Band Musik Iklim di bentuk pada tahun 1988 dengan diprakarsai oleh 5 anak muda asal Trengganu Malaysia. Pada awal-awal pertumbuhan nya, grup musik ini biasa manggung di berbagi klab sosial dan klab malam dan diberbagai acara pesta perkawinan disekitar tempat tinggal mereka. Nama IKLIM di pilih karena pada saat itu iklim di Trengganu agak tidak menentu sehingga sering terjadi banjir. Pada tahun 1990 an, album pertama Iklim di luncurkan dengan judul "Satu Kesan Abadi" yang di terbitkan oleh SCS Record. Lagu yang terkenal saat itu , "Suci Dalam Debu" adalah salah satu isi nya yang menjadi hit pada masa itu baik di Malaysia maupun di Indonesia. Bahkan Sebuah film yang berjudul sama juga telah dirilis. Anggota dari IKLIM pada mulanya terdiri dari 5 orang yaitu ;
Saleem (Vokalis)
Umarul (Gitar utama)
Mohalim (Bass)
Huzali (Keyboard)
Kama (Pemain drum) – namun keluar pada akhir tahun 1996.
Pada saat ini Iklim berjuang tanpa vokalis utama mereka setelah Saleem memutuskan untuk bernyanyi solo. Album Saleem bersama Iklim yang terakhir yaitu Bunga Emas, lagu terakhir sebelum Saleem ditangkap dan dipenjarakan pada tahun 2004 silam. SEJARAH SALEEM Saleem , panggilan akrab dari nama sebenarnya "Salem Abdul Majid" dilahirkan pada 31 Augustus 1961 di Kampung Permaisuri Setiu, Trengganu. Ciri khas dari dirinya adalah suara serak-serak basah. Iklim merupakan salah seorang yang bredarah India muslim dan Melayu. Sebelum menjadi penyanyi, Saleem bekerja di kantin ITM Dungun sebagai tukang basuh tray. Beliau biasanya ditemani sebuah gitad dan sering terlihat menyanyikan lagu yang mengibur rekan-rekannya dan pelajar di kantin. Kemerduan suaranya itulah yang telah mendorong lahirnya sebuah band yang kemudian di beri nama Iklim dengan bantuan penggubah lagu Wan Zul. Sebagai seorang artis yang sudah naik daun, Saleem juga tidak luput dari berbgai kontroversi, Beliau pernah di penjara akibat penyalah gunaan obat terlarang yaitu pada Desember 2004 sampai Augustus 2005. Selain itu Saleem juga pernah dipenjarakan selama 4 bulan pada tahun 1996 atas kesalahan yang berujung kematian seorang askar. Dengan banyaknya kontroversi inilah, popularitasnya semakin lama semakin menurun. pada masa kejatuhannya , Saleem sering mengikuti kumpulan tabligh dan pengajian-pengajian dengan image barunya yang berjanggut dan berkopiah. Pada masa tersbut suaranya sekan tersekat dan tak dapat didengar dengan jelas oleh orang lain. Walaupun begitu masih ada beberapa pihak yang mengundangnya untuk menyanyi di fun fair. Setelah itu Saleem mulai merekam album baru lagi yang berjudul "Maaf".
Album Iklim
1990 – Satu Kesan Abadi (SCS)
1991 – Bulan Jatuh Ke Riba (SCS)
1992 – Budi (SCS)
1993 – Dunia (SCS)
1993 – Saleem (IKLIM) (SCS)
1994 – Iklim (Warner)
1995 – Bukan Niatku (Warner)
1996 – Salam Perpisahan (Warner)
1997 – Sambutlah Tanganku (Warner)
1998 – Pergimu Satu Tanda (Warner)
2003 – Bunga Emas (Nova)
Album Saleem
1993 – Saleem/Wan Zul – Gabungan Dua Insan Seni (SCS)
1995 – Gabungan Saleem Iklim Dan M. Nasir (SCS)
1998 – Maaf (Warner)
2000 – Ratib Orang Pinggiran (Warner)
2001 – Ratu Sanubari (Warner)
2006 – Epigoni (Warner)
2008 – Ke Hujung Hayat (Warner)
2008 – Aku Saleem – Trilogik Cinta (Music Valley)
2009 – Saleem – Demi Cinta (Music Valley)
Album Kompilasi
1995 – Seribu Penghargaan (SCS)
1995 – Tribute To Ramli Sarip (Warner)
1994 – Unplugged 1994 (SCS)
1996 – Unplugged 1996 (SCS)
1997 – Emas Selamanya (Rock Records)
1997 – Dirgahayu 1 – IKLIM (Warner/Rock Record)
1998 – Dirgahayu 2 – SALEEM (Warner/Rock Record)
2000 – Koleksi Ori – Sesuatu Yang Abadi
2005 – Memori Hit Iklim
2004 – Saleem Iklim dan Rahmat Ekamatra (Warner/Rock Record)
Kalau di'ikutkan, kisah ini sudah agak lama dan baru kini kami ada peluang untuk menulis tentang kegiatan terbaru Adam AF ini.
Menurut sumber kami yang rapat dengan penyanyi ini, Adam AF kini sedang aktif mempelajari selok belok dunia perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.
Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merupakan fasiliti perubatan yang di'miliki oleh Ashraf Muslim yang kita sedia maklum kini bergelar pengamal perubatan Islam.
Hasil carian Google tengah malam kami berjaya menemui satu entri pengalaman seorang pesakit yang hadir ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dan di'kejutkan dengan kehadiran Adam AF yang kelihatan membantu Ashraf Muslim merawat pesakit.
Tetapi, itu kisah hampir setahun yang lalu & mungkin'kah kini Adam AF sudah pun layak sepenuhnya untuk bergelar pengamal perubatan Islam? Kami akan cuba dapatkan kenyataan Adam AF secepat mungkin.
PEMINAT misteri yang sering mengganggu kehidupan seorang wanita dengan menghantar nota tertulis ayat-ayat cinta yang ditujukan kepada artis Diana Danielle dan penyampai berita TV3, Pang Chinn Fei, akhirnya ditahan polis tengah hari, semalam.
Lelaki berusia 33 tahun itu adalah jiran mangsa dan ditahan di rumahnya di Wangsa Maju jam 1 tengah hari.
Ketua Balai Polis Wangsa Maju, Cif Inspektor Mispani Hamdan berkata, lelaki yang telah beristeri dan mempunyai empat anak itu mendakwa, mangsa mirip Diana Danielle yang dikenali sejak kecil.
"Dia juga mendakwa selalu berhubung dengan mangsa melalui Twitter, malah 'artis' berkenaan berbalas pesanan di Twitter menyebabkan suspek mengambil keputusan untuk mengenali mangsa," katanya.
Beliau berkata, tiga ayam hidup yang dikirim suspek kepada mangsa adalah sebagai hadiah kepada artis pujaannya itu.
"Suspek dipercayai mengalami tekanan selepas dibuang kerja. Kami masih meneruskan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.
Heboh diperkatakan hari ini tentang vokalis kumpulan Bunkface, Sam yang dikatakan akan meninggalkan kumpulan itu dan menubuhkan kumpulan sendiri yang dinamakan The Azenders. Sam dikatakan mennggalkan kumpulan Bunkface disebabkan mempunyai beberapa masalah dalam kumpulan.
Tempat Sam pula akan diambil alih oleh Myo, seorang ahli kumpulan Oh Chentaku.
Myo sudah pun mula berlatih dan membiasakan diri dengan lagu-lagu Bunkface dan mereka bakal mengadakan sebuah persembahan khas sempena penghijrahan Sam dalam kumpulan The Azenders sekitar bulan April depan. – mStar Online
Namun apa yang dilaporkan oleh akhbar dan media massa jauh tersimpang dari kenyataan kumpulan Bunkface dalam facebook fan Page mereka. Dalam fan page Kumpulan Bunkface, mereka menyatakan bahawa Sam tidak akan meningalkan kumpulan, cuma sedang mengusahakan projek beliau.
Dear all Bunkers and people out there, the rumors about Sam is quitting from Bunkface IS NOT TRUE..Bunkface is now focusing on developing our own Studio that will be opening soon and Sam is just busy preparing the tracks for The Azenders (his project band). So please don't believe any story that doesn't came out from us because it just a rumors. Bunkface is still Bunkface. Thanks guys! – Bunkface
So, mana 1 nak percaya ni? Nak percaya laporan akhbar mStar atau nak percayakan berita dari Bunkface sendiri? Tapi, takan nak percaya sumber lain selain dari tuan punya badan kan? Apa pun bagi aku, kita tunggu dan lihat saja apa yang akan terjadi di masa depan.
Segala persoalan pasti terungkai juga.
This entry was posted
on Friday, February 18th, 2011 at 12:41 pm and is filed under Uncategorized.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can leave a response, or trackback from your own site.
Sudah lama dan jarang-jarang mendengar nama Bunkface di radio dan televisyen, kami pasti anda ternanti-nanti sesuatu dari mereka kan?
Terbaru dari kumpulan yang popular dengan lagu 'Situasi' ini, mereka telah melancarkan muzik video single terbaru berjudul 'Panik' dan telah dilancarkan di laman Youtube pada 11 Februari lepas. Sehingga kini selepas 2 hari dimuatnaik, jumlah tontonan muzik video itu telah mencecah lebih 5 Ribu tontonan dan terus meningkat.
Apa yang menarik ialah muzik video ini hanya memaparkan kesemua gig-gig dan persembahan yang telah mereka pergi termasuklah ketika mereka membuat persembahan di Ancol, Jakarta. Tidak hanya popular di Malaysia, satu komen yang telah ditulis oleh peminat dari Indonesia membuktikan Bunkface telah berjaya mencipta nama di negara jiran itu.
"There's part of their gig in Ancol, Jakarta. I wish I was there. Bunkface is the second band from Malaysia that I falling for. Greeting from Indonesia. Peace!" – BrenndaJ
Mari kita tonton muzik video berjudul 'Panik' dari Bunkface selepas ini!
Menurut satu laporan daripada blog hiburan, gambar dibawah didakwa adalah kekasih kepada Hafiz AF yang bernama Zahirah Radzi berumur dalam 27 tahun. Baru-baru ini mereke dipertemukan untuk Zahirah berlakon dalam video klip 'Ilusi' nyanyian Adira dan juga 'Jahatnya Cinta' nyanyian Stacy-Akim. Episod cinta diantara Zahirah dengan Hafiz masih kurang jelas, bahkan episod itu kadang kala masih lagi dipertengahan diantara teman tapi mesra. Kalau nak diikutkan memang menawan sungguh Zahirah ni, untunglah kalau jadi kekasih. :)
1. Tak taulah berapa ramai yang kenal dengan kugiran metal / hard rock yang berasal dari Pulau Singa ni. Zaman kegemilangan diorang, walaupun telah berlalu, tetapi tetap meninggalkan seribu kenangan manis kepada mereka yang pernah membesar dengan kumpulan ROCKERS.
2. Kumpulan ROCKERS, ramai yang tak kenal. Tapi bagi mereka yang kenal, pasti tak dapat nak lupakan sebab diorang ada "attitude". Zaman kegemilangan irama Rock dulu sekitar hujung tahun 80-an dan awal 90-an, memang ada ramai kugiran tapi tak ramai yang ada "attitude" macam kumpulan ROCKERS.
3. Aku ingat lagi, masa aku sekolah rendah sekitar darjah 6 tahun 1988, aku selalu dengar lagu "Memori", "Kekejaman", "Zaileha" dan "Kenangan Cinta Pertama" dari radio Singapura 94.2 FM. Aku zaman kecik-kecik dulu duduk kat Batu Pahat, Johor, memang selalu sangat layan radio dan tv Singapura.
4. Saat anak-anak muda lain yang seangkatan dengan aku mengalunkan bait-bait lirik dari "Intanku… Kesepian" oleh Wings, aku lebih suka menjerit "KEKEJAMAN! Manusia… Ooo… Ooo… Ooo… Ooo…" Memang aku kejam masa tuh! Wahahahaha!
5. Aku membesar dengan lagu-lagu kumpulan ROCKERS. Baik lagu yang meleleh… Mahupun yang keras… Album pertama diorang "Kekejaman" yang dirilis sekitar tahun 1988, memang sarat dengan lagu-lagu yang sukar ditandingi kekuatannya sampai sekarang. Susunan melodi, permainan instrumen muzik yang mantap, lirik yang mendatangkan kesan, dan tak lupa, variasi vokal Brader Joe aka Johan yang aku tabik sangat sampai sekarang. Vokal dia memang fleksibel. Boleh jadi lembut dan mendayu-dayu kalau bawak lagu jiwang, dan boleh jadi kasar dan bersemangat kalau bawak lagu ganaz! Solo gitar? Tak payah cakap laaa… Memang membunuh habis dalam album ni. Lagu yang paling unik ialah lagu "Zaileha". Lama sebelum kumpulan JINBARA bawak lagu-lagu rock melayu berunsurkan muzik padang pasir, kumpulan ROCKERS dah masukkan melodi padang pasir dalam lagu rock "Zaileha" diorang wooo…
6. Tahun 1989, kumpulan ROCKERS terus mengganaz dengan album kedua diorang bertajuk "Harakah". Nah… album kali ini lebih keras dan lebih pejal batunya (rock). Sudah mula ada lebih banyak unsur-unsur pengaruh Iron Maiden, Loudness dan kugiran-kugiran metal serta hard rock dunia lain di dalam bait-bait lagu ROCKERS dan ini menguatkan lagi landasan yang diorang buat. Lagu-lagu yang menjadi siulan macam "Harakah", "Kesedaran", "Terguris Kelukaan" dan "Rayuan Syaitan". Produksi yang dimasukkan dalam album "Harakah" agak berbeza berbanding album "Kekejaman". Bunyi yang keluar dari album "Harakah" agak lebih mentah (raw) dan menonjolkan jati rock yang sebenar! Zaman tu memang tak sah nak dengar lagu tanpa dengar album ni dulu. Aku ingat lagi aku sanggup pergi bandar Batu Pahat naik bas semata-mata nak beli keset tape original album "Harakah"… Hahaha!!! Seperti biasa, gabungan permainan instrumen muzik yang menonjolkan kepakaran masing-masing serta vokal unik Brader Joe membuatkan album "Harakah" sebagai salah sebuah album "hard-rock" melayu yang paling keras aku pernah dengar.
7. Tahun 1990. ROCKERS meneruskan serangan dengan sebuah album yang aku anggap adalah Magnum Opus diorang. Album ni boleh aku katakan sebagai masterpiece kumpulan ROCKERS sebab terlalu banyak pencapaian yang diorang buat. Susunan lagu bertambah matang, skil permainan instrumen muzik diorang dah sampai ketahap dewa. Vokal Brader Joe dah sukar untuk ditandingi… Dan paling penting, pada pendapat aku, produksi yang mantap. Betul beb!!! Kualiti bunyi yang dikeluarkan oleh album ini memang payah nak ditandingi oleh mana-mana kugiran rock/metal Melayu baik dari Malaysia, Singapura, mahupun Indonesia. Aku anggap ini adalah satu pencapaian paling membanggakan untuk sebuah kugiran rock / heavy metal Melayu yang boleh mengeluarkan sebuah album berkualiti sebegini. Kematangan susunan lagu, serta penulisan lirik yang menyentuh isu-isu yang bertaraf global, serta kejituan halatuju album ni, memang gerek… Semua lagu dalam album ni memiliki kekuatan yang tersendiri dan seolah-olah menjadi bahagian-bahagian penting untuk membentuk satu album yang mantap. Dan dizaman kegemilangan album ini jugak kumpulan ROCKERS semakin dikenali sampaikan pernah memasuki TV3 menerusi rancangan Muzik-muzik, mempertandingkan lagu "Ilusi Mimpi". Inilah sebuah album "Heavy Metal" melayu paling berat aku pernah dengar. Inilah "Andalusia"…
8. ROCKERS tukar nama jadi ROCKERZ pada tahun 1991 disebabkan krisis yang melanda. Sempat melahirkan satu album berjudul "Dukun" tetapi dengan vokalis berbeza. Kualiti produksi amat menyedihkan… Walaupun lagu-lagu yang dirakamkan memiliki ciri-ciri rock kental yang menjadi identiti ROCKERS, tapi mereka tidak mampu untuk menahan zaman kejatuhan diorang. Biarlah kisah-kisah itu terkubur dan menjadi kenangan buat mereka yang pernah merasainya.
9. Memanglah banyak kugiran-kugiran melayu rock yang muncul zaman tu terutamanya dari Malaysia dan Singapura. Tapi yang bestnya, kugiran dari Singapura mesti secara keseluruhannya, boleh dikatakan, lebih berkualiti dari kugiran-kugiran yang berasal dari Malaysia. Cuba tengok Sweet Charity, tengok Black Dog Bone, Rusty Blade, dan ROCKERS. Kan?
10. Inilah antara kugiran Melayu aku paling minat dan tabik. R.O.K.E.R… ROCKERS!!!
Berita gempar dari Mentor 6 - Wanie, protege kepada Ferhad telah digugurkan dari meneruskan persaingan.Wanie dikhabarkan telah pengsan 2 kali dalam minggu
23 Mar 2012, 01:37pm
Gambar: Dari arkib GUA"Selasa lalu, Wanie pengsan masa latihan. Semalam, dia pengsan sekali lagi ketika sesi latihan dengan Ferhad. Dia dibawa ke klinik
23 Mar 2012, 12:01pm
Atas sebab masalah kesihatan, protege Ferhad, Wanie terpaksa menarik diri dari Mentor 6.Selepas memberikan satu persembahan yang cukup mantap di Konsert Pengenalan
23 Mar 2012, 10:18am
Ekoran namanya dikaitkan dengan pengguguran nama Qi Razali daripada program 'Jalan-Jalan Cari Makan' (JJCM), Yunalis Zarai tampil memberi penjelasan. Jelas penyanyi tinggi
23 Mar 2012, 10:12am
Pengarah popular yang juga merangkap Pengarah Urusan Excellent Pictures Sdn Bhd, Ahmad Idham Ahmad Nadzri memberitahu agak kecewa serta risau dengan keadaan
23 Mar 2012, 01:06am
Umum mengetahui tentang hubungan yang terjalin antara pelakon Anne Ngasri dengan penyanyi Singapura, Aliff Aziz. Biarpun sering dilihat keluar bersama-sama, namun kedua-dua
23 Mar 2012, 12:00am
Sudahkah anda mendengar lagu dendangan pelakon terkenal, Shaheizy Sam duet bersama Yana Samsudin berjudul, 'Begini Caranya'? Lagu ciptaan komposer, Ajai ini merupakan