Nuffnang

Isnin, 7 Oktober 2013

Fasha Sandha - Google Blog Search

Fasha Sandha - Google Blog Search


Gambar Anak <b>Fasha Sandha</b> Edisi September - Gossip Artis Malaysia

Posted: 09 Sep 2013 12:00 AM PDT

Pada: Isnin, 9 September 2013 Ini adalah gambar terbaru anak Fasha Sandha, Putra Rayfal edisi September 2013. Kelihatan sihat sekali. Fasha pun kadang kala ada mengusik Rayfal ni, waktu tidur pun sempat diberikan baju untuk digambar. Hehe. Fasha juga tidak kurang hebatnya, dia menjadi penghias majalah Nona, majalah pertama kalau tidak silap selepas dia bersalin. -Instagram FashaSandha

Tag : , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


Biar masa menentukan - <b>Elly Mazlein</b> - Utusan Online

Posted: 28 Jul 2013 06:13 AM PDT

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my

TOPIK walimatulurus paling digemari buat wanita bujang kerana rata-rata mempunyai impian tersendiri. Begitu juga dengan pelakon dan penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Elly Mazlein, 32. Pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini mempunyai keinginan untuk menjadikan hari bersejarah itu sebagai saat terindah dalam hidupnya.

Malah sejak bertunang dengan pengarah Azmi Hatta, 38, dua tahun lalu, Elly sudah mula merencana sesuatu yang indah untuk meraikan penyatuan dengan belahan hatinya itu.

Pun begitu sebagai manusia biasa Elly pasrah apabila harapannya itu masih belum terlaksana. Lebih malang apabila hasrat tersebut kemudiannya dipertikaikan dan menjadi buah mulut orang.

Semuanya bermula selepas perancangan asal untuk mendirikan rumah tangga dengan Azmi pada penghujung tahun lalu tidak menjadi kenyataan. Ironinya dia dihujani spekulasi demi spekulasi.

Status Elly sama ada masih tunangan Azmi kemudiannya menjadi tanda tanya. Lebih buruk apabila penafian yang dibuat daripada kedua-dua pihak itu dikaburi oleh cakap-cakap orang luar yang seolah-olah mengiyakan cerita Elly sudah putus tunang.

Mengesahkan dirinya masih tunangan kepada Azmi, Elly juga menyatakan rasa kesal apabila kisah pertunangannya itu menjadi bahan perbualan ramai.

"Elly tahu ada segelintir orang yang lebih arif tentang cerita peribadi Elly berbanding diri Elly sendiri. Dan Elly sedar spekulasi membabitkan cerita (pertunangan) Elly ini tidak akan berhenti melainkan Elly naik pelamin.

"Terus terang Elly sendiri tak berani untuk berbicara secara terbuka tentang soal pertunangan ini. Sebab perkara ini di luar bidang kuasa Elly dan sehingga kini masih belum ada kata putus (mengenai urusan perkahwinan).

"Dan Elly minta maaf sebab tak boleh cakap lebih-lebih. Perkara pertunangan ini membabitkan keluarga Elly dan juga pihak Azmi. Elly tak nak mendahului mereka. Takut juga ada perkataan yang menyebabkan mana-mana pihak terasa.

"Biarlah orang nak kata Elly sengaja nak berteka-teki atau nak berdolak-dalih. Sebab Elly hanya akan mengkhabarkan perkara yang sudah ada jawapan pasti," katanya penuh makna pada pertemuan petang Selasa lalu.

Cincin tunangDesas desus keretakan hubungan Elly dengan Azmi mula diperkatakan selepas penyanyi ini tidak memakai cincin pertunangan sewaktu hadir di pelancaran filem Awan Dania The Movie pada Oktober tahun lalu.

Bertitik tolak dari situ, Elly yang mengikat tali pertunangan dengan Azmi pada 29 Mei 2011 kemudiannya dihujani dengan spekulasi putus tunang.

Apatah lagi selepas perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada penghujung tahun lalu terpaksa ditunda atas alasan tuntutan kerja.

Sengaja mengusik tentang tarikh sebenar perkahwinan menyebabkan dia menarik nafas panjang.

Anak kelahiran Slim River, Perak ini kemudiannya mengaku tidak punya tarikh spesifik untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Azmi. Sebaliknya Elly menyerahkan urusan jodoh tersebut kepada takdir dan waktu.

"Elly minta beri sedikit ruang kepada Elly untuk menyelesaikan perkara ini. Pada masa yang sama Elly tak boleh menghalang pihak media untuk tidak memaparkan cerita kurang enak tentang pertunangan Elly.

"Memanglah Elly boleh cakap yang Elly kuat untuk melayan spekulasi sebegitu. Tapi lama kelamaan pasti akan bosan sebab cerita lapuk sebegini tidak ada kesudahan.

"Jadi kesimpulannya tunggu saja. Nanti kalau sudah ada masa yang sesuai pasti Elly akan mengkhabarkan berita gembira," katanya yang mengaku lebih senang berkongsi berita gembira berbanding cerita negatif kepada khalayak.

Berahsia soal hatiElly turut menegaskan sikap semulajadinya yang gemar berahsia terutama berkaitan soal hati. Percayalah dia tidak akan membuka mulut kerana hanya itu 'bahagian' yang tinggal untuk dirinya.

"Elly memilih untuk merahsiakan soal hati. Tak manis seorang wanita sewenang-wenangnya bercerita tentang kisah isi hatinya kepada khalayak. Nanti mengundang spekulasi lagi.

"Jadi lebih baik kalau Elly simpan diam-diam luahan perasaan Elly itu dan hanya luahkan pada lagu saja," kata penyanyi yang semakin popular dengan lagu Sabarlah Hati..

Lagu ciptaan Manusia Putih itu dikatakan berkait rapat dengan keadaan yang sedang dialami Elly apabila menyerlahkan bait-bait yang menyusuk jiwa.

Kata Elly, seperti orang lain dia juga mahu mencintai dan dicintai dan sebagai seorang artis, tiada apa lain yang tinggal selain sekelumit ruang untuk dirinya.

Justeru dia tidak akan berkompromi dengan soal yang satu itu.

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


Ana Dahlia Kesayangan <b>Rosyam Nor</b>? - MyNewsHub

Posted: 02 Jul 2013 12:27 PM PDT


PELAKON dan penerbit drama terkenal, Rosyam Nor menegaskan penglibatan pelakon Ana Dahlia sebagai teraju utama dalam kedua-dua drama terbaru terbitan Suhan Movies berjudul Dia Tetap Ayah dan Cinta Yang Satu, cuma kebetulan rezeki aktres itu.

Menurut Rosyam yang juga merupakan pemilik syarikat produksi berkenaan, beliau sebenarnya mengutamakan anak didiknya daripada program realiti TV, Pilih Kasih seperti yang beliau berikan kepada Ana.

"Sebenarnya saya memang mengutamakan anak didik saya daripada program realiti TV, Pilih Kasih seperti yang saya berikan kepada Ana.

"Hakikatnya, bukan senang untuk artis dapat watak yang betul-betul kena dengan watak yang diberi, malah saya sudah berjanji pada mereka dalam masa dua tahun mereka akan dikenali dengan syarat mereka ada komitmen dan kekuatan sendiri," ujarnya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Rosyam juga memberitahu, biarpun kedua-dua karya tersebut menggunakan khidmat bekas isteri Chef Riz itu, watak yang dimainkan aktres tersebut cukup berbeza antara satu sama lain.

Cinta Yang Satu akan ditayangkan setiap hari Jumaat pukul 9 malam di TV2 bermula 5 Julai ini. Manakala Dia Tetap Ayah pula bakal disiarkan selama setengah jam, setiap Isnin hingga Khamis bermula pada 8 Julai di saluran Astro Prima. – Malaysian Insider

Ana Dahlia Kesayangan Rosyam Nor?http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/07/ana_dahlia11.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/07/ana_dahlia11-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

PELAKON dan penerbit drama terkenal, Rosyam Nor menegaskan penglibatan pelakon Ana Dahlia sebagai teraju utama dalam kedua-dua drama terbaru terbitan Suhan Movies berjudul Dia Tetap Ayah dan Cinta Yang Satu, cuma kebetulan rezeki aktres itu. Menurut Rosyam yang juga merupakan pemilik syarikat produksi berkenaan, beliau sebenarnya mengutamakan anak didiknya daripada...

PELAKON dan penerbit drama terkenal, Rosyam Nor menegaskan penglibatan pelakon Ana Dahlia sebagai teraju utama dalam kedua-dua drama terbaru terbitan Suhan Movies berjudul Dia Tetap Ayah dan Cinta Yang Satu, cuma kebetulan rezeki aktres itu. Menurut Rosyam yang juga merupakan pemilik syarikat produksi berkenaan, beliau sebenarnya mengutamakan anak didiknya daripada program realiti TV, Pilih Kasih seperti yang beliau berikan kepada Ana. "Sebenarnya saya memang mengutamakan anak didik saya daripada program realiti TV, Pilih Kasih seperti yang saya berikan kepada Ana. "Hakikatnya, bukan senang untuk artis dapat watak yang betul-betul kena dengan watak yang diberi, malah saya sudah berjanji pada mereka dalam masa dua tahun mereka akan dikenali dengan syarat mereka ada komitmen dan kekuatan sendiri," ujarnya seperti yang dilaporkan Kosmo! Rosyam juga memberitahu, biarpun kedua-dua karya tersebut menggunakan khidmat bekas isteri Chef Riz itu, watak yang dimainkan aktres tersebut cukup berbeza antara satu sama lain. Cinta Yang Satu akan ditayangkan setiap hari Jumaat pukul 9 malam di TV2 bermula 5 Julai ini. Manakala Dia Tetap Ayah pula bakal disiarkan selama setengah jam, setiap Isnin hingga Khamis bermula pada 8 Julai di saluran Astro Prima. - <strong>Malaysian Insider</strong>

 

Bagi yang menonton majlis Anugerah Lawak Warna pada baru-baru ini, pasti ingat pada persembahan mantap dari gandingan dua pelakon hebat, Que Haidar bersama Khir Rahman yang mempersembahkan lagu Teratai. Lagu tersebut dijadikan salah satu runut bunyi dalam filem komedi arahan Mamat Khalid, Rock Oo: Rimba Bara Kembali.

 

Mungkin bagi Khir Rahman, nyanyian bukan asing baginya kerana pelakon dan pengarah itu juga datang dari keluarga yang akktif dalam dunia nyanyian. Tapi siapa sangka di sebalik kredibitili yang dipamer juga keberkesanan dalam setiap lakonannya sehingga meletakkan dia dalam senarai pelakon berprofil tinggi tanah air, Que Haidar sebenarnya juga punya bakat menyanyi. 

 

Berkesempatan bertemu Que sejurus usai majlis pada malam tersebut, suami kepada guru tari terkenal Linda Jasmin ini berkata dia tidak berhasrat untuk serius dalam dunia nyanyian. Sebaliknya persembahannya pada malam itu pun hanya sebagai mewakili karakternya dalam filem Rock Oo: Rimba Bara Kembali.

 

Tetapi dalam pada dia tidak merasakan nyanyian boleh jadi sebagai salah satu kerjaya seni, Que dalam diam sebenarnya pernah meriman undangan membuat persembahan di sebuah majlis makan malam koporat.

 

"Sebenarnya sejak saya menyanyi untuk muzik video Rock Oo, saya pernah diundang buat dinner show beberapa bulan lalu. Pada majlis tu saya menyanyikan lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee tapi saya rock kan lagu tu. Selain tu ada juga dapat undangan nyanyian dengan Rimba Bara.

 

"Tapi untuk jadikan nyanyia sebagai karier serius, saya rasa tak mungin. Saya rasa kelakar. Sebab kat luar sana amai lagi suara yang bagus-bagus. Bila saya menyanyi, saya sekadar membawa karakter saya dalam filem tersebut. Selepas ni kalau saya diminta untuk menyanyi pun, hanya dalam filem sajalah. Tapi bergantung juga, misalnya kalau saya turut berlakon dalam filem itu.

 

"Bagi saya, kita kena sedar diri lah. Saya jumpa ramai bakat-bakat yang boleh menyanyi tapi mereka tak diberi peluang. Jadi saya rasa eloklah peluang itu diberikan pada yang lebih layak", katanya.

 

Perkembangan lain, di samping sibuk dengan program ceramah dan bengkel motivasi anjurannya, Que memberitahu dia bakal memulakan penggambaran Rock Oo 3 tidak lama lagi. Selain itu dia juga masih menunggu tawaran filem daripada pengarah hebat Dain Said.

 

"InsyAllah akan ada Rock 3. Selain saya juga tengah tunggu Dain Said. Dari dulu lagi saya nak teringin kerja sekali dengan dia tapi ada jer masalah. Bila saya boleh dia pula ada komitmen lain. Begitu juga sebaliknya", ujarnya yang sentiasa menginginkan naskah yang berbeza dan mencabar dirinya sebagai seoarng pelakon.

 

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


<b>Elfira Loy</b> Bukan Lagi Artis Eksklusif Astro - MyNewsHub

Posted: 03 Oct 2013 06:01 PM PDT


PELAKON Elfira Loy bukan lagi artis eksklusif stesen televisyen Astro selepas kontraknya tamat pada Disember tahun lalu.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy, 19, berkata, dia telah bernaung di bawah stesen itu sejak dua tahun lalu dan merasakan sudah tiba masanya untuk berdikari dengan menguruskan kerjaya sendiri.

"Saya dah nak masuk umur 20 tahun dan sudah tiba masanya saya menguruskan kerjaya sendiri.

"Lagipun kontrak saya sudah tamat pada hujung tahun lalu di mana pihak Astro memberikan saya buat pilihan sama ada mahu sambung atau tidak," katanya kepada mStar Online.

Elfira ditemui pada majlis pelancaran produk syampu anti kelemumur terbaharu jenama Sunsilk Hair Fall Solution di Sunway Piramid di sini pada Khamis.

Tambah Elfira, dia juga bersyukur, walaupun tidak menyambung kontrak dengan Astro, dia masih lagi menerima pelbagai tawaran drama daripada stesen berkenaan.

Sementara itu, Elfira menghadiri majlis pelancaran Sunsilk itu sebagai tanda sokongan terhadap produk terbabit.

Lebih-lebih lagi kata Elfira, dia seorang penggemar produk berkenaan sejak dulu kerana ia dapat mengatasi masalah keguguran rambut.

"Saya seorang yang sangat peka berkaitan kecantikan diri terutamanya rambut. Sebelum ini saya sering mengamalkan penjagaan rambut cara tradisional dengan menggunakan santan dan bunga raya.

"Bagaimanapun, apabila dah dewasa dan sibuk dengan kerja-kerja lakonan, saya akan ke salon untuk mendapatkan rawatan rambut sekurang-kurangnya sekali salam tiga hari dan selebihnya saya menggunakan syampu Sunsilk di rumah," tuturnya.

Selain Elfira, aktres Liyana Jasmay turut hadir ke palancaran produk syampu berkenaan.

Dalam pada itu, pengurus jenama Sunsilk iaitu Phoenix Ho berkata, pihaknya turut mengadakan peraduan buat pengguna jenama itu dengan menghantar sekeping gambar bersama kapsyen yang menarik ke laman sosial 'Facebook Sunsilk Malaysia'.

"Seramai 25 orang akan dipilih melalui sistem undian di Facebook untuk memenangi sebuah Ipad Mini serta menghadiri parti akhir tahun Sunsilk.

"Peraduan akan bermula pada Oktober dan saya percaya di zaman teknologi ini, pelbagai gambar dan kapsyen menarik boleh dilakukan dan semestinya saingan pasti akan sengit," kata Phoenix. – mStar

Elfira Loy Bukan Lagi Artis Eksklusif Astrohttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Elfira-Loy-Bukan-Lagi-Artis-Eksklusif-Astro.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Elfira-Loy-Bukan-Lagi-Artis-Eksklusif-Astro-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

PELAKON Elfira Loy bukan lagi artis eksklusif stesen televisyen Astro selepas kontraknya tamat pada Disember tahun lalu. Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy, 19, berkata, dia telah bernaung di bawah stesen itu sejak dua tahun lalu dan merasakan sudah tiba masanya untuk berdikari dengan menguruskan kerjaya sendiri. 'Saya dah nak...

PELAKON Elfira Loy bukan lagi artis eksklusif stesen televisyen Astro selepas kontraknya tamat pada Disember tahun lalu. Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy, 19, berkata, dia telah bernaung di bawah stesen itu sejak dua tahun lalu dan merasakan sudah tiba masanya untuk berdikari dengan menguruskan kerjaya sendiri. "Saya dah nak masuk umur 20 tahun dan sudah tiba masanya saya menguruskan kerjaya sendiri. "Lagipun kontrak saya sudah tamat pada hujung tahun lalu di mana pihak Astro memberikan saya buat pilihan sama ada mahu sambung atau tidak," katanya kepada mStar Online. Elfira ditemui pada majlis pelancaran produk syampu anti kelemumur terbaharu jenama Sunsilk Hair Fall Solution di Sunway Piramid di sini pada Khamis. Tambah Elfira, dia juga bersyukur, walaupun tidak menyambung kontrak dengan Astro, dia masih lagi menerima pelbagai tawaran drama daripada stesen berkenaan. Sementara itu, Elfira menghadiri majlis pelancaran Sunsilk itu sebagai tanda sokongan terhadap produk terbabit. Lebih-lebih lagi kata Elfira, dia seorang penggemar produk berkenaan sejak dulu kerana ia dapat mengatasi masalah keguguran rambut. "Saya seorang yang sangat peka berkaitan kecantikan diri terutamanya rambut. Sebelum ini saya sering mengamalkan penjagaan rambut cara tradisional dengan menggunakan santan dan bunga raya. "Bagaimanapun, apabila dah dewasa dan sibuk dengan kerja-kerja lakonan, saya akan ke salon untuk mendapatkan rawatan rambut sekurang-kurangnya sekali salam tiga hari dan selebihnya saya menggunakan syampu Sunsilk di rumah," tuturnya. Selain Elfira, aktres Liyana Jasmay turut hadir ke palancaran produk syampu berkenaan. Dalam pada itu, pengurus jenama Sunsilk iaitu Phoenix Ho berkata, pihaknya turut mengadakan peraduan buat pengguna jenama itu dengan menghantar sekeping gambar bersama kapsyen yang menarik ke laman sosial 'Facebook Sunsilk Malaysia'. "Seramai 25 orang akan dipilih melalui sistem undian di Facebook untuk memenangi sebuah Ipad Mini serta menghadiri parti akhir tahun Sunsilk. "Peraduan akan bermula pada Oktober dan saya percaya di zaman teknologi ini, pelbagai gambar dan kapsyen menarik boleh dilakukan dan semestinya saingan pasti akan sengit," kata Phoenix. - mStar