Nuffnang

Ahad, 8 Januari 2012

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


Diana Danielle Akan Berkahwin dengan <b>Farid Kamil</b> ? « Pena <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2012 12:04 AM PST

Betul ke diana dah nak kahwin ?

Pelakon jelita Diana Danielle Danny Beeson, 21, menafikan bakal berkahwin pada tahun ini dengan kekasihnya, Farid Kamil, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar baru-baru ini.

Diana berkata, dia dan Farid terkejut dengan spekulasi tersebut kerana mereka belum merancang sebarang perkahwinan dalam masa terdekat.

"Macam manalah gosip itu boleh timbul dan saya rasa ia bukan isu yang penting untuk dihebahkan kerana kami tidak merancang untuk berkahwin.

"Lagipun saya masih muda dan banyak perkara yang perlu diberi fokus pada tahun ini. Alhamdulillah kami masih selesa dengan perhubungan cinta ini dan biarlah masa menentukan sejauh mana perhubungan ini boleh pergi," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Difahamkan, pasangan selebriti ini dikhabarkan sudah memulakan perbincangan asas tentang niat untuk mendirikan rumah tangga.

Malah mereka juga sudah bersedia bergelar suami isteri pada tahun ini walaupun usia Diana masih muda.

Dalam pada itu dia juga sedang sibuk dengan penggambaran filem Hantu Gangster, arahan Namawee.

"Rasa seronok sangat bekerja dengan Namawee. Tambah pula dia mengingatkan saya kepada Afdlin Shauki.

"Walaupun dia pernah mencetuskan kontroversi yang membabitkan hal negara, biarlah ia berlalu kerana setiap manusia tidak dapat lari daripada kesilapan.

"Kalau boleh saya mahu lihat kerja yang dilakukannya sekarang dan akan datang. Dia mempunyai idea yang sangat bagus dalam mengangkat masyarakat Malaysia melalui setiap filem yang dihasilkannya," ujar Diana.

Selain itu, pada tahun ini Diana bakal muncul sebanyak empat buah filem lakonannya seperti Azazil, Spilt Gravy On Rice dan Jiwa Taiko.

oleh FERIDE HIKMET ATAK

Advertisement
Full content generated by Get Full RSS.

siti nordiana - Google Blog Search

siti nordiana - Google Blog Search


KopieSatu Jerantut: <b>sITI nORdiaNA</b> !!!!

Posted: 28 Dec 2011 03:40 AM PST


malam ni aku dgn abang turun ke kedai..sajer nak tgk bebudak buat kerja,sambil survey customer,alhamdulillah..sejak dua tiga menjak ni mmg ramai..
abg duduk kat meja bawak dgn muka seriusnya. aku masuk ke kaunter tgk sale dan baki terkini..tiba2..masuk sekumpulan manusia,lingkungan 10 orang melintasi sambil tersenyum. eh.. rasa kenal je pompuan ni,bisikku..mcm muka penyanyi...
   lepas tu baru aku perasan,tu rupanya siti nordiana,penyanyi popular dgn lagu2 duet dgn arwah achik spin,dh bertudung litup dia,manis dan kecik molek..bekas isteri arwah Faizal Yusuf..
lama juga dia lepak..sambil minum dan makan french fries..mak dgn anak dia yang nama rayan pun ikut sama..mmg cute anak dia tu..aku hanya memerhati dari jauh..sesekali aku mengusik satff aku untuk bergambar..tapi diorg wat derk je.huhuhuhu Full content generated by Get Full RSS.

Mizz Nina - Google Blog Search

Mizz Nina - Google Blog Search


“What You Waiting For” Listen To My New Single Here! | <b>Mizz Nina</b>

Posted: 31 Mar 2010 09:36 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]MizzNina feat Colby O' Donis - What You Waiting For by yzinternational.

Raja Farah - Google Blog Search

Raja Farah - Google Blog Search


Dengarnya...: <b>Raja Farah</b> buka kedai ais krim - Halaman Gambar <b>...</b>

Posted: 04 Jan 2012 08:59 PM PST

LAMA juga rasanya Cik Normah tidak mendengar cerita terbaru mengenai Raja Farah. Sejak berkahwin kira-kira setahun lalu dan berhijrah memakai tudung, Farah agak sepi daripada dunia glamor.

Bagaimanapun baru-baru ini, ketika Cik Normah singgah di sebuah pusat beli-belah di Kajang, Cik Normah sempat membasahkan tekak di sebuah restoran ais krim.

Ais krim itu bukanlah jenama yang sedang hebat diperkatakan kini, sebaliknya Cik Normah rasa ia sebuah jenama baru. Ketika sedang enak menikmati ais krim berkenaan, tiba-tiba Raja Farah muncul melayan pelanggan. Mula-mula Cik Normah tak perasaan sebab dia nampak sangat ringkas dan macam orang kebanyakan. Bagaimanapun setelah diamati, memang sahlah itu Raja Farah.
Apa yang membuatkan Cik Normah kagum, dia kelihatan cukup peramah melayan pelanggannya.

Maklumlah orang berniaga, kalau muka macam tak kuasa, nanti rezeki tak masuk pula. Sikap dia benar-benar berbeza daripada dirinya sebelum ini yang dikatakan sukar didekati.

Cik Normah berharap supaya Raja Farah terus mengekalkan sikap sebegitu. Bukan apa, kalau nak berniaga, kenalah manis mulut. Kalau menyombong tidak menentu, macam mana perniagaan nak maju? Lagipun Raja Farah memang ada beritahu seorang teman Cik Normah, dia mahu memberikan tumpuan pada bidang perniagaan. Kalau benar itu perniagaan yang dikatakan, Cik Normah doakan semoga perniagaan Raja Farah akan terus maju.

Full content generated by Get Full RSS.

Nera af - Google Blog Search

Nera af - Google Blog Search


Lagu Hatiku Milikmu - <b>Nera AF</b> 9 | 30 Ribu Views Di You Tube <b>...</b>

Posted: 09 Jun 2011 05:21 PM PDT

Walaupun Nera AF 9 tak dapat pergi ke final, tapi lagu dari single terbaru beliau yang bertajuk Hatiku Milikmu memang tengah meletop sekarang. Cuba korang tengok berapa puluh ribu yang views lagu nie di You Tube walaupun lagu nie rasanya baru beberapa minggu didengarkan di radio. Mesti korang ada dengar kan?
Pertama kali dengar lagu nie, seriously saya ingatkan artis terkenal mana yang nyanyi.. rupa²nya Nera lah ! Permulaan lagu nie saja, Saya dapat merasai sesuatu. Semakin lama semakin best pulak.. terus menusuk ke kalbu lah..! Kemudian saya dengar lagi, kali nie saya cuba menghayati lirik lagu dan melodinya dengan sepenuh hati saya. Touching betul!

Sedap betul dengar Nera bawa lagu nie..Suara dia memang sesuai sangat untuk lagu nie. Tak percaya korang cuba lah dengar.. setakat nie antara lagu dari single² terbaru pelajar² AF 9 yang paling saya suka dengar adalah lagu nie. Apa pun, ini cuma pandangan saya yang meminati lagu nie. Bagi saya, lagu² lain yang dinyanyikan oleh pelajar² AF 9 yang lain tu bagus dan best juga saya dengar.


Semoga Nera terus berjaya walaupun tiada rezeki beliau untuk ke final. Tapi mungkin akan jadi rezeki beliau nanti dapat masuk final dalam Anugerah Juara Lagu tahun 2011.. mana lah tau kan.. betul tak?  Lagipun beliau nie cantik orangnya, memang lengkap pakej untuk jadi artis yang berjaya dan terkenal satu hari nanti. Kiki Bah!

Anastasyea : Tak sabar² nak tengok video klip lagu nie pulak! Lebih² lagi kalau Azri yang jadi model nya..


Full content generated by
Get Full RSS.

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


NingBling – iPhone4 Bling Cases « www.<b>ning</b>-<b>baizura</b>.com

Posted: 07 Jan 2012 04:45 AM PST

[unable to retrieve full-text content]contact Ning · Ning's World · Ning's MySpace · Ning's tweets · Ning's FB. follow Ning! -->. www.ning-baizura.com · Home · Ning · News · Events · Announcements · Blog · Lyrics · Gallery · Video · Merchandise · Contact ...

3 Suara Buat <b>Ning Baizura</b> Kembali Ke AJL

Posted: 06 Jan 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks Oleh: zyzamani

Foto Oleh: Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 6 JAN 2012: Setelah hampir enam tahun tidak beraksi di Anugerah Juara Lagu (AJL), akhirnya penyanyi sensasi Ning Baizura kembali memanaskan pentas AJL 26 menerusi lagu Beribu Sesalan.

Kali terakhir Ning Baizura beraksi ialah pada tahun 2006 menerusi lagu Awan Yang Terpilu. Meksipun beraksi bersama dua lagi penyanyi iaitu Jaclyn Victor dan Shila Amzah, akui Ning Baizura, debaran yang dirasai masih lagi sama.

"Saya rasa lega apabila undian dibuat kami menjadi finalis terakhir di AJL 26 nanti. Saya amat suka apabila terpilih beraksi sebagai persembahan penutup. Namun tidak dinafikan tekanan tetap dirasai meskipun saya akan menyanyi bersama dua lagi rakan yang lain.

"Apabila kita tampil sebagai finalis penutup, pastinya kita telah melihat persembahan sebelumnya dan secara tidak langsung membuatkan perasaan takut dan berdebar muncul. Apa yang penting semuanya bergantung pada tenaga masing-masing untuk memberikan sebuah persembahan yang mantap serta persiapan yang cukup amat diperlukan," katanya ketika ditemui selepas sidang media AJL26, semalam.

Terang Ning Baizura lagi, sememangnya rezeki projek 3 Suaranya membuahkan hasil serta rezeki yang melimpah ruah kepadanya.

"Alhamdulillah rezeki projek 3 Suara cukup mengembirakan saya. Saya sendiri tidak menyangka dengan sambutan tersebut dan menerimanya dengan baik. Malah dengarnya projek 3 Suara akan disambung jadi saya tidak keberatan untuk menerima idea berkenaan," katanya lagi.

Menyambung perbualan kata NIng Baizura, menerusi projek tersebut juga membuka mata peminat yang selama ini beranggapan hubungannya dengan Jaclyn Victor tidak mesra adalah satu gosip yang tidak berasas.

"Selama ini ada yang cakap saya dan Jac tidak baik dan bergaduh. Jadi menerusi projek berkenaan peminat dapat lihat sememangnya cerita tersebut tidak berasas. Saya dan dia tidak mempunyai masalah.

"Shila juga semakin dikenali dan bakat serta suaranya turut mendapat perhatian ramai selepas projek tersebut jadi itu sebabnya saya katakan projek 3 Suara itu memberi rezeki kepada kami semua,"jelasnya yang akan mengadakan konsert tour seluruh negara selepas sambutan Tahun Baru Cina depan bagi mempromosikan album solonya iaitu Dewa

Ditanya mengenai sambutan album 3 Suara yang dilihat lebih memberansangkan berbanding album solo terbarunya yang kurang menyengat, kata Ning Baizura itu bukanlah satu kegagalan. Sebaliknya dia akan terus giat mengadakan promosi pada tahun ini. Namun Ning Baizura tidak menafikan sambutan peminat terhadap lagu-lagu bergenre balada masih lagi kuat dan utuh.

Full content generated by Get Full RSS.

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


!@! PuRpLe DoTz !@!: 76767676

Posted: 06 Jan 2012 02:59 AM PST

n m n m Full content generated by Get Full RSS.