Nuffnang

Khamis, 21 Mac 2013

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


Festival Filem Malaysia Ke 25 — <b>Erra Fazira</b> Dan Fahrin Ahmad <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2013 07:28 PM PST

Selepas mengharungi kontroversi penangguhan beberapa kali sejak penghujung tahun lalu, Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM 25) telah sah bakal berlangsung pada Mac ini.

Majlis anugerah yang bakal mengiktiraf 70 buah karya filem anak tempatan ini bakal di'adakan pada 2 Mac 2013 dan mengambil tempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

FFM 25 kali ini bakal di'hoskan oleh dua orang selebriti popular iaitu Fahrin Ahmad dan Erra Fazira yang kami kira bergandingan buat pertama kali sebagai pengacara majlis anugerah.

Malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke 25 kali ini juga akan di'siarkan secara langsung dengan format defisini tinggi (HD) melalui Mustika HD & standard melalui Astro Ria juga RTM2.

Filem Songlap berjaya menerima 15 pencalonan secara keseluruhan dalam FFM 25 dan menjadikan ianya filem terbanyak meraih pencalonan dalam sejarah penganjuran FFM selama 25 edisi.

Kategori Filem Terbaik Festival Filem Malaysia yang sering di'nantikan saban tahun menyaksikan pencalonan Songlap, Ombak Rindu, S.A.M, 29 Februari dan juga Bunohan.

Senarai Penuh Pencalonan Festival Filem Malaysia Ke 25 (FFM25)

CERITA ASAL TERBAIK

1. Bunohan (Dain Said)
2. Songlap (Fariza Azlina Ishak)
3. Misteri Jalan Lima (Afdlin Shauki)
4. Hantu Gangster (Namawee, Freed Chong & Vivi Wee)
5. 8 Jam (Loh Chung Tat)

LAKON TV TERBAIK

1. Bunohan (Dain Said)
2. Songlap (Fariza Azlina Ishak)
3. 29 Februari (Edry Abdul Halim)
4. Seefood (Goh Aun Hoe)
5. Untuk Tiga Hari (Afdlin Shauki)

SINEMATOGRAFI TERBAIK

1. Songlap (Haris Hue Abdullah)
2. 29 Februari (Mohd Noor Mohd Kassim)
3. Misteri Jalan Lama (Mohd Helmi Mohd Yusof)
4. Hoore! Hoore! (Mohd Noor Mohd Kassim
5. Ombak Rindu (Khalid Zakaria)

PELAKON WANITA TERBAIK

1. Maya Karin – Ombak Rindu
2. Nadiya Nisaa – Jiwa Taiko
3. Vanidah Imran – Untuk Tiga Hari
4. Sara Ali – Songlap
5. Farah Nazirah – Hoore! Hoore!

PELAKON LELAKI TERBAIK

1. Faizal Hussein – Bunohan
2. Shaheizy Sam – Songlap
3. Pekin Ibrahim – Bunohan
4. Shaheizy Sam – Sam
5. Zahiril Adzim – Bunohan

PENGARAH FILEM TERBAIK

1. Dain Said – Bunohan
2. Effendee Mazlan & Fazira Azlina Ishak – Songlap
3. Osman Ali – Ombak Rindu
4. Syafiq Yusof – Sam
5. Saw Teong Hin – Hoore! Hoore!

FILEM TERBAIK

1. Bunohan (Apparat Sdn Bhd)
2. Songlap (Grand Briliannce Sdn Bhd)
3. Ombak Rindu (Astro Shaw / Tarantella Pictures)
4. Sam (Skop Productions)
5. 29 Februari (KRU Studio)

PELAKON HARAPAN WANITA

1. Farah Nazirah – Hoore! Hoore!
2. Jojo Goh – 29 Februari
3. Neelofa – Azura
4. Shima Anuar – Sumpahan Kum Kum
5. Mon Ryanti – Keramat

PELAKON HARAPAN LELAKI

1. Shahrizal Jaszle – Azura
2. Izzue Islam – 29 Februari
3. Hazami Azmi – Apa Celop Toq
4. Akim Ahmad – Hoore! Hoore!
5. Iedil Putera – Ngorat

PELAKON PEMBANTU WANITA

1. Normah Damanhuri – Songlap
2. Fauziah Nawi – Hoore! Hoore!
3. Lisa Surihani – Ombak Rindu
4. Nabila Huda – Jalan Kembali
5. Lana Nordin – Chow Kit P

PELAKON PEMBANTU LELAKI

1. Husyairi Husain – Bunohan
2. Syafie Naswip – Songlap
3. Amerul Affendi – Bunohan
4. Bront Palarea – Jiwa Taiko
5. Omar Abdullah – Songlap

PENGARAH HARAPAN

1. Syafiq Yusof – Sam
2. Goh Aun Hoe – Seefood
3. Ghaz Abu Bakar – Hantu Kapcai
4. Nizam Zakaria – Cinta Kura-Kura
5. Tee Bee – Kepong Gangster

<b>Erra Fazira</b> Enggan Ditanya Tentang Rumahtangga, Minta Peminat <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 05:29 PM PST


Fazira Wan Chek, atau lebih dikenali di kalangan peminat seni tempatan sebagai Erra Fazira telah muncul di kulit muka hadapan majalah InTrend keluaran Februari.

Erra telah mengeluarkan komen yang dipaparkan oleh majalah tersebut, meminta orang ramai tidak bertanya tentang rumahtangganya, sebalikya meminta didoakan saja (rumahtangganya).

Sepanjang tahun lepas, kisah rumahtangga Erra agak heboh diperkatakan di media konvensional mahupun sosial, apabila timbul cakap-cakap yang suami Erra telah berkahwin lain. Ada juga sumber yang tidak dapat disahkan menyatakan pasangan ini sudah bercerai, namun menyembunyikannya.

Apa pun, betul juga kata Erra, lebih baik didoakan rumahtangganya dari terus membuat spekulasi, kan?

Dan yang nyata sekali Erra yang tampak tidak dimakan usia sememangnya gorgeous dalam gambar-gambar yang dipaparkan dalam majalan InTrend. Sekiranya anda ingin melihat gambar Erra yang lain, sila dapatkan naskhah Februari InTrend di pasaran!

***

Adakah anda seorang penggiat dalam bidang seni dan budaya di negara ini? Kami mengalu-alukan anda untuk mendaftar dengan kami.

Dari sekolah rendah hingga tiada had umur, walau apa jua bidang seni dan budaya yang anda ceburi (tarian, muzik, teater, filem, drama, permainan tradisional, muzik tradisional, nasyid, pertahanan diri dan lain-lain), kami memerlukan maklumat anda. Sila ke http://www.jkkn.gov.my/ untuk mendaftar dengan kami secara online!

Baca Yang Ini Pulak:-


rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


<b>Rosyam Nor</b> Beli Mclaren MP4-12? | MyNewsHub

Posted: 16 Feb 2013 02:37 AM PST

Rosyam Nor Beli Mclaren MP4-12?

Menerusi sebuah blog hiburan, dilaporkan pengarah dan pelakon berbakat besar, Rosyam Nor telah membeli sebuah kereta mewah Mclaren MP4-12 seperti yang digunakan di dalam sukan Formula 1.

Gambar yang diambil itu seperti menunjukkan Rosyam berada di sebuah perkarangan rumah.

Tidak dinyatakan maklumat lanjut mengenai perkara ini, tetapi tidak mustahil juga untuk Rosyam membeli kereta berkenaan.

Nampaknya rezeki Rosyam semakin melimpah ruah terutamanya apabila drama arahannya Setia Hujung Nyawa mendapat perhatian ramai.

Lihat gambar ini…

1

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


Buktikan Kalau Benar Saya Aibkan Dia – <b>Rita Rudaini</b> |

Posted: 26 Feb 2013 09:34 PM PST


Nampaknya Aidil dan Rita masih saling berbalas-balas kenyataan mengenai masalah yang melanda rumahtangga mereka. Semalam Aidil mempersoalkan rasa sayang isterinya apabila sering diaibkan oleh Rita menerusi media. Sebentar tadi, Rita membalas kenyataan tersebut menerusi portal Murai.

rita rudaini dan aidil

Menurut Rita, dia sudah pun menjaga tingkah lakunya sebagai seorang perempuan, ibu dan isteri. Kata Rita:-

Dulu ketika mula Aidil tidak pulang ke rumah, bukan saya yang pergi bercerita kepada media tentang perkara itu. Tetapi orang yang melihatnya sendiri setelah menyedari hanya saya yang saja yang sentiasa beada bersama anak-anak, sudah tentu ianya menimbulkan persoalan dan akhirnya soalan tersebut pasti akan diajukan kepada saya. Kalau dia kata saya aibkan dia, daripada segi apa? Saya sudah pun menjaga tingkah laku saya sebagai perempuan, ibu dan isteri. Sebelum ini, dia yang banyak dikaitkan dengan beberapa orang wanita lain Kalau tidak benar, kenapa nama dia banyak dipetik dan bukannya saya? Malah orang di luar sana yang sering datang menyampaikan khabar kepada saya tentang kononnya mereka ternampak Aidil keluar dengan perempuan lain. Pada saya pula, apa gosip yang berlaku selepas krisis rumahtangga kami, itu adalah urusan Aidil dengan Allah SWT.

rita dan aidilSeolah-olah tiada kesudahan yang akan dicapai antara mereka berdua ini. Hanya Allah sahaja yang tahu siapa di pihak yang benar dan siapa di pihak yang salah. Selaku pemerhati, janganlah kita melabel mana-mana pihak sesuka hati kita. Biarlah pihak mahkamah yang membuat keputusan terlebih dahulu. Semoga mereka berdua akan berdamai jua satu hari nanti.
bedak arab kokuryuP.S: Harga promosi untuk Bedak Arab Kokuryu. Hanya RM50 termasuk penghantaran. Klik sini untuk membuat tempahan atau hantar email ke lorongsetia8@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.

Baca Yang Ini Pulak:-


najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


Hubungan Dengan Bapa Kini Lebih Baik – <b>Najwa Latif</b> |

Posted: 19 Feb 2013 09:32 PM PST


Air dicincang tak akan putus. Syukur Abang Nara mendengar perkhabaran gembira mengenai hubungan Najwa Latif dengan ayahnya yang kini semakin pulih. Pasti orang yang paling gembira dengan perkembangan ini ialah Najwa dan keluarganya.

najwa latif

Sebelum ini, ayah Najwa Latif pernah menggelar anak-anaknya sebagai anak derhaka kerana melupakan dirinya. Pasti Najwa kini lega kerana dapat memberi 100% fokus terhadap kerjayanya sebagai penyanyi apabila mendapat restu daripada ayah sendiri. Kata Najwa kepada portal Murai:-

Alhamdulilah, hubungan saya serta ahli keluarganya yang lain dengan bapa sudah pun baik dan merekajuga sangat supportive terhadap kerjaya nyanyian saya. Saya anggap apa yang berlaku adalah dugaan dalam hidup saya yang telah menerima nikmat hidup yang senang lebih awal berbanding orang atau rakan lain yang sebaya dengan saya

najwa latif

Semoga hubungan baik ini akan terus berkekalan sehingga bila-bila. Abang Nara suka betul dengar lagu terbaru Najwa Latif yang bertajuk "Sahabat". Memang catchy. Semoga selepas ini lebih banyak lagu menarik akan dikeluarkan oleh Najwa. Lebih-lebih lagi sekarang ini Najwa pun sudah tamat SPM.

Baca Yang Ini Pulak:-


CaZa C bOoLat: Sahabat- <b>Najwa Latif</b>

Posted: 19 Feb 2013 08:24 PM PST

[Najwa Latif]
Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku


[Syamkamarul]
Kau ada di kala ku jatuh
Di setiap bangunku
Terus menemaniku
Tanpa rasa jemu

Kau ada di setiap tawa
Di kala bahagia
Kau menjadi sahabatku
Selamanya

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku


[Sleeq] RAP
Yeah sahabatku
Tetap bersamamu jika kau perlukanku
Dan ku tak kaku tak kekok
Kalau sampai buntu kita belok yok (yok)
Berjangkit sesama seperti mengusik si melatar
Kau kau jangan kau melampau
Dan kalau siapa mengusik Najwa
Tolong bagitau aku tapau


[Najwa Latif dan Syamkamarul]
Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku

creadit to: bff
by: cazacboolat

Nubhan - Google Blog Search

Nubhan - Google Blog Search


Lirik Lagu Cinta Kasih - Mila ft. <b>Nubhan</b> | Lirik

Posted: 07 Mar 2013 07:59 AM PST

Lirik Lagu Cinta Kasih Mila Jirin ft. Nubhan

Mila
Pernah hati ini menjadi milikmu
Kasih dan cintaku hanyalah untukmu
Namun bukan kau akhirnya cintaku
Ini takdir aku milik dia

NubhanKu anggap selamanya tak pernah berubah
Kasih dan cintamu teguh untuk aku
Namun bukan aku akhirnya cintamu
Ini takdir engkau milik dia

Biarkan hati ini
Merawat lukanya sendiri
Membuang cinta
Lama terbenam dalam hidup ini

MilaTiada daya diri ini
Menerima hatimu lagi
Maafkan aku
Cinta kasih bukan untukmu

Mila + Nubhan
Lupakan semua
Janji-janji kita
Bersama

Mila
Lama telah berakhir
Kisah kasih kita
Terpadam tersisih
Oleh arus masa

Nubhan
Akan aku cuba
Bawa jauh cinta
Ini takdir
Engkau milik dia

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Lirik Lagu Cinta Kasih - Mila ft. Nubhan @ Lirikami

Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


2013 Celebrity Resolutions – <b>Bront Palarae</b> | Trendsetter Online - KL <b>...</b>

Posted: 31 Dec 2012 08:42 AM PST

December, 2012

After several tries, let's us root for Bront Palarae to quit smoking for good in 2013!

More merry wishes from the stars over at
1) www.klsogo.com.my
2) www.trendsetter.com.my
3) www.facebook.com/klsogo
4) www.twitter.com/klsogo
5) www.youtube.com/klsogo

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


<b>Fida</b> Anggap Lelaki Kelakar Terapi Diri | MyNewsHub

Posted: 15 Mar 2013 03:15 AM PDT


KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi, Fida Ibrahim menganggap mengenali lelaki dalam kalangan pelawak mampu memberi terapi dalam kehidupannya.

Jika sebelum ini dia pernah bercinta dengan Mamat Sepah, kali ini dia memilih pula pelakon komedi, Zalif Sidek.

Akui Fida yang dipetik dari Sinar Harian Online, dia lebih menyenangi lelaki berperwatakan kelakar dan periang.

"Memang saya mudah tertarik dengan lelaki yang suka berlawak jenaka dan periang. Jenaka mereka mampu membuatkan saya lupa akan masalah yang ada.

"Secara tidak langsung, ia boleh menjadi terapi untuk saya dalam melupakan seketika segala masalah," katanya.

Tidak berselindung mengenai hubungan cintanya yang baru berputik bersama Zalif, baru-baru ini, Fida akui keterbukaan itu nyata membawa lebih kekusutan.

Sejak hubungan mesra itu diketahui umum, Fida dikatakan telah diganggu wanita yang mengaku dirinya sebagai kekasih Zalif.

"Ia memberi pengajaran buat saya supaya berhati-hati dalam perhubungan. Walaupun saya tidak pasti siapa wanita itu, namun cukuplah setakat ini.

"Malah, sejak peristiwa itu, saya lebih selesa menganggap Zalif sebagai kawan biasa sahaja," jelasnya.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


Saya Dan <b>Hans Isaac</b> Sudah Tiada Sebarang Perasaan Cinta <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2013 06:10 PM PST

ELAINE DAILY / BELLA /  NTV7

Pelakon serta pengacara Elaine Daly, 36 akui selama 16 tahun mengenali aktor kacak Hans Isaac, dirinya telah menganggap hubungan mesra mereka hanya sekadar kawan rapat atau lebih disifatkan seperti adik-beradik, tanpa melibatkan sebarang perasaan cinta.

"Kami ibarat kawan baik selepas berpisah sepuluh tahun lalu dan saya juga anggap dia seperti abang saya. Kedua-dua belah keluarga kami pun rapat. Saya dan Hans sudah tiada sebarang perasaan cinta.

"Sebelum ini Hans pun ada keluar lepak bersama-sama saya dan bekas teman lelaki saya. Kami menghormati satu sama lain dan saya andaikan perpisahan kami adalah perpisahan terbaik sepanjang hidup saya."

Mengulas lebih lanjut mengenai hubungannya dengan Hans, pengacara 'The Breakfast Show' ini akui tidak merasa rimas sekiranya namanya sering dikaitkan dengan jejaka tersebut, kerana sebelum ini mereka pernah bercinta dalam tempoh waktu yang agak lama.

"Enam tahun bersama Hans adalah satu tempoh panjang malah, ada antara kawan-kawan saya yang berkahwin pun tidak sampai usia enam tahun.

"Tidak menjadi masalah kalau saya sering dikaitkan dengan Hans sebab kami bersama dalam satu tempoh yang panjang.

"Apapun saya bersyukur kerana tidak membuat keputusan terburu-buru untuk berkahwin ketika berusia 20-an kerana kematangan dan pemikiran kita berbeza apabila kita semakin berusia. Sekarang saya sudah bersedia untuk bergelar isteri dan seorang ibu!"

Dalam pada itu, aktres jelita ini turut menegaskan yang hubungannya dengan Hans tidak mungkin bersatu.

Selagi Hans gembira dengan tindakan yang dilakukannya, saya pun gembira. Kalau dia nak kahwin dengan siapa pun saya gembira. Tapi saya tegaskan kami tak akan boleh bersama atau berkahwin kerana kami umpama adik-beradik.

Sumber : Kosmo Online!

Tags: , ,

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


<b>Gambit Saifullah</b> Makin Dibenci Kerana Fear Factor Malaysia | ANa <b>...</b>

Posted: 24 Feb 2013 04:12 AM PST


Pasti ramai yang menarik nafas lega apabila Gambit diumumkan tersingkir daripada Fear Factor Malaysia semalam. Daripada apa yang AA baca, ramai betul  membenci perwatakan yang ditunjukkan oleh Gambit di dalam rancangan tersebut. Jahat sangat katanya!!!

gambit fear factor malaysia 

 Bercakap kepada Kosmo hari ini, Gambit menyatakan teknik suntingan yang digunakan menyebabkan dirinya nampak jahat dan menjadi watak antagonis di dalam Fear Factor Malaysia. Kata Gambit:-

Mungkin juga khalayak terbawa-bawa dengan cerita lama saya yang mengatakan saya poyo dan sombong. Ini lebih menokok tambah rasa benci penonton. Bagus juga untuk permainan Fear Factor. Cara suntingan itu menampakkan saya jahat. Tetapi penonton kena bijak mentafsir.




gambit fear factor malaysia

Bagi AA, memang setiap rancangan realiti kena ada watak jahat. Kalau dulu di rancangan Masterchef Selebriti, Azwan Ali menjadi penyeri dengan celotehnya yang over. Kalau tak ada orang macam Gambit dan Azwan Ali, pasti bosan rancangan tersebut. Apa pula kata anda?












Best regards,

LIKE , TWEET dan COMMENT daripada anda amatlah Ahmad hargai . Tq :)

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


Foto : <b>Intan Ladyana</b> Di Cameron Hinglands | OHBULAN!

Posted: 20 Mar 2013 10:28 PM PDT

7a1464c891e211e2a9d822000a9e29af_7

Pada 18 Mac lalu, pelakon cantik Intan Ladyana telah berada di Cameron Highlands bagi menjalani penggambaran filem terbarunya berjudul "Aku Pilih Kamu."

Menerusi foto yang dimuat naik melalui laman Instagram milik aktres ini, kelihatannya dua pelakon terkenal iaitu Fezrul Khan dan Zain Hamid (Ruffedge) turut terlibat dalam penggambaran filem tersebut.

Nampaknya hari ini sudah masuk hari ke-empat Intan Ladyana berkampung di Cameron Higlands dan sepanjang berada di pusat peranginan tersebut, Intan Ladyana telah sempat melawat beberapa tempat menarik seperti di Rose Cottage, ladang strawberry dan taman kaktus. Seronoknya… jom layan foto-foto Intan Ladyana selepas ini :)

Kredit Foto : Instagram Intan Ladyana

Tags: ,

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


Gambar <b>Tiz Zaqyah</b> Bersama Kekasih Baru | Berita Hiburan & Gosip <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2013 08:48 PM PDT

Pelakon Tiz Zaqyah yang terkenal menerusi drama Nur Kasih pernah suatu ketika dulu hangat menjalinkan hubungan cinta bersama hero drama tersebut iaitu Remy Ishak. Namun kisah cinta mereka menjadi tanda tanya apabila dikatakan retak menanti belah, di tambah pula masing-masing mengelak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai status percintaan itu.

Terbaru, Tiz Zakyah dilihat mula rancak memuat naik gambar-gambarnya bersama seorang lelaki yang juga merupakan kenalan Tiz sejak dibangku sekolah dilaman sosial. Gambar dan caption yang ditulis Tiz sendiri mengambarkan lelaki tersebut adalah seorang yang istimewa dihatinya ibarat sedang dilamun cinta. Tiz seperti ingin memberitahu peminat bahawa hati nya sudah diisi oleh seseorang sebagai penganti Remy Ishak.

ohartis-tizzaqyah-kekasih-baru-1

ohartis-tizzaqyah-kekasih-baru-2

ohartis-tizzaqyah-kekasih-baru-3

ohartis-tizzaqyah-kekasih-baru-4

ohartis-tizzaqyah-kekasih-baru-5

ohartis-tizzaqyah-kekasih-baru-7

ohartis-tizzaqyah-kekasih-baru-6

OH!ARTIS: TUMPANG GEMBIRA DENGAN TIZ ZAQYAH. CEPAT-CEPAT LA NAIK PELAMIN.

Remy Ishak & <b>Tiz Zaqyah</b> | buahmulut.com

Posted: 07 Mar 2013 09:35 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Beremosi Tanpa Kontroversi. Hubungi Kami · Menang & Eksklusif · Siapa Kami · Exc. interview · Personaliti · Potret · Travel · Vclip · Home » Lensa BM » Remy Ishak & Tiz Zaqyah ...

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Pierre Andre</b> Kahwin Bulan 6 - Gua.com.my

Posted: 04 Mar 2013 05:29 AM PST

Pengarah dan pelakon berbakat Pierre Andre memberitahu GUA dia bakal menamatkan zaman bujangnya Jun ini jika tiada aral melintang. Menurut Pierre, dia tidak mahu melambatkan pernikahannya dengan gadis berusia 25 tahun itu kerana ingin mengelakkan fitnah.

"Kalau boleh saya nak nikah dengan dia secepat mungkin. Bukan apa, bila saya dah berhijrah ini saya rasa saya perlu nikah dengan dia supaya orang tak bercakap tentang kami. Bila hubungan kami tak ada ikatan, orang mudah menilai kami," ujar Pierre.

Gadis yang bernama Siti Nurhidayah Hashim itu sudah pun dikenalinya sejak setahun yang lalu. Bertunang sekitar awal Februari tahun ini, Pierre turut memberi penjelasan berkenaan dakwaan kononnya dia merahsiakan pertunangannya itu dari pengetahuan pihak media.

                    

"Saya tak ada niat pun nak sorok benda ini dari media. Cuma memang asalnya kami nak buat antara keluarga sahaja. Tapi sekarang tahulah dengan teknologi, orang boleh memuat naik gambar dengan begitu pantas," jelas Pierre yang menerima jodohnya itu sebagai ketentuan Illahi.

"Lagipun dalam perkahwinan itu nikah yang penting. Saya akan jemput dan uar-uarkan tarikh pernikahan saya nanti kepada pihak media. Saya faham yang selebriti seperti saya memerlukan pihak media khususnya dalam memberitahu peminat dan orang di luar sana bahawa saya sudah berkahwin," tambah pengarah filem "Chantek" ini.

Menurut Pierre, beliau sudahpun memulakan urusan persiapan perkahwinannya itu. Namun begitu, Pierre memberitahu yang beliau hanya akan menjalankan upacara akad nikah Jun ini manakala resepsi akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Pierre ditemui di Majlis Pratonton filem terbaru arahannya, "Cerita Kita" bertempat di TGV Sunway Pyramid sebentar tadi.

Artikel berkaitan:
Pierre Andre Dah Bertunang!

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


(7 GAMBAR)<b>Nora Danish</b> Dilantik Menjadi Duta Uniqlo Malaysia |

Posted: 20 Mar 2013 05:28 AM PDT


Masih ingat lagi entri gambar Nora Danish berjalan-jalan di Jepun? Abang Nara ingatkan Nora Danish pergi makan angin namun rupa-rupanya ada photoshoot untuk Uniqlo di sana. Jutaan tahniah diucapkan buat Nora Danish yang telah pun dilantik menjadi duta Uniqlo Malaysia.

nora danish uniqlo malaysia

Memang amat sesuai dan tepat sekali pilihan Uniqlo Malaysia untuk menjadikan Nora Danish sebagai duta mereka. Nora memang cantik, manis, cute, comel serta menawan dan memang bersesuaian dengan variasi pakaian yang dikeluarkan oleh Uniqlo. Pasti lebih ramai yang akan mencuba untuk membeli belah di Uniqlo selepas ini.

nora danish uniqlo malaysia

Jutaan tahniah sekali lagi kepada Nora Danish atas perlantikan ini. Lagi 5 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Uniqlo Malaysia.
aura whiteP.S: Sekiranya anda mengalami mana-mana masalah yang tertera di atas, bolehlah cuba mengambil Aura White sebagai langkah penyelesaian. Ramai yang sudah berpuas hati dengan kesan yang ditunjukkan. LIKE Facebook CantikNara untuk info lanjut.

nora danish uniqlo malaysia
nora danish uniqlo malaysia
nora danish uniqlo malaysia
nora danish uniqlo malaysia
nora danish uniqlo malaysia

p/s: Hangat betul butik zawara, semua kawan-kawan abang nara dah jadi peminat setia butik zawara, Jom sama-sama tampil bergaya dan sopan dengan koleksi exclusive dari zawara. Kualiti macam jenama antarabangsa tapi harga murahnya!!! KLIK GAMBAR INI

Baca Yang Ini Pulak:-


Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


Hiburan : Gambar - <b>Juliana Evans</b> Ucap Tahniah Kepada Zizan Dari <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2013 09:37 PM PST


Seperti yang kita ketahui selepas hubungan percintaan antara pelakon dan pelawak, Zizan Razak dengan Juliana Evans tidak kesampaian, mereka dikhabarkan masih berkawan baik.

Oleh itu, baru-baru ini apabila mendapat tahu yang Zizan dan rakannya di dalam program Maharaja Lawak Mega 2012, Johan berjaya menjadi juara bagi program itu, Juliana ada mengirimkan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Zizan dengan ucapan tahniah.
Menurut Zizan yang dipetik dari Rotikaya, walaupun ketika ini Juliana atau lebih mesra dipanggil Jue sedang melanjutkan pelajaran University of Michingan, USA namun dia tidak lupa untuk menyampaikan ucapan tahniah.
"Walaupun Jue tinggal di sana (USA) namun dia tidak lupa untuk mengucapkan tahniah sejurus selepas kemenangan saya di MLM (Maharaja Lawak Mega) baru baru ini," kata Zizan.
Tambahnya, hubungan dia dan Jue masih berkawan baik seperti biasa cuma jadual yang bercanggah membuatkan masing-masing agak sibuk.
"Saya pun tak tahu waktu tepat di sana sebenarnya, masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing dan kami memang dah merancang untuk keluar bersama jika balik ke Malaysia jika ada kelapangan," katanya ringkas.

Enjoying My Single Life – <b>Juliana Evans</b> |

Posted: 07 Nov 2012 12:06 AM PST


Penyebaran gambar Juliana Evans dengan seorang Mat Salleh yang bernama Nate Miller telah menimbulkan persoalan tentang status cinta Juliana Evans. Pasti ramai jejaka Malaysia sekiranya hati Juliana dicuri oleh si Nate ini.

juliana evans

Namun anda tak perlu risau kerana Juliana Evans telah membuat pengakuan yang dirinya masih single menerusi Twitter. Jadi peluang masih ada untuk anda semua. Yang penting, Zizan boleh menarik nafas lega. (eh tetiba).

juliana evans

Dan Juliana Evans masih sempat membuat lawak sarcasm kepada mereka yang menganggap dirinya telah rosak akhlak kerana menaiki bot dan keluar ke pantai. Agak panjang gelak Juliana Evans di situ. Mungkin kelakar dengan feedback yang diterima daripada peminatnya.

Baca Yang Ini Pulak:-


kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


<b>KRU</b> Lahir Album Baru Berjudul KRUnomena | buahmulut.com

Posted: 01 Feb 2013 08:40 AM PST

Tidak perlu diperkenalkan lagi, nama kumpulan ini memang sudah cukup gah dan merupakan salah sebuah kumpulan penyanyi yang paling berjaya di negara ini. Sepanjang penglibatan mereka di dalam dunia hiburan tempatan selama 21 tahun, mereka telah  menghasilkan 13 buah album.   


Liyana Jasmay & Fathudin Mazlan Nikah

KRU, sebuah kumpulan pop dan R&B yang dianggotai tiga adik-beradik yang berbakat (Norman, Yusry dan Edry) mungkin telah lama bersara dari persembahan pentas namun tetap aktif merakamkan "single". Kini mereka muncul dengan album baru untuk menghargai peminat-peminat yang tidak pernah jemu menyokong kegiatan seni mereka selama ini.

Ia adalah album yang dinanti-nantikan kerana kali terakhir mereka muncul dengan album adalah pada tahun 2006 dengan 10 Di Skala Richter. Menariknya, album baru mereka yang diberi nama KRUnomena merupakan album pertama mereka di bawah label muzik mereka sendiri, KRU Music (Sebelum ini, mereka dibawah naungan EMI.)

KRUnomena memuatkan 10 lagu kesemuanya, seperti  Setiap, Semalam Tanpamu, Kesejatian Cinta, Separuh Mati, Sediakala, Lagu & Lirik dan Kali Ke-2. Tiga lagu popular yang turut dimuatkan di dalam album ini adalah Ganas (2011), Tiga Kata (2012) dan Wanita (2012).

Bagi adik beradik ini, KRUnomena adalah album yg begitu istimewa kerana koleksi lagu-lagunya mencerminkan kematangan mereka dari segi muzik dan lirik.

"Selama ini, saya telah banyak mencipta lagu untuk artis-artis lain. Ada beberapa lagu ciptaan saya yang saya rasa terlalu peribadi dan bermakna untuk diberikan kepada orang lain," kata Edry, yang bertanggungjawab menghasilkan sembilan dari 10 lagu yang terdapat di dalam album KRUnomena, kecuali Kali Ke-2 (digubah oleh Norman). Kali Ke-2 merupakan remake kepada lagu popular KRU  berjudul 2.

KRU mempertaruhkan Semalam Tanpamu sebagai single pertama mereka, menampilkan Stacy dengan vokalnya yang mantap. Single tersebut akan mula dimainkan di radio tidak lama lagi. Di harap, Semalam Tanpamu akan mendapat sambutan yang baik daripada pendengar muzik tempatan.

Sementara itu, Norman berkata bahawa album KRUnomena akan dipasarkan secara fizikal dan digital di iTunes, YouTube dan Ring Back Tone di semua syarikat telekomunikasi pada 31 Januari 2013. Peminat juga boleh membeli album melalui United Studios Facebook (untuk ditandatangani  dan dengan mesej peribadi). Album KRUnomena dijual dengan harga RM29.90.

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!