Nuffnang

Ahad, 8 September 2013

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


<b>Remy Ishak</b> Terkejut Bront Palarae Berkahwin - Gua.com.my

Posted: 05 Sep 2013 12:29 AM PDT

Susulan berita mengejut perkahwinan pelakon Bront Palarae baru-baru ini, GUA telah mendapatkan komen daripada pelakon Remy Ishak yang merupakan rakan akrab kepada aktor  itu. Kedua pelakon hebat ini pernah bergandingan membintangi filem 'Jiwa Taiko' dan siri drama 'Sindarela'.

Begitupun, di sebalik keakraban dua pelakon ini, Remy melahirkan rasa terkejut sebaik sahaja dikhabarkan GUA tentang berita perkahwinan tersebut.

"Saya sangat terkejut sebab memang tidak tahu menahu tentang hal perkahwinan Bront. Tak ada pula dia beritahu saya yang dia akan berkahwin dalam masa terdekat. Mungkin sedikit masa lagi saya akan cuba menghubungi Bront dan sahkan sendiri berita ini dari empunya badan", kata Remy.

Mengulas mengenai tindakan Bront berkahwin secara rahsia itu, Remy beranggapan mungkin majlis tersebut telah dibuat khas untuk dihadiri oleh saudara mara yang terdekat sahaja.

Remy ditemui di majlis pelancaran Kejohanan Cabaran Dashing - Neon Futsal anjuran Dashing For Men pada Selasa. Kejohanan futsal unik yang telah masuk musim ke-2 ini bakal menyaksikan Remy, bersama-sama pengacara Henry Golding bergandingan di padang futsal neon dalam satu pasukan All-Stars di peringkat akhir pada Disember nanti.

Wajah Dashing For Men selama tiga tahun ini juga akan membuat penampilan di beberapa lokasi dalam siri jelajah promosi kejohanan tersebut.

Dalam pada itu, pelakon kacak ini turut berkongsi perkembangan terbaru karier seninya.

"Saya baru sahaja selesai penggambaran sitkom berjudul "Oh Bama!" untuk siaran RTM. Sitkom 26 episod terbitan Suhan Movies ini bakal menampilkan saya sebagai pendidik. Sebagai Cikgu Baharom, saya adalah seorang guru Bahasa Malaysia yang serius di dalam kelas, tetapi mempunyai sisi lucu ketika bersama pelajar", ujar Remy yang menyifatkan pengalaman pertama kali berlakon dalam siri sitkom sebagai menyeronokkan.

Wajah Remy juga bakal menghiasi pawagam sedikit masa lagi untuk filem CEO.  Filem genre komedi yang turut dibintangi oleh Beto Kusyairy dan Deanna Yusoff itu kini sedang giat menjalani proses pos produksi dan dijangka menemui penonton lewat 2013.

Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


<b>Bront Palarae</b> Akui Sudah Bernikah 31 Ogos Lalu | - Beautifulnara

Posted: 05 Sep 2013 06:02 AM PDT


Kan bagus macam nie. Dah kahwin mengaku sajalah sudah berkahwin. Tak ada orang nak marah pun. Semua orang pun faham lumrah manusia perlu hidup berpasangan. Abang Nara percaya status seorang selebriti itu tidak akan menjadi penentu jatuh bangun populariti. Peminat-peminat di Malaysia semuanya sudah bijak-bijak belaka.
bront palaraeSebelum ini Bront Palarae menafikan yang dirinya sudah bernikah pada 31 Ogos yang lalu. Namun berkata kepada Yahoo Malaysia, akhirnya Bront membuat pengakuan yang statusnya kini ialah seorang suami kepada kenalan laman. Kata Bront:-

Ya saya sudah bernikah pada 31 Ogos lalu dan majlis tersebut hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sanak-saudara saya dan isteri sahaja. Saya mohon maaf kerana merahsiakan pernikahan ini. Ia cukup peribadi buat saya dan isteri. Jika boleh, kami tidak mahu mana-mana pihak mensensasikan perkahwinan kami

Menariknya Bront dan isteri pernah menjalinkan hubungan cinta selamat empat tahun selepas berkenalan pada tahun 1999. Namun begitu hubungan mereka terputus di tengah jalan. Namun kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana. Bront dan kenalan lamanya itu sah menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail.

Nampaknya, jodoh kami kuat dan kami akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri pada minggu lalu. Banyak pengalaman pahit manis yang telah kami lalui bersama sehinggakan pada satu fasa dalam perhubungan iaitu kira-kira lapan tahun kemudian, kami terpaksa mengambil keputusan untuk berpisah dan meneruskan kehidupan masing-masing. Saya amat gembira yang perkahwinan ini adalah titik permulaan untuk sebuah pengakhiran

bront

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Bront atas perkahwinan ini. Semoga masjid yang dibina kekal sehingga ke hujung hayat. Marilah sama-sama kita doakan agar Bront berbahagia dan cepat-cepat dapat menimang cahaya mata. Tahniah Bront dan isteri!!!

Baca Yang Ini Pulak:-


Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


<b>Intan Ladyana</b> Sedia Adegan Dirogol Farid Kamil Jadi Bualan

Posted: 05 Sep 2013 06:32 PM PDT

Jarang sekali melihat dia membawakan karakter seorang gadis yang seksi dan daring. Tetapi untuk filem Dampak, Intan Ladyana berani memikul tanggungjawab tersebut termasuklah dia sanggup dirogol oleh Farid Kamil.

Mengakui sukar untuk melakonkan babak tersebut namun Intan menganggap ia sebagai cabaran.

"Sebenarnya ia sepatutnya jadi babak rogol tapi Qyra (nama watak) ni dia rela dirogol oleh Giran sebab sebenarnya dalam diam dia ada hati pada Giran. Itu babak paling susah sekali. Sebab dia memerlukan mainan emosi dan dalam masa sama fizikal.

"Apabila di beritahu saya perlu melakukan baabk itu bersama Farid, saya ambil ia sebagai satu cabaran pada diri sendiri. Malah kalau tengok dalam cerita ni, saya juga seorang perokok. Pada sesiapa yang kenal saya, saya memnag tak suka asap rokok. Tapi dalam filem ni saya buat juga (merokok) dan anggap ia satu cabaran", kata Intan menceritakanserba sedikit tentang karakternya ketika di sidang media pra tonton filem tersebut di e@Curve, semalam. 

Kata Intan dia juga sudah bersedia sekiranya babak itu menjadi bualan hangat ramai apabila filem tersebut ditayangkan di pawagam kelak.

"Saya tiada masalah sekiranya babak tu jadi bualan sebab itu sebahagian daripada jalan cerita filem tu sendiri. Tapi apa yang dipaparkan tu buakannya real.

Sementara Farid yang berada di sisi Intan yang turut diminta mengulas mengenai adegan tersebut berkata, 

"Babak tu memang sukar. Sebab pada saya, kalau nak suruh berpeluk-peluk tu senang sebab dah biasa dalam filem-filem sebelum ni. Tapi lakonan kali ini dalam keadaan Giran (wataknya) yang ketika itu mengalami kecederaan. Jadi saya perlu menghadkan pergerakan tubuh saya.

"Semasa babak tu dirakamkan, hanya kami berdua saja dalam bilik itu bersama empat kamera. Hanya sekali take, kira-kira dalam 20 minit babak itu dilakukan", tutur Farid.

Dampak merupakan garapan sulung dari pengarah baru, Lai Yuk Long. Filem ini membawa tema persahabatan, kekeluargaan dan banyak memaparkan pengajaran sekiranya tidak memilih jalan benar dalam hidup.

Turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Aaron Aziz, Juliana Evans, Michael Chin dan Cat Farish. Filem fiksyen yang sarat dengan adegan aksi dengan sentuhan ala novel grafik ini bakal ditayangkan mulai 19 September ini.

- Kredit foto-foto:  Faisol Mustafa

- mD

Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


ISU VIDEO <b>JULIANA EVANS</b> BAZIR MAKANAN! — illustrasiaku.com

Posted: 05 Sep 2013 01:36 PM PDT

ISU JULIANA EVANS DIKRITIK KERANA BAZIRKAN MAKANAN | Lama sungguh rasanya tak dengar cerita mengenai pelakon cantik, Juliana Evans sejak dia melanjutkan pelajaran dalam bidang Komunikasi Massa di Amerika Syarikat.
Pelakon yang pernah digosipkan bercinta dengan Zizan Razak ini bagaimanapun menjadi perhatian sebahagian masyarakat buat seketika apabila dia memuat naik sebuah video di laman Keek.
Menerusi video berdurasi 36 saat itu, Juliana dilihat sedang bergurau dengan kawan-kawannya sambil bermain-main dengan makanan.
Mungkin Juliana tidak sedar bahawa pembaziran makanan adalah satu isu sensitif kerana tak semua orang berpeluang untuk menikmati makanan yang enak.
Malah, kebanyakan pengikut Juliana di Keek juga turut menghentam pelakon tersebut dan menganggap perbuatan itu sebagai tidak bermoral.
Harapnya selepas ini Juliana lebih peka dengan sensitiviti setiap pihak supaya tidak timbul lagi isu sebegini.Saksikan video berjudul SPLAT tersebut untuk tontonan anda.

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


Foto: <b>Nora Danish</b> & Nedim Berseronok, Penuh Romantik di Bali

Posted: 13 Aug 2013 05:14 PM PDT

  
Wednesday, 14 August 2013 08:14

Hubungan aktres Nora Danish dan Nedim bukan lagi rahsia selepas berlegar gossip mengatakan mereka bercinta gara-gara sekeping gambar yang dimuatkan Nora di akaun Instagramnya, beberapa bulan lalu. Pun begitu, dalam kenyataan sebelum ini, pelakon Ijab & Kabul itu ada menyebut yang dia dan jejaka yang juga merupakan anak seorang menteri itu hanya kenalan biasa dan mereka sudah berkenalan sejak tujuh tahun lalu.

Terbaru, nampaknya mereka berdua kini agak terbuka dengan hubungan yang terjalin. Selepas Nora Danish kongsikan gambar mereka bersama ketika di Danok, Thailand kini mereka berada di Bali, Indonesia untuk bercuti.

Jika sebelum ini hanya gambar mereka bersama rakan-rakan lain, tetapi kali ini Nora Danish melalui akaun Instagramnya lebih berani menyiarkan gambar mereka berdua sahaja - penuh romantik.

Pasangan ini bagaimana pun difahamkan tidak pergi berdua sahaja ke Bali. Percutian kali ini turut disertai oleh anak Nora Danish, Rayqal, ibu Nora dan beberapa orang ahli keluarga juga rakan rapat.

- kredit foto-foto: Instagram Nora Danish

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


Kecewa Kurang Sambutan, Lemak Kampung Santan Filem Terakhir <b>...</b>

Posted: 16 Aug 2013 09:26 PM PDT

ohartis-lemak-kampung-santan

Filem Lemak Kampung Santan yang ditayangkan pada 1 Syawal lalu mendapat sambutan hambar daripada para penonton. Filem yang menampilkan Neelofa sebagai heroin dan Hans Isaac sendiri sebagai teraju utama hanya mendapat keuntungan sekadar RM100,000 jauh tersasar daripada modal filem tersebut yang bernilai RM1.7juta.

ohartis-twitter-hans-isaac-2

ohartis-twitter-hans-isaac-1

Macam-macam rancangan terbaik di TV9 sepanjang segmen ‪#‎5malam4hari‬ sampai tak sempat nak tukar siaran lain. Malam ni pukul 8:30 malam jangan lupa tonton SINI ADA HANTU di TV9. ×

Hans Isaac selaku penerbit dan pengarah filem tersebut meluahkan rasa kecewanya melalui laman sosial Twitter tentang sambutan yang tidak memberangsangkan filem itu malah membuat keputusan bahawa filem Lemak Kampung Santan adalah filem terakhir terbitannya dan mahu lebih memfokuskan kepada pementasan teater di Istana Budaya.

OHARTIS: INDUSTRI FILEM TANAHAIR SEMAKIN HAMBAR.

6ixth Sense - Google Blog Search

6ixth Sense - Google Blog Search


<b>6ixth Sense</b> - Bukan Milik Kita Lirik dan Video - Lofa Lyrics

Posted: 04 Sep 2013 12:53 AM PDT

6ixth Sense - Bukan Milik Kita Lirik dan Video

Ditinggalkan kehilangan
Bagian hidup kita
Tak usahlah kau tangisi takdir
Tak ada yang abadi di dunia ini
Semua pastikan kembali
Hidup ini sudah tertulis
Tenangkan jiwamu dan hatimu

Ikhlaskanlah relakanlah
Semua yang ada pasti kan pergi
Ikhlaskanlah relakanlah
Semua yang hidup pasti kan mati

Ikhlaskanlah relakanlah
Semua yang ada pasti kan pergi
Ikhlaskanlah relakanlah
Semua yang hidup pasti kan mati

Ikhlaskanlah relakanlah
Semua yang ada pasti kan pergi
Semua yang hidup pasti kan mati
Hidup bukan milik kita
Hidup bukan milik kita

Nashrin - Google Blog Search

Nashrin - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Aug 2013 09:07 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Jun 2013 09:25 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Jun 2013 09:17 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Apr 2013 09:03 PM PDT


Biodata Profil Penyanyi <b>Nashrin</b>

Posted: 05 Apr 2013 11:52 AM PDT

Nama Penuh: Wann Nashrinie bin Zafri
Tarikh Lahir: 14th Oktober 1989
Tempat Lahir: Ipoh, Perak
Like facebook page saya kalau anda pembaca setia blog 3 dalam 1

Edisi Retis: <b>Nashrin</b> Terpegang Payu Dara Misha Omar? ~ Ewksem??

Posted: 06 Apr 2013 01:10 AM PDT

Helluuuuu you all, Hari ini cik gayah kebaya sendat nak gossip sikit pasal duet si nashrin and akak misha omar yang feelling habis di atas pentas.. wow! Hangat di perkatakan adegan misha omar dan nashrin di atas pentas MY STARZ LG musim ke 2 yang asik feeling mereka, cik gayah kebaya sendat belek gambar2 yang di tangkap oleh photografer tersohor malaysia yang menampakan nashrin terpegang payudara misha omar? hurrmmm mungkin tak pegang kot or alahaiii korang komen sendiri la..

Cerita Artis: <b>Nashrin</b> Bertunang Dengan Kawan Sekolah Bernama <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2013 12:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 FEB 2013: Penyanyi lagu Fobia Cinta, Nashrin menafikan dakwaan bahawa dia cuba menyembunyikan statusnya yang kini sudah pun menjadi tunangan orang. Sebaliknya, Nashrin yang baru saja berhenti daripada bekerja dengan sebuah bank di Pulau Pinang memberitahu dia sudah pun 4 bulan mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya yang bernama Farah. "Ya. Saya memang sudah bertunang. Tunang saya bukan model. Dia hanyalah orang biasa yang bekerja di syarikat insurans di Pulau Pinang. Dia adalah teman sekolah saya. Saya kenal dia sejak kecil lagi. "Kalau hendak diikutkan, saya sudah lama tidak berjumpa dengan dia. Selepas berjumpa semula, saya merasakan dia sesuai untuk menjadi suri dalam hidup saya. Sebab itulah saya bertunang dengan dia. "Saya tidak tahu nak kata sebab utama saya bertunang dengan dia. Apa yang saya tahu, bila sudah sampai waktu, saya pun bertekad untuk bertunang dengan dia yang sebaya dengan saya iaitu 24 tahun," katanya kepada murai.com.my. Bercerita mengenai pertunangannya itu, Nashrin telah pun sah bertunang dengan Farah sejak November 2012 dan majlis tersebut hanya diadakan secara kecil-kecilan saja. "Tiada kenalan artis pun hadir di majlis tunang saya. Lagipun, saya hanya buat secara kecil-kecilan saja. Kami bertunang di Pulau Pinang. Hanya saudara mara terdekat saja yang hadir. "Waktu itu juga saya masih lagi bekerja di bank. Sekarang ini, baru sebulan saya berhenti bekerja. Saya pun sudah menetap di Kuala Lumpur sepenuhnya. Alhamdulillah, selepas bertunang tiada apa yang berubah kecuali saya lebih berhati-hati dengan kehidupan yang saya lalui sekarang. Saya juga merasakan lebih mudah bergerak berbanding dulu," jelasnya. Menyangkal dakwaan bertunang untuk menutup tohmahan yang mengatakan dia seorang lelaki buaya darat, Nashrin dengan tegas menepisnya. "Saya bertunang bukan sebab gosip itu. Saya juga bukan playboy. Sekarang saya lebih senang. Ibarat orang kata, saya sudah cuci tangan sikit. Saya juga sudah sign kontrak dengan label baru iaitu Hikayat Records. Insya-Allah, akhir bulan ini saya akan muncul dengan single terbaru. Tajuknya masih belum ada lagi. "Lagu ini adalah hasil ciptaan Kunci Demak. Alhamdulillah, peminat merestui pertunangan saya. Kalau ada fans yang kecewa pun saya tahu mereka akan buat-buat tak kecewa," ujarnya.

<b>Nashrin</b> Terpegang Payu Dara Misha Omar?

Posted: 30 Mar 2013 08:58 AM PDT


Helluuuuu you all, Hari ini cik gayah kebaya sendat nak gossip sikit pasal duet si nashrin and akak misha omar yang feelling habis di atas pentas.. wow! Hangat di perkatakan adegan misha omar dan nashrin di atas pentas MY STARZ LG musim ke 2 yang asik feeling mereka, cik gayah kebaya sendat belek gambar2 yang di tangkap oleh photografer tersohor malaysia yang menampakan nashrin terpegang payudara misha omar? hurrmmm mungkin tak pegang kot or alahaiii korang komen sendiri la..

Awan Band - Google Blog Search

Awan Band - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Awan Band</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Aug 2013 09:37 PM PDT


<b>AwanBand</b> – Oh My Love | Oh My Chords

Posted: 06 Mar 2013 10:22 PM PST


Awanband – Oh My Love Chord

Intro: Cm A Dm A Dm A Dm A

Dm C Dm
Saat ini aku hidup sendiri
C
Tanpa mu disamping ku
Dm Cm Dm
Aku ingin berlari mengejar mu
Cm
Namun ku tak mampu
E Am
Oh ku tak mampu

Dm C Dm
Saat itu cuma ada diri mu
C
Di samping ku selalu
Dm C Dm
Detik itu lalu meninggalkan ku
C
Dan tawa mu syahdu
Bm Am
Oh ku rindu

D G
Oh my love don't you know
Don't you know
C F
Betapa aku merindui kamu
Dm
Saat bintang bertaburan
Em Am
Aku lihat tanpa pegang tangan mu

A

D G
Oh my love don't you know
Don't you know
C F
Betapa aku menginginkan kamu
Dm
Saat pintu terbuka
Em
Kamu tak ada untuk diri ku
Am
Untuk diri ku

Dm A Dm Am E

D G
Oh my love don't you know
Don't you know
C F
Betapa aku merindui kamu
Bm
Saat bintang bertaburan
Em Am
Aku lihat tanpa pegang tangan mu
A
Pegang tangan mu

D G
Oh my love don't you know
Don't you know
C F
Betapa aku menginginkan kamu
Dm
Saat pintu terbuka
Em
Kamu tak ada untuk diri ku
Am
Untuk diri ku

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


admya: Tudung <b>Tiz Zaqyah</b> dalam Jodoh itu Milik Kita

Posted: 04 Sep 2013 04:17 AM PDT


Fashion  tudung Dahlia@Tiz Zaqyah dalam Jodoh itu Milik Kita
Jenama: Lily M by cloverush
Jenis tudung lain yang dipakai Dahlia
semuanya dari cloverush.Cantik kan.

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


<b>Pierre Andre</b> akhiri zaman bujang - Utusan Online

Posted: 23 Jun 2013 02:35 AM PDT

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI

KUALA LUMPUR 23 Jun - Pelakon dan pengarah muda, Pierre Andre selamat disatukan dengan Siti Nur Hidayah Hashim hanya dengan sekali lafaz dalam majlis yang diadakan di Masjid Al-Ikhlas, Taman Melati, Selayang di sini hari ini.

Pierre, 28, dan isterinya berkenalan dua tahun lalu di laman sosial dan telah melangsungkan pertunangan pada 9 Februari yang lalu.

Pihak lelaki menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 dan disertakan dengan tujuh dulang hantaran manakala pihak wanita membalas sembilan dulang.

Antara barang hantaran yang diberi termasuklah barangan kemas, gajet, beg tangan, kasut, manisan dan telekung.

Antara filem yang dibintangi dan diarahkan oleh Pierre termasuklah Jangan Pandang Belakang, 9 September, I'm Not Single dan Jangan Tegur. - UTUSAN ONLINE

Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


<b>Farawahida</b> Dan Bakal Suami Sudah 8 Tahun Bercinta |

Posted: 30 Jul 2013 08:09 PM PDT


Fuh ~~ 8 tahun. Memang lama. Mesti banyak cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh Farawahida dan bakal suaminya. Untuk anda yang tidak tahu, Farawahida sebelum ini telah mengumumkan bakal berkahwin pada bulan Disember ini. Majlis perkahwinan akan dilangsungkan di Taiping, Perak. Tiada risikan atau pertunangan akan dilakukan sebelum itu.

farawahida

Bercerita mengenai hubungan mereka, Farawahida berkata:-

Saya dengan dia pun dah lama bercinta, 8 tahun. Jadi kami ambil keputusan untuk terus saja bernikah. Tak payah nak merisik dan bertunang. InsyaAllah majlis akan diadakan di Taiping, Perak. Majlis nikah pada sebelah siang dan malam pula bersanding,

Dia berusia 29 tahun. Seorang yang 'simple'. Bukan orang dalam industri. Sekarang dia bekerja dengan pakar jantung dan baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan hartanah. Bukan suami orang tapi masih bujang.

farawahida

Sebelum ini Farawahida pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan komposer Julfekar. Nasib baiklah gosip tersebut tidak meretakkan perhubungannya dengan bakal suami. Kata Farawahida:-

Terbukti selama ni gosip itu tidak benar. Hubungan kami hanya sekadar bekerja. Sejujurnya ketika heboh tentang gosip itu, saya rasa tertekan. Alhamdulillah teman lelaki saya sangat memahami keadaan saya. Gosip itu langsung tidak memberi kesan terhadap hubungan cinta kami

Semoga segala persiapan Farawahida untuk hari bersejarahnya akan berjalan dengan lancar. Jutaan tahniah sekali lagi Abang Nara ucapkan. Selamat pengantin baru in advance. Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan.

Baca Yang Ini Pulak:-


kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Aug 2013 07:15 PM PDT


<b>KRU</b> Music Tampil Dengan &#39;Oh My Raya!&#39; - Gua.com.my

Posted: 30 Jul 2013 07:08 PM PDT

Tinggal kurang 10 hari lagi kita akan menyambut Syawal yang mulia. Bagi menambahkan kemeriahan suasana Aidilfitri, KRU Music mengambil inisiatif dengan menerbitkan album kompilasi terhebat yang membariskan seleksi lagu-lagu raya terhangat sepanjang zaman yang berjudul 'Oh My Raya!'.

Selaras dengan judulnya, album ini membariskan 15 buah lagu raya kombinasi artis lama dan baru. Lagu-lagu yang terdiri daripada 10 buah lagu hit terdahulu, dua buah lagu baru serta tiga buah lagu rakaman semula.

Dua buah lagu raya terbaru yang dimuatkan dinyanyikan oleh Forteen dan KRU sendiri berjudul '10 Jari Aidilfitri dan 'Erti Aidilfitri'. Manakala lagu rakaman semula merupakan lagu nyanyian Dato' AC Mizal dan Sepahtu berjudul 'Raya', 'Seloka Hari Raya' nyanyian Qalam Band dan Rafidah Ibrahim serta 'Suasana Hari Raya' nyanyian semula Stellar Band dan Illa Sabry.

Menemui Edry Abdul Halim selaku penerbit bagi album kompilasi ini, dia menjelaskan album ini mempunyai keseimbangan antara lagu raya yang selalu didengari dan lagu raya baru.

"Album ini menggabungkan beberapa lagu baru dan lagu-lagu lama. Album ini punyai keseimbangan antara lagu-lagu raya yang sudah biasa didengari dan lagu-lagu baru," jelas Edry ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Album 'Oh My Raya!' anjuran KRU Music di Peninsular Hotel, Kuala Lumpur.

"Di samping itu, album ini juga menampilkan artis-artis yang pertama kali merakamkan lagu raya, seperti kumpulan KRU, Forteen, Dato' AC Mizal, Fida Ibrahim dan ramai lagi. Album ini merupakan cenderahati kami kepada peminat di luar sana sempena sambutan Syawal," ulas Edry lagi.

Selain itu, KRU Music juga turut menerbitkan video klip istimewa lagu terbaru 'Erti Aidilfitri' dan '10 Jari Aidilfitri' yang diarahkan oleh Wa'an Hafiz yang telah pun dilancarkan secara digital di laman Youtube. Dapatkan album ini di seluruh cawangan Speedy, Music Valley dan Rock Corner berhampiran anda bermula 5 Ogos 2013 pada harga RM19.90 sahaja.

Tempah Tempat Di <b>KRU</b> Masterclass Sekarang - Suara Bawah Tanah

Posted: 25 Mar 2013 07:00 PM PDT

Maksud nama kumpulan KRU adalah Kumpulan Rap Unggul, sememangnya kena dengan tiga beradik ini. Manakan tidak, sedari Belalang masih kecil hinggalah dah mempunyai dua orang cahaya mata, KRU yang dianggotai oleh Norman, Yusry dan Edry terus gah dalam membina empayar mereka.

Bermacam-macam kejayaan telah ditempa kumpulan ini, baik dalam negara ataupun diluar negara. Malah KRU juga telah berjaya menubuhkan KRU Academy di Cyberjaya. Satu pencapaian yang benar-benar hebat bagi mereka.

KRU Masterclass | Buat duit di era digital

Kumpulan Rap Unggul (KRU)

Kini, KRU bergandingan bersama-sama Irfan Khairi (jutawan internet Malaysia) cuba berkongsikan RAHSIA kejayaan mereka. KRU Masterclass menjemput sesiapa sahaja baik usahawan ataupun bukan untuk mendalami teknik dan strategi yang digunakan untuk mengembangkan perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi sepertimana yang anda inginkan di arena tempatan dan juga antarabangsa.

Acara 1 hari, KRU Masterclass akan dijalankan di KRU Academy, Cyberjaya pada 13hb April 2013. Di dalam acara ini, anda akan diajar Teknik menjana pendapatan menggunakan media sosial (Facebook, Twitter dan YouTube), Cara menggunakan visual dalam menarik perhatian pelanggan dan banyak lagi!

Harga asal untuk KRU Masterclass adalah RM590. TETAPI, anda bernasib baik kerana adanya tawaran early bird menjadikan harga promosinya ialah __________. Nak tahu sila lihat sendiri di sini ==> KRU MASTERCLASS

Jangan lepaskan peluang ini. Buat tempahan awal sebelum 13hb April 2013

Incoming search terms:

  • TEMpat tempat menarik di cyberjaya (3)
  • kru academy 2013 (2)
  • peluang perniagaan di kru (1)

Yang Ini Juga Menarik Untuk Dibaca:

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


Ibnu Hasyim: Pelakon <b>Didie Alias</b>, Semoga Kesedaran Bertambah <b>...</b>

Posted: 20 Aug 2013 02:00 AM PDT


HALAMAN HIBURAN

 PETALING JAYA: Pelakon Didie Alias mengambil langkah untuk mengurangkan sedikit imej pelik yang sering ditampilkannya sebelum ini kerana menghormati empat anak perempuannya yang sudah bertudung.

Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, berkata, sebagai ibu, dia perlu menjaga penampilan diri dan tidak terlalu berlebih-lebih kerana enggan anak-anaknya pula terkena tempias kritikan masyarakat.

"Sekarang ini anak-anak perempuan saya semua sudah berhijab. Dan saya sebagai ibu tidak mahulah melihat mereka dikritik hanya kerana penampilan saya.
"Bagaimanapun unsur-unsur pelik masih lagi ada, cuma ia tidaklah keterlaluan seperti sebelum ini. Dan fesyen yang dibawakan mengikut kesesuaian tema majlis," katanya kepada mStar Online.

Didie mempunyai lima orang anak termasuk seorang anak lelaki iaitu Nur Dania, 20, Muhammad Danial, 19, Nur Dinie, 17, Nur Danie, 15 dan Nur Diana, 14.


Tambah Didie, perubahan imejnya juga dibuat berdasarkan komen-komen umum di laman sosial dan akan menukarkannya jika ada gaya yang kurang disenangi masyarakat. Bagaimanapun, dalam usaha Didie memperbaiki gaya penampilannya, dia bersedia menerima kritikan.

Sementara itu, Didie baharu saja menyambut hari kelahirannya pada Sabtu lalu dan pada hari sama dia telah memenangi Artis Lawak Wanita Paling popular Anugerah Lawak Warna yang berlangsung di Istana Budaya.
Didie juga menyifatkan kemenangan itu sebagai hadiah hari jadinya yang paling bermakna dan berazam untuk menjadi pelakon dan pelawak yang lebih baik pada masa akan datang.

"Sudah lama saya dalam industri seni tempatan dan macam-macam penambahbaikan kualiti kerja saya buat peminat-peminat yang sering menyokong saya.
"Bukannya mudah nak jadi pelawak wanita kerana kami perlu menjaga batas-batas terutamanya daripada segi pertuturan kata. Sebab itulah negara kita kekurangan pelawak wanita sebab ianya bukan mudah," ujarnya. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Semoga kita semua dianugerahkan Allah SWT dengan kesedaran yang bertambah-tambah lagi.. Insya Allah, Al-hamdulillah!

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Alyah</b> Mohon Maaf - Gua.com.my

Posted: 13 Jul 2013 11:30 PM PDT

Dunia hiburan digemparkan dengan kontroversi yang berlaku antara pihak pengurusan Alyah yang dikhabarkan mahu memboikot akhbar Utusan Malaysia ekoran tersiarnya sebuah artikel yang bertajuk 'Alyah Tunggu Pinangan Ramli MS' di akhbar terbabit.

Sebelum ini, GUA pernah menghubungi Alyah untuk mendapatkan penjelasan dari Alyah sendiri tetapi Alyah enggan memberikan sebarang komen mengenai isu terbabit dan GUA telah mendapatkan komen lanjut daripada pengurusnya, Syuib Ismail.

Namun begitu, kesempatan yang GUA perolehi ketika bertemu dengan Alyah di rakaman program Aidilfitri TV9, 'Stailista Unplugged' di Sri Pentas 2, Shah Alam semalam memberikan ruang untuk Alyah mengulas lebih lanjut mengenai isu ini.

"Saya jenis orang yang terbuka, walaupun bukan salah saya, saya memang tak ada masalah mahu meminta maaf. Cuma mungkin dalam keadaan ini, saya agak terpinga-pinga kerana saya tidak pernah melemparkan kata-kata yang  saya nak 'banned' media. Sebab saya rasa kerjaya seni saya adalah periuk nasi saya, di mana media yang banyak menyokong saya, cuma apabila benda ini terjadi, ia agak memeranjatkan saya," cerita pelantun lagu 'Kisah Hati' itu memulakan perbualan.

"Saya rasa agak terpukul juga kerana saya selalu tak ada masalah dengan media. Walaupun mungkin ada sesetengah wartawan yang menulis yang kurang baik tentang saya, tapi saya anggap itu kerja mereka. Apabila jumpa di luar saya tetap menegur dan bertanyakan khabar kerana perkara itu tidak menjadi masalah pada saya kerana saya jenis memahami.

Tetapi apabila keluarnya artikel itu, Alyah 'Gam' Media?, dalam bentuk tanda soal, walaupun ianya dalam bentuk soalan, tapi secara tak langsung saya telah mengguris hati semua orang. Apabila ayat tu keluar, betul ataupun tidak, selalunya mesti orang akan anggap betul. Perkara itu buat saya rasa agak sedih, sebab saya rasa ini satu perkara yang akan memberi kesan kepada kerjaya seni. Saya tidak pernah menyatakan perkara itu," jelas Alyah panjang lebar.

"Sebenarnya saya berkecil hati kerana cara penulisannya seolah-olah dia bercakap dengan saya, sedangkan saya tidak tahu kejadian tersebut. Tapi pada saya perkara itu boleh diselesaikan, ada cara lain lagi. Cuma apabila baca artikel dia, seolah-olah dia bercakap dengan saya, itu satu perkara yang macam tuduhan. Saya rasa yang menulis tu, menulis dengan perasaan sendiri,  bukan dalam keadaan dia bekerja," ujar Alyah lagi.

"Saya ada juga bertanya dengan pihak pengurusan saya mengenai keadaan ini, apa yang telah terjadi. Tapi apabila diterangkan satu demi satu, saya rasa 'no point' untuk cari sama ada siapa menang atau siapa betul. Perjalanan kerjaya saya masih panjang lagi, saya masih mahu berada dalam industri ini. Jadi saya rasa jalan terbaik adalah saya sendiri meminta maaf jika selama ini saya tidak menyenangkan. Saya manusia biasa dan tak mampu nak buat semua orang suka kepada saya," ulas Alyah panjang lebar.

"Kadang-kadang saya fikir, saya terlalu jujur dengan kerjaya seni saya. Saya terfikir kebanyakkan yang terjadi bukan datang daripada saya sebab saya bukan jenis yang suka cari masalah. Tapi saya redha. Saya dari dulu sampai kini bergerak sendiri, dibantu oleh dua atau tiga orang teman rapat saya. Tahun lepas saya dikejutkan pasal 'designer' dan sekarang dikejutkan mengenai perkara ini, saya jadi takut untuk berhadapan dengan apa yang bakal terjadi selepas ini.

Apa yang saya mampu lakukan adalah berdoa semoga saya dapat meneruskan kerjaya seni saya kerana ini adalah punca pendapatan saya. Saya membisu bukan bermakna saya mengiyakan," luah Alyah yang bakal mengadakan satu sidang akhbar untuk menerangkan segalanya dan memulihkan keadaan apabila dia sudah benar-benar bersedia.

"Sekarang ini saya perlu masa untuk selesaikan banyak perkara dan untuk menguruskan semula kerjaya seni saya yang sebelum ini agak terganggu dan merosot. Apapun, saya mewakili pihak pengurusan dan diri saya sendiri, dengan rasa rendah diri ingin meminta maaf kepada sesiapa yang mungkin terasa, yang mungkin saya tidak sengaja. Daripada isu 'designer', daripada bekas PA saya sampai ke perkara yang terjadi sekarang ini, saya mohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki," tutur Alyah yang tidak mampu menahan sebak.