Nuffnang

Ahad, 4 Mac 2012

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


M7 FANS: Tengku Djan Ley with <b>Aaron Aziz</b> is wear our shirt!

Posted: 27 Feb 2012 12:28 AM PST



Merchandise M7 was established in June 2010 under the auspices of the M7 Racing. It was established for those who love or looking for M7 collection.

M7 Racing is very involved in world-class motor sports. The Company has established an extensive racing division (M7 RACING TEAM) to support the team that won the championship in Japan, D1 Grand Prix (M7 Amemiya with Toyo Tires D1-7 team) and internationally-renowned SuperGT Championship (M7 Amemiya Racing Team). M7 team also supports several other international racing driver and motor sport disciplines of auto racing Drag racing for Formula.

M7 Merchandise Building located at Mutiara Motors Larkin, Johor Bahru. Here you can find all of the M7, and the world.

We can now offer our customers a variety of products from our blog. Take time to look at our catalog and find just a few features that are offered.

Mizz Nina - Google Blog Search

Mizz Nina - Google Blog Search


“What You Waiting For” Listen To My New Single Here! | <b>Mizz Nina</b>

Posted: 31 Mar 2010 09:36 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]MizzNina feat Colby O' Donis - What You Waiting For by yzinternational.

Stephen Rahman Hughes - Google Blog Search

Stephen Rahman Hughes - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Stephen Rahman Hughes</b> <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2012 06:15 PM PST

Selepas berjaya mencipta nama dalam bidang lakonan dan pementasan teater di Malaysia, kini jejaka kacak kelahiran England, Stephen Rahman Hughes tampil dengan album bahasa Melayu pula.

Sememangnya Stephen bukanlah baru sahaja menapak kakinya dalam bidang nyanyian. Dia adalah salah seorang vokalis kumpulan opera lelaki, Teatro, dan turut berlakon dalam drama bersiri ala "Glee" daripada produksi Singapura yang dihasilkan untuk stesen televisyen Malaysia ntv7, "The Kitchen Musical".

Mengakui dirinya masih kurang fasih dalam bahasa Melayu, ia tidak menjadi penghalang untuk aktor "Puteri Gunung Ledang" dan "Hikayat Merong Mahawangsa" ini menghasilkan lapan buah lagu dalam bahasa tersebut.

"Saya sedang berusaha untuk memperbaiki diri saya dengan bertutur dalam bahasa Melayu baku. Saya akui banyak kekurangan yang perlu diperbaiki agar menjadi lebih baik pada masa akan datang," ujar Stephen ketika ditemui di majlis pelancaran albumnya di ibu kota baru-baru ini.

Jelasnya lagi, walaupun kurang fasih, dia seringkali bertanya maksud perkataan yang tidak difahaminya agar ia dapat disampaikan kepada pendengar.

"Sudah tentu saya perlu memahami setiap perkataan yang saya nyanyikan. Jika saya tidak faham atau tahu, saya akan bertanya kepada saudara saya yang berbangsa Melayu. Selain daripada bahasa yang indah, maksud yang mendalam dalam setiap lagu menjadi keistimewaan yang ada dalam album ini."

Album yang berjudul "Stephen Rahman Hughes" ini turut menampilkan barisan komposer tempatan terkenal seperti Audi Mok, Kevin Chin dan Azlan Abu Hassan serta komposer dari negara seberang Indonesia, Andre Dinuth.

Mempertaruhkan irama pop rock, balada dan alternatif rock, album Stephen ini sudah pun mula berada di pasaran tempatan sejak 16 Disember tahun lalu diikuti dengan Singapura dan Brunei.

Antara lagu-lagu yang berada dalam album ini adalah "Sejuta Rasa", "Di Ribaan Cinta", "Bawalah Aku", "Cinta Masih Ada", "Ekspresi", "Bertemu Di Syurga", "Ku Lepas" dan juga "Hati Berbisik" yang menampilkan penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor.

Diana Amir - Google Blog Search

Diana Amir - Google Blog Search


Ika Nabila perlukan hidayah macam <b>Diana Amir</b>? | Dari LensaHp <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2012 05:00 PM PST

Katanya ni gambar yang heboh tu. Artis ni dituduh kaki arak tapi dia dah nafikan. Masalahnya mana yang akan orang percaya, penafian dia atau gambar kat atas tu. Kalau diberi pilihan aku sendiri lebih mudah percaya gambar tu.

Pasai tu lah dalam Islam ada kaedah "menjauhkan fitnah". Kalau dah gambar suasana macam tu, lepas tu pulak pegang gelas macam tu dengan air pulak warna macam tu, apa lagi persepsi yang dia nak hantar?

Apa pun, moga-moga dia dapat hidayah macam Diana Amir yang tak kurang hebatnya sebelum dia dapat hidayah.

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


<b>Adi Putra</b> Dan Izara Aishah Hiasi Majalah Media Hiburan Mac 2012 |

Posted: 21 Feb 2012 09:04 PM PST

Memang satu idea yang bijak untuk menggabungkan Adi Putra dan Izara Aishah untuk dijadikan cover majalah Media Hiburan Edisi Mac 2012. Kedua-duanya ada aura dan pengikut yang tersendiri. Adi Putra dengan populariti drama Tentang Dhia manakalah Izara dengan drama paling hangat sekarang ini, Vanilla Coklat.

adi putra dan izara aishah

Kalau anda seorang jejaka dan berminat untuk menackle Izara, lupakanlah sahaja hasrat itu. Melalui pembacaan Abang Nara, Izara mengakui yang dia sudah memiliki kekasih hati. Khabarnya mereka sudah lama bercinta sejak zaman sekolah lagi. Abang Nara faham kalau anda kecewa, siapa yang tak jatuh hati dengan kemanjaan yang ditunjukkan oleh Izara di dalam Vanilla Coklat.

Apa pun jangan lupa dapatkan naskhah Media Hiburan di kedai buku berhampiran anda sekiranya anda peminat Adi Putra ataupun Izara Aishah.

P.S: Potret haiwan yang super cute mute.

Baca Yang Ini Pulak:-


kumpulan Sofaz - Google Blog Search

kumpulan Sofaz - Google Blog Search


Music is my life :)

Posted: 29 Feb 2012 07:37 AM PST

Hai semua , syaa happy nowww :) Nak tau siapa syaa jumpa tadi ? , kumpulan sofaz . Dia orang tgh rakaman muzik-muzik 27 kat sri pentas shah alam , sumpahh ! syaa jatuh cinta dengar suara ameer ohh . Time dia nynyi , syaa gila sikit . Senyum sorang2 tgk dia , haha : p . First time kan , tgk sofaz life dpn mata . Selama ni tgk dpn tv je kan , haha . Dorg nynyi lagu terasa di syurga , syaa ada record tapi tak clear sangat lah . It's okey , yg pntg dpt dgr suara ameer yang lemak merdu tu . bhaha - , - . Haihh , nak upload yang syaa record tu lmbt oh . Berminit-minit tunggu ni , haha . Anyway , ameer dan zimi sofaz baik . Syaa suka , haha . Kesian , ameer flu dan dmm sikit tp still buat show dan boleh nynyi jugak walaupun tadi byk cut , cut dan cut :) Btw , dia orang mmg awesome ssgt lahh . Syaa tak dpt upload lah , so bagi lagu dia je lah .
So , terpaksa lah korang tgk ni je tp suara ameer still same wlaupun dia flu :) TERASA DI SYURGA by sofaz , much excited sbb suara '' lelaki '' ameer . Yg terlalu best dan membuai perasaan - , -

Tuh dia , ni lah ameer sofaz :) Suara dia best , syaa '' jatuh cinta '' kat suara dia tp nak '' jatuh cinta '' kat dia tak lahh . Pakwe orang kan , hahaha .

Azhan Rani - Google Blog Search

Azhan Rani - Google Blog Search


<b>Azhan</b> dibenci 12 dara sunti

Posted: 03 Mar 2012 07:46 PM PST

MUKA bengis menjadikan Azhan Rani popular dalam sekelip mata. Watak antagonis yang dibawanya tidak pernah gagal malah sentiasa membuatkan hati peminat mahu meludah mukanya. "Agaknya memang muka saya dilihat sesuai dengan watak sebegitu tapi sebagai pelakon, saya mahu rasa dan cuba pelbagai watak.

"Kebelakangan ini ramai yang mendakwa saya comel kerana bawa karakter komedi," kata Azhan.

Memacu nama dari pentas teater, populariti Azhan tidaklah meledak akibat sensasi atau kontroversi. Perlahan-perlahan dia mendaki nama sebagai aktor berpengaruh.

"Saya belum kenal erti kontroversi, saya juga tidak tahu bagaimana rasanya bila ditimpa kontroversi, tapi saya boleh katakan, saya sangat selesa dengan situasi sekarang. Banyak ruang terbuka untuk saya.

"Tawaran (berlakon) tahun ini berganda. Alhamdulillah, jadual saya sibuk sampai pertengahan tahun nanti," katanya enggan berlebih-lebih.

Baru selesai di lokasi drama bersiri Cinta Dalam Hati, Azhan bersedia menghantui penonton dengan Amukan Pocong yang bakal disiarkan mulai 15 Mac ini di TV3.

"Saya kini merindui manusia, sudah hampir sebulan asyik jadi hantu, rutin hidup saya pun sudah macam hantu, siang tidur dan malam berjaga, sudah tak normal," katanya berseloroh.

Seronok dibungkus watak pocong, Azhan tidak kesal jika ada pandangan mentafsir drama seram, khususnya hantu pocong sebagai klise.

"Ini drama kedua saya mainkan watak seram, sebelum ini dalam drama Sumpahan Orang Minyak, ini pertama kali saya jadi pocong. Ia mungkin klise bagi orang lain tapi tidak buat saya. Saya seronok menerokai dunia hantu itu sendiri.

"Pocong selalunya dilihat berbalut kain kapan dan melompat-lompat, tapi ia berlainan kali ini," ujarnya yang melakonkan watak Long Husin yang bertukar menjadi pocong akibat penangan ilmu hitam.

Satu fakta yang menarik, sepanjang 13 episod, hanya pada episod permulaan sahaja dia menjadi manusia. Dia tidak akan berdialog, memberi reaksi mahupun tampil sebagai manusia sehingga ke akhir cerita.

"Orang kata sesiapapun boleh jadi pocong, tapi itulah cabarannya. Setiap kali masuk ke lokasi, saya kena tadah muka lebih sejam untuk disolek jadi hantu. Bukan itu sahaja, kalau tidak tahan berbungkus sementara menunggu babak berikutnya, balutan di badan kena dirungkai dan dibalut semula. Kerjanya memenatkan tapi saya sangat seronok.

"Saya kena rogol 13 orang anak dara sunti tapi malangnya, semua anak dara itu tidak sukakan saya bahkan ada yang tidak sempat pun untuk berborak panjang di lokasi," cerita Azhan yang sangat mengagumi tenaga serta kreativiti pihak produksi yang diterajui oleh Aidilfitri Mohamad Yunos yang bertindak sebagai pengarah.

Selain Azhan, Amukan Pocong turut membariskan lakonan mantap Ezany, Iqram Dinzly, Neelofa, Nabila Huda, Farlyna Idris, Sharifah Sakinah, Elly Mazlein, Namron, Siti Elizad dan Liza Abdullah.