Tajuk Lagu/ Song Title: Biarkan Sejoli
Artis/ Artist: Tomok
Album: - / Single

Sejoli Misi Cantas Cinta
Filem Sejoli (Feb 2014) adalah berkenaan tentang dua pasangan yang tiada kena mengena putus cinta dan secara kebetulan bercuti di tempat yang sama. Semasa percutian, mereka bertemu dan mengetahui bekas pasangan mereka kini bercinta. Jadi pelbagai rancangan lucu timbul dalam usaha mereka untuk menggagalkan percintaan bekas kekasih masing-masing dan mendapatkan cinta mereka.

Video Muzik/ Music Video
OST SEJOLI : MISI CANTAS CINTA | BIARKAN SEJOLI (Youtube)

Lirik Lagu/ Lyrics
Biarkan Sejoli - Tomok

Sukarnya
Melepaskan cinta ini
Setelah hati ini
Kau miliki
Ternyata hanya mimpi
Kau buang aku ketepi
Oh mengapa
Kau biar begini sahaja

Mungkin ada penganti mu ku temui
Yang tahu menghargai cinta ini
Satu hari kau kan rasa
Betapa sakit nya
Hati yang kau luka
Kau biar begitu sahaja

Biar aku pergi bawa diri
Memujuk hati ku
Membiarkan rindu
Semua kerna

Hati ini
Sedikit pun tak bererti
Kepada mu
Yang memang aku cintai

Tak ku sangka
Ku hanya mengharap yang tiada
Dalam jiwa

Biarkan aku pergi bawa hati
Biar ku sendiri

Mungkin ada penganti mu ku temui
Yang tahu menghargai cinta ini
Satu hari kau kan rasa
Betapa sakit nya
Hati yang kau luka
Kau biar begitu sahaja

Nada Pemanggil/ Ringback Tone
-

Muat Turun MP3/ MP3 Download
-

'Biarkan Sejoli (Tomok)' Info
Lagu Tema filem Sejoli: Misi Cantas Cinta (2014)
Lagu / Lirik : Nurzaidi Abd Rahman

Ⓟ 2014 Grand Brilliance