Nuffnang

Sabtu, 1 Mac 2014

Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


Sharifah Amani Anggap <b>Bront Palarae</b> Seperti Abang – Perak Today

Posted: 01 Sep 2013 05:00 PM PDT

sharifah amani

Aktres Sharifah Amani hanya menganggap pelakon Bront Palarae sebagai seorang abang ekoran hubungan baik yang terjalin di antara mereka sejak sekian lama.

Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 27, berkata, keserasian dan keakraban mereka dalam bersahabat bagaimanapun telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak yang mengatakan mereka bercinta.

"Kami serasi sebagai kawan dan gosip mengatakan kami bercinta sebelum ini tidak benar kerana hubungan yang wujud di antara kami sudah seperti abang dengan adik.

"Saya begitu menghormatinya yang saya sifatkan sebagai seorang yang cukup 'sporting' dan jujur. Kami mempunyai pelbagai persamaan yang menyebabkan hubungan kawan itu kekal terjalin sehingga ke hari ini," ujarnya kepada mStar Online.

Amani dan Bront bakal muncul dalam filem arahan Nam Ron bertajuk Psiko Pencuri Hati bermula 5 September ini.

"Saya faham kenapa Bront rasa janggal kerana kami sangat rapat sebagai sahabat tetapi akhirnya kami berjaya melakukannya kerana itu adalah tanggungjawab kami sebagai," katanya.

Sementara itu, Amani berkata, dia sangat bertuah dapat berlakon dibawah arahan Nam Ron kerana sentiasa mengagumi semangat lelaki itu yang tidak pernah berputus asa dalam setiap perkara dilakukannya.

Malah kata Amani, Nam Ron juga adalah seorang pengarah yang sentiasa mengambil pandangan selain memberi kebebasan kepada para pelakon untuk menghidupkan watak diberikan.

"Kami tidak menerima skrip ketika bersetuju untuk berlakon dalam filem ini dan proses itu adalah daripada sumbangan idea dan kreativiti para pelakon.

"Dari situ juga kita dapat mempelajari sesuatu yang baharu dalam menjadikan kita pelakon yang baik," katanya.

-mStar

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


<b>Nora Danish</b> Impi Perkahwinan Tepi Pantai Di Bali | - Beautifulnara

Posted: 24 Feb 2014 09:00 PM PST


Nama Nora Danish sememangnya hangat dibicarakan semenjak dirinya berkawan dengan Nedim Nazri. Ramai yang mahu melihat "sweet couple" ini mendirikan rumahtangga sehingga gosip mengenai pembelian barang hantaran bertebaran baru-baru ini. Seperti biasa Nora Danish menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dirinya masih tiada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.

nora danish kahwin

Namun apa yang menarik perhatian Abang Nara ialah impian Nora untuk bersanding di tepi pantai Bali sekiranya berkahwin buat kali kedua. Menarik sungguh!!! Berkata kepada MalaysianDigest, Nora memaklumkan yang dia sudah lama mengimpikan perkahwinan bertemakan "beach wedding". Kata Nora:-

Memandangkan saya pernah berkahwin sebelum ini, jadi bagi saya tak perlu lagi dah nak barang-barang hantaran. Kalau ditakdirkan saya berkahwin lagi satu hari nanti, sebolehnya saya nak buat yang wajib sahaja iaitu cukup dengan majlis akad nikah di Kuala Lumpur. Kemudian saya nak adakan majlis secara kecilan di pulau, kemungkinan di Bali.

Lagipun saya memang dah lama teringin nak buat majlis ala 'beach wedding'. Saya suka berkunjung ke Bali malah ia dah seperti rumah kedua saya. Saya sukakan tempat-tempatnya dan makanan di sana sedap-sedap

nora danish kahwin

Kalau impian Nora Danish ini menjadi kenyatan, pasti sangat menarik dan marvelous. Yang penting duit barang hantaran bolehlah disalurkan untuk menjadikan "beach wedding" tersebut sebuah majlis yang besar-besaran. Abang Nara dapat bayangkan kejelitaan Nora dengan bunyi desiran ombak. Klasik sangat!!! Semoga impian Nora ini akan menjadi realiti. Sama-samalah kita doakan.

Baca Yang Ini Pulak:-

Kami Tidak Pernah Minta Untuk Diceraikan – <b>Nora Danish</b> |

Posted: 23 Feb 2014 06:26 PM PST


Apabila berita mengenai penceraian Erra Fazira diumumkan minggu lalu, banyak lawak jenaka mengenai janda-janda selebriti bertebaran di laman sosial. Abang Nara pun ada menerima sekeping dua gambar menerusi WhatsApp. Memang agak kelakar. Gelak juga apabila membaca dialog-dialog yang dicipta. Antara yang terlibat ialah Nora Danish, Erra Fazira, Nurul Izza, Maya Karin dan ramai lagi.

nora danish janda

Namun di dalam gelak tawa kita, mereka yang dikaitkan dengan dialog-dialog lucu ini pasti rasa kurang senang dan terasa hati. Salah seorang daripada mereka, Nora Danish telah melahirkan rasa kecewanya dengan dialog-dialog rekaan tersebut. Menerusi Metro Ahad semalam, Nora Danish berkata:-

Jangan sebab wanita itu janda, masyarakat terus melabel seseorang itu dengan perkara kurang elok. Kami tidak pernah minta untuk diceraikan. Membawa status janda itu sebenarnya sangat berat.

Saya rasa, untuk wanita yang diceraikan tetapi mempunyai anak, lebih elok dipanggil ibu tunggal. Penceraian dans tatus janda adalah sangat sensitif tapi saya tidak faham, kenapa orang jadikan ia bahan lawak?

Sekarang ini istilah janda membawa imej buruk. Ramai membuat persepsi tanpa mengetahui cerita sebenar. Bercerai bukan isu kecil dan bukan perkara normal, tapi sekarang ini ramai pasangan bercerai hanya disebabkan bosan dan masalah rumah tangga.

Dalam perkahwinan, masalah itu asam garam. Cuba cari jalan penyelesaian. Cuma dalam kes isteri menjadi mangsa dera, rasanya memang perpisahan saja cara terbaik. Tidak perlu bertahan hanya kerana malu untuk menjadi janda.

Buktikan pada masyarakat bahawa golongan janda tidak semuanya murah. Kita juga punya harga diri.

janda selebriti

Ada betulnya kata Nora Danish itu kan? Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Memang tiada siapa mahukan perkahwinan mereka runtuh di pertengahan jalan. Apa pun lepas ini kalau ada artis yang bercerai, diharap tiada lagi dialog rekaan sebegini akan berlaku. Mungkin kita boleh mula belajar menghormati perasaan mereka. Tak gitu?

P.S: Wan Kuzain Wan Kamal, anak Malaysia main bola sepak untuk Amerika Syarikat

Baca Yang Ini Pulak:-

Eira Syazira - Google Blog Search

Eira Syazira - Google Blog Search


<b>Eira Syazira</b>, Azad Tidak Percayakan Pembantu Rumah - Perak Today

Posted: 08 Jun 2013 09:10 PM PDT

Pelakon Eira Syazira menjelaskan berikutan terlalu banyak kes penderaan yang berlaku membuatkan dia dan suami, Azad Jasmin tidak mempercayai khidmat pembantu rumah bagi mengurus keperluan anak sulung mereka yang kini berusia lima bulan.

Eira, 29, berkata, dia dan Azad akan menyusun jadual lakonan masing-masing dengan sebaik-baiknya supaya dapat bergilir-gilir mengambil tanggungjawab menjaga anak mereka, Amarra Sofea Rose.

"Azad tidak mahu ambil pembantu, dia takut kerana banyak kes penderaan oleh pembantu rumah yang kita dengar sekarang.

"Oleh itu kami akan ambil tawaran yang mana jadual tidak sama jadi kami boleh gilir-gilir jaga Amarra," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Tambah Eira, dia turut memilih tawaran yang benar-benar dirasakan sesuai dengan masa dan jadual suami.

"Sekarang sudah jadi ibu, keutamaan mestilah kepada keluarga, kalau ada tawaran berlakon saya akan rujuk kepada Azad terlebih dahulu.

"Jika jadual bertindih dan Azad ada tawaran filem, saya akan tolak tawaran saya untuk beri keutamaan pada keluarga, biar dia bekerja," katanya.

Jelas Eira, dia juga sering mengambil peluang ketika produksi berhenti rehat untuk balik ke rumah bagi menyusukan Amarra.

"Amarra menyusu badan, jadi jika penggambaran direhatkan sebentar saya akan terus balik ke rumah untuk menyusukan dia.

"Memang sukar juga terpaksa berlari-lari ke sana-kemari, tapi ia lebih baik daripada saya asik terkenangkan dia di lokasi," katanya yang sedang menjalani penggambaran Ramadan Yang Hilang untuk RTM.

-mStar

Zul Huzaimy - Google Blog Search

Zul Huzaimy - Google Blog Search


<b>Zulhuzaimy</b> - Merah (OST Bunga Merah Punya) Chord

Posted: 01 Aug 2013 08:32 AM PDT


Bismillah,

Assalammualaikum,

Intro: G D C

G D G Indah harumnya bungaku C D G D merah dikelopak madu G D G tanya hati siapa mahu C D G bila cinta diam membisu C D G F# Em Kau bunga yang penuh durinya C D G G7 ku selalu memuja... C D G Bm Em Biarpun terluka diriku C D namun bungaku tetap dihati G G7 selalu... C D G F# Em Kau bunga yang penuh durinya C D G G7 ku selalu memuja... C D G Bm Em Biarpun terluka diriku C Cm namun bungaku tetap dihati G D selalu... C Cm namun bungaku tetap dihati G selalu..

Along Eyzendy - Google Blog Search

Along Eyzendy - Google Blog Search


Catatan Lama - gossip2 selebriti: BLOG-BLOG HIBURAN - Blogger

Posted:

Drama Cinta Pandang Ke 2 Episode 10 ini dibintangi oleh Izara Aishah, Dazrin Kamarudin, Maria Farida, Ridzuan Hashim, Ery Zukhairi, Erynne Erynna, Along Eyzendy, Amira Rosli, Abby Nour, Jazli Hassan, Haizat Hassan .

Tonton TV, Drama, dan Filem Melayu Terkini Online: Ustaz, Mu <b>...</b>

Posted:

... well, but the path to God is not an easy one. Classification: U Genre: Drama General Release Date: 28 Nov 2013. Running Time: 1 Hour 36 Minutes Distributor: Metrowealth Cast: Shahrol, Ajak Shiro, Along Eyzendy, Mikail Andre, Zalif Sidek

Izreen Azminda - Google Blog Search

Izreen Azminda - Google Blog Search


<b>Izreen Azminda</b> Enggan Seksi Lagi - Cerita Semasa

Posted: 23 Feb 2014 06:35 AM PST

Izreen Azminda Enggan Seksi Lagi
Sejak melahirkan zuriat sulung, Muhammad Adrian Umar pada 13 Julai 2013, banyak perubahan berlaku dalam hidup
Izreen Azminda. Paling ketara, penampilannya kini kian sopan. Tiada lagi gaun pendek paras lutut mahupun tampil berani dengan baju tanpa lengan.

Seboleh mungkin anak jati Kangar, Perlis ini akan memastikan pakaian yang disarung tidak mendedahkan kaki dan dada. Sewaktu ditemui di lokasi penggambaran telefilem Di Atas Kertas arahan Raja Ahmad Alauddin di Shah Alam baru-baru ini, Izreen mengakui selesa dengan imej barunya itu.

"Sebagai isteri dan ibu, jadi tanggungjawab saya jaga nama baik keluarga. Setiap perkara perlu ada batas lebih-lebih lagi membabitkan penampilan. Tidak dinafikan dulu saya agak seksi tetapi itu cerita lama. Teguran suami yang tidak suka lihat saya pakai skirt pendek menyedarkan saya.
Saya hormat permintaannya supaya saya memakai pakaian yang menutup kaki dan dada. Bila buat rasa selesa, lebih tenang dan selamat. Saya sanggup tolak tawaran yang menuntut saya tampil seksi meskipun bayarannya tinggi dan watak utama. Bagi saya, maruah diri dan keluarga lebih penting," katanya.

Mutakhir ini, kebanyakan tawaran kontra dengan watak yang pernah dilakonkan sebelum ini maka dia berjaya pertahankan prinsip itu. Kalau pun karakter jahat tak semestinya perlu tampil seksi kerana perlakuan gelap itu boleh disampaikan dengan pelbagai cara.

"Sebelum ini watak jahat sering dikaitkan dengan penampilan seksi walhal tak semestinya begitu. Ada banyak cara untuk menampakkan kita jahat antaranya, mimik muka dan bahasa tubuh," katanya.

Pelakon utama drama rantaian 7 Suami ini turut berkongsi rasa bersyukur kerana masih dapat bertahan hingga ke hari ini. Selepas lapan tahun mencari tapak mencipta nama, sudah sampai masanya untuk dikenali sebagai pelakon versatil yang mana tidak lagi terikat dengan watak gelap semata-mata. Ia bersesuaian dengan statusnya yang sudah berumah tangga. Watak yang dipilih akan dipastikan tidak menyinggung perasaan suami dan keluarga mentua.

"Sejak menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2013, ramai mula buka mata dengan tawarkan saya pelbagai watak. Saya tidak lagi terikat dengan watak gelap sebaliknya ada banyak pilihan depan mata. 2014 permulaan baik untuk saya dikenali sebagai pelakon versatil.
Pun begitu, sesekali rindu juga bawa watak jahat apatah lagi nama saya naik dengan karakter sebegitu," katanya.

Kata Izreen Azminda, seakan jadi trend ramai pelakon mengejar watak jahat. Mereka sedar karakter sebegini lebih menyerlah dan boleh dipelbagaikan. Namun, bukan semua boleh bawa dengan baik.
"Antara yang bagus pada mata saya ialah Nabila Huda dan Sofi Jikan. Mereka inspirasi saya. Dalam drama terbaru ini, saya pegang watak isteri yang taat. Meskipun kecewa dimadukan, kasih sayang terhadap suami tidak pernah berubah apatah lagi dia sedar perubahan sikap suaminya itu dipengaruhi ilmu hitam.

"Watak ini menuntut saya banyak bermain dengan emosi. Sebagai ibu kepada dua cahaya mata, saya kena tabah biarpun dimadukan tanpa rela. Selesa berlakon di samping Nabila Huda dan Keith Foo kerana mereka sangat profesional. Lagipun tidak sukar menjiwai watak ini kerana bukan pertama kali saya tampil dengan watak sedih. Selain dikenali dengan watak hitam, saya juga sudah biasa bawa watak air mata," katanya yang mendambakan watak tanpa dialog pada masa akan datang.

Dalam drama bersiri 7 Suami yang disiarkan setiap Selasa dan Rabu melalui slot Ratu di TV9 sejak 29 Januari lalu, Izreen memegang watak utama sebagai Safiyah yang mempunyai tujuh suami apabila perkahwinannya sentiasa gagal dan tidak kekal.

Safiyah yang dibesarkan neneknya, dipaksa berkahwin dengan Haji Dollah kerana neneknya mahu dirinya keluar dari kampung dan hidup bahagia. Walaupun Safiyah jatuh cinta dengan seseorang, dia tiada pilihan lain. Selepas berkahwin, pelbagai dugaan dan rintangan yang perlu ditempuhi sehingga dia diceraikan dan berkahwin dengan 6 lelaki berbeza. Semuanya mempunyai sifat-sifat tersendiri.

Dapatkah Safiyah bertemu cinta sejatinya dan bahagia semula? Drama arahan Heykal Hanifah ini turut dijayakan Aiman Hakim, Shakila Shoriri, Esma Daniel, Azhan Abdul Rani, Esma Dainal, Azhar Sulaiman dan Idzham Ismail.-HMetro

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


(11 GAMBAR)<b>Neelofa</b> Sambut Hari Jadi Yang Ke 25 | - Beautifulnara

Posted: 12 Feb 2014 07:47 PM PST


10 Februari 1989 adalah tarikh lahirnya si cantik manis Neelofa. Kini Neelofa sudah pun berusia 25 tahun. Mula menempa nama menerusi pertandingan Dewi Remaja, kini Neelofa dikenali sebagai pengacara dan pelakon. Tak salah untuk Abang Nara katakan Neelofa merupakan salah seorang nama besar di dalam industri hiburan tanah air kita.

neelofa hari jadi

Selamat hari jadi Abang Nara ucapkan kepada Neelofa. Semoga panjang umur, murah rezeki dan cepat-cepat bertemu jodoh. Umur 25 memang cantik dah untuk memulakan persediaan bergelar isteri. Rasanya ramai lelaki di luar sana yang sudi memikat hati Neelofa. Itupun kalau Neelofa masih "single" lagi.

neelofa hari jadi

Lagi beberapa gambar sekitar sambutan hari jadi Neelofa yang ke 25 dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

neelofa hari jadi

P.S: Mencari kelainan dalam gaya fesyen seharian anda? Apa kata cuba rekaan awesome daripada Manik Hijau? Pasti akan menyerlahkan gaya kejelitaan dan keremajaan anda. Banyak contoh rekaan mereka di Instagram Manik Hijau dan juga blog Manik Hijau. Harga pun sangat berpatutan dengan kualiti yang ditawarkan. Cubalah hari ini.


neelofa hari jadi
neelofa hari jadi
neelofa hari jadi
neelofa hari jadi
neelofa hari jadi
neelofa hari jadi
neelofa hari jadi
neelofa hari jadi
neelofa hari jadi

Baca Yang Ini Pulak:-

Raja Farah - Google Blog Search

Raja Farah - Google Blog Search


<b>Raja Farah</b> harap tuah anak angkat – Perak Today

Posted: 11 Jul 2013 12:40 AM PDT

raja farahSUDAH lama tidak mendengar khabar tentang Raja Farah. Selepas pelakon filem Aku Bukan Dara itu mengahwini Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 12 November 2010, dia sunyi daripada sebarang publisiti media.

Jika ada pun cerita, ia adalah tentang dia membuka kedai yogurt sejuk beku, namun tiada berita tentang perkembangan terkini karier seninya setelah si suami meletakkan syarat dia harus pulang ke rumah pukul 11 malam.

Bertemu dengan pemilik nama penuh Raja Farah Raja Aziz pada majlis memperkenalkan program-program Astro sepanjang Ramadan di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur, pelakon berusia 26 tahun itu berkata, dia belum ada rezeki memperoleh cahaya mata tatkala perkara tentang anak diajukan kepadanya.

"Sudah hampir tiga tahun berkahwin, tetapi tiada berita gembira mengenai anak. Pada mulanya memang tertekan, tetapi kini saya sudah tidak berasa apa-apa," ungkapnya yang kelihatan manis bertudung menutupi dada sambil mengenakan baju kurung berwarna putih.

Berkongsi lanjut, akui Raja Farah, dia dan suaminya sudah bertemu pakar untuk memeriksa kesuburan dan hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka tidak mengalami sebarang masalah.

Mendengar penjelasan daripada doktor, Raja Farah berfikiran positif bahawa mungkin belum rezekinya untuk mendapat anak. Mujurlah keluarganya mahupun keluarga suami memahami dan sentiasa memberi sokongan.

Nekad ambil anak angkat

Tidak mahu berterusan menunggu, Farah meletakkan tempoh sehingga awal tahun depan (2014) untuk mengambil anak angkat.

"Jika sehingga tahun depan saya belum hamil, kami merancang untuk mengambil anak angkat. Mungkin selepas ambil anak angkat, Allah memberi rezeki cahaya mata kepada saya," ujarnya yang sentiasa memanjatkan doa dan harapan untuk memiliki zuriat sendiri.

Disoal anak lelaki atau perempuan yang diidamkan sebagai anak angkat mahupun anak sendiri kelak, ujar Raja Farah, jantina tidak lagi menjadi keutamaan, asalkan dia dan suami memperoleh cahaya mata sebagai pelengkap keluarga.

Di luar kehidupan peribadinya, Raja Farah mengakui sudah lama tidak berlakon.

Bukan tiada tawaran, tetapi ujarnya, suami masih meletakkan syarat yang sama seperti pada awal perkahwinan mereka iaitu pulang ke rumah sebelum pukul 11 malam.

Walaupun akur dengan permintaan suaminya, Raja Farah masih menolak tawaran berlakon kerana enggan menyusahkan pihak produksi. Ini kerana dia faham benar bahawa jadual penggambaran kadangkala tidak menentu dan kebarangkalian untuk dia 'melanggar' permintaan suaminya itu akan berlaku.

Malah, akuinya secara jujur, perasaan rindu untuk berlakon sudah tidak meresap dalam jiwanya. Selepas tiga tahun meninggalkan dunia lakonan secara perlahan-lahan, dia sudah terbiasa dengan keadaan tersebut.

"Mungkin buat masa ini rezeki saya tidak panjang dalam bidang lakonan. Sekarang saya hanya fokus dalam bidang pengacaraan.

"Alhamdulillah, saya seronok mengacara dan saya kini menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program Rasa Halal Antarabangsa menggantikan Heliza.

"Bagaimanapun untuk musim kali ini, saya tidak keseorangan, sebaliknya mengacara bersama seorang pengacara lelaki iaitu Akhtar," jelasnya tentang program yang disiarkan menerusi saluran Astro Oasis setiap Sabtu, pukul 7.30 petang itu.

Mengulas lanjut, tutur Raja Farah, peranannya sebagai pengacara program itu adalah berbeza berbanding pengacara terdahulu. Dia hanya fokus kepada gedung-gedung beli-belah di negara yang dilawati.

Sebaliknya, peranan Akhtar pula adalah sebagai pengacara yang meneroka tempat-tempat makanan sedap dan halal untuk masyarakat Islam.

"Kami telah menjelajah ke lima buah negara iaitu Indonesia, New Zealand, Jepun, Sri Lanka dan Uzbekistan. Saya bersyukur suami izinkan saya merantau jauh biarpun pada mulanya dia agak keberatan. Malah, dia juga jaga pemakanan dan rutin senaman saya agar tidak nampak berisi ketika mengacara program ini," ulasnya sambil ketawa.

Perniagaan Snogurt

Berkongsi mengenai perniagaan Snogurt miliknya, ujar Raja Farah, perniagaan yogurt sejuk beku ataupun froyo itu diusahakannya bersama bapanya sejak 30 Disember 2011.

Menurut Farah, kafe Snogurtnya itu menyediakan froyo sebagai sajian utama sesuai dengan kehendak pasaran sekarang yang gemar menjadikan yogurt sebagai makanan sampingan.

"Apabila ayah memberitahu ingin membuka satu bisnes keluarga sebaik sahaja dia bersara Julai tahun lalu, saya terus setuju," ceritanya yang mula mencari perniagaan sesuai dengan kehendak pasaran.

Selain perniagaan Snogurt, Raja Farah turut mempunyai perniagaan jubah dalam talian. Jelasnya, jubahnya direka sendiri dan boleh dibeli menerusi laman sesawang www.facebook.com/rajafarahcollection.

- KOSMO!

<b>Raja Farah</b> Berhasrat Ambil Anak Angkat – Perak Today

Posted: 04 Jul 2013 06:59 PM PDT

RAJA FARAH RAJA SULAIMAN / MEGAT BASHIRUN QHUYUM ZAKARIA

Pelakon Raja Farah menetapkan masa sehingga tahun depan untuk memperoleh anak sendiri dan memutuskan mengambil anak angkat jika ditakdirkan masih tidak mengandung.

Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 25, berkata, walaupun baru menjangkau tiga tahun perkahwinan, dia dan suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 28, sentiasa berharap untuk mendapat anak secepat mungkin selain sudah berbincang soal anak angkat.

"Ramai yang berkata, usia perkahwinan kami masih muda, jadi tunggu sahajalah rezeki anak yang akan kami peroleh kerana kami tiada sebarang masalah kesihatan. "Tetapi kalau nak menunggu masa, sampai bila? Kami perlu melakukan sesuatu. Mungkin rezeki anak sendiri masih belum tiba.

"Apa-apa pun, yang saya lihat sekarang ini, suami dah semakin mesra dengan anak buahnya. Mana tahu, Allah S.W.T mengizinkan kami untuk mendapatkan anak sendiri pula. Jadi kami tunggu sehingga tahun depan. Jika tiada apa berita, maka kami akan mengambil anak angkat," katanya kepada mStar Online

Tambah Raja Farah, dia dan suami tidak kisah dengan jantina bayi yang akan dijaga mahupun keturunannya asalkan dapat mengenali keluarga bayi berkenaan.

Sementara itu, bertanya mengenai perkembangan kerjaya seni, pelakon yang popular dengan drama Gol & Gincu itu mengakui sejak berumah tangga, dia lebih senang melakukan kerja-kerja pengacaraan berbanding lakonan yang memerlukan masa lama.

"Suami tidak pernah menghalang saya berlakon namun dia ada memberikan syarat iaitu hanya boleh berada di lokasi penggambaran sehingga 11 malam sahaja.

"Sebagai seorang isteri saya terima syarat itu dan atas dasar itu juga saya mengehadkan aktiviti lakonan dan hanya mengambil watak yang sesuai sahaja.

"Tetapi apabila difikirkan kembali, syarat masa itu dilihat seperti kurang adil buat kru produksi dan pelakon-pelakon lain. Jadi saya fikir, lebih elok saya kurangkan lakonan dan fokuskan kerja-kerja pengacaraan," ujarnya.

Terbaharu, Raja Farah bakal muncul di program Rasa Halal Antarabangsa bergandingan dengan Akhtar Sahari di saluran Astro Oasis bermula 27 Jun 2013 (setiap Sabtu, 7.30 malam).

"Saya dan Akhtar merupakan pengacara baru selepas Heliza. Seronok juga mengacara program ini. Kami telah merantau ke Indonesia, New Zealand, Jepun, Sri Langka dan Uzbezkistan untuk meneroka makanan-makanan menarik dan halal buat masyarakat Islam.

"Walaupun pada mulanya suami agak keberatan mahu membenarkan saya keluar dari Malaysia, alhamdulillah, dia lepaskan juga saya untuk mengacara program ini.

"Malah dia juga menjaga jadual pemakanan dan rutin senaman saya agar saya tidak nampak berisi ketika mengacara program itu," tuturnya.

-mStar

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search


Adeep <b>Fabulous Cats</b> Selamat Diijabkabul - MYNEWSHUB.MY <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2013 11:54 AM PDT


Bekas ahli kumpulan Fabulous Cats, Adeep Nahar atau nama sebenarnya Abdul Mutalib Nahar telah selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya pada Jumaat lalu.

Gambar-gambar majlis pernikahan dan persandingannya itu dikongsikan oleh rakan baiknya, bekas anggota kumpulan Ruffedge, Zain di laman Instagramnya, yang hadir pada majlis tersebut bersama-sama

ahli keluarganya dan juga penyanyi Aqasha.

Tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan buat Adeep dan isterinya, semoga hubungan yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat hendaknya.

ADEEP1

ADEEP3

Oleh: AUDREY LEE

Anda mungkin juga meminati:

Adeep Fabulous Cats Selamat Diijabkabulhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/08/ADEEP1.pnghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/08/ADEEP1-150x150.pngMyNewsHub Terkini

Bekas ahli kumpulan Fabulous Cats, Adeep Nahar atau nama sebenarnya Abdul Mutalib Nahar telah selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya pada Jumaat lalu. Gambar-gambar majlis pernikahan dan persandingannya itu dikongsikan oleh rakan baiknya, bekas anggota kumpulan Ruffedge, Zain di laman Instagramnya, yang hadir pada majlis tersebut bersama-sama ahli keluarganya dan juga penyanyi...

<p style="text-align: justify;">Bekas ahli kumpulan Fabulous Cats, Adeep Nahar atau nama sebenarnya Abdul Mutalib Nahar telah selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya pada Jumaat lalu.</p> <p style="text-align: justify;">Gambar-gambar majlis pernikahan dan persandingannya itu dikongsikan oleh rakan baiknya, bekas anggota kumpulan Ruffedge, Zain di laman Instagramnya, yang hadir pada majlis tersebut bersama-sama</p> <p style="text-align: justify;">ahli keluarganya dan juga penyanyi Aqasha.</p> <p style="text-align: justify;">Tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan buat Adeep dan isterinya, semoga hubungan yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat hendaknya.</p> <p style="text-align: justify;"><a href="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/08/ADEEP11.png"><img class="aligncenter size-medium wp-image-185300" alt="ADEEP1" src="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/08/ADEEP11-300x224.png" width="300" height="224" /></a></p> <p style="text-align: justify;"></p> <p style="text-align: justify;"><a href="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/08/ADEEP3.png"><img class="aligncenter size-medium wp-image-185301" alt="ADEEP3" src="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/08/ADEEP3-300x226.png" width="300" height="226" /></a></p> <p style="text-align: justify;">Oleh: <strong>AUDREY LEE</strong></p>

Jutaan tahniah diucapkan buat Andy, pemain dram kumpulan Estranged yang telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati, Azline Megat pada hari Sabtu lalu. Majlis pernikahan berlangsung sederhana tetapi meriah dengan dihadiri oleh saudara mara dan rakan-rakan. Kedua-dua mempelai nampak berseri-seri dan sememangnya sama cantik sama padan.
andy estranged kahwin

Tahniah diucapkan buat Andy dan isteri atas perkahwinan ini. Semoga berbahagia ke akhir hayat. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


andy estranged kahwin
andy estranged kahwin
andy estranged kahwin
andy estranged kahwin
andy estranged kahwin

Yang Ini Pun Best Jugak:-

(5 Gambar) Majlis perkahwinan Andy <b>Estranged</b> dan Azline Megat <b>...</b>

Posted: 24 Feb 2014 11:01 PM PST

Andy Estranged ketika majlis akad nikah.

Jutaan tahniah diucapkan buat Andy, pemain dram kumpulan Estranged yang telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati, Azline Megat pada hari Sabtu lalu. Majlis pernikahan berlangsung sederhana tetapi meriah dengan dihadiri oleh saudara mara dan rakan-rakan. Kedua-dua mempelai nampak berseri-seri dan sememangnya sama cantik sama padan.

Bersama keluarga Andy.

Tahniah diucapkan buat Andy dan isteri atas perkahwinan ini. Semoga berbahagia ke akhir hayat. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.-Beautiful Nara

Tahniah, Andy <b>Estranged</b> Kini Bergelar Suami Kepada Azline

Posted: 25 Feb 2014 03:50 AM PST

Tahniah, Andy Estranged Kini Bergelar Suami Kepada Azline | Tahniah diucapkan kepada pemain drum kumpulan Estranged, Andy apabila kini sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Azline Megat dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Menerusi akaun Instagram milik Andy, isterinya serta rakan artis, Reza Salleh, majlis pernikahan berlangsung sederhana tetapi meriah dengan dihadiri oleh saudara mara dan rakan-rakan.

Di doakan agar rumah tangga yang dibina ini dilimpahi kebahagiaan berpanjangan dan kekal hingga ke akhir hayat.

sumber

http://mediahiburan.karangkraf.com/terkini/andy-estranged-kini-bergelar-suami-1.254386

Tags:

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


<b>Adi Putra</b> Buka Agensi Umrah, Tidak Akan Tinggal Lakonan <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2014 04:58 PM PST

Sejak tamat kontroversi tidak lama dahulu, pelakon ini agak senyap dari dunia hiburan atau kami sahaja yang tidak berikan perhatian? Adi Putra dalam senyap senyap telah menubuhkan sebuah syarikat menguruskan pakej umrah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia semalam, Hadid Travel & Tours ditubuhkan untuk beliau memberi peluang kepada dirinya menceburkan diri dalam dunia perniagaan selepas selama ini memberikan fokus kepada dunia hiburan dan lakonan.

"Bila kita ceburi bidang baharu, semua perkara kita perlu belajar. Bila wujudkan Hadid Travel & Tours saya tahu bidang ini tidak ada kena mengena dengan dunia lakonan yang sudah saya lalui selama 13 tahun," ujar Adi Putra.

"Kumpulan pertama yang diuruskan saya akan berlepas ke Tanah Suci Mekah pada 13 Mac ini. Saya juga akan ke sana tetapi bukanlah sebagai ustaz pengiring, tetapi sekadar menguruskan segala urusan sahaja. Kami akan sediakan ustaz yang lebih arif untuk membantu mereka"

Mempunyai nama besar dalam dunia hiburan, Adi Putra bagaimana pun nafikan yang beliau menggunakan namanya sebagai pengaruh untuk melariskan pakej umrah syarikatnya namun tidak menolak untuk turut serta ke Mekah setiap bulan.

Dan apabila sibuk dengan dunia perniagaan sekarang, pastinya para peminat ingin tahu sama ada Adi Putra akan meninggalkan dunia lakonan yang banyak menaikkan namanya selama ini.

"Saya tidak akan tinggalkan dunia lakonan, soalnya semua masih sama"

"Saya anggap ini permulaan baharu dan saya tidak perlu tinggalkan apa-apa. Sebelum ini juga saya akan fokus untuk semua kerja yang saya lakukan, sama juga untuk perniagaan ini," tambah pelakon ini lagi. (rtky/eka)


The One And Only ADP: Birthday Event <b>Adi Putra</b>

Posted: 19 Feb 2014 11:59 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Birthday Event Adi Putra. Salam 1Hotlovers. Satu majlis sambutan ulangtahun kelahiran Mr. Hot Adi Putra akan diadakan minggu hadapan. Detail mengenai Majlis adalah seperti berikut : Hari : Ahad. Tarikh : 2hb Mac 2014.

Teduhan Kasih satukan Sherry, <b>Adi Putra</b> dan Shah Iskandar <b>...</b>

Posted: 24 May 2013 09:20 PM PDT

MENYUSUL selepas drama Sedetik Cinta yang bakal melabuh tirai minggu depan, sebuah lagi drama adaptasi novel akan menghiasi slot Akasia berjudul Teduhan Kasih.

Drama hasil garapan sutradara Jamal Khan yang mengangkat nukilan skrip daripada Mufi d Shuhaimi ini bakal mengetengahkan pelakon popular seperti Adi Putra, Sherry Ibrahim, Shah Iskandar, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, Talha Harith, Rahim Omar, Liza Abdullah dan ramai lagi.

Drama Teduhan Kasih ini bakal menemui penonton bermula 15 Mei ini pada setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di saluran TV3.

Mengisahkan tentang perjalanan seorang wanita (Iffa) yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan setelah mengetahui suami (Ryzal) yang dicintai telah menjalinkan hubungan bersama teman baiknya (Ayu). Lebih menyakitkan ketika terpaksa mengharungi situasi yang sukar, Iffa disahkan mengandung dan terpaksa melindungi kandungannya seorang diri memandangkan dia telah diceraikan Ryzal dan pada masa sama dihalau daripada rumah yang mereka duduki bersama.

Sejak itulah Iffa terpaksa mencari haluan hidupnya sendiri dan perbuatan Ryzal dan Ayu begitu meninggalkan kesan mendalam buat hidupnya.

Sempat menghadiri Jemputan Media Ke Ramah Mesra Teduhan Kasih Rabu lalu, Zass mendapatkan pelakon utamanya berkongsi pengalaman terlibat dalam drama ini dan juga perkembangan semasa mereka.

Sherry Ibrahim gementar

Dua tahun menyepikan diri dari bidang lakonan, kini pelakon Sherry Ibrahim muncul semula menerusi lakonan utama dalam drama ini.

Menurut Sherry, selesai kontrak berkhidmat sebagai pramugari bersama Qatar Airways dia mengambil keputusan untuk kembali mewarnai industri hiburan tanah air.

"Sebenarnya, tawaran lakonan ini datang secara kebetulan ketika saya telah habis kontrak bersama Qatar Airways. Ketika itu saya sedang mencari peluang untuk bekerja dengan syarikat penerbangan lain.

"Atas sebab tidak mahu melepaskan peluang yang datang, saya bersetuju untuk menerima tawaran lakonan ini. Saya amat berterima kasih kepada pengarah dan penerbit kerana beri kepercayaan kepada saya untuk bawa watak utama dalam drama ini," katanya.

Berkongsi pengalaman berlakonan dalam drama ini, Sherry akui dirinya agak gementar berhadapan dengan lensa kamera pada awal sesi penggambaran.

"Maklumlah, sudah lebih dua tahun saya tinggalkan bidang ini. Perasaan gugup itu memang tidak dapat saya elakkan tambahan pula saya diberi watak besar.

"Saya akui masih banyak perkara perlu diperbaiki dalam lakonan saya dan mengharapkan lakonan kali ini akan diterima baik penonton," katanya.

Tidak lagi berhubung dengan Ashraf

Diminta mengulas lanjut mengenai spekulasi yang mengatakan bekas kekasihnya, Ashraf Muslim bakal bernikah lain atas persetujuan isteri pertamanya, Sherry bagaimanapun tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

Kata Sherry, sejak berpisah dia tidak pernah berhubung dengan aktor itu.

"Secara jujurnya, saya bukanlah seorang yang mengambil tahu tentang perkembangan gosip. Lagi pun saya sepenuhnya telah 'move on' dan mahu beri perhatian terhadap kehidupan baru saya.

"Soal dia mahu bernikah lagi itu, memang saya tidak tahu apa-apa.

Tapi kalau ditanya pendapat saya, perkara itu adalah hak dia. Lagi pun lelaki boleh berkahwin empat.

"Kalau isterinya telah izinkan, apa salahnya. Tapi terpulanglah pada masing-masing," jelasnya.

Adi Putra janji kelainan

Memegang watak sebagai Ehsan, pelakon tampan, Adi Putra berjanji bakal membawa kelainan menerusi drama ini bagi mengelakkan persamaan karakter dari adaptasi yang pernah digalasnya sebelum ini. Menurutnya, Ehsan adalah seorang lelaki yang sebelum ini tidak pernah mengambil pusing terhadap pasangan hidup dan karakternya lebih menunjuk kepada perbuatan.

"Walaupun tidak pernah mempedulikan tentang masa hadapan, namun itu bukanlah bermakna dia seorang yang jahat, tapi tidak ada sebab untuk dia memikirkan soal itu.

"Sehinggalah dia mengenali Iffa, Ehsan mula berubah setelah perit yang dilalui wanita itu benar-benar meninggalkan kesan terhadap dirinya," jelasnya mengenai karakter yang dibawa.

Katanya lagi, kelainan perlu ada dalam setiap lakonan supaya jalan cerita untuk drama adaptasi ini menjadi lebih segar dan menarik.

"Apa yang saya cuba tonjolkan dalam drama ini adalah dari segi pembawaan watak Ehsan supaya ia nampak seperti individu yang yang berbeza daripada lakonan adaptasi saya yang lain.

"Saya akui walaupun sudah lama berlakon, namun perkara ini sedikit sebanyak beri cabaran yang besar buat saya. Tapi sebagai pelakon, inilah kerja saya," katanya.

Bergelar pengarah

Selain bergelar pelakon, Adi kini sibuk di lokasi filem Suami Aku Ustaz yang dijalankan di Melaka, yang mana buat pertama kali dia juga sebagai pengarah dan bekerjasama dengan sutradara yang tidak asing lagi, Ghaz Abu Bakar.

Kata Adi, mengendalikan tugas pengarah bukanlah mudah dan ini adalah pengalaman berharga buat dirinya yang baru berjinak-jinak menceburi bidang itu.

"Saya akui memang susah untuk mengarah sesebuah filem. Suami Aku Ustaz adalah sebuah filem yang mengangkat kisah percintaan di mana kami mengekalkan elemen islamik dalam jalan ceritanya.

"Cerita ini tidaklah terlalu berat dan sesuai untuk ditonton masyarakat. Saya amat berharap ianya dapat diterima baik oleh orang ramai," katanya.

Shah Iskandar 'kaki pukul'

TERNYATA melakonkan watak antagonis sebagai Ryzal dalam drama ini bukanlah perkara mudah buat pelakon kacak, Shah Iskandar tambahan pula dia harus melakukan perbuatan yang tidak disukainya dalam dunia realiti.

Menurut Shah, adegan memukul isteri yang perlu dilakukannya dalam drama ini antara cabaran besar buat dirinya untuk menjayakan watak dibawa.

"Saya paling pantang bila ada lelaki memukul wanita, tapi dalam drama ini saya perlu lakukannya. Ini adalah satu pengalaman mencabar buat saya.

"Mahu tidak mahu, sebagai seorang pelakon, saya perlu lakukannya dengan baik untuk jayakan drama ini," katanya.

Selain itu, Shah memberitahu, inilah kali pertama dia bekerjasama dengan dua pelakon utamanya, Adi Putra dan Sherry.

"Adi seorang pelakon yang memiliki bakat lakonan yang hebat dan dia juga tidak lokek berkongsi ilmu dan idea sepanjang penggambaran dijalankan.

"Saya senang bekerja dengan mereka dan lakonan kami berjaya meninggalkan impak yang berkesan buat penonton," katanya.

Kahwin di usia 35

Menyentuh mengenai soal peribadi, Shah yang akui dirinya masih belum berpunya. Namun dia meletakan harapan untuk berkahwin di usia 35 tahun.

"Tahun ini umur saya sudah masuk 31 tahun dan mungkin pada umur 35 tahun saya akan berkahwin. Tapi sekarang saya masih lagi single.

"Sekarang ini saya cuba untuk mengenali banyak orang sebab empat tahun itu bukanlah masa yang lama.

"Saya sendiri tidak meletakkan ciri-ciri wanita pilihan saya, asalkan dia memahami kerjaya saya sebagai pelakon dan penampilannya sedap mata memandang itu sudah cukup buat saya," katanya sambil tersenyum.

Dalam perkembangan lain, selain drama Teduhan Kasih, Shah bakal tampil dengan drama Fira Ayuni untuk slot Samarinda dan Seindah Senyummu bagi saluran TV9.

- SINAR HARIAN