Nuffnang

Isnin, 24 Disember 2012

Diana Amir - Google Blog Search

Diana Amir - Google Blog Search


Farid Kamil Mohon Maaf Pada <b>Diana Amir</b> - Gua.com.my

Posted: 15 Oct 2012 06:41 PM PDT

Baru saja mengumumkan tarikh pernikahannya dengan Diana Danielle, aktor serta pengarah, Farid Kamil ketika ditemui pada majlis tayangan filem arahannya, Pe3, malam tadi, turut memberitahu kepada rakan media yang beliau memohon maaf kepada Diana.

Apa kesilapan yang dilakukan oleh anak kelahiran Alor Setar ini sehingga memohon maaf kepada Diana? Jangan salah faham atau terkejut kerana Diana yang dimaksudkan oleh jejaka berusia 31 tahun ini adalah pelakon, Diana Amir yang turut berlakon dalam filem terbarunya itu.

"Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Diana Amir kerana imej yang dipaparkan dalam filem ini sangat berbeza dengan penampilannya sekarang. Saya harap, dia boleh menerima perkara ini dengan terbuka memandangkan filem ini telahpun menjalani penggambaran sejak Mac tahun lalu."

Pada majlis tayangan media malam tadi, kelibat Diana Amir tidak kelihatan dan timbul tanda tanya mengenai alasan ketidakhadiran pelakon itu memandangkan beliau merupakan salah seorang teraju utama dalam filem terbitan MIG itu. Bagi menjawab isu ini, penerbit Metrowealth, David Teo tampil memberi penjelasan.

"Diana ada datang ke pejabat saya tadi (Isnin) meminta izin untuk tidak hadir ke majlis tayangan ini kerana mengakui beliau segan untuk melihat penampilannya dulu. Saya faham mengenai situasinya memandangkan beliau kini sudah pun tampil dengan imej berhijab.

"Mengenai poster Pe3 yang tidak mempunyai gambar beliau pula, bukan Diana yang minta untuk tidak meletakkan gambarnya. Namun, saya sendiri yang minta untuk mengeluarkan gambarnya kerana penampilannya yang tidak bertudung. Saya kena jaga hati dia kerana dia sudah berhijrah sekarang."

Ketika ditemui, David turut mengulas mengenai tindakan Farid Kamil yang membuat pengumuman tarikh perkahwinannya ketika majlis tayangan filem Pe3 di mana ia dianggap tidak sesuai dan berkemungkinan akan menenggelamkan filem ini memandangkan orang akan lebih memperkatakan tentang majlis perkahwinannya itu.

Tidak sedikitpun melatah, David memberitahu, "Saya tidak nampak dari sudut apabila Farid mengumumkan tarikh perkahwinannya, perbuatannya itu akan menenggelamkan filemnya sendiri. Pihak MIG sendiri telah melaburkan RM 450 ribu untuk tujuan pemasaran serta promosi filem. Dari segi komersial, kami sudah buat persediaan yang lebih awal dan tidak timbul isu filem ini akan tenggelam dengan berita perkahwinannya.

"Saya sudah kenal dia selama 9 tahun dan saya dah tahu cara dia memang macam itu sebab masa dia beritahu nak tunang hari itupun, dia beritahu ketika masa yang tidak sesuai iaitu pada majlis tayangan sebuah filem. Namun, tidak dinafikan saya memang terkejut dengan pengumumannya itu memandangkan saya sendiri diberitahu mengenai perkara ini beberapa minit sebelum majlis bermula.

"Saya tidak terkilan dengan perkara ini, malah saya rasa gembira kerana saya anggap, dia sudah matang dan sudah tiba waktunya dia mendirikan rumahtangga. Sebelum ini saya merancang nak buat satu kejutan untuk perkahwinan beliau, walau bagaimanapun, masa dah sangat suntuk untuk buat namun saya akan cuba merealisasikannya," ujar David yang enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai kejutan yang akan dibuat beliau.

Filem Pe3 dibintangi oleh Farid Kamil, Kamal Adli, Diana Amir, Along Eyzendy, Taiyuddin Bakar, Fyza Kadir dan Soya. Filem ketiga arahan Farid Kamil ini akan menemui penonton pada 18 Oktober 2012 di pawagam seluruh negara.

Atilia - Google Blog Search

Atilia - Google Blog Search


<b>Atilia</b> Haron, Yasmin Hani and Mayjune Tan love designer handbags!

Posted: 23 Dec 2012 08:49 PM PST





Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


Gambar: Maya Karin, <b>Shaheizy Sam</b> & Lain Lain Di Festival Filem <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2012 04:05 AM PST

Selain Anugerah Planet Muzik yang berlangsung di Singapura, selebriti Malaysia juga ada yang terbang ke Macau untuk menghadiri Festival Filem Asia Pasifik ke 55.

Festival Filem Asia Pasifik (APFF) kali ini di'adakan di Venetian Resort Hotel, Macau hujung minggu lalu & tahun ini memasuki edisi ke 55 sejak di'mulakan pada tahun 1954.

Bunohan, Hikayat Merong Mahawangsa, Ombak Rindu, Nur Kasih The Movie dan Songlap terpilih sebagai wakil Malaysia untuk festival filem berpresij tersebut.

Namun sehingga saat kami keluarkan entri ini, tiada sebarang berita berkaitan kemenangan delegasi Malaysia di festival filem itu — mungkin bukan rezeki tahun ini.

Antara wakil Malaysia yang hadir ke Festival Filem Asia Pasifik ke 55 adalah Maya Karin, Shaheizy Sam, Syafie Naswip, Bront Palarae, Ummi Nazeera, Osman Ali & Sharad Sharan.

Kredit Gambar: Tengku Iesta, Ahmad Syazli, Forum Cari

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


Sepatutnya Kami Kahwin Disember Ini – <b>Aliff Aziz</b> |

Posted: 21 Nov 2012 08:21 PM PST


Memang kalau sudah tertulis tiada jodoh, maka tiadalah jodohnya. Aliff Aziz yang ditemui wartawan Mstar Online mendedahkan yang sepatutnya dia dan Anne Ngasri akan bernikah Disember ini. Sayangnya bukan Aliff Aziz yang dipilih oleh Anne Ngasri untuk menjadi suaminya.

aliff aziz anne ngasri

Abang Nara dapat rasakan kepedihan di dalam hati Aliff Aziz apabila perancangannya tidak menjadi. Benarlah kata-kata "Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan". Semoga ini menjadi satu pengajaran buat Aliff Aziz yang ternyata kecewa dengan perpisahan ini.

Ketika masih menjalinkan cinta bersama, kami merancang untuk menamatkan hubungan ini dengan sebuah ikatan perkahwinan pada Disember depan. Memang perancangan itu menjadi tetapi sayangnya lelaki yang dipilih Anne bukanlah saya tetapi orang lain. Sebelum ini, Anne pernah berkata bahawa saya adalah cinta terakhirnya dan jika jodoh kami tidak menjadi, dia akan berkahwin dengan sesiapa sahaja mengikut pilihan keluarganya.

anne sumali

Namun Abang Nara respek dengan Aliff Aziz yang sedar bahawa hanya Allah sahaja mampu mengubati kelukaan hatinya. Itulah yang sebenar-sebenarnya harus dilakukan oleh kita sebagai hamba kepadaNya. Tak perlu kecewa sampai bunuh diri apa bagai yang sering dilakukan oleh orang lain

Jujurnya, saya tidak pernah merasai perasaan cinta yang mendalam seperti ini. Apabila hubungan kami tidak menjadi, ia benar-benar membuatkan hati saya terluka. Sepanjang sebulan lebih saya berehat kerana beberapa masalah kesihatan, saya juga cuba menyembuhkan hati ini. Luka yang terlalu mendalam ini tiada siapa yang boleh mengubatnya kecuali Allah. Saya memohon kepada-Nya supaya kesakitan yang dirasai dapat dikurangkan selain berdoa untuk kebahagiaan Anne. Dia seorang wanita yang cukup sempurna di mata saya.

Bagi Abang Nara, Aliff Aziz pun masih muda. Ini semua jadikan satu pengalaman. Lepas ini kalau bercinta, terus masuk meminang. Tak perlu tunggu lama-lama. Tak ke gitu?

P.S: Le Sorelle, rumah bot mewah.

Baca Yang Ini Pulak:-


Alif Satar - Google Blog Search

Alif Satar - Google Blog Search


<b>Alif Satar</b> Tak Tamak | buahmulut.com

Posted: 20 Dec 2012 07:01 PM PST

"Calon Pilihan tu memang sudah ada yang pasti dia ni bukan terdiri dari kalangan rakan artis sebaliknya orang biasa dan masih lagi berkawan macam biasa. Untuk berkahwin dalam masa terdekat tu memang taklah lagi pun saya masih muda lagi dan dalam proses untuk mengumpul harta dulu" Ujar Alif Satar yang kami temui di Pahang baru -baru ini.


Alif Satar - Pedusta

Ujar Alif lagi kini dia sibuk dengan hal lakonan dan juga bidang pengacaraan bagi program idola kecil yang bakal menemui penghujungnya pada bulan Disember ini. Ditanya tidakkah menceburi pelbagai bidang kerjaya seperti itu menjadikanya seperti seorang yang tamak?

Alif pantas menafikanya, Jelasnya "Sekarang ni kita tak boleh nak memilih sangat kerja. Selagi apa yang ditawarkan kepada saya tu rasa saya boleh lakukan memang saya akan ambil dan tak pula saya rasa tamak sebab menceburi pelbagai bidang."

"Lagipun mencuba pelbagai bidang macam sekarang ini bagi saya banyak kelebihan. Bagaimanapun saya bukan tamak sangat untuk ambil semua kerja yang ditawarkan sebaliknya perlu juga memilih untuk memastikan tidak timbul masalah dikemudian hari."


Alif Satar - Pedusta

Untuk makluman Alif merupakan salah seorang pelakon yang terlibat didalam filem terbaru arahan Zul Yahya iaitu Usin Ufo dan ini merupakan filem beliau yang pertama dalam kerjayanya selepas banyak terlibat dengan lakonan drama.

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

Stacy af - Google Blog Search

Stacy af - Google Blog Search


Gambar kekasih baru <b>Stacy AF</b> | cerita-kosong-ku

Posted: 22 Nov 2012 09:26 PM PST

Gambar kekasih baru Stacy AF yang comel dan kacak. Jejaka ini hanya dikenali Ijoy dan merupakan salah seorang pelakon muda drama bersiri 6 Progresif. Ramai peminat setia Stacy AF mula tertanya-tanya samada mereka berdua ini memang mempunyai hubungan istimewa atau hanya kawan biasa.


Azhan Rani - Google Blog Search

Azhan Rani - Google Blog Search


Cerita Master: Jalan Pintas Ke Syurga

Posted: 23 Dec 2012 03:27 AM PST


Sinopsis Drama Jalan Pintas Ke Syurga

Mengisahkan tentang rintihan seorang kanak-kanak bernama Nurul yang mendambakan kasih sayang ibunya, Munirah. Suatu hari, Nurul terpandang kemesraan antara ibu dan anak yang membuatkan Nurul tersentuh. Ketika khusyuk memerhatikan gelagat dua beranak tadi, Nurul tidak perasan dia ditegur oleh Haji Musa. Nurul mengadu tentang nasibnya yang sering dimarah dan dipukul oleh Munirah kepada Haji Musa. Nurul menyatakan hasratnya untuk mengikut Munirah ke sawah. Dalam riak kurang senang, Munirah membenarkannya. Ketika leka bermain, Nurul terjatuh ke atas batas sawah yang baru dibaiki Munirah. Munirah meluru ke arah Nurul. Malangnya, kaki Munirah tersepak mata cakar yang mengakibat jari Munirah terbelah dua.

Pelakon Telemovie Jalan Pintas Ke Syurga ialah Elly Mazlein, Azhan Rani, Datuk Jalaludin Hassan, Watie Sadali, Zila Bakarin dan Farah Nadia

Promo/Trailer
Tonton Online;

klik sini

Cara tonton movie di cerita master - klik sini
Download easy video downloader - klik sini
Download 7Zip untuk extract file - klik sini