Nuffnang

Jumaat, 13 Julai 2012

Faezah Elai - Google Blog Search

Faezah Elai - Google Blog Search


Gambar <b>Faezah Elai</b>

Posted: 26 Sep 2009 11:00 PM PDT

Terlihat filem lama, Otai yang baru-baru dimainkan di TV3 sempena minggu raya 2009, teringat pula siapa pelakon yang menjadi isteri ke-2 Saiful Apek dalam filem berkenaan, rupa-rupanya Faezah Elai anak kelahiran Penang. Memang lakonannya agak manja sedikit. Selepas daripada filem itu, dia banyak memainkan lakonan di drama-drama TV3, mungkin tak banyak disangka, cuma sedikit sahaja. Kalau korang masih tak mengenalinya, jom lihat gambarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

-Komen anda itu adalah TANGGUNGJAWAB ANDA. tq.

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search


<b>Fauzi Nawawi</b> Ke Mekah, Mahu Jadi Muslim Terbaik | MyNewsHub

Posted: 12 Jul 2012 07:14 PM PDT

PETALING JAYA – Pelakon Fauzi Nawawi berazam untuk menjadi umat Islam yang baik sempena kunjungannya ke Mekah bagi menunaikan umrah.

Fauzi yang akan berangkat ke Tanah Suci itu pada malam Jumaat (malam ini) juga meminta semua pihak yang mungkin pernah berkecil hati dengannya agar dapat memaafkan segala kesilapan yang berlaku tanpa disedari.

"Ini merupakan pemergian saya buat kali kedua bersama isteri, Lisdawati dan ibu. Jadi, sebelum berangkat, saya ingin memohon maaf daripada semua pihak sekiranya ada yang tergores hati dengan kelakuan saya sebelum ini.

"Niat saya ke sana adalah untuk menjadi umat Islam yang lebih baik daripada sebelum ini dan moga pemergian ini diberkati.

"Doakan juga kami selamat pergi dan pulang ke tanah air ," katanya yang dihubungi mStar Online di sini petang Khamis.

Tambah Fauzi, selain mengerjakan umrah, dia juga tidak sabar untuk merasai pengalaman berpuasa bersama-sama dengan umat Islam lain di Mekah.

"Pada tahun lalu, kami menunaikan umrah pada bulan puasa dan pengalaman di sana sangat menyeronokkan terutamanya ketika tiba waktu berbuka.

"Tambah pula umat Islam di Masjidil Haram begitu mesra dan saling berkongsi makanan, terasa macam berbuka dengan sebuah keluarga yang sangat besar. Apa-apa pun, semoga perancangan kami berjalan dengan lancar," ujarnya.

Sementara itu, Fauzi turut berdebar menantikan kemunculan filem arahan sulungnya berjudul Pak Pung yang masih lagi dalam pasca produksi.

Malah, Fauzi turut menunjukkan kehebatan vokalnya dengan menyanyikan sebuah lagu runut bunyi filem tersebut berjudul Adam dan Hawa, berduet dengan penyanyi Marsha.

"Adam dan Hawa merupakan lagu kedua saya selepas Kau Aku yang pernah dirakamkan beberapa tahun lalu.

"Rasanya, inilah peluang untuk menunjukkan sisi bakat saya yang lain selain pengarahan dan lakonan.

"Apabila diberi respons positif selepas memberi teman-teman menyaksikan suntingan awal Pak Pung, ia membuat saya lebih semangat untuk menyanyikan sendiri lagu Adam dan Hawa," tuturnya. – mStar Online

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search


<b>Dayang Nurfaizah</b>, Marsha Londoh & Uji Rashid Sekitar Konsert DJ <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2012 07:07 PM PDT

Setelah sekian lama tidak muncul dalam acara besar yang melibatkan dirinya baru-baru ini telah diadakan satu konsert DJ Dave (Journey Through Song Ingin Bersua) yang telah diadakan di Istana Budaya. Konsert khas yang diadakan ini khabarnya sempena 40 tahun beliau bergiat aktif di dalam bidang seni yang diceburinya.

Turut membuat persembahan pada malam itu ialah Dayang Nurfaizah, Marsha Londoh dan juga Uji Rashid yang tampil sebagai pasangan duet Dato' Dj Dave. Dibawah kami lepaskan beberapa keping gambar artis-srtis jemputan ini semasa membuat persembahan sempena konsert DJ Dave (Journey Through Song Ingin Bersua)

Random Posts

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


<b>Diana Danielle</b> bersikap profesional dalam kerja - Tupai

Posted: 08 Jun 2012 05:00 AM PDT

Pelakon yang tidak asing lagi dalam industri perfileman tanah air, Diana Danielle bersikap professional dalam melakonkan adegan mesra bersama aktor, Remy Ishak dalam filem "Jiwa Taiko". 

Diana yang memegang watak sebagai Trisya kekasih kepada Firman lakonan hebat dari Remy Ishak memberikan pelbagai spekulasi dari pihak wartawan mengenai adegan mesra mereka yang telah ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). 

Apabila ditanya mengenai perasaan Diana sendiri terpaksa melakonkan babak sebegitu untuk menjayakan babak tersebut, Diana menjawab bahawa dia bersikap profesional dengan tuntutan kerja dan kehendak pengarah. 

"Saya hanya mengikut apa yang diarahkan oleh pengarah, namun semua perkara harus ada had dan batasnya, itu yang telah dilakukan oleh Osman Ali." 

"Ketika penggambaran bermula, saya langsung tidak mengenali Remy melainkan sekadar mengetahui namanya Remy Ishak, ketika di set pun saya tidak bercakap sangat dengan dia melainkan hal berkaitan kerja." 

"Situasi itu saya praktikkan sehinggalah habis penggambaran dan hasilnya, saya tidak malu dan lebih fokus untuk menyelesaikan babak mesra yang ada." 

Apabila ditanya mengenai kesusahan melakonkan babak tersebut, adakah Diana atau nama sebenar, Diana Danielle Danny Beeson berasa tertekan ataupun sebaliknya, Diana merasakan babak berlawan adalah lebih sukar dan memerlukan lebih banyak kesabaran. 

"Kalau nak dibandingkan adegan mesra itu, saya rasa tidaklah terlampau teruk. Saya masih ada had. Cuma apa yang saya rasakan lebih susah adalah babak berlawan, saya perlu menghadiri kelas silat sebelum ke set. Belajar mengenai ilmu persilatan yang mana sebelum ini saya langsung tidak ambil peduli." 

Dalam perkembangan lain, Diana bakal terbang ke Venice untuk tayangan eksklusif filem "Hanyut" di bawah arahan U-Weii bulan November tahun ini. Diana turut berkongsi bahawa dia turut akan melanjutkan pelajaran untuk Ijazah yang akan diambil secara online menerusi salah sebuah universti luar negara.

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


Sari <b>Lisdawati</b> Ziana kongsi rahsia http ping fm… « Manakedai&#39;s Blog

Posted: 29 Jun 2012 07:02 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Sari Lisdawati Ziana kongsi rahsia http ping fm… Sari, Lisdawati, Ziana kongsi rahsia! http://ping.fm/gb9DB. Like this: Like. Be the first to like this. Balas Batal balasan. Required fields are marked *. Nama *. Email *. Tapak Web ...

Adam af - Google Blog Search

Adam af - Google Blog Search


Pilihan Anda: (Gambar) <b>Adam AF</b> mendalami ilmu perubatan Islam

Posted: 13 Jul 2012 03:30 AM PDT

|

Sebelum ini penulis ada melaporkan berkenaan artis Aizat Amdan yang berusaha mendekatkan diri dengan Tuhan.

Kini, penulis mendapat info yang Adam AF pula bergiat aktif dalam program-program agama.

Alhamdulillah. Kini semakin ramai anak-anak muda yang menunjukkan minat dalam bidang agama.

Malah, apa yang ditunjukkan oleh para selebriti patut dipuji kerana tindakan mereka selalu menjadi ikutan para peminat.

Penulis ingin berkongsi beberapa gambar Adam AF yang memakai jubah bersama finalis-finalis Imam Muda.

Menurut sumber, mereka sedang melakukan sesi penggambaran merakam program yang bakal disiarkan pada Syawal nanti.

Selain itu, ada sumber yang melaporkan Adam AF bertugas sebagai pengamal perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.

Pusat rawatan Islam tersebut dikendalikan oleh Asyraf Muslim dan pada ketika itu Adam bertindak sebagai pembantu kepada Asyraf.


Apa-apa pun, penulis berbangga dengan usaha yang ditunjukkan oleh Adam serta rakan-rakan artis yang lain apabila menunjukkan perubahan yang positif.

Semoga peminat-peminat serta mereka yang menjadikan Adam sebagai ikon akan turut sama mengambil langkah positif yang ditunjukkan olehnya.

Mynewshub

Related Posts : HIBURAN, TERKINI


Share/Bookmark comments
Posted by Desperado on 6:30 PM. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


<b>Maya Karin</b> Dan Yasin Bergabung Untuk Lagu Sinar Ini |

Posted: 03 Jul 2012 07:50 AM PDT

Abang Nara suka dengan kreativiti bekas penyanyi kumpulan nasyid Brothers si Yasin ini. Kesemua lagu garapannya memang sangat menjadi. Ada feel yang tersendiri. Dan apabila Abang Nara mendapat tahu Yasin telah bergabung dengan Maya Karin untuk sebuah lagu yang diberi nama "Sinar Ini", Abang Nara makin teruja dibuatnya.

maya karin dan yasin

Abang Nara suka dengan lirik lagu "Sinar Ini". Penuh dengan unsur ketuhanan. Suara Yasin memang tak dapat dipertikaikan lagi kehebatannya. Namun jangan terkejut kerana vokal Maya Karin di dalam lagu ini turut menyerlah. Tak percaya? Sila tengok YouTube pembikinan video klip lagu "Sinar Ini" di bawah.

Lirik lagu "Sinar Ini" untuk tatapan anda di bawah:-

kumenatap langit, dari jendela,

di celah awan, bima suria.
ku merasakan Mu.
ku rasa kasih yang lindungi ku.

seakan aku dengar Dikau berkata
lalu dalam diam kita berbicara
ku senyum padaNya, dan seraya ku kata;

bahagia yang sempurna perlukan lagi sikit masa.
(dan) kutetap bahagia di sisi yang Kau pasti mana.

Kau semestinya, yang terakhirnya
ku luah rasa sebelum ku terlena
pada impian ku, dan yang Kau mahu, kerana;

dugaan ini hampir aku atasi.
dan kau pun tabah selama ini bagai pasti
di sebalik menanti, bahagia mengiringi sinar ini.

Cantik kan liriknya? Abang Nara berharap agar lagu ini boleh meletup dan akan kerap dimainkan di radio kelak. Tak sabar nak tunggu ianya siap sepenuhnya. Untuk peminat Maya Karin dan Yasin, 11 lagi gambar mereka berdua ketika sesi rakaman video klip dengan membaca entri ini sepenuhnya.

maya karin dan yasin

maya karin dan yasin
maya karin dan yasin
maya karin dan yasin
maya karin dan yasin
maya karin dan yasin
maya karin dan yasin
maya karin dan yasin
maya karin dan yasin
maya karin dan yasin
maya karin dan yasin

Baca Yang Ini Pulak:-


Gambar <b>Maya Karin</b> Terbaru

Posted: 20 Jun 2012 10:30 PM PDT

Filem Ombak Rindu lakonan Maya Karin memang menarik perhatian orang untuk melihat filem berkenaan. Kali ini Maya Karin bakal menaruhkan satu lagi filem hebat yang bertajuk, JWANITA. Filem ni bukan filem hantu atau romantik ok, tapi filem berkisar soal dendam luar biasa terhadap adik kandung sendiri merampas 'jantan' kakaknya. Jadi kakaknya bukan jadi Hulk, tapi menjadi wanita ganas setanding dengan Hulk je. Nanti kan lah filem ni ok, yang pasti Maya Karin masih nampak cute masa pelancaran filem berkenaan di bawah ni. peace!

-Komen anda itu adalah TANGGUNGJAWAB ANDA. tq.