Lisa Surihani - Google Blog Search |
Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Lisa Surihani</b> enggan diarah suami Posted: 31 May 2012 07:59 PM PDT Aktres popular Lisa Surihani mengakui dia sukar berlakon dan menghayati watak yang memerlukannya melakonkan emosi berat di hadapan suami, Yusry Abdul Halim dan belum bersedia berlakon di hadapan suaminya. "Bukan tidak boleh langsung bekerjasama dengan dia, tetapi Lisa mengakui hati Lisa akan serta merta lembut apabila melihat wajah dia dan mungkin sukar untuk membawakan watak tertentu, apatah lagi kalau ianya arahan suami sendiri," akui Lisa Surihani ketika ditanya apakah dia mengelak berlakon dibawah arahan suaminya, Yusry Abdul Halim. Tambah Lisa lagi, dia masih kurang pasti sama ada dia mampu atau tidak bekerja di bawah arahan Yusry pada masa akan datang. Malah menurutnya, sebelum berkahwin, agak sukar baginya untuk berlakon dan bergandingan bersama. Apalagi kalau babak itu melibatkan adegan bertentang mata seperti sewaktu menjalani penggambaran filem 'Ular'. "Pernah ketika saya menjalani penggambaran filem 'Dendam Orang Mati' dan memerlukan saya membawa adegan emosi sangat marah, saya sama sekali tidak membenarkan Yusry datang ke set. Saya terpaksa larang dia dari datang set kerana selalunya kalau menjalani penggambaran dia akan datang menemani saya. "Bukan apa saya takut tidak dapat membawa watak amuk tersebut. Bayangkanlah setiap kali terpandang wajah suami, hati terus cair inikan lagi kalau berlakon di bawah arahannya," ujar pelakon filem 'Ombak Rindu' ini lagi. Lisa turut memberitahu bahawa meskipun baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Februari lalu dan masing-masing sibuk dengan kerjaya. Namun sebagai pasangan suami isteri, mereka tetap cuba meluangkan masa bersama. "Ia satu proses yang agak seronok. Kami saling memahami walau sesibuk manapun. Mungkin juga bekerja dalam industri yang sama sedikit sebanyak membantu hubungan kami. "Ketika saya menjalani penggambaran filem 'Dendam Orang Mati' yang baru selesai penggambarannya, Yusry ada datang ke lokasi dan buat kerja, hal sendiri. Sambil menemani saya, dia akan curi masa buat kerjanya yang sedang sibuk dengan post-production filem 'Vikingdom' dan juga '29 Februari', jelas Lisa lagi. Dalam perkembangan lain, Lisa yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri "Dimanakah Juwita" untuk Astro Ria, bakal muncul dengan dua buah filem pada tahun ini iaitu "SAM" (Saya Amat Mencintaimu) dan Istanbul "Aku Datang". |
You are subscribed to email updates from Lisa Surihani - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Post a Comment