Nuffnang

Sabtu, 28 Januari 2012

Lisa Surihani - Google Blog Search

Lisa Surihani - Google Blog Search


(6 GAMBAR)<b>Lisa Surihani</b> Makin Berseri |

Posted: 17 Jan 2012 07:25 PM PST

Lisa Surihani makin berseri-seri menjelang perkahwinannya dengan Yusry KRU. Sekurang-kurangnya kami berpendapat begitu setelah melihat gambar Lisa di program My Success Story : Dialog with Lisa Surihani yang dianjurkan baru-baru ini di mana Lisa dikatakan bercerita tentang kejayaannya dalam karier. Lisa juga khabarnya sedang menjalani penggambaran filem Ular, di mana dia berlakon di samping bakal suaminya itu, yang kali terakhir berlakon dalam filem Cicakman.

lisa ysury

Yusry dikatakan berlakon dalam filem tersebut bukan kerana ingin berlakon dengan bakal isterinya, cuma dia berminat dengan watak dan skrip filem Ular arahan Jason Chong itu. Lagi 5 keping gambar dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Kredit gambar DZMS Events and Entertainment.

lisa ysury

lisa ysury

lisa ysury

lisa ysury

lisa ysury

Baca Yang Ini Pulak:-


Full content generated by Get Full RSS.

Gua Jumpa <b>Lisa Surihani</b> Lagi.! | ! Erti Kehidupan...

Posted: 28 Dec 2011 06:07 PM PST

"Entri Ini Berunsur Menggelabah
Gua tak paham kenapa ramai sangat orang sukakan Lisa Surihani ni.., bukannya cantik sangat pun yer dak..???

Siapa jawap YA gua tumbuk ...haha

Kelmarin gua berkesempatan pergi ke majlis Pra Tonton Filem Papa I Love U lakonan Lisa Surihani, dan gua pasti dia akan hadir ke majlis tu.

Dalam majlis tu ada disediakan makanan untuk tetamu, gua pun makan la...,dalam gua sibuk tengah makan,tiba-tiba lisa tegur gua (memang dah lama kenal)

Lisa : eh...!! ujang kan...?? ( suara dia agak besar)

Ujang : erk.., yup..

Lisa : jumpa lagi kita kan.

Ujang : memang datang sini nak jumpa kau ler..

Lisa : owh..., hahaha..ok2 jom bergambar

Ujang : ok jap

Lisa : gelap la ujang.., amik la lagi
Ujang : ish banyak bunyi la kau ni.., kejap

Lisa : thanks ujang.., dah 3 kali kita jumpa kan
Ujang : haah.., ok la wayang dah nak start ni jom masuk  (saja potong cerita sebab malas nak layan)
Gua dan lisa terus laga-laga pipi dan masuk ke dalam panggung
Sekian...Peace (~_^)v

Cerita 1, Cerita 2

p/s : makin kurus jer gua tengok Lisa Surihani ni, gua pulak makin gemuk..derm.!!

Full content generated by Get Full RSS.

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


BATIK VALLEY: Good Luck <b>Najwa Latif</b>

Posted: 28 Jan 2012 04:36 PM PST

We would like to wish Najwalatif all the best for AJL26 tonight!Go rock the stage girl!
Wawa spotted in Batik Valley during AJL26 promo advertisement.
Full content generated by Get Full RSS.

Mia Sara - Google Blog Search

Mia Sara - Google Blog Search


Matthew Broderick fuels Ferris Bueller sequel rumours with <b>...</b>

Posted: 27 Jan 2012 04:47 AM PST

The ten-second teaser, which is doing the rounds on YouTube, sees Broderick recreate the opening scene from the 1986 film, in which he played a high school kid who goes to extreme lengths to get a day off school.

In this instance, however, the now 49-year-old actor is seen in a hotel room wearing a white bath robe, as he pulls back the curtains and utters the line, 'How can I handle work on a day like today?', an update of the opening line from the film in which he questions being able to go to school.

A song from the original soundtrack - Oh Yeah by the band Yello - then plays in the background as the date 5.2.2012 flashes up on screen.

Despite the fact that little is given away by the clip - which is thought to be a teaser for an advert to be screened during the Superbowl - it has led to speculation on Twitter and other websites that Broderick is about to reprise the role for a sequel.

The film, which was directed by the late John Hughes, was one of the biggest hits of 1986.

Its co-stars included Alan Ruck as Ferris Bueller's troubled best friend and Mia Sara as his girlfriend, and also included early appearances from Charlie Sheen and Jennifer Grey.

Broderick - who is married to actress Sarah Jessica Parker - went on to star in films including Godzilla, The Cable Guy, Election and Inspector Gadget as well as appearing in the award-winning stage version of Mel Brooks' The Producers.

More recently he was seen in New Year's Eve and Tower Heist.

VIDEO: Watch Matthew Broderick reprise the role of Ferris Bueller

Full content generated by Get Full RSS.

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


Pinography: New!!! <b>Erra Fazira</b>

Posted: 25 Jan 2012 03:16 AM PST

Pinography

Not just "I Like", I would prefer to say "I Love" taking pictures and I believed photography is the best therapy to cure my lonely soul. A thing that you see in my pictures is that I was not afraid to fall in love with these people. I Appreciate Mother Nature; what's beneath in the deepest ocean and above mighty blue sky, structure of architecture, high fashion etc.

Not to be cliché, but to become well known and famous photographer is my childhood dream. Hard work and dare to dream is my secret recipe to fly high. Like Oprah Winfrey said, "There's no failure in our life only some tremendous lessons".

Hoping that one day I can contribute "something" from my art expression to my beloved country also to the societies around the globe. No matter how big and hard the obstacles blocking my way, I'll always think positive and find a way to overcome the matters.

Guys, I would to love introduce my loyal and spectacular besties, the Nikon S40 DSLR camera and SB600 Speed light. A gift from my parents, a gift that I treasured the most. I'm not as good as others, but I've created a vocabulary of different styles. I draw from many different ways to take a picture. I easily blend with my subject; easily mix with the emotions given by surroundings.

Critics are the best teacher, the great coach and wonderful motivator. Do the one thing you think you cannot do. Fail at it. It might hurt you but it won't kill you. Try again. Do better the second time. The only people who never tumble are those who never mount the high wire. This is your moment. Own it.

My philosophy is that not only are you responsible for your life, but doing the best at this moment puts you the best place for the next moment. "Pinography" is my brand name and I hope peoples out there can easily noticing it and remember what I've had delivered and shared the excitement in creating masterpiece.

My Inspiration,

Soraya Yusof Talismail, Amri Ginang , Bustamam Mokhtar

Faris Fakri Photography. & Minaq Jinggo :)

contacts :

if u're interested in using our photography services, kindly contact us for futher inquiries at:
CALL : 013 3579767 (Mr.Den)
Please send in details of
-name
-function
-date
-time
-location

for quotation request via email/fb inbox/sms
*incomplete details will not be entertain.

email : pinography@yahoo.com

Full content generated by Get Full RSS.

Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


No New Tale To Tell: House Hunting

Posted: 28 Jan 2012 03:30 PM PST

My mother, brother and I were waiting for the lift when the the door opened to an empty one save for a recognizable face inside.
12 floors until we reach ground level. I thought to myself, this is going to be a long way down unless someone says something.
Thank goodness my mom decided quick on breaking the ice.
Guy : Ye saye... *chuckles*
Mom : Aunty nampak Aqasha lagi hensem real life dari dalam TV~
Guy : Terime kasih... *chuckles some more*
Me and brother : *cringes*
Guy : Tak, ada shooting, dekat rumah kakak Ayu Raudah?
Brother : Haaaa??? Rozita Che Wan ada sini?? (guys and their fascination with the Malaysian MILF -.-'')
Guy : Eh bukan. Kakak lain. Oo sebut Rozita Che Wan laju je ek?
Brother : *hearty laughs*
Lift opened and we said our goodbye and parted ways. By that time we had visited over 6 apartments in a day and we were so exhausted. We decided that meeting an actor was a sign for us to call off the day and decided on the house; each of us with different motives. Brother was hoping to catch sight of Rozita Che Wan in the future, Ibu was daydreaming of meeting Anuar Zain, I wouldn't mind stumbling upon Bront Palarae.
And based on a very relevant set of reasons, that's how the decision was made.
Full content generated by Get Full RSS.

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


<b>Aqasha</b> Seronok Uruskan Alehandra

Posted: 22 Dec 2011 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

Emel syafiqah_jalal@digitalfive.com

KUALA LUMPUR, 22 DISEMBER 2011: Biarpun baru lebih 3 bulan bergelar ayah, namun pelakon dan penyanyi Firdee Aqasha Rosli atau Aqasha, 29, akui sudah bijak menguruskan puteranya, Alehandra Ahmad Firdee Aqasha tanpa bantuan sesiapa.

Malah Aqasha berkata, rutin hariannya kini juga sudah berubah sejak menerima kelahiran cahaya mata sulungnya pada 6 September lalu.

"Seronok jaga anak kecil dan jadi ayah. Disebabkan terlalu teruja, boleh dikatakan saya yang menjaga dan menguruskan Alehandra sepenuhnya.

"Lagipun, tiada salahnya membantu isteri kerana secara tidak langsung memberi peluang kepada saya untuk lebih dakat dan mengenali Alehandra.

"Tapi, sedikit sebanyak ianya telah mengubah rutin harian saya. Kalau dahulu saya banyak habiskan masa di luar rumah dengan kawan dan kerja tapi kini saya sukar untuk keluar rumah kerana Alehandra.

"Walaubagaimanapun saya sukakan perubahan ini kerana ia mengajar saya untuk lebih matang dalam hidup," katanya yang ditemui selepas sidang media Gemersik Kalbu, di Sri Pentas, kemarin.

Aqasha telah mendirikan rumahtangga bersama isteri tersayang, Noor Baizura Mohd Sabri, 27, pada 10 Oktober tahun lalu.

Sementara itu, menyentuh mengenai perkembangan terbarunya, Aqasha kini sedang menjalani penggambaran drama Gemersik Kalbu yang bakal bersiaran pada 2 Januari tahun depan.

Dalam drama tersebut, dia menggalas watak utama iaitu Sufian suami kepada Raihana yang diawakan oleh Ayu Raudah sebagai teraju utama Gemersik Kalbu.

"Ini kali pertama saya digandingkan bersama Ayu Raudah. Sebelum ini kami pernah bersama dalam satu produksi tetapi berbeza babak.

"Namun saya senang dan selesa sekali berlakon dengan Ayu kerana dia bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

"Mula-mula rasa kekok juga kerana masing-masing sudah berkahwin tetapi setelah selalu berbincang dan berlatih bersama di lokasi kami jadi serasi," tambahnya lagi.

Drama arahan Heykal Haniffah ini juga turut dibintangi oleh pelakon lain seperti, Fazreen Rafi, Anzalna, Zain Saidin, Dian P.Ramlee dan ramali lagi.

Gemersik Kalbu secara ringkas menceritakan mengenai Raihana yang kecewa seletah kematian mengejut tunang tersayangnya yang kemudian berkahwin dengan Sufian.

Mampukah cinta kembali berpututik dengan kehadiran Sufian yang begitu bersungguh-sungguh menjadikan Raihana sebagai permaisuri hatinya? Saksikan Gemersik Kalbu di TV3 setaip hari Isnin hingga Khamis mulai 2 Januari 2012, jam 7 malam.

Full content generated by Get Full RSS.

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


Pihak Bank Cari <b>Fizo Omar</b> - Tanggung hutang RM2.5 juta | Oh! Artis <b>...</b>

Posted: 14 Dec 2011 12:04 AM PST

perfumeberry

vimax

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Hantar ke Twitter! | Bookmark Share

Fizo Omar atau nama penuh penuhnya 'Wan Hafizol Wan Omar, 26 tahun ini merupakan naib juara Hero Remaja 2007/2008 dan juga seorang pelakon. Di antaranya lakonannya di dalam drama dan filem  Puteri Salju, Gadis Merah Jambu, Dendam, Keliru, Bisikan Subuh, Bio-Nik, La Dolce Amira, Matahari, Cinta Sempurna dan juga filem Kongsi.

Fizo yang merupakan kacukan Melayu, Siam dan Arab ini sedang dilanda masalah. Namanya telah disalahguna sebagai penjamin oleh syarikat percetakan di Damansara. Menurutnya, dia pernah menjadi rakan kongsi dan merupakan lembaga pengarah syarikat berkenaan pada tahun 2008. Walaubagaimanapun, kerana mahu menumpukan sepenuh masanya untuk bidang lakonannya, dia telah menarik diri dari syarikat tersebut.

Fizo ini adik tiri kepada pelakon Noniswara diibaratkan seperti dimakan kawan sendiri apabila terpaksa menanggung hutang lebih RM2.5 juta sedangkan dia tidak tahu menahu tentang pinjaman berkenaan. Dia mengetahui mengenai pinjaman itu selepas dihubungi pihak bank yang memaklumkan tunggakan bayaran oleh peminjamnya tahun lalu kerana kegagalan menjelaskan pinjaman. Setelah setahun tidak berjaya berusaha sendiri untuk membersihkan namanya, semalam dia telah mendapatkan bantuan di SukaGuam untuk mendapatkan bantuan perundangan.

Fizo yang baru menyambut kepulangan ibunya dari Mekah Sabtu lalu, meminta peminat mendoakannya serta dia tahu yang dia harus terus tabah dan kuat. Kepada Fizo Semuga kes ini berpihak kepadanya. Apapun, kami suka memberitahu peminat Fizo, yang Fizo ni pandai memasak. Dapatkan buku hasil masakkannya 'Air Tangan Fizo' dengan harga RM19.90 sahaja di pasaran

OH ARTIS : SEKSI TAU LELAKI YANG SUKA MEMASAK NI….. KACAK PULAK TU. WELL !

Full content generated by Get Full RSS.

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


<b>Pierre Andre</b> – Tidak Tahu Status Percintaan Sendiri |

Posted: 25 Jan 2012 03:34 AM PST

Sebelum ini Pierre Andre pernah menyatakan yang dia sedang bercinta dengan seorang gadis bertaraf kerabat diraja malah dia pernah menyatakan hasrat akan mengahwini gadis itu. Namun Pierre, telah memberitahu kepada laman Murai yang dia dan gadis itu sudah terputus hubungan.

Saya tak tahu hendak sifatkan hubungan kami kini bagaimana, kerana kami sudah tidak berhubung dan berjumpanya hampir setahun .

Saya juga tak pasti di mana silapnya. Biarpun niat untuk berkahwin dengannya sebelum ini sudah ada.

Malah, Pierre telah menyerahkan soal cinta kepada takdir:-

Saya hanya berserah kepada jodoh dan takdir. Tidak mahu terlalu memikirkannya lagi. Apa yang paling penting sekarang adalah keluarga dan kerjaya saya sebagai pengarah dan pelakon.

Pierre yang merupakan bekas teman lelaki Yana Shamsuddin ini pernah menggemparkan dunia hiburan apabila terbabit hubungan cinta dengan seorang wanita yang 'tidak wujud'. Wanita itu, bernama Maya Darina Dahlan Hain dikatakan sekadar watak samaran seorang yang mengenali Pierre, namun kesahihannya tidak dapat dipastikan.

Apa pun kami bersetuju yang Pierre perlu lebih fokus kepada kerjaya untuk bersaing dengan pengarah-pengarah muda yang lain bagi menghasilkan filem-filem bermutu. Yang lepas, jangan dikenang. Move on, and forward!

Baca Yang Ini Pulak:-


Full content generated by Get Full RSS.

Niat <b>Pierre Andre</b> Kahwin Gadis Diraja Pudar

Posted: 25 Jan 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

Emel: syafiqah_jalal@digitalfive.com

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 25 JANUARI 2012: Hajat pelakon dan pengarah Pierre Andre, 26, untuk mengahwini gadis berketurunan kerabat diraja yang dikenalinya sebagai kekasihnya sejak lebih tiga lalu, semakin pudar apabila dia akui kini sudah setahun tidak berjumpa dan berhubungan lagi.

Malah, kini Pierre Andre memberitahu dia sendiri masih tidak pasti mengenai status hubungan yang terjalin bersama gadis berketurunan diraja tersebut.

"Saya tak tahu hendak sifatkan hubungan kami kini bagaimana, kerana kami sudah tidak berhubung dan berjumpanya hampir setahun .

"Saya juga tak pasti di mana silapnya. Biarpun niat untuk berkahwin dengannya sebelum ini sudah ada.

"Saya hanya berserah kepada jodoh dan takdir. Tidak mahu terlalu memikirkannya lagi. Apa yang paling penting sekarang adalah keluarga dan kerjaya saya sebagai pengarah dan pelakon," luahya yang ditemui selepas majlis Kesyukuran dan Gong Xi Fa Cai MIG, baru-baru ini.

Pertengahan tahun lalu, Pierre akui sedang berkawan dengan gadis tersebut dan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.

Tidak mahu memberatkan dirinya dengan masalah cinta, Pierre akui dia kini lebih matang berfikir tentang kerjanya sebagai seorang pengarah.

"Saya rasa ideologi saya kini sudah berubah. Jika dahulu saya suka lebihkan diri saya dengan soal cinta, berbeza pula kini kerana apa yang penting adalah kerjaya saya.

"Saya mahu tumpukan diri saya dengan bidang pengarahan. Malah sejak bersama Metrowealth (MIG), saya banyak diberi peluang untuk mengarah.

"Saya mahu seiring dengan rakan-rakan yang sama-sama mula mengarah dengan saya seperti Syamsul Yusof dan Farid Kamil yang kini sudah semakin berjaya.

"Jadi saya tidak mahu lagi ketinggalan dan akan berusaha untuk menjadi pengarah terbaik sebaris dengan mereka," katanya lagi.

Di bawah naungan MIG, Pierre sudah pun selesai mengarahkan filem aksi pertamanya iaitu 1 Lawan Satu dan juga berlakon dalam filem 3 Temu Janji dan X serta sedang menjalani penggambaran filem Strawberry Cinta.

Meskipun sudah berada di bawah naungan MIG, namun Pierre berkata dia gembira kerana diberi kebebasan untuk berkarya di luar.

"Walaupun sudah menandatangi kontrak sebanyak 10 filem bersama MIG, namun saya masih lagi boleh berkarya dan mengarahkan filem Aku Kau & Dia yang diterbitakan oleh Tayangan Unggul Sdn Bhd.

"Saya rasa MIG kelongaran yang diberi oleh MIG sangat berbaloi sebagai seorang pelakon dan pengarah seperti saya," tambahnya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Sazzy Falak - Google Blog Search

Sazzy Falak - Google Blog Search


(Gambar) Comey <b>Sazzy Falak</b> Berbaju Sekolah! | Wassupz!

Posted: 22 Jan 2012 09:18 PM PST

Kami tidak tahu gambar ini mungkin diambil semasa penggambaran drama atau filem, namun apa kami tahu Sazzy Falak comey sungguh berbaju sekolah macam nie. Namun jika berbaju kurung ngan tudung pasti lebih comey. Hehe. Betul tak?

3 perkara yang kami mendapat perhatian kami mengenai gambar ini adalah:

1) Budak sekloah mana boleh warnakan rambut. Silap-silap bleh kene gantung sekolah nie.

2) Sudah jarang sekolah kat Malaysia ini, ada budak perempuan melayu yang memakai pinafore, mungkin Sazzy berlakon watak bukan melayu.

3) Kenapa kedua-dua basikal digambar ini kelihatan serupa? Mungkin beli kat kedai yang sama.. Hehe

Foto: Izyan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Full content generated by Get Full RSS.

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search


<b>Fauzi Nawawi</b> Nafi Dakwaan Miliki Kekasih Gelap | Oh! Artis | Dunia <b>...</b>

Posted: 20 Nov 2011 09:23 PM PST

perfumeberry

vimax

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Hantar ke Twitter! | Bookmark Share


Beberapa hari yang lepas kecoh di beberapa portal hiburan 'underground' tentang gosip Fauzi mempunyai kekasih gelap. Kami hanya mengambil sikap dan tunggu dan lihat kerana tidak mahu di saman oleh pelakon terbabit.

Ekoran dakwaan Fauzi mempunyai perempuan simpanan, pelakon itu akan membuat laporan polis terhadap pihak yang dikatakan menyebarkan screenshot Blackberry Messenger (BBM). Menurutnya, screenshot itu palsu.

Berikut ialah kenyataan yang dibuat Fauzi.

"Saya akan buat laporan polis!" tegas Fauzi dipetik sebagai berkata ketika dihubungi oleh media.

"Itu memang bukan saya. Saya memang tak pernah ada kekasih kat luar. Setakat nak tukar nama dan gambar, ia boleh dibuat pada bila-bila masa pun. Sudah tentu sesiapapun boleh menyamar jadi saya. Bagi saya, itu mungkin orang lain yang memang tak suka dengan saya. Jika dia berani menyentuh hal rumahtangga saya, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis."

"Saya dah lihat screenshot itu. Ada salah satu kenyataan kononnya saya tulis 'Kak lis'. Saya tak pernah bahasakan diri isteri saya Kak Lis. Saya selalu panggil dia Lis atau Ayang. Secara logiknya, takkan saya nak tulis Kak Lis, lebih baik saya tulis isteri saya saja. Lis dah tahu mengenai perkara ini dan dia hanya ketawa saja," ujar Fauzi.

"Saya tak pernah kongsi masalah rumahtangga saya dengan ibu atau ibu mertua saya. Inikan pula saya nak cerita kepada orang luar mengenai hal rumahtangga saya. Saya ingin tegaskan bahawa rumahtangga saya dengan Lisdawati bahagia.

"Saya anggap ini semua dugaan. Lagipun, ini bukan kali pertama saya kena macam ini. Sebelum inipun saya pernah kena kononnya mengenai video saya dengan Ida Nerina. Apa-apapun, jika ia melibatkan maruah, saya memang akan membuat laporan polis. Saya juga tidak teragak-agak untuk menyaman blog yang mengeluarkan artikel tersebut jika mereka tidak memohon maaf kepada saya," tambahnya.

OH! ARTIS: SEJAK DARI DULU LAGI ORANG CUBA JATUHKAN FAUZI NAWAWI TAPI TAK JATUH-JATUH LAGI. ORANG YANG BENAR SELALU SELAMAT.

Full content generated by Get Full RSS.

Lisdawati sentiasa setia di sisi suami,<b>Fauzi Nawawi</b>

Posted: 04 Jan 2012 12:00 AM PST

Kehidupan Lisdawati tidak pernah lekang daripada menjadi bahan umpatan orang setelah berumahtangga dengan aktor Fauzi Nawawi.

Gossip yang sering dilontarkan adalah tentang perangai suaminya yang dikatakan tidak setia dan suka bermain kayu tiga.


Sebagai isteri dan ibu kepada dua anak - Farhana, tiga tahun, dan Fazneesya, dua tahun, hati Lisdawati mudah terguris terutama apabila ada sahaja pihak yang sering menganggu-gugat ketenteraman rumah tangganya.

Namun kata Lisdawati atau mesra dipanggil Lis, dia tidak dapat menghalang orang ramai daripada berkata-kata, tidak kira sama ada yang baik mahupun buruk mengenai keluarganya.

Apa yang boleh dilakukan olehnya hanyalah mendengar, senyum dan mencari kesahihan cerita yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab itu.

"Kalau dikumpul semua cerita sepanjang lima tahun ini, rasa-rasanya sudah menjadi satu novel. Dari satu topik ke satu topik. Sekejap Fauzi macam ini, sekejap macam itu.

"Tidak penatkah orang yang membuat cerita karut itu?

"Tapi buatlah berapa banyak cerita sekalipun, Lis tidak akan tersentap atau melatah kerana apa yang dikatakan itu tidak betul," katanya.

Menurutnya, apabila situasi begitu timbul, dia lebih senang bersikap positif iaitu mendengar dan mencari kebenaran cerita yang diuar-uarkan.

Tegas Lis, dia lebih mengenali siapa Fauzi dan sebab itulah dia tidak mudah melatah dengan segala berita palsu yang dibuat terhadap suaminya.

Selain itu, katanya, setiap kali timbul isu berbangkit, mereka berdua lebih senang berbincang bagi mencari jalan penyelesaian.

Malah meskipun tersebar berita panas mengatakan rumah tangga Lisdawati dan Fauzi bergolak tetapi ia sedikit pun tidak pernah menjejas hubungan suami isteri tersebut.

Sebaliknya, hubungan mereka semakin kukuh dan Lis yang kini sibuk menjalani penggambaran filem Pak Pong, arahan sulung suaminya itu bercadang untuk hamil hujung tahun ini.

"Biarlah orang nak kata apa, kami tetap bahagia. Hujung tahun ini, kalau tidak ada aral melintang, Lis merancang untuk hamil anak ketiga.

"Lis tidak kisah anak apa, janji sihat tapi suami yang beria-ria nak anak lelaki. Selagi belum dapat anak lelaki, mungkin Lis tidak akan berhenti," katanya sambil ketawa.

Biarpun Pak Pong merupakan filem arahan suaminya namun Lis berkata, penampilannya itu bukan kerana statusnya sebagai isteri tetapi kerana kesesuaian watak.

Malah kata Lis, Fauzi bukan sahaja tidak akan menawarkan watak yang dirasakan tidak sesuai dengannya tetapi seperti pelakon lain, dia juga perlu menjalani sesi uji bakat sebelum diterima memegang watak tersebut.

Memeran peranan sebagai Jin Tanah dalam Pak Pong, kesempatan yang diberikan suaminya itu amat dihargai kerana kata Lis, selama ini dia sering diberikan watak sebagai isteri atau wanita malang.

Justeru dia melihat, Pak Pong mampu menjadi pembuka pembuka jalan untuk dirinya mencuba pelbagai watak agar di masa hadapan tidak lagi diberi watak yang statik sahaja.

"Watak yang Lis bawa ini memang berbeza. Sebagai jin tanah, Lis akan pakai baju bercorak harimau bintang, rambut warna putih dan solekan daripada Poli itu akan membuatkan Lis nampak lain.

"Lis tidak sabar untuk melakonkan watak baru dan yang menariknya, ada adegan lawan. Sudah lama Lis tunggu untuk buat filem aksi begini. Pak Pong adalah filem aksi komedi," katanya tentang filem terbitan 9 Country Creativitiy Sdn. Bhd. itu.

Dia yang baru selesai menjalani penggambaran drama berepisod, Andai Ku Tahu, juga berkata, ketika di lokasi, Fauzi melayannya seperti pelakon lain.

"Di lokasi, dia adalah pengarah dan Lis sebagai pelakon. Kalau dia tidak puas hati dengan lakonan Lis, dia boleh tegur dan Lis tidak kecil hati kerana seorang pengarah tahu apa yang terbaik," katanya.

Dek terlalu mengenali isi hati suaminya, maka Lisdawati tidak kisah apabila Fauzi digandingkan dengan artis muda lain dalam drama mahupun filem.

Katanya, kerjaya sebagai anak seni memerlukan persefahaman dan sikap saling mempercayai antara satu sama lain dan kerana itu jugalah Lis tidak cepat melatah dengan situasi persekitaran.

"Kalau setiap kali lihat suami berlakon dengan artis wanita, Lis cemburu, susahlah hidup. Kerja dalam bidang ini kena banyak bersabar.

"Lis tidak kisah kalau suami digandingkan dengan artis muda kerana Lis nak dia tampil muda. Kalau boleh Lis nak tengok dia berlakon dengan Neelofa atau Izara Aishah," katanya jujur.

Full content generated by Get Full RSS.

Noorkhiriah - Google Blog Search

Noorkhiriah - Google Blog Search


Pelakon <b>Noorkhiriah</b> tenang setelah bertudung

Posted: 04 Jan 2012 12:00 AM PST

Pelakon, Noorkhiriah Ahmad Shapie berkata jiwanya amat tenang setelah bertudung. Malah, dalam aspek karier lakonan pun tak banyak yang berubah. Ujarnya, tawaran untuk membintangi drama, telefilem mahu pun sitkom masih tidak berkurangan dan syukur di atas segala rezeki ditentukan Tuhan.

"Apapun, saya tetap kena akur bahawa tawaran watak diterima cukup terhad sejak bertudung. Watak baik dan komedi masih banyak diterima, cuma antagonis sudah tiada lagi. Terasa rindu jugalah untuk melakonkan watak jahat kerana tak semestinya bertudung saya hanya sesuai dengan watak baik saja.

"Olahan watak bagi saya boleh dipelbagaikan. Bagaimanapun, saya cukup terjua menjayakan telefilem Amarah Hawa arahan Azma Aizal Yusof yang turut dibintangi Rusdi Ramli dan Sharifah Amani. Ia nyata watak mencabar kerana saya memikul peranan sebagai penceramah wanita yang disegani ramai. Bahkan, saya sering membicarakan perihal rumah tangga. Namun, di sebalik ceramah diungkap itu saya sebenarnya adalah mangsa keganasan rumah tangga.

Menyentuh soal filem pula, Noorkhiriah berkata, tawaran ada diterimanya tetapi sebaik memaklumkan dia kini sudah berhijrah menutup aurat, maka watak itu sudah tidak sesuai untuknya. Menurutnya, dia langsung tidak berasa ralat kerana yang penting baginya berlaku jujur pada diri dan bercakap benar.


"Rezeki ada di mana-mana asalkan terus berusaha. Justeru, tak dapat berlakon filem pun tidak mengapa. Ini kerana, saya juga tidak menyimpan harapan besar untuk beraksi di layar perak. Bagi saya, rezeki berlakon drama, telefilem dan sitkom sudah memadai. Jadi, tidak perlulah bersikap tamak.

"Apapun, saya sudah amat bersyukur kerana ketika belum bertudung dulu pernah juga membintangi beberapa filem. Cukuplah dan sekarang berlakon untuk siaran televisyen pun OK. Malah, saya juga nekad takkan membuka tudung ini semata-mata untuk melakonkan sesuatu watak itu," katanya.

Sudah bertudung sejak beberapa bulan lalu, masih ramai yang tidak mengetahui penghijrahan Noorkhiriah itu. Kata pelakon air mata ini, masih ramai yang terkejut dengan penampilan barunya dan tak kurang juga memberikan maklum balas positif. Ujarnya, dia juga tak peduli pada pandangan orang.

Katanya, apa yang penting dia tahu tindakan penghijrahan itu sangat tepat. Usia makin meningkat dan sekarang pun sudah bergelar isteri dan ibu kepada dua anak. Jadi, sampai bila harus berada di takuk lama tanpa sebarang perubahan. Ini untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga juga.

Full content generated by Get Full RSS.