Nuffnang

Sabtu, 19 Oktober 2013

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


<b>Elly Mazlein</b> Tiada Perancangan Kahwin - Gua.com.my

Posted: 30 Jul 2013 09:20 AM PDT

Mac lalu, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein enggan mengulas lanjut tentang status pertunangannya dengan pengarah, Azmi Hatta yang dikhabarkan telah terputus di tengah jalan. Ketika itu, Elly memberitahu pihak media dia lebih senang merahsiakannya.

Terbaru, Elly mendedahkan hubungannya bersama tunang tidak menghadapi sebarang masalah, sebaliknya berlangsung seperti biasa. Namun mengakui mereka masih belum ada perancangan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan.

"Hubungan saya dengan dia masih macam biasa. Masing-masing sibuk dengan kerjaya. Tiada lagi perancangan untuk berkahwin buat masa ini. Kalau ada, saya akan beritahu kepada semua. Saya akan umumkan kalau sudah sampai waktunya," tutur Elly menyusun bicara.

"Kepada sesiapa yang buat cerita terbabit (putus tunang), saya nasihatkan supaya mereka cuba lagi. Kalau mereka rasakan apabila mereka buat spekulasi mengenai saya, boleh membuatkan mereka bahagia, saya pun tumpang bahagia untuk mereka. Sejujurnya, hubungan saya dan dia berjalan seperti biasa. Tiada apa-apa yang berlaku," tegas Elly lagi.

Bercerita tentang jadual kerjanya sepanjang bulan Ramadan ini, Elly memberitahu sepanjang bulan puasa ini, dirinya ligat menjalani penggambaran drama 40 episod untuk tayangan RTM sehingga tidak punya masa untuk berehat.

"Saya menjalani penggambaran drama bersiri 40 episod yang berjudul 'Mencari Cinta' di samping Fizz Fairuz, Tania Hudson, Aripah Damanhuri dan ramai lagi untuk tayangan TV1 nanti. Sebenarnya, drama ini sudah mula menjalani proses penggambaran semenjak bulan April lagi. 50 peratus penggambaran diadakan di Malaysia dan 50 peratus lagi dijalankan di Amsterdam. Kini tinggal beberapa babak sahaja yang berbaki untuk saya selesaikan. Jadi sepanjang bulan Ramadan ini, saya sibuk dengan penggambaran," jelas pelantun lagu 'Bungaku Bakawali' ini.

"Selain itu, saya juga sempat mencuri masa dengan menjalani penggambaran telemovie dan program hiburan sempena ketibaan Syawal nanti. Antaranya, program 'Raya Sama Sama' yang bakal disiarkan di RTM. Bagi saya, program ini sangat menarik kerana program ini mengumpulkan lebih 150 orang artis senior dan baru dalam satu program," jelas Elly yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa anjuran KRU Music di Peninsular Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.

"Program itu memberi peluang untuk saya mengenali artis-artis senior. Saya seronok dapat berjumpa dan berkenal-kenalan dengan mereka. Selain itu, saya rasa gembira kerana dapat bertemu dengan penyanyi-penyanyi asal lagu raya klasik dalam program terbabit. Antara artis senior yang saya temui pada rakaman program tersebut adalah Norshila Amin dan Razis Ismail," cerita Elly teruja.

Bercakap mengenai 'single' terbarunya yang berjudul 'Sabarlah Hati' yang dicipta oleh Manusia Putih, Elly menjelaskan yang dia amat bersyukur kerana sambutan yang diterima amat menggalakkan. Selepas sambutan Syawal, Elly bakal mempergiatkan lagi promosi 'single' terbarunya itu.

Mia Sara - Google Blog Search

Mia Sara - Google Blog Search


"Two Souls Become One": <b>Mia Sara</b> Sambut Hari Jadi Ke-8 <b>...</b>

Posted: 13 Oct 2013 05:00 PM PDT

Siapa tidak kenal dengan pelakon cilik, Mia Sara Nasuha yang terkenal dengan kepetahannya bercakap dan pandai mengambil hati penonton dengan watak lakonannya yang comel dan bersahaja.
Untuk makluman, pada tanggal 30 September lalu, genaplah umur Mia lapan tahun.
Menerusi foto-foto yang dikongsikan, nampaknya Mia telah menerima kek comel daripada peminat setianya, di mana kek yang direka khas itu diukir seakan-akan gaun patung dan diselitkan dengan replika anak patung Barbie.
Dalam pada itu, menerusi laman sosial pelakon tersebut, Mia turut berkongsi sekeping fotonya sewaktu bayi dan diselitkan dengan ungkapan rasa syukur kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas hingga ke hari ini.
Mia juga difahamkan menerima hadiah istimewa daripada ayah tercinta berupa sebuah basikal berwarna ungu. 
Comel Kan..:)
p/s: Ni entry auto publish yek kawan2..sebab today anum dah start cuti Raya Haji.
pada kawan2 yg sudi singgah sini thanks.. nanti anum buat kunjungan balas

Bubblynotes: Melayan Si Cilik <b>Mia Sara</b> Nasuha...

Posted: 01 Sep 2013 07:10 PM PDT

Arena Keek telah lama ditinggalkan buat seketika...^_^ The last Keek yang saya buat adalah approximately 4 months ago... Bilakah akan ber-Keek kembali??? In Shaa Allah... Soon... but not in the nearest time sebab sekarang ni waktu sangat mencemburui saya (kunun... but seriously...sangat sibuk dengan pelbagai benda sekarang ni...)...Rindu juga nak ber-Keek ni...he he he...
Walaupun tak ber-Keek buat sekian lamanya, tapi masih tetap rajin melayan Keek dari Keeksters2 yang lain... *_^... And lately, suka layan Keek dari Siti Saleha dan juga Mia Sara Nasuha... Sharifah Sakinah tu ada juga once a while...Thee heee.... ^_^...Saja2 layan waktu2 boring dan tak ada apa2 nak buat... 
Yesterday night, sampai terlelap dibuatnya melayan Keek Mia Sara Nasuha...tapi yang paling saya suka adalah Keek video yang di-upload as a throwback... When Mia was 2 years old...and she was 1st time on camera... Cer tengok... Comel dan keletah kan Mia Sara? ^_^... Selain tu, rajin juga melayan Instag dan Videos Baby Popular Malaya... Muhammad Qhaliff Iman di YouTube Channel Abang Ben Ashaari . 

*Bukan apa, suka tengok baby and kanak2 yang tembam2 dan comel2 ni... And it's entertaining as well, and sort of releasing theraphy juga... Oops..lupa pula nak ucap... Happy Monday morning peeps! Lepas 2 hari senyap kannn? *_^ 

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


<b>Rita Rudaini</b> Tak Kisah Masyarakat Pandang Serong Kepadanya |

Posted: 22 Aug 2013 06:35 PM PDT


Susulan tuduhan kurang didikan agama terhadap bekas mertuanya, orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati dan mula memandang serong terhadap Rita Rudaini. Ada yang menggelar Rita sebagai "wanita bermulut jahat" kerana kata-katanya yang agak kasar. Namun buat Rita, dia tidak kisah sekiranya masyakat memandang seorng terhadap.
rita rudainiMenerusi Berita Harian hari ini, Rita Rudaini memaklumkan kebahagiaan rumahtangga yang dikecapinya hanya bertahan selama 9 bulan sahaja. Kata Rita:-

Sembilan bulan yang pertama memang kami cukup bahagia. Tetapi sejak keluarganya campur tangan, kami sering bergaduh. Jarang pergaduhan itu berpunca daripada masalah kami, tetapi datangnya daripada keluarga Aidil. Setiap kali selepas pulang menziarah keluarganya di Seremban, sikap Aidil pasti berubah. Ada saja perkara yang akan mencetuskan pergaduhan hingga setiap kali dia balik ke sana, tidak sedap jadinya hati saya.

Macam mana dia hendak menjadi pemimpin yang baik jika hidupnya masih dikawal keluarga? Jadi, jangan kata Rita isteri yang tidak taat, jika dia sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik kepada Rita dan anak-anak,

rita rudaini

Biasalah tue kalau isteri tak balik sekali dengan suami, pasti si suami akan dinasihati oleh keluarganya. Menariknya Rita turut berkongsi pengalaman dirinya dihalau oleh keluarga Aidil ketika mengandungkan anak sulung. Kata Rita lagi:-

Siapa kata saya tidak pernah cuba berbaik dengan ibu dan ayahnya? Walaupun adik-beradiknya tidak menerima saya, namun saya tetap menghubungi orang tuanya untuk bertanya khabar. Mereka melayan saya dengan baik, malah saya juga kerap mengirim makanan untuk keluarganya setiap kali dia pulang menemui mereka.

Cuma yang pelik, apabila Aidil menyatakan hasratnya untuk bercerai dengan saya sewaktu usia kandungan kedua mencecah tujuh bulan, ibu dan bapanya tiba-tiba berubah sikap. Bapanya meminta supaya Rita tidak mengganggu mereka termasuk Aidil, kerana tidak mahu tumpuan Aidil pada latihan terganggu.

Saya pernah dihalau dari rumah kakak Aidil tanpa belas kasihan, walhal ketika itu saya sedang mengandungkan anak sulung kami. Niat bersemuka dengan keluarga Aidil untuk mendapat restu mereka menjadi detik cukup menyedihkan apabila kami dihalau keluar. Tidak cukup dengan itu, pelbagai kata-kata nista dilemparkan hanya kerana Rita lebih tua daripada suami dan berstatus janda

rita rudaini

Entahlah Abang Nara pun susah nak cakap siapa yang benar. Rita cakap macam nie, Aidil cakap macam tue. Kalau dua-dua boleh diam memang terbaik. Tak perlu keluarkan lagi apa-apa kenyataan. Buat pening dan serabut kepala orangnya. Lagi teruk kalau mula-mula kasihan lama-lama jadi benci sebab banyak sangat cerita keluar. Tak gitu?

Baca Yang Ini Pulak:-

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


<b>Aqasha</b> Dah tak Heran Populariti | buahmulut.com

Posted: 24 Jul 2013 10:03 PM PDT

Dengan umurnya yang sudah pun mencecah angka 31 pada tahun ini, Aqasha nyata tidak mahu lagi berkompromi dalam dunia lakonan yang sudah lama dia sertai. Kini populariti bukan lagi suatu perkara yang mahu dikejarnya lagi seperti kebanyakkan pelakon baru lain, sebaliknya kualiti dan kepuasan kerja yang akan cuba dicarinya selepas ini.


Raja Ema

Ditemui semasa majlis kesyukuran dan berbuka puasa Filem Sindiket, aktor ini juga menjelaskan sudah masanya dengan usia yang sebegini dia perlu memfokuskan halatuju yang betul dalam bidang lakonan. Justeru tidak menolak andaian yang dia kini akan lebih memilih watak yang benar-benar dirasakan sesuai dengan dirinya.

"Bagi saya bila dah sampai umur macam ni populariti bukan lagi perkara yang terlalu penting untuk saya kejar lagi. Apa yang lebih utama dan penting masa ini adalah kepuasan kerja yang maksimum dan hasil yang mampu mengagumkan orang lain."


Raja Ema

"Lagipun jika saya ambil banyak sangat tawaran yang datang tanpa memilihnya terlebih dahulu nanti takut penonton dah tak heran dengan kemunculan saya."

"Bagi diorang, 'ah! mamat ni berlakon biasa je selalu sangat nampak' itu yang saya sangat risau andaikata perkara sebegini terjadi. Sebab tu macam yang saya katakan tadi saya akan lebih memilih watak yang dirasakan sesuai dan mampu memberi kesan terhadap penonton."

Katanya juga untuk kestabilan kehidupan masa depan kini dia dan juga beberapa rakan artis yang lain telah pun menubuhkan sebuah produksi sendiri sejak hampir 2 tahun yang lalu dan bakal menerbitkan 2 buah filem yang dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan. Khabarnya lagi projek untuk 2 buah filem ini akan menelan kos sebanyak RM2.5 juta.

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


David Teo Adalah Seseorang Yang Sangat Memahami – <b>Intan</b> <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2013 12:03 AM PDT


Ada sesetengah pihak yang menyalahkan David Teo di dalam kontroversi perkahwinan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal baru-baru ini. Malah alasan yang diberikan oleh pasangan ini untuk berkahwin secara sorok-sorok ialah kerana kontrak MIG yang menghalang artisnya bercinta. Agak pelik juga kerana banyak artis MIG seperti Diana Amir, Farid Kamil dan Intan Ladyana yang secara umumnya diketahui kisah percintaan mereka.

intan ladyanaHari ini menerusi Berita Harian, Intan Ladyana memaklumkan bahawa boss MIG, David Teo ialah seseorang yang sangat memahami. Abang Nara yakin anda pasti tahu yang Intan Ladyana dan Kamal Adli sudah begitu lama bercinta. Kata Intan Ladyana:-

Sewaktu kami mula bercinta, memanglah rasa bimbang dengan reaksi pihak pengurusan. Namun, saya mengambil langkah untuk berterus-terang. Berlaku jujurlah dengan mereka, duduk berbincang elok-elok dan ceritakan situasi sebenar. David adalah seseorang yang sangat memahami.

Apa yang penting bagi mereka, kita kena beritahu supaya tidak timbul perkara berbangkit kemudian hari. Iyalah, perkara seperti ini bukannya boleh dibuat main-main kerana turut membabitkan pihak ketiga seperti produk yang melantik kita sebagai duta. Tak mahulah nanti perancangan yang sudah diatur musnah kerana sikap kita

inta ladyana

Intan Ladyana juga sempat memberikan nasihat kepada mana-mana artis yang menandatangan kontrak dengan mana-mana syarikat. Menurut Intan, kontrak perlu dibaca dengan sedalamnya sebelum ditandatangani. Kata Intan:-

Apa yang berlaku sebenarnya atas sebab salah faham terhadap kontrak yang ditandatangani. Mereka tidak faham kontrak yang menghalang artis daripada bercinta itu sebenarnya mempunyai pengertian yang lebih daripada itu.

Ia bukannya sekadar melarang mereka bercinta. Pihak pengurusan berbuat demikian kerana mahu menjaga reputasi artis itu sendiri. Mereka tidak mahu nama artis tercalar disebabkan terlalu banyak kisah cinta dipaparkan. Contohnya, jika berlaku cinta lokasi.

Sebagai artis yang pernah melalui situasi sedemikian, nasihat saya kita kenalah faham betul-betul maksud kontrak itu. Kalau tak faham, tanya. Pihak pengurusan pun kenalah beri penerangan dengan jelas supaya tidak berlaku kekeliruan.

Ada betulnya juga kata-kata Intan Ladyana ini. Kalau tak faham, kenalah tanya. Tak tanya dan buat keputusan sendiri memang akan menyukarkan semua pihak. Sekurang-kurangnya kalau tahu status anda yang sedang hangat bercinta, pihak pengurusan boleh buat apa yang patut untuk membantu daripada segi persiapan perkahwinan dan sebagainya. Apa pula kata anda?

P.S: Pening tak tahu nak pilih vitamin apa sebagai supplemen? Jangan risau. LIKE sahaja Facebook Doktor Vitamin Anda untuk mendapat maklumbalas yang jitu, tepat dan padat. Segala persoalan anda akan dijawab oleh mereka yang pakar. Confirm anda dah tak perlu risau dan takut untuk ambil vitamin yang dicadangkan oleh Doktor Vitamin Anda.

Baca Yang Ini Pulak:-

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


Aksi Diranjang Maya Karin, <b>Hans Isaac</b> - Gossip Artis Malaysia

Posted: 16 Oct 2013 12:00 AM PDT

Pada: Rabu, 16 Oktober 2013 Aksi-aksi panas suam ni bukanlah adegan realiti sebenar tapi adalah lakonan mereka berdua diantara Maya Karin dan Hans Isaac untuk filem terbaru yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

Filem ini adalah berjudul Nota sebuah filem yang mengesarkan tentang suami isteri arahan pengarah dari Jepun, Yasu Tanaka. Trailer dan gambar-gambar filem berkenaan sudah dikeluarkan awal bulan ini.

Ha, Maya Karin pula yang digunakan, Neelofa tak cemburu ke. Keh keh.

Tag : , , , , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


GAMBAR, Kereta <b>Gambit Saifullah</b> Langgar Tembok

Posted: 10 Jun 2013 02:33 AM PDT

GAMBAR, Kereta Gambit Saifullah Langgar Tembok | Saat ini laman web bertebaran gambar yang mendakwa kereta pelakon Gambit Saifullah telah mengalami kemalangan, iaitu melanggar tembok di sebuah kondominium.
Gambit Saifullah, pelakon yang penuh dengan kontroversi sejak kebelakangan ni dilihat agak menyepi selepas penampilannya di dalam rancangan realtiti TV Fear Factor menerima banyak kritikan kerana bermulut celupar. Gambit juga pernah membintangi filem Cinta Kura-Kura kini dilihat semakin jarang berlakon dalam mana-mana drama mahupun layar perak.
Namun lewat malam tadi, terdapat portal hiburan telah menerima 5 keping gambar menunjukkan Gambit Saifullah yang dipercayai terlibat dalam sebuah kemalangan kecil.
Dalam kejadian itu, terdapat sebuah kereta berwarna putih terbabas hingga memasuki kawasan kaki lima jalan. Namun setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada Gambit adalah pemandu kereta itu.
Portal tersebut juga telah cuba menghubungi Gambit bagi mendapatkan penjelasan namun tiada respon. Bagaimanapun melalui gambar dibawah, Gambit kelihatan baik dan dipercayai tidak mengalami kecederaan.
Betul ke Gambit terlibat dalam kemalangan jalan raya atau itu cuma sekadar gimik krew produksi untuk tujuan penggambaran?

Kalau betullah kemalangan ini cuma gimik, Kami pasti ramai peminat tak sabar nak menantikan kemunculan semula Gambit yang lama menghilang ni.

sumber
http://di-sini-bermula.blogspot.com/2013/06/kereta-gambit-saifullah-langgar-tembok.html#ixzz2VntFc9aa

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


Sering Timbulkan Kontroversi, <b>Fida Ibrahim</b> dilabel Artis Bermasalah <b>...</b>

Posted: 15 Oct 2013 10:12 PM PDT

ohartis-fida-ibrahim-1

Nama Fida Ibrahim sering tidak lekang dengan pelbagai kontroversi. Selepas isu gambar tidak memakai tudung, isu percintaan, isu berbaju ketat kini timbul pula isu Fida buat perangai dan lari dari set pengambaran.

Baru-baru ini, Fida didakwa telah melarikan diri dari set pengambaran drama yang sedang dilakonkan dengan memberi alasan pelbagai faktor. Fida menyatakan bahawa tindakkannya itu adalah berdasarkan alasan keselamatan kerana terpaksa berlakon didalam sebuah hutan kecil yang baru dibuka. Bukan itu sahaja, Fida juga dikatakan kurang senang apabila dia terpaksa berlakon dengan pelakon Zalif Sidek selain tidak puas hati dengan skrip seakan-akan menyindir dirinya.

Oleh kerana terlalu banyak kontroversi ditimbulkan oleh pemilik nama sebenar Rafidah Ibrahim ini dia telah di labelkan sebagai artis bermasalah. Namun pada Fida, dia menganggap dirinya telah teraniaya dan bertegas tidak mahu memohon maaf daripada pengarah filem tersebut, iaitu Suhaimi Lua.

"Sebenarnya isu minta maaf telah lama selesai sebelum perkara ini tersebar kepada pihak media. Saya juga pelik kenapa dia perlu menabur fitnah dan memburukkan nama saya kepada semua orang sedangkan perkara ini telah lama selesai.

"Apa yang boleh saya jelaskan dia juga perlu tampil meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak benar terhadap saya.

"Pelbagai kritikan yang saya terima mengenai isu terbabit sehingga saya dilabel artis bermasalah. Namun, saya akur sebagai insan biasa lebih baik mendiamkan diri dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak benar dan menerimanya dengan reda.

"Saya juga memandang pada sudut positif setiap fitnah yang diberikan itu ada hikmah sebaliknya," katanya.

Ditanya kenapa Fida berdiam diri sebaik sahaja pihak produksi memaklumkan dia lari dari lokasi pengambaran, Fida menjelaskan dia mengambil pendekatan tersebut adalah kerana enggan memanjangkan isu itu.

"Sebenarnya saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini, sedangkan segala tuduhan yang dikatakan itu tidak benar sama sekali yang melabelkan saya sebagai artis bermasalah dan lari dari set penggambaran.

"Saya melakukan sedemikian kerana mempunyai alasan yang kukuh hanya orang yang berada di tempat tersebut akan mengetahui kisah sebenar apa yang terjadi.

"Dalam hal ini, saya tidak kisah kalau pihak tersebut nak saman jika saya tidak tampil memohon maaf, kerana saya ada segalanya bukti dan penjelasan kukuh kenapa saya bertindak sebegitu," ujarnya.

OHARTIS: LUMRAH SEORANG ARTIS. KENA PANDAI-PANDAI JAGA TINGKAH LAKU.

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


<b>Pierre Andre</b> SAH Bergelar Suami - MyNewsHub

Posted: 22 Jun 2013 03:40 PM PDT


PENGARAH dan pelakon, Pierre Andre selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Siti Nurhidayah Hashim tepat jam 1.30 petang, hari ini.

Pasangan ini bertunang pada Februari lalu.

Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazrul Andre, 28 sah bergelar suami kepada Nurhidayah, 25 hanya dengan sekali lafaz.

Pasangan ini dinikahkan di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati, Selayang.

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM 300 dan wang hantaran berjumlah RM 20,000.

Majlis resepsi bagi kedua-dua mempelai bakal diadakan selepas Aidilfitri kelak. – Gambar Buahmulut.com

image (5)

image (6)

Pierre Andre SAH Bergelar Suamihttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/06/image-4.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/06/image-4-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

PENGARAH dan pelakon, Pierre Andre selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Siti Nurhidayah Hashim tepat jam 1.30 petang, hari ini. Pasangan ini bertunang pada Februari lalu. Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazrul Andre, 28 sah bergelar suami kepada Nurhidayah, 25 hanya dengan sekali lafaz. Pasangan ini dinikahkan di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati,...

PENGARAH dan pelakon, Pierre Andre selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Siti Nurhidayah Hashim tepat jam 1.30 petang, hari ini. Pasangan ini bertunang pada Februari lalu. <strong>Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazrul Andre, 28 sah bergelar suami kepada Nurhidayah, 25 hanya dengan sekali lafaz.</strong> Pasangan ini dinikahkan di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati, Selayang. Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM 300 dan wang hantaran berjumlah RM 20,000. Majlis resepsi bagi kedua-dua mempelai bakal diadakan selepas Aidilfitri kelak. - Gambar Buahmulut.com <a href="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/06/image-5.jpg"><img class="aligncenter size-full wp-image-170652" alt="image (5)" src="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/06/image-5.jpg" width="400" height="300" /></a> <a href="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/06/image-6.jpg"><img class="aligncenter size-full wp-image-170653" alt="image (6)" src="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/06/image-6.jpg" width="400" height="300" /></a>

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


<b>Didie Alias</b> Nak Buka Perniagaan Online - MyNewsHub

Posted: 30 Sep 2013 02:38 AM PDT


PELAKON dan pelawak wanita popular, Didie Alias mengatakan dia akan membuka sebuah perniagaan fesyen atas talian yang menggunakan jenamanya sendiri.

Barangan yang akan dijual kelak ialah aksesori, kemeja T dan kemeja edisi terhad yang akan dijual pada harga berpatutan serta mampu dimiliki oleh golongan biasa.

"Saya akan memulakan fesyen dengan jenama sendiri dan berkolaborasi bersama beberapa pereka fesyen yang dikenali," katanya yang dipetik menerusi sebuah akhbar harian, hari ini.

Dalam perkembangan lain, ibu kepada lima orang anak remaja ini baru sahaja dilantik menjadi duta kepada syarikat pelancongan Amar Travel & Tours dan akan berlayar di atas kapal persiaran bersama peminatnya kelak.

Oleh:  AUDREY LEE

Didie Alias Nak Buka Perniagaan Onlinehttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/09/Didie-Alias-Nak-Buka-Perniagaan-Online.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/09/Didie-Alias-Nak-Buka-Perniagaan-Online-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

PELAKON dan pelawak wanita popular, Didie Alias mengatakan dia akan membuka sebuah perniagaan fesyen atas talian yang menggunakan jenamanya sendiri. Barangan yang akan dijual kelak ialah aksesori, kemeja T dan kemeja edisi terhad yang akan dijual pada harga berpatutan serta mampu dimiliki oleh golongan biasa. 'Saya akan memulakan fesyen dengan jenama...

PELAKON dan pelawak wanita popular, Didie Alias mengatakan dia akan membuka sebuah perniagaan fesyen atas talian yang menggunakan jenamanya sendiri. Barangan yang akan dijual kelak ialah aksesori, kemeja T dan kemeja edisi terhad yang akan dijual pada harga berpatutan serta mampu dimiliki oleh golongan biasa. "Saya akan memulakan fesyen dengan jenama sendiri dan berkolaborasi bersama beberapa pereka fesyen yang dikenali," katanya yang dipetik menerusi sebuah akhbar harian, hari ini. Dalam perkembangan lain, ibu kepada lima orang anak remaja ini baru sahaja dilantik menjadi duta kepada syarikat pelancongan Amar Travel & Tours dan akan berlayar di atas kapal persiaran bersama peminatnya kelak. Oleh:  <strong>AUDREY LEE</strong>

Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


<b>Farawahida</b> Tidak Mampu Urus Kahwin Sendirian - MyNewsHub

Posted: 08 Oct 2013 11:38 PM PDT


PETALING JAYA – Penyanyi Farawahida telah mengupah perancang perkahwinan untuk menguruskan hari bahagianya yang dijangka berlangsung pada Disember depan.

Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali, 28, berkata, dia mengambil keputusan tersebut kerana tidak mampu menguruskan perkahwinan itu sendirian kerana sibuk dengan aktiviti nyanyian.

"Pada mulanya saya dan keluarga ingin uruskan sendiri majlis itu tetapi kerana saya sibuk dengan pelbagai aktiviti seni saya mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat perancang perkahwinan.

"Mereka lebih profesional dalam menguruskan hal-hal melibatkan perkahwinan manakala saya dan keluarga boleh memberi tumpuan kepada perkara-perkara kecil seperti cenderahati kepada tetamu dan jemputan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Farawahida dan bakal suami yang enggan didedahkan identitinya buat masa ini telah berkenalan selama lapan tahun dan majlis pernikahan pasangan itu akan berlangsung di Taiping, Perak.

Dalam pada itu, Farawahida berkata, dia sudah memilih tarikh untuk hari bahagianya itu namun tidak dapat mendedahkan perkara itu buat masa ini sehinggalah kad jemputan diedarkan.

"Tarikh sudah ada tetapi saya tidak boleh dedahkan dahulu kerana kad undangan pun belum ditempah lagi tetapi saya sendiri akan edarkan jemputan kepada semua, Insya-Allah," ujarnya.

Sementara itu, Farawahida berkata, dia dan bakal suaminya sudah pun menjalani kursus perkahwinan pada minggu lalu di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Bercakap mengenai perkembangan kerjaya seni, Farawahida bersyukur rezekinya dalam bidang nyanyian masih murah walaupun tidak bernaung dengan mana-mana syarikat rakaman atau pun pengurusan. – mStar Online

Farawahida Tidak Mampu Urus Kahwin Sendirianhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Farawahida.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Farawahida-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

PETALING JAYA - Penyanyi Farawahida telah mengupah perancang perkahwinan untuk menguruskan hari bahagianya yang dijangka berlangsung pada Disember depan. Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali, 28, berkata, dia mengambil keputusan tersebut kerana tidak mampu menguruskan perkahwinan itu sendirian kerana sibuk dengan aktiviti nyanyian. 'Pada mulanya saya dan keluarga ingin uruskan sendiri...

PETALING JAYA - Penyanyi Farawahida telah mengupah perancang perkahwinan untuk menguruskan hari bahagianya yang dijangka berlangsung pada Disember depan. Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali, 28, berkata, dia mengambil keputusan tersebut kerana tidak mampu menguruskan perkahwinan itu sendirian kerana sibuk dengan aktiviti nyanyian. "Pada mulanya saya dan keluarga ingin uruskan sendiri majlis itu tetapi kerana saya sibuk dengan pelbagai aktiviti seni saya mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat perancang perkahwinan. "Mereka lebih profesional dalam menguruskan hal-hal melibatkan perkahwinan manakala saya dan keluarga boleh memberi tumpuan kepada perkara-perkara kecil seperti cenderahati kepada tetamu dan jemputan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu. Farawahida dan bakal suami yang enggan didedahkan identitinya buat masa ini telah berkenalan selama lapan tahun dan majlis pernikahan pasangan itu akan berlangsung di Taiping, Perak. Dalam pada itu, Farawahida berkata, dia sudah memilih tarikh untuk hari bahagianya itu namun tidak dapat mendedahkan perkara itu buat masa ini sehinggalah kad jemputan diedarkan. "Tarikh sudah ada tetapi saya tidak boleh dedahkan dahulu kerana kad undangan pun belum ditempah lagi tetapi saya sendiri akan edarkan jemputan kepada semua, Insya-Allah," ujarnya. Sementara itu, Farawahida berkata, dia dan bakal suaminya sudah pun menjalani kursus perkahwinan pada minggu lalu di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Bercakap mengenai perkembangan kerjaya seni, Farawahida bersyukur rezekinya dalam bidang nyanyian masih murah walaupun tidak bernaung dengan mana-mana syarikat rakaman atau pun pengurusan. - mStar Online

Suci murninya hati seorang wanita bernama Almy Nadia ini. Mungkin Almy sudah redha dan pasrah serta menerima bahawa Fizz Fairuz adalah jodohnya. Secara jujur, kalau kena kat Abang Nara, memang sukar untuk memaafkan Fizz Fairuz. Respek Abang Nara kepada Almy yang bersikap begitu pemaaf sekali.
almy nadiaMenurut Almy Nadia, baginya Fizz Fairuz sudah banyak berubah dan tidak salah bagi dirinya untuk memaafkan orang yang mahu berubah. Kata Almy:-

Bagi saya tidak guna kami bersengketa kerana bidang ini kecil sahaja. Jika kami bermasam muka adalah lebih sukar untuk berada dalam bidang ini, jadi saya terima permohonan maaf daripada dia. Tentang hubungan antara kami kini, saya tidak mahu memberi sebarang komen kerana saya seorang wanita dan biarlah ia menjadi rahsia buat waktu ini. Apa yang boleh saya harapkan adalah masyarakat khususnya peminat agar sentiasa mendoakan yang terbaik sama ada buat saya dan juga Fizz

almy nadiaUntuk makluman anda, Fizz Fairuz sebelum ini telah mengumumkan yang dia bakal berkahwin dengan Almy Nadia pada tahun hadapan. Sama-samalah kita doakan agar Fizz menggunakan peluang kemaafan ini sebaik mungkin dan tidak melukakan hati Almy sekali lagi.

P.S: Sistem auto pilot Toyota diperkenalkan

Baca Yang Ini Pulak:-

Almy Nadia Enggan Komen Mengenai Perkahwinan Dengan <b>Fizz</b> <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2013 09:31 PM PDT


Memang gadis Melayu sungguh Almy Nadia ini. Malu-malu kucing pula sehingga enggan memberikan sebarang komen. Untuk anda yang tak tahun, semalam Fizz Fairuz mengakui bakal bernikah dengan kekasihnya ini pada tahun hadapan. Ditanya mengenai hal itu, Almy Nadia mahu memilih masa yang sesuai untuk memberitahu perkara sebenar.
almy nadiaBagus juga sebenarnya langkah Almy Nadia ini. Kena berhati-hati. Sudah berapa kali dikecewakan oleh orang yang sama. Kang tak pasal-pasal kalau dah dah mengaku tiba-tiba tak jadi, lagi malu dibuatnya. Kata Almy Nadia kepada Utusan Malaysia:-

Saya mahu simpan dulu semua komen. Buat masa sekarang saya tidak mahu komen sebab perkara ini penting untuk saya jaga hati banyak pihak. Pandangan orang berbeza-beza. Saya tak mahu singgung mana-mana pihak. Tunggu sahaja. Saya pasti akan komen. Buat masa ini biarlah pihak lelaki (Fizz) yang memberi sebarang kenyataan

Kali ini, secara jujurnya Abang Nara berharap agar Fizz Fairuz tidak lagi mempersiakan Almy Nadia. Jangan beri harapan menggunung lepas itu dihancurkan sebegitu sahaja seperti dulu. Kalau buat lagi perangai macam itu, Abang Nara tak tahulah nak cakap apa. Buat Almy, teruskan berdoa agar diminta petunjuk sama ada Fizz benar-benar calon suami yang sesuai untuk anda.

P.S: Menteri mengeluh pemandu-pemandu tidak beri laluan

Baca Yang Ini Pulak:-

Zul Huzaimy - Google Blog Search

Zul Huzaimy - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Zul Huzaimy</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Oct 2013 07:25 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Zul Huzaimy</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Sep 2013 07:02 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Zul Huzaimy</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Sep 2013 07:31 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Zul Huzaimy</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Aug 2013 07:17 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Zul Huzaimy</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Aug 2013 07:20 PM PDT


Lirik Lagu Merah - <b>Zulhuzaimy</b> (OST Bunga Merah Punya) » BUKAN <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2013 10:51 PM PDT

Lirik Lagu Merah - Zulhuzaimy (OST Bunga Merah Punya)

Indah harumnya bungaku
merah dikelopak madu
tanya hati siapa mahu
bila cinta diam membisu

Korus
Kau bunga yang penuh durinya
ku selalu memuja...

Biarpun terluka diriku
namun bungaku tetap dihati
selalu...

Ulang Korus

Tag :