Nuffnang

Isnin, 3 Februari 2014

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 10 - Kafe <b>Que</b> vs <b>...</b>

Posted: 21 Jan 2014 06:58 AM PST

SHIRO POPULARKAN LAGU BINTANG MALAM INI

Persembahan Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 10 kembali menghiburkan. Minggu lalu suasana pentas terbuka memberi kesan terhadap kebanyakan kumpulan. Tema 'Radio' Sinar FM menjadi pilihan untuk episod minggu lepas. Antara persembahan yang boleh dikira mantap ialah kumpulan Sepahtu dan Shiro.

Datuk Yusof Haslam yang menjadi perintis mempopularkan lagu nostalgia 'Bintang Malam Ini' menjadi sumber inspirasi kumpulan Shiro. Memang terbaik lagu remix yang dipersembahkan. Punchline yang tak disangka dan fizikal komedi yang bersahaja.

Sepahtu yang menang kereta Perodua Alza baharu kembali bersemangat. Mereka mengambil pendekatan menceritakan sejarah penyerapan Rahim ke dalam Sepahtu. Seperti biasa, ahli yang baru akan selalu menjadi bahan lawak. Hehe.

Kumpulan Comey akhirnya tersingkir sekaligus terlepas aksi separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2013. Kini hanya tinggal 6 kumpulan yang akan berentap. Jambu pula seperti kekurangan idea minggu ini dan mereka mendapat undian 3 terendah.


Video Persembahan MLM 2013 - Minggu 10

Shiro

Sepahtu


SYJ


Nabil



Jambu



Bocey


Comey


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Entri berkaitan : bocey , dailymotion , hiburan , jambu , lawak , live streaming , maharaja lawak mega 2013 , nabil , sepahtu , shiro , syj , video

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


<b>Remy Ishak</b> Nafi Bercinta Dengan Budi Citawan, Hanya Berkawan <b>...</b>

Posted: 18 Jan 2014 05:32 PM PST

Sebelum ini tersebar beberapa gambar yang mengatakan bahawa Remy dan anak kepada pelakon veteran Wan Hanafi Su mempunyai hubungan istimewa malah hubungan ini juga turut direstui oleh Wan Hanafi Su sendiri. Bertemu dengan Remy Ishak semasa sidang media drama bersiri yang berjudul Jiwa, beliau memberikan kenyataan berhubung dengan kisah percintaan yang telah digembar-gemburkan sebelum ini.

"Saya cukup menghormati uncle sebagai pelakon senior & saya ucapkan terima kasih kepadanya. Apa yang telah berlaku sebelum ini akan saya terangkan di sini bahawa saya dan dia hanyalah merupakan seorang kawan biasa dan tidak lebih dari apa yang disangkakan sebelum ini," katanya.

Bercerita mengenai detik-detik permulaan perkenalan mereka Remy Ishak memberitahu mereka berkenalan secara ramai dan bukanlah berkenalan secara perseorangan tetapi dia amat selesa untuk berkawan dengannya kerana Remy sendiri tidak mempunyai ramai kawan perempuan.

"Saya berkenalan dengan dia apabila kawan-kawan saya ajak lepak minum dan dari situlah kami mengenali antara satu sama lain dan selepas itu dialah satu-satunya kawan perempuan saya kerana saya ini pemalu untuk berkawan dengan perempuan dan disebabkan itulah saya ini tidak mempunyai kawan perempuan," katanya.

BACA: Wan Hanafi Su Selesa, Restu Hubungan Anak Bersama Remy Ishak

Dia juga menceritakan bahawa apabila kisah ini telah disensasikan dia tidak lagi merasa pelik kerana dia tahu bahawa inilah harga yang perlu dibayar untuk menjadi seorang artis juga apabila dia rapat bersama mana-mana perempuan orang akan membuat spekulasi tentangnya.

"Tidak lagi merasa pelik seperti dahulu kerana saya sudah matang apabila dikaitkan dengan mana-mana wanita dan ini merupakan satu benda yang positif kerana orang mahu mengetahui tentang perkembangan saya. Kami juga ada berbincang mengenai isu ini dan dia cukup risau akan kesan sampingan terhadap kerjaya saya ini dan saya telah memberitahu bahawa ini perkara yang sering berlaku apabila menjadi seorang artis dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan,"katanya.

Dengan ini jelaslah bahawa Remy masih lagi tidak mempunyai teman istimewa hanyalah sekadar teman biasa sahaja. Remy Ishak, Kamal Adli dan Faizal Hussein bakal bersama bergabung tenaga dalam drama bersiri yang berjudul Jiwa yang akan disiarkan tidak lama lagi menerusi slot Aksi di TV3. Sama-sama kita saksikan nanti. (rtky/hfz)


Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


<b>Rita Rudaini</b> Enggan Ambil Tahu Gosip Kahwin Aidil | Portal <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2013 11:18 PM PST

Rita Rudaini Enggan Ambil Tahu Gosip Kahwin Aidil

Umum tahu bahawa sebelum ini seorang gadis bernama Zarema Zainal pernah dikaitkan dengan pergolakan rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan.

Biarpun sebelum ini Zarema menafikan perkara tersebut, namun sebuah kenyataan oleh Aidil baru-baru ini telah menarik perhatian banyak pihak mengenai hubungan mereka berdua.

Ekoran daripada itu, Rita Rudaini yang ditemui semasa majlis pelancaran filem Balistik malam tadi ketika ditemubual menegaskan bahawa dia tidak mahu mengulas gosip perkahwinan bekas suaminya itu.

Mereka tak ada kena mengena dengan hidup saya, saya tak perlu tahu apa mereka nak lakukan dan saya tak nak komen.

Rita Rudaini Enggan Ambil Tahu Gosip Kahwin Aidil

Rita enggan ulas gosip kahwin bekas suaminya

Dalam perkembangan lain, Rita turut memberitahu kes tuntutan nafkah bagi anak-anaknya dengan pemain bola sepak itu masih belum selesai.

Menurut Rita, jumlah yang seharusnya dibayar oleh Aidil untuk dua orang cahaya matanya sebanyak RM5000 adalah wajar dan melebihi nafkah yang dituntut, berlainan dari apa yang dikatakan oleh Aidil.

RM5000 ini dikira sebagai diskaun daripada saya kerana hanya orang yang mempunyai anak saja tahu tentang perbelanjaan anak-anak. Nasib baik saya bekerja, dapatlah saya tampung hidup saya.

Sebelum ini masa saya dengan dia pun, saya yang uruskan makan pakai anak. Kalau nak cakap anak-anak dah besar tak payah minum susu, rasanya.. orang dewasa macam kita pun perlu minum susu untuk jaga kesihatan, kan?

Dalam pada itu, Rita menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya mengutamakan kemewahan untuk anak-anaknya.

Kalau saya ajar anak saya hidup mewah, masa dia lahir saya dah beli kasut Gucci untuk dia. Saya membeli ikut kemampuan saya kerana mereka itu anak kandung saya. Selagi saya mampu, saya nak berikan yang terbaik untuk anak-anak saya.

Untuk pengetahuan, Rita dan Aidil pernah bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008. Hasil perkahwinannya itu, mereka telah dikurniakan dua cahayamata, Airit Rayyan Rizqin, 5 dan Airit Rafqa Arjuna, 2.

Zahiril Adzim - Google Blog Search

Zahiril Adzim - Google Blog Search


13 Gambar Comel Anak <b>Zahiril Adzim</b> dan Shera Ayob | FooD 4 <b>...</b>

Posted:

... Anak Zahiril Adzim dan Shera Ayob. 13 Gambar Comel Anak Zahiril Adzim dan Shera Ayob | Jom kita lihat gambar-gambar comel anak Zahiril Adzim dan Shera Ayob yang diupload oleh mereka berdua di dalam instagram.

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


<b>Hans Isaac</b> Tak Mahu Sentuh Soal Agama ~ Perihal Negara

Posted: 25 Nov 2013 08:00 PM PST

Rasanya ramai yang sedia maklum kisah percintaan Hans Isaac dan Neelofa.. Hans Isaac dalam satu kenyataannya mengatakan yang dia serius dan sudah bersedia untuk ke peringkat seterusnya, Memandangkan hubungan percintaannya dengan Neelofa serius dan sudah bersedia ke peringkat seterusnya, dia ditanya sama ada sudah bersedia untuk menukar agama bagi merealisasikan impiannya itu..

bagaimanapun Hans Isaac menegaskan yang dia tidak mahu berbicara mengenai soal agama..kerana baginya soal agama amat sensitif dan selagi tidak ada 'hitam putih' dia tidak mahu membincangkan persoalan ini..

"Bab-bab agama ini saya tak mahu sentuh. Lagipun saya memang tidak suka untuk berbincang soal berkaitan agama. Perkara seperti ini bukan sesuatu yang elok untuk dibincangkan secara terbuka. Lagipun nak membincangkan ke tahap sehingga sampai soal tukar agama ni, bukan sesuatu yang mudah.

"Andai kata apa yang awak semua mahukan ini (tukar agama) tidak terjadi siapa yang akan tanggung malu? Cukuplah saya kena 'kaw-kaw' dahulu. Pengalaman lalu jadi pengajaran dan saya tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama," ujar Hans berterus-terang.

Sumber : jejakahangatdipasaran.blogspot.com

6ixth Sense - Google Blog Search

6ixth Sense - Google Blog Search


Bukan Milik Kita - <b>6ixth Sense</b> / Lirik & Music Video @LaguBestBest

Posted: 16 Nov 2013 05:25 PM PST

Tajuk Lagu/ Song Title: Bukan Milik Kita
Artis/ Artist: 6ixth Sense
Album/ Info: Single 2013 / Ⓟ Rumpun Records Sdn Bhd, Universal Music Sdn Bhd

Video Muzik/ Music Video: Bukan Milik Kita - 6ixth Sense
Youtube

Lirik Lagu/ Lyrics: Bukan Milik Kita - 6ixth Sense
Ditinggalkan kehilangan
Bagian hidup kita
Tak usahlah kau tangisi takdir
Tak ada yang abadi di dunia ini
Semua pastikan kembali
Hidup ini sudah tertulis
Tenangkan jiwamu dan hatimu

Ikhlaskanlah relakanlah
Semua yang ada pasti kan pergi
Ikhlaskanlah relakanlah
Semua yang hidup pasti kan mati

Ikhlaskanlah relakanlah
Semua yang ada pasti kan pergi
Ikhlaskanlah relakanlah
Semua yang hidup pasti kan mati

Ikhlaskanlah relakanlah
Semua yang ada pasti kan pergi
Semua yang hidup pasti kan mati
Hidup bukan milik kita
Hidup bukan milik kita

Nada Pemanggil/ Ringback Tone: Bukan Milik Kita - 6ixth Sense
Maxis : Type *131*325081# and press call/send
DiGi: Type CT[space]1501085 and send to 2000
Celcom: Type *888*196392# and press call/send
u-mobile: Type CT[space]482416 and send to 28118

Muat Turun MP3/ MP3 Download: Bukan Milik Kita - 6ixth Sense
iTunes

Eira Syazira - Google Blog Search

Eira Syazira - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Eira Syazira</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Jan 2014 09:20 PM PST


Keek : Telatah Comel Anak <b>Eira Syazira</b> Mandi | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2013 09:01 PM PDT

Keek : Telatah Comel Anak Eira Syazira Mandi

Jika minggu lalu OHBULAN! telah kongsikan video comel anak penyanyi terkenal Tomok, Arrian yang sedang belajar jalan dengan menggunakan bantuan kerusi, hari ini kami ingin kongsikan pula video comel keletah puteri sulung pasangan selebriti terkenal, Azad Jazmin dan Eira Syazira yang dilihat sudah pandai mandi sendiri walaupun tanpa bantuan daripada kedua ibu bapanya.

Artikel Berkaitan :

Melihat paparan video yang dikongsikan, Amarra Sofea Rose dilihat begitu senang untuk diajak mandi dan langsung tidak menangis atau meragam seperti kanak-kanak lain.

Dalam pada itu, keletah comel Amarra turut mencuit hati para pengikut laman sosial Azad dan Eira sehingga video tersebut berjaya mendapat tontonan ramai walaupun ia baru dimuat naik satu jam yang lalu.

Keek : Telatah Comel Anak Eira Syazira Mandi

Keletah comel Amarra sewaktu disakat oleh ibu bapanya

Menerusi video tersebut, pasangan selebriti ini dilihat begitu asyik menyakat bayi comel mereka sehingga menyebabkan Amarra sedikit lemas dan terbatuk apabila Azad berulang kali menyimbah air ke muka anaknya. Namun begitu, Amarra masih lagi dilihat begitu tenang dan langsung tidak menangis.

Wah, bagusnya anak Azad dan Eira kan? Meskipun disakat oleh ibu bapanya, dia masih boleh bertahan dan langsung tidak mengamuk. Pandai pasangan ini mendidik anaknya untuk tidak terlalu dimanjakan.

Apa pun, untuk semua peminat Azad dan Eira Syazira, jom layan video lucu Amarra selepas ini. Semoga terhibur!

Kredit Video : Keek Eira Syazira

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


Kisah Pilih Menantu Lakonan Zahiril Adzim dan <b>Elfira Loy</b> Dalam <b>...</b>

Posted: 23 Dec 2013 04:04 AM PST

Dalam masyarakat kita yang semakin terbuka, pilihan jodoh diletakkan sepenuhnya kepada anak teruna mahupun anak gadis sendiri yang ingin berumah tangga dalam menentukan pilihan yang terbaik sebagai pasangan hidup mereka. Namun pandangan ibu bapa sebagai orang tua juga tidak harus dipinggirkan.

Membawakan topik bila mana seorang pemuda diuji bakal keluarga mentua tentang tanggungjawab sebagai persediaan bergelar seorang suami, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan telemovie menarik, "Nak Jadi Menantu, Ye?" yang diselitkan dengan lawak mencuit hati menggandingkan pelakon Zahiril Adzim dan Elfira Loy sebagai pasangan kekasih selain Zaidi Omar, Fadilah Mansor, Razak Ahmad dan Sheila Mambo.    

ada cinta ... watak Tuan Mohd Haikal dan Rusnani

Mengisi slot Panggung Ahad, telemovie disiarkan pada 29 Disember; pukul 10.05 pagi di TV1 ini mengisahkan Tuan Mohd Haiqal, 25 tahun mengikut teman wanitanya, Rusnani, 18 tahun balik ke kampung selama beberapa hari dengan tujuan untuk mengenali keluarga tersebut sebelum keluarganya menghantar wakil meminang.

Selama berada di rumah Rusnani Tuan Mohd Haiqal diuji untuk melakukan pelbagai pekerjaan oleh bapa Rusnani iaitu Zakaria sehingga memberikan tekanan kepada mental dan fizikal Tuan Mohd Haiqal.

Tujuan Zakaria berbuat demikian, adalah untuk mengetahui bagaimana tahap kesabaran, pengetahuan Tuan Mohd Haiqal tentang agama dan kebijaksaan Tuan Mohd Haiqal untuk menyelesaikan masalah sebelum dia memikul tanggungjawab yang lebih berat iaitu menjadi suami kepada Rusnani.

Satu rahsia yang Tuan Mohd Haiqal dan Rusnani tidak tahu adalah hubungan persahabatan antara Zakaria dengan Tuan Mahmud sewaktu didalam tentera dimana Zakaria berpangkat sarjan dan Tuan Mahmud adalah kadet bawahanya iaitu bapa Tuan Mohd Haiqal. Tuan Mahmud mahukan Tuan Mohd Haiqal 'diajar cara pengurusan diri' kerana Tuan Mohd Haiqal yang terlalu dimanja oleh isterinya sehingga bersikap tidak 'gentleman'. Digambarkan Tuan Mohd Haiqal adalah anak tunggal di dalam keluarga tersebut yang mana mewarisi harta keluarga.

Rusnani mempunyai seorang adik yang masih bersekolah iaitu Suhaili. Ibu Rusnani, Zakiah, berniaga nasi lemak di tepi jalan dan bapanya Zakaria, seorang pemandu teksi.

Di rumah tersebut, Tuan Mohd Haiqal telah diminta oleh Zakaria melakukan pelbagai tugasan iaitu termasuklah, mencuci bilik air, membantu berkebun pisang, membasuh pakaian mengunakan tangan setelah mesin basuh sengaja dirosakkan oleh Zakaria, mengantikan tong gas masak dengan yang baru di kedai runcit dengan cara memikul tong, diminta menggali parit yang tersumbat sewaktu hujan lebat, menggantikan tempatnya menjadi anggota Rela dengan mengawal kampung pada waktu malam juga mencuci sawang di dalam rumah dan mengemas stor dibelakang rumah dan bermacam-macam lagi.

Rusnani akhirnya kecewa dengan sikap ayahnya yang seolah mendera Tuan Mohd Haiqal. Tuan Mohd Haiqal yang tertekan serta deman sejuk telah balik ke kuala Lumpur untuk memberitahu ibunya supaya membatalkan rancangan pertunangan tersebut tetapi sebaliknya dia terperanjat apabila melihat ayahnya dan Zakaria saling kenal mengenali. Tuan Mahmud telah mengarahkan Tuan Mohd Haiqal kembali ke rumah Zakaria untuk menyambung ujian dari Zakaria. Lalu apakah kesudahan hubungan mereka? Dapatkah cinta mereka disatukan dengan ikatan yang sah?

poster drama nak jadi menantu ye

Dafi af - Google Blog Search

Dafi af - Google Blog Search


Gambar Kakak <b>Dafi AF</b>, Sabrina Ismail Yang Jelita | GOSIP ARTIS

Posted: 27 Aug 2013 08:27 AM PDT

Ramai juga tidak tahu bahawa seorang bekas pelajar AF Dafi mempunyanyi seorang kakak yang jelita yang bernama Sabrina Ismail. Namun, kepada yang jatuh cinta pada pandangan gambar Sabrina ini, kami memohon maaf kerana beliau sudahpun bertunang dengan seorang pereka fesyen yang terkenal iaitu Jovian Mandagie.

Mereka berdua akan menamatkan zaman bujang masing-masing pada 11 Disember 2013 yang akan datang. Kami di sini mendoakan supaya majlis yang dirancang berjalan dengan sempurna.

Kepada yang ingin mengetahui biodata Sabrina Ismail, sila baca entri ini sehingga habis.



Biodata Penuh

Nama Penuh: Sabrina Ismail

Pekerjaan Ayah: Anak Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Umur: 26 Tahun

Status: Tunang Kepada Jovian Mandagie, Pereka Fesyen

Tarikh Jangkaan Kahwin: 11 Disember 2013




Anda ada cerita atau gosip mengenai artis melaysia yang belum dketahui umum? sila email kepada kami hafizkhazali[at]gmail[dot]com like page Gosip Artis di Facebook

Altimet - Google Blog Search

Altimet - Google Blog Search


Kemenangan Tiup Semangat <b>Altimet</b> & Awi Rafael - Gua.com.my

Posted: 27 Jan 2014 08:00 AM PST

Penyanyi rap, Altimet menganggap kemenangannya dengan Awi Rafael di Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) di tempat ketiga menerusi lagu 'Kalau Aku Kaya' bukanlah kejayaan mereka semata-mata, sebaliknya ia merupakan kemenangan pemuzik-pemuzik yang memperjuangkan irama Hip Hop.

"Kemenangan ini bukan milik saya tetapi merupakan sesuatu yang sangat berharga untuk genre Hip Hop. Alhamdulillah kemenangan ini membuka pintu untuk genre Hip Hop berkembang lebih luas dalam industri muzik tempatan.

Saya sangat terharu dengan pengiktirafan yang diberikan dan sukar untuk saya ungkapkan betapa bermaknanya kemenangan ini buat genre Hip Hop. Sepanjang 28 tahun AJL dianjurkan, ini adalah kali pertama lagu genre ini berjaya mendapat tempat dalam pertandingan muzik berprestij ini" ujar Altimet ketika ditemui di sidang media AJL 28, pada Ahad.

Altimet juga berharap agar kemenangan itu akan memberi semangat kepada barisan pelapis irama hip hop tempatan terus menghasilkan karya berkualiti, dan seterusnya diiktiraf dalam edisi-edisi AJL akan datang.

Menurut Altimet, senario muzik tempatan kini telah berubah jika dibandingkan dengan 12 tahun lalu di mana ramai tidak memandang serius dengan genre Hip Hop dan hanya menganggapnya sebagai trend. Malah, ramai yang menganggap karya-karya genre ini senang untuk dipersembahkan.

Sementar itu, Awi turut melahirkan rasa gembira kerana kolaborasinya bersama Altimet berjaya membuahkan hasil. Jelas Awi, dia merancang untuk meneruskan kerjasama dengan Altimet, yang disifatkannya sebagai pemuzik yang cukup berbakat.

"Sebagai seorang penyanyi dan penulis lirik muda, saya berbangga kerana berdiri di pentas AJL 28 di samping Altimet yang merupakan seorang karyawan yang begitu dinamik. Kemenangan ini adalah bukti bahawa strategi dan kolaborasi yang betul akan membuahkan hasil," ujar Awi.

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


Almy Nadia Sebenarnya Sudah Bertunang Dengan <b>Fizz Fairuz</b>? |

Posted: 26 Nov 2013 10:26 PM PST


Walaupun menguncikan mulutnya rapat-rapat soal perkahwinan dengan teman lelakinya yang sudah menjalinkan hubungan dengannya selama tujuh tahun, ramai yang mahukan Almy Nadia dengan Fizz Fairuz berkahwin.

Maklumlah, sudah bercinta begitu lama, malah Fizz pernah bertunangan dengan seorang wanita bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar tetapi pertunangan itu putus tidak lama kemudian kerana Azlyn didapati isteri kedua seorang ahli perniagaan pula. Macam plot fillem, bukan?

Satu Malaysia tahu kisah Almy yang kecewa tetapi reda sewaktu mengetahui tentang berita pertunangan itu hanya melalui Internet.

Oleh sebab itu, ramai yang menasihatkan Almy supaya mencari lelaki lain yang menyayanginya. Apatah lagi, Almy yang telah berjaya menguruskan badan kelihatan semakin cantik sejak bertubuh kian langsing, pasti tidak ada masalah untuk mencari pengganti.

Namun begitu, kami mendapat khabar yang Almy sebenarnya sudah bertunang, dan kami pasti dia sudah bertunang dengan Fizz Fairuz. Bagaimana kami pasti? Ini kerana tuan punya badan sendiri sudah mengesahkannya dalam satu program hiburan terbitan sebuah stesen televisyen berbayar.


Dalam program "Betul Ke Bohong?" musim keempat, episod sembilan, Almy telah mengajukan persoalan sama ada beliau benar telah bertunang kepada peserta program tersebut, dan jawapan yang diberikan kepada program tersebut ialah 'betul'.

Tahniah diucapkan.


Saksikan program di bawah  MyGempak RTM & JKKN! Saksikan kehangatan Planet Joget Mygempak pada setiap Selasa jam 9.00 malam di TV1 atau saksikan rakaman Suku Akhir 3, 4 dan Separuh Akhir 1 pada 8 Disember ini pada jam 2.00 petang, 5.00 petang dan 8.00 malam (3 sesi rakaman) secara LIVE di Auditorium Perdana, Angkasapuri Rtm Kuala Lumpur ! Untuk adik-adik cilik jom saksikan Lantai Cilik RTM pada setiap Sabtu mulai 7 Disember ini jam 1.00 ptg hanya di TV2!


Baca Yang Ini Pulak:-

Azhar Sulaiman - Google Blog Search

Azhar Sulaiman - Google Blog Search


Gambar Rumah Mewah <b>Azhar Sulaiman</b> - Kisah Seorang <b>...</b>

Posted: 30 Jan 2014 01:14 AM PST




Azhar Sulaiman merupakan seorang Pelakon, Arkitek, Pengacara dan Pereka Set TV/Filem di Malaysia.

Beliau mula berlakon pada tahun 1989 Drama Cinta Dan Sayang bersama Norlida Ahmad / Connie. Pada tahun yang sama juga beliau telah memulakan pengajian dalam bidang Diploma Senibina di ITM Manjung,Perak Darul Ridzuan.

Perjalanan karier beliau sebagai pelakon TV dan Filem berjalan serentak semasa beliau menuntut di ITM Manjung,Perak.

Sehingga kini 2010, Azhar Sulaiman masih lagi aktif berlakon disamping melakukan perkerjaan yang lain seperti bekerja sebagai arkitek sepenuh masa di Design Nexus Architect dan mereka cipta set untuk drama dan filem.

Beliau adalah Projek Arkitek untuk bangunan Studio Filem baru syarikat KRU di Cyberjaya dan juga pereka set untuk filem Cicakman terbitan KRU.

Azhar Sulaiman pernah menjadi pengacara rancangan Kunci Khazanah musim pertama dan kedua.

Perputakaan Negara pernah menjadikan Azhar Sulaiman sebagai IKON Perpustakaan Negara untuk Kempen Bulan Membaca pada tahun 2008.

Beliau kini juga sangat aktif didalam kerja kerja amal dan kemasyarakatan seperti memberi ceramah motivasi dan teknik kemahiran hidup kepada para pelajar sekolah dan juga university.

  Gambar Rumah Mewah Azhar Sulaiman






Azhar Sulaiman merupakan seorang Pelakon, Arkitek, Pengacara dan Pereka Set TV/Filem di Malaysia.

Beliau mula berlakon pada tahun 1989 Drama Cinta Dan Sayang bersama Norlida Ahmad / Connie. Pada tahun yang sama juga beliau telah memulakan pengajian dalam bidang Diploma Senibina di ITM Manjung,Perak Darul Ridzuan.

Perjalanan karier beliau sebagai pelakon TV dan Filem berjalan serentak semasa beliau menuntut di ITM Manjung,Perak.

Sehingga kini 2010, Azhar Sulaiman masih lagi aktif berlakon disamping melakukan perkerjaan yang lain seperti bekerja sebagai arkitek sepenuh masa di Design Nexus Architect dan mereka cipta set untuk drama dan filem.

Beliau adalah Projek Arkitek untuk bangunan Studio Filem baru syarikat KRU di Cyberjaya dan juga pereka set untuk filem Cicakman terbitan KRU.

Azhar Sulaiman pernah menjadi pengacara rancangan Kunci Khazanah musim pertama dan kedua.

Perputakaan Negara pernah menjadikan Azhar Sulaiman sebagai IKON Perpustakaan Negara untuk Kempen Bulan Membaca pada tahun 2008.

Beliau kini juga sangat aktif didalam kerja kerja amal dan kemasyarakatan seperti memberi ceramah motivasi dan teknik kemahiran hidup kepada para pelajar sekolah dan juga university.

  Gambar Rumah Mewah Azhar Sulaiman





Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


<b>Didie Alias</b> Hamil Anak Sulung - Gossip Artis Malaysia

Posted: 14 Jan 2014 11:00 PM PST

Pada: Rabu, 15 Januari 2014 Tahniah! menurut sumber Kosmo!, pelawak terkenal, Didie Alias mengesahkan yang dirinya kini hamil anak sulung dimana usia kehamilannya itu kini sudah berusia 3 bulan. Hasil perkahwinannya dengan suami keduanya, Norisham Ismail.
"Alhamdulillah, usia kandungan saya sekarang sudah mencecah usia tiga bulan. Orang yang paling gembira adalah suami saya.

"Selain itu, keluarga mertua turut berkongsi kegembiraan kerana ini merupakan kandungan sulung saya bersama Norisham,

"Pada mulanya, saya begitu inginkan anak lelaki, tetapi, apa yang dikurniakan oleh Allah kelak, kami terima dengan hati yang terbuka," -Didie

Tag : , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search


Lagu Ost Ariana Rose (Dipintu Syurga- <b>Dayang Nurfaizah</b> w/ Lirik <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2014 05:39 AM PST

Baru-baru ini ada jugak search di youtube Ost Ariana Rose Dipintu Syurga Dayang Nurfaizah tapi kecewa sungguh sebab lagu itu tiada di youtube. Yang ada hanyalah video promo yang 1.00 minit tu. Lagu ini merupakan lagu Ost drama Ariana Rose yang tengah meletup sekarang. Aku pun tengok drama ini ok. Dah termiss dua episod tapi jangan bimbang sebab boleh tengok di tonton haha.

 

drama ariana rose ost

 

Bila tengok kawan facebook share video Dayang Nurfaizah-Di Pintu Syurga Official MV (OST Ariana Rose), cepat-cepat tekan link. Bukak website keepvid.com kemudian download video. Repeat lagu sampai lebam kakaka.

Selamat mendengar. =p

 

 

 

Segalanya kaku
Hati terus menangis
Bila mengenangkan
Dirimu telah tiada

 

Kau pergi tanpa pesan
Tinggal aku sendiri
Menghitung hari
Tiada daya meneman sepi

Korus:

Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi

 

Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih

Ulang korus

Doaku kasih kita bersua
Di pintu syurga

 

Sumber

Faezah Elai - Google Blog Search

Faezah Elai - Google Blog Search


Tiada Istilah Nak Tayang Body - <b>Faezah Elai</b> | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 21 Nov 2013 04:00 PM PST

Tiada Istilah Nak Tayang Body   Faezah Elai

Sebelum ini nama pelakon, Faezah Elai jarang dikaitkan dengan sebarang kontroversi, sama ada daripada segi lakonan mahupun peribadi.

Namun begitu, menerusi laman sosial pelakon tersebut petang semalam, Faezah dilihat telah memuat naik sekeping foto yang menunjukkan luahan kecewanya terhadap segelintir pengikut laman sosial yang mendakwa dia sengaja ingin menunjukkan tubuh badannya yang langsing kepada umum.

Meneliti setiap bait kata-kata tersebut, pelakon filem Tanda Putera itu menjelaskan bahawa, dia tiada niat untuk melakukan perbuatan seperti yang didakwa dan tujuan utaman berkongsi foto-foto tersebut hanya untuk mempromosikan pakaian yang dipakainya pada ketika itu.

Tiada Istilah Nak Tayang Body   Faezah Elai

Kata-kata yang dikongsikan oleh Faezah Elai

Tiada Istilah Nak Tayang Body   Faezah Elai

Salah satu foto yang dikongsikan oleh Faezah di laman Instagram-nya

Perkongsian luahan hati pelakon wanita itu bagaimanapun menarik perhatian aktor kacak, Nazim Othman. Melalui perbualan mereka, Nazim turut perihatin dengan situasi yang berlaku kepada Faezah dan sempat bergurau dengan kata-kata berbunyi :

Tiada Istilah Nak Tayang Body   Faezah Elai

Tidak kisahlah, apa pun dakwaan negatif yang dilemparkan oleh peminat terhadap Faezah, OHBULAN! tetap respect dengan pelakon ini kerana telah berjaya mengembalikan bentuk badan yang ideal, selepas melahirkan puteri sulungnya, Dealova Heyrinna sekitar Februari lalu.

Di sini OHBULAN! kongsikan juga beberapa foto terbaru Faezah untuk tatapan anda semua.

Kredit Foto : Instagram Faezah Elai

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


<b>Lisdawati</b> Ubah Skrip Kerana Gagal &#39;Sorok&#39; Perut | MyArtis <b>...</b>

Posted: 23 Jan 2014 06:16 PM PST

PETALING JAYA – Pelakon Lisdawati mengakui terpaksa menukar skrip dan sedikit jalan cerita drama Bukan Karana Aku Tak Cinta kerana kandungannya yang semakin membesar apabila mencecah enam bulan.

Lisdawati, 36, berkata, dalam drama itu dia terpaksa memaklumkan mengenai keadaan kandungannya iaitu pada episod ke 40 walaupun pada asalnya ia tiada dalam skrip.

"Ketika mendapat skrip cerita ini saya belum lagi mengandung tetapi disebabkan penggambaran banyak kali tertunda sehingga dijadualkan tamat sekitar Februari depan, kandungan saya semakin besar dan boleh kelihatan di televisyen.

"Disebabkan perkara itu, pihak produksi terpaksa merombak skrip dan apa yang bakal ditonton nanti adalah kandungan sebenar saya," katanya ketika ditemui mStar Online.

Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta mula disiarkan sejak 9 Disember lalu pada setiap Isnin hingga Rabu bermula pukul 10 malam di Astro Mustika (saluran 134).

Bagaimanapun, Lisdawati bersyukur apabila tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang menjalani penggambaran drama 60 episod itu.

Bercerita tentang aktiviti seni, Lisdawati berkata, buat masa ini dia masih aktif dengan penggambaran drama dan promosi produk Bio Delima.

"Saya sudah biasa ketika mengandungkan anak pertama dan kedua dahulu pun saya aktif berlakon sehingga benar-benar keadaan tidak mengizinkan.

"Sekarang ini saya habiskan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan masih menerima tawaran drama yang bersesuaian dengan keadaan saya termasuk mempromosi produk Bio Delima," katanya.

Dalam pada itu, Lisdawati berkata, dia yang mengharapkan untuk menimang cahaya mata lelaki tidak mahu terlalu gembira biarpun doktor telah memberitahu kandungan tersebut merupakan bayi lelaki.

Kata Lisdawati, dia hanya berserah dan menerima apa juga jantina yang dikurniakan Allah kepadanya.

"Saya memang inginkan anak lelaki sebab dah ada dua anak perempuan tetapi saya tidak mahu terlalu berharap kerana takut kecewa," katanya.

Hasil perkahwinan dengan pelakon Fauzi Nawawi, 41, dia dikurniakan dua anak iaitu Farhana, 5, tahun, dan Fazneesya, 4 tahun. – mStar Online

Anda mungkin juga meminati: