Post ini bukan mahu membicarakan tentang isu politik, tetapi tentang video yang dimuatnaik oleh seseorang ke dalam Youtube semalam. Video itu bertajuk 'Artis bodoh kutuk pakatan rakyat'. Video berdurasi 5.27 minit itu memaparkan pandangan Shaheizy Sam dan Osman Kering mengenai Perhimpunan Bersih. Di sini kami tegaskan, kami tidak akan mengulas mengenai pihak mana salah dan pihak mana betul, tapi kerana pandangan Shaheizy Sam dalam video ini, Bintang Paling Popular 2010 itu telah dikritik dan dicop bodoh.
Bagi Terbakor, sebagai seorang artis, popular pulak tu Shaheizy Sam tidak sepatutnya mengutarakan pendapatnya tentang isu politik yang sangat sensitif secara terbuka begini. Perlu diingat, peminat Shaheizy Sam ramai, dan kita tak tahu apa pandangan peribadi politik mereka. Sebagai artis, tinggi nilai yang perlu dibayar jika berlaku perkara sebegini. Berikut adalah video Shaheizy Sam tentang Perhimpunan Bersih dan pandangan artis lain menurut OhBulan.
Video Artis Bodoh Kutuk Pakatan Rakyat
Pandangan artis mengenai BERSIH
Soalan : Apa pandangan anda tentang Perhimpunan Bersih?
Sam Shaheizy membalas, "Of course, dijatuhkan hukum haram lah. Tapi kalau tujuan perhimpunan mereka untuk menyuarakan suatu benda yang elok, sudah tentu kerajaan kita takkan jatuhkan benda tu sebagai haramlah. Saya sendiri pun tak paham apa yang ingin dibersihkan. Sam dah selesa dengan apa yang ada sekarang walaupun ada kekotoran yang kecil, tetapi Sam rasa ia dah cukup bersih untuk Sam. Siapa atau di mana sahaja selagi ianya ditadbir oleh manusia, pasti ada kelemahan & kesilapan mereka sendiri. Manusia ni tidak sempurna, tapi selagi Sam merasa mereka boleh mentadbir negara kita dengan sebaik-baiknya seperti mana yang Sam berada sekarang ni, itu Sam rasa dh cukup bersih untuk Sam.
Osman Kering pula memberikan pendapat, "Bagi saya mereka yang terlibat dengan perhimpunan haram itu adalah mereka yang tak tau apa pun. Mungkin mereka diupah atau sukarela terlibat dr awal. Tetapi bagi saya kebanyakan orang yang mengambil bahagian adalah orang yang sekadar ikut-ikutan. Penampilan mereka tidak menggambarkan orang yang ada pendirian. Mereka hanya ikut-ikutan tetapi tidak tahu apa-apa. Datuk Ambiga adalah peguam bela kes murtad. Ini adalah makhluk-makhluk yang ingin menjahanamkan negara & tidak ada arah tujuan. Manusia seperti ini harus dijauhkan dan jangan diambil kira apa pandangan mereka.
Faizal Hussein turut menambah, "Kita harus berfikir secara terbuka, jangan cepat melatah & cepat mempercayai orang-orang yang cuba menghuru-harakan Malaysia. Kita boleh berfikir & ada hak untuk mengundi bagi menentukan kerajaan kita sendiri. Kita tak seharusnya berfikir untuk menukar kerajaan tetapi kita hanya perlu membaik pulih sistem yg sedia ada.

- Kongsi Dengan Rakan Korang:
- Share