Aqasha - Google Blog Search |
- Sein, Zain & <b>Aqasha</b> Tubuh Syarikat Produksi | MyNewsHub
- <b>Aqasha</b> B'sikap Profesional Dengan Umie Aida | MyNewsHub
- <b>Aqasha</b> Kurangkan Terima Watak Romantis | MyNewsHub
Sein, Zain & <b>Aqasha</b> Tubuh Syarikat Produksi | MyNewsHub Posted: 11 Mar 2013 01:43 AM PDT KUALA LUMPUR – Tiga sahabat baik Zain, Sein dan Aqasha telah menubuhkan sebuah syarikat produksi yang diberi nama Camworks Sdn Bhd. Dengan penubuhan syarikat produksi ini, mereka berhasrat menghasilkan karya tempatan yang lebih bermutu. Memiliki kepakaran tersendiri membuatkan Zain, Sein dan Aqasha bergabung untuk berkongsi pengetahuan masing-masing. Selain studio, Camworks Sdn Bhd juga memiliki kemudahan untuk menerbitkan drama tv dan filem cereka. Selain Zain, Sein dan Aqasha, syarikat itu turut diusahakan oleh tiga rakan niaga. Syarikat produksi itu ditubuhkan tahun lalu, ia menawarkan khidmat penerbitan, pengarahan dan penataan bunyi. Filem sulung arahan Sein, "Langgar" yang telah menjalani penggambaran dua tahun lalu bakal ditayangkan April ini. Filem itu telah diterbitkan oleh Tayangan Unggul itu dibintangi Adi Putra, Hans Isaac, Namron, Khir Rahman dan Natasha Hudson. - Astro Awani Iklan Teks: Artikel Berkaitan:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
<b>Aqasha</b> B'sikap Profesional Dengan Umie Aida | MyNewsHub Posted: 22 Mar 2013 07:07 PM PDT PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi Aqasha berkata dia perlu bersikap profesional apabila pengarah drama Erma Fatima mahu menggandingkannya dengan Datin Umie Aida dalam drama terbaharu berjudul Aku Tahu. Aqasha atau nama sebenarnya, Firdee Akassya Rosli, 31, menjelaskan, dia langsung tidak berasa kekok digandingkan dengan Umie di set penggambaran kerana dia sudah maklum terhadap tanggungjawab yang diberikan. "Saya dan Umie sentiasa bersikap profesional ketika berada di set penggambaran dan kami langsung tiada masalah bergandingan bersama. "Tambahan pula beliau adalah antara pelakon yang saya kagumi," jelasnya kepada mStar Online. Sebelum ini, Aqasha dan Umie pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta semasa zaman bujang sewaktu bergandingan dalam filem Embun pada tahun 2002. Dalam pada itu, Aqasha berkata, dia kini lebih memilih watak yang ditawarkan kerana ingin menjaga hati isterinya, Noor Baizura Mohd Sabri, 30. elas Aqasha, sebagai seorang suami dan bapa kepada dua orang cahaya mata, dia berasakan sudah tiba masanya untuk mengelak daripada mengambil terlalu kerap watak-watak lelaki romantik demi mengelakkan salah faham di antaranya dengan isteri. "Saya ingin menjadi seorang suami yang bertimbang rasa terhadap isteri kerana tidak mahu salah faham timbul walaupun dia tidak pernah cakap apa-apa. "Sebab itu saya ingin mengurangkan watak-watak lelaki romantik atau pun menjadi kekasih dalam sesebuah drama," ujarnya. Sementara itu, Aqasha berkata, selain lakonan, dia kini banyak menumpukan perhatian kepada syarikat produksi bersama rakan kongsinya iaitu Sein dan Zain daripada kumpulan Ruffedge yang ditubuhkan hampir dua tahun lalu. Selain menumpukan kepada penerbitan video korporat dan pasca penerbitan, mereka sedang dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah filem dalam tahun ini. "Insya-Allah jika tiada halangan kami akan memulakan projek filem itu selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini dan kini ia masih dalam peringkat perbincangan," katanya. – mStar Online Iklan Teks:Artikel Berkaitan:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
<b>Aqasha</b> Kurangkan Terima Watak Romantis | MyNewsHub Posted: 20 Mar 2013 09:51 PM PDT Pelakon kacak, Aqasha Rosli mengakui bahawa dia kini cuba untuk kurangkan mengambil sebarang watak romantis demi menghormati isterinya, Noor Baizura. Sebelum ini, pelakon berwajah ala 'chinese look' itu sering dilihat berjaya menghayati watak lelaki romantis di samping heroin-heroinnya sebelum ini iaitu antaranya Rita Rudaini, Fazura Shariffudin, Ayu Raudhah dan Tiz Zaqyah. "Saya rasa watak romantik itu dah boleh dilepaskan pada pelapis baru. Sekarang ini saya pilih pada watak-watak yang lebih matang. "Memang sejak kahwin ini, saya sebolehnya nak jadi suami yang bertimbang rasa. Jadi saya mahu kalau boleh watak itu biarlah bersesuaian. Isteri saya seorang yang sentiasa memahami. Dia tidak menghalang saya untuk melakonkan apa juga watak termasuk watak romantik. Cuma, iyalah…hati perempuan, memanglaah dia kata okay, tapi kadang-kadang dia simpan je kan," katanya kepada MalaysianDigest. Bapa kepada dua orang anak ini juga juga merasakan watak sebegitu sudah boleh diberikan kepada pelakon pelapis kerana dia kini mahu lebih menumpukan kepada watak-watak yang lebih matang. Selain masih aktif dalam bidang lakonan, Aqasha juga kini semakin berjinak-jinak dengan kerja belakang tabir melalui syarikat produksi yang ditubuhkannya bersama dua rakan baiknya, Zain dan Sein Ruffedge. Oleh: JULIANA JOHAR Iklan Teks:Artikel Berkaitan:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from Aqasha - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |