Rita Rudaini - Google Blog Search |
Bakal Nikah Mac Ini, Bekas Suami <b>Rita Rudaini</b> Fitting Baju Kahwin <b>...</b> Posted: 19 Feb 2014 04:00 PM PST '+ ' Subject: Message: Isu & Kontroversi Tidak sampai setahun usia perceraiannya dengan dramatis terkenal, Rita Rudaini, Aidil Zafuan kini mula sibuk membuat persiapan untuk perkahwinan keduanya. Biarpun sibuk dengan kerjaya sebagai pemain bola sepak di Johor, namun nampaknya Aidil tetap mencari masa bagi menempah dan menghadiri sesi fitting baju perkahwinannya di butik Cosry. Perkara itu telah dikongsikan sendiri oleh Aidil di laman Instagram miliknya menerusi caption 'Fitting at Cosry with Abg @putraaziz_cosry.' Gambar tersebut mendapat perhatian ramai dan kebanyakan peminat meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat Aidil berbusana pengantin di hari bahagianya nanti. Seperti yang umum sedia maklum, Aidil telah membuat pengakuan untuk berkahwin dengan kekasihnya, Zarema Zainal pada bulan Mac ini. Aidil bersama bakal isterinya, Zarema Zainal Biarpun atlet popular ini pernah mendirikan rumahtangga, tetapi pastinya majlis mereka nanti bakal diraikan penuh meriah, apatah lagi ianya merupakan pernikahan pertama Zarema. Jika anda masih ingat, keluarga Aidil pernah kecewa dengan perkahwinannya bersama Rita Rudaini kerana pasangan itu memilih untuk bernikah di Thailand tanpa pengetahuan keluarga. Bagaimanapun, Aidil kini lebih mementingkan restu orang tua memandangkan dia sendiri mengakui hubungannya dengan Zarema telah mendapat restu kedua belah keluarga. Mungkin ini adalah jodoh yang telah tertulis untuk Aidil. Apapun, sama-samalah kita menantikan majlis gilang-gemilang pasangan ini dan mendoakan kebahagiaan mereka. Kredit foto: Instagram Aidil Zafuan |
Komen <b>Rita Rudaini</b> Selepas Diceraikan Aidil? – Perak Today Posted: 05 Aug 2013 09:40 PM PDT Beberapa hari sahaja lagi menjelang 1 Syawal, akhirnya pasangan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan sah bercerai talak satu menerusi pesanan kiriman SMS. Penceraian itu dikatakan berpunca dari kenyataan Rita Rudaini dalam sebuah ruangan hiburan akhbar. Pada mulanya, berlaku perang SMS antara mereka, kemudian ianya berlarutan sehinggalah Aidil menghantar SMS menceraikan Rita Rudaini. Bagaimanapun apa yang berlaku nampak seperti tidak membebankan Rita dan dia berkata terima keputusan berkenaan dengan hati yang terbuka. "Selepas hampir dua tahun kes penceraian kami berdua berlangsung di mahkamah, akhirnya hari ini (semalam) Aidil menceraikan saya dengan talak satu menerusi SMS. "Saya perlu terima keputusan ini dengan hati yang terbuka hanya beberapa jam sebelum masuk waktu berbuka. Kini segala galanya sudah jelas, Aidil akhirnya menceraikan saya. Bagaimanapun, kehidupan perlu diteruskan dan saya perlu lebih tabah," ujar Rita Rudaini yang kini berada di Perlis untuk menyambut Aidilfitri. -ammboi.com |
You are subscribed to email updates from Rita Rudaini - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |