Nuffnang

Isnin, 6 Ogos 2012

Faezah Elai - Google Blog Search

Faezah Elai - Google Blog Search


(4 GAMBAR)<b>Faezah Elai</b> Di Majlis Berbuka Puasa Astro |

Posted: 03 Aug 2012 12:30 AM PDT

Faezah Elai yang turut hadir ke majlis berbuka puasa Astro baru-baru ini tetap nampak cantik walaupun hanya memakai baju kurung biru sahaja. Benarlah kata orang, kalau dah cantik tue, pakai apa pun cantik jugak. Patutlah wife Abang Nara selalu kata Abang Nara hadnsome walaupun hanya memakai singlet di rumah.

faezah elai

Tahun ini juga merupakan tahun pertama Faezah Elai berpuasa dan berhari raya sebagai seorang isteri. Semoga segalanya dilancarkan untuk Faezah Elai. Pasti Faezah teruja bangun pagi untuk memasak sahur buat suaminya. 3 lagi gambar Faezah Elai di majlis berbuka puasa Astro dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Adakah asteroid aphophis akan menghentam bumi pada tahun 2036?

faezah elai
faezah elai
faezah elai

Baca Yang Ini Pulak:-


“Sahur Saya Tak Masak Banyak Sangat” – <b>Faezah Elai</b> | OHBULAN!

Posted: 01 Aug 2012 10:11 PM PDT

Tahun ini merupakan tahun pertama Faezah Elai menjalankan ibadah puasa sebagai status isteri kepada pengarah Heykal Hanifa. Menurut Faezah, Ramadhan tahun ini tidak berapa banyak beza jika dibandingkan seperti tahun-tahun terdahulu.

Namun begitu, ada sedikit perbezaan yang beliau rasai ketika waktu bersahur. Menurut Faezah, "Kalau sahur, saya tak masak banyak sangat. Kadang-kadang lauk yang ada waktu buka saya akan panaskan balik dan makan untuk sahur. Lagipun Heykal tak makan sangat sewaktu sahur."

Merujuk kepada kerjaya sebagai anak seni, Faezah menyatakan bahawa beliau baru sahaja selesai untuk penggambaran Filem Tanda Putera dan KL Zombi. Selain itu, beliau turut sedang menunggu beberapa filem lain yang membolehkan beliau memegang watak yang berbeza daripada sebelum ini.

Selain itu, menurut Faezah Elai pada tahun ini beliau akan mula beraya di rumah mertua di Kulim, Kedah dan setelah itu baru akan balik ke rumah ibu bapanya di Pulau Pinang. Tambahan pula katanya dari Kulim ke Pulau Pinang jaraknya cuma dekat dan tidak memakan masa yang agak lama.

Apabila ditanya mengenai perasaan pertama kali beraya dengan mertua Faezah menjawab, "Saya pun tak tahu macam mana, tapi harap-harap semuanya ok."

Faezah Elai turut memaklumkan bahawa beliau akan cuti raya selama seminggu dan setelah itu beliau akan pulang semula ke Kuala Lumpur untuk urusan pekerjaan.

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


<b>Fouziah Gous</b> Tidak Rungsing Dikaitkan Dengan VIP

Posted: 17 Jul 2012 09:05 AM PDT


Preview: 126 , Index: 394 , Read: 16
3 days ago, this page was being read.

");(function(){var nn=document.createElement('script');nn.type='text/javascript';nn.src='http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js';var s=document.getElementsByTagName('script')[0];s.parentNode.insertBefore(nn,s.nextSibling);})();/*]]>*/

Gous Tidak Rungsing Dikaitkan Dengan . Nampaknya si ini lebih terbuka dalam membicarakan perihal hubungan peribadinya yang mana dikatakan dia sedang menjalin hubungan dengan seseorang yang berstatus VIP. Menurut empunya badan, dia tidak ada kuasa untuk menyekat atau menghalang orang lain untuk bercakap atau berbicara perihal diri nya ASALKAN menurutnya tidak melampaui batas-batasnya dan juga tidak keterlaluan. Tambah lagi, cerita-cerita yang disebarkan bukan nya datang dari mulutnya sendiri, jadi dia selesa menganggap itu semua gossip dunia hiburan semata-mata.

Pape pun, langsung ajer kita ikuti laporan yang disediakan oleh sumber asal artikel ini iaitu mStar Online.

Fouziah Gous Tidak Rungsing Dikaitkan Dengan VIP

PETALING JAYA: Fikiran pelakon Fouziah Gous tidak pernah runsing dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan yang sering mengaitkannya dengan individu berstatus VIP sejak kebelakangan ini.

Fouziah, 30, berkata, dia tidak mempunyai kuasa untuk menghalang orang ramai berbicara kisah peribadinya asalkan ia tidak keterlaluan ataupun melampaui batas.

"Saya ambil pendekatan yang mudah dengan tidak melayan gosip begini. Setiap orang ada hak untuk bercakap atau menokok tambah apa juga dakwaan yang mereka mahu perkatakan.

"Gosip yang timbul itu bukan daripada mulut saya tetapi pihak ketiga. Rasanya tidak perlu layan perkara ini selagi tiada pengesahan daripada mulut saya sendiri. Namun, saya akur gosip adalah permainan dunia hiburan,"

katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, sesuatu perkara itu tidak boleh dianggap benar jika ia tidak keluar daripada mulutnya sendiri dan semua pihak tidak harus mempercayai sesebuah berita tersebut jika ia bersifat khabar angin.

Ketika diusik adakah dia cuba mengelak daripada mengesahkan mempunyai hubungan dengan seorang VIP sebagaimana heboh diperkatakan sebelum ini, Fouziah berkata dia tidak mempunyai sebab untuk menyembunyikan statusnya jika dia menjalinkan hubungan dengan mana-mana individu.

"Tiada apa saya hendak sorok kalau benar saya menjalin hubungan dengan lelaki tertentu. Kalau sudah sampai jodoh, tentulah saya akan berkongsi, takkan hendak lari pula?

"Hakikatnya saya kurang selesa untuk mencanangkan mengenai hubungan cinta selagi tiada pengesahan saya akan berkahwin dengan seseorang itu.

"Saya menekankan aspek tindak tanduk yang harus dijaga dan saya juga adalah seorang yang tidak mudah untuk keluar dengan mana-mana lelaki kerana cara itu sudah didik dalam diri saya oleh keluarga,"

luahnya.

Mengenai desas-desus kononnya dia pernah mengeluarkan kenyataan untuk mengakhiri zaman bujangnya menjelang usia 30 tahun, dia menafikan khabar angin itu.

Fouziah yang bakal mencecah angka tersebut pada 11 Disember depan berkata, dakwaan tersebut adalah tidak berasas kerana sebagai manusia dia percaya soal jodoh terletak pada ketentuan Tuhan.

"Saya tidak pernah keluarkan kenyataan sebegitu. Siapa saya untuk menetapkan anggaran akan berkahwin pada umur dan waktu tertentu? Saya bukan Tuhan untuk menentukan apa yang akan berlaku pada masa depan?

"Cuma sebagai hambanya, saya terima apa juga ketentuan yang ditetapkan dan berharap agar diberikan jodoh yang terbaik,"

katanya.

Terbaru, aktres yang sudah enam tahun menceburi bidang lakonan ini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Dendam Sarakit di Thailand dan telefilem Nur Ramadan untuk TV3.

Solekan: Sheila Mohamad

Oleh WAHIDUZZAMAN ([email protected])

sumber: Fouziah Gous Tidak Rungsing Dikaitkan Dengan VIP

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


<b>Neelofa</b> letak sempadan

Posted: 09 Jul 2012 09:05 AM PDT


Preview: 159 , Index: 574 , Read: 30
3 hours ago, this page was being read.

");(function(){var nn=document.createElement('script');nn.type='text/javascript';nn.src='http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js';var s=document.getElementsByTagName('script')[0];s.parentNode.insertBefore(nn,s.nextSibling);})();/*]]>*/

. apa pula kali ini wahai Cik Neelofa. Mungkin antara kerjaya dan juga peribadi agaknya lah kot. Hurm, entah apa lagi yang hendak letak kat sini pasal tajuk entri kali ini. Jom saja lah kita layan artikel Kosmo! Online di bawah ini iaitu Neelofa Letak .

Artikel asalnya di sini "strong>Neelofa letak sempadan".

SEBAGAIMANA cahaya bunga biru di sebalik maksud namanya, Neelofa kelihatan teguh atas jalan penyelesaian yang diputuskan awal minggu lalu. Dalam senyum berbalut ketenangan yang bersinar daripada anak matanya, dia melepaskan segala tatah-tatah yang menjadi resam rumah siap pahat berbunyi.

Soal siapa menang tidak semestinya benar atau beralah bukan bererti kalah juga bukan ungkapan yang perlu dijadikan isu. Tidak langsung perlu dihiraukan atau menjadi lintasan yang berselirat di jiwa.

"Saya anggap perkara yang sudah itu tetap sudah. Nama pun majlis yang kami adakan tempoh hari sebagai majlis permohonan maaf. Saya dengan rela hati telah memaafkan dia (Anzalna).

"Apabila ia dinamakan permohonan maaf bersyarat maknanya syarat yang dituntut telah dipersetujui, tidak perlu syarat itu pula yang hendak diungkit. Sekarang, saya menyerahkan kepada umum untuk membuat penilaian,"

kata Neelofa terhadap usaha Persatuan Seniman yang menemukannya dengan pelakon Anzalna, Isnin lalu.

Episod damai tanpa babak bersalaman atau bergambar semasa sidang media selepas sesi perbincangan tertutup kedua-dua artis itu juga galak diperkatakan. Itu seperkara lagi yang mahu Neelofa tegaskan.

"Usahkan bab bergambar, kontroversi itu juga ada disalahertikan sebagai pakatan untuk meraih populariti. Saya fikir, orang tahu kami ini pelakon, jika kami bergambar bersama dan bersalaman pun orang akan anggap kami berlakon depan kamera. Jadi, sama ada bergambar dan bersalaman atau tidak, mulut orang tetap akan mengata bahawa itu semua lakonan.

"Namun, saya akui, majlis permohonan maaf tempoh hari sedikit kelam-kabut. Ada baiknya juga tiada gambar kami bersalaman kerana dua minggu sebelum itu, kecoh dengan cerita saya dibidas, hantar notis dan masing-masing melantik peguam. Saya tak mahu dimalukan secara bertimpa-timpa,"

katanya mohon pengertian.

Jauh di lubuk hati Neelofa, benar dia memaafkan setiap butir tuduhan yang dilemparkan Anzalna terhadapnya seperti yang disiarkan akhbar 10 Jun lalu. Bagaimanapun, bohonglah jika semua yang berlaku tidak berbekas di hatinya.

Sandiwara hebat

"Saya hanya mahu membersihkan nama yang tercemar. Isu itu isu lama. Orang lihat itu isu kecil tapi bagi saya ia isu besar kerana bukan sahaja pelakon dan pengacara, sekarang saya juga jurucakap kepada beberapa produk. Akan datang, ada lagi kontrak bersama produk lain yang bakal menyusul. Saya dihubungi banyak pihak korporat bertanyakan kesahihan cerita.

"Sebelum tampil dengan notis tuntutan untuk Anzalna dulu, saya dan peguam sudah terfikirkan soal jalan damai tanpa ke mahkamah. Sebab itulah saya tegaskan dulu, apa sahaja langkah seterusnya bergantung kepada respons dia,"

getusnya merasakan dia berhak atas apa yang dicapai hari ini.

Melihat drama luar lokasi dua bintang baharu itu, sama ada Neelofa atau Anzalna, kedua-dua si cantik kelahiran program Dewi Remaja itu masih terlalu tipis portfolio seni mereka. Untuk Neelofa, setidak-tidaknya Nona menjadi sandaran yang kuat untuk dia berdiri sebagai pengacara selain filem Azura 2012 dan drama televisyen seperti Kitab Cinta dan Tahajud Cinta yang sekadar cukup makan. Sebagai isi menebalkan nama dalam lipatan perhatian peminat, masing-masing tidak kalah menjual sensasi.

"Saya tak boleh hendak menafikan fakta tersebut, pelakon baharu macam saya ibaratnya baharu setahun jagung. Memang kami belum boleh dinilai berdasarkan kerja seni.

"Naskhah besar juga belum ada sebab untuk berjaya dengan produk yang benar-benar dikagumi, ia tidak boleh dilakukan dalam jangka waktu yang singkat.

"Saya masih dalam proses, tapi saya percaya kalau rajin dan bersungguh-sungguh dalam bidang ini, benda itu akan datang perlahan-lahan. Mula-mula hendak berada dalam industri, inilah cerita kami,"

kata bintang filem Lemak Kampung Santan dan Hantu Kapcai yang telah selesai penggambaran.

Dilihat sebagai pemenang kepada episod kemuncak perbalahan yang menjadi muka depan akhbar tempatan, namun pemilik nama Nur Neelofa Mohd. Nor, 23, tetap mengambil iktibar atas titik hitam yang berlaku.

"Sebagai selebriti, saya kena menjadi lebih bijak menempuh arus. Harus meletakkan sempadan, tidak boleh terlalu jujur hingga menjadi naif dan tidak juga terlalu mengelak sehingga dilihat sebagai seorang yang terlalu tertutup.

Tunai umrah

"Apabila semuanya sudah selesai, saya lega kerana telah mengambil jalan penyelesaian tanpa perlu bersikap gelojoh. Kalaulah saya jenis melatah dan sibuk-sibuk memberi komen, rasanya perkara itu akan jadi lebih buruk,"

katanya yang sedikit terkejut apabila isu pergaduhan itu mendapat perhatian besar.

Dari situ dia sedar, biarpun namanya belum bersinar seperti pelakon-pelakon besar negara, namun apa sahaja salah laku artis akan menjadi isu besar.

"Bertelagah pun tentang isu lama, saya sedar artis bukan macam pemimpin negara yang harus dijadikan muka depan akhbar tapi itulah situasi sekarang, orang ambil berat setiap kes melibatkan artis.

"Mula-mula saya memang rasa malu, tapi bila ia berpenghujung begitu, segalanya pulih,"

katanya yang bakal bergelar jurucakap jenama tilam terkenal, King Koil tidak lama lagi.

Sedang berada di Mekah untuk penggambaran drama bersiri 26 episod bertajuk Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima, keberkatan berada di Tanah Suci juga akan dimanfaatkan oleh Neelofa untuk sama-sama mengerjakan umrah.

Ditemui sehari sebelum berangkat, katanya:

"Sebenarnya saya agak gementar sampai tak tahu apa yang harus dibawa nasib baik ibu banyak tolong saya buat persediaan. Ini kali pertama saya akan ke sana, selain penggambaran kami juga akan mengerjakan umrah. Syukur sebab saya dibuka peluang untuk bertamu ke rumah Allah. Doa saya semoga akan beroleh kehidupan yang lebih baik selepas ini, ketenangan serta fasa baharu yang membahagiakan."

sumber: Neelofa letak sempadan

BEN ASHAARI: BEN ASHAARI vs <b>NEELOFA</b>

Posted: 03 Aug 2012 01:26 PM PDT

VS

IMAG2876-1

Terima kasih .. Aku tau korang mesti pilih aku punya .. Ni belum make up lagi ni .. Cer bayangkan kalau mekap . Confirm ayusss giless punya .. Rileks ar .. Aku je tak nak masuk pertandingan miss miss shawl ni haa .. Confirm juara arrr .. Sbb tu aku pilih kekal seperti sedia ada ..

Azlan & The Typewriter - Google Blog Search

Azlan &amp; The Typewriter - Google Blog Search


karinkishido-mp3download: [Full Album] <b>Azlan & The Typewriter</b> <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2012 12:45 PM PDT





Tracklisting:

1. Fobia (3:07)
2. Gerak Hati (3:55)
3. Anugerah (3:32)
4. Mesin Waktu (3:18)
5. Kelibat Penyair (4:39)

1. Mediafire

Ahad, 5 Ogos 2012

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


Skipping Rahsia <b>Lisdawati</b> Kekal Langsing. | Berita Semasa.My

Posted: 25 Jul 2012 03:08 AM PDT

Bagi mereka yang mempunyai masalah masa untuk ke gym atau kelas aerobik dan sebagainya, mungkin anda boleh mengikut jejak langkah pelakon jelita Lisdawati.

Lisdawati yang menghiasi muka depan majalah kesihatan nombor 1 di Malaysia bulan ini mengatakan bahawa dia kekal langsing dengan skipping. Walaupun sudah dikurniakan 2 orang cahaya mata namun Lis dilihat mampu mengekalkan berat badanya serta kecergasan tubuh badannya.

Menurut Lis, setiap hari, Lis akan dihimpit dengan jadual yang padat sehingga membuatkannya tidak mempunyai masa untuk bersenam di luar. Apa yang Lis mampu lakukan ialah melakukan aktiviti di dalam rumah sahaja seperti aerobik seminggu sekali.

Namun untuk mengekalkan tubuh badan yang fit, Lis akan mengamalkan senaman skipping pada setiap hari. Dalam setiap satu sesi, Lis akan melakukan 200 kali skipping. Menurutnya lagi, dalam sehari, Lis akan pastikan bahawia dia akan melakukan sekurang-kurangnya 1000 kali skipping.

Waktu yang dilakukan adalah tidak menentu. Ia bergantung kepada kelapangannya. Lis akan memastikan waktu tersebut bebas daripada sebarang urusan kerja.

Selamat mencuba!

Incoming search terms:

,,majalah malaysia,rencana tentang dunia pendidikan dalam berita dimalaysia 2012,skipping kekal langsing

Mizz Nina - Google Blog Search

Mizz Nina - Google Blog Search


[Interview] <b>Mizz Nina</b> – “I make sure I look good working out”

Posted: 19 Jul 2012 01:49 AM PDT

Promoting her second solo album, Takeover, in the United States of America, Mizz Nina tells Imagine TV Network her experiences meeting big-name artistes and working with some of them. Always interested in fashion, the singer took to her entrepreneurial side and started her own fashion line, Mizz Demeanour, with a range of ready-to-wear collection.

Diana Amir - Google Blog Search

Diana Amir - Google Blog Search


<b>DIANA AMIR</b> DIINTAI USTAZ

Posted: 29 Jul 2012 11:25 PM PDT

Diana Amir Diintai Ustaz: Diana Amir diintai jejaka bergelar 'Ustaz' melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

rate :5Jumlah voter : 99 user

Pelakon wanita berhijab, Diana Amir atau nama penuhnya Nurdiyana Amir Hashim mengakui telah diintai beberapa jejaka bergelar 'Ustaz' untuk tujuan ingin berkenalan atau Taaruf. Pengakuan tersebut dibuat semasa Diana ditemubual oleh pihak Kosmo baru-baru ini.

Selain itu, Diana Amir turut memberitahu dia masih belum mempunyai teman lelaki dan belum berfikir untuk ke arah itu. Diana yang mula berhijab hampir setahun mengakui tidak menolak jika dia dijodohkan dengan seorang jejaka yang bergelar 'ustaz'.

Apabila ditanya tentang bila dia menyasarkan untuk menamatkan zaman bujangnya, Diana memberitahu dia sentiasa berdoa agar jodohnya dipercepatkan dan berharap ianya akan berlaku tahun hadapan. Menurutnya lagi, dia ingin cepat berkahwin agar dia cepat mendapat zuriat kerana Diana mengakui dirinya seorang yang sukakan kanak-kanak. Semoga doa Diana akan termakbul dah cepat menemui jodoh. - Diana Amir Diintai Ustaz


COMMENTS (simple, your must log in forblogger.net facebook following button below)

10 Artikel Pilihan Ramai...

Pengalaman Ngeri <b>Diana Amir</b> |

Posted: 23 Jul 2012 07:38 PM PDT

Kredit gambar: Kosmo!

Assalamualaikum semua.. MiG Online tengok semakin ramai artis-artis wanita yang mula bertudung sekarang, antaranya Irma Hasmie, Nuremy Ramly dan juga termasuk Diana Amir. Alhamdulillah…. Diana Amir dalam temubual bersama akhbar Kosmo! hari ini berkata penampilannya kini berubah secara total. Dah tak ada lagi dah imej seksi seperti dulu. Pelakon yang bakal muncul dengan filem terbaru, Salam Cinta ini juga berkata dia kini berusaha mahu mendalami ilmu agama setelah mengalami pengalaman dibayangi hari kiamat. Fuhh gerun jugak kalau kita diberi pengalaman seperti tu kan.. Okay untuk korang yang nak baca lebih lanjut tentang pengalaman Diana Amir, aktivitinya sepanjang bulan puasa, dan tips-tips fesyen muslimah, korang boleh dapatkan akhbar Kosmo! sisipan Stailo di muka surat 31.