Nuffnang

Isnin, 13 Ogos 2012

Fahrin Ahmad - Google Blog Search

Fahrin Ahmad - Google Blog Search


7 Tip Bisnes <b>Fahrin Ahmad</b> (Pelakon & Selebriti) | Isuhangat.my

Posted: 20 Jun 2012 10:14 AM PDT

Fahrin Ahmad - Selebriti dan Pelakon Malaysia

Beliau adalah artis yang fokus kepada reputasi, bukan populariti.

Reputasi beliau menyebabkan dirinya mendapat tajaan daripada syarikat-syarikat besar seperti Celcom, Uniqlo, Garner MEN, dan Shell. Ini adalah maklumat yang diperoleh daripada Majalah Rezeki bulan Jun 2012.

Belajar Bisnes Cara Fahrin Ahmad

Dalam perniagaan, pentingnya adaptasi. Adaptasi bermaksud kita menggunakan idea-idea daripada keadaan sekeliling, untuk dimuatkan dalam perniagaan kita. Cara ini menampakkan perniagaan kita sentiasa segar dan berinovasi.

Fahrin Ahmad - Duta Shell

Daripada perkongsian temuramah yang dilakukan oleh tim Majalah Rezeki bersama Fahrin Ahmad, terdapat 7 tip perniagaan yang jelas boleh digunakan oleh setiap usahawan.

#1 – Beri Masa 3 Bulan

"Beri saya masa tiga bulan."

Kata-kata ini diluahkan oleh Fahrin Ahmad supaya dapat memujuk ibunya untuk menerima kerjaya beliau dalam bidang lakonan. Dengan menetapkan tarikh spesifik, beliau berjaya mencipta banyak kejayaan besar dalam masa yang singkat.

Fahrin Ahmad juga menjadikan 3 bulan ini sebagai lonjakan tekanan yang positif. Di mana setiap hari tarikh ini menjadi pencetus semangat dan inspirasi, supaya beliau dapat membuktikan kepada ibunya.

#2 – Reputasi Adalah Duit Masuk

Fahrin Ahmad tidak popular seperti artis-artis lain. Bahkan beberapa kali sahaja kita boleh lihat beliau muncul ruangan artis-artis menerusi akhbar, majalah atau blog hiburan.

Populariti bukan jaminan untuk menarik lebih banyak duit. Wang masuk adalah reputasi. Fahrin Ahmad begitu menjaga nilai dirinya di hadapan khalayak ramai dan juga media.

Beliau percaya, reputasi adalah wang masuk. Perniagaan yang popular bukan jaminan perniagaan itu buat banyak duit.

Manakala perniagaan yang mempunyai reputasi terhadap klien-klien tertentu adalah salah satu faktor mengapa perniagaan itu mempunyai aliran tunai yang masuk lebih banyak.

#3 – Popular Bukan Gambaran Kredibel

Artis popular boleh datang dari pelbagai sudut populariti. Antara yang jelas adalah kontroversi. Kontroversi yang tidak baik bukan gambaran si artis itu berkredibel. Ia memusnahkan nilai artis itu sendiri.

Perniagaan mempunyai prinsip yang sama. Kredibiliti perniagaan lebih penting untukmemastikan pelanggan suka untuk berurusan dengan bisnes kita.

Antara cara meningkatkan kredibiliti dalam perniagaan, adalah menerusi hubungan yang baik dengan pelanggan.

#4 – Imej Adalah Jenama

Apala sebut nama Fahrin Ahmad, imej yang dibawanya cukup mudah diingati orang ramai. Gayanya yang sentiasa mengenakan pakaian yang segak dan bergaya, serta tidak lokek dengan senyuman, itu yang menjadikan imejnya bernilai tinggi.

Dari sudut bisnes, imej yang baik adalah jenama yang berkuasa. Lihat bagaimana Apple mementingkan penampilan visualnya. Mereka melaburkan jutaan ringgit, semata-mata untuk menghasilkan produk yang mempunyai imej luar biasa.

Paparan imej yang baik dapat meningkatkan kepercayaan pelanggan. Kepercayaan ini bertukar menjadi wang besar dalam perniagaan.

#5 – Jujur Itu Emas Berharga

"Apa sahaja yang dipaparkan secara jujur di dalam media, atau apabila berjumpa dengan orang, perkara yang baik akan datang kepada kita."

Bagi Fahrin Ahmad, kejujuran itu adalah kredibiliti. Penaja yang datang kepada beliau melihat nilai dirinya secara keseluruhan. Walaupun beliau tidak popular, syarikat besar seperti Uniqlo dan Celcom masih tetap mahu menjadikan beliau ikon.

#6 – Jadi Bisnesman Sihat

Fahrin Ahmad - Pemain RagbiAktiviti waktu petang Fahrin Ahmad melibatkan aktiviti yang menyihatkan badan. Oleh sebab itu tubuh badannya sasa, sentiasa ceria dan bertenaga sepanjang hari.

Antara amalan-amalan yang boleh diambil oleh orang bisnes, berdasarkan aktiviti waktu petang Fahrin Ahmad adalah seperti berikut:

  1. Bersenam.
  2. Perkasakan otot badan di gimnasium.
  3. Berlari di sekitar kawasan rumah.

#7 – Fokus Aktiviti Utama Bisnes

Fokus adalah tindakan penting untuk memajukan perniagaan. Dalam dunia selebriti Fahrin Ahmad, fokus utama beliau adalah pengambaran. Aktiviti ini yang akan memberikan aliran tunai terhadap kerjayanya.

Setiap perniagaan ada aktiviti utama setiap hari. Sebagai contoh, aktiviti utama perniagaan berasaskan penerbitan adalah menerbit artikel baru setiap hari.

Manakala aktiviti utama perniagaan tudung adalah memberitahu kewujudan produk tudungnya, kepada golongan wanita di Malaysia.

Pilih satu aktiviti utama bisnes. Letakkan fokus dan jadikan ia sebagai aktiviti wajib setiap hari.

Pemasaran Online – Bina Reputasi Dalam Masa 7 Hari

Dalam Seminar Pemasaran Online, barisan penyampai tim Majalah Niaga akan berkongsi bagaimana untuk para usahawan membina reputasi dalam masa yang singkat.

Seminar Pemasaran Online - Majalah Niaga

Bahayanya teknik ini adalah, ia akan meningkatkan jualan produk kita serta merta kerana pelanggan mula suka pada perniagaan kita.

Untuk melakukan pendaftaran, klik pada pautan di bawah ini:

Daftar Seminar Pemasaran Online (Klik Di Sini)

Kredit: Malaysian Boys, Zero to Hundred, Utusan

Jehan Miskin - Google Blog Search

Jehan Miskin - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Jehan Miskin</b> sibuk seperti biasa

Posted: 04 Aug 2012 01:31 AM PDT

Seperti sudah lama tidak mendengar khabar berita pelakon tampan Jehan Miskin selepas kisah percintaan dia suatu ketika dahulu bersama pelakon wanita, Jue Aziz berakhir. 

Walaupun jarang kita lihat kelibat Jehan Miskin di majlis-majlis selebriti dan juga di kaca televisyen, namun Jehan Miskin berkata, kehidupanya sebagai artis masih sibuk seperti biasa. 

"Saya lebih gemar bergerak sendiri, tidak mahu lah nak kejar populariti sangat. Apa yang saya pentingkan sekarang ialah produk. Selain daripada berlakon, saya juga ada menguruskan syarikat sendiri,"katanya yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa Astro Shaw di One World Hotel, Damansara, Selasa lalu. 

Mastermind Group yang telah beroperasi lebih dari 3 tahun adalah milik Jehan dimana kesibukan sebagai artis ditambah dengan menguruskan syarikat sendiri memerlukan masa yang banyak, mungkin disebabkan itu dia jarang kelihatan bersama rakan artis yang lain. 

Dalam perkembangan lain, Jehan bakal muncul dalam 5 buah filem iaitu "Appocalips" , "Prince Of The City", "Amukan Buas Frankenstein Tempatan" , "Sepah The Movie", dan "Awan Dania The Movie".

Betul Ke Ni <b>Jehan Miskin</b> Punya Produk?

Posted: 17 Jul 2012 08:30 PM PDT

Tidak tahu bila pelakon kacak, Jehan Miskin menjadi duta kepada produk makanan ringan. Yang lucunya disini, nama Jehan menjadi perhatian ketika melihat produk ini. Ada konsep penekanan kata berlawan yang dipamerkan pada label produk berkenaan, samaada ianya legal atau sah, yang itu mungkin Jehan sendiri yang tahu, tapi rasanya kalau admin nampak produk ni di pasaran, sah nak beli juga sebijik, mana tahu boleh jadi aksesori kenang kenangan edisi Jehan gitu. :)

-Komen anda itu adalah TANGGUNGJAWAB ANDA. tq.

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


<b>Ning Baizura</b>, Nora & Forteen di Majlis Berbuka Muzikal Aidilfitri <b>...</b>

Posted: 02 Aug 2012 10:31 AM PDT

Ning Baizura, Nora & Forteen Hiburkan Majlis Perasmian & Berbuka Puasa Muzikal Aidilfitri. 30 warga emas dari Rumah Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong dijemput ke Majlis Perasmian & Berbuka Puasa Muzikal Aidilfitri.

Artis-Artis undangan yang dibintangi Ning Baizura, Nora dan Forteen dari KRU membuat persembahan khas untuk warga emas dan tetamu jemputan.

30 warga emas dari Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong telah dijemput khas untuk berbuka puasa bersama artis di Majlis Perasmian & Berbuka Puasa Muzikal Aidilfitri yang telah diadakan pada 1 Ogos sempena musim Aidilfitri di Sungei Wang Plaza yang berlangsung dari 1 Ogos – 26 Ogos 2012.

Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong merupakan rumah orang tua yang mempunyai 49 penghuni di mana kebanyakan daripada mereka datang dari keluarga yang bermasalah. Rumah ini diusahakan oleh Pn Muji Sulaiman dan keluarganya.

Ning Baizura, Nora & Forteen Hiburkan Majlis Perasmian & Berbuka Puasa Muzikal Aidilfitri

Penyanyi lagenda Malaysia yang iaitu Ning Baizura dan Nora akan membuat persembahan semasa majlis pelancaran Muzikal Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa pada 1 Ogos 2012, 6.00 petang di ruang legar Sungei Wang Plaza.

Turut serta pada hari itu juga adalah kumpulan tempatan penyanyi lelaki yang terkenal; Forteen.

Terkenal dengan persembahan peringkat tempatan dan antarabangsa serta watak filem seperti Mimpi Moon (2000) dan Malaikat Di Anak Tetingkap (2001); Ning merupakan harta Malaysia yang berbakat dan amat bernilai dalam bidang kesenian dan muzik. Bakatnya telah ditubuhkan di peringkat antarabangsa apabila beliau dinobatkan Voice Of Asia pada tahun 1991 diikuti oleh rentetan anugerah muzik atas sumbangan beliau dalam R & B, Pop, dan Jiwa dalam industri muzik. Anugerah terbaru beliau adalah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012. Kejayaan ini telah meletakkan Ning sebagai salah satu Diva Pop yang paling Berjaya dan terunggul di Asia Tenggara.

Ning Baizura, Nora & Forteen Hiburkan Majlis Perasmian & Berbuka Puasa Muzikal Aidilfitri

Nora pula merupakan gadis berjiwa tinggi dari Kelantan yang telah menambat hati seluruh negara dengan sura luar bisanya dalam lagu terkenal "Di persimpangan Delima". Akhir sekali adalah kumpulan lelaki Forteen dari KRU yang terdiri daripada empat ahli; ARIZ, Izzue, Satu dan Ameer . Lagu hit mereka adalah "Berdua Bersatu"

Majlis pelancaran pada malam tersebut bermula dengan tarian pembuka tirai oleh Kumpulan Tarian Swatari diikuti dengan pemeberian Duit Raya dan cenderamata kepada warga emas dari artis dan VIP.Persembahan pertama dimulakan dengan nyanyian kumpulan lelaki "Forteen" dari KRU dengan lagu hebat mereka " Seperti Dulu" dan lagu Hari Raya "Balik Kampung".

Ning Baizura, Nora & Forteen Hiburkan Majlis Perasmian & Berbuka Puasa Muzikal Aidilfitri

Nora kemudiannya mempersembahkan lagunya yang berjudul "Pedoman" dan juga lagu Raya "Selamat Hari Raya". Warga emas kelihatan sedang menikmati persembahan artis kerana mereka juga mengikut rentak lagu artis sambil menyanyi.

Persembahan yang paling dinanti-nantikan pada malam tersebut adalah dari Ning Baizura di mana dia mulakan persembahan dengan lagu pertamanya "Alhamduhiliah" diikuti dengan "Beribu Sesalan". Juadah buka puasa kemudiannya dimulakan selepas persembahan Ning dengan warga emas, artis dan VIP menikmati pelbagai hidangan Melayu yang disediakan.

Mengikut KK Lim, Pengurus Kanan Bahagian Promosi dan Perhubungan Awam Sungei Wang Plaza, konsept Muzikal Aidilfitri ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama kaum dengan pertunjukan beraneka jenis dengan irama merdu bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri harmoni. Dia bertambah lagi; " Untuk majlis pelancaran dan berbuka puasa ini, kami berasa gembira kerana dapat bersama warga emas dari Rumah Al- Ikhsan untuk meraikan bersama kami supaya mereka tidak rasa ketinggalan atau sedih walaupun telah melalui kehidupan yang susah."

Antara aktiviti menarik yang disediakan pada musim Raya ini termasuklah Persembahan Dramatari Muzikal Aidilfitri yang iaitu Menuju Puncak Muzikal (8.30pm pada 3,4,5,9 & 10 Ogos 2012) dan Esok Hari Raya Muzikal (8.30pm pada 16,17,24,25 & 26 Ogos 2012), Pertujukan Fesyen Busana Muslimah dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, JKKN ( 4pm pada 4 & 5 Ogos & 8.30pm pada 11 & 12 Ogos 2012), Muzikal Idol Search (5pm, 12 Ogos 2012) dan Bazar Aidilfitri (1-18 Ogos 2012).

Sambutan Muzikal Aidilfitri ditaja oleh The Travel Store.

Sungei Wang Plaza mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua!

Ning Baizura, Nora & Forteen Hiburkan Majlis Perasmian & Berbuka Puasa Muzikal Aidilfitri

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Ahad, 12 Ogos 2012

Zahiril Adzim - Google Blog Search

Zahiril Adzim - Google Blog Search


<b>Zahiril Adzim</b> teruja sambut Aidilfitri dengan isteri - Tupai

Posted:

Aktor yang mula mencipta nama dengan drama bersiri "Kami" dan terbaru, "Juvana" dan "Bunohan", Zahiril Adzim mengakui teruja dan berdebar-debar untuk menyambut Aidilfitri buat pertama kali selepas bergelar suami kepada pengacara ...

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


iGossip by Rizal: --> iSahur dengan Shila Amzah & <b>Sharnaaz Ahmad</b>

Posted: 10 Aug 2012 12:29 PM PDT

Ali Cafe Restaurant, Lembah Pantai.
It was an event that gathered the fans of Shila Amzah (the Shilalas). I'm very happy to meet her and Sharnaaz Ahmad because they are so friendly and approachable. No wonder Shila has been awarded as 'Artis Mesra Peminat'.
I didn't get the chance to take a photo with S and S...too bad she was busy entertaining her fans. That's okay...we'll meet again someday InsyaAllah hehe
Shila asked, "Rizal Sadiman?...Eh! Hi..." I hope she knows or remembers me as the one who tweets her a lot haha. Her cute cat, Stokin went missing and she's still sad. I told her that my kittens Garpu & Sudu passed away and she was like "Shila pun risau jadi benda yang sama kat Stokin"
Ini video ucapan raya Shila Amzah untuk Rizal Sadiman...how sweet! Ya ya...please be jealous! haha
Sempat sahur tak? Kesian asyik berjalan dari meja ke meja...hehe
Hope you get it...till then, that is how

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


Pengalaman Pelik <b>Shaheizy Sam</b> Sewaktu Menyambut Raya <b>...</b>

Posted: 01 Aug 2012 12:02 AM PDT

Pelakon terkenal Shaheizy Sam atau lebih mesra dipanggil Sam merupakan seorang yang sangat simple dalam penampilan. Namun begitu, pelakon terkenal ini tidak lokek untuk berkongsi cerita mengenai persiapan beliau untuk menyambut Aidilfitri akan datang.

Menerusi temubual pihak OHBULAN! dengan Sam di Majlis Berbuka Puasa Astro Shaw Sdn Bhd semalam, beliau menyatakan bahawa pada tahun ini beliau hanya beraya di Kuala Lumpur sahaja. Selain itu, mengulas lebih lanjut mengenai persediaan sambutan Aidilfitri yang akan datang, Sam memberitahu beliau adalah seorang yang simple, jadi untuk pemilhan baju raya beliau akan membeli mana-mana sahaja pakaian yang dirasakan cantik dan berkenan di hati.

Apabila ditanya berkaitan warna ataupun tema baju rayanya pada tahun ini, Sam menjawab, "Setakat ini mummy sudah tempahkan dua helai baju raya untuk Sam warna purple dan brown. Baju raya tersebut dah pun siap."

Berkongsi mengenai pengalaman raya sebelum ini, Sam memaklumkan bahawa, "Masa kecik-kecik dulu, bila nak sambut Raya Sam mesti akan duduk berkurung di dalam bilik dan mengemas bilik sendiri. Tapi untuk sekarang Sam akan lebih fokus kepada apa yang mummy nak."

Selain itu, Sam turut berkongsi pengalaman pelik beliau selama lima tahun berturut-turut sebelum ini, di mana beliau dikatakan akan mengunjungi pusat membeli belah pada hari Raya Pertama.

"Pernah lima tahun berturut-turut sebelum ni setiap kali lepas Zuhor, Raya pertama Sam akan pergi ke shopping mall untuk shopping. Nak pegi time bulan puasa tak sempat." katanya sambil tersenyum.

Selain itu, apabila diajukan soalan berkaitan dengan persiapan mengadakan rumah terbuka di musim perayaan nanti, Sam menjawab, "Sam tak plan pun nak buat open haouse, tapi selalunya kalau buat pun mungkinn dalam dua atau tiga minggu lepas raya."

Bercerita mengenai soal kerjaya sebagai anak seni, aktor yang bakal muncul dengan filem SAM pada 19 Ogos depan berkata, dia hanya mahu berehat di samping keluarga sepanjang Ramadan ini.

! SANGAT SETIA!: Wordless Wednesday #26 - <b>Shaheizy Sam</b>

Posted: 02 Aug 2012 10:26 AM PDT

Raja Farah - Google Blog Search

Raja Farah - Google Blog Search


syimiekitty&#39;s story: patut la dah lama tak nampak <b>Raja Farah</b> berlakon

Posted: 19 Jul 2012 07:00 AM PDT

masa otw nak balik UM dari Gold Coast hari tu..kawan aku ajak singgah Snogurt. aku pun tak tahu Snogurt tu apa. kawan aku cakap tu kedai aiskrim macam Tutti Frutti tapi murah sikit. aku dah la Tutti Frutti pun tak pernah makan, menonong je la ikut dorang pergi sana.
masuk2 dorang terus ambik cup aiskrim dan pilih aiskrim apa dorang nak. aku pulak masuk2 je 'oh..camni la kedai aiskrim yang macam tutti frutti tu'..pastu pergi usha suasana kat luar kedai ni memandangkan dia terus tembus masuk dalam bangunan metro point Kajang ni ishh apa ayat aku ni haha bagaikan kancil masuk kampung...eh kancil ke? rusa la..adoii rosak bahasa
aku macam blurr tak tahu nak makan aiskrim apa..ahhh bantai je la ambik perisa coklat dengan butter cookies..pergi kat kaunter ada pulak macam2 topping..confius pulak nak letak apa..lagi sekali bantai je la letak buah strawberi,kiwi,anggur...wah3...pilih topping yang mewah2 je aku ni sedangkan kawan2 aku hanya memilih nestum dan choc rice sahaja ok
sedang menunggu giliran nak bayar..haha dah la aku tak bawak duit,dengan tak malunya pinjam je la duit Terra. masa tu la aku baru perasan yang jadi cashier tu rupa2nya artis. wah!! 

jeng jeng jeng... ni lah artis yang aku jumpa kat kedai aiskrim masa nak balik dari Gold Coast hari tu.Raja Farah! tanpa mekap, tak lekang dengan senyuman dan layanan dia terhadap customer ohh superb ok! siap explain lagi harga sebelum diskaun dan selepas diskaun. 
kitorang pun duduk kejap kat kedai tu. kawan aku cakap Snogurt ni memang kedai dia. dari pembacaan aku, kedai ni family dia punya. katanya tengah fokus tolong uruskan bisnes family dia. ohh patut la...(berbalik pada tajuk entry aku)...
'akakk..nak ambik gambar dengan akak boleh tak?' haha kononnya segan tapi selambe jugak la aku ajak ambik gambar dengan dia hehe..aku memang batak bila jumpa artis :P
ada 15% diskaun untuk student dengan student card. siapa2 nak try rasa Snogurt dan nak jumpa Raja Farah jugak boleh la pergi Snogurt kat Metro Point Kajang. ada jugak banyak outlet lain boleh check kat web site Snogurt

Lagi Artis bertudung, <b>Raja Farah</b>

Posted: 11 Jul 2011 07:00 PM PDT

Kali ini adalah pelakon, Raja Farah yang dikatakan oleh seseorang yang ternampak dia bertudung litup. Katanya lagi dia ternampak ketika waktu shoot untuk satu drama yang menggandingkan Raja Farah dengan pelakon kacak, Shahz Jaszle. Selain daripada itu juga Raja Farah juga telah memberi syarat kepada produser berkenaan yakni berlakon tanpa tanggalkan tudungnya.

gambar ketika Raja Farah kahwin


Mungkin disebabkan arahan/printah suaminya, Megat Bashirun Qhuyum kot yang nak isterinya, Raja Farah menjadi isteri solehah dan . Alhamdullillah dan Baguslah kalau berita ini benar. Tapi gambar Farah bertudung belum lagi ada, mungkin kita dapat lihat seminggu/dua lagi lah nampaknya. Hehe. kalau ada, nanti admin updates ok. :)

-Komen anda itu adalah TANGGUNGJAWAB ANDA. tq.