-main atau hanya mengejar glamor. 

Gosip lumrah hidup artis 

"Saya faham ramai yang mempunyai pandangan sebegitu kerana melihat dan membaca pelbagai gosip terutama membabitkan artis muda yang semakin ramai hari ini. Percayalah, tidak semua mengharapkan publisiti sebegitu walaupun ada yang menganggap itulah jalan mudah untuk popular. 
"Namun, mengenangkan inilah jalan yang mereka pilih, mahu atau tidak, mereka harus berdepan gosip seperti itu. Sebagai cara untuk mengelakkan diri daripada terus dihimpit cerita kontroversi, kita kena bijak untuk mengelak tempias sedemikian. Apa yang saya buat sekarang, saya akan tolak semua karakter yang mahu saya memegang watak gedik dan penggoda kerana saya tak mahu dikaitkan dengan karakter seperti itu lagi," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 di Holiday Villa Hotel & Suites, Subang baru-baru ini. 

Dia tidak lagi mahu membawakan watak sebegitu kerana tidak ingin dilabel stereotype, selain mendengar nasihat ibunya sendiri. 

Menyanyi di malam kemuncak ABPBH 

Pada malam kemuncak ABPBH nanti, pemilik nama Syakila Nisa Jahangir Khan akan mempamerkan kebolehannya menyanyi bersama beberapa artis remaja lain. 

Terlanjur bercakap soal nyanyian, gadis berusia 20 tahun ini sudah pun muncul dengan single kedua berjudul Pasti, yang kini rancak diputarkan di corong radio. Meskipun sebelum ini dia dikenali sebagai penyanyi yang mampu membawakan lagu Bollywood dengan baik, namun untuk single terbaru, dia mencuba rentak soul. 

"Ramai juga yang hairan kenapa saya tak rakamkan lagu Bollywood? Kalau ada yang tak tahu, irama soul ialah muzik kegemaran saya. Memang dari dulu saya teringin untuk membawakan lagu berjiwa seperti ini. Kini tiba masanya saya mempromosikan lagu ini selepas selesai menjalani penggambaran sebuah drama untuk siaran RTM. 

"Saya memang tak suka buat dua tiga kerja dalam satu masa," katanya



Sumber BH


Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


Syukur Diduga Ketika Masih Muda – <b>Shila Amzah</b> | OHBULAN!

Posted: 10 Mar 2013 05:00 PM PDT

Shila Amzah"Sebab itu saya bersyukur kerana diduga (tentang cinta) ketika masih muda. Masih ada masa untuk memperbaiki kesilapan."

Ringkas dan kelihatan seperti tiada ada apa yang serius berlaku selepas isu perpisahan Shila Amzah bersama kekasihnya, Sharnaaz Ahmad. Tapi siapa tahu apa yang sebenarnya bermain di hati dan fikiran penyanyi berusia 23 tahun ini?

Terbaru, menerusi laporan Utusan Malaysia semalam, Shila Amzah mengakui dia bersyukur walaupun telah melalui kisah cinta yang memeritkan. Putus ditengah jalan, Shila masih mampu meneruskan kariernya dan tetap meniti puncak demi puncak kejayaan.

"Saya reda dan yakin setiap yang berlaku pasti ada rahmat tersendiri. Jadi kena banyak bersabar sebab pasti ada imbalan dijanjikan-Nya. Saya sedar bahawa tanggungjawab yang dipikul di bahu ini cukup besar. Saya tidak boleh hilang pertimbangan kerana setiap tindak tanduk yang dibuat turut berkait dengan masa depan diri dan keluarga."

Selain itu, Shila turut mengakui sebelum ini dia telah melakukan banyak kesilapan, namun tidak mendedahkan apakah ia sebenarnya.

"Jika difikirkan kembali, memang berlaku banyak kesilapan yang sukar dinyatakan. Dan sebab itu saya berdoa perkara macam itu (putus cinta) tidak berulang lagi."

P/s : Baguslah begitu, masih jauh perjalanan awak sebagai seorang penyanyi. Tuhan sudah tentukan, jika jodoh itu ada, maka akan tiba juga satu hari nanti. Kan 'uols'?

Tags: ,

<b>Shila Amzah</b> Bengang Gambar Dipolitikkan Oleh Individu Yang <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2013 09:28 PM PST

Shila Amzah

Beberapa jam lalu, penyanyi yang terkenal menerusi lagu 'Patah Seribu,' Shila Amzah telah memuat naik status di laman Twitternya yang berbaur sedih dan kecewa dengan fitnah yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab ke atas dirinya.

Shila Amzah

Menurut sebuah blog, Shila Amzah didakwa telah mengkritik produk yang dilabelkan sebagai barangan 1 Malaysia dan penyanyi ini turut difitnah cuba mempersendakan slogan '1 Malaysia' yang selama ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Blog fitnah Shila Amzah

Sumber : Twitter Shila Amzah

Tags: , ,