Nuffnang

Jumaat, 27 April 2012

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


Bambam&#39;s Story: Video | <b>Remy Ishak</b> dancing with Cik Bambam

Posted: 24 Mar 2012 08:11 AM PDT


Personalize funny videos and birthday eCards at JibJab!
Wakakakkakakak... terjumpa video yang den wat dulu kat FB.. tahun 2010 punya kot.. ada kelebihan jugak new timelines FB nie! ehhehehehehhehe..

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


(Tahniah) Tengku Cleopatra - Nama Anak <b>Que Haidar</b> | Oh! Artis <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2012 05:16 AM PDT

Hantar ke Twitter! | Bookmark Share

Walaupun Que Haidar telah berhenti berlakon demi menjaga hati isterinya juga demi untuk menumpukan perhatian kepada keluarga dan perniagaannya, peminatnya tetap tidak berganjak untuk mengikuti perkembangan pelakon ini yang berkahwin dengan Linda Jasmine pada 14 Februari 2009.

Berita terkini, Linda telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.8 kilogram pada 1.28 petang semalam. Bayi yang diberi nama Tengku Cleopatra Haidar telah dilahirkan secara pembedahan di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Memang sengaja Linda melahirkan Cleo pada tarikh 26 April kerana kedua-dua anaknya yang lain turut dilahirkan pada haribulan yang sama. Anak pertama dari perkahwinan Linda yang terdahulu, Qalif Khan, 12, dilahirkan pada 26 Januari 2000 manakala anak kedua Linda bersama Que Haidar, Tengku Ratu Haidar, 2, pula dilahirkan pada 26 Oktober 2009.

Sehingga kini masih belum lagi kelihatan Linda berkongsi gambar bayi baru mereka. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini. Semuga kedua-duanya ibu dan bayi ini sihat-sihat sahaja hendaknya.

OH ARTIS: PASTI COMEL. SYUKUR MELIHAT KEBAHAGIAN LINDA DI PERKAHWINAN KEDUANYA INI.

vimax

vimax

hawanafsu

vimax

jutawanklik

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Pilihan Anda: Linda Jasmine selamat lahirkan anak <b>Que Haidar</b> <b>...</b>

Posted: 26 Apr 2012 09:41 PM PDT

|

Isteri kepada pelakon Que Haidar iaitu Linda Jasmine selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.8 kilogram pada pukul 1.28 petang, Khamis.

Linda berkata, bayi yang diberi nama Tengku Cleopatra Haidar itu dilahirkan secara pembedahan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah semuanya telah selamat dan paling penting Cleo (panggilan manja untuk Cleopatra) dalam keadaan sihat dan sempurna.

"Bagaimanapun saya masih mengalami kesakitan kerana tidak boleh mengambil pil tahan sakit disebabkan alergi," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Tambah Linda, dia sengaja memilih untuk melahirkan Cleo pada 26 April kerana dua anaknya lain turut dilahirkan pada tanggal 26 hari bulan.

Anak pertama Linda bersama suami terdahulu iaitu Qalif Khan yang kini berusia 12 tahun lahir pada 26 Januari 2000 sementara Tengku Ratu Haidar, 2, yang lahir atas perkongsian hidupnya dengan Que Haidar pula lahir pada 26 Oktober 2009.

Linda pada mulanya dijangka melahirkan Cleo pada awal bulan Mei tetapi mengambil pendekatan untuk mempercepatkan proses itu dengan kaedah perubatan.

Dalam pada itu, ditanya mengenai pemilihan nama anaknya itu, Linda berkata ia dipilih bagi melengkapi nama anak perempuan sulungnya, Tengku Ratu Haidar.

Linda memberitahu, walaupun ada beberapa pilihan nama lain tetapi dia dan suaminya sepakat memilih nama tersebut.

"Nama Ratu cukup kuat menggambarkan dirinya dan sebab itu kami memilih Cleopatra yang juga nama seorang ratu di Mesir cukup terkenal dengan kisahnya sebagai seorang pemimpin wanita," katanya.

Bercerita lanjut mengenai bayinya, Linda berkata, Cleopatra mempunyai kulit yang lebih putih berbanding dua anaknya yang lain selain mata yang jernih.

Linda memberitahu, wajah anaknya itu lebih mirip kepada wajahnya. Bagaimanapun, Linda enggan mendedahkan wajah anaknya itu buat masa ini.

"Sukar saya gambarkan kegembiraan dengan kelahiran Cleo kerana setiap kali jururawat membawanya masuk perasaan sayu dan gembira bercampur baur. Dia bakal memeriahkan keluarga kami selepas ini," katanya.

Linda dan Que itu berkahwin pada 14 Februari 2009.
Share/Bookmark

Posted by Desperado on 4:06 PM. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

Fasha Sandha - Google Blog Search

Fasha Sandha - Google Blog Search


<b>Fasha Sandha</b>, Jejai Selamat Disatukan

Posted: 27 Apr 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks Oleh: zyzamani

Email: zyzamani22@gmail.com

KUALA LUMPUR, 27 April 2012: Dalam suasana yang romantis, di Tingkat 30, Hotel Crowne Plaza Mutiara, aktres popular Fasha Sandha,28 selamat diijabkabulkan bersama pasangannya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli (Jejai), 36, di sini malam ini.

Dengan dua kali lafaz, Fasha Sandha dan Jejai sah menjadi suami isteri sekitar jam 9.45 malam.

Pasangan telah pun dinikahkan oleh bapa kandung Fasha sendiri, Hassan Mohaideen bersaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Sahirman Ahmad dengan mas kahwin RM8,888.88.

"Saya bersyukur segalanya telah selamat berlangsung dengan baik. Setelah melalui pelbagai dugaan, akhirnya kami selamat diijabkabulkan. Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat," katanya.

Ditanya mengenai pemilihan mas kahwin iaitu sebanyak RM 8888, Fasha memberitahu angka tersebut merupakan nombor kegemaran suaminya.

Enggan mendedahkan wang hantaran, Fasha telah menerima, tujuh dulang hantaran antaranya sebentuk cincin, beg tangan berjenama Louis Vuitton, senaskhah Al-Quran dan telefon bimbit jenama Samsung Galaxy Note.

Manakala sebagai balasan, Jejai pula menerima sembilan dulang hantaran antaranya coklat, sebentuk cincin, dan sebuah buku berjudul Terima Kasih Atas Cinta Ini.

Mengulas mengenai pertukaran lokasi pernikahannya yang dijadualkan sebelum ini di kediamaannya kata Fasha, situasi tersebut berlaku kerana untuk memberi keselesaan kepada tetamu yang hadir.

"Memang pada asalnya kami hendak buat di rumah saya, namun saya rasa ruang di rumah sempit akan membuatkan tetamu tidak selesa. Maka kami memilih hotel ini sebagai lokasinya agar dapat menjemput ke semua tetamu yang penting untuk hadir di majlis ini, "ucapnya.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 250 tetamu yang terpilih sahaja iaitu keluarga kedua-dua belah pasangan iaitu kedua ibu bapa kandung Fasha, ayah tirinya Mohd Faisal, ayah Jejai, bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, teman rapat, rakan artis dan wakil media. Antara rakan artis yang hadir ialah Tomok dan isteri, Didie Alias, Faradhiya, Nor Aliah Lee, Rebecca Nur Al Islam dan Nadia Mustafar.

Majlis diserikan oleh Linda Onn selaku pengacara. Mula berkawan secara rapat sejak empat tahun lalu, sifat matang dan bertanggungjawab yang dimiliki Jejai, akhirnya membuka pintu hati pelakon kelahiran Johor Bahru tersebut untuk menerimanya sebagai pasangan hidup.

Perkahwinan ini merupakan yang pertama buat Fasha dan yang kedua buat Jejai. Sebelum ini, Jejai telah pun mendirikan rumahtangga bersama pelakon Nora Danish dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Putra Rayqal Ramli, 3.

Gambar: Sekitar Majlis Pernikahan <b>Fasha Sandha</b> Dan Rizal <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2012 05:04 AM PDT

Oleh kerana kami tidak mempunyai akses sah ke majlis akad nikah Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai) malam ini, maka kami akan lakukan yang terbaik untuk bawakan gambar terkini sekitar majlis yang berlangsung malam ini.

Majlis pernikahan eksklusif Fasha Sandha & Rizal Ashram yang lebih melibatkan keluarga dan teman teman rapat berlangsung di Crowne Plaza Mutiara Hotel, Kuala Lumpur bermula sekitar jam 8.30 malam tadi — dan resepsi mereka bakal berlangsung di Indonesia.

UPDATE-1: Linda Onn merupakan pengacara untuk majlis pernikahan Fasha Sandha & Rizal Ashram malam ini dan ya, pengantin perempuan nampak anggun dalam persalinan rekaan duo fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

UPDATE-2: Fasha Sandha akan di'nikahkan sendiri oleh ayah kandung beliau di'majlis malam ini.

UPDATE-3: Alhamdulillah dengan dua kali lafaz, Fasha Sandha & Rizal Ashram sah bergelar suami isteri. Lafaz kali pertama terbatal kerana terlupa menyebut sen.

Kredit Foto: @sultanmuzaffar, Rizman Ruzaini, @NatrahNottyNutt, @MediaHiburan, GUA

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


<b>Elly Mazlein</b> Tidak Gentar Bergelar Isteri | OHBULAN!

Posted: 29 Feb 2012 11:38 PM PST

Mengikatkan tali pertunangan lebih setahun setengah bersama pengarah, Azmi Hata sedikit pun tidak mengentarkan hati pelakon drama Amukan Pocong, Elly Mazlein. Berkata kepada OHBULAN!, "Sebenarnya saya sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri apabila memutuskan untuk berumahtangga dengan Azmi & 2 orang anaknya, malah saya ingin hidup susah senang bersama."

Menyentuh mengenai persiapan majlis, Elly menyatakan bahawa persiapan perkahwinan sudah siap lebih 50% walaupun sibuk dengan kekangan masa dan komitmen kerja.

"Walaupun sibuk, kami tetap membuat persiapan perkahwinan yang dijadualkan akan berlangsung pada akhir tahun ini. Alhamdullilah, keluarga turut membantu untuk merealisasikan impian saya yang mahukan sesuatu yang indah di majlis perkahwinan nanti. Majlis nikah & resepsi dijangka akan diadakan di Bukit Kiara Ekuastrian Resort pada hari yang sama. Walaupun begitu, saya tetap ingin berserdahana," ujar Elly Mazlein lagi.

Ditanya pula mengenai kesan lebam di dahinya, Elly Mazlein membalas bahawa kecederaan tersebut berpunca daripada kecuaianya yang terjatuh ketika menjayakan babak dalam drama Amukan Pocong.

"Ketika berlari, saya tergelincir lalu jatuh dan kepala saya tersagat di kayu. Darah yang keluar tak banyak, tapi kesemua krew memang panik dan mereka menyarankan saya supaya berehat dulu. Nasib baik penerbit sangat prihatan dan dia membawa saya bertemu dengan doktor."

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


<b>Rita Rudaini</b> Terima SMS Cerai Aidil

Posted: 11 Apr 2012 02:00 AM PDT

Rita Rudaini terima SMS cerai Aidil omg.. Kami sedikit sedih bila Rita Rudaini maklumkan terima sms cerai dari Aidil Zafuan.

"Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya," – Rita

Ikuti dibawah. Setelah 4 bulan Aidil keluar rumah tak kembali ke pangkuan anak bini, kini Rita Rudaini terima SMS cerai daripada Aidil Zafuan.

Pelakon Rita Rudaini menjelaskan telah menerima berita sahih bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25 telah membuat permohonan untuk bercerai dengannya.

Rita Rudaini dalam laporan Utusan Malaysia pada Rabu berkata, suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan itu sendiri telah memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dalam SMS yang diterima Rita, Aidil memberitahu sudah menfailkan penceraian dan peguamnya akan memaklumkan lebih lanjut perkara itu kepada Rita.

Menurut Rita, dia tidak berasa kecewa atau bersedih dengan apa yang telah diputuskan suami memandangkan sudah lebih empat bulan Aidil 'menghilangkan' diri setelah keluar dari rumah mereka.

"Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya," katanya.

Pada 10 Januari lalu, Rita bersama dua anaknya yang baru pulang dari Kangar, Perlis agak terkejut apabila mendapati Aidil meninggalkan rumah selepas menghantar mesej menerusi SMS tanpa memberitahu alasannya.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu seorang pembantu rumah Rita memberitahu kembar bintang bola sepak tersebut iaitu Zaquan Adha bersama isterinya, pelakon Ayu Raudhah membantu untuk "membawa lari" Aidil Zafuan dari rumah berkenaan.

Advertistment

Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
Rita Rudaini Terima SMS Cerai Aidil, 10.0 out of 10 based on 1 rating

10 Artikel Pilihan Ramai...

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


Ordinary Blogger: mp3 Kosong - <b>Najwa Latif</b>

Posted: 27 Mar 2012 09:20 AM PDT

Lagu terbaru dari Najwa Latif. Nak kata aku minat sangat dengan budak ini. Tidak laa sangat. Tapi aku suka dengan lagu dia. Memang berbakat budak ini. Asyik je aku layan lagu dia kat youtube. Lagu terbaru yang bertajuk kosong ini. Macam ada something yang di luahkan. Maybe tentang kes di belakang stage AJL dulu kot. Itu hanya pendapat aku.
Tapi bagi aku, Najwa Latif ini, memang berbakat. Kecil-kecil lagi dah buat pendapatan pasif. Memang tabik spring la. Apapun, aku harapkan beliau tidak mudah lupa diri. Pelajaran jangan lupa walaupun dah bertambah popular.

Dah jumpa dah.. download SINI

Mia Sara - Google Blog Search

Mia Sara - Google Blog Search


Adik <b>Mia Sara</b> Cium Gua.. | ! Erti Kehidupan...

Posted: 04 Apr 2012 12:01 AM PDT

Kisah ringkas rekaan semata-mata dari Ujang9897

Hai..salam kenal.,

Gua pasti 89% rakyat malaysia kenal dengan pelakon comel iaitu adik Mia Sara yer dak..?? kalau yang tak kenal tu gua hampir pasti rumahnya tiada TV...hehe..jangan marah ek gurau jer

Baru-baru ni gua pergi majlis Pra Tonton Filem 3 Temujanji.., secara tak langsung gua terjumpa dengan adik mia ni..,

Mula-mula gua buat dek jer..tau tak buat dek tu apa..maksudnya buat tak tau la..grrrr..

Ok sambung cerita.., dalam gua diri diam2 tiba2  adik mia tegur gua.

Mia : eh eh..ni uncle ujang kan kan.

Ujang : hehe..yer sayang.., ingat tak kenal uncle dah..

Mia : keeenaaaalllll... aritu kita ada jumpakan..mia dah baca entri uncle pasal mia hihi (refer SINI )

Ujang : owh..mia dah baca ek..,uncle pun dah dapat babygirl comel macam mia..

Mia : eh yer ker..,sukanyaaa.., kirim cium mia untuk dia boleh..??

Ujang : boleh..boleh... (sambil dia panggil gua untuk cium gua)

Mia : nanti uncle ujang bawak la dia jumpa mia ok...
Ujang : Insyallah sayang....('',) eh mia ni kawan2 abang nak amik gambar sekali boleh..??
Ujang : ok la sayang jom kita masuk panggung wayang..wayang dah nak start tu...kita tengok mia belakon ok..
Mia : oraitttt...!!!! eh uncle- uncle...nanti dalam wayang duduk la sebelah mia boleh..??
Ujang : ish..tanak la..uncle bukan artis.
Mia : ala takpa..duduk jer sebelah mia ok..??
Gua dan rakan-rakan terus masuk ke dalam panggung wayang dan terus duduk disebelah Mia...hehe
Malam itu gua menonton filem keluar MIG terbaru iaitu 3 Temujanji Lakonan Yana Samsudin Dan Pierre Andre, untuk baca review filem 3 temujanji dari gua klik SINI <----
Kisah gua bersama mia sara sebelum ini baca di SINI <---
p/s : 50% yang tengok entri ini hanya melihat gambar sahaja yer dak..?? ('',)

Adik <b>Mia Sara</b> Kenapa Comel | The Famous Abang

Posted: 24 Apr 2012 04:45 AM PDT

Assalammualaikum
Dik. Abang tahu adik ramai peminat. Adik ada fan pages dekat facebook. Abang tengok dah dekat 5K peminat adik. Adik memang comel. Gambar adik pun banyak dah dekat album. Comel comel semua. Gambar pelok artis ini. Pelok artis sana. Bercium dengan artis itu, artis ini

Tapi dik, benda yang abang tak minat dekat adik ni, adik tak payah la nak buat buat comel sangat. Orang umur baya adik, semua cakap lancar. Takda pelat pelat dik. Sumpah macam orang dewasa yang cakap. Tingkah laku pun dah tunjukkan matangnya mereka. Tapi adik?

Abang ni bukan lah negatif sangat orangnya. Abang pun ada sifat sifat manja & tomey jugak. Lagi lagi kes budak budak macam adik. Memang abang tak sanggup nak cakap macam kilat. Tapi, tahu tahu je lah dik. Abang ni dalam internet je cakap kencang. Tapi dekat luar, abang ni bangang sebenarnya

Jadi, abang nak cakap 3 4 perenggan pun tak boleh sebab kes adik ni, kira kes terlarang. Iya lah. Adik takda pulak buat hal gosip ke, rampas suami ke. Jadi populariti adik masih suci. Mana ada orang benci adik. Semua orang suka. Lagi lagi pulak yang 5K tu. Nanti ada pulak yang babi kan abang lepas artikel ni. Ewaah

Di sini, abang mohon, adik kalau berlakon lagi dalam filem ke, drama tv3 atau tv9, adik tak payah lah buat buat pelat & cakap slow slow ye? Cakap macam biasa saja sudah. Kami faham. Dan lagi satu, adik jangan buat comel sangat. Makin lama ada pulak rasa tak sedap. Macam biskut. Kalau dah lama sangat, kan lemau. Giteww. Faham dik?

Memandangkan abang ada hak untuk tengok lakonan adik atau tidak, jadi abang merasakan abang takda lah muak sangat. Biasa biasa sajeww

Lisa Surihani - Google Blog Search

Lisa Surihani - Google Blog Search


<b>Lisa Surihani</b> Mengajar Geografi | Oh! Artis | Dunia Gosip dan <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2012 07:53 PM PDT

Hantar ke Twitter! | Bookmark Share

Bertuah dan untunglah pelajar-pelajar yang mendapat guru seperti Lisa Surihani dan Yusry. Agak-agaknya boleh ke tumpukan perhatian tu. Maklumlah yang menjadi tenaga pengajarnya merupakan selebriti terkenal tanahair. Apapun bukanlah secara tetap tetapi hanya untuk menjayakan program 'Teach For Malaysia (TFM) Week sahaja.

Malu-malu pulak pelajar tu.

Lisa dan suaminya, penyanyi dan pengarah filem Yusry Abdul Halim antara selebriti yang dipilih untuk menjayakan program ini di mana mereka memainkan peranan sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendamaran Jaya di Klang.

Lisa dan Yusry masing-masing sempat meluangkan masa selama sejam mengajar di dua buah kelas tingkatan satu di mana Lisa mengajar subjek Geografi manakala Yusry mengajar subjek Bahasa Inggeris. Wah! Lisa ajar Geografi!!

Pengalaman menjadi seorang guru ini, walaupun hanya sejam sahaja tetapi mendapat respon yang positif dari kedua selebriti ini. Menurut Lisa, pengalamannya mengajar di sekolah itu membuatkan beliau lebih menghormati profesion guru.

"Pengalaman saya hari ini memang jelas membuktikan bahawa bukan senang untuk jadi seorang guru. Cabarannya bertambah mengikut peredaran masa terutamanya dari aspek menarik perhatian dan tumpuan pelajar. Saya mengalu-alukan rakyat Malaysia menyokong dan mengambil bahagian dalam program TFM ini."

Berebut-rebut mahu menjawab tu..

Kepada pelajar di sekolah lain, nantikan kemunculan selebriti ini yang mungkin akan mengajar anda.  Mereka dijadualkan mengajar di sekolah kawasan Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor, Petaling Perdana dan Hulu Langat di Selangor, Sentul dan Keramat di Kuala Lumpur, Tampin, Jelebu dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan.

Bukan mudah menjadi seorang guru. Sejam pun cukup untuk anda lebih bertanggungjawab menyuarakan kritikan anda kepada seorang guru. Lisa Surihani sendiri mengakui bahawa kerjaya sebagai guru pada masa kini berdepan dengan cabaran berganda jika dibandingkan dengan pengalamannya yang pernah menjadi seorang guru sandaran, sembilan tahun lepas.

Setuju apa dikatakannya. Memang pelajar sekarang ni, macam-macam ada!!

OH ARTIS: MINAT MENJADI GURU SEKOLAH RENDAH JE. SENANG NAK DIBENTUK.

vimax

vimax

hawanafsu

vimax

jutawanklik

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


Prestij <b>Erra Fazira</b> Makin Menurun? – Perak Today

Posted: 26 Apr 2012 04:03 AM PDT

Erra Fazira secara terbukanya telah ditegur oleh peminat yang berpendapat bahawa prestij pelakon itu semakin menurun kerana terlalu banyak berlakon dalam drama terbitan Astro seperti Pontianak Kampung Batu – disifatkan sebagai drama yang tidak berkualiti. Peminat yang dikenali sebagai toshiro_mifone turut mempersoalkan sama ada Erra Fazira terdesak untuk bekerja, atau tiada lagi pilihan lain kerana terikat dengan kontrak sebagai artis residen Astro di topik perbincangan berjudul, "Erra pls stop acting stupid drama on astro".

Peminat itu mengharapkan Erra Fazira dapat melakukan sesuatu bagi memantapkan lagi kareer lakonan dengan menerima tawaran daripada drama-drama berkualiti seperti Sanggul Beracun dan sebagainya.

Bagaimanapun, pandangan Idril memberikan persepsi yang berlainan pula mengenai Erra Fazira. Katanya, "Sudah sign sebagai artis eksklusif Astro, kalau Astro suruh berlakon cerita TV pendidikan pun dia kena buat". Idril turut memuji pelakon Maya Karin yang dilihat amat bijak menjaga tahap eksklusivitinya kerana tidak menerima tawaran lakonan drama.

Perbincangan di topik berkenaan turut menganalisa populariti segelintir artis residen Astro seperti Farid Kamil dan Lisa Surihani yang dipercayai semakin menurun kerana memegang gelaran tersebut.

Terpulanglah kepada masing-masing untuk memberikan pendapat mereka. Apa pula kata anda?

-ohbulan-

Nubhan - Google Blog Search

Nubhan - Google Blog Search


miss Z berceloteh: <b>Nubhan</b> - Tanak Kampung Versi Dusun

Posted: 23 Apr 2012 10:00 PM PDT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Miss z puji Nubhan sebab berani membawakan lagu ini dalam versi dusun walaupun tak banyak..
Tanak Kampung versi Ebi di Mania?Maaf miss z agak kecewa..
#tiba-tiba teringat rakan sekerja dulu nyanyi lagu ne dalam versi dusun ^^


Jangan Lupa Komen Entri Miss Z ^_^

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


Isteri <b>Aqasha</b> Mengandung 3 Bulan Anak Kedua, Tahniah <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2012 07:55 AM PDT

Aqasha dan isteri sebelum ini telah menimang cahaya mata yang pertama, Alehandra Ahmad yang kini sudah pun berusia 7 bulan.

Pasangan bahagia ini sekali lagi menerima berita baik apabila, baru-baru ini isteri Aqasha, Norbaizura telah mendedahkan yang dirinya kini mengandung anak kedua Aqasha dan kandungannya telah mencecah 3 bulan usianya.

Berita gembira ini telah dimaklumkan oleh Norbaizura sendiri melalui laman sosial Twitter milik beliau apabila seringkali ditegur rakan yang dirinya kelihatan semakin berisi dan didakwa gemuk.

Mungkin malas dah nak jawab soalan sebegitu, Norbaizura terus mendedahkan yang kini beliau mengandung anak kedua pula. Hehehe… Best'kan?

Jantina kandungan Norbaizura masih tanda tanya dan mungkin masih terlalu awal untuk pasangan ini untuk mengetahui jantina anak mereka berdua ini. Tapi di dalam laman sosial Twitter milik Norbaizura, keinginan untuk mendapat anak perempuan jelas mungkin memandangkan anak pertama mereka adalah lelaki.

Tahniah daripada MEOW dan diharap semuanya selamat dan jaga betl-betul kandungan tu yaaa! Tahniah sekali lagi daripada MEOW! Gambar di atas tu gambar Aqasha dan isterinya mengandung anak pertama, jangan salah faham pulak yaa! Hehehe…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Anda?

kucingarong

Hi! I suka menulis mengenai hiburan yang berlaku di dalam atau di luar negara. Setiap artikel yang I tulis, mempunyai sumber dan bukannya gosip yang takde bukti yang sahih okay! Daaa...

More Posts - Website - Twitter - Facebook