Nuffnang

Selasa, 12 Mac 2013

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


Tiz Zaqyah Susah Berlakon Dengan <b>Remy Ishak</b> - Gua.com.my

Posted: 06 Mar 2013 04:37 PM PST

Umum mengetahui kisah percintaan bintang Nur Kasih, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah sudah pun berakhir beberapa bulan lalu. Tiz pun nampaknya sudah pun menemui pengganti Remy. Ketika bertemu dengan Tiz Zaqyah di Majlis Pratonton Drama 'Cinta Jangan Pergi' di e@Curve pada Rabu, pelakon popular ini sempat memberi komen tentang kehidupan peribadinya kini.

"Saya akui sudah punya teman lelaki seperti yang peminat boleh lihat di laman Instagram. Dia merupakan rakan sekolah saya sejak dari tingkatan dua. Dia seorang yang memahami dan saya selesa bersamanya," ujar Tiz yang sudah dua bulan berkawan  rapat dengan jejaka yang berkerja dalam bidang Teknologi Maklumat itu.

Biarpun begitu, Tiz memberitahu dia tidak menolak seandainya jodohnya bersama rakan artis juga. Menurut Tiz, perasaan dan keadaan bercinta sesama rakan artis dan orang biasa adalah sangat berbeza.

"Memang lain bila kita bercinta dengan rakan artis dan juga orang biasa. Apabila dengan orang biasa ini, perhatian yang diberi orang terhadap hubungan kami pun kurang," ujar gadis yang sedang bercinta dengan jejaka bernama Daniel Haziq.

Gadis berusia 25 tahun ini turut menambah tidak akan menjalinkan sebarang ikatan pertunangan mahupun perkahwinan dalam masa terdekat ini. Menurut Tiz, karier dan kerjaya sebagai anak seni menjadi fokus utamanya sekarang.

Tiz bakal muncul dalam buah tangan terbaru Kabir Bhatia, 'Cinta Jangan Pergi' yang akan bersiaran bermula April ini di saluran televisyen TV9. Kali ini Tiz sekali lagi bergandingan dengan bekas kekasihnya sendiri, Remy Ishak. GUA difahamkan mereka baru sahaja berpisah sewaktu menjalani pengambaran drama ini.

"Tipulah kalau saya kata mudah apabila kena berlakon dengan dia (Remy Ishak) selepas kami berpisah. Tapi atas dasar kerja dan profesional, kami lakukan juga demi tugas dan untuk pastikan hasilnya memuaskan," jelas Tiz.

Selain drama ini, Tiz juga sibuk menjalani pengambaran 'Sebenarnya Saya Isteri Dia', drama adaptasi sebuah novel gandingannya bersama Izzue Islam untuk slot Zehra, TV3. Dalam masa yang sama, Tiz juga akan muncul dalam siri 'Oh My English' sebagai Cikgu Ayu. Kata Tiz lagi, beliau cukup seronok menjalani pengambaran siri berkenaan.

Tiz yang memegang watak Lea Soraya dalam drama 'Cinta Jangan Pergi' ini turut berkongsi pengalaman manisnya berada di United Kingdom dan Paris semasa menjalani pengambaran drama berkenaan. Antara cabaran yang terpaksa ditempuhinya adalah memakai baju nipis untuk disesuaikan dengan kehendak watak sedangkan cuaca di sana sangat sejuk.

Nubhan - Google Blog Search

Nubhan - Google Blog Search


EXCLUSIVE HI-TEA WITH <b>NUBHAN</b> | <b>NUBHAN</b> FC&#39;s 4th <b>...</b>

Posted: 08 Dec 2012 03:15 PM PST

Assalammualaikum...

Jom join kitorg! Kate dah lame xde event kan, rindu nak jume Nubhan kan. So ape lagi, free kan lah diri korg. Cepat bagi name dan confirmkan seat korg dengan bayar deposit RM 30. Seat kitorg susun ikut sape cepat bayar. Kalo lambat bayar duduk belakang la korg yer. Hihi. Last bagi ame dan buat pembayaran ialah 28 Disember 2012! Jom jom jom. In syaa Allah kami menjanjikan kenangan yang baru untuk korg. Kepada yang dah confirm name, kite jumpe nanti. See ya!

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


<b>Elly Mazlein</b> Terus Kunci Mulut Kisah Putus Tunang - Halaman <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2013 09:10 PM PST

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas mengenai status hubungannya dengan pengarah filem Azmi Hatta yang dikatakan telah berantakan.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 33, berkata, buat masa ini biarlah soal tersebut menjadi rahsianya buat sementara waktu dan hanya akan berbicara apabila tiba masanya nanti.
"Biarlah perkara itu menjadi rahsia dan apabila tiba masanya saya akan beritahu nanti," ujarnya ringkas.
Elly ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Awan Dania The Movie yang diadakan di Pavillion di sini, Rabu.
Elly dan Azmi, 37, telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mei pada 2011 dalam satu majlis di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, dekat sini.
Pasangan yang berkenalan sejak 2009 itu sepatutnya bernikah pada Februari tahun lalu, namun ia masih lagi tertangguh sehingga sekarang.
Dalam pada itu, Elly turut menolak dakwaan kemunculan lagu terbaharunya, Sabarlah Hati, yang dijangka keluar dalam masa terdekat berkaitan dengan hubungan cintanya.
"Lagu itu adalah kerjasama saya dengan KRU Music dan ia dijangka akan berada di pasaran dalam masa terdekat.
"Single terbaharu itu sebagai tanda kerinduan saya pada bidang nyanyian," ujarnya.
Sementara itu, mengulas mengenai filem Awan Dania The Movie, Elly memberitahu, wataknya dalam karya arahan Rashid Sibir itu berbeza dengan peranan yang pernah dipegang sebelum ini.
"Walaupun peminat suka apabila saya membawa peranan wanita baik tetapi menerusi filem ini watak gedik yang ditampilkan berbeza dan saya cukup seronok menjayakannya," jelas Elly.
Selain Elly, filem ini turut menampilkan Scha Al-Yahya dan Rusdi Ramli sebagai peneraju utama.

kumpulan Jinbara - Google Blog Search

kumpulan Jinbara - Google Blog Search


[] Zakwan-Nayli []: Jatuh Cinta Sama WARISAN RIMBA | Melawat <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2013 08:00 PM PDT

Aritu MamaZN ada citer yang kami dah sampai Warisan Rimba
Kejadian terjadi lepas balik dari Zoo Negara
Tiba-tiba jek teringat yang tempat ni dekat jek dgn Zoo Negara
Tu yang ajak PapaZN pi terjah tu
Saje jalan-jalan melawat kawasan kekdahnya...
Ececece, dah macam YB plak dah, haha!
Sebelum ni taktau pun tentang kewujudannya
Asalnya, tau pun dari blog Nana
Tu yang teruja nak pi tengok jugak tu ;)
Senang jek nak ke Warisan Rimba ni rupanya
Ada gak la tempat mandi manda yang lain
Chalet kumpulan Jinbara pun ada jugak
Sebab cantek sangat tempat ni!
Baju spare ada jek dalam kete tu, hihihi
Tapi PapaZN refused utk bermandi manda hukhukhuk!
Takpela, kite follow jek la
Pasni bleh datang lagi - semestinya well prepared! Hehehe...
Masa nak melawat-lawat tu, owner ada kat situ
Dia ingat kitorang ada booked chalet
Bila dah tau yang kitorang saje nak melawat-lawat
Dia bawak la jalan-jalan tengok kawasan
3 chalet yang dekat dengan kolam ni nampak best!
Ada 2 kolam lain yang dia baru buat
Tapi suasana tak berapa santai macam kat sini
Chalet paling murah RM80 kalu nak bermalam
Tapi kalu nak sewa utk siang jek pun boleh jugak
Kot-kot la nak buat utk rehat-rehat @ tukar baju ke
Banyak jugak kemudahan yang disediakan kat sini
Selain chalet, ada jugak port utk BBQ, jungle trekking, aktiviti karaoke & ATV
Surau dan tandas pun ada disediakan
Tapi aritu tak pi melawat plak surau n tandas nya cemane
Zakwan tu geram jek tu... Sbb bleh celup-celup kaki jek, haha!
Kat sini, kalu nak mandi kolam yang disediakan tu pun boleh
Kalu nak mandi sungai pun boleh
Menurut owner tu, orang yang datang situ 
Ramai yang nak mandi kolam jek, mandi sungai depa takmo
Kolam tu air nya datang dari air bukit
Takde sejuk cam air sungai
Pastu airnya agak kehijauan camtu sebab air tu dah bercampur dgn sumber mineral mcm belerang
Owner tu la citer
MamaZN jadik pencerita semula jek, haha!

Kesimpulannya memang best!
Patut la Nana & da geng pun slalu datang sini
Sebab memang betul-betul best pun!
PapaZN pun dah jatuh cinta gak dgn tempat ni
Dah siap plan nak wat berpiknik sesama adek beradek dia dah tu...
Pantasss! =p

Dafi af - Google Blog Search

Dafi af - Google Blog Search


<b>Dafi AF</b> Lancar Video Klip Single Terbaru “Salahkah Aku” | OHBULAN!

Posted: 12 Mar 2013 09:53 PM PDT

Dafi

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi bin Ismail Sabri baru sahaja melancarkan video klip terbaru untuk single berjudul "Salahkah Aku."

Secara umumnya lagu ini merupakan karya penulis lirik terkenal, Ajai dan menerusi klip video yang dipaparkan, ia banyak menampilkan artis-artis yang terlibat dalam program "Fear Factor Selebriti Malaysia" seperti Kaka, Didie Alias, Hairul Azreen, Elfira Loy serta Azam Pitt.

Video ini baru sahaja dimuat naik melalui laman YouTube semalam (12 Mac 2013) dan setakat ini video tersebut baru sahaja mencapai 282 orang penonton.

Ini adalah muzik video rasmi untuk single terbaru Dafi iaitu "Salahkah Aku" yang dipetik dari album Dafi yang akan berada dipasaran. Ini adalah muzik video pertama daripada empat muzik video yang akan diterbitkan. Semoga semua terhibur dengan muzik video ini. Terima kasih kerana menonton dan teruskan menyokong Dafi.

Jom layan video klip "Salahkah Aku" selepas ini.

<b>Dafi AF</b> Lancar Video Klip Single Terbaru “Salahkah Aku <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2013 10:01 PM PDT

Dafi

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi bin Ismail Sabri baru sahaja melancarkan video klip terbaru untuk single berjudul "Salahkah Aku."

Secara umumnya lagu ini merupakan karya penulis lirik terkenal, Ajai dan menerusi klip video yang dipaparkan, ia banyak menampilkan artis-artis yang terlibat dalam program "Fear Factor Selebriti Malaysia" seperti Kaka, Didie Alias, Hairul Azreen, Elfira Loy serta Azam Pitt.

Video ini baru sahaja dimuat naik melalui laman YouTube semalam (12 Mac 2013) dan setakat ini video tersebut baru sahaja mencapai 282 orang penonton.

Ini adalah muzik video rasmi untuk single terbaru Dafi iaitu "Salahkah Aku" yang dipetik dari album Dafi yang akan berada dipasaran. Ini adalah muzik video pertama daripada empat muzik video yang akan diterbitkan. Semoga semua terhibur dengan muzik video ini. Terima kasih kerana menonton dan teruskan menyokong Dafi.

Jom layan video klip "Salahkah Aku" selepas ini.


Link to full article

Altimet - Google Blog Search

Altimet - Google Blog Search


Blog tak bersuara: "Bangkit" lagu baru <b>altimet</b> yang cukup kreatif

Posted: 12 Sep 2012 09:58 PM PDT

video klip paling kreatif, guna tulisan jawi, tak pernah terpikir ade orang yg akan buat video klip macam ni,
lirik die pulak memang gempak xcaya tgk sendiri..

ramlah ram - Google Blog Search

ramlah ram - Google Blog Search


HACKING : Akaun Twitter <b>Ramlah Ram</b> Digodam - Pabila Mambang <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2012 01:20 AM PDT

Salam satu Malaysia mambang ucapkan kepada semua warga pembaca blog mambang.
Hari ini mambang ada satu cerita menarik iaitu tentang isu penggodaman.
Pagi tadi mambang dikejutkan oleh beberapa media di facebook mengenai kes terbaru iaitu penggodam yang menggelarkan dirinya LulzSec telah menggodam akaun twitter artis Malaysia kita iaitu Ramlah Ram.
Dia juga turut menyatakan bahawa sasaran seterusnya ialah Fazura dan Lisa Surihani.
Dalam Kenyataan itu, LulzSec memberi tempoh kepada pemegang akaun sebenar twitter Ramlah Ram untuk recover balik akaunnya dalam masa 48jam. Jika gagal berbuat demikian, akaun tersebut akan di deactivatekan.
Berikut ialah beberapa screenshot yang sempat mambang rakamkan

1. 

2. 

Screenshot Facebook yang dikeluarkan oleh Forced Encryption pada jam 16:02 (10/10/2012) waktu Malaysia



Facebook (6/10/2012)


Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


Adik Bertudung, <b>Elfira Loy</b> Kena Tempias - Gua.com.my

Posted: 27 Dec 2012 06:54 PM PST

Penampilan pelakon muda Ezlisa Loy yang cantik mengenakan hijab sewaktu pelancaran drama 'Debunga Lalang' semalam, cukup menarik perhatian GUA untuk bertanyakan lebih lanjut cerita di sebalik imej baru beliau. Ezlisa yang juga adik kepada pelakon wanita yang semakin meningkat naik di Malaysia, Elfira Loy, sudi berkongsi kisah sebenar yang membawa kepada penghijrahan tersebut.

"Sebenarnya saya baru sahaja memakai tudung bermula bulan ini (Disember). Malah tak ramai kawan-kawan yang tahu sebab sekarang kan musim cuti sekolah. Tak ada sebab tertentu pun kenapa saya tampil dengan imej ini cuma hati saya tergerak untuk mengenakan hijab. Cuma ada juga peminat yang mula tanya bila giliran kakak (Elfira Loy) pula nak berhijrah," ujar pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 ini.

"Alhamdulillah. Sejak pakai tudung ini, rezeki dalam bidang lakonan pun makin murah. Saya pada awalnya tak kisah kalau tawaran berlakon tak sebanyak dulu kerana mungkin watak yang diberikan tak sesuai dengan penampilan baru saya ini. Saya bersyukur kerana keluarga dan kawan-kawan rapat menyokong penghijrahan saya.

"Lagipun, penglibatan saya dalam bidang lakonan adalah untuk kepuasan diri sendiri. Bayaran yang saya terima boleh saya gunakan untuk beli barang yang saya mahu tanpa perlu guna duit mak ayah saya. Ibu memang ajar kami adik-beradik untuk berdikari dan melalui lakonanlah saya dapat cari duit poket saya sendiri," tambah gadis berusia 16 tahun ini.

Menurut Ezlisa lagi, tahun 2013 merupakan tahun yang penting untuk dirinya apabila bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bertekad untuk menyambung cita-citanya sebagai seorang chef terkenal, Ezlisa berhasrat menyambung pengajian dalam bidang seni kulinari. Minatnya terhadap bidang masakan mendorong beliau untuk terus mengejar cita-citanya ini.

Bakal muncul dalam drama 'Nana Nini Nunu' terbitan RTM, Ezlisa berkata tahun hadapan beliau akan lebih selektif memilih tawaran berlakon mengikut masa yang sesuai. Telefilem menjadi pilihan utama kerana tidak memerlukan beliau untuk mengambil cuti lama dari persekolahan.

Apa-apapun GUA doakan agar penghijrahan ini kekal dan Esliza dapat mencapai segala impian yang diidamkan.

Kredit gambar: Malaysian Digest/Faisol Mustafa

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


<b>Fizo Omar</b> Tertekan Kes Hutang Belum Selesai - Gua.com.my

Posted: 21 Feb 2013 08:00 AM PST

Pelakon Wan Hafizol Wan Omar atau lebih dikenali sebagai Fizo Omar mengakui tertekan apabila kes yang melibatkan namanya berhubung pinjaman wang sebanyak RM8 juta dari sebuah bank antarabangsa masih belum menemui jalan penyelesaian.

Ekoran dari isu tersebut, Fizo yang didakwa menjadi penjamin bagi sebuah syarikat percetakan telah diminta menjelaskan bayaran lebih RM2.5 juta kepada institusi terbabit dan jika gagal berbuat demikian, dia akan dikenakan tindakan. Fizo ketika ditemui pada sidang media Arlief Event & Management baru-baru ini sempat berkongsi kepada GUA mengenai perkembangan terkini kes tersebut.

"Kes ini sangat complicated dan sehingga hari ini ia masih belum selesai. Banyak benda nak kena siasat dan sekarang saya masih tunggu laporan dari Jabatan Kimia dan juga pihak polis. Ia terlalu kusut untuk diselesaikan dan kalau diikutkan, tahun ini sudah empat tahun kes ini berlanjutan.

Saya harap ia dapat diselesaikan dengan segera kerana ia sedikit sebanyak mengganggu perniagaan saya dari segi memohon pinjaman bank dan sebagainya. Saya juga harap kes ini terjawab agar dapat jadi contoh pada semua orang memandangkan sekarang ini banyak sangat kes penipuan dokumen, pakatan orang bank dan juga pemalsuan tandatangan yang berlaku," luah Fizo kepada GUA.

"Tidak dinafikan amat berat dugaan ini namun Alhamdulillah, dalam masa yang sama, Allah mempermudahkan rezeki saya. Saya kini dilantik menjadi duta M7 dan juga produk minuman mereka, Drive selama setahun berkuatkuasa Februari.

Sebelum ini saya memang bercita-cita nak jadi duta mereka memandangkan jiwa saya memang ke arah sukan permotoran dan apabila dilantik menjadi duta jenama ini, saya rasa teruja sangat. Saya bukan setakat jadi duta, malah saya turut menjadi pengedar untuk produk mereka.

Selain itu, saya juga dilantik menjadi Ikon Belia 2012/2013 dan masih kekal duta Superman DC Comics Super Heroes Malaysia. Saya juga dalam perancangan untuk menerbitkan drama di bawah syarikat produksi saya sendiri dan Alhamdulillah, saya rasa ini permulaan yang baik untuk tahun 2013."

Faizal Hussein - Google Blog Search

Faizal Hussein - Google Blog Search


Pelakon <b>Faizal</b> Hussien Enggan Mendabik Dada ~ GOSIP SENSASI !!

Posted: 12 Mar 2013 05:29 AM PDT

Faizal Hussien menjulang trofi kemenangan bagi kategori, Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25)

Jika kebanyakan artis memilih untuk lebih selektif setelah berjaya menggenggam trofi di anugerah berprestij, namun tidak bagi pelakon hebat, Faizal Hussein.

Walaupun berjaya menjulang trofi kemenangan bagi kategori, Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25), namun anak kepada pasangan pelakon popular, Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Mahyon Ismail ini enggan mendabik dada.

Malah, Faizal, 45, mengakui, dia tidak akan menolak sebarang tawaran yang diberikan selepas ini sekiranya tidak bercanggah dengan jadual yang sedia ada.

"Buat pengetahuan anda, sebelum ini saya pernah bekerja dengan pengarah dan produksi yang teruk. Namun, saya ambil pendekatan positif dengan memberi sepenuh komitmen terhadap kerja lakonan saya.

"Tidak kira karya itu kecil atau besar, buruk atau atau bagus, jika pelakonnya berjaya menjadikan ia sebagai karya yang bagus, penonton tetap akan suka.

"Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk memilih tawaran baik drama mahupun filem. Apa yang penting, saya mahu memecah dominasi yang watak utama bukan hanya untuk pelakon muda," kata bapa kepada dua cahaya mata ini.

 Kembali meraih kepercayaan

Kemenangannya di FFM25, baru-baru ini benar-benar membuka mata pihak produksi dan pengarah tempatan.

Mengakui banyak menerima tawaran watak berat yang mencabar dan pelakon utama, Faizal berkata, bakatnya mula berjaya meraih kepercayaan industri.

"Ramai yang menganggap, pelakon yang sudah berusia sukar mendapatkan peluang lakonan sebagai watak utama.

"Namun, saya berterima kasih kepada pengarah filem, Bunohan, Dain Iskandar Said, apabila percaturannya ternyata membuka mata banyak pihak.

"Walaupun pada saat-saat akhir, watak saya bakal ditukarkan kepada orang lain, namun Dain tetap mempertahankan saya," katanya yang bakal muncul menerusi filem arahan, Hashim Rejab, Longkai.

20 tahun tidak dicalonkan

Mengakui anugerah tersebut adalah pengiktirafan pertama buatnya di FFFM sepanjang tempoh 30 tahun menapak dalam industri lakonan, Faizal pernah dicalonkan pada tahun 1993, menerusi filem, Kanta Serigala.

Faizal turut berseloroh, kemenangannya pada malam itu hanyalah kerana ketiadaan pencalonan daripada pelakon hebat yang juga sifunya, Eman Manan.

"Kalau Abang Eman ada, tentu saya kalah malam ini," katanya sambil ketawa.

Menurut Faizal, setelah hampir 20 tahun, barulah namanya kembali dicalonkan menerusi Bunohan.

"Walaupun Abang Eman tak ada, namun saya tidak mengharapkan kemenangan.

"Sejak awal lagi, saya sudah pasang niat, kehadiran saya pada malam itu hanyalah untuk bergembira bersama isteri dan anak-anak.

"Namun, saya meletakkan harapan tinggi buat Bunohan kerana ia adalah filem yang bagus dan paling berat yang pernah saya lakonkan," katanya yang terpaksa gelapkan badan dan dijemur tengah panas terik untuk menjayakan watak Ilham.

Adam af - Google Blog Search

Adam af - Google Blog Search


<b>Adam AF</b> mampu rawat pesakit terkena sihir

Posted: 03 Aug 2012 08:57 AM PDT

Akim - Google Blog Search

Akim - Google Blog Search


Open World - <b>Akim</b> Fimin - CG Channel Forums

Posted: 10 Feb 2013 01:35 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Title: Open World - Akim Fimin Artist: Akim Fimin Software: Modo, Photoshop Description: Hi all! Hi Jonathan! This is my first entry in the community. I did this sketch few years ago at David Luong DMP workshop. I think Dave ...

Kilafairy - Google Blog Search

Kilafairy - Google Blog Search


<b>Kilafairy</b> Dianggap Cari Publisiti Murahan? | KotakBerbunyi | Portal <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2013 11:13 PM PDT

kilafairy2

Kehadirannya dalam dunia seni pernah dipertikaikan apabila dianggap sebagai menambahkan lagi bilangan artis yang bersandarkan pada publisiti murahan semata-mata.

Jika disorot kembali kemunculan anak dara penyanyi veteran, Rohana Jalil ini, semuanya berkisar kepada kisah cinta, ditaja VIP dan dakwaan menyuntik bibir agar kelihatan lebih seksi.

Walaupun cerita itu dinafikan empunya badan, namun ia terus membelenggu Kilafairy sehingga dia bangkit membuktikan dirinya juga punya bakat besar untuk dipertaruhkan dalam industri. Sebagai bukti, drama Saiful Nita yang disiarkan di TV3 tahun lalu menjadi titik tolak untuknya menepis dakwaan dirinya sekadar artis picisan.

Lakonannya sebagai Nita yang terheret dalam pelbagai masalah selepas dipaksa kahwin dikira membanggakan dan mendapat pujian ramai. Kejayaan itu sekali gus membenamkan pandangan skeptikal khalayak terhadap artis sepertinya.

Mengulas lanjut, Kilafairy atau lebih akrab disapa sebagai Kila berkata, apabila mengambil keputusan menceburkan diri dalam bidang seni, dia bukanlah main-main atau hanya mengejar glamor.

Gosip lumrah hidup artis

"Saya faham ramai yang mempunyai pandangan sebegitu kerana melihat dan membaca pelbagai gosip terutama membabitkan artis muda yang semakin ramai hari ini. Percayalah, tidak semua mengharapkan publisiti sebegitu walaupun ada yang menganggap itulah jalan mudah untuk popular."

"Namun, mengenangkan inilah jalan yang mereka pilih, mahu atau tidak, mereka harus berdepan gosip seperti itu. Sebagai cara untuk mengelakkan diri daripada terus dihimpit cerita kontroversi, kita kena bijak untuk mengelak tempias sedemikian. Apa yang saya buat sekarang, saya akan tolak semua karakter yang mahu saya memegang watak gedik dan penggoda kerana saya tak mahu dikaitkan dengan karakter seperti itu lagi," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 di Holiday Villa Hotel & Suites, Subang baru-baru ini.

Dia tidak lagi mahu membawakan watak sebegitu kerana tidak ingin dilabel stereotype, selain mendengar nasihat ibunya sendiri.

Menyanyi di malam kemuncak ABPBH

Pada malam kemuncak ABPBH nanti, pemilik nama Syakila Nisa Jahangir Khan akan mempamerkan kebolehannya menyanyi bersama beberapa artis remaja lain.

Terlanjur bercakap soal nyanyian, gadis berusia 20 tahun ini sudah pun muncul dengan single kedua berjudul Pasti, yang kini rancak diputarkan di corong radio. Meskipun sebelum ini dia dikenali sebagai penyanyi yang mampu membawakan lagu Bollywood dengan baik, namun untuk single terbaru, dia mencuba rentak soul.

"Ramai juga yang hairan kenapa saya tak rakamkan lagu Bollywood? Kalau ada yang tak tahu, irama soul ialah muzik kegemaran saya. Memang dari dulu saya teringin untuk membawakan lagu berjiwa seperti ini. Kini tiba masanya saya mempromosikan lagu ini selepas selesai menjalani penggambaran sebuah drama untuk siaran RTM."

"Saya memang tak suka buat dua tiga kerja dalam satu masa," katanya.

KB Shouts : watak gedik? kalau sekadar lakonan ape salahnye kan.

Sumber : BeritaHarian

Fahrin Ahmad - Google Blog Search

Fahrin Ahmad - Google Blog Search


<b>Fahrin Ahmad</b> akui kekok jadi penyanyi - Halaman Gambar Menarik <b>...</b>

Posted: 15 Feb 2013 02:58 AM PST


KEKOK dan bagai tidak percaya. Itulah yang terlintas dalam fikiran aktor Fahrin Ahmad apabila mendengar lagu berjudul Siapa Ingin Membawa dendangannya sendiri buat pertama kali.
Lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik oleh Fetri Yahya itu merupakan lagu runut bunyi untuk drama bersiri terbaharu di slot Akasia TV3, Rindu Bertamu di Abu Dhabi lakonan Fahrin bersama pelakon Tasha Shila, Fouziah Gous, Shahrizal Jaszle dan Aiman Hakim Ridza.
Menurut Fahrin yang ditemui pada majlis pelancaran drama itu di Kuala Lumpur baru-baru ini, dia bukan sengaja untuk menjadi penyanyi kerana semua berlaku tidak dirancang.
"Semuanya bermula dengan gurauan apabila saya kata boleh cuba untuk menyanyi tetapi kena buat betul-betul dan lagu harus sesuai dengan tahap vokal saya.
"Penerbit drama ini terus minta lagu dan suruh saya menyanyi lagu ini. Semuanya berjalan dengan pantas kerana proses rakaman mengambil masa selama tiga hari sahaja," kata Fahrin.
Tidak mengikuti sebarang kelas vokal mahupun mempunyai pengalaman menyanyi secara langsung di hadapan khalayak, Fahrin sendiri berasa sungguh lucu apabila dia ditebak dengan persoalan adakah dia kini mahu jadi penyanyi?
"Sebenarnya saya sendiri berasa kelakar sebab selama 10 tahun menjadi pelakon, ini kali pertama kali saya menyanyi. Sebelum ini saya menyanyi di karaoke untuk suka-suka sahaja, tidak pernah pun masuk studio rakaman sebelum merakam lagu untuk drama ini.
"Bagi saya, nyanyian adalah satu cabang yang baharu kerana sebelum ini saya telah menjadi pengacara, jadi apa salahnya untuk mencuba," ujarnya.
Tambah Fahrin, meskipun sudah memiliki sebuah single, dia belum terfikir untuk menjadikan nyanyian sebahagian daripada kerjaya utamanya.
"Nyanyian sekadar kerjaya sampingan sahaja. Saya lihat dulu respons peminat terhadap lagu pertama ini, jika ada sambutan bolehlah diteruskan.
"Jika tidak ada sambutan, inilah lagu pertama dan terakhir saya (ketawa). Saya bukan ikut trend pelakon jadi penyanyi, tetapi hanya sahut cabaran yang diberikan kepada saya," tuturnya.
Bercerita mengenai pengalamannya di studio rakaman membuatkan Fahrin sedar bahawa menjadi penyanyi bukan satu perkara yang mudah.
"Selepas saya melalui sendiri pengalaman merakam lagu, baru saya sedar bahawa nyanyian bukan mudah. Sekarang saya lebih menghargai penyanyi.
"Menyanyi perlukan latihan, tidak mustahil jika saya diberi masa yang lebih lama, mungkin saya boleh menyampaikan lagu ini dengan lebih baik.
"Bagaimanapun, saya menyedari diri ini boleh menyanyi tetapi bukanlah penyanyi yang baik. Jika lagu ini diterima peminat, saya sudah cukup bersyukur," balasnya.
Abu Dhabi
Berbicara tentang drama bersiri Rindu Bertamu di Abu Dhabi yang menggantikan drama bersiri popular, Setia Hujung Nyawa, Fahrin yakin drama lakonannya itu mampu menarik perhatian peminat.
"Drama ini cukup menarik jalan ceritanya kerana naskhahnya berdiri dengan sendiri. Drama Setia Hujung Nyawa mempunyai ramai pengikut mungkin kerana cerita daripada sebuah novel popular.
"Saya berharap drama Rindu di Abu Dhabi akan mengatasi drama Setia Hujung Nyawa. Gementar juga kerana saya dengar rating drama itu sangat tinggi," ungkapnya.
Bercakap tentang pengalamannya sepanjang sebulan menjalani penggambaran drama di Abu Dhabi, kata Fahrin, pada mulanya sukar untuk menyesuaikan diri.
Namun, keramahan rakyat Malaysia di sana melayan semua kru dan pelakon menyebabkan mereka merasa seperti berada di tanah air sendiri.
"Abu Dhabi memang tempat yang cantik untuk bercuti tetapi kalau sudah hampir sebulan duduk di sana tetap rindu nak balik Malaysia. Nasib kami baik, di sana ramai rakyat Malaysia, jadi tidaklah rasa janggal sangat," terangnya.
Drama bersiri 28 episod terbitan Zeel Production yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis mulai 11 Februari lalu itu mengisahkan tentang Firdaus (Fahrin) yang membawa diri ke Abu Dhabi kerana difitnah.
Angkara fitnah tersebut, Firdaus terpaksa memutuskan pertunangan dengan Fatin (Fouziah Gous) dan berkahwin dengan Ain Farohah (Tasha Shila).

Alif Satar - Google Blog Search

Alif Satar - Google Blog Search


Karnival Usahawan Pendidikan Khas 2012 : <b>Alif Satar</b> Pun Datang <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2012 01:53 AM PDT

Semalam sape tak datang Taman Tasik Titiwangsa memang rugi ! :) Hehehe...sebab ape rugi ? Sebab tak dapat jumpe cikgu neot :P huhuhu...
Semalam penat woooahh.. i and my colleagues ada jual jual barang sempena Karnival Usahawan Pendidikan Khas 2012...macam macam laa kitorang jual...dari barangan kering hingga basah. Kebanyakkannya barangan perkhemahan...laris jugaklah sebab harga Runtuh !!
yang ni si neot, gozai dengan chacha ! hahaha...semua nak lawan sape kembang sape kuncup :P
tengok ni..latar belakang gerai saya...saya yang gantung pistol pistol tu tauuu..
yang ni cik neot deNgan si gozaiprong ! kenapa nama dia gozaiprong? ntah !

Waduh waduh wAduh..ngah sibuk menjual barang barang...tetiba alif satar daTang pulak !!! saje je nak kacau konsentrasi i...ishhhh...so terkedek kedek lah aku berjalan dEpan pentas tgk alif satar nyanyi !~ huhuh...(cutenye emmm emmm ^..^)

 alif alif ! sattt sattt tengok aaar sini ! sini laaa

alaaa saje je alif ba ta ni senyum senyum laaak kat i...ishhh pandang laa orang len.. (malu2 tenuk)

eh eheee alif ni...tau laa minaT kat i..toksah la maen tunjuk tunjuk pulak kan...nanti kantoi aaar ape laa alif ni !

oh nooo ouuu !!! saje le tu nak feeling feeling kan !~

Lepas puas dating dengan alif satar, i pun jenjalan laa kat kawasan tasik tu...tengok tengok ape bende nak beli..pastu...
"cikguuuuuuuuuuuu cikguuuu "
"aihhh awak !" (tengah berusaha ingat nama budak ni)
"cikkguuuu lamanye tak jumpe cikguuu waaaa"
"yee ? laaa rindu laa kat awak. camne best tak sekolah menengah?" (dulu pernah ajar dia masa dia di primary)
So kitorang pun berborak borak dan tangkap gambar..heheh...seronok jugak jumpe budak yang kenal cikgu dia kan... Ingatkan budak budak khas lupa cikgu..rupanya ta :P Diorang menghargai cikgu diorang :)

 Jalan-jalan lagi kena tahan jugak..."cikguuuuuuuuuuu" hahahah...ye ye..nasib bek kenal cikgu kan ! Muah muah ! :) Comel tak yang pakai sari tu ??? XD


Yang part ni nak cerita sikit. Hahaha...gambar kat bawah ni adalah seorang blogger lelaki yang paling lamaaa saya kenal sejak mula start blog. BUBU. Pastu secara kebetulan recently my frend tetiba jadi jiran sebelah rumah siBUBU ni hahaha.. what a small small world.

Yang ni pulak si gozaiprong, bubu dan neot...thanks bubu sebab sudi datang karnival and show some support ! XD 
cik neot paling cerah kannnnnn kannnn ! hahaha XD
Ini dia cik qiqilala ! Haaa !!! Dia ni hobi dia suka wat lawak je...lawak sengal !! Nampak je pendiammm tapi bila time sengal datang..adoyaiii ~~

Karnival pon habis sekitar kol 1.30petang gituuuu :P letih siot ! Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar .. dan nasib bek alif satar datang :P

 Lepas tu masa nak balik sedar sedar kasut pun dah rosak.. ish ish sedey,,,kene kutuk lagi ade laaa hahahaha

lepas tu nampak je tong sampah terus nak buang hahahah beli je la baru macam takde duit sangat !
ni pekesss !!! semua cikgu minum air free je k..entah berape banyak air tin dan air kotak dah kitorang balon ;P

cikgu neo, cikgu lee, cikgu ecaca, kak ayu, cikgu rika, cikgu qiqilala, cikgu lau
dan GPK bos kami..semestinyaaa Puan Sushilaaa ohyeah ohyeah !!
 TAKKE PELIK  nape laa diorang ni takleh nak posing kat tempat lain...kat kereta viva aku yang kecik molek ni jugakk laaa yang jadi port ! :P hehehe

Dan begitulah akhirnya hari yang penat T_T...jumpe lagi di karnival usahawan pendidikan khas tahun 2013!!

Jehan Miskin - Google Blog Search

Jehan Miskin - Google Blog Search


<b>Jehan Miskin</b> Sangkal Merajuk, Tolak Tawaran Berlakon - Halaman <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2013 11:14 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Jehan Miskin menyangkal dakwaan kononnya dia merajuk dengan dunia lakonan sehingga membuatkan dia menolak beberapa tawaran yang diberikan kepadanya.
Jehan sebaliknya berkata, keputusan menolak tawaran lakonan adalah disebabkan dia mahu memberi tumpuan kepada kerjaya barunya iaitu seorang penerbit dan pengarah.
"Benar sudah tiga bulan saya tidak menerima sebarang tawaran berlakon daripada mana-mana produksi kerana terlalu sibuk dengan pelbagai tugas sebagai pengarah dan penerbit.
"Merajuk itu tidak benar sama sekali kerana tiada sebab untuk saya berbuat demikian," jelasnya kepada mStar Online.
Jehan memberitahu dia bakal mengarahkan drama rantaian untuk 8TV berjudul What If sebanyak 13 episod selain sibuk dengan kerja-kerja pengarahan iklan komersial untuk syarikat korporat.
"Ramai tidak menyedari saya sudah tiga tahun bergiat aktif dalam penghasilan iklan komersial dan dokumentari untuk siaran televisyen," katanya.
Dalam pada itu, Jehan berkata, dia akan kembali berlakon apabila tiba masa yang sesuai kerana buat masa ini ingin memberikan tumpuan sepenuhnya dalam bidang pengarahan.
Katanya, dia perlu melakukan sesuatu bagi meluaskan kerjaya seninya dan tidak boleh terus berada pada tahap lama demi masa depan.
"Saya perlu membawa karier saya ke tahap yang lebih baik dan tidak hanya tertumpu kepada sesuatu perkara sahaja dan untuk mengejar cita-cita itu saya perlu melupakan dunia lakonan seketika.
"Tetapi itu tidak bermakna saya sudah tidak mahu berlakon kerana lakonan masih menjadi minat utama saya," ujarnya.
Sementara itu, Jehan mengakui peminatnya ada mengajukan pertanyaan menerusi Twitter dan Facebook tentang ketiadaannya di televisyen sejak kebelakangan ini.
"Saya terharu dengan kebimbangan mereka terhadap saya dan pada masa sama saya rasa dihargai kerana peminat sentiasa bertanyakan tentang perkembangan terbaru dan mengingati saya," jelasnya.

Review Filem : &#39;Awan Dania The Movie&#39; Ubat Rindu Peminat <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2013 09:40 PM PDT

Awan Dania The Movie

Masih ingat drama bersiri Awan Dania yang pernah ditayangkan di Astro Ria selama 3 musim? Anda mesti masih belum lupa melihat gelagat dan perangai Dania yang sering mencuit hati dan membuatkan anda tergelak.

Namun, selepas tamat drama bersiri tersebut, pengarah terkenal iaitu Rashid Sibir telah menggalas tugas berat dengan mengarahkan pula sebuah filem berdasarkan drama Awan Dania, iaitu 'Awan Dania The Movie'.

Dibintangi oleh Scha Al-Yahya (Dania), Elly Mazlein (Tania), Rusdi Ramli (Kapten Remy) dan juga Jehan Miskin (Benjy), produk terbaru Rashid Sibir ini telah mengimbau semula gelagat-gelagat Dania yang gelojoh dan suka melakukan perkara-perkara 'gila'. Kalau diikutkan logik, mana ada pramugari yang berperangai sebegini kan?

Filem 'Awan Dania The Movie' ini mengisahkan tentang Dania dan Tania yang satu ketika dahulu adalah kawan rapat. Namun disebabkan cemburu terhadap kejayaan dan juga kerana seorang lelaki iaitu Remy, hubungan Dania dan Tania secara tidak sedar semakin renggang. Mereka berdua masing-masing bersaing untuk mendapatkan anugerah pramugari terbaik.

04

Namun, apa yang lebih menarik perhatian ialah watak Dania itu sendiri. Dalam tidak sedar, Dania sebenarnya sudah jatuh cinta pada Remy. Dania hanya menyedari perkara itu apabila wujud perasaan cemburu terhadap Tania yang berjaya mencuri hati Remy. Dalam mengejar cintanya dan ingin membuktikan bahawa Tania sebenarnya hanya mengambil kesempatan terhadap Remy, Dania telah membuat keputusan untuk mencari bukti dan menjelaskan semuanya pada Remy.

Namun, selepas semuanya tidak berhasil, Dania telah menghubungi Benjy untuk menyamar sebagai kekasihnya. Bagi yang tidak tahu atau mungkin sudah lupa, Benjy sebenarnya adalah seorang lelaki yang pernah meminati dan tergila-gilakan Dania pada suatu ketika dahulu.

Niat utama Dania melakukan perkara ini adalah kerana dia mahu Remy berasa cemburu padanya. Kerana kasih Benjy kepada Dania walaupun selepas ditolak berkali-kali, Benjy tetap bersetuju untuk menyamar menjadi kekasih Dania.

07

Konflik ini kemudian berterusan apabila Benjy yang hanya mahu menegur Remy telah bertukar menjadi insiden yang ganas. Remy telah menumbuk Benjy dimuka dan ini menyebabkan Benjy membalas kembali kekasaran itu. Dalam situasi ini, dapat dilihat Benjy benar-benar menyayangi Dania.

Walau bagaimana pun, Tania yang mendapat tahu mengenai perkara yang berlaku telah mendedahkan kepada Remy bahawa Benjy hanyalah sebahagian dari rancangan Dania untuk membuatkan dirinya cemburu. Klimaks cerita ini apabila Dee dan juga rakannya telah menipu Dania dan Tania mengatakan Remy bakal berkahwin. Jadi, masing-masing menggelabah dan bergegas membuat persiapan masing-masing.

IMG_5330

Rupanya, itu semua adalah satu penipuan dan majlis perkahwinan itu sebenarnya adalah majlis perkahwinan adik Remy.

Jadi, apakah yang akan berlaku di penghujung cerita ini? Adakah Dania atau pun Tania yang akan dipilih Remy? Bagaimana pula dengan Benjy yang telah menyamar sebagai kekasih Dania?

Secara peribadi, saya melihat filem 'Awan Dania The Movie' sebagai sebuah lagi filem ringan yang mencuit hati. Tak putus-putus kami tergelak sewaktu menonton filem ini. Gelagat Dania dan juga perkelahiannya bersama Tania tak ubah seperti budak kecil yang berebut mainan. Dania kelihatan lebih gedik dari wataknya sebelum ini didalam drama bersiri Awan Dania.

Bagi anda yang merindui drama Awan Dania dan sukakan filem penuh komedi dan humor, filem 'Awan Dania The Movie' ini adalah satu filem yang wajib ditonton. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada 14 Mac ini. Jangan lupa saksikan ya!

Tags: , , , , ,