Nuffnang

Selasa, 28 Februari 2012

Hafiz af - Google Blog Search

Hafiz af - Google Blog Search


<b>Hafiz AF</b> Sudah Punya Pengganti Adira | Oh! Artis | Dunia Gosip dan <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2012 02:51 AM PST

kerja-cash

kerja-cash

jiraiya-sama

erisya-spa

erisya-spa

erisya-spa

vimax

perfumeberry

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Hantar ke Twitter! | Bookmark Share


Kisah putusnya percintaan Hafiz dan Adira rasanya baru sahaja kami siarkan di artikel terdahulu tetapi kini dunia hiburan kembali dilanda gosip kisah cinta Hafiz – Juara Anugerah Juara Lagi ke-26 ini melalui lagu berhantu 'Awan Nano'.

Kalau nak tahu, tempohari sempena kejayaan Hafiz di dalam Anugerah Juara Lagu, sebuah majlis kesyukuran telah diadakan. Hafiz telah membawa seseorang ke majlis tersebut. Namun begitu gadis yang didakwa sebagai kekasih Hafiz itu dilihat duduk berjauhan daripadanya. Mungkin tidak mahu mengelakkan kontrovesi atau gosip?

Apabila ditanya adakah benar gadis tersebut adalah kekasih barunya, Hafiz hanya tergelak sambil berseloroh – "Kami hanya kawan sahaja. Tidak salahkan kalau saya menjemputnya hadir pada malam ini."

Gadis itu dikenali sebagai Zahirah Radzi, 27 tahun dan pernah menjadi salah seorang pelakon yang menjayakan video klip lagu Ilusi nyanyian Adira serta lagu Jahatnya Cinta nyanyian Stacy.

Bagi kami masakan sengaja Hafiz bawa ke sana kemari jika sekadar kawan. Tapi mana tahu,mungkin mahu membuatkan Adira, kekasih hatinya dahulu yang meminta hubungan mereka diputuskan terasa? Atau sekadar mahu memancing perasaannya kembali atau memang benar itu kekasih baru Hafiz. Maklumlah , juara. Mesti Hafiz direbut oleh ramai peminatnya. Tunggukan sahajalah. Dah biasa sangat, komen artis hanya kawan-kawan ni… dulu dengan Adira pun begini juga kan.

OH ARTIS : TAK KISAHLAH. JANJI DUA-DUANYA BUKAN ADA YANG PUNYA PON! ADIRA JANGAN GIGIT JARI YE SEBAB ADA PEMINAT NAMPAK MEREKA BERDUA TU DI LCCT. MESRA!

Bunkface - Google Blog Search

Bunkface - Google Blog Search


[Video] Video Muzik Rasmi Lagu Panik Dari <b>Bunkface</b> Dilancarkan <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 07:56 PM PST

Sudah lama dan jarang-jarang mendengar nama Bunkface di radio dan televisyen, kami pasti anda ternanti-nanti sesuatu dari mereka kan? 


Terbaru dari kumpulan yang popular dengan lagu 'Situasi' ini, mereka telah melancarkan muzik video single terbaru berjudul 'Panik' dan telah dilancarkan di laman Youtube pada 11 Februari lepas. Sehingga kini selepas 2 hari dimuatnaik, jumlah tontonan muzik video itu telah mencecah lebih 5 Ribu tontonan dan terus meningkat. 


Music video by Bunkface performing Panik. (C) 2012 Bunkface Production Sdn Bhd

Concept / Shot / Directed : Farriz Izzuan
Edited by : Ahmad Faris (Ikanpaoskolektif)
Music by : Bunkface



via : ohbulan!

suki oiam - Google Blog Search

suki oiam - Google Blog Search


<b>Suki</b> (<b>OIAM</b>) Berlakon Drama Taiwan &#39; The Gift&#39; | mysifu.net

Posted: 07 Dec 2010 06:48 PM PST

KUALA LUMPUR: Juara One In A Million (OIAM) musim pertama, Low Sook Wee (Suki), 21, bakal muncul menerusi drama Taiwan berjudul The Gift.

Drama yang turut menampilkan pelakon tempatan iaitu Nicholas Teo dan pelakon wanita Taiwan, Cynthia Wang itu dijadual akan disiarkan di saluran Astro pada 21 Disember ini.

Buat pertama kalinya, dia menceburi bidang lakonan di luar dari Malaysia. Suki atau menjalani penggambaran di Taiwan selama empat bulan lalu.

"Drama ini mengisahkan tentang empat orang adik-beradik perempuan. Saya melakonkan watak seorang adik perempuan bernama Ruo Yu.

"Saya hanya mencuba untuk berlakon dalam drama ini setelah mendapat tawaran daripada syarikat produksi di sana," kata Suki.

Tambahnya: "Kini, saya dapat mengembangkan prospek kerjaya saya yang tidak terikat sebagai penyanyi dan komposer sahaja tetapi saya juga sudah bergelar pelakon."

Menyentuh tentang nyanyian, penyanyi lagu Ku Teruskan dan Never Say ini sedang merancang menghasilkan album terbaru.

Buat permulaannya, dia mahu memfokuskan kepada single berbahasa Melayu.

Selain itu, gadis kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini akan menjayakan sebuah persembahan muzikal Cina di Genting Highland dalam masa terdekat ini.

Pelajar Brooklyn College ini sedang mengikuti pengajian dalam bidang muzik secara berperingkat. Bagi memudahkan pembelajaran, Suki lebih mudah belajar secara dalam talian.

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


Preview Single Terbaru <b>Zizan Razak</b> & kaka - Bawa ku Pergi Mp3 <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2012 01:29 AM PST

Zizan razak baru saja melancar single terbarunya baru-baru ini, hasil dari kolaborasi bersama gadis comel molek cute miut, siapa lagi kalau bukan Kaka, bukan kaka pemain bola tu ok :D

lagu yang di beri nama Bawa ku pergi hasil dari ciptaan Rappers terkenal Malique Too phat, dan dinyanyikan oleh kaka dan zizan sebagai rappers wahh, setelah percubaan pertama zizan bersama dina mendapat sambutan yang agak memberangsangkan kini tampil dengan satu lagi single duet terbaru, chaiyokk3

tapi kali ini mood lagu ini lebih kepada happening dan santai, ala-ala lagu senyum gitu, berbeza dengan lagu selamat tinggal yang pasti akan menyentuh emosi, apa-apa pun syabas diucapkan kepada zizan yang telah membuktikan beliau adalah artis serba boleh... nak dengar lagu mereka haa klick sini untuk dengar preview nak yang ori beli la ekekeke...

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


Video: Shila Amzah & <b>Sharnaaz Ahmad</b> Jawab Soal Obsesi Cinta <b>...</b>

Posted: 15 Feb 2012 07:48 AM PST

Satu Malaysia rasa'nya sudah tahu akan hubungan cinta yang terjalin antara Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad. Ada yang suka, ada juga yang sebenarnya kurang senang dengan perjalanan kisah cinta mereka.

Baru baru ini, ada segelintir peminat hiburan di forum tempatan menzahirkan rasa kurang senang mereka dengan Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad yang di'katakan terlalu menunjuk dan obses terhadap satu samalain.

Menurut Shila Amzah, apa yang terjadi anda beliau dengan Sharnaaz Ahmad merupakan urusan mereka berdua dan harap peminat faham yang mereka berdua memang agresif & gila gila orang'nya.

Pasangan yang bakal muncul dengan telemovie berjudul Patah Seribu arahan Michael Ang ini juga ada menjawab persoalan panas dari wartawan kami yang gemar mengunyah tentang soal kahwin. Enjoice!

Stephen Rahman Hughes - Google Blog Search

Stephen Rahman Hughes - Google Blog Search


BERITA ARTIS - GUA Star Chat - <b>Stephen Rahman Hughes</b> 9 <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2012 08:11 AM PST

Siapa yang tidak kenal dengan pemilik nama Stephen Rahman Hughes, bintang filem 'Hikayat Merong Mahawangsa' dan teater muzikal 'Puteri Gunung Ledang'. Tahun lepas, Stephen juga tampil dalam sebuah drama muzikal, 'The Kitchen Musical' di ntv7.

Berita baiknya, Stephen akan meluangkan masa berchatting dengan anda dari jam 9 malam ini di www.gua.com.my/starchat. Ingin mengetahui perkembangan terbaru beliau? Atau mendengar secara 'live' nyanyiannya? Semua ini anda boleh tanyakan dari beliau sendiri malam esok.

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


Peminat Tuduh <b>Shila Amzah</b> Pembunuh!

Posted: 30 Jan 2012 10:50 PM PST

KUALA LUMPUR – Seorang peminat yang menggunakan nama samaran @kami_anti (kami anti Shilaamzah) menimbulkan kekecohan di lama sosial twitter apabila menuduh penyanyi jelita, Shila Amzah sebagai pembunuh.

Menurut pemilik akaun Twitter tersebut, dia membuka akaun itu semata-mata mahu meluahkan perasaannya dan serta merta menuduh Shila Amzah sebagai penyebab kematian rakannya.

"Aku buat Twitter niw c0z nak luahkan apa yang aku rasa!

"Shila Amzah pembunuh!

"Sbb kaw kawan aku mati!!

"LW kwn aq mati, bergaduh c0z Shila! Walaupun dulu aq mnat dia," kata peminat tersebut di laman Twitter itu.

Peminat Tuduh Shila Amzah Pembunuh!
Bagaimanapun, Shila Amzah yang sedih dengan tuduhan itu hanya menganggapnya sebagai satu dugaan yang perlu dihadapi golongan artis dan tidak mahu mengambil serius terhadap kenyataan yang cuba mencalarkan imejnya.

"I wonder banyak betul masa nak create accounts haters for me :).

"I'm feeling so down," kata Shila yang juga merupakan anak kepada penyanyi, ND Lala.


Kesedihan penyanyi yang diminati ramai itu bagaimanapun mendapar perhatian para peminatnya yang tidak putus-putus memberi semangat dan memujuk penyanyi lagu popular 'Patah Seribu' itu.

"Don't be like that dear. U can face dis. U r very talented artist =)," komen peminat @nora_cougar.

"Why? Just ignore je haters tu… Always pray 4 ur succes…," kata mr_ikhwaan pula kepada penyanyi pujaannya itu.

Shila Amzah merupakan antara finalis Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) dan berjaya memukau ramai peminat dengan persembahannya membawakan lagu Beribu Sesalan bersama Ning Baizura serta Jaclyn Victor yang mempersonakan baru-baru ini.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Iklan Teks:

Berita Berkaitan: